BEN ASHAARI



 

TOKYO: Domino's Pizza di Jepun menawarkan gaji AS$31,000 (RM99,200) sejam bagi seorang pemohon bertuah diambil bekerja dengan syarikat berkenaan pada bulan Disember depan sempena ulang tahun ke-25 pelancarannya di negara Matahari Terbit itu.

Jurucakap syarikat itu berkata, mereka yang berminat perlu menghantar permohonan selewat-lewatnya 10 November, mesti berusia lebih 18 tahun dan orang yang berjaya akan diberi pakaian seragam percuma.

Upah bagi kerja separuh masa di Jepun secara puratanya adalah 1,000 yen (RM40). – Reuters ( BHARIAN )

image Iklan - AKADEMI KECANTIKAN RED GLOW

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

image

Penah masuk sini ? Rasanya umur Kelab Blogger - Ben Ashaari ni sama umur blog aku .. Jumlah yang terkumpul setakat ni ialah

imageHaaa.. ramai tak ?? Majoritinya adalah blogger sendiri .. Hurm.. kat sini mereka boleh post entri terkini masing masing .. Contoh ..

imageHaa.. dan banyak lagi .. Ini antara platform yang aku buat khas untuk mereka memperkenalkan diri dalam dunia blog .. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang baru lagi dalam arena blogging ini sebelum popular.. hehe.. dah popular , tak main dah sini.. ;)

Ok.. kalau berminat nak mencuba .. silakan..tak perlu bayar tiket.. hehe.. > KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

BACHOK: Seorang kanak-kanak, Siti Nor Ikma Mohd Rosli, 12,
dari Kampung Kubur Tok Din, Repet di sini ditemui mati lemas dalam tali air berhampiran rumahnya dalam kejadian petang semalam di kampung itu.

image IKLAN - Shawls dari EQCLOSET

 

Pemangku Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Malek Che Omar, berkata Siti Nor dipercayai bermain seorang diri dan terjatuh ke dalam tali air

berkenaan ketika kejadian yang berlaku jam 4 petang.
"Kehilangan beliau disedari oleh anggota keluarganya selepas didapati beliau tiada di rumah dan mengesyaki terjatuh ke dalam tali air berkenaan selepas menjumpai selipar yang dipakainya di atas tebing tali air itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Malek berkata beliau bersama enam anggota melancarkan gerakan mencari sebaik sahaja menerima aduan pukul 6.14 petang dan menjumpainya di dasar tali air itu jam 6.45 petang kira-kira 40 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Beliau berkata mayat Siti Nor yang juga seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum diserahkan kepada anggota keluarga. - BERNAMA

 

-BHARIAN ONLINE-

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Mula mula aku nak bagitau , yang kacau aku semalam tu lipas .. Disbbkan dia , aku sakit kepala sampai skang sbb asik terjaga dari tidur ..

Ok .. berbalik isu komen dalam blog .. Ada sahabat bagi komen tadi bahawa komen komen tu adalah lumrah .. Apa saja kita buat , pastinya akan dikritik .. Di cari la mana sudut kelemahan agar kritikan boleh dilemparkan .. Nak tanya satu soalan .. Yang nak kritik tu bagus sangat ke ? Penulisan dia tu dah tahap Phd ke sampai layak nak mengkritik penulisan orang lain walaupun amatur ?

Bukan aku nak tersentap dengan komen mengarut tu .. Muak dah .. aku pernah kene lagi teruk dari tu cuma aku nak satu je .. Blogger berpendidikan ... Jangan nanti orang kata , blogger ni takde keje lain , asik nak bergaduh mengutuk mengeji .. Diorg takkan nampak yang elok elok para blogger buat.. Yang diorng nk tengok ialah negatifnya dunia blogger ni.. 

Aku tau ramai sangat nak komen negatif kat blog aku ni .. Yo helloooooooo... aku ni sapa ? Artis ? Korang tengok aku kat tv ke ? Aku dapat bayaran juta juta ke ? Atau aku ada sebarang jawatan dalam parlimen ? Kalau takde , yang beria nak kondem aku ni nape ?  Meluat tengok blog aku atau orang dok cerita pasal aku ?? Tutup je la browser tu .. Aku yakin , kalau takat aku ni pon dah meluat , apatah lagi blogger blogger lain ..

Tolonglah .. buang hitam dalam hati tu .. dunia blog ni kecik je walaupun jumlahnya besar .. Kalau ada yang kata blogger ni nak kejar glamer , maaf la.. aku tak berminat .. Kalau aku berminat sangat , banyak dah gathering aku pergi .. Tapi ada aku pergi ??

Mudah je bagi aku.. aku berblog sebab aku tau dari blog boleh dapat pendapatan sampingan ( tak perlu buat kerja part time luar rumah lepas kerja )  dan juga tempat aku nak bercerita apa saja .. Kalau tak suka dengan cerita aku , pangkah jer .. kasi tutup itu browser ..

Aku yakin blogger blogger di luar sana pon sama gak .. Nak kritik , silakan .. Tapi bagi fakta dan dalil ! Bukan ikut bisikan syaitan tu .. Sebelum nak kritik tu gak , cuba belek diri tu sendiri .. Dah cukup bagus nak kritik orang lain ? Betul sangatkah diri tu ?  ;)

Bukan marah laaa... bosan ... setahun dah dalam dunia blogging.. asyik perkara sama je berlaku .. Jangan kata , ala manusia.. ada ok ada tidak .. kalau kita asik berpegang dengan pepatah tu , jawapnya sampai bila dunia kita ni takkan aman .. jgn kata dunia , malaysia pon cukup lah .. erk.. tak payah taman , kawasan perumahan kita pon cukuplah ..

Aku tak tau orang lain tapi aku nak 'kawasan' aku ni harmoni .. Orang datang dan pergi dengan senyuman .. Aku bukan kenakan tiket atau aku tak suruh ' SILALAH KLIK NUFFNANG SAYA'  bila masuk blog aku ni .. Tak nak baca , dipersilakan pangkah .. Suka baca , terima kasih ! Datanglah lagi ..  Mudah bukan ?? Ada banyak lagi blog untuk dibaca .. carilah yang berkenan di hati...

Semoga Allah merahmati kita semua ...

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

Semalam ada la sahabat blogger singgah kat blog aku pastu memberi komen yang mewakilkan pendiriannya.. Ok la tu .. Terima kasih kerana sudi singgah yer ..

Seperti biasa , aku mesti balas semula kunjungannya dengan melawat blognya semula .. Hurm ... Newbie rupanya.. Baru ada satu entri tapi dah pandai memberi komen membina pada blog yang lebih senior dari dia ..

Sikap blogwalking tu bagus dah .. Cuma jagalah bahasa bila memberi komen .. Bukan nak diminta dipuji.. Tak berminat pun dan menagih pon kata kata pujian dan juga cacian .. Kalau tak suka , bagitau dengan cara elok .. Bukan apa , tulisan kita sendiri pon belum tentu bagus tapi dah mandai nak kutuk tulisan orang lain ..

Cuma , lain kali bacalah entri dengan betul betul .. Sebabnya ada blogger tak boleh cerita direct lalu digunakan kiasan .. Kena tau bab ni .. Bukan semua orang boleh bercerita dengan bebas sbb ada mata yang memandang ..

Alhamdulillah , ada pembaca / blogger faham entri aku tu .. Tersengih aku sbb sampai juga maksud aku  tu .. Yelah , blogger cam aku ni mana boleh cerita terus terang ... Kang .. haaa... aku gak susah .. Nak sampaikan perasaan di hati , tak boleh .. dah tu camana ? Takkan nk pendam n cerita dengan jiran sebelah je kan ?

Buat blogger baru baru , satu je pesan aku .... kalau tak tau apa resepi masakan blogger lain , makan je masakan tu .. pastinya ada 'ramuan' istimewa dalam tu ... jgn tengok hiasan luar jer...Kalau rasa was was , buang terus ... tak perlu nak panggil tukang masak tu lalu nak maki hamun .. OKeh ? Belajar belajar memberi komen dengan penuh kebijaksaan .. Jangan bagi nampak kebodohan diri kita sendiri ..

Ops.. terlebih sudah pagi pagi ni .. Salam ... hehehe.. Bukan marah .. nasihat pon bukann.. tegur pon tidak .. Sekadar memberitahu .. Nak ikut , silakan.. Tak nak pon , silakan.. tiada paksaan ..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Adoi... dok baekkk punya mimpi tadi !! Sekali dia boleh mai menyelit kat tengah tengah mimpi aku tu !! Tensen betul laaaa... aku cukup pantang kalau dia main main ngan aku !

Aku bangun terus .. bukak lampu ! Aku mencari ... cari dan terus mencari ...  Jumpa !! huh... pandai ko menyorok yer ... tapi ko silap ! Ko telah membangkitkan sang rimau yang sedang beradu !!!

Mana ridsect ??? Manaaaa.... biar ko mati dengan penuh kekejaman ... sapa suh ko ganggu aku ??? biasanya aku kasi korang mandi dengan air sabun tapi  disebabkan ko berani menganggu tidur ku ini , maka selayaknya ko mati dengan sesak nafas !!!

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Dalam dok send entri tadi tau tau , tau tau  ada dua komen yang masuk ... cukup cukup 26,666 komen .. tapi sapa yang bertuah tu ??

image

Korang rasa sapa yang dapat eh ?? Adakah NUR SYAFIQAH ? Atau f33z-HAFIZAH-cucutokaji ? Erk.. apa punya nama daa ?? hahaha.. Dan ada orang cuba main tipu.. ahahaha .. sapa yang cuba main tipu tu ?? Hahaha.. si Shara Bunga.. ooo .. tipu yer ...

Jawapanyaa ialah ?????? Kita bagi blogger baru laa... bagi can la kat dia lak no.. heehhe  ....

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

image

Aku dok tunggu sapa laaa yang dapat no 26,666 tuuuu .. hehehe ... angka yang yang jarang nak sampai .. nak dapat 66666 tu tah bila lagi .. tunggu lagi dua jeee komen .. sapa ehh ???

Ada hadiah ke ???  Entah .. lalalala .... Korang tak ngantuk ke ? Kalau blog ada buff tak pe la .. buat satu dua entri lagi baru tidur .. dapat gak $$ sbb ada buff ..cam aku ni , haprak .. Nuffnang tak sayang aku dah .. aku tak tau nape dah .. tak pe la.. aku bawah diri je la nanti .. Nak ke mana pulak eh .. Mangga ??? Best ke ? Ke Innity ? Hurmm.. tak pe la.. biarlah aku setia je ngan Nuff walau pun dia membenci aku ...

Beginilaaaah nasibbb diriku yang malaaaangggg.. Oh Tuhaaannn ..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Waaaaaa.. tackle la saya .. tackle la saya .. saya laki orang .. hahahah...  jangan .. ramai lagi bujang kat luar tu haa.. MAT GEBU tuuu .. single lagi bermutu ! Terbaik dari ladang Sedenak tuuu .. Kalau dapat dia , sah sah tak de masalah kalau bini dia berpantang .. leh hidup punya walau di campak kat hutan amazon.. Sah sah piranna masak 3 rasa punya !! hahahah.. guwauuuuuu...

Ada sahabat blogger mintak pendapat aku sebagai lelaki ( ni pendapat aku je yer ) berkaitan anak dara yang suka kacau laki orang ni ... huhu.. Kalau tanya aku.. sah sah .. no komeennn .. silakan laaa.. Ada 3 lagi kosong neehhh .. hahaha.. Jangan cari pasaaalll .. hahaha ..

Lelaki yang dah berkawin atau bahasa manisnya LAKI ORANG ni dikatakan lebih matang berbanding lelaki bujang .. yeker wahai anak dara sekalian ? Mak dara diam yer .. hahahaha ... Sila jawab...

Sebenarnya tak pon... sama je kes dengan bini orang .. Bini orang lepas kawin lagi nampak matang serta seksi berbanding dengan anak dara .. Kedua dua ni sama jer ... HASIL SENI SYAITAN YANG MAHU MENYESATKAN ANAK CUCU ADAM !

Kematangan lelaki bukan berdasarkan perkahwinan.. Ada lelaki yang dah kawin makin kebudakan .. Takde maknanya.... Kematangan lelaki tu berdasarkan faktor persekitaran .. Apa jua yang dia buat , masalah yang dihadapi , cara menyelesaikan masalah , pergaulan , komunikasi dan banyak lagi yang pastinya membantu lelaki bertambah matang ..

Kesimpulannya , anak dara yang gatal nak tackle laki orang ni bukan sebab faktor $$ , matang , kacak , atau apa juga alasan tapi sebenarnya kerja syaitan.. Teringin dia nak tengok anak cucu Adam ni huru hara .. Wahai anak dara sekalian , mahukah anda bersahabat dengan syaitan syaitan tersebut ???

image IKLAN - CARA TERBAIK MENAMBAHKAN PENDAPATAN SEBAGAI USAHAWAN KECIL .. UNTUK LEBIH LANJUT > KSW

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Apa kes  ? Asas untuk menulis adalah membaca .. Asas untuk membaca adalah menulis .. Dua dua saling berkait rapat .. tapi boleh dipisahkan..cuma wujud kekurangannya ..

Gini .. ni satu nasihat aku buat mereka yang baru nak belajar menulis .. Sungguh pon belajar tinggi melangit ingatlah satu , ada antara mereka yang terlebih dahulu makan garam .. Maka lihatlah ke bumi ... belajar dengan menyentuh tanah sebelum beria nak mengapai awan !

Mungkin ada idea yang bagus .. mungkin ada cerita yang bagus .. mungkin ada isu yang bagus .. tapi kalau belum pandai menari mengikut irama , jangan memandai mandai nak membodohkan penari lain ..

Satu lagi nasihat aku .. kalau baru nak berkuku , tak payah la nak mengaum takutkan arnab ... Silap silap arnab tu menanjingkan balik .. Faham ?

Dan akhir sekali ... belajar hormat orang lain kalau nak berjaya .. Hormat bukan menyanjung .. cuma kena tau mana abang mana adik ..  Kalau itu pon tak reti , patahkan je pensil tu .. g layan FARMVILLE ...

 

image IKLAN  - TERBARU DARI AYUCINTA

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Gamaknya apa yang orang kampung tulis eh bila membelog ?? Orang kampung yang betul betul kat kampung tu.. tamo ada taman taman ni .. asli punya kampung .. Mesti best kan ? cantik jeee.. pagi pagi nyaman ... petang petang meriah .. huhu...

Sebenarnya aku diseru oleh blogger ni untuk singgah ke blognya .. Orang dah jemput , kita pon datang la kan ... En. Kamarul , blogger yang berasal dari Terengganu tetapi meneruskan pengajiannya di Sabah .. Merantau gitu .. walaah.. Bila laaa aku nak g Sabah ni.. Nak lepak sekali lagi kat Kundasang .. Penah g sekali je dulu .. huhu..

Ok la En. Kamarul , saya singgah ni .. nak ajak kawan kawan lain ikut sama kot kot nak berkenalan dengan En.Kamarul kita ni kan .. Saja menambahkan lagi kawan kawan yang sedia ada ..

OK geng.. aku nak g sana jap.. sapa nak itot ?? Mai ... Sat sat.. Kamarul oiii.. awat laaa hang guna gambar header lama aku tu... huk huk.. dah tinggal kenangan tuuuuuuuuuu... huhu.. cedeyyy.. hehe..

Klik ... APABILA ORANG KAMPUNG MEMBELOG

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

image

Tengah sedap makan yong tau foo tiba tiba kuar berita pasal politik ... Huk aloh ... terus mual perut aku ... Muntah ? Tuuu ..gambar tuuuuu .. dah cukup mengambarkan segalanya .. huk huk .... Nak pancing undi , gunakanlah kejujuran ... bukan menegakkan benang yang basah... aisey ... boring arrr...

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Ingat lagi tak entri aku berkaitan dengan tugas blogger ? Hurm... walaupun aku ni sekadar melepaskan entri entri biasa di blog aku ni namun dalam diam ada insan insan meminta pendapat dari aku .. Bukanlah nak kata pendapat aku ni bagus tapi mereka yg minta pendapat aku ni dah lama mengikuti perkembangan blog aku dari mula ..

Hurm .. baru baru ini aku dapat mail di FACEBOOK .. Aku terkedu membacanya .. Dan aku harapkan ianya sekadar gurauan semata mata .. Tapi bagaimanakah jika ianya betul ?

Ingin aku paparkan di sini tapi aku rasa seperti tidak amanah pulak sbb dia mintak pandangan aku atau aku rasa dia lebih nak meluahkan perasaannya .. 

Manusia .. tidak lari dari masalah .. cuma ada yang membantu dan ada yang cuma memandang .. Paling keji jika turut menambahkan lagi masalah dengan mengutuknya lagi .. Bukan tak de jenis ni.. ada .. ramai ....

Ingin sekali aku berkongsi dengan rakan rakan lain dan meminta pandangan mereka memandangkan pembaca blog aku ni terdiri dari pelbagai pemikiran ..

Tapi aku belum dapat lagi kebenaran dari dia.. InsyaAllah.. dia kata dia akan mengirimkan ceritanya .. Apa pun buat rakan kita tu , bersabarlah .. tiada jalan mudah untuk mengharungi hidup ini .. Yang nampak mudah pon sebenarnya perit !

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

image

"Weh !! Apahal ni ?? Yang kau pukul aku nape ?? "

" Mana ada pukul kau.. kau yang pukul aku dulu ! "

" Bila aku pukul kau ??? "

" Hari tu laaa .. "

" Ada bukti ??? Wah.. kau buat boleh ?? Aku tak boleh ??? "

" Mana boleh kau buat .. kau tu sapa ?? Aku ni sapa ? "

" Apahal lak !!! Tak kira .. aku nak buat gak !! "

" Ok ok.. kira serah pada pihak berkuasa ! "

" Hekler ... bukan ke yang berkuasa tu kau gak ?? "

" Ye tak ye gak kan ? Kalau gitu , automatik kau bersalah je la... tak yah  citer banyak .. Jom..balai cerita "

" Tah hapa hapa tah "

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Pendedahan mengenai ‘konspirasi syaitan’ antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin panas apabila strategi halus parti itu untuk menguasai Kerajaan Persekutuan pula ‘dilondehkan’ oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar).

Beliau yang juga bekas wakil rakyat PKR mendakwa, dalam usaha untuk memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri diisi oleh DAP tanpa sebarang bantahan oleh masyarakat bumiputera, parti tersebut akan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi Parlimen.

Jelasnya, strategi itu selaras dengan janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melantik pemimpin Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan tetapi ia akan dilakukan secara halus.

“DAP akan meletakkan seorang dua calon Melayu sebagai ‘badut’ untuk bertanding di kerusi Parlimen yang selamat dan jika pembangkang menang pilihan raya umum, langkah sementara adalah melantik ‘badut’ tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memenuhi kuota DAP.

“Kedudukan ini akan berterusan sehingga suasana politik tenang dan stabil. DAP akan menunggu sehingga mereka benar-benar mencengkam Kerajaan Persekutuan dan selepas itu barulah Penasihat DAP, Lim Kit Siang ‘ditabal’ sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Semua ini taktik licik kerana mereka tahu orang Melayu tidak akan boleh menerima Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau antara cauvinis paling teruk yang pernah disaksikan dalam sejarah negara,” dakwanya.

Beliau membuat dakwaan terbaru itu dalam entri terkini bertajuk Konspirasi Syaitan II di dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com, hari ini, sebagai susulan kepada pendedahan awal yang dibuat semasa membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat minggu lalu.

Sebelum ini, Zulkifli mendakwa, wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara DAP dengan PKR yang tidak diketahui Pas bagi membolehkan parti tersebut memiliki autonomi ke atas Pulau Pinang selain dilantik sebagai menteri besar di negeri-negeri yang dimenangi.

Pendedahan itu kemudian dikukuhkan lagi dengan pengakuan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, yang percaya dalang utama di sebalik konspirasi tersebut adalah Anwar, memandangkan Ketua Umum PKR itu pernah menasihat agar tidak diberikan ruang kepada Pas.

Mengulas lanjut, beliau menambah, bagi memenangi hati bumiputera, DAP akan melaksanakan kempen kononnya parti itu menghormati orang Melayu selaku penduduk asal negara ini apabila memilih kaum majoriti itu sebagai calon untuk bertanding di bawah bendera parti berkenaan.

Katanya, langkah tersebut disusuli pula dengan sokongan kelompok ‘Anwarinas’ dalam Pas yang gah mendabik dada kononnya, inilah bukti DAP mengiktiraf Islam selaras dengan slogan ‘kepimpinan khalifah’ seperti yang dilaung-laungkan sekarang.

“Apa yang Pas tidak tahu adalah kepimpinan DAP dan PKR sebenarnya sedang bermain sandiwara dan silap mata bagi membuktikan parti itu bukan cauvinis atau rasis, kelak nanti akan terbongkar tembelang mereka dan masa itu barulah golongan badut ini akan ternganga,” ujarnya.

Pada masa sama, Zulkifli mendakwa, calon Melayu juga akan diletakkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang selain negeri-negeri pantai barat bagi membolehkan calon tersebut dilantik sebagai exco yang menjaga hal-ehwal Islam.

Ini kerana jelas beliau, DAP tidak mahu jawatan exco tersebut yang berkuasa ke atas Majlis Hal Ehwal Islam, terlepas ke tangan wakil rakyat daripada parti lain memandangkan majlis itu mempunyai simpanan harta dan tanah wakaf bernilai ratusan juta di Pulau Pinang.

-UTUSAN MALAYSIA-

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

imageShawl revolusi yg sangat cun...boleh pakai ala² yuna style...
jum shopping²...


Material : 100% cotton..(mcm baJu pagoda tuh..heeeheh...)
didatangkan dgn rambu² kat hujung shawl tuh...sgt style.. lanjut hanya di ISLAMICO PARADISE

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

image image

Konfius.. mana satu ni ?

(Mr.Frecky ,thanks bro.. terlupa lak ada mata memandang..haha)

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

MEKAH: Kira-kira 90 peratus daripada 26,000 jemaah haji Malaysia yang memilih mengerjakan ibadah haji Tamattuk pada musim haji ini dikehendaki membayar dam mengikut syarat-syaratnya.

Pengurus Besar (Bimbingan) Lembaga Tabung Haji (TH), Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, dam yang wajib dibayar itu ialah dengan menyembelih seekor kambing atau satu pertujuh bahagian seekor lembu.

"Jemaah haji boleh memilih dengan membayar sebanyak 350 Saudi Riyal (SR) untuk seekor kambing iaitu mengikut harga pasaran, bagi seorang.

TH cuma memberikan perkhidmatan yang boleh diwakilkan kepadanya mengikut Ju'alah (wakil yang dilantik)," kata Tengku Aziz kepada pasukan media TH yang membuat liputan Musim Haji 1431 Hijrah.

Beliau berkata, TH menawarkan perkhidmatan bayaran dam di kaunter kewangannya di Mekah dengan memotong dari akaun simpanan atau membayar tunai bagi memudahkan jemaah haji tidak perlu bersusah payah menguruskannya sendiri.

Sebenarnya ada lima kategori jemaah yang mengerjakan haji Tamattuk tetapi tidak dikenakan dam. Antaranya ialah mereka yang mengerjakan umrah dalam musim haji dan dia keluar dua marhalah (91 km) dari Tanah Haram atau lebih untuk berniat haji dan kemudian masuk semula ke Mekah untuk menunaikan haji," katanya.

Menurut Tengku Aziz, jemaah haji tidak dipaksa mewakilkannya kepada TH dan boleh menguruskannya sendiri kerana perkhidmatan tambahan ini disediakan bagi membantu mereka yang sukar mencari kambing dan menyembelihnya.

Haji Tamattuk ialah jemaah haji yang menunaikan umrah dahulu dalam bulan haji dan kemudian mengerjakan haji pada tahun hijrah yang sama. Haji Qiran, jemaah haji mengerjakan umrah dan haji secara serentak dan mereka dikenakan dam.

Kira-kira 10 peratus lagi jemaah Malaysia yang mengerjakan Haji Ifrad iaitu menunaikan ibadah haji dahulu dan mengerjakan umrah kemudian tidak perlu membayar dam, kata Tengku Aziz.

Menurut beliau, lazimnya pelaksanaan dam dijalankan selepas tamat musim haji oleh pejabat Konsul Haji Malaysia di Jeddah dan daging akan diagihkan kepada fakir miskin di Mekah.

"Saya harap jemaah akan mewakilkan pembayaran dam kepada TH supaya mereka dapat mengerjakan ibadah dengan tenang. InsyaAllah kami akan melaksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya," kata Tengku Aziz.-Bernama

 

-BHARIAN ONLINE-

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Atas permintaan seorang sahabat pembaca , maka aku letak blog archive buat sementara.. kot sapa sapa nk godek , silakanlah yer ..

image

Haaa.. aku letak bawah gambar ni haa... Amaran !! Jangan terkejut yer ..  sbb apa ? tu korang kena tengok sendiri ..

Cuma nasihat aku la kan .. jgn la g klik sbb hang nanti pc korang tu .. berjela jela ke bawah .. hehe..

Jumlah entri aku termasuk yang aku amik dari hak milik berita atau artikal agama ada la dalam 4021 entri.. Kalau nak di tolak copy paste tu , adalah dalam 3000 lebih la hak aku .. Haaa.. ok la tu kan ?

Cuba tengok November 2010 .. baru 2 hari tapi dah 22 entri !!! Apa kes ??? hahahahha

Amacam ? Berbaloi tak usaha keras aku selama ni ? Mungkin ada yang geleng kepala bila tengok entri sebanyak tu dan ada yang kata 'giler ke apa ' .. Gila la kot .. Gila tapi berbaloi.. hehhehe..

Ok.. selamat meneroka.. aku bg 24 jam je godek godek.. Bukan pe, semak aku tengok kat situ .. hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Aku pening.. tercari cari kat mana laaaa aku nak komen.. Maaf la yer ..saya ni buta IT dan segalanyalah buta bila berkaitan dengan dunia blog ni.. Almaklumlah , newbie yang dok merangkak ..

Aku saja la blograngkak  dari satu follower ke follower aku .. singgah laaa kat blog ni .. Aku baca entri dia .. Dari atas sampai ke bawah , terpinga pinga aku .. kat mana tajuk dia ? Camana aku nak komen ? camana aku nak follow dia balik dan paling best , takde nuff eh ?

Hahaha.. cute giler blog ni .. bagi aku la.. bagi korang tak tau la.. tak suruh pon kata cute .. tapi kalau cute gak bagi korang , bermakna aku tak gile lagi la .. hehe..

Tak pe tak pe.. korang g nilai sendiri ek.. jom.. sini sini ...

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Badan cam anak dinasour ni boleh dia panggil aku 'cute' ??? Hahahaha... Apara ....

image

Ari tu aku buat entri bagaimana mak dara orang dalam FB ni menjadi sasaran lelaki gatai miang ... Huh.. Sian kan ? Nasib baik tak layan dia tu.. kalau ada yang layan , aku tak tau nak kata apa lah ... pandai jawab sendiri la nanti yer ..

Tapi kan , jangan ingat bini orang je kena ngorat .. haaa.. laki orang pon kena ngorat gak wooo .. Kalau ngan anak dara atau mak dara tu , lain kes ar ... tapi kalau dengan sama jenis , camana ? Berapa kali korang nak muntah darah tu ??

Adeh .. bawak mengucap la wahai saudaraku .. Tu haa.. ramai perempuan tu ada ..cun cun lagi zaman skang ... Nasib baik aku 'digari' , kalau tak ??? Haaa.. Rugi la dibiarkan yang awek awek tu berlalu begitu saja .. Berapa ramai yang tak kawin sbb lelaki dh tukar selera ????

Zaman skang ni dah kembali ke zaman jahilliyah .. segalanya tak nak berdasarkan agama tapi berdasarkan logik kepala masing masing .. Allah dah bagi kitab untuk dirujuk , tak nak gak nak ikut .. Kononnya tak mengikuti arus kemodenan .. Adoiyaiii...

Ok.. aku tamo la nak bebel lebih.. nak masuk time makan walaupun aku tak makan ... Bawak bawak la tukar selera tu yer ... Halal lagi suci ! Pastikan nikah dulu yer..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

image

image

Buktinya ... ada yang tak sempat nak bukak newspaper online ni .. maka blog la mainkan peranan ... menyampaikan berita terkini ... kan kan ? Sesekali apa salahnya ...

Blog pon menyampaikan info terkini .. Kalau tak perlu buat ulasan , jgn memandai buat .. kang kena saman.. Ada 60 juta ke ??

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

SHAH ALAM: Keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, memfailkan tuntutan saman gantirugi bernilai RM60 juta terhadap enam individu yang terbabit dalam pembunuhan wanita itu akhir Ogos lalu.

Tuntutan itu difailkan enam anaknya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari Rizuwan, Md Erwan Nasri, Erni Erinawati Sofia, Erni Rineelawati dan Siti Nur Fatimah.

Mereka menamakan enam individu iaitu empat tertuduh kes pembunuhan ibu mereka, bekas peguam, N Pathmanaban, R Kathavarayan, R Mathan dan T Thilaiyagan serta terhadap dua pesalah yang didapati melupuskan mayat Sosilawati serta tiga yang lain, K Sarawanan dan U Suresh.

Peguam Kamarudin Ahmad daripada Tetuan Kamarudin & Partners memfailkan tuntutan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada jam 8.45 pagi tadi.

Beliau yang ditemui selepas itu, berkata jumlah tuntutan itu menjadi RM60 juta daripada cadangan awal RM40 juta sebelum ini, selepas pihaknya dimaklumkan Sosilawati ada membuat perancangan untuk menyenaraikan syarikat kosmetiknya, Kumpulan Nouvelle Visages ke Bursa Malaysia, sebelum usahawan wanita itu dibunuh pada 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun, semua anak-anak Sosilawati tidak hadir atas alasan peribadi.

 

-BHARIAN ONLINE-

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

{Sticky post entri - yang terbaru di bawah entri ini .. harap maklum}

image

Untuk lebih lanjut ... > http://www.suarapeople.com/

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

image

Psst... 'dear' tuuuu ... hahahhaa.. jangan jeles arrr.. Hahaha.. lek ler.. guwau je ar .. Aku kenal Rina sejak dari aku ada FB ... dan aku pon ada sejarah tersendiri dengan Rina ni .. Sila rujuk url yang dalam gambar tu .. Tauuuuuuu dahh.. malas kan nak taip balik kan ... Huh.. nahhh .. amik ni ( link ) ..

Bagus la gini.. dah naik pon masih ingat kawan kawan walaupun sekadar maya je .. Ni ada yang baru keluar suratkhabar , dah poyos ... Huh ! Bosan.. hhahahha.. lantak la.. masing masing punya hal..

Cuma tu la kan.. cam biasa la kan .. pasti akan ada isu timbul selepas apa apa jua pertandingan .. Hurm.. Apa pun terpulang pada mereka sendiri .. Aku rasa masing masing dah boleh fikir dengan waras .. Dah tau mana boleh mana tidak ..

Diharap Rina mampu membawa perubahan buat semua peminat dia .. Semoga tidak hanyut dalam dunia glamour ..

BA : Biar rendah tapi tinggi .. Jangan tinggi tapi rendah sebenarnya

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Hehe... macam biasa .. aku merah lagi.. Nak kata pe dah .. aku tetap salahkan LRT !!!!! Huh .. Esok sah sah aku keluar awal .. Kul berapa ek nak bangun.. 5.30 pagi ?? huwaaaa... ngantuk la jawabnya aku  ..

Tempohari buat kali pertamanya aku bertegur sapa dengan seorang blogger yang mana hari hari kitorang bersua muka tapi tak kenal ! Boleh ?? hahaha.. aparaa...

Aku mula kenal dia di alam maya ini dari entri yang dia buat Kalau dia tak buat entri tu pasti aku tak kenal dia .. hehe.. erk.. Setelah diborak sakankan di KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ( link ) , maka insyaAllah kitorang tak berjanji nak bertemu hari ini tetapi Alhamdulillah , bertemu pon hari ini ..

Bermula dengan dia menegur aku ( aku kalut dok tengok hp jer ) , maka terus la berbual seperti kenal 10 tahun lamanya .. Hehe..bertambah sorang lagi kawan aku di Putrajaya ..

Borak punya borak .. aku bagi la segala rahsia aku mengenai blog padanya sbb aku rasa dia mampu pergi jauh dalam dunia blog ini sekiranya dia mahu ..

Alhamdulillah , aku rasa dia boleh berjaya sbbnya dia seorang yang peramah dan tak segan bertanya .. Yang paling penting , semangatnya untuk meningkatkan taraf hidup ..

Panjang pulak aku bercerita .. Buat bro Ezzu , terima kasih kerana sudi menegur aku tadi dan semoga berjaya ! Aku boleh , kau lagi boleh.. kan ? Ops.. kalau nk jengah blognya , jom .. > sini

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Pagi pagi aku masuk NUFF .. Nak tau keywords apa yg fofular di samping jumlah trafik yang dipungut oleh aku memandangkan aku tak update tengah malam semalam ...

Cuba .. ERROR !!! Biar betul betul ??? Biar betul bendul !!! Cuba dan terus mencuba sehingga berkali kali lamanya .. Adeh .. Namun nasib masih belum menyebelahi aku ... Masih lagi error ..

Haih .. takkan problem lagi kot NUFFNANG .. kena godam kah atau ada staff dia berenti keje ni ?? Tak nak bagi bonus ehh .. hehehe .. pandai pandai je aku buat rumors .. kang ada gak kena pecat .. hehe..

Tak pe.. aku cuba lagi ... ERROR lagi .. Aku tengok la segala kemungkinan yang boleh menyebabkan dia jadi ERROR .. Hah !! Oooooo..... patut laaaaaa ... tak pasal pasal aku salahkan dia .. Maaf yer incik NUFF .. Salah saya laaa... saya taip WWW.NUFFBANG.COM.MY .. Sampai kiamat takkan dapat !

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments


image

Antara contoh produk yang terdapat di blognya ..

image

image

Dan ada banyak lagi.. hanya di ISLAMICO PARADISE

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Aku terperasan seorang sahabat FB aku mengeluarkan statement gini di FB nyer .. Pinjam sat eh ...

" Muka saya mmgla mcm budak 6 tahun... badan saya memangla kecik mcm budak darjah 6.. tapi saya sudah BERKAHWIN...!! Sila jangan ngorat saya secara online ataupun offline.. Dan yang paling penting hati saya sudah BERPUNYA!!! Peace!! "

Ini cumalah contoh status yang mana kawan aku ni dah sah sah tahap tak leh tahan sbb dingorat walaupun terang terang dalam status FB nya tu tertera MARRIED !!!

Tahukah anda sesungguh syaitan suka merosakkan rumahtangga anak cucu Adam ? Kalau dapat runtuhkan , maka tinggilah lagi darjat syaitan dikalangan mereka !! Wahai lelaki lelaki , janganlah kamu samakan darjat kamu dengan syaitan syaitan itu .. Sesungguhnya masih ramai lagi anak dara di luar sana tu untuk dipinang.. Kalau anak anak teruna tak nak pinang anak dara , biarkan saja yang bapak teruna ni pinangkan .. amacam ? hahaha.. guwau laaa...

Kenapa lelaki ( tak kira bujang atau tidak ) suka pada perempuan yg dah kawin ? Lagi dah kawin lagi diorng nak ngorat ? Adakah perempuan yang dah kawin ni lebih menarik dari yang dara tu ??

Sebenarnya tidak langsung ... Semua ini kerana bisikan syaitan ... Mata , nafsu , telinga segalanya ditipu oleh syaitan laknatullah !! Dibisiknya mengatakan yang dah kawin tu lebih mudah digoda .. lebih anggun .. kesepian dan macam macam lagi... Bawak istighfar kawan kawan ... Jangan cari pasal .. Kalau dah gatal sangat nak runtuhkan rumahtangga orang tu cuba fikirkan satu jer .. Di dunia ni , ada akta untuk mereka yang menganggu rumahtangga orang dan di akhirat nanti ada neraka yang menunggu masa untuk membakar mereka yang bakal menghuninya ..

Sama sama kita menghayatinya ... Tamo hujan ke malam ni ?

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Jabatan Meterologi Malaysia meningkatkan Amaran Peringkat Merah berikutan hujan lebat di beberapa kawasan di utara dan pantai timur Semenanjung sejak beberapa hari lepas.

Kawasan terbabit adalah daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli di Kelantan, manakala di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu dan Padang Terap serta di keseluruhan Perlis.

Jabatan itu, menerusi laman webnya, turut mengeluarkan Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning di beberapa daerah termasuk Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik dan Baling di Kedah, serta Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu di Terengganu juga ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat Peringkat Jingga.

Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning diberikan di beberapa kawasan di Kedah termasuk daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta keseluruhan Pulau Pinang.

Hujan dijangka berlanjutan di kesemua daerah sehingga Rabu ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai. - Bernama

-UTUSAN ONLINE-

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Sian penyanyi feveret aku dulu dulu ni .. Dia dipenjara dan didenda RM 4 ribu  kerana didapati bersalah kerana memasukkan dadah ke dalam badan.. Sian dia kan ...

Sayang betul la .. suara dah la unik .. pasal apa leh pilih jalan gitu eh ? Tengok Saleem Iklim , Jamal Abdillah .. semua tu terlibat dengan dadah dulu .. Bayangkan berapa banyak duit dihabiskan untuk membeli barang haram tu ??? Haih... kalau didermakan lagi bagus gitu ..

Berbalik pada Ameng ... aku antara mereka yang suka giler lagu jiwang dia tu .. SEJIWA , BOUGENVILLA , SEPI TANPA CINTA .. iskh..banyak lagi la... nak tulis sini panjang lak nanti ..

Tak pe tak pe.. 2 bulan tu jap je.. harapnya keluar nanti insaf.. bawak bawak bertaubat ye bro Ameng.. kasi nyanyi balik .. kasi tunjuk yang awak tu boleh naik semula.. kasi buang itu dadah jauh jauh .. Yakin boleh bro !!

 

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Maaf yer.. aku pasti ramai yg meluat dgn entri Nuffnang td.. Aku bukan nak tunjuk trafik yg mencanak mengarut tu.. serius..tk menarik langsung sbbnya aku pernah dpt lg menarik dari tu..

Tujuan aku hanya untuk memberitahu ttg masalah teknikal (mungkin) yg berlaku pada Nuffnang memandangkan ramai yg letak Nuff di blognya..

Tak perlu korang nak terasa hati atau nak rasa bengang dengan aku sbb korang boleh dapat semua bila bila masa jer kalau  korang nak ! Masalahnya ada yg tak mahu mencuba sehabis mungkin..

Jangan terlalu bergantung dgn cara klasik...korang kena fikirkan cara lain ..Gunakan kreativiti serta kelebihan korang tu..Aku yakin korang boleh jadi lebih bagus dr mereka yg korang anggap otai..

Aku sendiri masih merangkak..SeTahun jagung lagi aku ni.. Oleh itu, buang perasaan negatif terhadap blogger lain sekiranya ingin maju dgn penuh bergaya ! Tak berbaloi ada 'hitam' dalam hati hanya kerana dunia maya ini. Sepatutnya kita merapatkan lagi persahabatan dan bukannya mencipta musuh ..

Ingat, walaupun 1UV trafik korang tu, korang patut berbangga kerana korang mencarinya dengan usaha sendiri !!! Dengan hasil penulisan yg  korang sendiri .. Maka berbanggalah wahai sahabatku ... berbangga kerana dulu cikgu korang je yang baca karangan korang tu .. skang ?? Ramai woooo ... Tak kira apa pangkat dan jantina , mereka membacanya .. Jadi , perlukah nak ada rasa iri pada mereka yang sememangnya terlebih dahulu bernasib baik ??  Hari ini hari mereka... sapa tau esok lusa korang pulak ? Dan waktu tu kalau ada yang hasad pada korang lak , sapa nak tolong ??

Fikir fikirkan bersama .. hehe.. aku pon kena pk gak .. ;)

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

 

image

Kan kata dah .. tetiba je mencanak canak naik .. betul ke tu ? Cam tak percaya je..

Aku tak rasa aku punya je.. Mat Gebu pun ngadu kat aku tadi.. tak pasal pasal dia punya dah mencecah .. erk.. tu g tanya kat dia sendiri .. kang dia marah lak.. hahaha...

Nuffnang oh nuffnang... tak guna mencanak gini kalau takde BUFF .. kan .. hahaha ... kasi la barang 8-9 buff ke.. baru la leh raya Deepavali sket... heheh..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Aku dah buat banyak dahhhh.... penat jeee.... huwaaaaaaa... tensen ! benci ! geram !!! arghhhhhhhhhhhhhhhhhh... help ! help ! help !!

Lupa nak save.. boleh ?? Baik solat dulu..huhu...

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Peti undi di blog aku menunjukkan BN bukan menjadi pilihan pembaca blog aku .. Mengapa ini terjadi ? Majoriti pembaca blog aku skang ini terdiri dari ... tengok la sendiri tu yer .. diambil dari ALEXA ..

image

Em... BN perlu lakukan sesuatu untuk terus memikat pengundi dikalangan remaja ... heheh...  Mereka ni bijak memilih dah skang wooo..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Wah.. tak pasal pasal gadis banjir  banjar ni mengutuk aku dengan cara terhormat dalam blognya .. Wawawa... Aku pasti ramai tak kenal dia ni sbbnya dia mmg terkenal di kalangan blogger lama jer .. blogger baru tak kenal sangat dia ni sbb dia ni jenis pemalu.. Kalau korang tengok dia jalan kan , sah sah nak buat dia jadi menantu jiran rumah korang tu .. haaa...

Korang kenal tak awek ni ??

image

Dulu kat GENGBLOGGER , blogger panggil dia GADIS BELALANG TERBILANG ... Mmg dia terbilang kat sana wooo ... aku sendiri pon tak leh nak terbilang macam dia .. maka aku jadi DIBILANG dah la yer ..

Ok.. buat mereka nak berkenalan dengan gadis banjaran Himalaya ni , boleh la g jengok dia kat blog dia .. Awas !! Sudah berpunya !!! Sapa yang punya ??? Ahmad Albab yang punya ...

Erk.. Yo MISS KICK , jangan marah aaa ... jom g tengok apa dia ngumpat pasal aku.. huh > GADIS TERBILANG

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Serius.. aku tak sangka.. sampai skang ni aku masih lagi dok tongoh bijik mata aku ni.. Macam tak percaya jer ... Maklumlah ... aku bukannya artis .. apatah lagi bujang .. ada rupa ? Jauh sekali arr !!

Setiap hari , ada je yang add aku .. mmg buat aku terharu je .. Bukan apa , aku bukan jenis blogwalking 100% .. kadang kadang je aku buat gitu terutama bila free yang amaat amat free.. bila BW , barulah aku jadi follower mereka .. tu pon jika blog mereka tidak 'menghang'kan pc aku ... maklumlah , aku kan guna netbook yang mana processor dia cumalah ATOM jer .. dan kadang kadang guna HTC aku ..

image Terima kasihlah yer kerana sudi mengklik  FOLLOW tu .. bagi aku , korang bukanlah peminat atau pembaca setia tetapi rakan rakan yang senantiasa memberi semangat aku agar terus berblog walaupun kadang kadang semangat aku jatuh ke bumi tanpa payung terjun !! hukhuk .. nak ajak datang rumah , jauh kan .. hehe.. tak pe , kita serbu je rumah mat gebu nanti ... hehe.. Raya haji nanti ? Leh buat gathering kat umah dia tu.. hahahhaha.. Amacam mat ? Ada brani ??

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Huhu .. senang eh ? Tulis je apa nak tulis eh ? Nak baca ke tak nak baca ke , lantak la eh ?

Teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttt !!! Salah ! Anda salah !! Memula tu , yer .. blog korang tu dibaca oleh kawan kawan terdekat , adik beradik mahupun jiran sebelah rumah ..

Tapi jangan lupa ... sebaran mengenai blog anda itu berlaku dengan amat pantas sekiranya blog anda mempunyai 'cerita' yang bagus dan menarik !

Oleh itu ... senantiasa berhati hati bila bercerita dan jangan terlalu lantang bila bersuara kerana apa ...

ANDA SENANTIASA  DIPERHATIKAN !!!

 

image

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

Cam blackhawk down lak eh .. hahaha.. sapa sapa yang update tengah malam semalam pastinya akan frust sbb takde kiraan $$ disebabkan berlakunya masalah teknikal .. hehehe..

Kalau tak caya cuba tengok balik analytics korang tu .. tak silap aku dari kul 2 sampai ke kul 5 kot takde kiraan .. kat situ je leh dapat beberapa ratus UV.. rugi rugi.. kan kan ? Hahaha.. tak pe la.. bukan selalu terjadi pon .. kadang kadang jer ..

Aku rasa Nuffnang pon ketat gak muka dia ari ni .. takkan tak bayar domain kot ? hahaha.. guwau yer incik Nuff ... Makan dah keeee ? Kalau belum jemputlah ke rumah Datuk Paduka Mat Gebu Al Buaya Padang Pasirun .. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Serius .. aku makin menyampah dengan pengangkutan awam ni .. bukannya makin bertambah baik tapi makin merosot !

Pertukaran jadual lrt suka suka diorg jer ! Bayangkan kalau dulu , aku boleh sampai opis awal 5 minit tapi sekarang turun turun stesen aku ada 5 minit untuk sampai ke  opis yang mana biasanya pasti mengambil paling cepat pon 15 minit !! Bukannya dekat tu.. dari stesen PWTC ke Menara Dato Onn dan nak naik lif lagi ke tingkat 23 !

Arghh... geram betul aku .. Aku naik ERL jam 7.10 .. sampai ke stesn Tasik Selatan , 7.25 gitu .. Sedang jalan kaki , sebijik LRT dah lepas yang mana aku tau dia pasti lewat sekurangnya 2-3 minit sebelum aku masuk ke stesen LRT .. Kalau dah lepas tu , nak kena tunggu lagi 5 minit .. pastu bila bergerak , LRT pasti akan berhenti di persimpangan CHAN SOW LIN tu .. sekurangnya kat situ pon dah 3-4 minit ! Yang peliknya kenapa kena berenti kat situ ? Kata canggih ???

Takkan aku nak kena keluar awal macam dulu ? Kalau gitu tak de maknanya la aku tukar jadual ??? Haih... Dulu ok jer ?? Nape kebelakangan ni makin teruk ?? Tak pasal pasal dah merah ! Tak sabar aku nak tukar ke Putrajaya !!! 

Tak pe.. buat masa skang , aku tak de pilihan .. samada aku kena kuar awal  atau berlari je kejar LRT yang awal tu .. huh... sah berpeluh nanti ..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Salam dan selamat pagi semua ..

1 Nov dah ... bulan ni akan ada dua hari yang bermakna dalam hidup aku .. apakah itu ? Tu kena tunggu laa... hehe..

Sekejap je masa berlalu... Pejam celik pejam je dah masuk hujung tahun .. Rasanya azam korang dah tercapai ke belum ? Aku ? 50% tercapai dan berpuashati ..

Minggu ni aku ada azam baru .. Sehari satu entri .. boleh ?  Rasanya nak slow down skit bab blog ni .. nak rehatkan pala otak .. rasa rasa korang aku boleh buat ke tak ? Heheh.. Entah ... aku pon tak yakin ..Bak kata orang , kalau dah kaki tu kaki gak ..

Tak kisah la .. janji takde hati yang sakit dengan blog aku dah la yer .. Kalau ada tu , aku mintak maaf la yer... Kita hidup atas dunia ni sementara jer ...

Ya Allah .... arghhh... tensen tul orang sebelah aku ni ... arghhhhhh....

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Aku teringin jadi Bill Gates .. Hidup senang lenang.. harta melimpah ruah .. tiada apa yg perlu difikirkan ..

Atau aku teringin jadi seperti David Beckham ... penuh dengan glamour .. ke sana ke sini .. peminat terjerit jerit ..

Atau aku teringin  jadi seperti Shah Rukh Khan .. Dengan dunia tersendiri .. senantiasa di puja  sana sini ..

Ah .. mereka ini seolah tiada masalah .. Senyuman terpatri kemas dibibir mereka seolah tiada masalah .. Alangkah bahagianya mereka ..

Tapi sedarkah kita berapa ramai ingin jadi seperti kita ??? Menyangkakan kehidupan kita lebih lengkap berbanding mereka ? Kita duduk di dalam restoran mewah walaupun hanya makan nasi goreng kampung sedang mereka duduk di tepi jalan mengemis hanya untuk nasi kosong ??

Tidakkah kita sedar berapa ramai ingin jadi seperti kita yang ingin mandi bersama air dingin lagi bersih walaupun di dalam bilik air yang kecil sedangkan mereka terpaksa mengunakan baldi untuk mengangkut air di sungai keruh ? 

Kita mengeluh makan maggie setiap hari kerana salah kita sendiri ! Membazir dengan berjoli sana sini .. Tahukah kita betapa mereka sujud syukur kiranya dapat sebungkus maggie itu ??

Hurm ... adakalanya kita terlupa .. ada lagi malang dari kita .. kita senantiasa nampak yang diatas dan teringin berada bersama mereka ..

Kalau hanya memegang cangkul tapi duduk berborak , masakan tanah akan berbakti pada kita ?

Kalau kita asyik menuding jari mencari salah orang , masakan kita boleh berlari bersama mereka ?? Hurm..fikirkanlah ..

Isnin .. Selasa .. Rabu .. dan seterusnya .. Kita lalui dengan mengeluh di dalam diri .. Fikirkan mereka di Merapi sana .. Apakah Isnin mereka sama seperti kita ? Dulu sama .. sekarang ??

Hurm .. 

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Hurm... ramai teringin nak dapat trafik tinggi .. Dari 10 nak ke 100.. dari 100 , kata nak 1000 pon cukup la.. dari 1000 nak ke 100,000 ...hinggalah ... ermm.. tak tau la berapa ..

Bagaimana nak dapat semua tu ? Entah .. guna cara bijak ? Atau guna cara , kerja keras ? Terpulang pada kreativiti masing masing...

Apakah sasaran sebenarnya ? $$ ? Kepuasan ? Glamour ? Suka suka ? Masing masing ada sasaran tersendiri ..tak perlu nak bertelingkah mengenainya .. Yang penting biarlah adil dan jujur .. tidak perlu menjatuhkan orang lain untuk naik ..

Bukan mudah nak mencapai kejayaan.. Apa yang mereka nak cumalah kejayaan..tapi pahit getirnya ? Berapa ramai mampu laluinya bersama ? Nak berjaya bukan mudah.. mereka akan kata kita gila .. mereka akan kata kita tamak .. mereka akan kata kita membuang masa ... Tapi bila berjaya ? Berapa ramai akan kata , dia itu kawan aku .. aku kenal dia lama dah .. hakikatnya ? Berapa ramai yang menyokong sebenarnya ?

Haih .. aku sendiri mengalami semua itu .. tapi aku bukanlah berjaya mana pon .. sebesar zarah pon masih lagi belum boleh dibanggakan.. kalau ikutkan hati aku , nak je aku bagi .. " INI ENTRI TERAKHIR AKU .. SELAMAT TINGGAL SEMUA " .. tapi bolehkah aku ? Ada yang akan tersenyum riangkah ? Jangan risau .. Selagi otak aku masih mampu berfikir , selagi itu jari aku terus menari ...

Mana yang paling mudah ? Menjual burger tiap tiap malam selepas bekerja atau apa yang sedang aku buat sekarang ini ? Ada yang kata mereka mampu pakai kereta besar hanya jual burger tapi aku nak tau .. berbaloikah ? Puaskah ? antara jual burger dan menulis blog , walaupun aku tak kaya hari ini , tapi aku tetap berpuashati ! Maaf..aku bukan hina penjual burger tapi perumpamaan jer ..

Walaupun aku bukan penulis tapi aku bersyukur keranan aku mampu membangkitkan semangat mereka tatkala mereka memerlukannya ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Korang dah buat kajian berkenaan entri apa yang menarik pembaca di blog korang ? Sepanjang aku berblog .. er, baru setahun jer .. hehe.. aku dah cuba bermacam macam entri ... mencuba segalanya .. nak tau mana satukah yang mampu menarik mata mereka untuk mengklik untuk ke blog aku ...

1 ... cerita pasal artis ... kira gossip artis la ..kalau ada gambar , lagi best !

2 ... isu semasa .. terkini dan panas di pasaran .. pun sama.. kalau ada gambar , lagggiiii seronok ..

3 ... seks ? Kalau ada berbaur baur seks , pastinya ada yang teringin nak klik ...

4 ... soal jawab agama .. yang ni pon ramai suka baca .. Alhamdulillah ..

5 ... sukan ? Yang ni lelaki je suka ... hehe.. perempuan kurang sedikit ..

6 .. soal jawab jantina .. yang ni pon ramai suka baca .. sbb boleh membantu mereka secara tidak langsung terutama bagi mereka yang malu bertanya ...

7 .. resepi masakan ? erk.. dalam blog aku takde masakan .. tapi ada gak yang tersesat kt sini ..

8 .. kehidupan seharian penulis blog ? Hellooooooooooooooooooo.... kitorang bukan artis.. sapa nak tau apa yang kita buat hari hari ??? Sapa kata takde ??? Ada ... ada yang suka baca ....

 

Haa... itulah yang antara antara citarasa pembaca blog aku .. Korang dah buat kajian ?

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Aku pasti ramai yang mengikuti secara jauh atau dekat perkermbangan pilihanraya kecil Galas , Gua Musang di  Gua Musang ..

Bagi yang berpengalaman ,pasti mengetahui sapa yang patut dipilih kan ?  Aku pasti juga ramai yang meluat dok tengok  lakonan lakonan 'mereka' di dalam tv mahupun media elektronik .. kan ?

Tak pe..andaikata korang ni pengundi di DUN GALAS , siapakah yang akan korang pilih ? Jangan risau .. aku dah buka peti undi kat sebelah tu .. Korang pilih je mana korang nak ..

Aku buat ni sbb aku pasti ramai pembaca aku terdiri dari mereka yang bijaksana dalam memilih pemimpin yang berkelayakan.. kan kan?  Ok.. malas nak bebel panjang panjang .. mari kita jayakan peti undi tersebut ... hehe

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Tinggi tu .. nak dapat 100 ribu UV bermakna aku kena dapat 5ribu UV sehari ... Tak mustahil sebenarnya tapi di usia blog aku yang baru setahun jagung ni , mmg satu cabaran lebih lebih lagi aku bukan main isu isu panas  untuk mendapatkan SEO yang baik ..

Aku dalam dunia blog ini hanya sekadar untuk melepaskan apa yang terbuku dihati aku yang mana selama ini wife aku jadi mangsa mendengar segala luahan hati dan sekarang korang pulak jadi mangsanya .. hehehe..jgn marah aa..

image

Alexa ranking terbaik pernah aku dapat ialah 72 ribu ... hurm.. Untuk perbaiki ranking tersebut , trafik harian perlu naik ... macam naik tangga gitu.. tak boleh turun .. kalau turun , maka alexa pon turun la.. ala , macam bayang bayang blog la dia ni .. blog naik , dia pon sibuk nak naik .. nak kata pe ka n?  Tapi kegunaan dia banyak woo... Nak tau kelebihan alexa? sila google.. macam macam korang jumpa ... rajin rajin la membaca sendiri ..

Ok... berkaitan dengan 100 ribu UV ni.. bagaimana aku nak dapat .. hurm...aku tak terpikir lagi sebenarnya .. dan malas nak pikir... biarlah dia naik sendiri .. malas nak terkejar kejar .. biarlah masa je menentukannya ... kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Bila dah dapat ? Habuk pon tarak eh ? Erm... Patutkah dibuat satu  perumpamaan baru iaitu JANJI PILIHANRAYA yang membawa maksud , apa saja pengundi mahukan parti akan menunaikan walaupun mustahil ... amacam ?

Dah macam satu trend , kalau ada je pilihanraya terutama yang kecil , berpusu pusulah parti parti datang ke kawasan tersebut dan berlumba lumbalah menabur janji manismu terhadap pengundi  disitu ..

Cuba tengok balik kembali keadaan di sebelum berlakunya pilihanraya .. Siapakah  wakil rakyat disitu ? Parti manakah yang berkuasa di situ.. Apakah pembangunan serta perubahan yang telah mereka buat di situ ?

Aku terperasan sesuatu berkaitan janji pilihanraya .. Sebelum ini , parti yang berkuasa di situ tak terpk ke nak buatkan masjid kat situ ? Padahal kalau tak silap aku parti tu gak berkuasa ! Kenapa tiba tiba baru terpikir nak buat masjid ???? Sebelum ni apa cerita ? Hurmm..

Aku rasa mulai skang kan ... Mana mana wakil rakyat yang tak menjalankan kerja mereka , semua pengundi atau penduduk di situ patut hantar surat atau memo kepada ketua @ pemimpin mereka !! Jangan lupa kuasa rakyat ...

Takkan nak tunggu mana mana wakil rakyat meninggal baru nak datang tengok kawasan dan bagi itu ini kot ? Jangan memanjang nak perbodohkan rakyat... Aku rasa mereka pon dah pandai .. masa pilihanraya , mintak jeeee apa pon.. suruh buat masa tu gak !! Jangan tunggu menang.. haa.. amacam ?

Aku bukan la nak menghasut tapi jgn lupa , yang atas tu bekerja untuk yang dibawah .. yang dibawah ni bekerja untuk diatas .. 1MALAYSIA  1PASUKAN 1SEMANGAT 1KEJAYAAN !!!!

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Dari dulu aku impikan sebuah superbike .. Yang aku gilerkan ialah dari jenis HONDA CBR ! Akhirnya semalam dapat gak aku merasa .. Tak aku sangka sungguh !!

Bila motor tu di tangan aku , aku mula belajar menunggangnya .. Ehem.. sebenarnya kan .. aku minat motor tapi tak reti nak pandu.. ok ? hehehe .. Bukan tak reti sebenarnya cuma aku ni .. segan skit kat motor .. Bukan pe , aku boleh jadi 'hantu' atau hilang kewarasan fikiran bila dah pegang handle tu .. Tak caya ? Hehehe...

Dulu , aku tak suka memandu kereta gak .. Mmg tak suka langsung ! Aku dah ada lesen kereta pada tahun 2002 kalau tak silap aku dan aku mula pandu kereta .. erm.. awal tahun ni , 2010 .. ok ? Tak sampai setahun lagi tapi .. ermm.. rasanya dah satu Malaysia aku jelajah ... hehehe...

OK.. berbalik dengan motor aku ni , aku pelik ... adakah motor ni baru punya atau mmg khas buat untuk beginner seperti aku ? Erk... takkan 500CC pon ada beginner cam kamera dslr tu ???  Kat handle tu ada tulis , UNTUK ANAK ANAK , UNTUK AYAH , SEDERHANA , LAJU , SUPER HALILINTAR ..  Takkan Honda buat gitu kot ????

Macam perli aku je kan ? Ah.. aku tak kisah la... aku start enjin.... mula gerak.. bawak dengan kelajuan yang amat dasyat sehinggakan apek kayuh basikal tua boleh potong aku dengan selamba... Huh.. pelan sangatkah ? Malu tul !!!

Aku berhenti untuk isi minyak .. Pergh.. letak yang berkualiti punya .. Jaga enjin la katakan ... hehehe... sayang woo..bukan senang nak dapat motor .... huhu ... Siap je isi minyak , aku pon hidupkan enjin .. Tiba tiba .... " Bang , bangun ..solat subuh " ... Erk

Aku pon tanpa banyak cerita ..bangun.. sebelum wife aku seterika badan aku  !! huhuh...acah je.. berani dia buat !!! hahahaha.. ops.. aku bermimpi rupanya .. patutlah pelik .. sbb tak mungkin aku akan beli motor punya !! hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

image

Ni minggu lepas punya .. Yang atas tu laa.. yang bawah ni , minggu minggu sebelumnya tapi dalam bulan Oktober tahun ni laa... kalau tahun lepas di bulan ini , mmg la sadis.. heheh ..

image

Maaf la yer ... tak tinggi pon .. Bukannya ada isu sangat pon dalam blog aku ni.. Nak kata dok cerita pasal gossip artis tu , seminggu sekali tu ada la.. nak cerita pasal politik pon gitu gak .. Blog aku ni lebih pada cerita cerita biasa jer .... tak reti sangat nak tarik trafik melalui SEO .. Almaklumlah , blogger picisan jer ...

Bagi mereka yang ternganga tu , tak perlu luas luas .. ni sikit je kalau nak dibandingkan blogger blogger lama yang lain .. Tapi tak pe .. hahaha.. mana tau satu hari nanti kan.. berkat doa korang .. aku meletop.. hahaha.. guwau je.. malas nak meletop.. nanti orang kutuk.. yang macam ni pon ada orang kutuk.. kan kan ? Baik aku bercanda di pasiran pantai... kita bermadu asmaraaaa... kita berduaaaa.... tu diaaa... keluar dah lagu sudirman ..ahaks...

Selamat berhujung minggu.. nak iron baju.. nak iron chef... tebas rumbut... malasnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Sebuah program yang aku rasa sedang dalam rakaman akan muncul di kaca television  ( hanya untuk pelanggan ASTRO ) tidak lama lagi .. Rancangan yang diberi nama FAMILI SARJANA itu adalah rancangan kuiz kekeluargaan terbaru yan membawa pendekatan berlainan berbanding program kuiz sedia ada .

Program ini membawa pendekata perkongsian ilmu dalam keadaan santai dan hiburan ringan tetapi mencabar peserta dengan pelbagai soalan yang berkaitan lima perkara utama yang terkandung dalam Rukun Islam. Secara tidak langsung , penonton di rumah turut memperoleh ilmu  daripada soalan yang dilontarkan... Tu kata kata Pengurus saluran Astro Oasis , En. Izelan Basar ..

Kata dia lagi ... huih.. penat aku taip balik nih .. kalau pihak Astro baca ni ,patut bagi aku 3 bulan free sewa astro nih.. hehe ..promosi percuma niii ... hehe .. ok ok..sambung.. Dia kata lagi , ada 8 saringan yang perlu dihadapi oleh setiap keluarga yang mengambil bahagian sebelum 4 keluarga terbaik akan layak ke pusingan separuh akhir dan hanya dua akan masuk final .. Hadiahnya pula ialah pakej umrah ..

Tu dia bagitau la.. pastinya macam macam lagi ada kan .. hehehe .. Diorg dah buat pon pemilihan ari tu kat Bukit Jalil... tu la korang , lambat sangat baca paper... hehe..

Ok.. diharap dengan adanya rancangan begini , anak anak kita mahupun kita sendiri dapat menimba ilmu dan mengasah kembali pengetahuan agama kita .. InsyaAllah dan terima kasih Astro kerana menjalankan tanggungjawab anda ...

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes