BEN ASHAARI



Jgn pelik...ni bukan entri Jualan Produk Pemakanan atau jual dadah ..Pada yang keluar masuk gym , aku rasa diorng mesti penah tengok alien ni di dalam pusat kecergasan tu.

Meh aku cita sikit pasal menda ni...Ni dari sudut aku la ..Aku berani cerita sebab aku penah gunakan dulu..OK..Hydroxycut ni adalah suppliment yang dimakan oleh sesetengah atlit bina badan untuk mempercepatkan pembakaran lemak di dalam badan..

Harga di pasaran Malaysia mmg mahal kecuali kalau beli secara online , boleh dapat murah..

Berkesan atau tidak ? Bagi aku , kalau makan suppliment ni di samping senaman yang berterusan , mmg menjadi..Ada dua tiga orang kawan aku yang aku syorkan juga menjadi..Tetapi !! ..haaa..aku amik tu dikala usia aku belum menjejakkan kaki ke usia 30 an...Yakni di mana tahap metabolisma aku masih tinggi...Kalau sekarang ? hehee..meh aku cita..

Di botol tu ada tertulis , disyorkan terlebih dahulu dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum amik..Ini bermakna , sesiapa ada penyakit seperti darah tinggi ,lemah jantung , sakit buah pinggang adalah tidak digalakkan mengambilnya sama sekali !! ..

Kenapa ?? Bila makan ubat tu , degupan jantung akan menjadi pantas ...Badan mula berpeluh ..Tekanan darah akan naik..Nak tido malam pun susah..Semua ini adalah kesan dari pengambilan suppliment tersebut..Digalakkan sama sekali meminum air yang banyak..

Hasilnya ?? Kalau yang muda tu , insyaAllah jadi...Yang dah berusia , kurang sangat menjadinya..
Ini kerana faktor yang aku sebut tadi...metabolisma dan juga senaman ...

Kalau tak silap aku , tahun lepas , KEMENTERIAN KESIHATAN telah menarik semula kebenaran penjualan HYDROXYCUT di pasaran kerana terdapat kes kematian ..Kalau tak silap aku di Singapura..Sila baca di sinii ..


Terpaksa amik gambar orang lain..nak tunjuk badan sendiri kang , blog aku kena banned lak..hahahah
Kalau sekarang ni , korang tanya aku...ok tak amik alien tu ? Aku sama sekali tidak mengalakkannya..

Kesimpulannya , jika nak kurus , amalkan diet yang seimbang dan senaman yang berterusan..Jgn fikirkan kurus tapi fikirkan kesihatan anda...

Bagaimana pula dengan produk produk yang ada di pasaran sekarang ni ? Kalau korang bijak , korang boleh fikir sendiri...Semua tu datangnya dari bahan yang sama...semua dari makanan yang mempunya kalori / lemak / karbohidrat / protein / zat atau vitamin yang diperlukan oleh badan..cuma dah tak original sebab bercampur dengan bahan kimia ...camana ada bahan kimia ? kalau takda , camana leh tahan lama barang tu kan ?? Pastu kena bersenam jugak kan ? Tak da maknanya la gitu...

Lebih baik amik yang original yang dicipta oleh Allah dan sederhana dalam pemakanannya..Yang penting , bersenam dengan cara yang betul..

Kenapa aku keluarkan entri ni ? sebabnya tadi ada seorang kawan di FB aku ada menanyakan pasal ni...Dia dah beli tapi tak dimaklumkan sebenarnya bahawa produk ni dah di banned....hurmm..
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Isu perarakan maulid di Pulau Pinang menjadi kecoh. Ramai wartawan menghubungi saya bertanya tentang hukum perarakan maulid Nabi s.a.w itu. Ia sangat menarik. Sejak sekian lama orang Melayu berarak barangkali mereka terlupa bertanya asal-usul perarakan tersebut.

Banyak isu-isu yang akhir ini menjadi universiti terbuka untuk rakyat. Ya, seperti mana yang kita tahu bahawa sejarahwan Islam sepakat baginda Nabi s.a.w lahir pada Hari Isnin, cumanya mereka berbeza pendapat tentang tarikh lahir baginda s.a.w. Kita biasanya mendengar disebut pada tarikh 12 Rabi’ul Awwal. Namun ramai pengkaji yang menyatakan bahawa tarikh sebenar maulid baginda ialah pada 9 Rabi’ul Awwal.

Seterusnya >>> sini


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Aku take 5 jap dalam kul 10 malam tadi sebab ada cerita menarik sedang menanti..hehehe..Aku dah lama tak tengok tv..Jadi malam ni aku luangkan sedikit masa aku dengan layan citer Transporter 3 ..

Aku tengok cite ni sebab pelakon utama dia ni ha...John Statham..Jaguh seni mempertahankan diri , kickboxing..Walaahh...Dia jugak seorang model ...Memang layakkk..

Bila cita tu dah start , aku pun layan gitu gitu je la..Time gaduh , dia bukak baju..aku pulak tak tahan tengok !! ...Haaa...jgn pk bukan bukan..aku bukan gay beb ! ..Maksud aku tak tahan tu , dari segi ketul ketul badan dia tu haaa...Kering giler tuuu beb..Korang ingat senang ke nak dapat kering gitu ???? Korang cuba tgk kulit korang tu...Haaa..ada lemak bertakung kan ...Nak dapat kering ni , korang kena diet giler babas punya...bukan senang woo...

Cuba tengok potongan otot otot dia tu..perghhh..menangis siuttt....adoi...


Otot perut dia mmg cantik ! Mmg layak jadi model Tommy Hillfiger .. Bukan senang nak dapat otot perut gitu...Paling tidak sehari korang kena buat sit up atau crunch tak kurang dari 1000 kali beb ! ...Tu belum lagi bab berworkout ! ...mau merangkak balik umah ...

Aku tak tahan tengok dia , terus aku kuarkan bench aku , dumbell..sambil tengok cite tu aku layan sit up ngan biceps..hahahahaha....tak pasal pasal aku kena mandi tengah malam sebab berpeluh !!

Padahal petang tadi baekkk punya aku sebat nasi kandaq n ayam madu ...huhu...hancusss..
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Ada sorang kawan aku bercerita tentang kehidupannya...Siang dia kerja , waktu pejabat..Malam , dia buat kerja sampingan..Aku tanya dia , kenapa dia buat begitu sedangkan gajinya dan isterinya tinggi..Dia jawab untuk masa depan..Walaupun gaji dia tinggi , tapi masih tak setaraf dengan isterinya..

Yang memeningkan kepalanya ialah sikap isterinya yang sukar nak memahami.Adakalanya dia ok dan adakalanya tidak..Bukan dia nak sangat kerja sebelah malam tu ..Mana ada orang nak kerja siang malam ?? Disebabkan isterinya selalu menarik muka masam , maka dia pun berenti kerja sebelah malam tu..

Emm..Aku faham maksud dia..Dia hanyalah seorang pegawai pemasaran biasa yang bekerja di sebuah syarikat jualan langsung ,secara kontrak...Dia risau bila bila je boleh ditamatkan kontraknya .Berlainan pula dengan isterinya yang mana seorang pegawai kerajaan .Sudah pasti terjamin kerjayanya..

Dia menceritakan kepada aku yang dia berbuat begitu kerana perlu ada satu jaminan pada masa depan dia dan keluarganya.Buat masa sekarang segalanya tampak mudah kerana mereka masih belum ada anak lagi..Siapa tau tiba tiba dia ditamatkan kontraknya dan kebetulan pula isterinya mengandung ? Bagaimana nak teruskan kehidupan ? Nak mencari kerja baru sudah pasti susah memandangkan umurnya yang dah semakin meningkat..

Lalu aku cadangkan dia membuat kerja sampingan melalui internet memandangkan terlalu banyak peluang perniagaan ..Dia kata memang dia dah buat sekarang ni ..cuma yang buat dia lagi tensen ialah isterinya masih lagi tarik muka masam ..Sebab selalu tidur lewat ..Dia kata nak buat camana memandangkan dia hanya ada masa sebelah malam saja untuk melihat perniagaannya manakala di sebelah siangnya sudah tentu sibuk dengan perkerjaannya itu..

Kalau dulu dia terpaksa keluar malam untuk mencari rezeki tetapi sekarang ni , hanya depan muka je ..masih lagi tidak puashati ??? Dia kata dia bukan nak sangat buat semua ni tetapi dah kehendak hidup..Dia boleh je makan banyak tu je tapi isterinya ? Masa depannya ? Haih..

Serba salah dia dibuatnya..Kalau asyik tidur je pun kene berleter , cari rezeki pun kene berleter , susahlah ....takkan nak berkepit jer 24 jam ? Bagi isterinya ok la...dah secure ...jika apa apa terjadi , orang akan salahkan suaminya..atau paling tidak pun orang akan kata makan hasil bini !
Dia tak nak jadi lelaki dayus begitu ! Sebab tu dia kata sekarang ni , dia berjaga setiap malam demi 'hasil tanamannya' itu !!! ..Dia yakin satu hari nanti akan berbuah dengan lebatnya..Dan pada ketika itu , dia rasa barulah isterinya tu tersenyum ....Dia kata ibarat menanam durian , biarlah berpuluh tahun baru nampak hasilnya ...

Aku hanya mampu tersenyum...Aku terfikir jugak ...Apa perempuan nak sebenarnya ? Kasih sayang ? Perhatian ? Sedangkan bila mereka sibuk , pandai pulak mereka kata nak cari rezeki untuk bantu keluarga sedangkan itu semua tanggungjawab suami tetapi bila suami melakukannya mereka kata mereka diabaikan ???? Camana tu ?

Tak mungkin dapat memuaskan hati orang ! Bersyukur dengan nikmat yang ada tetapi ada yang terlupa .... nun diluar sana ..ramai lagi yang senasib atau lebih teruk lagi nasibnya ..Alhamdulillah..Bagi aku apa saja yang bakal datang , aku perlu tempuh dengan tabah..Baik atau buruk , aku tetap akan laluinya kerana nun dibawah sana lebih dasyat lagi azab yang sedang menanti ...

Bersyukurlah....bersyukur pada Allah kerana kita masih mampu menghirup udara yang segar , menikmati keindahan pagi yang tenang malah bisa makan apa saja yang diinginkan ..Dugaan yang kita hadapi ini hanyalah kecil saja .. Semua dugaan itu tandanya Allah menguji ketabahan iman kita yang mana ganjarannya di akhirat kelak..InsyaAllah ...
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Tempohari aku ada berYM dengan seorang sahabat lama..Dia ada menanyakan satu soalan pada aku berkaitan dengan ASB..Dari cara pertanyaannya aku tak pasti samada dia bertanya atau lebih pada perli..Aku biarkan je..

Aku jawab pada dia yang aku tidak lagi menyimpan dalam ASB setelah mengtahui hukum menyimpan wang didalam ASB..Lalu dia bertanya pada aku kenapakah hukumnya begitu ? Aku dengan selamba je jawab , carilah dalam internet..Ada rujukan dari sebuah laman web yang mana pengelolanya sangatlah terkenal di Malaysia ini dan beliau arif dalam bidang ekonomi Islam.

Jawapan dari sahabat aku itu amatlah mudah ...' MALAS ' ...ermm...Aku pantas membalasnya dengan menulis padanya begitulah lumrah manusia sekarang.Semuanya nak disuakan kedalam mulut..Dia hanya perlu mengangakan mulutnya saja..Kalau boleh pun dia tak nak nganga , terus je letak kat usus peruttu ..senang cita...

Aku cukup pantang bila orang menjawab malas..kalau benar ketika itu dia berada di luar pejabat atau tidak online internet waktu itu , tak mengapalah .Tapi ni tidak , kalau dia boleh berYM ketika itu sudah tentu dia boleh meng'google' mencari jawapan..Bila jumpa jawapan , amik jawapan dan rujuk pada yang arif pula...Aku bukan suruh dia telan bulat bulat ! ..

Para pembaca sekalian..aku yakin korang semua mempunyai taraf pendidikan yang tinggi atau ada akal yang bijak sekali untuk membezakan yang mana sahih dan yang mana palsu..Jgn terlalu pantas menjawab MALAS terhadap soalan..Amatlah malang sekali jika kegunaan teknologi maklumat ini digunakan sepenuhnya untuk berhibur atau untuk membuat assigment..

Amatlah malang kerana maklumat berada dihujung jari anda !
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Bila jejak je zaman remaja , perkara pertama yang timbul dalam kepala otak ialah ...


Maka terasa la diri tu dah bijak macam ..

Padahal tak sedar sebenarnya awak tu masih lagi ....

Bila ditegur perangai tu , mulalah ..


Sikit sikit kata mak bapak nak ..


Padahal mak bapak korang tu ..

Kalaulah mak bapak korang tu jahat sangat , dari kecik lagi diorng dah ..

Hurm...Ni umur baru

Dah berlagak macam ..


tapi bila ngan boyfriend atau girlfriend lak , korang ..

..
masa manis boleh la ...


bila time ni ??

Atau
baru laaaa korang nak cari balik

atau

Haaaa..tu kira nasib baiklah korang sempat

kalau tak sempat ?

Camana ?
Bak kata

FIN


Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!
sailfulislam.com
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Ada sekali tu aku g ziarah kawan aku ...Kawan aku ni seorang cikgu kat satu sekolah anak anak orang kaya..kat area KL ni la..Dia bagitau kawan dia nun depan umah tu seorang cikgu yang dah loaded...kaya maksud aku tu..Aku pun jengok kan pala aku ke luar rumah...Nampak la ada sebijik MPV dan BMW depan rumah..Dia kata kawan dia tu cikgu gak..Tapi mampu pakai keta mewah lagu tu...

Aku terkejut beruk la..cam kat bawah ni haaa..


Biar betul ??? Dia kata orang tu jadi agen insuran kat sekolah dia termasuk sekolah sekolah di sekitarnya..oooo la la..patut laaa...

Dia kata setakat nak dapat RM10K sebulan tu senang senang jer..Tapi yang tak bestnya dia ada cerita , kat sekolah pun ngajar cam ala ala kadar jer..Setakat Guru Besar tu senang senang je dia lawan..Yelah , orang dah banyak duit...

Haa..part ni aku tak berkenan skit..Bukan apa..baru banyak duit , dah besar kepala..kalau tamo , jgn kerja..Berenti je jadi cikgu..Ramai lagi nak kerja tu...Aku cakap gitu kat kawan aku tu..dia senyap jer..Hurm..

Tak la..manusia...Baru mewah skit dh besar pala..tnjuk hero...Ada cam sorang kawan lama aku...Haa..dulu skit punya mewah hidup...keje ngan syarikat saham..Pastu kawin ngan anak orang kaya...Skang dengar cita dah jadi duda...Pasal apa ? Dah tak kerja..sebab saham dah tak laku...Tapi nasib baik la tak berlagak sangat orangnya..Kira ok lagi la..

Apa yang aku nak sampaikan ialah , kita ni tak tau berapa lama kat atas nun...bila bila je boleh
jatuh tersungkur !!! Masa kat atas tu janganlah sombong ..Sekejap je Allah boleh tarik balik tauuuuu ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Awal giler aku bangun pagi tadi..dalam kul 5.30 pagi..terus mandi....bersiap ...solat subuh...dalam kul 6.10 tu , aku terus keluar g keje...Memandangkan wife aku cuti ari ni sebab dia nak studi maka aku bolehlah bawak keta sampai ke Cheras yakni umah mak aku...

Belum sampai 5 minit aku keluar dari umah aku tu , wife aku call ! ..Adoi...baru je kuar ni takkan dah rindu kot ?? Getus hati aku...aku nak cepat takut jalan sesak nanti..aku tak suka nak bersesak sesak gini..sebab tu aku nak parking je kat lrt cheras..pastu naik je lrt...padahal boleh je drive terus ke opis...hehehe

Wife aku tanya kat aku..." abang dah solat subuh ke ? " ....

" Laaa..dah la...dah kul berapa ni ? Nape ? " Aku tanya dia balik...

" Bang...baru je azan subuh ! Camana abang leh solat sebelum waktu ??? " Wife aku cakap kata aku..

" Erk..ye ke ??? " Aku terpinga pinga..

" Patah balik....solat dulu baru kuar " ..wife aku suh ...Aku jawab tak pe ..aku g solat kat opis..sempat ni..baru kul 620...

Seperti pelesit aku drive pagi tadi...sampai kat lrt cheras..dalam 630...naik lrt sampai kat opis dalam kul 650...hahaha..go ben go...terus aku g surau kat PWTC tu..hehehe..clear..tkde orang..hahahah....terus tunaikan kewajiban...

BEN BEN..APA LAAA NAK JADI NGAN KO NEHH..
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Khutbah Jumaat yang aku dengar tengahari tadi , benar benar menghilangkan ngantuk aku.Biasanya aku pasti tersengguk sengguk dibawah khemah biru yang didirikan khas setiap hari Jumaat di Masjid Indonesia yang asalnya hanyalah sebuah dewan bola keranjang dan dibelakannya sebuah surau...Digabungkan kedua duanya maka dapatlah jemaah bersolat Jumaat disitu.

Cuaca panas membuatkan tengahari tadi membahang dan kebiasaannya aku pasti mengantuk disebalik cermin mata hitam aku..Terpaksa pakai sebab terlalu silau..Aku kan rabun..kena la pakai untuk elakkan kerosakkan lebih teruk pada mata aku tu..

Bila khutbah mula dibacakan , aku dapat tangkap butirannya sedikit pada asalnya...Berkisarkan tentang sifat sifat Rasulullah S.A.W ..Aku rasa tajuk hari ini adalah kerana kedatangan Maulidur Rasul yang tidak lama lagi..

Pada mulanya aku dengar dengan ala ala kadar saja tapi apa yang membuatkan aku tersedar dari lamunan aku tu bila masuk bab perasaan cinta Rasulullah terhadap isterinya , Aisyah R.A ..
Membuatkan aku tersentak sebentar...Betapa agungnya cinta baginda terhadap isterinya..

Secara ringkasnya begini ...Dikisahkan baginda berpuasa dua hari berturut turut ( pada yang tak tau puasa Nabi ada khasnya...hanya untuk baginda S.A.W yang mana baginda akan berpuasa tanpa berbuka...) Sampailah sahabat Nabi perasan terdapat perubahan pada muka Rasulullah S.A.W ..Lalu sahabat nabi bertanya kepada baginda , kenapakah mukanya jadi begitu ? Pucat dan kelihatan tidak bermaya..Baginda menerangkan pada sahabatnya yang mana baginda sedang berpuasa dua hari berturut turut..Terkejut mendengarnya sahabat baginda memberikan roti pada baginda untuk bekalan semasa berbuka nanti...

Dijadikan cerita , Rasulullah S.A.W membawa roti tersebut balik ke rumah untuk makan bersama sama dengan isterinya , Aisyah R.A ..Sesampai di rumah , baginda S.A.W melihat isterinya sedang nyenyak tidur...Rasulullah S.A.W meletakkan roti tersebut di sisi isterinya sambil menunggu isterinya sedar dari tidur...Sampai ke tengah malam , Aisya R.A masih belum jaga dari tidurnya lalu Rasulullah S.A.W membuat solat sunat sampai ke subuh ...Aisya R.A masih belum jaga dari tidurnya..

Masuk waktu subuh , Rasulullah S.A.W pergi la ke masjid untuk bersolat subuh berjemaah..Sesudah solat , sahabat baginda tadi tu , menegur baginda S.A.W ..kenapa masih tiada perubahan pada baginda ...Baginda menjawab , dia masih belum makan roti yang diberikan semalam kerana ingin makan bersama sama dengan isterinya.Dimana ingin sekali baginda disuapkan roti tersebut ke dalam mulutnya dengan rasa cinta dan kasih sayang...( hurmmm...)

Selepas itu baginda pulang ke rumahnya...Rasulullah S.A.W melihat isterinya , Aisyah R.A sudah terjaga dari tidurnya malah telah bersiap siap mencantikkan dirinya ..Aisya R.A terkejut melihat keadaan Rasulullah S.A.W yang kelihatan sangat tidak bermaya dengan muka yang pucat lesi..Rasulullah S.A.W menerangkan yang dia ingin sangat menjamu selera roti yang diberikan oleh sahabatnya itu bersamanya..

Mendengar penjelasan Rasulullah S.A.W , Aisyah R.A menangis dan meminta ampun ..Beliau mengatakan yang beliau isteri derhaka pada suaminya ...Sambil memegang kaki baginda S.A.W , Aisyah R.A terus terusan meminta ampun ...Rasulullah S.A.W kehairanan lalu bertanya kenapa dia meminta ampun sedemikan rupa..

Aisya R.A menjelaskan roti yang diletakkan disisinya itu telah dia sedekahkan kepada jirannya yang kebetulan 2 hari tidak makan ! Mendengar penjelasan tersebut Rasulullah S.A.W , terus memeluk isterinya lalu berkata dialah ahli syurga dan syurga akan bersinar dengan kehadirannya...Lalu baginda berkata pada isterinya , biarlah dia berpuasa sehari lagi ...

Ermm...lebih kurang begitulah...kalau ada terlebih kurang tu , aku mintak maaf la ek..sebab speaker dengan aku jauh..puas pasang tinga...hehehe..tapi cam tu lebih kurang..so korang pk pk la..

Bab kawin 4 , ramai lelaki nak ikut...Bab sifat nabi sebegini , berapa ramai lelaki sanggup ?
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Mudahnya nak cari pahala dalam dunia blog ni...Nak cari dosa lagi la mudah kan..tp tak semudah cari pahala...Selain menurunkan ilmu ilmu dunia , aku tengok ramai blogger di GB berkongsi bab ilmu agama juga..hehe...Alhamdulillah...sambil berlari makan aiskim ek..baguih baguih..

Aku tamo kata blog aku bagus tapi alangkah cantiknya dalam blog kita ada ciri ciri keIslaman...baru la ada beza ngan blog orang kafir...kan besh gitu...baru la orang kafir tau betapa blog orang melayu di malaysia ni walaupun bz berblogging tapi tak lupa agamannya..Ye tak ? ..

Apa apa pun , terpulang la..blog korang...aku bukan menegur..paksa pun tak ..habaq je...Lepas bahagian aku..kan kan...
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Filem "Semerah Padi " Mengelirukan Gambarn Hukum Sebat Dalam Islam

“Sebahagian masyarakat Malaysia terkeliru mengenai gambaran hukum sebat Islam disebab beberapa faktor. Salah satunya, filem P. Ramlee iaitu ‘Semerah Padi’. Di samping wujudnya unsur-unsur positif dalam filem berkenaan, tetapi cara hukuman Islam digambarkan amat tidak serasi dengan hakikat hukum tersebut. Cara kes dibicarakan, sehingga hukuman dijalankan menggambarkan hukuman sebat dan beberapa perkara lain kelihatan rakus dan kejam.

Hukuman sebat dalam Islam tidak sampai mencederakan sedemikian rupa. Gambaran inilah yang ada dalam pemikiran sesetengah masyarakat, samada yang pro atau kontra, lalu beberapa tafsiran salah dibuat terhadap hukum-hakam jenayah peribadi tanpa menyentuh hak individu lain seperti zina dan minum arak ....

Seterusnya >>> sini
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Segera punya neh..sebelum waktu keje mula..aku ada 5 minit dari skang ! Go ben Go....

Pertama....kejadian ni berlaku sebelum aku g solat jumaat ( bukan nak tunjuk baik yang aku g solat tu..kang tak cakap , ada jugak lalat kata , " haa..tak g solat jumaat la mamat ni..blogging je keje" ..sebelum si yang berkata tu dapat dosa , aku selamatkan dia dulu..

Kat FACEBOOK tadi ..ternampak la satu status kawan aku ni..aku tak sure la yang aku penah tego dia ke tak..tak hengat...Status dia mmg menyedihkan la..maksud aku dia dalam keadaan serba salah dimana dia tulis kat situ , selepas solat jumaat dia akan mula delete kawan kawan yang ada dalam tu sehinggalah jumlahnya ialah 200...arahan tu datangnya dari suaminya yang dicintai..heheh..kalau tak silap aku skang ada dalam 600 lebih...banyak gak tu kena 'sepak' keluar..aku tak tau la aku pun mungkin jugak..maybe yang tinggal pun semua perempuan je kot..ok la..menghormati permintaan suaminya tu..

Tapi yang tak bestnya , ada jugak insan yang tak puashati..Dia siap tulis kat situ yang tak payah remove dia ..dia sendiri akan meremovekan dirinya ...ermm..sampai gitu sekali..Yelah , kata katanya ada kebenaran ..takkan nak berkawan pun ada limit ...betul tapi kena la fikir mungkin ada sebabnya suaminya mintak berbuat demikian...Lagi pun yang tidur sebantal serumah tu suaminya bukan kawan dalam facebook tu...Aku bukan peleceh kawan kawan dalam FB ni..bagi aku kawan dalam FB ni semuanya bagus bagus sekali ( cewah..jet lebeh neh...tapi betul ar ..ikhlas neh.. ) tapi berapa ramai orang yang faham tentang duna persahabatan dalam FB ni ? Orang yang terlibat dengan dunia sosial networking ni je faham...Kalau benar benar ikhlas berkawan , mmg membawa seribu kebaikkan..Betul tak ? haaa...aku tau aku betul..makasih..

Si sahabat tu terpaksa la ikut cakap suaminya..Tak ikut ,derhaka la pulak..Kawan sorang lagi tu pun tak payah la nak angin ..biar je la dia buat pilihan...masa ni la nak tau sapa kawan pilihan dia..tak terpilih tak semestinya bukan kawan...mungkin kalau setakat depan mata tak yah la nak add...g je la sepak terajang real real..tak yah tulis kat status FB tu , " kang aku sepak jugak budak ni" ...padahal depan mata je..betul tak ? Yang duk jauh jauh tu sesuai la sangat dikekalkan..Ok ?? Cool bebeh..Aku ari ari diremove dalam frenz list diorg..Tak kisah pun...Satu keluar , 10 tengah beratur nak masuk..berebut neh...aku pun pelik gak..bukan artis mahupun politician...iskhh...

Yang kedua ..Ni pun sebelum g solat gak tadi..Aku ada g tengok blog ...Yang mengatakan sapa sapa yang guna blogspot , jgn la melabelkan dirinya blogger..hahahaha....best tu..kena guna wordpress baru bleh labeh dirinya blogger...Ni la dia ...haih...malas nak komen.kang panjang ceritanya ..lantak la...Cuma ada dua tiga perkara yang aku tak setuju la ngan pendapat dia tu..Mungkin dia dah naik sebab dia dah lama dan di zaman tu blog belum popular...so dia boleh cepat naik...cuba skang ? aku rasa penat jugak dia nak bersaing ...terlalu ramai blogger skang ni ( aku tak layak dipanggil blogger sebab aku guna blogspot ..alallala ) ..Aku baca kandungan dia ..ermm..cerita dia ..cerita berdasarkan dunia internet..maklumat dia semua dalam tu je...Dia tak cerita tentang diri dia sebab dia kata orang tak kenal pun sapa dia ! Wat pe nak cerita pasal diri dia ...Hurm...iskh iskh ...Tak de pengalaman dunia luar ke ? Celik mata , tengok laptop...tutup mata , depan laptop...Haih...Panjang nak komen tapi aku tau , ramai pengikut dia ni..so malas la...Masing masing punya cara tapi jgn la kutuk kalau orang tu menulis tentang kehidupan dia dalam tu...kalau semua orang dok cerita pasal IT , pasal artis ..gossip sana sini , apa kes ?? Apa nak dapat ?

Ketiga ...ni satu sikap aku kureng gemar..aku rasa bukan aku je..ramai la yang kureng...Lepas solat tadi , aku g ke ATM untuk keluarkan duit...Bila dah selesai hajat aku tu , aku pun nak keluar dari kiosk ATM tu , depan aku ada satu akak ni...aku tarikkan pintu tu , kasi dia masuk dulu...dia masuk ,tengok muka aku pun tak..terima kasih jauh sekali !!!! Ya Allah..satu bangsa ni...dia pk aku nak ngorat dia ke ??? Huh..Exkissmeeee....akak oiiiii , tak lalu laaaa....ayooyooo...

Wat dosa tul aku neh...dah la..nak sambung kije aku...huh..
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Haaaaaaaaaa..tak percayaa ???? Jangan ingat korang letak papan iklan kat blog korang tu je leh dapat duit...ni baek punya sumber yang boleh dipercayai...bukan mudah nak dapat sumber sumber dari agen agen perisik terkemuka dunia neh ! Apa apa pun , kalau korang dapat nanti , jgn lupa...TUAN PENASIHAT , 25 % !!!

Sebelum aku bocorkan rahsia ni.. ada baiknya aku bebel skit la ...ala..boleh laaa..sket jeeee...bleh ekkk...tak bleh ??? cheee....duit punya pasal , pantasss je nk tau ekkk..Aku bukan apa..bukan tamo nak bocorkan rahsia ni tapi aku takut ..takut ditangkap , kemudian ditutup mata aku...telinga aku ditutup ..haa..aku tak nampak apa apa..Cuba korang bayangkan ...haa....Kena ikat kat kerusi..dibogelkan !! haaa...yang bab bogel tu jangan bayangkan arr....tak bley tak bley...dengeres..Haaa..

Ni bukan MLM mahupun mana mana skim mengarut yang cepat duit tu..ni korang kena usaha...berusaha demi kejayaan !! Demi cintaku pada mu !! ..haaa..Yelaaaaaa..tak sabar betul ..

Kalau nak tau...kat mana ...kat siniiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ( sambil tunjuk lubang hidung ku ) ...hehehe..acah jeee..marah la plak....kat sini ha...klik kat siniiiiiiiiiiiiiii ( sambil tunjuk lubang hidung ku lagi ) ...hahahha ...yeee...klik sini ...suka la tuuuuu ...Huh.

JANGAN LUPAAAA...TUAN PENASIHAT - 25% !!
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Kalau ikutkan aku , aku malas dah nak perli atau sindir org dalam blog ni tapi terpaksa gak buat..
Pagi tadi aku ada menjengah blog member yang mana aku rasa satu malaya kenal dia nih...hehehe...sapa lagi kalau bukaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn ...pergh ..baek punya promosi..hahahah...tambah satu lagi teh tarik bro ! ...sapa lagi kalau bukan Bro EQ .. Korang baca dulu entri dia , baru mai kat sini balik ...tu pun kalau nak mai la...kot ' tersangkut' kat sana kan..hehehe...mana nak tau..hehhehe..

Aku bukan nak tegur tapi nak habaq mai kat lalat lalat tahi mahupun langau langau blog ni...Awat suka benar hinggap kat blog orang pastu buang tahi tu merata rata ? Cuba duk diam diam kat blog sendiri tu ..Kalau takde blog , g buat blog sendiri...tak tau nak buat ? Laagii mudah...ko main je online game tu ! ...Tak tau gak nak main ??? aku ada cadangan bernas...cuba gigit keyboard atau main je ngan mouse tu...kan senang ...ni dok kacao orang dengan komen mengarut tu...dah la tu , tak berani letak nama..Pandai lak menyorok ! ..huh..

Nasihat aku pada blogger blogger baru tu..yang terlupa nak kunci pintu komen tu...buat cepat sebelum lalat lalat tahi ni hinggap kat blog korang...Buat segera ...kang dah hinggap , buat sakit kepala je baca..nak balas , sah sah terbang mencicit dah..hahaha...Aku dah kena gak dulu...komen tah apa apa tah..tak de logik n takde dalil..mana dia kutip dalil tu pun aku tak tau...sah sah kutip kat loji kumbahan...

Sejak aku tutup , aman ruangan komen aku tu....hanya yang ada akal je berani komen..yang takde akal tu , pikir berpuluh kali gak nak komen...huh....

Wahai lalat lalat tahi sekalian , g terbang jauh jauh sebelum aku sembur ngan clorox !
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Tadi aku ada post entri yang aku kutip kat salah satu surat khabar terkemuka di internet ni ...Bila aku baca baca ...memula best la aku nak post..tapi bila difikir-fikirkan semua...ermm..ada baiknya aku tarik semula..Sebab apa ? Sebab setiap artikal dia tu mmg mengenakan kaum adam je...Kata-katanya ada betul cuma apa yang dia kata tu aku takut akan membuatkan wanita wanita diluar sana yang sedang di rundum kekecewaan bertambah kecewa..langsung takde memberi kata kata semangat dan perangsang..Membuatkan perempuan tersebut lebih kuat marahkan pasangannya..Tu bukan kehendak Islam..Sifat sabar dan pemaaf perlu ada..Tak kira la sebanyak mana kesalahan tu..Aku bukan nak pertahankan lelaki tapi kena la ingat , kita ni manusia..lelaki atau perempuan sama je..Beza antara lelaki dan perempuan , lelaki buat jahat ni boleh perasan tetapi perempuan susah..Pandai je sorok dlm dlm..

Bayangkan la kalau korang tengah marahkan bf korang ( ni untuk perempuan ) , bila baca artikal tu , korang lagi bertambah marah sebab ada 'geng' ...Mengiyakan lagi kenyataan tu..Ya betul ...lelaki ni kaki temberang..majoritinya...Nak tanya...kalau lelaki ni kaki temberang , perempuan kaki apa ? Jujur sangatkah ? Cuma selami diri tu betul betul...Jujur sangatkah aku ini ??? Mungkin pada manusia lain tapi pada Allah ? Mana yang penting ? Jujur sesama manusia atau pada Allah ? Ya betul..aku tau...dua dua penting ...Tak dinafikan..tapi sukar bukan ? Sebab manusia tu tak sempurna..

Apa yang membezakan wanita dan lelaki ialah dari sikap sabar...Disebabkan lelaki itu kaki temberang maka wanita menjadi sangat penyabar...Sebab itu hanya wanita boleh mengandung , melahirkan anak , menjaga anak , melindungi anak dan sanggup berkorban demi anaknya..Bukannya lelaki tak boleh ...boleh...Ya aku tau...berapa kerat sangatkah lelaki boleh jadi penyabar seperti wanita ? Lelaki bukan penyabar tapi ' cool' .. Camana dia boleh berlagak cool ? Dia wat tak tau..lantak korang la..asal jgn ganggu aku dah..hehehe...mudah kan..

Sebelum perempuan di luar sana tu menyertai geng geng 'anti lelaki ' , aku nak bagitau...kalau benar nak anti lelaki , cuba fikir ...fikir sedalam dalamnya...kaitkan dengan agama Islam...dari dulu sampai sekarang...Yang pasti lelaki akan terus wujud dalam hati korang ( wanita ) ..

BA2 : bila timbul perasaan benci atau anti , senantiasalah beristighfar ...meminta ampun pada Allah..tu yang terbaik...ingatlah , penyakit benci akan mencacatkan rohani anda... ;)
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s. Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta’la billah. Kemudian dihidupkan kembali oleh sesetengah kerajaan dan negeri. Demikianlah sejarahnya.

Seterusnya >>> sini
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hehehe...pagi tadi wife aku ada tanya kat aku....Kalau kitorang ada anak nanti ( insyaAllah , sah sah anak akan dihantar pada nursery...kan tak pun umah makcik makcik yang amik upah jaga anak anka kecil nih memandangkan kedua duanya berkerja demi membangunkan negara tercinta disamping meningkatkan lagi ekonomi rumahtangga yang harmoni lagi tercinta...pergh..panjang betul..

Soalannya yang bernilai RM 1 juta , berbunyi begini....Macam Who want to be a millionaire la plak..

"Adakah aku akan hantar anak ke nursery walaupun aku bercuti pada hari itu ? "

Dengan pantas sambil tersenyum dengan penuh bangga , aku menjawab..."Oh ya..Tentu sekali.."

Pastu aku terfikir..alamak..soalan menjerat diri sendiri neh...ADeh....Bersedialah mendengar bebelan dari wife aku lak...

" Kalau perempuan , rasanya tak...dia akan jaga anak diorng pada hari tu..." ..

Erk...betul gak tu...berapa kerat suami akan jaga anak kecik mereka tatkala isteri mereka bekerja ? Aku tak tergolong dalam tu sebabnya , aku takut ngan anak kecil ( boleh ke terima alasan ni ? ..tak bleh blaahhh ) ..Bukan sebenarnya....tapi MALAS ....

Ye ke MALAS...tak sebenarnya..hehehe...nama pun dah cuti...so lelaki ni nak la cuti sebenar benarnya cuti..kan kan ? hehehe..tu lelaki...tapi tak semua ...ada yang bagus...sanggup jaga ...Macam aku kata la..berapa kerat sebenarnya ? Tak ramai pun....

Kenapa berbeza dengan perempuan / isteri ? Bab anak ni , perempuan atau isteri sangat bertanggungjawab...mereka mengambil amanah ni dengan sepenuh hati..ermmm...Bab ni aku mmg respek kat perempuan...Laki pun tak leh lawan arr..Tau nak nikah ! Jaga anak tak tau ..huh..wat malu kaum jek..Nasib baik aku perempuan ...

Lelaki sebenarnya bukan malas...tapi bila dapat cuti tu , dia nak rehat betul betul..yelah , dah la tensen kat opis...pastu ngan kawan kawan ...haa....dok pk camana nak tingkatkan sara hidup...bukan mudah jadi pemimpin keluarga ni ..kan lelaki kan..haa...Tauuu..perempuan pun cam tu tapi tetap berbeza sbb lelaki tu pemimpin..bila jadi apa apa , diorng kata , LAKI ko tu ..LAKI ko ni ..laki gak kene...mana ada kata perempuan ? Jarang sekali perempuan kena...dah lak tu , akhirat nanti , lelaki gak kena soal...camana dia jaga ahli keluarganya..haaa

Dengan cara berehat tu la dia boleh recharge semua energy...power dia...nak kasi lampu merah kat dada tu kembali normal...hehehe...Cam aku ni..ada tekanan darah tinggi..sesekali kena rehat...dok rilek kat umah....kasi turunn ke peringkat normal...haaaa....bukan malas sebenarnya...cuma nak rileks...

Perempuan ? Diorng jaga anak laa diorng leh releks...bermain ngan anak anak kecik tu..terhibur ...bila dengan budak tu ketawa , para ibu senang je hati...Bila tengok anak anak tu bersih , wangi , tenang je jiwa...

Itulah bezanya suami dan isteri dari pandangan mata aku..korang aku tak tau la..hehehe..kalau ada , meh berkongsi..

Ok la..Korang ada 5 saat untuk keluar dari sini sbb blog ini akan terbakar dengan sendirinya !! Ala...cam cite MISSION IMPOSIBLE tu laa...adeh..slow ar ...
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Ok ..aku baru pas makan..untuk pengetahuan korang , aku terpaksa ponteng kije ari ni...dari semalam aku sakit kepala...Aku rasa aku lewat sarapan pagi kot...angin dah naik kat kepala aku ...sian aku kan...Pas subuh tadi , dah settle semua maka aku pun bersiap nak g keje...ermm..kepala aku masih lagi sakit...berdenyut denyut...ermm..kalau aku g opis , sah sah nanti aku jadi kepala angin....tak pasal pasal ada yang terbukak kes kat opis...Setelah dinasihati oleh wife aku , maka aku pun baring balik...dengan harapan sakit kepala tu hilang....Ermmm..haramm..sampai skang tak ilang ilang lagi..huhu...kang kalau gi klinik , doktor kata , tinggi tekanan darah u ni...ada penyakit darah tinggi ke ....bla bla bla ...biasa dah dengar...ahahaha..

Berbalik pada entri aku sebelum ni yakni pasal lelaki kawin lebih lebih ni..bukan saja aku nak kuarkan tetapi atas permintaan seorang kawan di FB yang mana baru dapat tahu suaminya kawin satu lagi secara sembunyi...kot ? ...hehe..memandai je aku tambah...aku tambah yang secara sembunyi tu...Yelah..kalau secara terangan terangan sah sah bini dia bawak pistol separa automatik , styer dan juga bom tangan ke majlis pernikahan suaminya itu..kan kan...

Ramai wanita memberi tanggapan buruk pada poligami ni...Yelah , bila sebut bab poligami mesti diorng ceritakan keburukan poligami....hahaha...mana cerita yang baiknya ???

Ibarat kereta la.." Yaaanng , jom kita g beli kereta baru ..I nak belikan u ....LAMBGHINI DIABLO ..nak ? ..


Pada yang tak tau , nilah dia LAMBOGHINI DIABLO ...keta peveret gua nehhh..mati hidup balik pun aku tetap nak keta ni gak !!!


Sambung balik..tadi tu iklan ....berbalik pada dialog tu ..." Oh abang ku sayang ! ...LAMBOGHINI DIABLO ??? WOW WEEE ...I likee...THUMBS UP bebeh !! ... "

Maka suaminya pun berkata , " tapikan sayang , kalau beli keta baru , susah la...bukan apa keta ni boleh mengundang kecelakaan ...nanti ayang boleh eksiden masuk gaung ke..terlanggar lori sampah ke...haa..sapa susah ?? "

Si isteri berkata .." ala abang ni...ke situ pulak..kalau nak mati , kat mana mana boleh mati....Yang abang pk pasal eksiden tu nape ? Tu ramai yang bawak keta , ok jeee ?? "

Suami menjawab pula..." Tu yang ok...yang tak ok tu berapa ramai ? Berapa ramai mati terbakar dalam keta ? Berapa ramai lak yang mati kepala tah kemana ...paru paru terkeluar ..haaa ...kensel la ayang ..bukan tak nak ..tapi demi cinta ku padamu ..biar lah ayang bawak je basikal mountain bike tu ekk..abang pun tak pening pala nak bayar bulan bulan keta tu...abang pun naik lrt je..dua dua selamat...lom ada lagi yang mati kena langgar lrt neh ..kan kan ? "

Ok ...korang paham tak cerita tu ??? Gini aku terangkan ...Bila bab yang perempuan sukaaaaa termasuklah bab bershopping , bermekap ( alasan ni untuk kepuasan diri dan untuk suami jugaaa ) , bagi perempuan , semua ok jeee...jgn tengok yang buruk tuuu..tengok yang baik tuuuu...haa...kan kan..bijak beno perempuan nehh...TEPUK ! TEPUK ! ..

Kenapa tak ambik yang buruk sebagai satu alasan ? Seperti bab poligami aka kawin lelebih neh ? Nampak yang buruk jeeee...sama cam bawak keta la....kalau pkkan eksiden , sampai kiamat la naik lrt...kan kan ?? haaa...cam tu la aku pk dulu...haram nak bawak keta..takut eksiden..Telan air liur bila tengok adik adik aku bawak keta...Harap ada lesen tapi takut nak bawak keta...

Kenapa nak tengok yang buruk je ? Berapa ramai yang kawin lebih dari satu tu meriah jer ?

Haaa..sori la akak akak..bukan nak cari gaduh neh...bertenangg...Ambo ni pun bukanlah perfect sangat..tapi apa kata kita sama sama buka minda...Aku tak sokong mana mana lelaki yang tak layak kawin lebih dari 1 untuk kawin lagi ! Tidak sama sekali..atau aku takkan sokong mana mana lelaki yang masih belum layak kawin untuk berkawin semata mata kerana nak melunaskan nafsu serakah dia ! Tidak sama sekali..

Cuma tolong lah..jgn la bila sebut jee bab kawin ramai ni , mula laaa perempuan menyinsing lengan baju dia...G dapur cari lesung ....cari pinggan yang dah tak pakai untuk dijadikan senjata api ! ...walaahh..

Bila dengar je suami nak kawin lagi ..tanya la...kenapa ? mengapa ? dengan penuh lemah lembut...suami pun akan terangkan kenapa....Bawak berbincang dengan matang...kalaulah dia benar benar nak kawin lain , buat perjanjian dengan dia..pastikan perjanjian bertulis...hehehe...mau takut dia...Perjanjian yang mana kalau dia tak menunaikan tanggungjawab dia , seluruh harta Saddiq Segaraga akan menjadi milik tuan hamba ! ...haaa..mesti dia takut ...

Bukan semua lelaki nak kawin lebih dari 1....ramai sayang dan cintakan isterinya...kan kan wahai lelaki..haaa..Apa pun , fikirkanlah wahai lelaki dan wanita ( termasuk aku ) ..hidup di dunia ni hanyalah sementara ...satu persinggahan untuk ke sana yang kekal abadi...tak yah pening peningkan kepala..Ikut je landasan yang Allah suruh....insyaAllah ..takkan ada perang dunia dalam rumah tu nanti...

Nasib baik lelaki je boleh kawin 4 ..kalau perempuan boleh kawin 4 ? tak tau laaaa mana satu ayahnyaa n berapa ramai laa lelaki menjanda..hahahahah...

Ini sekadar pandangan aku yang tak cerdik ..harap maaf ye...nak tau pendapat yang cerdik..baca entri di bawah ni..tqqqqqq..selamat hari rayaaa..maaf zahir dan batin..
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Sebut pasal lelaki nak kawin lebih dari satu , perempuan mula menjuihkan bibirnya..kenapa ? sebabnya topik ni ramai lelaki suka la..Tapi tak besh bagi aku...

sekadar gambar hiasan .takde kaitan ngan kawin lelebih


Terlebih dahulu ..kita pergi kepada pegi pada yang asas..APAKAH ITU NIKAH ? untuk mengetahui lebih lanjut , apa kata kita jemput panel kita hari ini...sila klik disini ..tu secara ringkasnya..

Nape kena nikah ??? haaa....tu leh rujuk kat sini ..pada yang teror tu...tak nak baca..tak pe...jgn paksa diri...tapi kalau baca , alhamdulillah..satu ilmu lagi dapat...dapat lagi pahala..kan kan ...klik sini haaa..

Baca dah ?? haa...ringkas tapi padat kan...kenapa dan mengapa kene menikah...Ok ....bab poligami ni lak..sila la klik sini...dan juga sini ...kalau tak puashati dengan jawapan tu...klik sini lagi haa ...

Amacam ??? banyak rujukkan aku bagi sebelum aku nak mula membebel..cuba satu lagi ni...klik sini .. ok ok ..cukup ...aku lak nak bebel..heheh..

Ni pendapat aku lak ye....aku tau ! Kang jadi isu panas lak...zaman ni salah cakap skit je , pandai je orang putar belitkan ..

Kenapa lelaki nak kawin ramai neh ? Cam korang baca ..ada banyak sebab...kalau korang tanya aku , " Ben tak nak kawin ramai ke ? " ...maka inilah jawapan aku..

TAMOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO....

Kenapa tamo ek ?? ok ..ini adalah alasan alasan aku..

Yang pertama , aku hanya ada sekeping hati....yang mana aku tak reti nak membahagi bahagikan kasih sayang...terutama sekali ialah , keadilan...tu aku..aku tak boleh nak adil ...

Yang kedua , aku tamo pening pening kepala....ari ni rumah sapa ..esok rumah sapa..lusa rumah sapa..tulat rumah sapa ? minggu depan cari rumah baru..haaa..aku tak bleh tuuu...medula oblagata aku tak mampu nak proses semua tu...

Yang ketiga , aku tak mampu dari segi $$$ ..dari aku membazir tabur kat kenduri kendara , baik aku bawak wife aku g cuti cuti dunia....nak g haji , insyaAllah...

Yang keempat lak , aku hidup sekali je...tamo hidup dalam keadaan kucar kacir...biarlah sorang je....kalau takde jodoh dan tiada lagi kidungmu ..eh...tiada lagi cinta , maka berbincang secara matang..cari penyelesaiannya...Ingat best ke nak cerai cerai ni !!! Pergh..boring siut....napa aku cakap gitu ? haaa....lu pk la sendiri..

Yang kelima ....cukup la tu..4 pun dah banyak...

Sekian penjelasan aku secara ringkas...aku harap semasa korang baca ni , korang dok kunyah kuaci bunga atau kuaci hitam..paling tidak pun sambil bedal prosperity burger..pergh...sedap tuu

LALALITAMMMMMMMPLOMMMMMMMMMMM....HAAA ..AKU KENAAAA
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Terus pada point...

1 ) Mulai skang..aku malas nak perli dalam blog ni ( insyaAllah )

2 ) Di GENGBLOGGER , aku kesian tengok blogger blogger yang mempunyai entri entri menarik tetapi tak tak ramai perasan disebabkan makin ramai blogger yang ping pada masa yang sama...so dia cepat turun...Aku ada satu cadangan ...selain di GENGBLOGGER , di FACEBOOK ada menempatkan satu group terbuka untuk blogger blogger muda mempromosikan blognya...ni kira pilihan kedua la...Yang utama di GENGBLOGGER..sah sah tak leh lawan kan...Cuma aku kesian ..aku tau camana perasaannya mereka...baru je ping , tau tau kat bawah dah..sikit je orang tau..

So kalau berminat , cuba search KELAB BLOGGER di FACEBOOK...ada dua tiga kawan kita di GENGBLOGGER selalu promosi entri terbarunya kat sana...Tak salahkan ? Cuba la...ni alternatif nak perkenalkan blog korang gak...GENGBLOGGER still the best tapi perlu ada alternatif..jangan bermain satu tempat je....

Seperti biasa..ni cadangan aku jek..tak paksa pun...lalalitaplum..
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
eRM..Hari ni aku mulakan diet semula...bererti sarapan pagi , makan oats 3 in 1 ..dua bungkus...manakala tengahari makan oats gak...2 bungkus....Bila melihat geng geng lain g tapau makanan , aku hanya mampu tersenyum ..melawan godaan...

Petang...aku balik ke rumah mak aku...Aku tengok mak aku ada kat umah..mesti dia ada masak neh..apa laa yang dia masak nih..jgn yang sedap sedap dah la...boleh aku elakkan diri..Sampai je umah , anak buah aku yang kecik sorang ni sambung aku..Danish namanya..huhu..perangai sama cam pakcik dia ...bila suh g amik apa apa barang , perkataaan pertama yang keluar ialah , " Mana ?? mana ?? " ..padahal cari pun belum..semua nak depan mata...bak kata jiran tuk moyang aku dulu , " mata letak kat pala lutut " ..haa..gitu la gamaknya..

Lepas aku sepak teranjang anak buah aku tu ( bergurau senda la )..aku ke dapur..mmg tabiat aku dari kecik sampai tua nak kojol ni....g umah mak , mesti nak selak tudung tu..nak tengok apa ada..bukan nak makan sangat..saja nak jengok...Jengok la sangat !!! Haa..amik ubat ! ..Mak aku masa kari ikan wehhhh...kari ikan mak aku masak kalu , korang leh tambah berkali kali..silap silap korang amik periuk nasi tu , letak kuah kari terus dalam periuk ! Takkan cukup beee...

Aku tengok kari...pastu ada bendi..hijau belaka...sah fresh neh...pastu selak periuk yang berjiran ngan periuk kari tu...ada sayur...gulp.....aku ke meja makan......ada ikan goreng...ada ulam !!! Waaaaaaaaaaaa.....pastu ada sambal belacan !!!!....aku tewas akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaa....
Tewas setewas tewasnya....Aku tak mampu nak ambik gambar langsung kerana perut dah kelaparan ..hahaha...

Akhirnya aku curang pada diet aku....aku makan dengan nasi yang penuh satu pinggan...kuah kari yang melimpah ruah...ulam yang aku bedal sampai abis satu mangkuk....sambal belacan yang aku bedal non stop...ikan goreng abis satu ekor....tu skit je tu...Kalau aku letak kicap ? letak sos cili ?? waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..sah sah aku bantai tido !

Mmg nyaris aku tak jadi g gym sebab perut kekenyangan..tapi aku tetap lawan nafsu...aku g gak...go ben go !! Akhirnyaa..........korang teka la sendiri..
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Aku tak sangka blog aku akan mencecah angka ni tak lama lagi...Emm , memula dulu aku nak cakap 100 pun susah..Berkat sokongan wife dan juga kawan kawan aku , akhirnya akan mencecah jugak ..tak lama lagi..

Blog aku ni muda lagi...merangkak ...belum boleh nak bertatih...InsyaAllah aku akan buat dia bertatih..Oh ya , jgn la bandingkan blog aku dengan blog yang dah lama merangkak tu ..yang mana dah ada follower beribu tu...sebenarnya aku pun pelik , betul betul ke diorng tu ikut blog tersebut atau guna jenis ni - ' aku add ko , ko add aku ' ...haaa..konsep ni mmg meriah selain konsep ' aku klik ko , ko klik aku ' ..hehe...ni semua aku rasa blogger baru baru yang tak tau apa apa lagi dunia blogging..cewah..termasuk aku la...alaa..yang baru beribu follower tu tak yah la mencebik bibir ..korang punya blog pun lom masuk top 100 terbaik Malaysia pun...tak ramai pun blogger Melayu termasuk dalam top 100 tu...nasib baik la zaman aku tu takde blog lagi ...semua pakat giler ngan web je...aku dulu pun ada gak web...guna yang hok free tu...TRIPOD..hehhe...aku buat web untuk menulis cerpen...tapi tak sempat abis aku dah tutup web tu...sebab takde masa nak update...Masa tu pun aku dah ada ramai pembaca setia...

Mungkin bagi sesetengah blogger 50 ribu tu skit je...bagi aku satu jumlah yang besar..kenapa ? sebab ada jugak orang sudi nak masuk n baca tulisan aku...Bukan mudah nak tarik orang woo...Kena bijak menulis...Tapi kena la ingat , bukan semua suka membaca ..Malas katanya..Jenis ni suh mengeja je...tak pun suruh je tengok gambar ...atau tulis kat situ " BACA DAPAT DUIT " ..maka berebutlah orang membaca..terpulang la nok !..

Hehehe...mengikut poll yang aku buat , ada spesis mengatakan blog aku ni membosankan ...Aku felik al felik gak...pasai pa dia masuk baca kalau bosan ?

Tu je la..aku nak balik g gym ar...MAT GEBU , ada resepi menarik untuk diet tak ? Kira makan pun puas tapi tak menyesal pastu ? HAHAHHAHAH ..aku rasa ramai pembaca berminat nak tau gak ni ....hehehe..

Aku bukan jeles tauuu..aku percaya ada blog yang berkualiti ..mmg banyak tapi low profile...duk diammm jek....ssyyy....dari blog yang baru setahun jagung tapi dah menyalak kata otai ! ...nasib baik blog aku ni potai ...huhuhu
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Posted by Adi Wong On May - 7 - 2009

1. Hong Kiat
2. Raymond.CC
3. LiewCF 26850
4. Paul Tan
5. Kenny Sia
6. Atniz 32867
7. Anwar Ibrahim
8. Emila’s Illustrated Blog
9. Timothy Tiah
10. Tekkaus
11. Just Khai (dot) Com
12. ShoppingNSales
13. sixthseal.com
14. Lim Kit Siang
15. Entertainment News
16. Cheeserland.com
17. Sabahan
18. KySpeaks
19. Jeff Ooi
20. SmashPop
21. Sensasi Selebriti
22. Gosip Artis Malaysia
23. Adesblog
24. KCLau 297568
25. Masak Masak
26. Friedbeef
27. Hot Screensaver
28. my life 4 hire
29. Make Money Online
30. Kong Technology
31. Shaolin Tiger
32. Kickdefella
33. quaintly.net
34. Yowazzup
35. Sapien Bryan
36. Latest Hi Tech News
37. Noktah Hitam
38. Internet Marketing
39. Chan Lilian
40. KNizam Artwerk
41. Gobala Krishnan
42. Susan Loone’s Blog
43. KampungboyCitygal
44. Cowboy Caleb
45. Chocoa Heaven
46. Malaysian Medical Resources
47. Delicious Asian Food
48. Niki Cheong
49. 5xmom
50. JomPHP.com

Selebihnya klik kat >>>> sini la

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sebut je nama DIN BERAMBOI ..mesti dalam pala tu teringat RAJA LAWAK , MANDI , WAKENABEB dan banyak lagi la..Tapi ada yang tak tau , sebenarnya sebelum DIN BERAMBOI ni wujud , ada DIN BERAMBOI lain..kalau sapa yang membesar dengan majalah ujang , dia tau la...

Masalah mula timbul bila kedua dua orang ini mengaku merekalah yang mencipta watak DIN BERAMBOI...sapa yang betul pun tak tau...aku tak berani nak kata la ..cuma ini pendapat aku..

Pertama kali aku dengar nama DIN BERAMBOI melalui sebuah kaset yang dipasang oleh kawan kelas aku sewaktu dalam perjalanan ke PULAU PANGKOR selepas abis SPM nun di tahun 1993..lama kan ?? haa...Aku rasa kalau korang dengar sah sah terbahak bahak ketawa ...Sebab mmg real dia punya lawak..lagi lawak dari mamat DIN BERAMBOI skang ni...

Macam macam cerita yang aku dengar pasal DIN BERAMBOI tahun 93 tu..antaranya dia tu mmg orang giler yang di interview oleh budak budak Uitm ( ITM masa tu ) ..tu antara khabar angin la..kesahihannya aku tak pasti..

Kesan dari kaset tu , mmg mendalam la...penggunaan nama LIM TAT , NIK WAFDI , dan banyak lagi senantiasa meniti di bibir budak budak aku zaman tu...Tak ketinggalan jugak dalam majalah UJANG..

Aku meninggalkan dunia komik UJANG selepas krisis DIN BERAMBOI merebut hak milik nama tu...ermm..bosan tul...setahu aku ujang dh mempopularkan dengan 'cantik'nya...datang sorang tu , ermm..tah apa punya lawak dia buat sampai skang ni....kekadang nak tengok RAJA LAWAK pun dah loya bila tengok perangai tak senonoh dia...

Kat sini aku letak dua link yang korang leh dengar sendiri ...klik sini dan sana ...cuba la sendiri ek...pastu search je lagi kat youtube...tengok komen bebudak kat situ..Ni semua antara pengalaman hidup zaman sekolah aku..hehehe...

Entah mana satu betul pun den tak tau ..yang den tau PAKCIK KAYOOOOOOOOOOOOOOO
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Sehingga pagi ini , dua peserta menduduki tangga tertinggi dan kedua teringgi sejak soalan ke dua dilancarkan pada Ahad lepas..Persaingan sengit diantara dua peserta ini ...meninggalkan jauh peserta peserta lain dari segi kutipan undian jawapan dan juga populariti ..Pergh....berlawan antara mereka untuk mendapatkan undian ..Kelebihan meraka ialah mereka membuat entri di dlm blog mereka..

Mulai semalam , aku mula membenarkan mereka menggunakan wall fb aku untuk mereka membuatkan kempen kempen secara terbuka..huhu..bagaimanakah mereka mampu menarik minat pengundi ? Kita tunggu je leee...Tu pun kalau diorg berani berkempen..hehehe

NO 65

59

TUNGGU apa lagi...g tolong rakan rakan lain tu...takkan sengeh jee kott..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Pergh.....4 hari cuti..aku guna sepenuhnya dengan .....hahahahha...berblogging....celik je mata , terus bukak laptop....walaupun dengan sebelah mata , aku tetap tengok laptop ...nak tau samada on ke tak je menatang tu....mana tau semalam aku terlena depan laptop..hehehe..Wife aku pun tak marah pun ( kot..hahaha ) ..Asal aku dalam umah..bukan g lepak kedai kopi atau g main snooker mahupun g memancing kat tengah laut...haaa....Bagus aku nih...nganga je dalam umah...Naik turun naik turun je umah aku tu...tengok astro tengok laptop...

Dari dulu aku mmg suka surfing net...bukan sekadar cari info terkini tentang dunia IT tetapi aku suka gak mencari maklumat tentang ISLAM...maklum la..dah tua..kena dalami skit kan..Nak wat camana kan..jahil bab neh...

Mmg seronok bila dapat tau sesuatu info yang mana kita tak tau sebelum ni tentang ajaran ISLAM....yelah kan , takkan nak harap semua kat ustaz zaman sekolah atau pun sekadar dengar kuliah dalam tv tu..

Ramai kata , jgn memandai mandai belajar tanpa guru...hurm...Kalau nak berguru , kena ada yang orang yang pandai ...Ya betul....tapi tak semestinya 100 peratus kena ada guru depan mata...semua orang anggap mesti ada guru depan mata...camana lak dengan PJJ ? nun jauh tu gurunya..sesekali je ada guru depan mata...sama la gak kan...Bila kira membaca , kita jumpa maklumat tu yang mana kita kurang pasti kesahihannya...Perkara pertama kita buat , kajian...cari jawapan....Kedua , baru rujuk pada yang pakar...kena ingat , tak semestinya ustaz sebelah umah tu boleh jawab semuanya atau tok imam masjid tu...kena cari yang sebenar-benarnya pakar ....Bila dihujahkan jawapan tu , pastikan ada dalil yang sahih..dari mana sumber jawapan tersebut..jgn la main terima bulat bulat...


Iskh..susah isu ni...ramai ada pendapat masing masing...tapi yang penting , jgn la menganga tunggu orang suapkan semuanya...kena la g cari..ISLAM ni agama yang penuh dengan ilmu...orang kafir giler giler kaji Al-Quran dan hadis sebabnya diorg tau , betapa tingginya ilmu dalam tu...orang kita lak gile gile kaji ilmu dari orang kafir tu...hahaha..ni sudah terbalik ...

Ok...aku nak lari dari topik tu...nanti orang kata aku ni memandai mandai lak dalam bab agama ni..sapa la aku neehhhh....kuman dikalangan bakteria jek...kalau korang rajin , g la usha link link blog /web otai otai agama neh..psstt...jgn pening pening ek..byk rujukan..tak paham , korang antar je email kat diorng..insyaAllah diorng jawab...aku punya pun penah diorg jawab..hehehe..Alhamdulillah..

Tajuk aku tu , masa rehat dah tamat sebenarnya aku dah 3 minggu cuti rehat dari gym....diet aku pun aku dah stop..bukan apa , masa aku diet n g gym tu , aku betul betul jadi slim..kurus jek perut aku..waaa..aku tak suka...baju n suar aku jadi longgar..jadi tak smart...so aku amik peluang cuti rehat ni dengan menaikkan semula badan aku tanpa usik langsung besi besi yang ada kat umah aku nieh...terbiar sepi gitu je...kasi peluang kat labah labah lak layan...sian dia kan..dia pun nak besarkan badan..nak lawan ngan tarantula...hehe..

Esok bermula la episod menghadirkan diri ke gym..dan ini bermakna , entri aku akan datang pun banyak la pasal gym...tu pun kalau aku rajin amik gambar kat sana..tgk la camana ..coach pun kalut tanya nape lama tak datang ..member pn ada gak call..hehehe..mesti diorng ingat aku sakit ke apa..yelah memandangkan aku ada penyakit yang serius..tnggu masa je nak...ermmm...haih..tu la..aku sedang menyediakan wasiat..nak wariskan blog aku ni kat sapa....Yelah yelah..blog huduh aku ni sapa la nak kan...semak samun cam laman umah aku tu..hahahaha...lalang yang naik depan umah aku tu pun satu seni apa...kalau aku togelkan laman tu , tak comey lak..yelah..togel jee...so aku biarkan lalang lalang tersebut demi menyahut seruan HIJAUKAN BUMI ANDA ( baek punya alasan ) ..

Erm...ada seperkara dua yang aku nak bicara di sini...(alaa..mamat ni tak abis abis membebel laa ) ...sementara nak tunggu SUPERNATURAL n 24 start , biarlah aku abiskan masa dengan membebel kat sini...cam biasa kalau tak suka ...nak kata pe kan...

Yang pertama , aku mintak maaf la pada pembaca aku yang tak suka baca entri panjang panjang ni...Aku syorkan pada pembaca berkenaan ,sila ke GENGBLOGGER.COM ..kat sana ada beribu ribu ribu blog untuk korang pilih dan baca ...ibarat kedai buku la....pilih je mana korang suka...aku tak halang pun..

Dalam blog aku ni aku sediakan kotak undian yang mana aku nak tau berapa ramai pembaca tak suka akan blog aku ni...Yang suka , aku tau ramai..hahaha..ada gak tak suka tu...hehehe...bagus bagus..tak marah pun...suka lagi ada ...dengan adanya tak suka tu , aku tau diorng tak suka bebelan aku nih..macam makcik makcik....Aku tau golongan mana yang tak suka tu ...dan aku tau golongan mana yang suka ni...Apa pun aku mengucapkan terima kasih pada yang sudi memangkah kotak undi tu...hehehe

Keduanya ,tentang blog aku ni....ada yang nak samakan blog aku ni dengan blog blog lain...seperti entri aku yang sebelum ni , aku dah panjang lebar cerita kenapa dan mengapa...cuma aku terlupa sesuatu..kalau korang tengok blog aku ni semak samun , itu lah aku..Aku spesis makhluk yang tak suka terikat dengan disiplin ! Dari kecik sampai la ke tua nak mampus ni pun tak suka terikat dengan disiplin ! Pada yang mengenali aku secara langsung , mesti diorng tak nafikan...Aku terima teguran orang , cuma cara tegur tu...dan tengok jugak la...jgn la sesuka je nak tego kalau tak tau hujung pangkal..aku tak marah tapi aku tak suka..walaahh..

Bukannya aku tak boleh buat blog yang kemas...nak buat 3 column ? boleh...malah dah ada pun...cuma aku buat setengah jalan..bila aku tengok , KEMAS la pulak blog ni , terus aku berenti...cam bukan identiti aku...aku suka SEMAK...hahahah...sama gak kat umah aku..bila wife aku kemas umah...atau katil , aku tengok..alahai...kemasnya..maka aku akan selerakkanya sedikit..hahahah...YES !! Baru la cool...maka selepas itu aku pasti akan dibebelnya...neehh...boring dah dengar dia bebel...hahahahah...

Ok la..malas nak panjang panjang..bukan senang aku nak bebel panjang time kije..dah tu , nak mula gym ..pasni entri aku sah sah dua tiga baris je..mana taknya ..ngantuk je sampai umah...hehehe...

Dah dah..aku nak solat ..pastu turun basuh pinggan..erk...tu macam wife aku basuh dah je..hehehe...aku kena iron baju laa jawabnya..hahahahah...turn aku minggu ni..ermm...minggu lepas pun turn aku...minggu depan pun turn aku...turn dia bila ek ????
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Jawapan para peserta dah ada !! Dah dikeluarkan pun..hehhe..termasuk juga soalan no 2 ...huhu..

Untuk membaca jawapan para peserta , sila klik

Manakala untuk membaca soalan seterusnya , sila klik

Semoga anda semua terhibur ! Jangan lupa undi rakan rakan kita ye...terima kasih ....
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Semalam , bermula cuti panjang rakyat Malaysia sempena Tahun Baru Cina..- AUMMMMM..hehhe..Tahun Harimau Belang..walaaahh...aku lahir tahun Naga...heheh..suke suke...Orang lain kalut g bercuti atau balik kampung , aku lak kalut g tolong adik ipar aku pindah umah..Pindah ke rumah baru dia..kat Sg Buloh..

Sewaktu perjalanan ke rumah dia nun di Gombak , aku tengok jalan ke Pantai Timur sesak ! Waaa...awat lak diorg balik time time gini ? sah sah ramai berpusu pusu...Jalan tu lak menuju ke Cameron Highland....aku rasa mmg ramai nak ke sana time ni..Nak ke Terengganu atau Kelantan , aku rasa ramai dah bertolak subuh tadi...

Aku terdengar kat radio mengatakan ada kemalangan kat Bentong..3 bijik kereta terlibat ..waa..mmg abis la sesak....jangan kata 3 bijik , sebijik pun dah leh buat jammed giler..

Malam sebelum tu , aku tido lewat..dalam kul 4 pagi..sibuk mengemas blog aku...persediaan untuk mengeluarkan jawapan jawapan peserta..hehehe..Kul 6 lebih bangun subuh, pastu tido sat...dalam kul 8 pagi tu selepas makan pagi ..makan karipap panas bersama kopi o..haaa....kan sedap tu...barulah bertolak g...

Sampai sampai...lori pun tak de lagi neh....menurut suami adik ipar aku tu , dia dah call..baru bangun tido si dreba lori tu..hahaha...tak pe la..layan tv je la sat..Tak lama kemudian..sampai...aku dengan penuh rajinnya mengangkat barang barang yang berat..huhu..

Ingat ringan ke tu....isi buku tu...

Ni boss aku..huhu.sian dia..pp dia tu tah kena apa tah...sejak kat hospital ari tu..cam melecet..sapa tau camana nak ilangkannya ?? Mesti para ibu ibu tau neh..menurut bapak si ammar ni , kena g klinik pakar ..klinik biasa takde ubat..


Ni la ibu si ammar yang juga adik ke wife aku...

Ni rumah baru mereka...Cantik ...aku suka tengok tandas dia ..cantik je dinding je..hehehe..

Selesai angkat barang , rehat n solat ..Pastu tuan rumah ajak g makan..hehehe..lapaq neehh...aku on je la...Sampai kat restoran tu , aku bernafsu gile tengok makanan..semua aku suh amik..hahahahha....Kata orang belanja kan..so amik je la...hehehe..Aku tengok wife aku dah semacam..Aku tau apa dalam kepala dia tu..hahaha....Selesai makan , aku g bayar..hehe...mmg la niat suami adik ipar aku tu dia nak belanja sbb kitorang g tolong tapi aku tak sedap hati sebab aku yang paling banyak makan !!! Ayam goreng , ikan pari , ikan keli , sup ekor , apa lagi..nasi tambah..hahahaha...adalah wajib aku yang membayarnya....sendiri mau ingat la kan...lagi pun sian gak kat dia , baru pindah umah,.banyak nak kena bayar....Apa la sangat nak bayar makanan tu kan...Bagus tak aku ??? Haaa...

Dalam kul 4 petang gitu...baru sampai putrajaya..huhu..penat n ngantuk sekali....ZZZZzzzzzzzzzzzz terus akuuuu

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
"PENCARIAN TOP 100 WANITA FB BEN ASHAARI " akan melabuhkan tirainya buat kali pertama , tepat jam 8 malam ini ..Bukan dah abis la..cuma pusingan saringan dah abis...jawapan dah diantar dan aku dah pun sedia untuk dipamerkan kepada semua pembaca bagi mengundi jawapan jawapan yang kreatif baginya...Bukan bergantung pada jawapan tu betul atau salah tetapi yang kreatif dan bijak ber'kata-kata'...kira pandai mengayat la neh..hehehe

Baru seminggu aku jadi penganjur , boleh dikatakan ..hurmmm....hurmmm..seronok ...disebabkan kegigihan melihat kawan kawannya berusaha mencari jawapan jawapan yg kreatif..berbeza dengan yang lain..sebab tu jawapan dikeluarkan serentak..heheh...

Selain seronok , aku jugak pening kepala skit skit dengan peserta yang menarik diri di saat akhir..nasib baik ada yang nak masuk di saat akhir..kira dapat la gak mencukupkan 100 orang peserta...100 ni pun banyak dah ...tamo lebih lebih...leh pengsan aku wooo..Tak pe la kan ..nak wat camana..lagi pun semua ni sekadar satu bentuk hiburan..

Soalan yang diberi seminggu sekali namun masih ada juga yang pening pening lalat nak jawab..hahahaha...soalan mudah tapi ada muslihatnya..

Soalan yang aku bagi sebenarnya hanyalah melibatkan diri sendiri..Peserta hanya perlu meneliti sedalam dalamnya , siapakah dia sebenarnya dan bagaimana dia nak menerangkan kepada orang lain siapakah dia di kaca mata dia sendiri ! Bukan mudah tau ! Biasanya orang lain yang menilai dirinya tapi kali ni dia sendiri yang perlu menilainya..heheh..

Pengundian pula , aku ingat boleh la undi berkali kali tetapi rupanya tidak..aku sendiri pun tak perasaan boleh undi sekali je sehari..hehe...maksud aku , sorang tu boleh undi peserta tu sekali je..mungkin aku nak ubah kepada satu pembaca boleh undi ..ermmm 3 orang peserta berlainan..hehehe..baru meriah..Tengok la camana nanti...hehe

Selain dari mengenali diri sendiri , peserta juga perlu mendapatkan kepercayaan pembaca dan juga penyokongnya yang terdiri dari kawan kawan , ahli keluarga terdekat ( yg online je ) bagi memancing undi mereka...Haa..part ni susah ..kenapa ? Ada peserta yang agak malu dan ego nak minta bantuan !! ...Hehehe...masa ni laaaa kena belajar ...Serius ..mmg susah nak tarik kawan kawan di FB membaca status kita..berapa kerat sangat laaa yang nampak status kita tu bila kita up kat FB..

Cara nak tarik perhatian ialah dengan tajuk status peserta..mesti mampu buat dia tertanya " apakah dan kenapakah " ...haaa...bukan mudah wooo....aku sendiri yang buat forum soaljawab memula pun takde orang nak layan..hahahha

Akhir kata , hehehe...mlm ni bakal terjawab siapakah yang tinggal bagi meneruskan perjuangan ..Soalan berikutnya , pasti membuatkan peserta garu kepala...Sangat mudah tapi susah...hehehehe..walaaahhhh
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Aku bukan spesis blogwalking..nak g ke blog blog pastu tinggalkan jejak ..dengan harapan orang tu akan berkunjung blog aku...Bukan sombong atau rasa bagus tapi bila aku g blog orang tu , aku akan komen..bila aku komen , selalunya .... ermm...


Aku hanya akan pergi bila ada info info yang menarik mata aku untuk membaca...kalau aku berminat , aku akan follow dia..kalau tidak , biar je la...tak de la nak perli atau nak kutuk cara penulisannya..Bagi aku , blogger yang muda muda ni ( termasuk aku ) adalah menulis untuk menghilangkan rasa boring atau sekadar meluahkan perasaan..tak lebih dari tu..

Memula dulu , aku ada la buat cara cara otai buat..g masuk blog orang..tinggalkan jejak..pastu blogger lain lak datang...ermm...bagi aku la....ni pendapat aku...tak menarik..kenapa ? sebab pusing p pusing mai..blogger tu gak...Ibarat menulis buku..siap..terbit..aku jual ..ko beli..ko tulis..ko terbit..aku beli..pi mai pi tang tu....kalau dah beribu follower ? muka muka tu je la masuk...

Mmg la ...lain orang lain cara...aku tak la kata tak best..lantak la kan..cara masing masing...cuma aku tak berkenan ada blogger yang suka komen blog orang...Tau la blog korang tu ramai visitors...tapi kalau visitors tu muka muka tu je ? Berkembangkah ? Jgn fikir bila blog kita tu ramai datang , dah kira bagus blog kita tu...Jgn fikir bila ramai komen , dah kira bagus blog kita tu..tak..terlalu ramai silent readers..diammmm jeee..

Aku lebih gemar tarik pembaca dari kalangan peminat novel..mereka mereka ini pandai menghayati segala isi kandungan ..Kalau aku mampu buat mereka tersenyum , ketawa atau jugak tersentuh perasaan dengan tulisan aku , bermakna tulisan aku hidup !

Ada blogger tak suka tulis panjang panjang..Tulis je point ..tak kisah la kan cara masing masing...Yaa..cara masing masing..tak perlu nak kritik atau komen blog orang lain...Sapa kita nak komen ? Sekali pun ada PHD dalam bidang penulisan , belum tentu layak komen ! Bidang penulisan ni paling penting ialah minat diikuti dengan bakat..kalau sekadar bakat takde minat..tak berguna...begitulah sebaliknya...kemudian kena ada ilmu penulisan...haaa..part ni penting...Aku ? tah le..setakat ni aku ada minat je..bakat ? korang je la nilai...

Apa yang aku nak kata ni , dunia blogging ni makin berkembang..makin meriah....Bagi yang tak tau nak menulis , belajar...tengok..lihat...baca ...yang penting jangan tiru...jgn tiru corak penulisan orang lain..jadilah penulis dengan identiti tersendiri..

Satu lagi ..kalau nak menulis blog ni , bagi aku kenalah ikhlas...bila ikhlas , orang baca pun menarik...kalau sekadar tulis 'kosong' tapi follower beribu , tak guna ...mmg ramai masuk..diorng masuk sekadar membalas kunjungan..tapi bila diorg keluar , apa yang diorng bawak ???? KOSONG.....takde apa apa..

Apa guna layout cantik menawan...kalau isi hampeh !

Tepuk dada tanyalah selera...Apa pun , aku tak kata blog aku ni menarik..blog aku ni pun hampeh tapi aku tak la nak kutuk blog lain yang mana tulisannya pun.....sama level ngan aku..

Kecuali blog blog yang mana kandungan tip top ! Blog blog pemimpin , para cendiakawan ...haa..tu tak leh dinafikan sebab mereka menulis bukan kejar glamer atau $$ ..mereka menulis untuk menyampaikan ILMU atau MAKLUMAT...Itulah tujuan blogging....

BLOG ADALAH SATU KARYA SENI PEMILIKNYA..IBARAT SEBUAH LUKISAN ABSTRAK..

Ampun maaf dari saya...SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT BERCUTI ...walaahh
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.

Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.

“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.

“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,” katanya.

_____________________________________________

Member aku penah cita gak..kat highway nak ke Pantai Timur..Kelantan ..ada satu tempat tu , kalau ke sana waktu malam , tidak digalakkan sama sekali berenti untuk makan dikawasan hutan..Sebab ada kes dimana satu keluarga tu berenti di sebuah kedai makan yang ramai orang ...Bila dia dalam perjalanan pulang , dia lalu tempat yang sama , kedai tu rupanya dah buruk giler !! Ada lagi bekas makanan yang dia makan...Cuba bayangkan , dia makan mee goreng pada malam tu...saki baki mee goreng tu masih ada tapi bukan mee goreng....Cuba la teka apa dia ?? hehhehehe

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
KETAM LABAH-LABAH...pakar hidupan marin menunjukkan Crabzilla yang ditangkap.

Apa korang nak buat bila terjumpa ketam sebenar gini tengah baek punya berjalan menyenget kat tepi pantai tempat korang berkelah ?? heheheh..sila jawap kat kotak undi disebelah..

Untuk baca artikal tersebut...sila klik
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes