BEN ASHAARI



Aku tak sangka aku lulus dengan cemerlang kali ini ...Padahal aku memain je jawab tu .. Kira aku amik sekadar untuk mengisi masa lapang aku yang terluang di samping berblogging ..

Aku melompak kegirangan melihat keputusan kali ni ..sebelum sebelum ni , aku hanya mampu menangisi kegagalan aku ... Dulu aku belajar rajin giler ...still gagal ... kali ni aku berserah pada YANG ESA ... Apa jua keputusan , aku terima !! Tak kisah dah...

Bila aku tengok kertas keputusan aku tadi , aku hanya mampu tersenyum .. Tiang bola keranjang menjadi saksi ciuman kebanggaan aku itu ...

Sudah 12 kali aku amik ujian SPM ni.. semuanya tidak memberansangkan .. Kali ini ..aku lulus dengan cemerlang. ... Yesss..dapatlah aku melanjutkan pelajaran aku dalam bidang yang aku gemar dari dulu ..

Dulu ...keputusan aku hanyalah 9A ...Aku target 10A ..akhirnya aku berjaya ... Aku akan pergi melanjutkan pelajaran aku ke mana mana universiti yang menawarkan kursus masakan tradisional ... Itulah cita cita ku ini ....huhu
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Satu peristiwa yang menyayat hati berlaku pada aku ketika aku sedang dalam lrt ketika pulang ke rumah ..Dalam lrt tu penuh .. Sekali terdengar bunyi hp berdering dengan lagu yang meloyakan .. Mamat depan aku ni pun jawab la ... Adoiii ... boleh dia berborak dalam tu dengan suara yang kuat... Cerita pulak tu pasal apa dia buat ... apa si pemanggil tu dok buat ... dengan nada yang mengorat !! Hok alohhhh .... geli siuttt ...Cakap dalam BM lak tu.. satu lrt boleh paham ...



Semalam begitu jugak ...haihhh....dah la dia naik lrt tu dengan keadaan badan berpeluh melekit..pastu langgar langgar orang ...Tak lama tu , dia buat panggilan ..Cerita pasal nak makan apa ngan perempuan ...Camana aku tau ? Dok ber'abang abang ' ... pastu ngan suara yang mengiurkan .. Dok 'ermmm'... 'yeker' ... Ya Allah ....Tolong laaa....ramai ni dalam lrt... tak malu kee ?? tak de adab ? Sah sah semua geli gelaman dok dengan suara dia ... Aku rasa pasal tu kot tekanan darah aku naik ..

Kes kedua ... terjadi tadi ..semasa aku nak g tapau makanan kat cafe ... Semasa beratur tu , depan aku ni ada satu mamat ... bila nampak kawan dia masuk dari pintu utama , terus tegur kawan dia tu ... Kawan dia tu berdiri belakang aku ... Kira diorng ni berborak dengan kuat ...dalam tu ada orang ..ramai lak ..sedang makan n menapau ..Aku yang berdiri di celah celah diorng ni jadi mangsa ... Nak je aku tegor diorng ...

" Bro ...boleh diam tak ..mulut busuk ! "

Tapi memikirkan apa kesan dari teguran tu , aku batalkan hasrat aku tu .. aku terus keluar dari sana ...mmg tak tahann ... tertelan air liur je tengok bihun tadi tuu ..turun bawah ..makan oats jeee... geram tull ....kot nak bercerita pun , sikit skit je la ..ni kalau boleh semua topik perdana nak cerita ...mangkuk tul !
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Itulah ungkapan yang dikeluarkan oleh mulut sang suami yang buta hati dek kerana wanita lain ! Sanggup mencaci maki isterinya yang mana telah memberikan zuriat padanya .. Bukan satu malah dua ... Bukan begitu saja , segala perbelanjaan rumah mereka , isterinya yang cari .. Termasuk jugak rokok suaminya itu ! Duit gaji suaminya digunakan untuk membayar kereta yang mana kereta itu diletakkan di rumah ibubapanya ...

Semasa mengandung , setakat penampar hinggap di muka isterinya itu adalah perkara biasa .. Si isteri yang mampu mengadu pada ibubapanya dan juga kawan kawannya. Bila diminta ambil tindakan , si isteri tidak sanggup membiarkan anaknya hidup tanpa ayah .. Bayangkanlah jika anda berada di tempat isteri itu .. Apa sebenarnya yang dikejar oleh si suami durjana itu ? Kata kata terakhir sebelum melahirkan anak ialah " Aku doakan kau mati semasa beranak nanti ! " ..

Hurm ... wanita yang bergelar ibu tunggal itu sanggup membutakan mata kerana menyangka si lelaki tersebut banyak duit sedangkan dia sendiri menumpang kemewahan isterinya dan si jantan tu pula sangka dirinya cukup bagus kerana ramai wanita berebutkannya ...Adalah lumrah lelaki buta hati kerana wanita tetapi dimanakah nilai harga diri seorang wanita yang sanggup melihat wanita lain menderita ??? Bayangkan jika itu berlaku pada anda ...
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Zaman dolo dolo , kelulusan amat penting bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi ... Gagal dlm MCE ( skang ni dipanggil SPM ) , bermakna hancuslah masa depan .. Tak boleh nak cari kerja yang bagus bagus ..Persoalannya , benarkah kegagalan dalam SPM bermakna tiada lagi masa depan ?

Ermm ... pengalaman aku ..kegagalan dalam SPM belum tentu menjamin kehancuran hidupnya ... Apa yang perlu dia lakukan ialah bangkit semula ..kalau tak nak mengulang semula , amik kursus praktikal seperti mekanikal , mesin pengilangan atau mana mana jer ...

Aku ada sorang rakan yang berjaya membuktikan tanpa SRP , dia mampu berjaya dalam hidupnya ... Setelah 2 kali gagal lalu dia mengambil kursus mekanikal ... Dah berjaya pun sekarang ni ...Seorang lagi rakan aku ... semasa sekolah dulu , Bahasa Inggerisnya teruk giler.. bercampur baur dengan BM setiap kali ujian penulisan ... Lepas SPM , dengar khabar dia bekerja di offshore ... dengan syarikat luar negara ... boleh jugak berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris ... dengar cerita , dah memiliki dua bijik kondominium dan restoran lagi ...

Kepada adik adik yang diluar sana ... jika anda lulus , tahniah ..teruskan perjuangan .. Jika cukup cukup je ..jgn berhenti setakat itu .. Pasti anda menyesal kerana tidak belajar dengan bersungguh sungguh ... jadi , buktikan sekali lagi ... terlalu banyak IPTS di negara kita ini.. Sambung perjuangan anda ..Buktikan anda juga boleh membaiki diri anda itu ...

Kepada yang gagal , hidup anda belum berakhir ... terlalu jauh lagi perjalanan hidup ...gerakkan kaki kanan anda untuk mulakan langkah pertama .. fikirkan kursus yang sesuai dengan anda .. pastikan anda minat .. ok ??

InsyaAllah anda boleh lakukan ...

P/s : kalau tak nak pun , jadi full time blogger.. hahaha....atau buat bisnis online ..hehe
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hehe.. lawak tul zaman skang ni .. Nak kaya dengan mudah ? Tunggu je orang buat silap kat kita ... pastu " Siap ko ...tunggu surat dari lawyer aku ... aku nak saman ko !! "

Memanjaaang je nak saman orang ... Yang saman polis tak sampai rm300 tu pun dah terkial kial nak bayar , ni kan pulak juta juta ?? Aku al felik felik la ngan orang skang ni ... Dah tak bleh nak kompromi ker ?

Dari ahli politik sampai ke orang bijak pandai agama ... kerja diorng menyaman ...Main juta juta lak tu ... Kalau benar pun menang kes , si kena saman tu ada ke duit nak bayar ?? Tak ke membuang masa hakim je ? Kan elok hakim tu selesaikan kes kes yang lebih berfaedah ..

Ada baiknya , cuba berbincang .. kalau takde jalan penyelesaian ... baru bawak ke muka pengadilan ..tapi tak yah la saman ..cukup untuk membuktikan sapa bersalah atau tidak jer ... tu pun belum tentu lagi keadilannya kan .... heheh ...Undang undang manusia ....manusia tentukan sapa benar sapa tidak ...

Renung renungkan ... ada baiknya , saling maaf memaafkan ... terima je la bahawa kita ini menumpang di bumi-NYA dan bila bila boleh kembali kepada-NYA tanpa notis 24 jam ...

Wallahualam ..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Korang yang mempunyai blog di dunia cyber ini pasti telah merasai ' ketensenan ' bila blog korang dihinggapi lalat-lalat blog ini ... kalau hinggap je tak pe weh ...ni berlaku pencemaran lak ... dibuangkanya 'tahi' tuuu merata rata ... kalau dibuangnya jenis boleh dibuat 'baja' tak pe la gak .. ni ? hampeehh .. tak tau nak wat pe ngan 'tahi' tu ...

Ini adalah pesanan buat rakan rakan yang mengelarkan diri mereka ini blogger tegar mahupun tidak tegar .. Ada yang tak tau apa itu tegar ..Kalau tak tau ...mudah je akak akak mahupun abang abang ... GOOGLE laaa cari makna diaaa ..takkan nak suap kot ...aiseyman ..camana nak jadi blogger sejati ... semua nak main ceduk jer ... blogger kena pandai buat research ... kajian ...baru la bleh di gelar blogger ..bukan pandai main widget n skript jeee ... tapi nak main widget n skript pun kena buat research kan .. ok la tu ..

Ok .. berbalik pada tajuk kita tu ... kat sini ada beberapa jenis lalat yang telah aku ketahui sejak berkecimpung dalam dunia blogging ni ... haaaa


Ini lalat yang sering kali menggunakan nickname dia ' anonymous' .. Jenis lalat ni segan nak pamerkan diri ... malu tapi buang najis merata rata ... Spesis ni biasanya akan membuang najisnya bila entri tu terkena batang hidungnya .. Nak komen letak nama dia , takut satu dunia tau ... jadi , dia kena guna nama ' cik anony ' tu .. busuk punya olang ..

Lalat ni lak ...akan cuba mencipta id lain ... Haaa... dia letak nama nama yang popular dalam dunia pahlawan melayu ... tak pun dia guna nama adik beradik pengawal istana zaman Sultan Mansyor Syah.. Sebab tu mata dia merah ... maluuuu ..

Hok ni ...lalat g sekolah ... cuma masalahnya dia seringkali menterbalikkan fakta ... tak caya tengok la lalat tu ... dia baca terbalik !! Jenis ni , suka tegakkan benang yang dah basah ... Aku tak tau la dia cuba wat camana ... terima je la dik oiiii

Yang ni ... yang ni menarik .... spesis lalat halimunan ...kejap baik .. kejap nakal...kejap kejam.. bila kejam ni yang susah ... dia punya tahi .... perghhhh tak hengat punya bauuu .... walaupun putih tapi matanya tetap merah .... Spesis yang ini , akan letak nama betul ..Ni kira lalat tahap pendidikan tinggi laa... tarak takut mau buang tahi ..."mari la lawan berdebat kalu berani" adalah falsampah dia ... perghhh ... setakat ni lalat gini tak banyak ... dalam dunia ada 3 je ..aku tak leh cakap sapa laa .... rahsia ...CIA ...huhu

Begitulah adanya .... jadi , terpulang la pada korang nak jadi mana satu spesis lalat ek.. kalau tamo jadi lalat , sila beri komen yang membina pada sahabat sahabat yang lain ... asik mengondem jeee.... bila melayu nak maju .. kan kan ..
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
G gym laaa ... besarkan badan ..bukan perut tauuu
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Adat dunia kan .. bila menang , dipuja puja... bila kalah atau ada kelemahan skit , mula kutuk sana sini ... mana laa penyokong penyokong bolasepak malaysia yg ari tu beria benar menyokong bila dapat masuk final ? lebih lagi bila dapat emas ... haa .. masa tu laa masing masing timbul dari permukaan selut sawah ..

Aku penah la mengutuk penyokong penyokong asal dari 'selut' dulu ( klik sini.. hangin diorng ...suruh aku pulangkan je kewarganegaraan aku neh .. skang cuba tengok ? mana g semua ni ? diammm jeee.... bila menang , sorak ..bila kalah ?? brother bola , lu makan sorang sorang je la bola tuuuuu ...

Hari ni bermula All England .. nasib Chong Wei , tak tau lagi .. apatah lagi seteru dia ada .. Haaa .. nak tengok apakata mereka lebih lagi media ... bila menang , baikkk punya cerita ...bila kaaalaahh ...perghhh ... laaaagiiii baekkkkkk punya ..kutuk .. hahahha ... tak bagi peransang sungguh ... suh je diorng main !! kritik pandai !!

Kepada jaguh pecut LtdL 2010 , Anuar Mana ... tahniah buat anda !

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Walah weiii... hehehe .... Aku rasa ramai tau rancangan apa tu kaannn ... heheh ...takde pekdah langsung kepada penonton di Malaysia lebih lebih lagi umat Islam ... tang mana ada pengajarannya pun tak tau .. penuh sandiwara dan lakonan yang dibuat buat ... ayo ayo .... cuba tengok sapa penerbitnya lebih lebih lagi sapa empunya syarikat tu ... huhu ... Yang bestnya , sapa yang tengok ekk ? ?

Sapa yang terlalai ? Sampai tiap malam minggu akan dihabiskan masa begitu saja depan tv yg sepatutnya digunakan untuk bersantai dengan lebih berfaedah bersama keluarga tersayang ... cam tengok kuliah agama keee .... atau sesuatu yang mana takkan mengalirkan air mata kerana mereka terkeluar ... keluar ari ni , minggu depan ada balik depan pentas .. tah hapa hapa ..

Jangan menangis kerana sesuatu yang bodoh .. menangislah kerana dosa dosa yang telah kita lakukan .. menangislah kerana kita telah jauh terlalai .. bukan kerana mereka terkeluar ...
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Dulu aku main kutu dengan Cik Nuff .. sempat la 4 bukan ... bahagian aku tak dapat lagi ...bulan depan kot ..tak pe la..biar je .. syok gak main kutu ngan diorng ni .. kumpul skit skit ...

Yang terbaru ni , ada 3 kepala main kutu .. Aku , cik Nitty dan Bro Adv .. ok la kot ...sebulan simpan seratus lebih ... setahun ? dapat bonus kan ? tak yah mintak kat najib dah ... hahahaha .. tu baru ngan kak nitty .. ngan bro adv ? haaaa ... leh sambau dslr satu nieh ... heheh ...mat gebu , siap pasni , gambar gambar di dalam blog ku bakal menduduki kategori kelas E tauuu .. tunggu teror skit baru leh naik kelas .... ahaks

Itulah konsep yang aku cuba buat sekarang ... tamo tamak cam sesetengah pemain kutu ni ... nak je terus kaya .. mencarinya tak betul .. kan kan ... ok ..nak sambung tido balik...
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Adeh ....terpaksa amik cuti ari ni .. sejak semalam sakit kepala aku menjadi jadi ... tak leh stress langsung ..adoii .... lepas isya' plan nak tgk cerita 24 dulu baru nak tido ... tapi hujan lebat laakk ... Wife aku cam biasa ...tengok tv kat bawah sat .. pastu tv tgk dia .. aku nak kejut suh solat tak sampai hati lak... tunggu dia sedar sendiri la .. Bila dah hujan lebat , bermakna Astro pun hancus ... no signal at all ..ehehe ..

Telan ubat segala ubat yang ada .. dalam kul 12 terlelap gak aku depan tv ...Subuh tadi ... aku dapat panggilan dari mak aku ... Terkejut gak aku ...lepas lepas cakap ngan mak aku ..aku turun jumpa wife aku ... bagitau dia ... ermm .. dia kata ok ..petang ni balik umah mak aku .. tau kenapa ?? hehe ... Adik perempuan aku bersalin dah ... Anak kedua ..perempuan..

Taraaaaaaaaaaaaaa ..

Mak cerita kat aku camana saat saat terakhir adik aku tu sblm bersalin ... Boleh dia bekerja lagi tuu ? Petang tu rasa sakit perut .. terus g hospital ...tengah malam bersalin ..adeh...

Rezeki kan .... Tengahari karang baru aku nak g tengok .. g ngan orang tua aku ..skang ni , aku sakit kepala ..nak tido dulu ..saja nak update kasi tau kat korang ... hehehe... akhirnya dapat gak anak buah perempuan setelah 4 hero ...walah weeii ...
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Dua sahabat baik .. mmg bercita cita sejak kecil ingin memiliki kereta idaman satu hari nanti .. Kesungguhan mereka akhirnya berbaloi.. Akhirnya mereka mampu memiliki kereta mereka sendiri ..

Ali membeli sebuah kereta buatan tempatan manakala Ahmad membeli kereta import .. Setelah mempunyai kereta masing masing , mereka masih tidak berpuashati dengan kereta yang dimiliki mereka itu .. Ahmad mengatakan keretanya lebih baik dari kereta sahabatnya itu kerana ia buatan luar negara.. Ali juga mengata begitu juga .. Bagi membuktikan kereta mereka terbaik dikalangan terbaik , mereka sanggup menghabiskan masa dan duit bagi mencantikkan dan menambahkan aksesori agar kelihatan terbaik ..

Tapi sedarkah sebenarnya , apa pun yang mereka lakukan sebenarnya membuang masa ? Walaupun kerana minat ianya membuang masa bersaing antara satu sama lain kerana membuktikan kehebatan kereta tersebut .

Tak kisahlah apa pun jua kereta tersebut , jagalah kereta tu dan yang paling penting ialah , kegunaannya ... ke arah mana ??? Ke arah duniawi atau akhirat ?

Tak kiralah kereta mana bagus kerana kedua duanya bukan mereka yang menciptanya ... Lainlah mereka sendiri yang menciptanya .. Itu barulah patut dibanggakan ...Satu kejayaan .. Kalau setakat menokok tambah , menggunakan barang barang yang sedia ada , jgnlah dibanggakan ... Tak perlu tunjuk bagus .. kerana apa ? Kerana kita menggunakan teknologi orang lalu membesarkan diri mengatakan kita bagus terhadap kenderaan itu ? Huhuh... toksahlah... Kalau bagus pun , jgn di riakkan .. jgn ditakburkan ... Jangan sesekali menjatuhkan ciptaan orang lain kecuali korang yang menciptanya sendiri tapi tu pun tak boleh berbuat demikin iaitu menjatuhkan orang lain ...

Kesimpulan ... tak kira kereta apa , gunakan dengan bijak ....
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Arghhhhhhhhhhh...Bertukaarrrrr !!
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
" Semalam , aku nampak Si Ahmad tu berjalan ngan sorang awek .. Berdua- duaan tuu "
" Waaaa .. Yeke ?? " ...

Cuba baca semula ...apa tak kena dengan dialog tu ? ...

Haa.. tak tau ? Ayat pertama ... Si Pencerita tu dah menceritakan apa yang dia nampak ... Manakala Si Pendengar tu , bertanya semulaa sedangkan Si Pencerita tu dah bagitau awal awal laggiiii ... Sambungan dialog ..

" Betull !! Aku cakap kauu ... Cun wooo awek diaa "
"Woww wweee...Cun ehh ?? "

Haaa..aku tau sebenarnya pertanyaan semula tu akan menyedapkan lagi cerita agar si pencerita akan bercerita dengan penuh bersemangat ...

Kalau aku laaa ....

" Semalam aku nampak Si Ahmad tu berjalan ngan sorang awek ... Berdua duaan tuu "

Kalaulah dia jawab ..." Waaaa .. Yeke ?? " ...

Maka jawapan aku ialah ... " Tak laa ...aku tipu jeeerr " ...pastu aku blah ...buang masa jee cerita ngan orang cam ni ... Dah kita bercerita dia ulang tanya soalan yang mana aku dah bagi jawapan sebelum tu ... Wat jiwa lukaaaa jer ....
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Yaahoooooooooooooooooooooooooooooooo dot com ....Gumbira gumbira gumbira ... iskhh... bukan laa.. bukan sbb aku ngandung laaa ... mahupun wife aku tetapi aku mendapat perkhabaran menarik yakni .... unit MM2H akan berpindah ke Putrajaya ..hujung tahun nehh .. Walah weeiiii ....syiokknyerrrr ..

Bukan pee ..penjimatan ketara berlaku disitu ...hampir RM800 - RM 1000 ..kos tambang , makan , minyak kereta dan gym ...Banyakkan ?? Haa ... nak beli apa ekk nanti .. Duit banyak nii...

Yang bestnya sah sah bangunan baru ...( evil dh tentu ) ..pastu mesti ada gym free neh.. jimat lagi ...dan yg menariknya ... dekat je ngan umah .. sebelah bangunan Kementerian Pelancongan , bangunan Kementerian Pengajian Tinggi .. Wife aku kat situ lak..sebelah je ? Waaa..lunch sekali ngan dia la...leh share je neh ..jimat jimat ...

Leh tukar keta neh.. Nak amik Lamboghini .... hahahahah ...aku harap keputusan ni kekal ..Cuma yang tak bestnya , ramai dah pakat nak mintak tukar ke kementerian / jabatan lain sebab jauh dari rumah mereka .. Ermm ... aku faham tu ...kalau bujang ok la kan ...

Tengok la camana nanti .......
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Inilah avatar aku ... pada yang tak kenal ..meh aku kenal kan ... Selain Ben ... Id aku ialah Wunan ....hua hua hua ... lama dah aku guna ID ni.. Sejak keluar je komik Wira Tunggal , aku orang pertama guna register di email yahoo dan hotmail ... SRILAYANG@HOTMAIL.COM ...SRILAYANG@YAHOO.COM ... tapi sayang ...aku dah tak pakai... huwaaa... tak ingat password dia ... Ramai ingat SRILAYANG ni nama perempuan .. padahal ..jejaka kacak dan tampan ..BRYLCREAM !! ...

Ok..nak wat kije sat ..awal sampai opis ..kul 615 dah keluar umah ..Berkhidmat untuk negara .. BERTUKAR !!
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Masihhh kau kah ingatt .. hehehe ..aku ingat bebb ... sampai mati pun ingat balik .. hahaha ...lawak ar ... Kejadian ini berlaku sewaktu aku mula mula melibatkan diri dalam arena lakonan ... walaupun tidak dapat memegang watak utama , tapi aku tetap bersyukur dpt memegang watak heroin .. ok la tu kan ... elelele.. poyosss ... suh bagi ucapan pun mengigil , ada hati nak jadi pelakon ... huh..

Gini cerita dia ..aku ringkas kan ek ... seringkas yang mungkin kerana masa mencemburui kita... cepat cepat ..masa memburu kita ... tak sabarr la tu nak tau gossip gossip panas ni .. hahaha ..

Dulu aku kaki chatting kat YM bersama sorang adik angkat aku neh ... jantan tulin laaa ... adik angkat dah macam adik aku sendiri la ..susah senang ngan dia ..skang dh jutawan pun dia .. Nak dijadikan cerita , adik angkat aku neh , berkenalan la ngan sorang abang neh ... Orang besar kat satu syarikat terkemuka dunia .. haaaa ..jgn tak tau ..sebut je satu dunia tauuuu ...

Satu hari tu , adik angkat aku ni ( diberi nama A ) , cakap kat aku yang ABG P ni nak jumpa kita ... saja nak minum minum ... haaaa.... kalau free , aku okek jeee ... Maka bergerak la berjumpa brother neh .. masa tu , aku baru berenti kerja .. haaa.. jadi aku menghabiskan masa macam macam tu la.. Kira perkenalan ngan brother ni aku harap boleh la mengushakan keje kat tempat dia ...

Dah lama lama , selalu la rapat ... dari maklumat A , si brother P ni , spesis .... ala gitu gitu ...top bottom gitu... top kot ...haaa.... aku pedulik hapa selagi dia ikhlas berkawan , aku ok jeee ...

Satu hari tu ... haaaa ...tak sabar la tu nak tau .. aku tamo citeeeeeeeeeeeee ... tamo tamooo .. nk tidurr ...esok sambunggg ... nak buat cam cerita NA O NEK ... ek ....ke NA O MEE ?? belasah je la. .. ok la.. mau titon ..nanti bos marah ... daaaaa .... salaammmm ... alalallaa. ..

Haha..marah la tuuu ... sabar sabar ... be strong be strong .... sambung la nehh

Satu hari tu dia ada call aku ..cakap pc dia ada sedikit problem kat umah ... Haaa .. Jerat la nehh ... aku cakap kat dia .. boleh je aku g tolong ... ajak si A ni sekali ..kalau takat berdua , aku takut kena tangkap khalwat ... lagi bahaya wooo .. aku tamo kawin ngan dia !! ..

Dia pun setujulah ajak si A ni tapi si A ni lak ada problem .. Ah sudah .... Nak tak nak .. g je la .. niat semata nak g settle n balik .. So dia datang la jemput aku ngan V6 dia ...zaman ni sapa pakai v6 dah kira berduit dahh ... Aku pon ok je laaa...

Dalam keta tu .. haaa ..mulaaaa la dia wat pasal ...tangan dok pegang peha aku ... eeeeeeee.... geli aku !! Pastu cakap kat aku ... " beenn ... bagi abang sekaaaliii je rasaaaa " .... wow weee ... giler ke apa ???

Aku jawab ... " boleh bang ...kalau nak rasa penendang pemotong kepala jurus ke 9 , silakan lah .. "

Puas dia pujuk ... aku bagi dia last warning ..kalau nak berkawan ..buat cara berkawan ..kalau tak ...ni last ...

Akhirnya dia mengalah ... kat rumah dia , dia tak berani kacau aku .. aku buat kerja aku dan settle ...aku ajak dia balik ..sempat aku tengok sekeping gambar yang terletak cantik atas meja tu .. huhuh... aku tanya sapa ni ? Dia jawab , BF dia .. seorang doktor pelatih ..hahahha..lawak tul.. Sejak tu aku jarang keluar lagi ngan dia ..

Kes kedua : Masa ni aku galak g berworkout kat satu tempat ni ..area Bandar Tun Razak ... Dari rumah aku , aku akan mengayuh basikal terlebih dahulu ... Sampai kat Tasik tu.. aku akan jogging n baru g workout ...

Kat sana aku jarang berborak ngan orang .. sampai la satu kali tu , ada sorang lelaki berbangsa cina... bertegur sapa ngan aku ... Menurut dia , dia ada dua tiga kedai emas di sekitar KL ni... memula aku susah nak percaya la... tapi bila aku tengok kereta dia ... iskhhhh..... MERCEDES jenis kapal tu beb !! E Class .. masa tu harga dia setengah juta ...

Lepas borak borak tu , dia mintak no tel aku ... saja je ..kot nak ajak kuar minum ... Aku pun ok jeee ... Ada sekali tu , lepas workout , dia ajak aku g minum dulu kat kedai mamak .. Saja borak borak kosong ngan dia .. aku tanya dia , nape takde gf ? Dia kata dia tak percaya pada perempuan ..semua nak kawan ngan dia semata mata $$$ ... huhuh.. abis skang ni single ke ? Aah... Pastu dia ajak aku g umah dia ... Waaa ..g umah dia ??? Ko nak mampus ben !! hahaha.. ni semua perangkap beb ..

Aku tolak secara baik ... Dia senyum je ... Sejak tu ..aku larikan diri dari dia ..tukar no tel dan tak g dah gym tu ..hahahaha

Yang aku peliknya ...spesis ni semua ada rupa ..hensem hensem dan berduit ..tapi kenapa jalan itu yang diorg pilih ???
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Kempen Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank(NUBE) untuk meningkatkan cuti bersalin bergaji daripada 60 kepada 90 hari . Untuk lebih lanjut , sila klik gambar >>


BA2 : Ermm.. 90 hari ..wow weee ..best tuuu ...tapi takkan ibu je kot ? ayah lak ?? kasi la sekurang-kurangnya 70 hari kan .. Yelah , nak kena bawak anak tu g cucuk vaksin ... nak ajar ABC lagi .... pastu nak ulang alik kg pasal mak dia berpantang ... tak balik kang , ada gak yang menjerit kan .... hehehe ... "Di bawak ketiak isteri " ... perghhh ....kalau aku ?? kl - kelantan ??? neh ...pantang kat kl dah laaa .... lalalala
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Rancangan tv malam ni , suck ! Haprak .. Budus ... Takde cerita menarik langsung .. Nasib baik la ada Sonata Labu Labi .. Boleh la layan skit .. tengok si nabil kenakan si amir i'm sorry tuh .. Lepas layan cerita tu sambil makan aiskrim yang lazat tu .. aku plan nak buat kerja sampai subuh .. Bos !! Saya tengah rajin ni , bos ! Jgn lupa bagitau kat big boss nanti tau !!

Aku pun tutup tv ... Berbekalkan air mangga minggu lepas yang aku bekukan dalam peti ais tu , bergeraklah aku naik ke bilik tidur .. Memerhatikan laptop aku yang tersedia di atas katil , aku tersenyum simpul .. Siap korang malam ni ..aku nak post 8 entry !! Tapi sebelum tu , aku nak buat kije dulu ...

Aku amik beg aku sambil menjeling kat netbook wife aku .. Hehe ... nasib baik !! .. Lalu aku keluarkan disket 3.15 inci tu ( nun disket biasa tu haa ) lalu aku nak mulakan kerja ... Aku pegang laptop aku ... Usha blog dulu ..FB dulu untuk amik aura nak wat kerja ...

Ermm ... nak buat apa dulu ek .. Ok ok .. statistik ... aku nak masukkan disket ke dalam pemacu disket laptop aku neh .. Aku terpusing pusing mencari ... kat mana pemacu disket laptop neh ... Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... takdeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ..... aku ingatkan netbook tu je takde pemacu disket rupanya laptop ni pun tak de .. Mampus aku !!! camana aku nak wat kerja nehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ... huwaaaaaa ..booossss ... i'm sorrryyyyyyy
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Petang tadi semasa berada dalam lrt , aku menyahut seruan kerajaan .... Membaca di mana mana ... jadi aku pun membaca la ... katalog Myden ...menarik !! . ..hehe... acah jee ..aku baca suratkhabar lamaaaa ...yakni hari ni tapi baru petang tadi aku belek ..

Terbacalah satu ruangan yang sangat aku rasa ramai orang menyampah iaitu politik ... Ramai orang tak suka tapi kena ingat sbb politiklah negara kita stabil .. Apa yang menarik perhatian aku ialah Ketua Pembangkang yang sedia melepaskan jawatannya kepada Penasihat DAP ... Adoihaiii... Tah apa apa tah ... Cuba bayangkan .. kalau kata negara ini ditadbir oleh orang bukan Islam ? Apakah akan terjadi ? Aku tak kata bangsa kat sini tapi bukan Islam .. Apakah yang akan terjadi pada orang Islam ini nanti ? Cuba tengok kat Pulau Pinang .. Sapa perintah ? Mana pergi abis penduduk penduduk Islam kat sana ? Abis dah beb... semua dah mula pindah ke seberang ...

Politik tak kotor .. Yang kotor tu ialah orang yang bermain politik tu ... Sekarang ni mana satu diorg dahulukan ? Rakyat atau diri sendiri ?? Aku ada baca lagi satu lagi artikal berkaitan isu wakil rakyat keluar parti ... Hahahaha ... kalau kena kat BN , diorng bantai sukaa .... siap nak umum kerajaan baru .... Tapi bila kena kat batang hidung sendiri ? Siap paksa suruh letak jawatan ? Tah apa apa tah ... Korang buat tak pe ?? Orang lain buat tak boleh ? Aku ini rakyat jelata semakin jelik dengan permainan orang orang politik ni ... Tolonglah !! Dahulukan negara ni dari kepentingan peribadi lebih lebih lagi Agama yang kita cinta cintai ini , ISLAM... kot nak bagi jawatan pun , serahlah pada orang ISLAM ... Jangan jadikan Malaysia seperti Singapura !! Abis kita nanti !! Tak merasa duduk rumah teres bang !!
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sekali turun hujan ...pergh..tak cukup kaki nak lari...Aku bagi perumpamaan je ..Hari ni , kerja aku menimbun .. Bila takde , takde langsung.. Kira leh buat 10 entri la time kije tu..hahahhaa..Giles ..

Bos besar datang ari ni bermakna sah sah ada kije untuk aku ... Bos kecik g Europe .. Sonok woo... Bos besar boring dah ... Kasi lak kat bos kecik .. Aku ? Aku hanyalah serangga ... huhu ..hahaha ..tak de la..Rezeki masing masing la... Bagi aku , sapa pun yang pergi , aku tak kisah .. Janji aku leh blogging ..hehehe ..kan kan ..

Bos besar masuk je ada dah kerja utama untuk aku .. Katanya ada meeting penting hari Rabu ni .. Bos kecik lak awal awal dah tinggal kerja untuk aku ... Mana satu yang penting ni ? Dua dua penting ... Setelah di riki dengan bos , dia kata yang dia punya penting sebab nak minggu ni gak .. manakala yang satu lagi tu minggu depan ... Yes Madam !! Dua dua bos aku ni perempuan .. hehehe ..

Dengan 2 tangan aku yang dah penuh ni , tak dapat la aku mengupdate blog aku dengan jayanya .. Ni baru boleh ... ni pun kat Erl ...dok tunggu.. Ada lagi 9 minit nak sampai .. hehehe .. Pastu bila sampai kat Putrajaya , plan nak g makan kat food court Precint 9 tu ..Tah ramai ke tak orang .. Keadaan skang ni , hujan yang amat lebat dan aku sendiri pun dok berpeluh peluh ..

Ermm... kalau ikutkan ..aku tk boleh balik lagi ni ...keje tk settle ... setelah dibincang ngan bos , aku buat je la kat umah ... buat depan tv nanti ..hahahah..tah siap ke tak aku pun tak tau ...

Bos kecik , aku tak tau apa bicaranya di sana ...Minggu depan baru balik ...Pergi free tuuuuuuuuu wa cakap lu ... Untungnya unit aku ni , ada dua bos tu je ..so diorg gilir gilir...balik ni lak , kena g JEPUN ..hehehe.. Makan semua ditanggung tuuu ..siap bleh claim lagi ...Pergh..leh sambar dslr nanti nih .. ok ...

Erl dah sampai ..hehehe calo beteehhh
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Huhu .. aku buat kenduri 7 hari 7 malam kalau hits aku setiap jam begini !! Entah bila laa bleh dapat gitu ek ....Mabeles giler ..hahaha ... Tertelan air liur je aku tengok ....


Tak dpt yang cam kat atas tu , cam kat bawah ni pun alhamdulillah .....legaaaa

Hahahahah ..jgn mimpi la ben ...dapat cam bawah ni pun ok dah ...setiap jam ...kan kan ...


Cuba bayangkan kekayaan yang bakal korang perolehi dengan hits sebegitu banyak ???? Mampu menandingi kekayaan sultan Brunei tuuuu .... Jangan mimpi arr

Hahahahha....mampu tengok je laaaa ...
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Persefahaman penting dalam apa jua jenis perhubungan .. Dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan , persefahaman memainkan peranan utama .. Banyak perhubungan terputus akibat ketidakfahaman berlaku .. Sering salah faham juga punca utama terjadinya perpisahan .. Sikap ego dan tidak mahu bertolak ansur dalam perhubungan juga merupakan satu virus yang serius .. Bagaimana nak hindari semua ini ??

Berterus terang : Ini merupakan jalan utama kepada semua perhubungan .. Apa juga keadaan memerlukan sikap ini .. Adakalanya pasangan tidak mahu berterus terang kerana ingin menjaga hati temannya .. Ini boleh mendatangkan kecurigaan pada pasangannya sekiranya dia mendapat tahu walaupun niatnya adalah baik .. Kebenaran adalah pahit untuk ditelan ..

Bersikap matang : Sikap ini perlu ada pada semua orang yang ingin menjalinkan perhubungan yang serius .. Amat sukar untuk berkomunikasi pada orang yang tidak bersikap matang .. Bersikap matang bukanlah bersikap terbuka .. Berbeza sama sekali .. Bersikap matang ialah pemikiran yang membezakan antara baik dan buruk .. Senantiasa menjadikan agama sebagai ukurannya dalam membuat keputusan .. Ini adalah satu sikap yang paling baik .. Jauhi sikap ' gemar menegakkan benang basah ' .. Jika ini berlaku , pasti pertelingkahan jalan penyudahnya. ..Gaduh mulut tak pe ....kalau sampai lagu ni ??? haaa


Tak ke kes parah jadinya ? Sampai terbang pinggan mangkuk , sepak terajang ... Adeh ..Ni semua di sebabkan sikap tidak matang pasangan tersebut .. Bagaimana nak elak semua ni ?

Bagi aku , pendidikan rumahtangga berlandaskan agama wajib ada pada semua orang .. Suami sebagai ketua keluarga perlu belajar lebih mendalam ciri ciri ketua keluarga dan bagaimana nak 'memerintah ' dengan adil dalam keluarganya . Jgn sesekali gunakan kuasa veto !

Dan jgn salahgunakan pengetahuan agama tu lak untuk ke jalan yang salah seperti nak kawin lagi ... Mentang mentang dah tau hukum , nak manipulasikan lak hukum tu ... Si isteri sendiri pun kena tau gak hukum hakam agama ini agar tidak ' diperbodohkan' bulat bulat dek suami ..

Kesimpulan ... jika ada sebarang masalah , selesaikan secara matang ..Bincang ..Jika perlukan pendapat orang ketiga , pastikan orang ketiga itu mempunyai ilmu yang secukupnya di dada ..Jangan lak g cari orang ketiga yakni lelaki atau perempuan lain lantas ada hubungan skandal ! Ini bukan jalan penyelesaian ..Macamana sekali pun pasti ada jalan keluar dari masalah .. InsyaAllah ...
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Mudah dan ringkas ...

tamo dah bebel ..nak bicara yang penting ..
Aku sihat ? Korang ?
AKu lom makan ... Korang ?
Bila nak kawin korang ?
Tu je ...G buat keje tuu ..
Jumpa lagi tahun depan , insyaAllah ..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Apa yang korang akan lakukan sekiranya korang ternampak kekasih korang baeekk punya jalan berdua duaan dengan lelaki , tengah malam selepas abis waktu kerja ?

Hehehe... ni kes curang ni ... Andaikata masa tu korang call dia , dia kata dia akan balik dengan transport company atau naik teksi jer ... Malah dia kata dia akan terus balik rumah .. Tapi sedang baik korang dok makan ngan member , tetiba ada member korang tego ... " Tu bukan awek ko ke ? " ... Setelah dikenalpasti , mmg sah awek korang ... Apakah yang akan korang laku kan ??

Ini pernah berlaku pada aku satu tika dulu yakni di zaman kejatuhan aku ..Sewaktu aku diberhentikan kerja kerana krisis ekonomi melanda ... Manakala bekas awek aku tu lak baru dapat kerja .. Yang best partnyer , dia ditawarkan kerja oleh lelaki yang meminati dia sejak dari sekolah dulu .. Dan menariknya , maklumat itu dirahsiakan dari aku sehinggalah peristiwa itu berlaku depan mata aku sendiri ..

Kalau korang tanya aku , adakah aku mencintai dia ? Adakah aku menyayangi dia ?? Aku tak percayakan cinta kerana cinta manusia akan menghancurkan jiwa jika tiada keikhlasan .. Aku percayakan cinta ...tapi bukan pada masa tu ... hehe ..

Memandangkan aku takde kerja , maka setiap malam aku akan aku abiskan dengan melepak bersama kawan kawan .. dengan harapan dapat melupakan masalah aku ( zaman jahil masa tu ) .. Lepak kat kedai makan ..borak sampai 2-3 pagi .. hehe... ok la kan ..bukannya merokok atau g lepak disko ..

Tak lama kemudian... dalam kul 1230 tengah malam ... member aku sound aku ...terang terang jalan belakang aku ... si dia tak perasankan aku ... Aku tengok ...berasap jeee... Tadi beria kata naik teksi balik ..Last last aku tengok dia berjalan ngan lelaki tu ...

Alo...kul 123o tengah malam ...

Korang rasa apakah tindakan aku...apakah yang berlaku seterusnya ???? Silalah teka ...
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Hehehe ... baru 6 bulan tapi entry aku dah lebih 500 wooo .... Tapi kebanyakkannya aku dah simpan semula entri entri mahal tu ..hehehe ... hanya pada masa masa tertentu je aku akan keluarkan ...

Dulu konsep blog aku ni lebih pd Forum di FACEBOOK .. tapi aku dah tukar konsep tu skang ... aku lebih nak membebel di sini ..rasa lega skit ... tensen pun dah kurang ... Dulu aku kerap sakit kepala tapi sejak rajin membebel kat sini , rasa sakit tu dah hilang .. Hehe..korang lak yang jadi mangsa dok membaca bebelan aku ni .. Terima kasih ekk ..

Jadi , skang ni enty yang masih di post ada lebih dari 400 ... baki tu , aku akan keluarkan skit skit setelah diedit mengikut peredaran semasa ...sebab tak kena masa ..takut nanti kena saman lak ..hahaha ..

Apa pun , aku seronok membebel dan lagi seronok bila ada orang baca serta mengomennya .. Terima kasih pada anda ... Aku akan perbanyakkan lagi entry entry bermutu dari entry bersifat sampah pada masa akan datang yer ..Bagi aku masa mempelajari satu satu .. Aku ni kan masih merangkak ..baru nak cecah 6 bulan ....dulu tak la tegar sangat ..skang ni baru nk all out ... dengan harapan , hujung tahun ni akan berada dalam kedudukan yang selesa di dalam Alexa ..hehehe...azam tahun ni nehhh...

Pada yang meletakkan url aku di link blog korang , aku amat amat amat amat amat amat amat ..berapa banyak amat daaa ... hargai sangat sangat ... Jutaan terima kasih .. Nanti aku buat bbq , korang datang ek ....free woooo ... hehehe ..

Sekali lagi terima kasih ... Pada yang nak letak tu , wow weee .... aku letak gak nanti korang punya ekkk .. cuma pastikan korang aktif la yer ... jgn la sebulan sekali je update entry ... cam ada orang tuuuuuuu ...
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Hurm ... hurm ... hurm ...

Dah berakhir pun Raja Lawak Musim Ke - 4 ... Aku tau ramai yang tak minat nak tengok kerana mereka ni tak lawak mana sangat .. Kena ingat satu .. mereka ini adalah bakat bakat baru .. Jgn dibandingkan dengan pelawak yang sedia ada .. Pelawak yang sedia ada ni dulu pun cam tu gak ..Terkial kial nak bagi orang ketawa ...

Pendapat aku .... Final ni mmg best ... Semua selamba ..dari pengacara ( walaupun ku tak gemar si Zizan tu ) ke peserta dan paling sempoi juri ( aku pun tak gemar si Din ) tapi kali ni semua menjadi ... Tahniah tahniah tahniah .... aku terhibur final kali ini sebagai penonton .. tak sia sia aku tengok sebab terpaksa tukar channel dari asalnya aku dok tengok cerita Edward Scissorhands yang dah berkali kali aku tengok tapi tahun ni aku tak tengok lagi ..hehehe ..best per cerita ni ...
Aku tamo ulas panjang sebab sememangnya keputusan diluar jangkaan .. Apa pun , finalist malam ni mmg layak menang !! Tahniah semua ...

Yang mengharukan aku ialah kesemua finalist ni dari keluarga miskin .. Aku rasa kehidupan mereka pasti akan berubah .. InsyaAllah .. Yang penting , jgn lupa dunia .. keluarga dan agama ! Jgn angkuh terhadap peminat .. Korang naik kerana undian peminat !! Ada yang terlupa tu ...

Tak sabar nak tengok diorng keluar kat tv ... tak sabar nak tau kehidupan mereka dah bertambah senang dengan kejayaan mereka itu .. InsyaAllah ... Aku doakan korang ( semua peserta Raja Lawak ) berjaya dalam karier korang .. Bukan mudah bagi orang ketawa sekarang lebih lebih lagi rakyat Malaysia yang semakin ramai kemurungan dek stress dengan kehidupan ..hehehe..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Ini aku

Kadang kadang entry aku nampak

atau kadang kadang seolah macam


atau seolah membuang

korang yang suka


tapi sebenarnya niat aku adalah untuk sama sama

Yelah kan , hidup kita ni singkat .. Bila bila je boleh

Jadi apalah sangat aku bawak nanti ke ' sana ' kan ...

Aku sedar aku ini umpama

Yang suka

Tetapi takkan kita asyik nak

Sesekali kena gak

kepala antara satu sama lain agar senantiasa berada di

kan kan ..

Agar kita sama sama tidak menjadi


YESSZARRR
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Selesai sudah pertandingan TOP 100 WANITA FB BEN ASHAARI ... Pada mulanya aku agak pening sedikit dengan pertandingan ini sbb ramai nak sertai dan aku sorang je la tu yang handle...huhu .. Ditambah lak dengan masalah penipuan penganjur yang sampai sekarang terus menghilangkan diri .. Nak tau ke sapa dia ? Dia ada blog gak .. kalau nak tau ..nanti tinggalkan kat komen ek ... Aku nak ajar dia sket .. hahahahaa... tak yah la... biar la dia ...Aku doakan agar dia senantiasa dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah selalu ..

Apa pun dah selesai pertandingan tu .. Lega sedikit tapi aku nak buat yang baru ... Kali ni aku nak buat lebih mencabar ... Dan aku akan link kan soalan soalan aku ni dengan beberapa blog blog yg berinfomasi ... ahaks ... InsyaAllah ...

Pengajaran yang aku perolehi dari pertandingan ini .... Tidak semua akan menyertai kerana 'just for fun ' .... jika tiada hadiah lumayan maka , tiada tarikan ... tu pengajaran pertama ..

Kedua ... aku percaya sekarang peserta peserta dah kenal mana satu kawan yang boleh diharapnya kan ? .. hehehe...

Ketiga ... semakin bertambah kenalan .... berhibur sambil merapatkan silaturahhim ..

Keempat ... kalau nak buat pertandingan .. ada orang berminat nak jadi penaja , amik duit dulu ..setengah.. baru leh on. ..heheh ..

Tu je aku nak habaq pasal TOP 1OO tu tu..dah abis dah ..skang dok pikiaq konsep baru pertandingan ..hehehe

Aku baru balik dari umah mak aku .... Ada kenduri kat sana ..Adik member aku kawin .. Ermm... Pelik ... Dulu masa kecik kecik ..semua rapat je...sama sama bermain ... Bila dah besar ..bekerja... cam sombong sombong lak ... Nak kena tegur dulu , baru nak senyum ... Entah la.. Nasib baik aku rapat ngan abang dia n mak bapak dia.. kalau tak , haram aku nak g ..

Kat sana , dok borak borak baek punya datang sorang kawan ni .. kira kawan lama gak la... baru umur 27 tapi rupa dah nak cecah 40 an ... Pasal pe ? Haaa...sebab obes ! .. Dulu masa slim , hensem gitu .... Baru je kawin tu ... tak sampai setahun ... Dah berbulat sana sini ... Ermm.. tengok wife ...lawa ..kira kalau g mana mana , sah sah orang pandang bini dia dari pandang dia ...haaa mau gak kes cemburu timbul .. Muda lagi la katakan .. Ada aku citer la kat dia ..walaupun isteri kita ni kata tak kisah camana pun kita tetapi kita ( lelaki ) tetap kena jaga badan ... Sebab skang ni perempuan pun dah macam lelaki .. Pandai jeling kat lelaki macho ni ... Bukan la nak kata gatal , tapi sedikit sebanyak pun diorg akan terdetik di hati ...hehehe..jgn tipu laa... manusia tak kira jantina sama je perangai ...Kecuali yang benar benar menjaga pancainderanya ... Haaa ..yang ni susah nak jumpa .. Adaaa....susah je nak jumpa ..

Jadi , dia tanya aku pasal nak slim n mantap .. Cam biasa , aku syorkan diet dan bersenam yang betul ...Tak yah la buang masa dengan amik produk produk kurus yang ngarut tu ....Kurus jap je ..pastu nak balik tah hengat punya ... Baik amalkan cara penjagaan kesihatan yang betul ... Cuma silap satu je la diorng ni ... Merokok tak hengat punya ... ermm... tu susah betul nak bendung ..cerita la camana pun , gitu gak gayaanya ...lantak ler ..

Jadi , start minggu depan , bertambah sorang lagi ahli kelab BIONIC GYM MEMBER ( boleh add di FACEBOOK ) .. Aku pun minggu depan nak turun kerap sikit ni...memanjang main je kebelakangan ini .. Ada dua minggu sebelum nak g Penang .. G Penang dah kena cuti ...kat sana takde gym ...adeh ..

Ok la .. aku tau ramai malas nak baca cerita aku ni sebab tkde gambar .... Bukan tak nak letak tapi tak amik pun .. aku suka bebel melalui percakapan dari letak gambar ...hehehe .. terima kasih ..ops ..sat ..nak ngumpat skit ...

Aku balik umah mak aku tadi sebab kenduri kan .... Jadi aku pun g la makan ngan wife aku ...usha la kawan kawan yang lain ..tak nampak muka lagi .. G la aku beratur dengan wife aku ... Makanan dia ...ermm... ok la.. rezeki ....Yang aku tak puashati tu ...Lauk pauk , ada makcik makcik jaga ...Makcik makcik ni semua yang aku kenal dari kecik ... Korang banyangkan la ... ayam yang diletakkan dalam nasi aku seketul ..sebesar ibu jari aku ... hahahahaha...catuan makanan tuuu ... Pastu ada la daging ( aku tak amik ) , sayur gitu gitu la ...aku amik sendiri ..skit je .. Makcik yang letak ayam tu , mak mertua abang aku !! Bukan tak kenal aku ... Tegur aku pun tak ... Jgn kata la nak tegur ...senyum pun jauh sekali ...Suaminya ? Alhamdulillah ...semesra alam ... Kalau nampak dari jauh , dah angkat tangan ..

Yelah , bukan aku tak tegor.. dah berkali kali aku tegur diorng ni dulu ... Pastu bila jumpa lagi , wat dek je diorng ni .. Aku tengok geng geng makcik yang jadi tukang catuan makanan ni , semua satu spesis ... spesis CNN .. kira kalau berborak , anak diorng je la baeekkkk ... Mau gak aku bukak table , pastu cerita perangai anak anak diorg tu !! Bukan tak kenal anak diorng tu ... Semua jembalang tanah gak ! Sama cam aku laa.... Sebab tu bapak aku selalu nasihatkan mak aku jgn dok ngumpat anak orang sebab anak sendiri pun belum tentu baik ..

Aku selalu mengambil pendekatan mudah ... Ngan makcik makcik spesis CNN ni , aku tak nak tegor ... Buang masa je ...buat baik pun diorg ngumpat , buat nakal apatah lagi kan .. Suami diorng , ada yang ok ..ada yg berlagak macam kawasan tu dia yg punya ..Nasib baik aku dah pindah ... Dulu ada gak aku nyaris bertumbuk ngan satu pakcik kat situ semata mata pasal parking ! Ada ke patut cakap kat orang tua aku BODOH ! Sedangkan dia tau ayah aku tu , orang lama kat kawasan aku tu ..kira orang no 1 pindah kat situ ialah keluarga aku ... kena lak , sah sah ayah aku tu lebih tua dari dia ... Ermm ..aku g sound dia ... Berair mata aku bila tengok dia sebab tahan marah .. Cuba cakap elok elok tapi berlagak dia .. Yelah masa aku g tu , dia dok lepak ngan geng geng dia ... Aku pedulik hapa ...Aku sound tepat je ... Nasib baik aku hormat sebagai orang tua .... terus aku blah .. Sampai skang ni kalau selisih ngan dia , aku wat tak tau ... malas nak amik port ..

Skang ni ...kat kawasan aku ni pun aku campur ala kadar jer ...bukan tak nak beramah mesra tapi elakkan dari melakukan dosa ... Bila duduk beramai ramai , sah sah ada gak umpat sana sini ..baik aku duk umah , berblogging ...dapat gak release tensen .. Tapi bila dipanggil mesyuarat tu , insyaAllah la aku g ....tapi takat ni , dah 2 kali mesyuarat satu pun aku tak g lagi....hahahahha...Apadaaa ...

ok ok..dah ..sampai sini je ..nak turun tengok tv lak.. eh... nak basuh keta la ... huhu
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Daripada 100 penyertaan yang diterima hanya 80 layak ke pusingan kalah mati ...seterusnya 40 diikuti 20 ..dan akhirnya TOP 5 !! ... Kini juara telah diketahui ... Siapakah yang menjawab dengan tepat semua soalan ??? Hanya seorang sahaja !!! ... Siapakah beliau ??? Hehehe ... Sebelum itu , kita lihat dulu hadiah utama ... Pada mulanya hadiah utama ada perfume yang berjenama namun ' penaja yang telah melarikan diri ( boleh baca di sini ) dan hasil perbincangan dengan peserta maka penganjur setuju untuk menggunakan wang sendiri walaupun pada asalnya pertandingan ini hanya untuk suka suka saja ( tiada hadiah ) tetapi penganjur akan tetap memberikannya atas kesungguhan yang diberikan oleh peserta .

Hadiah JUARA TOP 100 WANITA FB BEN ASHAARI

Manakala hadiah sampingan ialah , POSTERNYA akan dinaikkan di BEN ASHAARI BLOG selama satu minggu .....dan dibenarkan menggunakan wall BEN ASHAARI BLOG , BEN ASHAARI II untuk mempromosikan blognya selama satu minggu ...

Kepada peserta kedua dan ketiga , wang tunai akan menanti anda ...

Para pemenang , sila hubungi saya di FACEBOOK ..

Jutaan terima kasih kepada para peserta yang telah memeriahkan pertandingan ini . InsyaAllah dalam masa terdekat , saya akan buat lagi pertandingan ... Jumpa lagi !!!

Eh lupa lak...sapa yang menang ek ???? heheh ..

JUARA TOP 100 WANITA BEN ASHAARI BLOG
SITI RAHAYU ABDUL RAHMAN

TEMPAT KEDUA
PELANGI MENTARI ( NO 59 )

TEMPAT KETIGA
NOOR AMALISA ( NO 65 )


Tahniah kepada anda semua ..... jgn lupa .. hubungi saya esok yer ..
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Mmg banyak perbezaannya .. tapi antara yang ketara ialah bagi yg dah berkeluaga .. Tadi aku singgah sat kat blog bos aku neh ... Bila tengok entrynya , aku boleh rasa bagaimana dia rasa .. Perasaan seorg ibu yang bakal meninggalkan anak kesayangannya demi tugas pada negara ... Esok bos aku ni akan g outstation kat luar negara .. Aku tak tau la bagi orang lain bila dengan nak g outstation sah sah akan berteriak kegembiraan lebih lagi lelaki .. hehe ..yelah ..dapat pusing dunia ..Free lak tu .. Bukan senang nak dapat tawaran gitu ..

Tapi bagi seorang ibu , nak meninggalkan anaknya lebih lebih lagi yang masih menyusu adalah satu perkara yang amat amat menyedihkan .. Kalau lelaki tu , aku rasa ok je ... kira boleh dianggap bercuti gitu seperti mana bila seorang wanita yang balik ke kampung untuk berpantang .. lelaki akan jadi ' bujang ' sebab abis ngan anak anak semua dihantar ke kampung ... Aku tak rasa perempuan akan buat gitu .. Mereka kalau boleh akan jaga anak anak tu walau macamana sekali pun ... Berikan tepukan gemuruh untuk para ibu ( yang bertanggungjawab ) ...

Lelaki ... aku tahu ada ..ramai ..tapi susah sangat nak jumpa yang benar benar komited pada anak2 mereka ... Bila ada peluang untuk 'membujang ' mereka akan amik peluang itu dengan sebaik baiknya ... Wanita pula , bila nak ' membujang ' pun akan tetap fikirkan anak anak ...

Wanita ( ibu / isteri ) sebenarnya lebih bertanggungjawab terhadap perihal rumahtangga berbanding lelaki ( suami / ayah )..Maksud aku ialah terhadap anak anaknya .. Ada yang akan kata ayah mereka tak begitu , tapi sebenarnya cuba tanya pada ibu korang ... semua ayah dalam dunia bertanggungjawab tapi ibu lebih dari itu kerana apa ? Kerana mereka yang membela selama 8 bulan dalam perut tanpa bantuan sesiapa ...

Pada bos aku tu ..hehehe ....gud luck .... hargai setiap saat di sana .. Peluang bukan mudah didapati ... Orang lain berebut nak g ... heheh ... kalau teringin nak tau sapa bos aku ? klik sini haa >>> sini laaa
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Aku baru balik dari Alamanda , Putrajaya .. Petang tadi kawan aku call .. Bertanya khabar dan meminta pertolongan dari aku .. Dia nak ajak aku g cari set dumbell ... Nak mula bersenam balik katanya .. hehe... dulu rajin dia ikut aku g gym ...Pastu lama dia berenti ..dekat setahun lebih aku rasa ... Erm...berworkout kat gym ni bukan mudah ... nak paksa diri tu g tu yang payah ...Bayangkan la , nak g gym pastu mengerah tenaga dalam tu ... Nak paksa diri g masjid pun ramai liat apatah lagi nak g gym ..kan kan ...

Aku tanya dia bila nak peginya ? Dia ajak minggu depan ..Ermm...minggu depan susah kata aku memandangkan wife aku tak outstation lagi..lagi dua minggu baru boleh ...Yelah , takkan aku nak g masa hujung minggu ... Hari keluarga tu ..Hari biasa lak , susah ... Jadi aku buat kesimpulan , aku tolong belikan je memandangkan Alamanda ngan rumah aku tu cuma 5 minit jer ..

Jadi malam tadi aku pun gerak la ke sana bersama wife aku selepas solat maghrib.. Makan malam kat sana sekali la...Kat Lemon Grass ..Sebelum tu g beli dulu set dumbell ...Aku ni ada satu penyakit berjangkit ..Tak boleh masuk kedai alatan senaman ni ..Abis semua aku nak beli !

Harga dumbell ni RM89.90 ..ada dua jenis ..yang satu lagi tu bersalut getah ..RM 108 ..mahai ..aku call kawan aku tu ..dia nak tak ? Lama beno dia pk .. Dah la bateri phone aku nak tamat dah .. Aku suh buat keputusan cepat sket ..huhu ...Dia nak amik dua set hok RM108 tu.. Aku tanya dia , serius ke nak main ..kang beli wat ternak labah labah jer .. Last lasti dia suh amik satu set je . Erm...ok la..beli dulu ..esok baru nak g antar kat dia ...Bagus aku kan ...haaa

Pastu aku tengok bench cam kat bawah ni ..

Harga dalam RM 1ribu gitu ..hehehe..aku nak ...wife aku kata ...jom kita g makan dulu sambil pk .. Aku ikut jer la... hehe..Bagus beno aku nehh... Bila dah abis makan , g carrefour ..beli beras dan sedikit barang dapur ... Terus keluar dari Alamanda tu ... Bench tu ???? Wife aku neh pandai !! Dia tahu aku 'hangat' time tu jeee.. bila dah takde depan mata , aku lupa terus laaaaaaaaaaaa... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .. Tu bukan kali pertama ! Dah berkali kali gitu ..setiap kali aku masuk situ .. mmg aku ke situ dulu ...pastu tak jadi beli ..hahahha...tak pe tak peeee... nanti aku g beli sendiri !! senyap senyap ..tau tau ada dah dalam bilik bawah tu ..hahahahahh ..

Alasan aku nak membeli menda tu ? Kalau aku g gym ...sehari aku akan abiskan dalam RM20 ..seminggu ??? Dah seratus ...sebulan ?? haaa ..kalau setahun ? dah sama harga menda tu kan ... kalau beli ..lepas kerja aku terus balik rumah ...tak yah g gym ..malah jimat lagi ...

Cuma satu je la kelemahannya ... Aku tak boleh balik umah mak aku lagi pas kerja sebab biasanya kalau g gym , aku balik umah mak aku untuk salin pakaian seterusnya ke gym ... Bukan anak mak tapi aku kan anak lelaki ..Tanggungjawab aku pada diorng tak abis selagi diorg masih ada ... Nak harap yang lain , diorng masing masing ada anak .. sementara aku belum ada lagi , boleh la aku jengok jengok ... Adik perempuan aku lak dok sarat mengandung ... kena tengokkan gak ... Abang la katakan ...bagus kan ? Dah 3 kali bagus malam ni ..hehehe..

Ok la ..tamo amik masa korang sangat ...nanti boring baca aku melalut ...tqvm sbb sudi singgah ..

Mat Gebu : tamo buat nasi berempah ke ? Mak ben buat , hok yang ada campur sekali ngan ayam dalam tu ...sekali pekena , sah sah satu periuk abis ...skang dah tak buat ...tak larat nak buat katanya ... tak tau la kot mat dah buat ...hehehe ..
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Buah tempatan paling mahal dan sedap dimakan ialah buah durian ... Betul ? Makan mmg sedap ...cuba korang tanam ... Mudah ? hehehe...susah beb....nak tunggu pokok durian tu berbuah , bukan sekejap...lamaaaaa....makan bertahun tahun lamanya ...Silap silap pokok tu pokok jantan dik oiii..Berbaloikah ?? Tak pe ..berbaloi atau tidak , itu namanya rezeki...tak semua usaha kita akan menghasilkan kejayaan ... namun , kena tahu jugak .. kegagalan akan menghasilkan kejayaan sekiranya kita bangun semula dengan azam yang lebih tinggi diikuti usaha yang lebih bijak dan teratur !

Ramai aku tengok lebih lebih di GENGBLOGGER.COM ( http://www.gengblogger.com) , blogger yang baru memulakan kerjaya samada sampingan atau full timer agak kecewa dengan 'hasil' yang diperolehi ... samada dari hits dan juga pengiklanan ..

Ermm...cuba tanya pada mereka mereka yang dah lama berblog ... dah berapa lamakah mereka berblog dan apakah yang mereka lakukan untuk menaikkan hits mereka .... Itu perkara asas dalam bidang perniagaan ( itu bagi mereka yang nak 'jual ' blog mereka ) ..

Ini yang aku cuba buat sekarang ..Usaha yang sama aku lakukan dalam bidang ' mencantikkan badan ' ...9 tahun beb ! Ramai budak budak baru dalam gym tu amik jalan mudah ... Gunakan bahan terlarang ! Maka besarlah badan meraka.. Tapi ada kesan sampingan yg memudaratkan kesihatan ..

Begitu juga dalam blogging ni ... biarlah lambat ...perlahan lahan orang kenal blog kita ...makin lama makin berkembang ...makin ramai yang membacanya jika blog kita itu bagus kandungannya..

Letakkan satu sasaran ... bila ?? kalau tak capai , cuba selak balik blog korang tu..apa yang kurang ? Perhatikan blog blog yang berjaya ... bandingkan .. Lakukan perubahan terhadap blog korang tu ... senantiasa dapatkan komen dari pembaca ...InsyaAllah ..

Aku tak kata blog aku dah berjaya...dalam kategori merangkak lagi.. Masa memula aku berblog , dpt 50 pembaca satu hari pun dah bersyukur... ada jugak insan sudi membaca .. pastu aku pk bagaimana nak up lagi ...kat mana aku nak 'iklankan' blog aku ... apakah umpan yang aku nak letak untuk menarik mereka masuk ...semua tu korang kena kreatif memikirkannya ..

Akhir kata sebelum aku nak keluar mencekik , tanya diri sendiri ....apakah motif korang berblog ? jika kerana $$ , letakkan diri korang sebagai seorang jurujual yang mengharapkan komisyen .. gaji takde ! ..camana tu ? haaa..fikir fikirkan yer ..buka mata tengok sekeliling ...kan mat gebu kan ...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Sedar atau tidak , kita seringkali mengambil sesuatu contoh untuk dijadikan sebagai 'tongkat' bagi meneruskan perjalanan hidup ... Contoh yang biasa kita amik ialah dari kawan - kawan rapat dan di dalam media ...

Seorang guru menasihati anak-anak muridnya supaya jangan merokok tetapi guru itu sendiri merokok .. Anak - anak murid tersebut pasti terpinga pinga , kenapa guru itu sendiri boleh merokok sedangkan mereka tak boleh ? Kalau boleh menyebabkan kematian , kenapa sampai sekarang guru itu masih lagi hidup ? Betul tak ?

Contoh ke dua ...Seorang ayah menegur anaknya supaya bersolat sedangkan dia sendiri tidak bersolat ..

Contoh ketiga .... Seorang bos menasihati pekerja pekerja bawahan agar tidak mengambil rasuah sedangkan mereka tahu bos mereka tu sendiri dah terlalu kenyang makan rasuah ...

Contoh ke empat ... Seorang wanita ingin menutup aurat tetapi hatinya masih belum yakin kerana ramai rakan rakannya yang menutup aurat berperangai seperti 'antu' ..

Contoh ke lima ... cukup la 4 contoh tu ..

Ok ... apa pendapat korang semua ? Kebanyakkan orang kita ni pasti akan menjawab begitu ... mereka melihat keburukkan si penyampai tu berbanding apa yang disampaikannya ..

Kenapa kita tak nak fikirkan kebaikkan yang akan dikecapi jika kita mengikut nasihat penyampai tu ? Aku bg contoh no 4 ...Seorang wanita nak menutup aurat ...tapi dia tgk kawan kawan dia yang menutup aurat kebanyakkannya berperangai tidak elok dipandang ...ok ...tu kebanyakkan ....yang bakinya tu ? Pasti ada yang elok kan ? Kenapa tak contohi yang elok tu ? Dalam sejarah Islam sendiri pun banyak ada contoh yang lebih elok ... kenapa nak jugak amik contoh negatif tu ? ...

Kalau aku kata gini ...Lebih baik bogel dari pakai baju.. Sama je perangai orang yang berbogel tu dengan orang yang pakai baju .. Adilkah gitu ? Tidak bukan ? Haa...jadi ada baiknya kita pandang yang baik , dan yang tak baik tu jadikan sempadan dan juga pengajaran ...

Senantiasa berfikiran positif ..insyaAllah hidup kita sihat senantiasa ....
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
DAYUS !!!

Zaman sekarang ni wanita dah jadi 'punching beg' untuk lelaki ke ? .. Masa mengayat dulu , skit punya lembut...selembut agar agar yang warna merah tu..warna lain tak cantik...hijau pun ok .. kuning tak comey ar ... Biru ? tk dibuat lagi.. Pink ada la...erk.. lari tajuk ...waaa...
gambar hiasan

Kejadian memukul wanita wanita tak kira la sapa pun ...samada ada kaitan atau tkde kaitan semakin berleluasa .. Sapakah yang memukul wanita ini ? Majoritinya adalah binatang ..eh ..ye ke ?? Manusia berhati binatang ... Aku rasa binatang pun cam ni...diorng pukul sebab diorg nak makan jee..terpaksa.. dunia diorg gitu ... nak wat camana kan ... Yang aku maksudkan ini adalah LELAKI aka JANTAN ...bukan kopi jantan yer ..

Kenapa mudah naik tangan mahupun naik kaki ke atas perempuan ??? Tak kesiankah ? Ermm... perempuan ni dilahirkan untuk menjaga lelaki .... dari seorang ibu , kekasih seterusnya isteri .... kadang kadang perempuan sebagai kawan mahupun adik beradik juga memainkan peranan yang cukup tinggi terhadap lelaki ...

Aku ada satu kisah nak diceritakan pada korang ...Ini kisah benar ... bukan aku kutip dari mana mana blog atau web ....Kisah yang terjadi pada kawan aku satu tika dulu ...

Kawan aku ni dulu seorang yang boleh dikatakan hidup senang hasil perkerjaan yang dilakukannya... Bekerja dengan syarikat penerbangan terkemuka negara membuatkan dia berjaya mengumpul duit yang banyak ...Hasilnya dia berkahwin dengan anggota keselamatan negara .. Ermm..pada mulanya ok la sampai la satu tahap ..rupa-rupanya lelaki itu mengahwininya semata mata ...$$$ ... sejak dikurniakan seorng anak , perangai syaitan suaminya itu semakin menjadi jadi .. bayangkanlah , dia balik dari outstation , masuk bilik dia ..dengan penat lagi ....tengok tengok ... ada perempuan dalam bilik bersama laki dia ! Laki dia wat muka tak bersalah langsung ..malah offer lagi baju baju isterinya tu kat perempuan tu .. suruh je amik mana mana baju yang dia nak !! Baju isterinya tu di beli setiap kali dia g overseas .. kenangan ...

Dah la dia buat gitu ..pastu kena sepak terajang lagi ... Ermm ...anak kecik dia tengok jer ...belajar ... Laporan polis dah di buat ... tapi macam tu gak.. haih... Bila dah pukul teruk teruk , minta maaf la balik .... Pujuk isteri tu ...ermmm...sayang punya pasal ..ok jer la isteri tu ... Laki tu pasang jerat lain lak ....Abis semua harta benda isteri dia , di sapunya ...katanya nak buat bisnes ..sampai rumah rumah abis dia gadai ! Termasuk kereta kesayangan isterinya ... Dia buat camana ? Dia tau isteri dia balik dari kerja , penat penat .. terus bercerita tentang ' projek bisnis ' tak wujudnya tu .. Si isteri pun percaya laaa... lalu menandatangani surat tukar hak milik yang dia ingat hanya kertas kerja biasa ... tanpa dia sedari ..rumah miliknya bertukar tangan ! ... Dan jugak dia tak sedar dia telah membuat pinjaman kat along !!!! ....Laki dia buat semua itu semata mata , JUDI !!

7 tahun hidup merana , akhirnya cerai ..kawan aku tu berhenti kerja dan lari balik kampung ..bawak anak dia ... Si jantan tak guna tu ... nak rujuk balik ..datang merayu kat rumah ...huh ...
Begitulah adanya .. ada lagi banyak cerita lain ..tapi buat masa ni ..biarlah ni saja ..

Wahai lelaki lelaki di luar sana termasuk aku ... sebelum nak membelasah tu .. fikir fikirkan laa ... kekuatan kita tu bukan untuk membelasah perempuan yang kita sayang ...kalau nak belasah sangat ... g PALESTIN ..belasah yahudi yahudi kat sana tu.. tunjukkan kejantanan anda di sana yer....

Surah ar-Rum ayat 21:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuatanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda bahawa, “Yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang paling bersopan terhadap isterinya.”

“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah (untuk mendamaikan mereka) seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu (dengan ikhlas ) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami steri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.”

Surah an-Nisa ayat 35

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Hadoiii ..Tak kira la mak , awek no 1 ,awek no 2 , awek no 3 ,bini , bos , kawan kawan , jiran , makcik dalam LRT atau jurujual ..apa saja laaa .. asalkan PEREMPUAN ...Perghh.. Sekali diorg membebel , bingit tinga beb ..cair taik telinga ni haaa.... kalau semua perempuan bergabung lalu membebel beramai ramai , aisberg kat kutub leh cair lalu boleh mengakibatkan dunia ini banjir !! Tu tak campur ngan air liur perempuan perempuan bergabung tu !! Tsunami peringkat tertinggi tuuu..

Aku tau..ramai lelaki tak tahan dengar bebelan perempuan perempuan yang aku sebutkan diatas tu ... Selagi tak bergerak , selagi tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu laa pot pet pot pet ....Hadoiii... Tengah tido pun diorg leh membebel ...

Bukan tak suka diorng ni membebel ...sukaaa ..ayu je rupa diorng ni kalau membebel ....kira letak kat sebelah ayam lebih kurang je cara bebelan mereka ini ...kan kan ...hahaha...jgn mara aaa..nanti kenal jual ... Boleh tak perempuan perempuan ni berhenti membebel sebaliknya gunakan 'pujukan ' mesra atau ayat ayat manja ...contoh ek ..

Gini ..kalau nampak boyfriend korang suka hisap rokok ..jgn dibebel ... bisik je kat telinga bf korang tu ... " awaaaakkkk , camana nanti nak kawin ngan kita ni , kalau mulut awak tu bau cam loji penapis najis je ..tak nak kita cium bau longkang tauuu " .. bila abis cakap je gitu terus sambung lagi ... " awak ...awak pakai perfume apa ni ? wangi jer.. " terus tak jadi marah dia .. kalau dia ada akal ..dia pasti akan proses kata kata tersebut ..kalau dia tak proses kata kata korang masa tu gak , bermakna dia tinggalkan akalnya tu kat rumah mak sedara dia kat Uganda Selatan .. jgn marah aa abe abe yang merokok...adalah satu hakikat mulut korang berbau busuk ... tu baru mulut..belum bau badan ... renti merokok ye bang ...haram tu hukumnya ..

Contoh kedua ... kalau bf korang suka bawak kereta laju laju ... cakap ngan dia slow je masa tu..sambil pasang cd dalam kereta tu , korang cakap kat dia .. " abang , rasa rasa nanti la kan...masa bersanding nanti , abang nak duduk atas pelamin ke atau atas kerusi roda ek ?? " ..kena pandai main psikologi skit ..

Ngan laki ni , laki membebel , lagi diorng buat ....Lelaki ni ... makin tua makin kebudakkan sebenarnya ... Aku tau ..tak ramai sebenarnya gitu .. Yang tak ramai tu , bagus la..Ni yang ramai ni ( termasuk aku..hahaha ) ...spesis kena bebel dulu baru gerak ...sebenarnya masih la ada ciri ciri manja lagi...hahahaha..kebudakkan ...nak bermanja dengan orang tersayang .... kan kan ..

Pasni cuba korang guna senjata yang aku kata tu ..SENYUM , CAKAP DENGAN LEMBUT ATAU PUJUK DENGAN KATA KATA SINIS ....haaaa.... samada menjadi atau terjadi ( kena sound balik ) ...hahahahha...Selamat mencuba ..

Akhir kata ....korang g tanya sendiri kat awal ashaari sbb aku ben ashaari...bukan akhir ashaari... hahahahha
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Yeahoooooooooooo...esok aku nak g Hawaii ... Bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..... ecececeh..... banyak ko Ben ??? .. Acah jek ..

Ni aku baru tido ni.. pas subuh tadi aku sambung tido sampai la ni..hehe..balas dendam satu minggu bangun awal...Baru lepas pala otak aku...hehe..



Semalam aku g usha movie The Book of Eli ... Best ke ?? Bagi aku ... cerita tu mudah .. nampak biasa tapi ada 'isi' nya ... Manusia semakin kehilangan arah bila terlalu mengejar kemajuan . Perkara paling asas akan menjadi paling sukar bila mana nikmat itu ditarik balik . Kedua , ilmu pengetahuan senantiasa satu kelebihan .. dan paling penting ialah pegangan hidup .. Takde pegangan hidup maka tercari carilah erti kehidupan ini ..

Aku mmg minat lakonan Denzal Washington ni ... Ada banyak movie menarik minggu ni tapi belum mampu nak tarik aku g tengok dah .. hehe...Dalam perancangan aku , movie seterusnya nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa ... tengok preview cam best ...saja nak support filem melayu.. Cerita cam ni mmg wajib g tonton ... hehe.. bagi aku la...

Tadi aku ronda ronda kat GENGBLOGGER.COM ..ermmm ..ternampak sesuatu yang menarik hati untuk aku membacanya ...Ermm...mmg best..teringin nak join ..tapi bila tengok sapa penganjurnya ...terus aku membatalkan hasrat ...Bukan aku benci kat dia ... aku tak suka cara dia ... Memula dulu dia ok...tapi bila sejak naik nama dia , dah jadi cam poyo lak...ala ala samseng gitu .. Ada ke tanya orang macam dia lak yang ada kuasa ??? Entah la..malas nak cerita lebih ... wat dosa je pagi pagi

Ok la..aku nak g myden putrajaya ..kot ? ke jap lagi ...hehehe..nak tgk tv sambil makan aiskim sat... ahaks...
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Member aku di Bukit Aman sebentar tadi menelefon aku..dia cakap ada satu isu di forum GENGBLOGGER . COM menjadi topik hangat kerana melibatkan isu perkauman..Ada pembaca telah membuat laporan polis..Dia minta aku hentikan forum dan membuangnya ..

Aku pun pelik gak..sapa yang bukak isu tu ? Pasal perkauman ?? Menurut kawan aku tu , blogger yang tidak dikenalpasti telah mencipta topik berkaitan pelbagai bangsa di malaysia dan mengutuk secara terang - terangan ...

Aku pun g la carik...JUMPA !! ... aku tengok id dia...gambar dia ...ooo ..patut la dia kutuk kaw kaw punya ... dia kata kawan kawan dia pun blogger gak..tapi tak la bergaduh sesama sendiri malah mereka lebih berdisiplin dari kita !! ..tu kata dia la...aku baca dalam blog dia ...mmg dia tulis gitu...

Dalam blog dia pun ada gak gambar menarik..aku scroll baek punya...dan semua persoalan aku terjawab...patut la dia kutuk !!


Tadi aku check blog dia ..dah dipadamkan ....huh...nasib baik aku sempat save gambar dia ngan kawan kawan dia...

Haaa..ni la dia ....nama dia ...MONKEYBONE


KOMUNITI GENGNYET.COM


hadoiiii....
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes