BEN ASHAARI



Cerita berapi tamooo ... buat entri sana sini pon tamooo ... suh jadi sukarelawann ?? Tak relaaaa ... Ikut buat demonstrasi ??? Takuttt weehh , polis tangkappp ... Abiss tuu ?? Suh tukar profile letak hitam pun , tamooo ... Semua tamo ?? Haa... Doa je ? Doa doa gak ... tapi jgn la kedekut wahai abang akak semuaa ...

Ni suh derma 50 sen je niii ... bukan nak AFUNDI sapa sapa ponn... kalau ada pun , AFUNDI GAZA jer ... tangan kanan memberi , tangan kiri tak tau apa apa .. tak yah riuh rendah kuar suratkhabar kata bagi tau derma .. Kita sms jeeee.... satu sms baru 50 sen ..

Blogger pulak , kasi la buat entri ! Satu entri ringkas untuk war warkan ... Yang kita nak tolong ni , saudara seagama kita jugak ... bukan sapa sapa pun ...


Tunggu apa lagi ?? Takkan nganga jer ?? Sms ler ... untuk keterangan lebih lanjut > AMAN


BA : Terima kasih Nurul
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

Hari Isnin , bulan Julai di tahun ke 10 di perkahwinan setelah mempunyai 4 anak kecil ...

Suami : Maknya.. saya nak buat part time keje ni.. malam , selepas abis kerja ... jadi pengawal keselamatan .. Boleh tambah pendapatan keluarga ..

Isteri : Iskh..bahaya la bang .. tak payah la...

Suami : kalau cam tu , saya g keje ngan si Ahmad je la .. meniaga burger .. ok ?

Isteri : Burger ? Abis laaa nanti anak dara awak ngorat ..dah la dia niaga dengan ngan kolej juru rawat ! Tak yah tak yah ..

Suami : Dah tu ? Saya nak cari duit lebih camana ??

Isteri : Awak buat je blog cam orang orang lain tu buat ... Tu dalam gengblogger tu , berapa ramai blogger ada ? Awak letak je la iklan apa tu ... ha... nek nang ??

Suami : Nuffnang laaa...

Isteri : Ha.. pandai pun...

Suami : Saya nak cerita apa dalam blog tu ???

Isteri : Awak cerita je la pasal saya.. apa saya masak ari ari .. saya pakai baju apa.. Awak jgn sesekali cerita pasal diri awak ! Di larang keras , tau tak !!

Suami : Kalau cam tu , awak je la jadi blogger ... Saya nak layan World Cup kat kedai mamak .. Lagi best !

Isteri : Erkk...
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : SURI SARAWAK
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : DAWY


Antara entrinya ialah :

Look At This !



look at my ****
hmmm
idk

ehm ehm
ecehh
saje bikin kecoh kejap
guna title tuh
jangan mara haa
nanti kena jual
=P

nak buat pengumuman tak rasmi nih
my blog has a new look !

jom jom ngk sebelum dibedah
and selepas dibedah
hee ~

SEBELUM
......
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Paling mudah dan berkesan mepromosi blog korang ialah dengan menggunakan FACEBOOK. Selain dari meletakkan tajuk entri terkini di status FB korang , korang boleh jugak meletakkan di KELAB BLOGGER .. tak sampai satu minit pon ...

Di sini aku minta jasa baik semua ahli KELAB BLOGGER untuk menjemput kawan kawan korang yang ada dalam FB tu .. Tujuan KELAB BLOGGER ni bukan sekadar menghimpun blogger tapi semua peminat peminat blog kerana blog ini adalah hasil tulisan dan idea seseorang .. Dari situ kita boleh lihat kreativiti seseorang dalam penghasilan blog dan kebijaksanaan dalam penulisan..

Kerja mempromosi KELAB BLOGGER ini bukan kerja admin seorang saja .. Saya sendiri pun telah melakukannya dengan membuat segmen SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER .. yang mana bertujuan mempromosi KELAB BLOGGER ni secara besar besaran di blog ..

Jika di FACEBOOK , saya sendiri telah menginvite beribu ribu kawan yang berada dalam senarai BEN ASHAARI ..

Aku berharap , KELAB BLOGGER ini akan terus berkembang menjadi satu kelab yang besar .. Disini akan aku ajarkan cara cara nak menjemput bagi mereka yang tidak tau bagaimana nak menjemput rakan lain ...Cara-caranya ialah :

1 )Mula - mula klik KELAB BLOGGER ini ..Kemudian jadii ahli SLAB BLOGGER dengan menekan butang JOIN sekiranya belum menjadi ahli ..K


2 ) Perhatikan logo kelab blogger .. di bawahnya ada INVITE PEOPLE TO JOIN



3 ) Pilih rakan rakan anda yang tersenarai di dalam FACEBOOK korang ..

4 ) PERINGATAN !! Korang hanya boleh menjemput cuma 49 orang pada sekali jemputan .. TIDAK BOLEH LEBIH ..

5 ) Kemudian klik SEND INVITATIONS

6 ) Tunggu sehingga senarai ini keluar semula .. dan ulangi LANGKAH 3 sehingga abis semua rakan anda di select ...



itu sahaja.. bukan susah pun ?

Kenapa aku beria ria dengan KELAB BLOGGER ?? Paling mudah untuk menyampaikan pesanan dari mereka yang memerlukan seperti bantuan pencarian , kewangan , dan banyak lagi . Paling utama ialah maklumat maklumat terkini boleh disalurkan dengan pantas.. Kita boleh berkongsi apa saja di dalam blog dan di kumpulkan di KELAB BLOGGER ...

Jika ada sebarang kesilapan dan pertanyaan , sila beritahu aku yer ... Ini saja yang mampu aku lakukan sebagai seorang muslim dengan menggunakan aplikasi YAHUDI sebagai penghubung kepada saudara saudara segama dan sewarganegara ...

BA : TERIMA KASIH pada yang sudi mempromosi ..
Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

Bukan suatu yang mudah untuk mempromosi sesuatu kelab lebih lebih lagi kelab umum yang mana sapa sapa leh join..

Aku harap hujung bulan ni leh dapat 4 ribu ahli ...InsyaAllah
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments



Remake .... Baru pas tengok tadi ... huhu .. Best ke ? Menghiburkan ... Penerbit bersama ialah bapa si Jaden Smith , pelakon feveret aku , Will Smith ...

Mmg best ... buah 'maut' dia mmg membuatkan aku tersebut 'wow' dengan agak kuat .. hahaha... segan gak ... Lucu , serius dan mempunyai pengajaran ...

Bagi aku , cerita ni mmg best ditonton ... Berapa bintang ? Best untuk dilayan... hahahah

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Pada suatu hari beberapa orang kampung telah berpakat untuk mempermainkan Juha . Maka mereka telah membawa sebiji telur ayam setiap seorang , mereka pun menyimpannya di dalam poket seluar .

Kemudian mereka pun memanggil Juha lalu mengajaknya pergi mandi di laut yang berdekatan. Sebelum itu salah seorang dari mereka telah berkata :

" baiklah , setiap orang mesti dapatkan sebiji telur dari dalam laut. Kalau tak dapat telur , dia tidak boleh naik ke pantai sampai matahari tenggelam ! . "

Semua orang bersetuju dan di kala itu fahamlah Juha bahawa mereka telah berpakat untuk mengenakannya .

Maka setelah agak lama mereka mandi berenang dan menyelam tak lama kemudian seorang demi seorang dari mereka naik ke pantai sambil membawa sebiji telur di tangan mereka . Mereka kena angkat telur tersebut menunjukkan kepada semua orang dan barulah dia boleh naik ke pantai.

Dan akhirnya tinggallah Juha seorang diri di dalam air , semua yang lain dah naik ke pantai kerana berjaya memperolehi sebijk telur . Juha pun mendapat satu jalan, sebelum itu dia menyelam buat kali terahir dan bila timbul dia terus berjalan naik ke pantai dengan muka penuh senyuman.

Sebelum dia sampai ke pantai , semua orang bertanya:

" Juha , kamu tidak boleh naik ke pantai selagimana kamu tidak menunjukkan kepada kami sebiji telur yang telah kamu perolehi ."

Juha tidak menghiraukan kata mereka. Lalu dengan tenang dia pun berkata :

" Eh , kamu semua ini tak tahu ke , sepatutnya kamu semua harus bersyukur kepada Allah s.w.t sebab kamu telah selamat bertelur. Jadi , kalaulah bukan dikeranakan aku seekor ayam jantan , maka sudah tentulah kamu si ayam betina, semua tidak akan dapat bertelur ! "

Terus dia naik ke pantai lalu memakai pakaian sambungnya lagi :

" Betul tak cakap aku , ayam betina tidak akan dapat bertelur tanpa ayam jantan . "

- dari buku Kisah kisah Lucu Abu nawas
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
" Sayang ke tak ni ?? Saya tanya awak ni ... cepat ler jawab .. "


Kalau dok hangat bercinta , dan baru baru bercinta , pasti jawapannya semanis senyuman singa nampak pelanduk kan ? Yummy... sengih sampai nampak taring ... huhu ...

Kalau dok bercinta tapi ada pasang lain .. jawapan camana lak ? " Sayang tu mmg la sayang .. tapi saya sayang lagi mak (we ) saya tuu... kira awak no 2 la .. boleh kan ? ... Pergh.. mmg tunggu jadi kayu api je nanti tu..

Dah lama bercinta ? Sayang laaaa ( sayang blog aku lagi nehh ) ... sambil mata tengok blog ... hahaha.. camana tu ?

Baru berkahwin ... Sudah semestinya wahai isteriku .. Kaulah satu satunya wanita dalam hidupku .... zaaasss tarik masuk ke dalam bilik tidur terus ...

5 Tahun berkahwin ... Eh ... mesti la sayang ... Er.. kopi saya buat dah ke ?? Saja nak lari tajuk supaya tak tanya banyak... hahhahaha

Tahun tahun berikutnya ... Haih... awak tau kan... sudah semestinya cinta dan sayang saya ni hanya untuk awak ... Awak dah sign borang yang saya bagi tadi ? nak settle urusan cukai ni .. (padahal surat kebenaran nikah ) ... hahahaha

Aku gurau jeeeee.... hehehe

BA : Ada gak tidur kat luar pintu malam ni ...
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Haa... aku tau.. sah sah England menang punyaa ... kenapa aku kata England menang ? Sbb diorg dah pakat weh.. hahahaha .. World Cup bagi England , Afganistan bagi USA .. baru la adil kan ... hehehe..

Boleh ke sukan dicampur adukkan dengan politik ? Dalam sukan pun dah ada politik kan .. Takat dunia skang ni , mmg tak dinafikan la... Apatah lagi bola sepak .. segalanya adalah perniagaan.. Mana ada dah semangat bolasepak dah ... bak kata Mourinho , World Cup ni takde apa makna bagi dia ... Yeke ?? silap silap dia tengok kat dalam bilik hotel dia nanti... usha pemain yang boleh dibeli untuk season akan datang ..ahaks ..

BA : Tak kisah .. mana mana pun laaa... dah mmg musim semua orang demam skang ni ..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hurmm... nak tengok mana satu ek... wayang , midnite ... bola , pastu .. sah sah balik penat ...ngantuk .. lapar .. dahaga .. huhu ..

Tgok bola dapat apa? Kepuasan ? Tengok wayang dapat apa ? Kepuasan ? Baik tidur lagi baik.. erk.. tido dapat apa ? Kepuasan ? ilang penat ? Hurmm..

Semua tak kena .. kan kan ... Mudah je ..esok cuti. buat je la mana mana pun , asalkan jgn lupa bangun solat subuh ... kan kan
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : CATATAN ASMIDAR

Antara Entrinya ialah :

Salam......

Dalam ni ada 20 zikir yang bagus dipraktikkan sehari-hari.
Nama-nama zikir yang terkandung tidak lah saya tahu sebab tu saya namakan je dengan abjad ABC.

KALAU ADER SAHABAT-SAHABAT YANG TAHU SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN ..... TQ

SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT HIDAYAH DAN KERAHMATAN DARI-NYA

AMIN......
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : MATAHARIKU SINAR JIWA KU


Antara entrinya ialah :

semalam aku tak masuk kerja... sebab diserangi penyakit malas lagi.... tapi ari ni aku terpaksa keja.. nak habiskan semua kerja kerja kalau boleh sebelum aku pergi bercuti panjang minggu depan... insyaallah

kalau tak ada aral melintang. pukang aku akan sampai
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Time Views Uniques
Ni tips untuk blogger yang baru yer ... Cuba perhatikan Uniques dan Views ..Uniques rendah pada jam 1 petang tetapi pageview nyer paling tinggi di antara ke tiga tiga jam tersebut ..
Kenapa ini berlaku ? Dapatkan jawapan di main page blog aku .. ;)

Buat masa ini aku sasarkan pageviews ... aku kurangkan tumpukan perhatian pada Uniques buat masa ini kerana Nuffnang baik hati skang ni .. apa mimpi dia pun tak tau .. huhu... rezeki...

Tokabout : Berkaitan dengan Innity , aku rasa ramai tau dah , dia liat bayar skang ni .. ada yang kata dah bayar tapi tak dapat duit , ada yang kata bayarannya kurang.. macam macam cerita ada ..

Aku tak nafikan Innity bagi tinggi.. dia tulis je tinggi ... jumlah pun tinggi , tapi sehingga sekarang ... tak pernah lagi dapat ... Aku cashout serentak ketiga tiga .. Adverlets , Innity dan Nuff... Hanya Nuff je aku dapat ... lain ? Tiada berita ..


aku punya

Wallahualam ..

Kalau dah lama guna nuff , kekalkan je ... Tapi apa pun , terpulang pada masing masing .. Dapatkan pandangan blogger lain pon ok gak ..

BA : Jgn tamak ..





Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : BLOG CARIPASAL

Antara entrinya ialah :

Nasi Putih Tanpa Lauk?? Korang pernah try x?? Mestilah pernah kan..Tapi kalau ade lauk korg amik x lauk?? Kompem korg akan makan nasi lauk kan?? Aku pon mesti balun abes lauk-lauk yang ade..Dapat lak cam menu kat atas tu. Nasi + Kerabu Mangga + Sotong Goreng + Sambal Belacan. Pergh, x terkata nikmat nak makan tuh. Silap-silap tambah lagi nasi.

So, kat sini actually bkn nak ckp pasal Nasi berlauk ni. Just aku nak buat relationship dia jerk la. Ok, skang ni cube korang bayangkan Blog Korang (xde nuffnang) sbg nasi putih tuh and nuffnang sbg lauk-pauk yang sedap2. So, kirenyer cam blog korg tu x masyuk la kalo xde NUFFNANG ni....
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Perlu ke aku langgan Astro Supersport ? Nak layan ke ek ? Sat nak ingat balik 4 tahun lepas ... adakah aku peminat setia World Cup ?

Tak pun ... Tak yah la langgan .. Tengok je siaran ulangan .. Untuk mengetahui keputusan terkini camana lak ? Apa susaahhh ??? Masa ni ramai blogger rajin giler update keputusan wooo .. Game abis je , terus update... tak sempat pengadil tarik nafas , dah di ping dalam net neh.. hahaha...

Jadi apa susah ? Oooo... tak feel eh ... nak feel , tunggu Malaysia layak je la ... baru feeeel ... haha...

BA : Brazil vs Argentina di separuh akhir.. mesti kaw kaw punya .. England ? suku akhir dah laa
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Mereka membahasakan diri mereka dengan kerjaya mereka ... Kalau sesuai , tiada salahnya .. jika tak kena , buruk bunyinya ..

Bayangkan seorang doktor membahasakan dirinya dengan panggilan doktor ketika berbicara ... Atau seorang juruterbang ... mahupun seorang ustaz ...

Hurmm .. agak janggal bukan ? Kebiasaannya kita dengar penggunaan 'saya' .. Pemimpin tertinggi kita pun guna ' saya ' ...

BA: Guna je la 'saya' atau 'aku' ...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Ilmu adalah teras kepada ajaran Islam, tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak aqal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan. Islam tidak wujud melainkan berteraskan ilmu, bahkan Islam itu sendiri adalah ilmu yang teragung buat sekelian alam.

Tokoh-tokoh ulama silam terutama para `ulama hadith (al-muhadithin) telah mewakafkan hidup mereka demi menyampaikan ajaran dan huraian yang bertepatan dengan ajaran Nabi s.a.w. Segala ucapan Nabi s.a.w. adalah ilmu yang maha agung. Justeru itu hanya ilmu sahaja yang berhak menghuraikan ilmu. Dalam kata hanya golongan yang berilmu sahaja yang berhak menghurai dan membahaskan ucapan bagainda, atau ucapan baginda hanya boleh
dibahaskan secara ilmu.

Malangnya, ada individu yang tidak mengambil berat tulisan yang telah mereka tinggalkan lalu memetik hadith sertakan menghuraikannya berdasarkan selera mulut tanpa dirujuk kepada kitab-kitab syarah hadith.

Kita melihat di akhir-akhir ini perkembangan yang lebih mendukacitakan, dimana adanya individu-individu tertentu yang tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam atau sekadar sebulan dua di pusat pengajian tertentu kemudiannya muncul di tengah masyarakat dengan membawa huraian-huraian yang salah tentang Islam di sana-sini. Fonomena ini
mendukacitakan kita, akhirnya manusia mengambil agama daripada golongan jahil lalu mereka diselewengkan.

Bukan sahaja golongan yang tidak pernah mengikut pengajian Islam membuat kesalahan dalam memetik dan menghuraikan hadith bahkan ada di kalangan yang menggunakan lebel nama sebagai ustaz juga sering membuat kesalahan dalam persoalan memetik dan menghuraikan hadith-hadith Nabi s.a.w.


Sebenarnya gelaran ustaz bukan bererti seseorang itu tahu segalanya dalam ilmu-ilmu Islam. Sebaliknya ada golongan yang digelar ustaz hanya kerana sepatah dua kalimat yang dihafalnya. Berbalik kepada persoalan hadith, ramai golongan agama di Malaysia begitu tidak berdisplin dalam memetik hadith-hadith begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan sesebuah hadith. Apa
sahaja yang dikatakan hadith terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq para ulama hadith terhadap kedudukannya. Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadith maka pastinya sahih dan wajib diimani. Dengan itu apa sahaja yang mereka jumpai daripada buku bacaan, yang dikatakan hadith maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith yang mutawatir:

"Sesiapa yang membuat dusta ke atasku maka siaplah tempat duduknya di dalam nereka"

(Hadith ini diriwayatkan oleh sepuluh para imam dan ianya mutawatir, ruj: Muqaddimah Miftah al-Jannah m.s. 31, `Abd ar-Rahman Fakhuri, ctk. Dar as-Salam, Mesir)

Sebagai contohnya, lihat sahaja ucapan: "Sesiapa yang mengenal dirinya maka dia telah mengenal tuhannya" . Betapa ramai yang berceramah serta berhujjah dengan menyebut bahawa perkataan tersebut adalah hadith Rasulullah s.a.w, sedangkan al-Hafiz al-Sakhawi telah menyenaraikan keputusan para ulama terhadap perkataan ini dalam Al-Maqasid iaitu seperti berikut:

"Kata Abu al-Muzaffar bin as-Sam`ani: "Ianya bukan daripada Rasulullah s.a.w. sebaliknya dikatakan ucapan Yahya bin Mu`az ar-Razi. Kata al-Imam an-Nawawi: Ianya tidak thabit. Al-Imam as-Sayuti memetik dan mengakui perkataan An-Nawawi ini di dalam Zhail al-Maudu`at . Dalam Al-Hawi li al-Fatawi as-Sayuti menyebut: "Hadith ini tidak sahih". As-Syeikh al-Qari di dalam Al-Mauduat memetik daripada Ibn Taimiyyah yang menyatakan: "Palsu". Kata Al-`Allamah al-Fairuz Abadi, penulis Al-Qamus: Ianya bukan daripada hadith-hadith Nabi sekalipun kebanyakan orang menganggapnya hadith Nabi s.a.w.. Tidak sahih sama sekali. Hanya diriwayatkan daripada Israiliyat." (Ruj: Silsilah ad-Dha`ifah wa Al-Maudu`ah, jilid 1, m.s. 166, oleh Muhammad nasir ad-Din al-Albani, ctk. Maktabah al-Ma`arif, Riyadh)


Betapa ramai golongan yang telah menyandar ucapan ucapan yang tidak diucapkan oleh Nabi s.a.w. kepada baginda! Apakah mereka tidak takut dengan amaran Rasulullah s.a.w. tentang balasan orang yang mereka cipta ucapan baginda.?

Inilah hasilnya jika kita tidak meneliti persoalan kesahihan sanad dan kejelasan matan.

Apa itu sanad? Kata Hammam Sa`id : "Sanad di sisi para `ulama hadith (muhaddithin) ialah: "Rangkaian para perawi yang menyampaikan kepada sesuatu ungkapan. Samaada ianya adalah ungkapan Nabi s.a.w. atau selain baginda"

Semantara matan pula bermaksud: "Lafaz yang menggambarkan makna-makna yang dimaksudkan di dalam nas (petikan)"(ruj: Al-Tamhid Fi `Ulum al-Hadith, m.s. 14. Ctk. Jordan: Dar al Furqan)

Sebagai contoh bagi memudahkan kita memahaminya lihat kepada riwayat berikut:

Kata al-Imam al-Bukhari:"Telah menceritakan kepada kami al-Hakam bin Nafi', katanya (Al-Hakam) Syu`aib telah mengkhabarkan kepada kami daripada az-Zuhri. Kata az-Zuhri: "Telah menceritakan kepadaku `Amir bin Sa`d daripada Sa`d bin Abi Waqqas, beliau telah mengkhabarkan kepadanya (`Amir) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kamu sama sekali tidak membelanjakan harta kerana mencari keredhaan Allah melainkan kamu diberi pahala kerananya, sehinggakan apa yang kamu beri ke dalam mulut isterimu (nafkah untuk isteri)"
(Riwayat al-Bukhari: hadith ke-56, 1295, 2742, 2744, 3936, 4409, 5354, 5659, 5668, 6373, 6733. Muslim: hadith ke-1628)


Di dalam setiap riwayat hadith ada mengandungi dua bahagian, iaitu sanad dan matan. Jika dilihat kepada hadith di atas, bahagian yang dikatakan sanad ialah:

Maksudnya

(Kata al-Bukhari) telah menceritakan kepada kami al-Hakam bin Nafi', katanya (Al-Hakam) Syu`aib telah mengkhabarkan kepada kami daripada az-Zuhri. Kata az-Zuhri: "Telah menceritakan kepadaku `Amir bin Sa`d daripada Sa`d bin Abi Waqqas, beliau telah mengkhabarkan kepadanya (`Amir) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bahagian yang dikatakan sebagai matan ialah:

"Sesungguhnya kamu sama sekali tidak membelanjakan harta kerana mencari keredhaan Allah melainkan kamu diberi pahala kerananya, sehinggakan apa yang kamu beri ke dalam mulut isterimu (nafkah untuk isteri)"

Dalam pengajian hadith, seseorang mestilah mengetahui selok-belok ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kedua-dua bahagian di atas. Yusuf Al-Qaradawi menyebut tiga prinsip asas yang mesti dilalui oleh setiap pengkaji hadith demi mengelakkan penyeleweng dan takwilan secara jahil.

Pertama: Mempastikan kethabitan atau kesahihan sesebuah hadith berdasarkan timbangan ilmiah yang terperinci yang diletakkan oleh para ulama hadith.

Kedua: Memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadith.


Ketiga: Memastikan sesebuah hadith tidak bercanggah dengan nas yang lebih kuat darinya iaitu al-Quran atau hadith-hadith lain yang lebih kuat kedudukannya.

(Huraian yang lebih detil boleh dirujuk kepada apa yang ditulis oleh al-Syeikh Yusuf al-Qaradawi di dalam "Kaifa Nata`amul ma`a as-Sunnah al-Nabawiyyah", m.s. 34. Ctk. Mesir, Dar al-Wafa)


Untuk pengetahuan, hadith yang thabit ialah seperti yang dinyatakan oleh al-Albani: "Hadith yang thabit merangkumi hadith yang sahih dan hasan pada penilaian muhaddithin. Samada sahih lizatih atau sahih lighairih begitu juga hasan lizatih atau hasan lighairih

Tiga prinsip asas yang disebut di atas adalah kewajipan kepada setiap pembaca atau pengkaji hadith ketika berhadapan dengan sesebuah hadith. Dukacita wujudnya di kalangan yang tidak mengetahui ilmu hadith tetapi cuba menghuraikan hadith Nabi s.a.w. tanpa dirujuk kepada para `ulama hadith. Mereka tidak mengetahui ilmu mengenai sanad lalu menganggap kesemua hadith adalah sahih asalkan disebut hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Majah atau at-Tabarani atau Ahmad atau at-Tirmizi atau sebagainya. Sedangkan mereka tidak memahami disiplin pengambilan hadith yang dilalui oleh setiap pengumpul hadith berkenaan.


Mungkin akan ada yang bertanya kalau demikian bagaimana caranya untuk kita mengetahui kedudukan sesebuah hadith? Jawapannya ialah bagi mereka yang tidak memiliki kemampuan mentakhrij dan membuat keputusan terhadap sesebuah hadith-inilah keadaan kebanyakan individu- maka mereka hendaklah merujuk kepada keputusan para ilmuan di dalam bidang hadith yang telah mentakhrij dan memutuskan kedudukan hadith-hadith Nabi s.a.w.


Sebagai contohnya hadith di bawah:

(Kata Ibn Majah) telah menceritakan kepada kami `Ali bin al-Khallal, katanya telah menceritakan kepada kami `Abd al-Razzak, katanya telah memberitahu kami Ibn Abi Sabrah daripada Ibrahim bin Muhammad daripada Mu`awiyah bin `Abd Allah bin Ja'far daripada ayahnya daripada `Ali bin Abi Talib, katanya: sabda Rasulullah s.a.w. "Pada malam separuh dari bulan Sya'ban (nisfu Sya'ban) maka hendaklah kamu semua mendirikan malam (qiyam al-lail) dan berpuasa pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah turun padanya pada tempat terbenamnya matahari sehingga ke langit dunia dan berfirman: "Tidakkah orang beristighfar kepadaKu lalu Aku ampunkannya, tidakkah orang meminta rezeki kapadaKu lalu Aku rezekikannya, tidakkah orang ditimpa bala lalu Aku sejahterakannya, tidakkah demikian dan demikian sehinggalah terbitnya fajar"
(Hadith riwayat Ibn Majah: hadith ke-1388)

Hadith di atas telah dihukum oleh para `ulama hadith sebagai dhaif kerana di dalam sanadnya ada rawi yang dipanggil Ibn Abi Sabrah. Beliau ialah Abu Bakr bin Abd Allah bin Muhammad bin Abi Sabrah. Al-Imam Ahmad dan Yahya bin Ma'in mengatakakan dia sebagai pemalsu hadith. ( Sila lihat: Sunan Ibn Majah bi Tahqiq Muhammad Fuad `Abd al-Baqi)

Setelah di pastikan sesebuah hadith itu thabit daripada Nabi s.a.w., tugas seseorang pengkaji hadith tidak terhenti di situ sahaja. Memahami maksud yang terkandung di dalam matan sesebuah hadith adalah tanggungjawab besar yang mesti diberi perhatian. Apa erti jika kita mengetahui sesebuah hadith itu sahih atau hasan tetapi kita gagal memahami maksud yang sebenar yang tersurat atau tersirat di dalam matannya, kerana tujuan kita membaca sesebuah hadith adalah untuk beramal atau berpegang dengannya setelah dipastikan kethabitannya. Lebih malang lagi jika kita bukan sekadar gagal memahami maksud yang sebenar tetapi ditambah dengan membuat huraian yang salah sama sekali dari maksud sebenar yang disampai oleh baginda Nabi s.a.w. Bahkan yang lebih musibah ialah apabila yang menghuraikan hadith-hadith tersebut ialah para pendakwah atau orang-orang bercakap di khalayak ramai maka dia menjadi rosak dan orang lain juga menjadi rosak.


Oleh : Mohd Asri b. Zainul Abidin
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
gambar hiasan - hatiwanita

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

http://www.youtube.com/watch?v=LK9kdMSX5Q4

dari FIQH & SUNNAH
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Tengok tajuk , rasa rasa percaya tak ianya keluar dari mulut budak berumur 7 tahun atau darjah 1 ? Percayalah .. Aku sendiri yang dengar ..


Kejadian berlaku sewaktu aku menjadi guru sandaran sekolah ,di KL. .. Dua budak dari satu kelas , bergaduh mulut dan akhirnya terkeluar dari mulut salah seorang darinya .. dan akhirnya , kena sedas kat tangannya oleh guru disiplin..

Tu baru satu kes ... ada satu kes , budak darjah satu ditangkap dok beromen ! Tak caya ? Percayalah...

BA : Budak skang buat apa yang mereka lihat ..LIHAT DAN BELAJAR ..dari sapa ek ?


Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : WORD SPEAKS LOUDER THAN ACTION

Antara entrinya ialah :

Meh sini nak reveal skit masa muda-muda dulu suka berangan kann. Haishh malu! Zaman sekolah menengah, masing-masing dah berangan besar, dah terasa diri ni paling cantik atas muka bumi ni. Wuarghhh!


*tampar muka sepuloh kali!

Aku bukanlah jenis yang suka hindustan sangat. Tapi ntah macam mana masa tu terasa nak beli VCD hindustan. Siap beli yang original tu beb. LOL

Fikir punya fikir, decide lah beli VCD cerita ni .......
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Peringatan !! Tujuan aku tunjuk ni bukan untuk menunjuk nunjuk .Sekadar memberi semangat pada mereka yang memerlukan .

Sila baca ni dulu untuk lebih faham ...

Untuk baca bahagian 1 : klik 1
Untuk baca bahagian 2 : klik 2



Pageviews untuk bulan lepas

Pageview untuk minggu lepas

Pageview untuk minggu ini

Jika dapat buffered , akan menghasilkan $$ ..

Jika kebetulan iklan keluar , dan ada visitors ... maka adalah $$ .. kena bijak skit di bahagian ini.. kena tau bila nak post entri baru pada masa sama iklan keluar ..

Jadi apa yang perlu lakukan ialah , terus berblog dengan mengisi entri yang berilmiah ..

BA : Anda boleh lakukan ...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Aku dok mencuba tadi.. tukar sana sini ... guna design yang baru ... Hurmm .. Last last .. aku selesa dengan yang lama gak ... lebih simple walau .. Ringkas... loading pun senang ..

Blogger kena amik kira pembaca yang menggunakan broadband .. ada tempat signal dia tak elok.. Sekadar GPRS atau EDGE ... teruk woo.. jenuh nak tunggu loading ...

Sebab tu aku guna basic je.. Biar tak cun tapi senang hati ... heheh
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
klik gambar untuk ke blognya

Blog ini adalah personal blog.. ditulis atas dasar diri sendiri meminati dunia penulisan... Memaparkan apa yang terjadi dalam kehidupan insan bernama Amieynna Amin.. Sejak kehilangan adik tersayang.. Kebanyakan entry adalah berkisar tentang kenangan bersama arwah.. Sengaja ingin membiarkan memori itu tersimpan rapi disini kerana kita sering terlupa moment indah dalam hidup kita..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
klik gambar untuk ke blognya


Blog nih haku tubuhkan pada tahun 2008.Blog nih boleh dikatakan blog rojak lah..Sebab selain haku masukkan resepi2 ader jugak cerita-ceriti tentang family dan aktiviti harian ku..Selain tuh..blog ini juga menjadi rujukan haku menyimpan link sifu-sifu yang teror masak..jadi tak lah penuh sgt bookmark haku..:)
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sulaiman bin Shurd r.a berkata :

Ketika aku sedang duduk bersama Nabi s.a.w , dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang dari mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul keluar.

Maka Nabi s.a.w bersabda :

" Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahannya akan hilang . Iaitu sebutlah " A'uzubillahi minash syaitan " nescaya kemarahannya akan hilang .

- Sahih : Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam sahihnya , hadis no : 3282 ( Kitab Bad'i al-Khalq , Bab sifat iblis dan tenteranya )

Dari buku 7 Tipu daya syaitan ke atas umat Islam . Oleh Hafiz Firdaus Abdullah
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Ramai terkejar kejar trafik untuk mendapatkan $$ yang tinggi .. Salahkan ? Terpulang pada niat masing masing .. Yang penting biarlah cara yang betul .. Jgn lupa soal halal haram di situ.. Allah Maha Mengetahui ..

Pada yang gunakan NUFFNANG .. perhatikan Analytics anda .. ada yang terlalu mengejar UNIQUES ( UV ) sehingga lupakan VIEWS ( PV) ..Ada perbezaankah ? Ya !

Kalau 1 UV = 1 PV ...anda rugi .. cuba dapatkan 1 UV = 3 PV ..

Apakah kelebihannya ? Anda boleh membacanya di sini


BA : Ini sekadar pendapat aku untuk berkongsi dengan blogger baru .. Jika blogger lama nak tambah , silakan ..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Aku tahu ramai blogger baru kecewa bila melihat Nuff mereka tak banyak iklan atau pun $$ ciput setiap minggu .. Aku memahami perasaan itu .. Satu tika dulu aku sendiri pernah kecewa dgn nuff sehingga aku mencuba 'produk' lain ...

Apa yang perlu korang lakukan ialah tingkatkan lagi .. cari idea bagaimana nak 'menjual' blog korang tu ..Anggap diri korang tu sebagai salesman ... Bagaimana nak tarik pembaca ke blog korang .. Biar mereka masuk , baca dan keluar dengan senyuman ... Dapat pahala jugak kan ..

Aku yakin satu hari nanti korang akan tersenyum jugak .. Yang penting , buatlah dengan cara yang betul dan bermanfaat .. Percayalah ..

BA : Sikit sikit , lama lama jadi bukit..
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Skang apa cita ?? Walaupun dalam channel yg dibayar , iklan berlambak lambak .. apa kes ni ? Harga makin naik .. kalau takat nak tengok iklan , baik aku layan kat internet .. banyak iklan weh ... nuffnang ada ...innity ada .. kirawang ada ... banyak laagii laaa...

Bikin tensen tul laa ASTRO neh ... bila bagi alasan kenapa naik harga , kononnya nak tampung kos... Bila dah naik , buang la iklan tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... arghhh....

Kerajaan .. kasi laaa ASTRO tu ada pesaing skit .. kalau tak , diaorg je monopoli semua wehhh... Dah la tu, cerita yang ada pun makin mengarut ngarut ...

BA : Kasi rakyat ada lesen satelit ... baru beshhh
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Bayangkan setiap kali nak online , hanya boleh dpt signal dengan cantik di tepi tingkap di bilik tidur utama ! Mana tahan tiap kali nak online mesti naik atas tu...

Akhirnya , aku berpusing pusing mencari signal ..ala ala zaman handphone botol air dulu .. hahaha... akhirnya jumpa gak !! nun atas sofa kat tengah tengah ruang tamu ... Hanya kat situ je.. dengan satu posisi.. kalau ubah , terus jadi KOSONG !! Bisa gila gue !

BA : Bilaaa laa PUTRAJAYA nak jadi bandar pintar ...

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Kita makin di sogok dek citer citer mengarut ... Tak cukup dari negara luar , dalam negara pun sibuk nak ikut gak .. Bukanlah nak kritik tapi sebenarnya macam takde idea lak penerbit filem ni sedangkan terlalu banyak .

Lagenda dan citer dongeng melayu sendiri pun banyak .. Naper nak menambahkan lagi kekarutan yang sedia ada ?

Cukup la layan citer luar negara yang sedia ngarut tu.. Dalam negara ni biarlah yang membina minda skit ... Upin dan ipin tu haa.. nampak cam merepek tapi penuh dengan moral haaa..

BN : Pasni ramai budak kecil tunggu nak kena sambar petir .. kot kot leh jadi super hero
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Bila terbit rasa simpati pada dia , kita jadi mengalah .. mungkin dia akan berubah satu hari nanti .. Gitulah doa kita .. Tup tup , dapat berita dari dia , rupanya masih dengan perangai sama ..

Kenapa perlu ada perasaan begitu ? Kejadian yang lepas patut dijadikan pengajaran .. bahawa setiap yang datang itu adalah milik Allah .. jgn sesekali ada perasaan riak dan takbur .. Jgn ingat rezeki kita itu seperti memetik jari jer ... tup terus depan mata ..

Bila dah dapat rezeki tu , jgn la pulak di saja tunjuk tunjuk pada yang takde lagi ... kecik hati kawan lain yang dah lama 'ternanti-nanti' .. takkan tak reti gak kot ?

BA: Nak kata tak faham , tua dah ....
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : LURFLYIYANA

Antara entrinya hari ini ialah :


Permulaan hari yg sangat baik hari ni, alhamdulillah. Seperti yg sedia maklum, hari ni result exam keluar and i'm pretty sure ada yg tak lena tidur malam tadi. Yana hanya tidur selepas subuh, sebabnya Yana main game *Diner Dash* dan blogwalking! *hohoho*

Okay, niat hati Yana nak cek result esok je *Jumaat*, tapi dengan tahap kesabaran Yana agak tipis, Yana cuba je, lantak la dapat cek ke tak. If you put an effort then it will give rewards *yeke?* Yana cuba banyak kali jugak tapi hampaaa plus hampehh!
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : ANA'S KITCHEN

Antara entrinya ialah:

Minuman juice yang Kak Ana paling suka masa melancong kat Jakarta dan Bandung lalu ialah avocado juice. Di Indonesia, jus ini dipanggil Jus Alpukat. Memang enak dan menyegarkan. Kata pakar, kalau kerap minum juice ini baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan boleh menghaluskan kulit. Kak Ana pun cuba lah buat untuk minuman seisi keluarga. Dengan campuran susu dan coklat dapat menambahkan kelazatan juice ni.Kalau nak cuba disini resepinya:
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Syaitan boleh ketawa . Ini dapat kita ketahui dari hadis berikut :

" Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian menguap , tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabilaseseorang kalian menguap sambil berbunyi " Haa" maka ketawalah syaitan. " - Hadis riwayat al Bukhari

Jika tidak dapat menahan diri dari menguap , maka tutuplah mulut yang sedang menguap dengan tangan dan jangan mengeluarkan apa apa bunyi. Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w mengajar kita :

"Jika seseorang kalian menguap , maka tutuplah muut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk ( ke dalam mulut yang terbuka )." - Hadis riwayat Muslim .

Ada pun bersin , maka ia disukai oleh Allah s.wt . Rasulullah s.a.w menjelaskan perbezaan menguap dan bersin.

" Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Maka apabila ( sesorang itu ) bersin maka pujilah Allah dan merupakan hak bagi setiap muslim yang mendengar ( saudaranya bersin ) untuk mendoakannya."

Ada pun menguap , maka ia tidak lain berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila ( yang menguap ) berbunyi 'Haaa ' maka ketawalah syaitan.
- Hadis riwayat al- Bukhari


Oleh itu , bagi orang ang bersin , hendaklah dia memuji Allah dengan menyebut :

" Segala puji bagi Allah , Tuhan sekalian alam "

Bagi yang mendengar orang bersin , dia berdoa :

" Semoga Allah merahmati kamu "

Kemudian bagi yang bersin , dia menjawab kepada orang yang mendoakannya :

" Semoga Allah mengampuni bagi kami dan bagi kalian "

- sahih dikeluarkan oleh al-Thabarani dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam shahih al- Jami al Shagheir , hadis no 686 .

Sekali pun bersin adalah sesuatu yang disukai , tidaklah bererti seseorang itu boleh bersin di hadapan muka orang lain , menghamburkan air liurnya atau bersin dengan suara yang kuat.

Abu Hurairah r.a menerangkan

" Apabila Rasulullah s.a.w bersin , baginda meletakkan tangannya atau bajunya ke atas mukanya ( mulut dan hidung ) sambil merendahkan ( atau sambil menundukkan muka dan ) suaranya "

- dari buku 7 Tipu daya Syaitan ke atas umat Islam . Oleh Hafiz Firdaus Abdullah

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Disapa di Lrt PWTC .. Meminta duit untuk membeli makanan ... Bukan orang sini rasa aku ..Dari slang dia aku rasa mmg orang luar ..

Dengan menggunakan bahasa English , dia meminta aku duit .. Sebelum sempat dia menghabiskan ayat dia , aku gunakan tangan aku sebagai tanda yang aku tak de duit ..

Bukan aku tak nak bagi tapi aku rasa dia bukan nak guna untuk beli makanan pun .. Dari bentuk fizikalnya dia , tak mengambarkan kekurangan makanan pun .. huhu .. aku bukan spesis kedekut .. kalau benar dia kelaparan , aku sanggup g belikan makanan lagi ..

Aku berlalu pergi.. Tapi kedengaran dia seolah memaki hamun ... Aku toleh ke belakang .. hurmm .. mmg dia dok ' membebel ' ...

BA : Bagi salah , tak bagi salah ... kalau bagi , sah sah aku tak ikhlas... camana tu ?

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : AREEN AZHAR

Antara entrinya ialah :

Kenapa mesti ada perasaan bosan bila kita duduk rumah sorang-sorang???
Mestilah bosan sebab tak ada teman. Dah kata pun sorang.
Kalau nak bercakap pun kena bercakap sorang-sorang.
Cik Dinding pun tak dapat nak bantu.
Kalau kita tanya Cik Dinding, "Cik Dinding, Cik Dinding,...Cik Dinding dah makan?"
Mesti tiada jawapan yang diberikan sebab Cik Dinding bukan benda bernyawa.
Heheeee...

Macam mana nak hilangkan rasa bosan yang melanda? Apatah lagi Cik Dinding pun dah tak nak layan kita.

BA : Suka template dia..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Al kisahnya , ada4 orang nelayan dok melepak kat kedai kopi .. kira cuti umum la ni ... hehe

Nelayan A : Eh , tangkapan korang minggu ni banyak tak ?

Nelayan B : Aku guna bom buatan sendiri .. hahaa..banyak gak dapat ... pastu aku jual je kat pasar.. bukan ada orang tau ...masyuk wehhh ...

Nelayan C : Aku lak guna tuba... ngan anak anak katak semua mati.. hahaha.. pedulik la...cepat dan pantas .. tak yah susah susah .. cuma pakai je topeng ..bukan orang kenal .. hehe..

Nelayan D : Hurm .. aku guna pancing je..dapat la sekor sekor.. cukup la untuk anak beranak makan ... Ko lak A ?

Nelayan A : Aku menjala jer ... Kadang kadang dapat banyak .. kadang kadang skit ... kalau dapat banyak tu , aku bagi la kat jiran jiran ... Diorng lak bagi kat aku sayuran atau ulaman ..ok la kan..tukar tukar... Yang penting , sama sama kenyang ..

Cam biasa... Semua senyum sinis je la bila dengar penjelasan Nelayan A ...
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Rasulullah s.a.w bersabda :

Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah ( dengan membaca Bismillah ) ketika memasukinya dan ketika ingin makan , berkatalah syaitan ( kepada golongannya ) :

" Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam "

Sebaliknya apabila seseorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya , berkatalah syaitan ( kepada golongannya ) :

" Kalian telah mendapat tempat bermalam "

Apabila seseorang tidak mengingati Allah ketika makan , berkatalah ( syaitan kepada golongannya ) :

" Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam " - hadis riwayat Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :

" Dan kuncilah pintu pintu kalian dan sebutlah nama Allah ( dengan membaca Bismillah ) kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu pintu yang dikunci ( dengan menyebut nama Allah ) . Ikatlah kantong kantong air kalian dan sebutlah nama Allah , tutuplah bekas bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah , walaupun ( tutupan ) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu lampu pelita kalian " - hadis riwayat Muslim

Jika syaitan berjaya memasuki rumah untuk bermalam , syaitan akan bermalam dalam hidung para penghuni rumah tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda :

" Apabila seseorang kalian bangun dari tidurnya dan berwudhu' , maka ( sedutlah air ke dalam hidungnya dan ) hembuslah air itu keluar sebanyak tiga kali sesungguhnya syaitan bermalam di lubang hidung kalian . " - hadis riwayat al-Bukhari .

Dari buku 7 Tipu daya syaitan ke atas umat Islam . Tulisan Hafiz Firdaus Abdullah .

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Hahaha.. aku nak syorkan kat penganjur nanti suh tukar nama ... MR KILANG PARADE ... hahaa...punya laaa sedap nama dah , diubahnya ... hahaha....

Aku tau si pengoogle tu tersalah tulis tu ...tapi masa memula tengok tu , tergelak gak la... Mmg keyword dlm bulan ni tinggi dengan MR KLANG PARADE 2010 dan Benci Bilang Cinta ..

BA : kena pantas cari isu ...
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : PABILA NOZEL MULA MENARI NARI


Antara entrinya yang menarik :

entri kali ni masukkan gmbr choc moist cake order dr my best fren masa zaman muda2 kt matrikulasi dl...tp skrg pn still muda lg..heheheh..igt lg dl, kami 4 org..zue zura zira n zida..bes x nama ktorg?suma start ngan Z..heheh..kemana saja berempat..g kuliah, blk kuliah, mkn, n mcm2 lg la...sgt bes saat itu..rasa macam nak kembali ke zaman tu. Tapi, xmungkin la kan..hidup kena diteruskan.moving forward...tul ke?hehehe..

So, kek berwarna biru muda (my peberet kaler) ni dibuat utk zue..nak bg utk besday mak n adik dia..n tringin nk makan krim byk2 katanya...sbb tu la letak bunga byk2..sampai melimpah ruah bunga dia...hehe..hope u enjoy it zue..n dia request any design..n i come out with this...




kasi edit la skit...hehehe

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Al -kisahnya

Di sebuah kampung .. ada seorang lelaki yang boleh dikatakan kayanya suam suam kuku jer namun tidaklah dia bongkak walaupun kelihatan gitu ..

Satu hari , dia menyatakan niat dia pada orang kampung untuk memasarkan semua produk produk yang dibuat di situ ke bandar dan juga negeri negeri lain ..

Orang kampung pun gembira mendengar cadangannya itu tetapi ada juga yang memandang dengan sinis .. Seolah tidak akan laris ..

Berkat kebijaksaan dia membuat strategi , bisnis dia mula kencang.. Begitu juga nasib penduduk kampung disitu .. Walaupun tidaklah kaya namun pendapatan mereka bertambah baik berbanding dahulu ..

Syaitan mula menghasut .. Dengan mengatakan kenapa perlu membiarkan dia memasarkan produk produk orang kampung sedangkan mereka boleh melakukannya sendiri ..

Akhirnya kampung tersebut berpecah belah ..

Namun lelaki tadi meneruskan perjuangannya dengan memasarkan produk produk yang baru di kampung lain ... Apakah terjadi dengan orang kampungnya itu ? Adakah mereka akan kembali seperti dulu atau bertambah senang ? Adakah si dalang tadi membantu mereka dengan memasarkan produk mereka itu ?

Si dalang hanya ketawa gembira kerana usaha memecah belah kampung tersebut berjaya .. Yang penting perasaan dengkinya itu berjaya dilaksanakan !

Lelaki tadi pula bagaimana ? Walaupun terpaksa keluar dari kampungnya namun dia masih meneruskan hasratnya membantu masyarakat lain .. Baginya , " biarlah sama sama kenyang " ..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w :

" Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kanannya "

Syaitan makan apa apa yang dibiarkan oleh kita, sama ada yang masih tersisa di pinggan atau apa saja yang terjatuh darinya.

Oleh kerana itulah Rasulullah s.a.w menyuruh kita menghabiskan semua makanan dan mengutip apa yang terjauh darinya. Tindakan ini bukan saja mengelak makanan tersebut daripada diambil oleh syaitan tetapi untuk kita memperoleh keberkatan yang sepenuhnya dari makanan tersebut .

Anas bin Malik r.a berkata : Apabila Rasulullah s.a.w makan , baginda akan menjilat jari jarinya tiga kali.

Anas berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

" Jika sesuatu makanan sesorang kalian jatuh , hendaklah ( dia mengambilnya) dan membersihkan apa apa kotoran yang melekat padanya lalu memakannya. Janganlah meninggalkan untuk syaitan. "

Anas melanjutkan : " Rasulullah juga menyuruh kami menghabiskan apa apa sisa makanan. "

Baginda berpesan : " Ini kerana kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan. "

Untuk mengelakkan apa apa makanan dari tersisa , hendaklah kita sejak awal menyukat jumlah makanan yang diletakkan ke dalam pinggan . Ambil sekadar yg perlu tanpa berlebih-lebihan. Syaitan akan menghasut kita untuk mengambil secara berlebihan kerana berlebihan adalah satu cara bentuk pembaziran dan hubungan antara orang yang membazir dengan syaitan adalah :

Sesungguhnya orang orang yang membazir itu adalah saudara saudara syaitan : al - Isra' 17:27

Selain itu , syaitan minum sambil berdiri . Pada satu ketika Rasulullah s.a.w melihat seorang yang minum sambil berdiri .Baginda menegur : " Jangan begitu ! " . Orang itu bertanya. "Mengapa ? " Rasulullah menjawab : " Adakah kamu suka minum bersama kucing ? " . Orang itu menjawab " Tidak . "

Rasulullah s.a.w meneruskan :

Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk darinya , iaitu syaitan .


Dari buku 7 TIPU DAYA SYAITAN KE ATAS UMAT ISLAM . Tulisan Hafiz Firdaus Abdullah ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : MEMOIRS OF ..

Antara entrinya yang menarik ialah :

Ni je yang dapat diselamatkan ... apa ni.... ni la door gift untuk tetamu yang datang masa kenduri joint venture yang Rin wat kat kampung last wiken.... Rin wat 300 pcs bear choc.... dan rasanya habis dgn sekelip mata saja.... huhu... ramai yang xmerasa.... kenapa... sebab tukang bagi choc xberapa boleh nak harap... ye la... sambil bagi orang sambil bedal skali choc tu... and bila kengkawan dia leh lak bg lebih siap masuk dalam poket la... apa la.... mmg la xcukup... sepatutnya sorang dapat satu jer... walaupun anak dia ada 5 org kat umah... xkira laa... deme xdtg... kalau cenggitu... wat 1000pcs pun xcukup....huhu...
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Satu petang yang indah di sebuah taman perumahan sekitar Kuala Lumpur ..

Isteri : Bang , cuba tengok jiran sebelah kita ni .. tiap tiap malam diorng kuar makan kat restoran mahal mahal .. best kan ?

Suami : Mana awak tau ?

Isteri : Heheh... isteri dia cerita kat saya .. sbb tu saya tau ..

Suami : Awak tak g berbual ke ngan jiran sebelah kita satu lagi tu ?

Isteri : Tidak pula .. kenapa ?

Suami : Saya ada berbual dengan suaminya .. Mereka ari ari makan nasi dengan telur kicap . Namun tetap bersyukur di sebabkan mereka tak perlu meminta sedekah di tepi jalan untuk mencari sesuap nasi ...

Isteri : Erk..
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : LOVE TO 5S


Antara entrinya yang menarik ,

KENAPA SAYA MEMILIH LOVE TO 5S?
eh, bukan ke 5S to acronym for seiri, seiso, shitsuke, se se apa lagi tu...japanese language..term for housekeeping...nape ye saya suka benda ni..

hmm, actually, saya memang terpikat dengan Mr 5S ni sudah lama...malah, saya telah study details tentangnya..
hehe...bukan study apapun..study nak buat thesis masa undergraduate dulu je...

actually, 5S ni kalu ikut asalnya memang merujuk kepada housekeeping activity...
namun, zaman by zaman...5S ini telah didefinisikan dalam pelbagai bentuk...
saya tak terkecuali ingin mengabadikan 5S ini dalam dunia fantasi ini...
itulah 5S dalam kamus blog ini..my virtual diary...
Share, see, satisfy, search & of course la sleep...hehe....


Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Soal jodoh dan rezeki adalah hak Allah .. Kita hanya mampu berusaha. Ada yang terlupa , seolah olah segalanya sudah pasti .. Mereka terlupa , dunia ini hanyalah pinjaman .. Segalanya adalah pinjaman .. DIA boleh menarik kembali pada bila bila masa ..

Sikap riak dan takbur hanya akan menghancurkan diri . Amat penting bagi kita senantiasa merendah diri dan selalu mengucapkan Alhamdulillah ..

Percayalah , segalanya berlaku ada sebabnya. Hanya DIA MAHA MENGETAHUI.

BA : Ditarik sebelah sini dan diberi di sebelah sana... Alhamdulillah..
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes