BEN ASHAARI



 

IMAG1873-1-1_thumb1

Saya , Muhammad Qhaliff Iman . Nama ayah saya , korang dah tau kan ? Ok … ini cerita saya .. bukan cerita ayah saya yer ..

Perkembangan saya bila dah usia 3 bulan ini berdasarkan dari BABYCENTER melalui penilaian ayah saya yang suka kentut merata tu .. huhu ..

Ini bahagian 2 .. Bahagian 1 , boleh rujuk di SINI ..

 

Mulalah membaca kepada dia sekarang

“ Membaca kepada anak, tidak kira usia muda, akan mendatangkan hasil. Ia membantu anak anda menguasai kemahiran mendengar lagu naik turun bahasa – sebenarnya, adalah baik jika anda selalu mengubah nada suara anda, menggunakan loghat berlainan, menanyi, dan menyuarakan apa yang anda sedang lakukan ketika itu supaya hubungan suara dan bunyi antara anda dan bayi menjadi sesuatu yang menarik baginya.

Jangan bimbang jika dia melihat ke arah lain atau hilang perhatian – dapatkan semula perhatiannya dengan mencuba sesuatu yang lain, atau berikan dia masa untuk berehat. Sesuaikan interaksi anda dengan respon dan minatnya.

Terdapat banyak buku-buku yang baik untuk dibacakan kepada bayi. Pilihlah buku yang mempunyai gambar-gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan-perkataan yang mudah -- atau buku tanpa teks yang mempunyai gambar untuk anda menceritakan.
Sebenarnya, buat masa ini anda tidak perlu berpegang ketat kepada panduan menyesuaikan buku dengan usia tertentu.

Buku yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang lebih tua jika mempunyai imej yang jelas dan kemas, dan warna-warna terang boleh memikat bayi. Selain itu, anda juga boleh membaca puisi yang disasarkan telinga orang dewasa. Bahan bacaan yang tidak difahami bayi masih boleh menyeronokkan dia jika nada dan aspek musiknya menarik (dan anda juga akan terhibur).  “

 

Ulasan Qhaliff

Ayah selalu membaca kat saya . Tapi apa yang ayah baca , sepatah haram saya tak faham .. Yelah , dia baca smbil mata tertutup . Pastu guna bahasa alien laakk .. Mak gak bagus .. Dia selalu bacakan cerita kat bawah ni ..

image

Kenapa saya suka cerita ni ? Sbb saya suka dengar mak saya berkokok .. Sebijik cam ayam dara .. hehe ..

 

Perkembangan awal bahasa

“ Ini merupakan masa yang sensitif di mana rangsangan lisan adalah amat penting untuk bayi anda. Ambillah kesempatan ini untuk mendedahkan dia kepada pelbagai variasi perkataan dan bunyian. Penyelidikan terbaru mengaitkan tahap kepintaran yang tinggi kepada berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu mendengar pada tahun pertama hidupnya. Inilah masanya unuk menubuhkan asas yang kukuh.

Berjalan ke pasar malam pun memberi peluang untuk merangsang kanak-kanak anda – semasa berjalan, tunjukkan dia objek-objek dan berikan nama barang-barang itu. Bayi anda belum boleh mengulang perkataan-perkataan itu lagi, tetapi dia sedia menyimpan semua informasi ke dalam memorinya yang kian ini berkembang pantas.

Bayi dalam keluarga dwi-bahasa akan memperoleh latihan bahasa yang berganda jika dia sering mendengar kedua-dua bahasa dituturkan. Jika anda mahukan dia belajar kedua-dua bahasa, pastikan ibu dan bapa bercakap dengannya dalam bahasa yang berlainan.  “

 

Ulasan Qhaliff

Yang ni , ayah mmg teror .. selalu dok cakap entah apa punya bahasa dengan saya .. Cakap je la bahasa biasa .. Ni nak tiru bahasa baby wat per .. Buruk benor bunyinya .. Cakap penang atau kelantan pon , saya faham. Maklumlah , kacuk .. heee ..

G pasar malam ? Mak tak nak .. Dia kata baik g shopping mall .. Best skit .. Lagi pon nak g pasar malam , bersesak sesak .. Sian kat saya , kata mak .. Sayaaangg mak ! Ayah ajak g gym je nanti ..

Sentuhan menjadi lebih sensitif

“Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama. Menyentuh, mendukung dan mengurut bayi, sama dengan mengangkatnya melalui dan merentasi udara sekeliling adalah cara-cara yang berkesan untuk menenangkan dia dan mungkin dapat meningkatkan kepekaannya dan memanjangkan tempoh konsentrasiya. “

 

Ulasan Qhaliff

Yang ni ayah suka buat .. dia suka main dengan kain kat saya .. Memang saya geram betul laa ngan ayah masa ni ..

Dengar kata , mak nak ajak g TOYS R’ US .. Nak beli mainan yg leh gigit gigit tu haaa .. Adoi maakk .. Apa kelas mainan tu ?? Ipad laa .. Tak pon Samsung S3 pon ok dah ..

Mula berinteraksi dengan orang lain

“ Anak anda diprogram untuk "menerima", serta membuat kesimpulan tentang dunia kelilingnya. Kini, dia mungkin dapat memberi respon kepada bayangnya sendiri dalam cermin dengan senyuman (bayi gemar melihat diri sendiri), dan dia mungkin berhenti menghisap jari atau botol untuk mendengar suara anda. Dengan bersuara mesra dan membuat bunyi-bunyian, dan dengan berceritakan tentang tugas rumah remeh yang sedang diuruskan, anda bukan saja menjalin hubungan dengannya, tetapi juga mengalakkannya melahirkan perasaan sendiri. “

 

Ulasan Qhaliff

Ayah suka wat gak yang ni .. Suka bawak tgk cermin. Pastu ayah mesti kata ..

“ Hensem gak ayah kan ? “

Saya terpaksa akui dengan memberi senyuman .. Kalau tak , ayah akan letak semula saya kat tilam. Boring la dok baring jer ..

Mak lak ? Dia mmg selalu cakap ngan saya . Lebih lagi dok mengadu ayah tak nak beli beg LV online tu haaa .. Ololo.. sian maakk .. Nanti saya belikan yer ? Tunggu saya pandai menaip , saya bukak blog sendiri ! Letak iklan banyak banyak .. ok ?

_________________________________________________

Itulah dia perkembangan Qhaliff selama 3 bulan ni . Alhamdulillah.. walaupun lom leh guling guling lagi , Qhaliff semakin menunjukkan perkembangan positif seperti .. er .. apa eh ? Suka tengok mak ayah dia mengunyah .. senyum bila berbual dengan dia .. dan memalingkan muka bila panggil dia ..

 

Tamat ! Tunggu Qhaliff  masuk 6 bulan lak eh .. Mesti dah boleh PEEWITTTT !!

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

IMAG1873-1-1_thumb1

Saya , Muhammad Qhaliff Iman . Nama ayah saya , korang dah tau kan ? Ok … ini cerita saya .. bukan cerita ayah saya yer ..

Perkembangan saya bila dah usia 3 bulan ini berdasarkan dari BABYCENTER melalui penilaian ayah saya yang suka kentut merata tu .. huhu ..

 

Menegakkan kepala dengan stabil

“ Pada bulan ini, bayi anda mungkin sudah boleh mengangkatkan kepalanya semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Jika diampu untuk duduk, dia mungkin boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus. Ketika dia meniarap, anda akan memerhatikan dia mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Duduklah di hadapannya dan hayunkan mainan untuk menggalaknya.  “

Ulasan Qhaliff

Menurut ayah saya yang dikasihi itu , saya mampu angkat kepala saya tapi masih malas nak buat gitu sbb saya suka didukung ! Seronok jer rasa .. Kalau tak buat gitu , ayah suka ngadap laptop dia.. Jadi saya menjerit laa dengan penuh kepura-puraan sambil mengeluarkan air mata ..

Manakala ayah mmg suka kasi saya meniarap kebelakangan ni .. Dia nak suruh belajar kuatkan leher tu.. Tapi saya suka pura pura buat lembik ! Sbb saya suka ayah pegang saya .. Weee.. Rasa manja gitu … Ayah mmg akan duduk dpn saya sambil hayun dumbellnya ..

 

Koordinasi lengan, kaki dan tangan lebih baik

“ Bayi anda sekarang boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya. Sendi paha dan lututnya menjadi lebih lentur menyebabkan tendangannya menjadi lebih kuat. Dan jika anda mendirikannya dengan kaki terletak di lantai, dia akan menolak badannya turun dengan menggunakan kakinya. Dia boleh merapatkan kedua tangan dan membuka jari-jarinya, tapi dia akan menggunakan tangan yang digenggam rapi untuk memukul barang yang tergantung. (Harap maklum bahawa usaha memukul mainan atau sesuatu objek merupakan satu pencapaian yang penting!) Galakkan perkembangan kemahiran tangannya dengan menghulurkan mainan dan perhatikan sama ada dia mengambilnya.  “

 

Ulasan Qhaliff

Yang ini mmg saya suka buat .. Bukan takat kaki tangan je bergerak malah sering ayah kena kentut dengan saya terutamanya bila nak tukar pampers.. Tepat di mukanya . Adakalanya ayah hampir pengsan lalu diganti oleh ibu ..

Mengapai mainan mmg cita cita saya..Ini kerana saya amat tertarik betul dengan HTC ONE X ayah yang sering dia usung ke mana saja .. I like la daddy !! Tunggu la besar .. nak mintak Iphone 5 ..

 

Pola tidur lebih terkawal

“ Mulai dari sekarang, ibubapa yang dahulu-nya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam. “

Ulasan Qhaliff

Yang ni mmg best .. Saya selalu tidur bila kenyang .. Kalau tak kenyang , saya akan pastikan mak dan ayah tak cukup tidur ! Asyik nak tidur je diorang tu .. Jangan la gitu. Tunggu saya besar skit baru leh tidur lama lama .. Bukan apa , tak puas manja.. tau tau dah ada dik .. huhu ..

Tidur saya mmg cukup tp klu ada aircond lg best !

 

Jelas mengenali emak dan ayah

“ Menjelang tiga bulan, dan kadangkala lebih awal, bayi anda sudah menjalin hubungan rapat dengan anda dan mengenali muka anda. Dia masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Namun begitu, dia sudah mula mengetahui siapakah orang-orang dalam hidupnya dan sudah boleh menentukan siapa yang lebih disukainya antara mereka.

Lobus parietal, bahagian otak yang mengawal koordinasi tangan-mata serta membolehkan seseorang itu mengenali objek, kini mula berkembang dengan pantas.

Dan lobus temporal, yang membolehkan pendengaran, bahasa dan bau-bauan, juga lebih responsif dan aktif. Oleh itu, apabila bayi mendengar suara anda, dia akan memandang terus kepada anda dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan anda. “

 

Ulasan Qhaliff

Maunya  tak kenal mak ayah sendiri ?? Pantang nampak jer confirm saya senyum pastu ketaw .. Tak reti reti bg susu ker ? Saya mmg suka senyum terutama dgn akak akak yg comel comel tu ..

Buat masa ni pendengaran saya ok .. Camana saya tau ? Sbb ayah selalu panggil saya dan saya akan menoleh lalu memberikan senyuman paling menawan , masa tu .. Tau apa ayah kata ?

“ Abis la anak aku nanti !! “

 

-SAMBUNG PART 2-

 

Sumber – BabyCenter

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Perghh… Patut laaa lena semacam je Qhaliff pagi ni .. Kalau tak , bila mak dia g kerja , dia confirm jaga dan menangis .. Dengan aku yang tak cukup rehat lagi , mesti tensen skit .. haha.. Salah sendiri ..

Tapi disebabkan dia tidur tadi , aku pon bantai tidur jap laa .. Hingga dia jaga , aku pon ikut jaga .. Yelah , kena alert pergerakkan baby .. huhuh ..

Tengok jam , kul 9 pagi .. hurmm .. Tukar pampers dia .. Bukak bukak jer pampers dia .. tu diaaaaaaaa ..

Tidaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!! Masak laaa aku .. Biasa  kalau Qhaliff BAB (buang air besar ) , mesti dua orang bersihkan sebab kuantiti serta kualitinya mmg ‘mengagumkan’ sekali ! Hahaha ..

Tapi aku syukur laa .. sbb Qhaliff biasanya 5-6 hari baru BAB dan last sekali , masa kat klinik kesihatan ari tu .. Kali ni , awal .. Hehehe.. Cukup susu kot aku bagi dia .. huhu ..

Aku siapkan air mandian dia .. Ni kali pertama aku uruskan segalanya , aku kena hati hati .. Takut licin kat tandas satu hal .. takut dia nangis satu hal…

Alhamdulillah .. selesai walaupun aku tak puashati sebab tak dapat nak sabun badan dia semua tempat sebab dia dah mula buat muka  .. Tu tandanya dia mula tak selesa .. hehehe .. SEGERAKAANNN !!

Dan , Qhaliff dah aku bagi susu .. 2 botol sekali harung … Skang , layan tv ..  Budak kalau cukup susu , rileks je kan ? Huhu .. Ada sapa nak antar anak dia kat aku ? Hahahah …

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

image

Serius tak sangka ramai nak RT kata kata aku yang simple ni .. Aku sebenarnya di Twitter lebih gemar bermadah pujangga dari tweet yang bersifatkan peribadi .. Sesekali ok laa .. Maklumlah , apa yang kita tweet tu , akan orang lain baca .. Kalau negatif isinya , kita dapat dosa kan ? Jadi , lebih baik aku cari saham akhirat .. Tu tujuan kita atas dunia ni kan ?

“ Benar diam itu mahal harganya kerana diam mereka sangka kita bisu atau tidak berilmu sedangkan kita diam adalah utk menjaga tuturkata kita.. "

Skang ni , susah .. Kebenaran akan dipandang serong dan yang palsu itulah dipuja puja .. Jadi , lebih baik kita berdiam diri . Tapi berdiam diri tak semestinya tak buat apa apa kan ? Orang yang bijak , akan gunakan akalnya untuk ‘berperang’ .. Tidak sama sekali membabi buta menyerang ..

Diam juga akan menyelamatkan keadaan yang keruh . Yelah , dari dok bertelagah , lebih baik amik tindakan berdiam diri . Maklumlah, masa tu gak syaitan dok menyucuk yucuk untuk kita bergaduh sesama kita . Jadi , kita gunakan akal ketika ini . Tunggu sejuk skit baru kembali berbincang .. Hehe ..

Twitter ni dulu aku tak berapa nak suka guna sbb mudah diserang haters . Tapi setelah tau bagaimana nak ‘uruskannya’ , alhamdulillah .. aku semakin suka terutama aku boleh bermadah pujangga di situ .. hehehe ..

Terima kasih kerana sudi follow dan RT setiap kata kata aku . Semoga ianya memberi manfaat pada kita semua termasuk aku ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Tu diaaa aihhh .. Ololo .. nak pakai shawl cam Auntie Yuna ke ? Boleh je.. tapi risau satu jer .. Kang daddy dok balut balut balut , Qhaliff ilang ! Bila cari , rupanya daddy dah balut Qhaliff ngan shawl tu .. huhu .. Pakai ketayap je la ehh , Qhaliff .. huhu ..

Comel pulak aku tngok Qhaliff camni . Nasib baik anak aku .. Kalau tak ?? Haaaa .. Sambung sendiri ..

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

Walaupun hampir ..14 tahun layan besi , bila cuti panjang mmg masalah ! Nak mula balik , mmg masalah .. Serba serbi bermasalah .. nak angkat badan sendiri pon terasa berat dah .

Ke aku makin tua ??

Published with Blogger-droid v2.0.6
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Wan (Shades) dalam satu sidang media bagi menjelaskan perasaan tidak puas hatinya terhadap sebuah blog hiburan yang dikatakan memfitnahnya baru-baru ini.

Wan yang popular dengan lagu “Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal” ketika bersama Shades mendakwa difitnah apabila sebuah blog hiburan menyiarkan laporan tidak beretika dengan tajuk 'Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun?' pada 20 Februari lalu.

"Tindakan membawa kes itu ke mahkamah adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada semua “blogger” di Malaysia yang kadang-kadang terlupa mereka bukan wartawan bertauliah dan tidak mengambil peduli tentang etika dalam penulisan.

"Saman ini adalah untuk memberitahu mereka walaupun berada dalam medium media bebas, itu tidak bererti mereka boleh menulis sesuka hati tanpa mengikut etika yang betul sehingga boleh mengaibkan ramai pihak,"  – Mstar Online

 

Baguslah .. saman je laa .. Tapi kena betulkan sedikit kenyataan tu .. bukan semua blogger tu ‘blogger’ .. Dan jangan sama kan dengan wartawan .. Yang dok tulis berita hiburan tu dan dok sibuk hal orang lain , tu bukanlah blogger sejati .. Tu blogger publisiti.. Sama gak dengar artis .. Ada artis sejati dan artis majalah ..

Tindakan saman ni patut dibuat tapi bukan ditujukan pada blogger saja .. Semua media patut amik tau batasan mereka terutamanya bila melibatkan peribadi seseorang ..

Kalau nak ditujukan pada semuaaa blogger di Malaysia , rasanya majoriti menteri pon ada blog gak kan ? Hehee .. Ahli politik pon begitu gak kan ? Ulama pon ada ..  Jadi , hati hati la ketika menulis yer ..

Bezanya blog dengan media cetak atau elektronik ni , mereka tiada editor dan jujur menulis . Cuma kesahihannya saja boleh dipertikaikan berbanding media lain yang mana terang terang semakin tak sahih .. terutama bila bab politik .. Hehehe .. Hiburan ? Lagi laaa .. Bosan siut ..

Terasa ? Tak .. aku bukan blog hiburan . Memang patut kena saman pon blog tu ..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

IMAG1873-1-1

Sejak Qhaliff cecah 3 bulan pada Isnin lepas , aku perhatikan tidur dia di waktu siang ..Paling lama dia dapat tidur , 2 jam kemudian jaga .. Bila jaga , mood dia ok sangat .. Kira leh senyum dan main tu , ok la kot .. Yelah , nak kasi tidur lebih 2 jam , risau lak lebih lagi belah siang .. Belah malam sesekali je dia terbabas lebih 2 jam .. Apakah normal bayi terjaga 2 jam sekali ?

“ Jumlah waktu tidur antara 10½ sampai 16½ jam. Beberapa bayi bahkan dapat tidur nyenyak antara 6-8 jam pada malam hari. Sebagian besar bayi melakukan 2-3 jam tidur siang. “ –Infobunda

IMAG1883IMAG1887IMAG1888

“ Mulai dari sekarang, ibubapa yang dahulu-nya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam.  “ – BabyCenter.com.my

Tuuu … Qhaliff dah bangun .. kena layan dan borak dia ngan dia ni … huhu .. Terjawab sudah ? Perghh .. Entri aku skang ni pasal Qhaliff jer .. Nanti Qhaliff leh citer pasal ayah dia lak eh bila dah pandai menaip .. kan ? Huh .. no noo … Tak leehh .. bocor rahsia daddy suka kentut merata rata nanti .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Manual

 

Atau

 

Elektrik

Mini Electric

 

Wife dah bersuara .. Nak beli yang elektri punya pam susu .. Aku ok kan jer .. Yelah , susu untuk anak kan ? Bukan nak bagi yogurt atau kuih muih .. Anak gak nak makan.. Lagi pon senang untuk aku sbb stok ada banyak bila Qhaliff kelaparan .. Hehe ..

Katanya , katanya laa guna manual ni lenguh tapi jimat la sbb harga murah berbanding elektrik yang harganya boleh mencapai harga beribu ringgit .. Tu yang bagus punya la . Yang kurang bagus , tak pasti lak harganya .. hehe ..

Ada baik dan juga kelemahan dua dua ni .. Tapi kalau yang mampu tu , apa salahnya bagi kat isteri satu kan ? Cuma aku tak pasti la pengalaman mereka yang dah pernah guna elektrik ni .. Apa pendapat korang ?

Dan kat mana ada jual yang bagus tapi harga berpatutan. Maklumlah , ada yang jual harga serupa beli Ferrari sebijik haaa ..

 

 

Sekadar info :

 

SUSU badan yang dipam boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh bertahan antara tiga hingga enam bulan.  - Kosmo

Share
Tweet
Pin
Share
36 comments

 

Pada entri aku yang lepas , ada aku bagitau pembaca aku mengenai satu pertandingan yang dianjurkan oleh MML dan Malaysia Mosaics Berhad yg mana pemenang bertuah akan dapat berupa pemasangan tile secara percuma di ruang tamu , porch atau pun bilik air ! Haaa .. Tak ke tak tau ? Kalau tak tau , klik SINI untuk baca balik cara pertandingan tu ..

image

Seperti yang korang dah baca di entri lepas , pertandingan ini akan tutup pada 8 Julai 2012 nanti .. Tak lama dah .. Penyertaan pula semakin menarik .. Macam macam masalah yg ada melibatkan jubin ni sebenarnya .. Sebab tu kena beli jubin yang berkualiti ..

Antara mereka yang dah antar penyertaan .. Jom tengok ..

PORCH

image

BATHROOM ( TANDAS )

image

Living Room ( Ruang tamu )

image

Untuk lihat lagi gambar gambar mereka yang dah sertai pertandingan ini untuk menambahkan lagi keyakinan bahawa pertandingan ni tak la susah mana pon , klik SINI ..

Tak susah pon kan ? Cari tempat tempat yang mana jubin rumah korang tu bermasalah , snap dalam 5 keping gambar yang berkualiti  ( kira jelas la juri nak tengok nanti ) pastu antar jer .. Haa .. Settle .. Sapa tau kan ? Untung untung tersenarai mereka yang bertuahh ..

Cepat , cepat .. sebelum terlambat .. Garu kepala nanti .. Tak payah g pejabat pos pon .. semua guna internet jer .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Amboii .. Cerah mata Qhaliff pagi ni .. Terlebih tidur eh malam tadi ?  Sama kuat lawan dengkur ngan mak ehhh .. hahahah .. Pagi ni , dia tak tidur selepas mandi dengan air suam .. Yelah , budak ni pembersih. Kalau tak mandi , dia tak selesa .. Kalau tak selesa , jangan harap kita nak dapat tenang ! Huuh..

Sejam kasi dia bermain sendirian dan sesekali aku kacau dia .. Tak digalakkan dia bina dunia dia sendiri .. Kita kena join sekali .. Tu setau aku laa.. Kalau tak , tah apa imaginasi dia nanti ..

 

IMAG1865

Bagi susu sebotol penuh .. Selesai .. Pergh.. tu pon nak lagi ! No , no .. sat lagi lak ehh .. Jangan ‘makan’ ikut nafsu .. Susah nanti .. Kecik kecik ni kena ajar kawal pemakanan .. Yang ajarnya , mak bapaknya gak kan ? Hehe ..

Lepas tu , bawak masuk bilik dia .. Kat sana ada satu punya ‘bau’ yakni bau mak dia yang membolehkan dia mengantuk dengan tiba-tiba ..

 

IKLAN :Garam Bukit

all2

 

 

Bila dia dah kuyu .. Baru bawak ke ‘port’ dia.. Dan pelan pelan hayunkan dia .. Walaupun nangis , dia pasti akan terlena .. Hehehe ..

IMAG1867

Ok … daddy pon nak lena jap .. Maklumlah , bangun awal gak ni .. Walaupun tak g opis , tetap kena bangun awal .. Hahaha .. G opis ?? Perghhh .. tamo laaa .. hahaha

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Pusingan .. rutin .. Setiap hari sama , cabaran yang sama .. Perlukah mengeluh ? Bukankah aku pernah mendoakannya pada satu hari dulu ? Allah menunaikan dalam bentuk yang berbeza.. Aku doakan kebahagiaan .. Dan Allah memberi nikmatNya . Aku cuma tak sedar sbb kita pohon dlm bentuk lain tapi Allah Maha Mengetahui.

Qhaliff jaga dah .. Dia tidur jap jer sewaktu mak dia ada .. Bila mak dia keluar je dari pintu , tingggg … mata dia terbukak .. Dan aku perlu tidurkan dia .. Kalau tak ? Hehehe … Faham faham je laa ..

Inilah tugas aku . Aku perlu buat setiap hari .. Jangan mengeluh .. Ini yang terbaik untuk aku sekarang ni sbb aku ada masa untuk keluarga dan juga ‘kerjaya’ aku .. Sekurangnya aku tak perlu nak pening dengan ‘curi tulang’ .. Aku hanya perlu ‘curi masa’ ..

Janganlah kita tunggu satu satu perkerjaan yang kita minat tu , berada dalam tangan kita dan baru kita nak buat bersungguh-sungguh. Andai tak minat sekali pon tapi ianya memberi manfaat serta kebaikkkan pada orang lain , lakukanlah dengan bersungguh-sungguh .. Lakukanlah kerana Allah ..

Semoga Allah berkati usaha kita hari ini ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

http://www.hmetro.com.my/myMetro/Gallery/FotoMenarik/969.jpg

PROFESOR Datin Dr Maryati Mohamed meneliti spesies semut raksasa atau dalam bahasa saintifiknya Camponotus gigas dengan menggunakan kanta pembesar di Kem Bertedung, Johor. –Hmetro

 

Aku google cari info mengenai semut ni .. Huhuh .. Dan jumpa banyak imej semut raksasa ni .. adoiyaaiii .. Kalau semut ni lalu depan aku , aku hayun ngan tukul besi , gerudi pastu gelek ngan steamroll !! Huhuh.. Besar tuuuu …

Semut raksasa ni boleh ditemui di Asia Tenggara terutama di hutan Thailand dan Sumatera . Maklumat lanjut boleh di baca di Photos and Info on Ants and Termites of Malaysia.

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Entri Iklan

Garam bukit membantu meningkatkan aura dan potensi diri. Bagaimana? Garam bukit ini antara rahsia alam yang mempunyai tenaga atau energi. Sama seperti air. Dua bahan ini mempunyai kekuatan memerangkap gelombang dalam cara berbeza.

Sebab itu dalam perubatan Islam, air dan garam banyak digunakan. Tapi bukan garam laut, garam bukit. Ini kerana garam bukit tidak disukai jin dan syaitan. Banyak lagi rahsia garam, air sejuk, tulang dan darah dan lain-lain lagi yang menjadi rahsia dalam diri kita.

all2

Dari sainsnya garam bukit ni sangat berkesan untuk melancarkan perjalanan darah, merawat masalah jerawat, parut membuang toksin dan sel kulit mati juga sesuai bagi merawat masalah kulit. Terutamanya yang mengalami masalah kegatalan. InshaAllah garam bukit dapat membantu secara semulajadi.

Kelebihan lain :

  • Melembutkan & kekalkan kecantikan kulit secara semulajadi
  • Mencerahkan kulit & mengembalikan keremajaan kulit
  • Membuang toksin & sel sel kulit mati
  • Melancarkan peredaran darah & tenangkan fikiran
  • Merawat masalah kulit seperti jerawat & parut
  • Memperbaiki aura & tingkatkan potensi diri
  • Sesuai untuk kanak-kanak dan bayi. Terutama bagi mengelakkan gangguan halus yang mudah mendekati bayi.

RM 50 termasuk postage. Boleh dapatkan di Ummah Sentral atau email : ummahsentral@gmail.com .

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Dulu , sewaktu aku budak budak la kan .. selalu menjerit nak keluar bermain .. Kalau tak bagi , aku teriak bagai nak keluar anak tekak .. Dan aku dapat laa hadiah dari mak aku yakni hanger baju singgah di kaki .. Bila bapak aku balik , dapat lagi saguhati .. Menarik kan ? Dan satu perasaan ‘bengang’ ada dalam hati , waktu tu ..

Bila dah besar skit , dah pandai bukak pintu sendiri maka … makin mudahlah aku lesap dari rumah .. Bukan g mana pon tapi g bermain dengan rakan rakan sebaya yang tinggal berhampiran .. Mula-mula area rumah , lama lama jauh dan semakin jauh hinggalah masuk ke dalam hutan mahupun ke kawasan perlombongan .. Skang tempat tu dah dijadikan taman perumahan .. Dapat tau kat mak aku , mmg kena libas kaw kaw punyaaaa .. Cam biasa , saguhati lagi dari ayah aku.. Serik ? Serik la gak .. 4-5 jam je seriknya .. hehe

Bila dah ada anak ni , aku faham dua perkara .. Yang pertama , perasaan ibu duduk di rumah dan jaga anak sepenuh masa.. Tu belum lagi yang memasak , mengemas serta jaga anak 3-4 orang macam mak aku .. Lebih dari tu , lagi la kan ? Memang para suami patut respek isteri mereka yang berkorban demi menjaga waris mereka .. Jangan ingat dok umah goyang kaki je tau . Ingat senang je nak goyang kaki .. Huh ..

Yang kedua , menjaga anak anak yang dah pandai berjalan , bercakap dan rasa dah cukup besar ni ! Ni bukan mudah untuk seorang ibu nak kendalikan .. Resepi utama , pendidikan agama perlu kuat dalam diri anak anak untuk mereka senantiasa berfikir baik buruk sesuatu perbuatan .. Semua tu , kerana sayangkan anak  ..

Tak mudah weehh .. Tak mudah !! Jadi para suami jgn ingat , kerja kat opis tu konon cukup beri tekanan .. Duduk rumah lagi pon sama tau ! Tak nampak dunia lagiii ! Haaa.. Rutin sama jer setiap hari .. Dah tu , ‘waktu kerja’ tamat , bila semua dah tidur ! Tolong tolonglah isteri anda tu yer ..

Tabik spring kat semua ibu di dunia ni ..Semoga Allah berkati anda semua ..

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Apa lagi ?? Marilah serbuuu .. heeheh . Jualan murah barangan  bayi dan kanak kanak di :

Location (603 8060 6093)
Cuang Cheng Mao Yi Sdn. Bhd.
34, Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong
Selangor

Bermula 28hb Jun hingga 8 hb Julai 2012 ..

warehousesale

Pergh .. Aku dah jadi cam ‘ibu-ibu’ sejak duk umah ni .. Usha sale lak !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Qhaliff tidur dah.. Hurmm .. Sejak dia bangun kul 2 lebih tadi , ni baru dia tidur semula .. Hurmm .. Bila dia bangun , apa yang perlu buat kat dia ialah berikan dia senyuman .. Bila dia balas tu , mood dia mmg cun laa .. Jangan dukung dia , tapi letak terus atas tilam .. Kasi dia mengeliat .. Ada yang kata , dia mengeliat tu sbb lenguh badan .. Memang la.. kalau tidur atas tilam beribu , baru tak lenguh .. Kita yang tua ni pon bila bangun tidur mengeliat .. Tu belum lagi dlm drama atau filem melayu .. Mengeliat bagai nak rak tapi muka penuh ngan mekap ! Huhu..

Satu lagi , susu mesti cukup .. Kalau tak cukup mmg dia cari pasal .. Merengek tak henti .. Cam ari ni jer , aku rasa dekat 5 botol dah dia minum .. Yelah , susu badan .. Serupa minum air kosong je kan ? Pastu confirm kencing .. Haaa ..

Pampers lak , 2-3 jam sekali tukar .. Alhamdulillah , perkongsian dari rakan pembaca memberi manfaat untuk aku .. Terima kasih .. Bila dah buat gitu , maka tak susah nak tidurkan dia .. Kasi dia ‘hanyut’ masa minum susu kemudian sendawakan dia disusuli dengan nyanyian yang menusuk kalbu , dia pasti akan lena ..

Cuma kalau belah siang ni , Qhaliff boleh lena sekali tidur , 2 jam lebih gitu .. Takkan dapat lama .. Kalau letak aircond , risau lak ngan bapak dia sekali tidur ! Hehehe ..

Dan , Qhaliff dah leh lepak atas tilam lama lama daaa .. Dengan syarat ,kena main cak cak dengan dia .. Hahahah …

Esok ? Apadahal ! Hahaha .. Jangaaannn riak ! Menangis nanti !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

IMAG1832

Kecik kecik tidur .. memang keje baby ni tidur tidur tidur .. Hinggalah masuk sekolah .. Haaa ..

IMAG1835-2-1

Bangun tidur , mengeliat .. Sapa nak marah ? Haaa … Takde sapa punyaa ..

image

Pastu , minum susu .. sambung tidur ! Haaa .. seronok gitu kan ?

IMG-20120704-WA0006

Peliknya , sampai ke tua ada yang tak reti reti nak bangun dari tidur ! Asyik nak membuta ! Keje tak nak .. Melepak nak la pulak .. Cukup time , balik .. cari makan .. Pastu sambung tidur !

Orang tidur untuk berehat jer .. Nak rehat lama lama , tunggu mati jer .. Tu pon kalau tak kena libas dalam tu nanti !

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Sejak Qhaliff sedar jam 8 pagi tadi , hingga sekarang dia dok segar ..  Beria ajak aku main sama dia ..

image

Tak kisah sangat sbb dia tak wat hal .. Dok main sendiri depan aku dan sesekali cuba mengumpan aku wat muka cute untuk aku g kacau dia ..

 

IMAG1802-1-1

Tapi bila aku bg dia susu , mata dia mula ngantuk .. Hehehhe .. Mula mata dia layu .. kuyu .. tapi masalahnya , dia tamo tidur lagi .. Nak ajak main ..

IMAG1824

Bila aku tau dia mula boring ? Haaa .. Yang pertama , bila dia dah start enjin turbo dia .. Slow slow dia bunyi .. Pastu makin kuat .. Hehehe .. Tau dah tuuu ..

Aku tukarkan pampers dia .. Perghh .. Berat siuttt.. Penuh ngan air je tuuu . Waduh dak nihh .. Bila bukak pampers dia , perghh.. serupa macam baru keluar dari penjara woo dia punya mengeliat !! Sian la pulaakk tengok gitu ..

Settle pampers , aku kasi susu lagi kat dia .. Ni susu ori yer .. Kang ada yang ingat aku kasi susu formula .. Huhu .. penat nak explain je nanti .. hehe ..

Dia punya teguk serupa macam seminggu tak dapat susu .. Mak aihhh .. Yelah , badan pon besar .. Hari tu timbang , dah 6.2kg dan panjang dia , aku tak ingat .. hehe ..

Siap susu , aku bawak jalan jalan dalam rumah sambil nyanyi lagu Wings .. Hukum Karma .. Hahaha .. percaya ? Idok ler .. Dia suka dengar selawat dari mulut aku ..

Pelan pelan dia lena .. di kesempatan itu aku pon  …. Ahaaa …

IMAG1831

Selesai sessi pagi .. 2 botol susu abis .. Baki satu lagi … Harap stok banyak lagi ni .. Hehehe .. Aku pon dah ngantuk ni .. Nak lelap 5 minit .. hehe ..

Qhaliff , tewas .. Semalam aku tewas .. hahahah ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Manfaatkanlah simpanan KWSP anda! Pihak KWSP telah memberi green light untuk membuat pindahan dari (akaun 1) KWSP ke unit trust.

Tujuan pihak KWSP membenarkan untuk membuat pengeluaran dari baki akaun 1 ni adalah untuk menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Jadi jika anda ada KWSP, jangan biarkan ianya begitu sahaja! Melaburlah di MAAKL Mutual Bhd.

Antara kelebihan pelaburan:

  • High return (12%-15%) berbanding jika disimpan dlm KWSP(4%-5%).
  • Pelaburan ini tidak perlu mengeluarkan duit pocket sendiri, hanya menggunakan Akaun1 KWSP.
  • Award winning funds.
  • Fund diuruskan secara patuh syariah.
  • Pelaburan anda dimonitor supaya mendapat pulangan tinggi serta rendah risiko.
  • Bermula pada usia muda bagi memanfaatkan kuasa pulangan berganda


Keterangan lanjut di: http://untungmelabur.blogspot.com

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Arghhhhhhhhhh ….. Aku yang tak kerja ni , serupa macam kerja dahhh … Bangun seawal pagi .. mandi .. siap .. Jaga anak ! Haahahha .. Addoiii .. Tu diaaa .. Nasib baik takde jiran nak ajak bersidang ..

Tiba-tiba rindu rutin hidup 4 tahun dulu .. Bangun pagi .. G stesen ERL , nak turun LRT .. Berebut .. Tengok akak akak pakai baju seksi .. Tengok adik adik comel comel .. Haahaha.. Tang tu eh yang aku rindu ??? Huh !!  Takde laa .. Rindukan kebizian waktu tu..

Skang ni ? Awal pagi hingga malam hari , dalam rumah .. Patut ramai isteri cum suri rumah sepenuh masa memberontak bila suami hujung minggu , nak lepak rumah jer .. Dua dua tensen .. kan ? Tapi baik g riadah je .. kasi ilang dua dua tensi ..

Hurmm .. Dah kul 830 pagi .. Wife pon dah g kerja .. Qhaliff ?

 

IMAG1793

Kul 7 pagi…

IMAG1797

Ni gambar sebelum kul 8 pagi ..

IMAG1800

Waaaa …. Mak dia keluar , automatik mata terbukak !! Masak akuuu .. huwaaaa … Psstt ..Gambar ni aku amik sorok sorok .. Tak nak kasi dia nampak aku dengan harapan dia tidur semula ….

Jangan harap !!

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

image

Kecewa gak aku semalam bila dapat tahu pasukan bawah 22 tahun negara tewas 2-1 pada Myanmar ( Kelayakan Piasa Asia B22 ) di Yangoon semalam .. Nak tuding jari kat mereka , aku pon tak tau apa punca utama kekalahan pasukan negara tapi bila belek kat akhbar online Berita Harian , baru tau apa ‘alasan’ utama mereka ..

Hurm… boleh pulak diorang bariskan pemain yang lebih umur untuk perlawanan semalam sedangkan syaratnya mestilah pada umur 21 ke bawah .. Nak salahkan diorang pon , kita tak tau la kot mereka punya pengurusan tak abis studi peraturan pertandingan .. Heheh ..

Namun begitu , pasukan negara kena amik iktibar pada kekalahan mereka semalam . Jangan jadikan faktor umur punca kekalahan . Kalau pasukan kita mantap dari segala segi , lawan team bawah 40 tahun pon ok pe ? Kan ? Maklumlah , pasukan ni dah g berlatih sampai luar negara tu haaa .. takkan baru umur 25 tahun dah goyang kan ? Haaaa …

Apa pon harap bantahan kita akan diterima AFC .. Kalau tak terima , mmg b#@$%! la AFC ni haaa .. Pasni kalau perlawanan melibatkan anjuran AFC , kita bariskan je pasukan utama .. Haaa .. Baru ada akai ..

BEN : AFC ngan KFC takde kaitan !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Baru 2 hari aku kerja .. Serius , mmg penat mental .. Maklumlah , aku bukan takat jaga Qhaliff je .. aku kena update blog pada masa yang sama . Namun keutamaan adalah Qhaliff ..

Disebabkan tu , mmg mental dan fizikal aku tercabar .. Qhaliff lak , mmg tak nak lepas langsung .. Aku suspek mesti sbb suntikan yang dia terima semalam ..

Ni badan Qhaliff macam panas lak.. Tapi bila check suhu dia , normal jer .. Tapi karenah Qhaliff pelik jer hari ni .. Manja terlebih.. Tak tau la kot kalau dia rindukan mak dia atau terasa lain jer .. Maklumlah , 3 bulan tak pernah berpisah walau sehari ..

Kenapa aku nak MC ? Haaa .. ni la diaa .. serius laaa .. Memang patut respek kat mana mana ibu yg bangun awal pagi , uruskan rumah , anak kemudian suaminya. Dari pagi , hingga malam .. Memang patut dapat title superwoman laa mom mom jenis ni ..

Dan aku , 2 hari ni mmg rasa dah penat bangett .. hahahha .. Bosss , nak mc esok bleh ???

Kalau mana mana suami yang lepas kerja , tak tolong isterinya di rumah maka sesungguhnya dia tak kesiankan isterinya .. Huhu.. Bayangkan isteri isteri yang kerja gak .. Abis kerja , nak uruskan keluarganya lak ..

Respek !

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Sejak wife g kerja lepas lunch tadi , Qhaliff tak nak tidur .. Aku tak tau la apa puncanya .. Kalau nak tidur pon , atas badan .. Kalau letak kat tilam , teriaknya mmg bikin taik teliga cair ..

Bagi susu , dia minum .. Abis dua botol lagi petang ni .. Tidur tak nak tapi mata mengantuk giler .. Aku letakkan kat tilam , pasang tv .. Sukan Olimpik musim sejuk .. Dia tengok tak berkelip mata .. Amboiiii , budak ni .. Akhirnya aku yang terlelap jap .. Bukak balik mata , dia dok tengok lagi tv.. huihhh ..

IMAG1789

Bangun .. dia pandang aku dan buat muka 10 sen .. ARghhhh .. Tamo dukunggg ….  5,4,3.2.1 … maka berkumandanglah … Adoiii .. patutlah ramai orang gaji tensen .. hahaha .. Kalau aku ini punya susu , lain laa.. memang senang .. Sumbat dan nyanyi.. confirm tidur .. Hahaha .. Malangnya dah lama kering .. Sejak lahir lagi .. haha.. Guwau jee .. jangan marah.. Ni tengah stress ni .. Kang aku lak yang masuk spital ..

Tak tau dah nak wat camana .. Aku letak dia dlm tempat feveret dia .. Dia tak nak .. Aku wat dek.. Tak nak pandang muka dia.. Pandang tempat lain sambil goyangkan menda alah tu haa ..

IMAG1791

Dari kuat ,makin lama makin kuyu mata dia .. Hehehe .. Come on Qhaliff.. U can do it !! Come on !!! Skit , skit skit … Zasssssssssss…

Maka siaplah  2 entri berturut !

IMAG1790

Baru terasa lega sedikit bila Qhaliff tidur .. Yelah , kesian kat dia pon satu hal .. Kat kaki dia bengkak sebab kena suntik tu , tak surut lagi .. Yang kena gigit tu , alhamdulillah .. dah ok skit ..

Sapa kata senang jaga baby ?

Share
Tweet
Pin
Share
37 comments

 

aliya

Cantek tak ? Kalu cantek boley la membeli belah di SINI paling famous di online shop ini adalah chiffon skirt yang di buat sendiri oley pemiliknye.. Jangan lepaskan peluang ini , okey =) ..

Pelbagai pilihan warne menanti anda.. Info lanjut :

FACEBOOK: CRAZEWEAR

OWNER: MEIMEI CRAZEWEAR

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes