BEN ASHAARI



 

Huarghh.. ngantuk.. aku tertidur tadi lepas isyak.. awal pulak aku tidur aku malam ni .. penat sangat gamaknya aku ni .. hurm... Sedar sedar dah jam 3 pagi  .. Saja belek  blog... tengok kat BLOGLIST aku sekali .. kot ada entri best dari rakan blogger ..

Whoopss... ada satu entri menarik minat aku .. ISU BLOGLIST .. Nak masuk bloglist dia kena buat entri ? Hurm ... Menarik tu .. Nape rasa menarik ? Sbb setahu aku , aku blogger pertama yang buat segmen begitu .. Sapa nak masuk , sila buat entri .. mudah je kan ?

" Kenapa nak masuk kena buat entri ?? Kalau masuk sah sah ke trafik tinggi ???  Kalau tak tinggi camana ???  "

Yang pertama .. kenapa kena buat bloglist ? Ini adalah strategi promosi blog .. Ibarat nak masuk apa apa jenis pertandingan la.. Sila la isi borang .. Kalau tak isi borang , rasa rasanya berapa ramai yang akan beratur ??? Ramai beb ! Berjela panjangnya.. Main pakat beratur jer ... Tapi tak tau apa apa ...

Aku pernah open bloglist ni .. sapa sapa nak , sila tinggalkan url blog di ruangan komen.. beratus ratus gak la url yang ada .. Kemudian , patutkah aku memilih yang mana aku kenal je aku letak ? Camana dengan yang lain ? Ala.. tak kenal pon diorg.. Diorng blogger baru .. biar je la.. Hurm.. boleh ke aku berfikiran gitu ? Sian pulak kat diorng kan ? Tapi bila aku letak semua , 50% tak aktif .. PULAK !! Dah tu camana ? 

Bila buat entri , blogger yang nak join tu pastinya antara blogger yang bersungguh sungguh nak aktif.. Secara tidak langsung , dia pon mempromosi blog dia dan juga blog pemilik bloglist tu .. Yela, pembaca akan nampak entri tu dan akan klik .. Walaupun bukan ramai pon nak klik tapi walaupun 10 orang klik , itu pon dah trafik gak kan ? Dari takde entri langsung ??

Win win situation.. Jangan fikir negatif disini .. Bila dah tersenarai dalam bloglist blog tu , jgn fikir la .. pasni confirm blog aku ramai masuk punyaa...  Camana nak orang klik link blog tu kalau dok cerita pasal baju baru dia la.. pasal kasut dia koyak la... Pastu tajuk entri tu .. MALAP je .. orang akan klik tajuk yang GEMPAK tapi cerita pon GEMPAK ! 

Mengikut pengalaman aku la kan , selepas membaca entri tu , ada pembaca akan melihat pada bloglist tu ... untuk jump ke blog lain .. Walaupun bukan semua berbuat demikian tapi segelintirnya ada .. Tinggi gak la bilangannya tu .. Kalau terkena tempiasnya , apa salahya kan ?  Nama pun mencuba ...

Aku nak tanya ... ramai buat blog ni kenapa ? Antara sebabnya ialah selepas dapat tau blog boleh buat sumber pendapatan kan ?? CONFIRM keeee boleh dapat ???  Eh .. boleh la kan ? Kena la usaha ! Sama gak bloglist ! Kalau tak usaha nak promosi blog , camana orang nak kenal blog kita ? Jangan terlalu harap pada blogwalking atau join forum mahupun contest ke apa ke .. usaha tetap kena buat bila bergelar blogger baru ..  Bila dah naik , ok la.. tak yah la nak buat .. tapi kena ingat , bila dah naik , ramai lagi baru kat bawah .. Yang baru ni camana ? Nak suruh gak buat cam kita buat ? Oh .. ko nak naik ke ? G ikut jalan jauh.. Blogwalking , forum , contest , kipas sana sini dulu ... nanti ko naik laa .. Hurm.. camtu ke ??

Kesimpulan ... segmen bloglist ni adalah antara satu cara untuk mempromosi blog .. Kelebihan pada kedua duanya .. Apakah susah sangat untuk buat satu entri ? Tiada paksaan di sini .. Yang aku nampak banyak blog dah terkena tempias .. Kalau 10 UV sehari dan blog kita tu pulak cerita yang best , pastinya 2 akan letak dalam bloglist mereka pulak ! Itu pengalaman aku .. Dari takde langsung kan ?

Bab tinggi atau tidak , kita sekadar memcuba segala gala bentuk cara yang ada untuk mempromosi blog .. Kalau nak tinggi , g letak iklan kat suratkhabar .. panggil media , buat PC .. sure meletop blog .. tapi kalau 'budget' takde , guna la kreativiti .. okeh ?

Tinggi atau tidak , sama gak cam menaman pokok durian.. Belum tentu lagi berbuah.. kalau kena pokok tu jantan ? Berpuluh tahun tunggu .. tak ke frust ? Tapi bila fikir kebaikkannya ... sekurangnya menyumbang oksigen ke muka bumi ini dan juga menyejukkan kawasan kita tu ... Nak menyesal ? Perlu ke ?

Tepuk dadaa ... tengok bawah .. jangan fikir kita di atas sama macam mereka di bawah ... Pengalaman mematangkan corak blogging..

Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

 

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, menafikan dakwaan laporan blog dan parti pembangkang terhadapnya, termasuk dakwaan memperkosa. - BERNAMA

- BHARIAN-

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini mengesahkan terdapat penularan fahaman militan di universiti tempatan, berdasarkan laporan agensi perisikan dalam dan luar negara.
Bagaimanapun, katanya, keadaan itu masih terkawal dan tidak menjejaskan keselamatan negara.

"Keadaan itu tidak membawa ancaman segera tetapi kita tak boleh leka....sekiranya ia menimbulkan kebimbangan kepada 'militancy' atau keganasan maka tindakan akan kita ambil tanpa was-was," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Ketua Pengarah International Organisation for Migration (IOM) William Lacy Swing di pejabatnya di sini.

Hishammuddin diminta mengulas laporan sebuah media asing sebelum ini yang antara lain menyebut ada universiti di negara ini menjadi pusat rekrut utama untuk menarik anak-anak muda menyertai kumpulan militan Islam berikutan polisi kemasukan yang longgar.

Beliau, bagaimanapun, menolak tanggapan bahawa universiti dijadikan tempat merekrut, sebaliknya lebih kepada penularan fahaman yang tidak terhad kepada militan Islam, tetapi juga ideologi lain seperti Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) dan Sikh Militants.

Hishammuddin berkata, pihaknya bekerjasama dan berkongsi kepakaran dengan agensi antarabangsa yang lain termasuk Federal Bureau of Investigation (FBI), United Kingdom Intelligence, Australia Intelligence dan Saudi Intelligence bagi menangani perkara itu.

"Sistem Biometrik yang akan diperkenalkan tidak lama lagi juga dijangka turut membantu menyelesaikan masalah tersebut," katanya.
Mengenai desakan agar Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di atas dakwaan menghina Sultan Selangor, Hishammuddin berkata kes itu lebih berbentuk hasutan.

"Kita hanya menggunakan ISA kalau tindakan menjejaskan keselamatan negara. Perkara-perkara yang berhubung kait dengan hasutan ia jatuh kepada Peguam Negara untuk menentukan sama ada tindakan itu adalah hasutan atau tidak," katanya.

Mengenai kunjungan Swing, Hishammuddin berkata Malaysia meminta bantuan IOM untuk meneliti undang-undang berkaitan anti pemerdagangan orang, selain dipelawa sebagai rakan kongsi dalam usaha menubuhkan sebuah akademi di Langkawi yang berperanan menangani jenayah merentasi sempadan termasuk penggubahan wang haram dan pengedaran dadah. - BERNAMA

-BHARIAN-

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Update tetap update walau di mana mana .. dari menghabiskan gitu gituan , baik bebel sat dalam ni .. sekurangnya ada gak terhibur kan lebih lagi diri sendiri .. hehehe ..

image Masih ada 17 minit .. lama tu .. Gym ari ni tak g lak.. saja cuti .. Skang ni dalam proses penjimatan .. Lagi pon kat rumah aku kan dah buat mini gym .. jadi boleh la membelasah takat mana yang larat ka n..

Sekejap masa berlalu ... aku dok pk sebenarnya ... nak buat perjumpaan blogger secara kecil kecilan di Alamanda .. Saja je la nak jumpa kawan kawan lagi .. Tapi tak pasti bila ... Tahun Baru Cina ni nak balik kelantan dan plan nak bercuti di Terengganu .. hehehe...

Aku kena selalu bercuti ... maklumlah , kena rehat banyak banyak .. Kalau kat rumah aku tak leh nak rehat sebab mata ni gatal nak tengok laptop.. Tinggal kejap je pon tak leh.. hahaha .. Kecuali aku dah mengadap tv ... mmg tak bergerak dah ... Tapi itu tak bermakna aku malas okeh !! Rajin wehh ... haaa... Cakap je nak makan pe ! Dengan segera aku order kat kedai ... Tak pon mintak Mat Gebu antar kat aku... haaaa...

Hurm.. lagi 13 minit.. Kalau tengok laptop ni , masa bergerak cam air.. Kalau tak buat apa apa, seminit pon cam sejam .. letih nak tunggu ... huhu... tu pasal berguna usung laptop kecik ni ha...  IPAD ? Tanya mem tu haaa.... huhu...

OK la.. nak gerak .. cuci mata lagi .. hehehe...

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

image

Sukaaaaaaaaaaaaa !! > http://kyleril.blogspot.com/

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

" Malu dengan masalah kulit gelap?Kulit gelap juga mampu kelihatan cantik jika sikap merendah diri dibuang ke tepi.Si hitam manis pasti akan tampil menawan jika mempunyai keyakinan diri.Jangan malu untuk ke depan dan cubalah melakukan sesuatu untuk perubahan gaya anda. " ...

Best entri dia ... simple tapi menarik .. bergaya gitu ... nak baca sambungan dia lagi ? Jom .. > sini

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Mangsanya , wanita ... jerungnya pula lelaki dan adakalanya wanita .. Kadang kadang lelaki pon leh jadi mangsa ..

Apa kes ? Terbaru , bila si jerung cuba mengumpan mangsanya dengan mengajak melakukan dosa .. Pergh.. semudah itu je dia mengajaknya ? Apakah agama yang dia anuti itu cuma satu pengenalan diri ??

Kalau buta dunia , aku tak nafikan boleh tersangkut dengan ajakkanya itu memandang si jerung boleh menjanjikan kebahagian duniawi .. Tapi bagaimana dengan akhirat ? Sanggupkah dia menghadapi setiap perbuatannya itu ?

Yang menyedihkan aku , sasaran si jerung ini adalah bangsa aku sendiri . Apakah bangsa aku ini jenis mudah termakan godaan ? Satu bangsa yang mantap dilindungi pula dengan ajaran ISLAM yang sempurna .. Dimanakah kesilapan ini sehinggakan si jerung bermuka durjana ini sanggup menidakkan segala pengajaran serta tauladan yang  dia patut amik di depan mata dia ???

Bukalah mata kita ... mati kita pasti.. hukuman itu wujud .. Neraka menanti .. syurga abadi ... Pilihlah ... nikmat seketika atau syurga milikNya ...

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Haa... ada sahabat blogger mintak aku tolong dia war warkan dua entri dia yang mana dia nak bagi pembaca / blogger souvenir ..

Tamo ke ? Ala.. amik la..bukan kena bayar pon .. dia nak bagi free je nih ... Tak caya ? Iskh.. apa yang boleh buat korang percaya pada kata kata ku ini ?? Habaq mai sat ..

Ok.. baru nak percaya ?? Huh.. dah terlambat !!! Tadi masa aku offer , korang juai mahai !! Skang aku dah majuk ... Aku tamo layan dah segala surat menyurat .. Twitter ok ! Aku layan !!

Hehehe.. ngarut sudah ... Tamo cerita banyak.. kalau nak tau lebih lanjut , meh sini dan sana  ... Terima kasihhh..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Tertunggu tunggu eh.. hehehe..sabar sabar.. saja je kasi sejuk skit semangat tu ... hehehe..

Ok.. penganjur kata hadiah on.. apakah hadiah tu ? Tu pemenang je akan tau .. biarlah rahsia katanya .. haaaaaaa... nanti dah dapat , bagitaulah apa dia yer.. aku pon tak tau apa hadiahnya .. hehehe..

Berikut adalah soalan soalan terkumpul tersebut :

SOALAN 1 ( sini )

SOALAN 2 ( sini )

SOALAN 3 ( sini )

SOALAN 4 ( sini )

SOALAN 5 adalah :

" SALAH KIRA LA AWAK TU ! " ( Beri nama pemilik blog ini )

Klu , sila rujuk sini ..

Silahantar jawapan anda pada hari KHAMIS persamaan 6/1/2011 .. Tepat jam 10 pagi , sila hantar jawapan dalam bentuk entri khas.. Jangan lupa letak banner segmen ini yer.. tak letak , dikira tidak lengkap .. Macam biasa , jawapan paling tepat dan pantas penghantarannya di kira pemenang ..

Ingat ! Tepat 10 pagi baru hantar .. Kalau hantar awal , aku tolak .. okeh ???

Share
Tweet
Pin
Share
31 comments

 

Kelantan cari rumah sesuai untuk Khairul Fahmi

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang berbincang untuk mencari rumah serta lokasinya yang sesuai untuk dihadiahkan kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, yang mengharumkan nama negara membantu menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 menentang Indonesia, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunaan Insan, Belia Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fattah Mahmood, berkata kerajaan negeri juga belum menetapkan nilai rumah yang akan dihadiahkan kepada pemain remaja itu.

"Kita sedang berbincang di peringkat dalaman untuk menentukan rumah, lokasi dan nilainya untuk dihadiahkan kepada pemain itu, yang penting keselesaan bagi dia dan keluarga,” katanya hari ini.

Dua hari lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan hadiah tersebut. Khairul Fahmi turut mengharumkan nama Kelantan.

Sementara itu, Khairul Fahmi yang tinggal di Kampung Cherang, dekat sini berkata, beliau tidak menduga kerajaan negeri akan menghadiahkan sebuah rumah sebagai menghargai jasa dan sumbangannya.

Ditanya mengenai seorang lagi pemain Kelantan yang turut menaikkan nama negara dalam piala itu, Nor Shahrul Idlan Talaha, yang berasal dari Terengganu, Abdul Fattah, berkata pemain itu akan diberikan hadiah dalam bentuk lain. - BERNAMA

 

Hati-hati lalu Jalan Gua Musang-Kuala Berang: Polis

GUA MUSANG: Polis mengingatkan pengguna Jalan Gua Musang-Kuala Berang, Terengganu, supaya lebih berhati-hati berikutan terdapat banyak kerosakan teruk termasuk lubang besar di laluan berkenaan yang terdedah kepada bahaya kemalangan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah, berkata kawasan yang paling teruk berlaku kerosakan adalah di Kilometer 47 dari Kuala Berang ke Gua Musang.

"Kerosakan juga turut berlaku di jalan kawasan Rancangan Tanah FELDA Aring yang memerlukan pengguna lebih berwaspada terutama waktu malam.

"Musim tengkujuh sekarang antara faktor berlaku kerosakan jalan dan kita telah meninjau di sepanjang jalan itu dengan mengenalpasti lokasi bahaya," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke laluan itu hari ini.

Sementara itu, beliau berkata kadar kemalangan jalan raya membabitkan jalan utama di Hulu Kelantan sudah berkurangan sepanjang tahun lalu berikutan sikap pengguna yang lebih berhati-hati. - BERNAMA

Gangguan air di Tanah Merah Jumaat ini

TANAH MERAH: Lebih 13 kawasan di sekitar daerah Tanah Merah bakal mengalami gangguan bekalan air, Jumaat ini.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan, berkata gangguan itu berikutan kerja-kerja penyelenggaraan teknikal berjadual di Loji Rawatan Air Bukit Remah, dekat sini.

"Bagi penambahbaikan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna di sekitar daerah ini, AKSB akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan teknikal berjadual di loji rawatan terbabit.

"Gangguan dijangka berlaku bermula pukul 8 malam sehingga 5 pagi keesokannya," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara kawasan terlibat ialah Bandar Tanah Merah, Jalan Jedok, Jalan Klinik, Manal, Padang Siam, Lubuk Rotan, Bukit Panau, Belimbing, Jalan Lubok, Bukit Gading, Bechah Laut, Jerangau, Temangan dan beberapa kawasan berhampiran.

Hazwan berkata, bekalan dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan. - BERNAMA

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

image

Cerita selanjutnya >  sini laa

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Trafik blog aku akan jatuh jika tak update blog ? Bayangkan yer ..

  1. Utusan Malaysia tak update berita setiap masa .. apa jadi ?
  2. Astro tayang cerita yang sama je .. apa jadi ?
  3. Panggung wayang takde cerita baru.. tengok je cerita lama ?
  4. Kedai makan dok jual makanan yang sama hari hari ... yang semalam pun dijual semula.. takde yang dimasak baru ..
  5. Hari hari pakai baju yang sama ..

Perumpamaan ni kan sebenarnya ada depan mata kita hari hari .. Kenapa tak nak bukak mata ? Kita nampak satu sudut je .. Wah.. tu sbb dia update blog hari hari.. setiap masa.. ramai la masuk baca .. Cuba tak update ! Kenapa perlu ada 'cuba tak update tu ?? " .. Malas ? Saja nak test power blog kita bagus ke tak ? Apakah tulisan kita tahap para cendiakawan ? Atau penulis novel ?

Blog perlu diupdate sebab ada pembaca .. Mereka masuk sbb nak baca ... Bukan nak jalan jalan tengok bintang di dlm blog tu

Kecualilah , blog kita tu blog tutorial ... atau yang mmg buat untuk menangkap segala SEO .. senantiasa ada keyword panas dalam tu .. tapi di mana kepuasan ??? Mungkin duit lebat.. masyuk ... kepuasan dalam menulis ? Bagaimana ?

Sebab tulah aku update berkali kali .. sehingga aku tidur .. hehe.. Aku puas begini .. Aku cerita apa saja .. Terpulang pada mereka nak baca atau tidak .. tak nak baca , tak susah , sila tekan pangkah !

Ini bukan blog artis atau selebriti mahupun mereka yang popular tapi ini blog BEN ASHAARI yang punya !

Bz camana pon , update pasti ya kerana rakan rakan nak tau apa cerita aku .. begitu juga mereka .. pasti tertanya kemana menghilang hari ini ? Cerita kita senantiasa berbeza ! Itulah menariknya blog ... Bukan trafik semata mata .. Dalam blog juga kita berkomunikasi secara tidak langsung ... Bukan trafik semata mata ... okeh ?

G makan pon best !

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

image

Hari tu ada blogger cabar aku jangan buat segmen , seminggu .. maka telah aku sahut cabaran itu secara senyap .. Akhir segmen aku tu ialah soalan harian blog 500 .. tu jer.. kemudian tiada segmen sehingga hari ini ... Namun terbukti , trafik aku maintain ..

Bukan la aku nak riak atau berlagak .. cuma kadang kadang 'mereka' tu pandai bercakap padahal 'kosong' .. Aku mula dari bawah .. merangkak .. mencari idea .. buat itu ini ... untuk naik .. tiba tiba datang mereka lalu kata blog ni hidup sebab segmen ..

Blog aku ni cerita macam macam ... Aku tak main satu isu tu je.. Ini bukan blog artis .. Ini bukan blog politik .. Ini bukan blog tutorial .. Ini bukan blog pendidikan .. Tapi segalanya aku cuma campurkan JIKA melibatkan aku ! Malah artikal agama , berita pon aku letak .. segalanya adalah untuk rujukan masa depan ..

Bukan senang nak naik.. Setahun sudah berlalu.. dan disini aku .. Aku bukan dah 5-6 tahun berblog .. Kalau baru setahun , inilah hasil aku , tak tau la  camana lagi 5-6 tahun kan ? Jangan bandingkan.. Aku bukan kura kura yang cuba berlagak nak jadi penyu .. Aku tetap kura kura itu .. namun akan terus bergerak selagi terdaya !

Buang segala kutukan tak membina tu dan bina 'kawasan' sendiri ...

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

image

Kenapa aku pilih blog ni ? Hehehe...  sbb aku tertarik dengan warna dia ... Kehijauan gitu.. mesra ... Cerita simple dan tak menyemakkan mata ... Tak caya ? G la tengok sendiri > NORA

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Aku ada menerima jemputan dari sahabat blogger untuk menghadiri gathering di Putrajaya yang dijadualkan pada bulan FEB nanti .. Rasanya diorng nak rancang dulu  ni...

InsyaAllah ... kalau takde sebarang masalah , sampailah aku kat Putrajaya tu .. Eh.. macam jauh.. tak sempat kentut dah sampai.. hahaha.. 

OK .. bagi mereka berminat atau nak mengetahui dengan lebih lanjut projek terbaik mereka ni , g la serbu tuan punya projek ni.. aku hanya dijemput jer... hehehe

Jom la.. jangan segan segan.. adeh... > HUSZAINI

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

DSC01201 DSC01193

DSC01200 DSC01199

Kali terakhir singgah Langkawi .. 2009 .. skang melambai lambai suruh kembali .. Entah mengapa Langkawi menjadi pilihan destinasi percutian aku pada tahun ni pon tak tau ..

Selain Langkawi , Cherating adalah pilihan destinasi aku juga.. Kalau ada rezeki tahun ni , aku nak g .. eh.. aku dan wife merancang nak ke KK .. dah berapa kali tertunda disebabkan hal hal yang tidak dapat dielaakkan ..

Picture 075 Picture 070

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Perghh.... Ada blogger tanya aku .. aku tak cemburu ke ngan jejariruncing sbb dia potong dah follower aku ..

Er... patut ke aku cemburu ?? Aiseyman ... Dunia ni luas ... Syukur alhamdulillah ... Aku tak perlu la nak cemburu dengan dia tau sesiapa pun .. Rezeki dia , maka itu hak dia .. Nape laaa aku nak terasa .. Aku dah cukup bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang ni malah kalau ikut hati aku mau aja aku undur diri dari arena ini ..

Search dan Wings .. dua dua kumpulan rock .. Aku minat dua dua .. Tapi mereka tak pernah nak hitung berapa ramai peminat mereka .. Asalkan setiap kali album keluar , terjual.. setiap kali buat konsert , laris ... ok la kan ?

Macam aku .. asalkan ada orang baca tulisan aku mengenai aku dan persekitaran aku dah la ... Takkan aku nak jual cerita artis atau gossip artis untuk lariskan blog aku ni ? Aku adalah aku .. aku menulis kerana aku minat .. Aku membebel kerana aku perlu ..

Dan paling penting ... aku bukan artis dan bukan selebriti .. Dimana bumi dipijak , aku tetap aku .. Dan mereka tetap kawan aku selagi mana mereka menganggap aku kawan mereka ..

Share
Tweet
Pin
Share
53 comments

 

Alhamdulillah... sehari lagi .. erm.. pon belum tentu .. Semoga Allah panjangkan umur dan dimurahkan rezeki kita semua .. Aminn..

Salam.. selamat pagi ..  Damai di Putrajaya ... Kereta kereta dah mula 'menari-nari' di jalan raya dengan pelbagai jenis tarian ... Hurm.. kena sabar sedikit waktu ni .. macam macam corak keegoaan pemandu tika ini ..

Semalam.. awal aku tidur.. rasanya kul 12 lebih..tak sempat nak publish satu entri semalam ... tapi tak pe la ... ok la kot untuk semalam .. janji ramai terhibur dengan setiap entri aku .. InsyaAllah ..

Minggu depan , kat Putrajaya ada gathering blogger .. Sapa berminat nak join ? Nanti aku bagi details dia eh ? Sambung nanti eh.. dah nak sampai ERL dah .. hurm...

Lupa lak.. sihat korang ? hehe.

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Hehehe.. Hampir seminggu blog aku takde segmen kan ? Hehehe... ok je pembaca kat blog aku ni .. takde merundum pon ? Entri pon dah kurang .. tak la macam dulu ...  ;)

Ok... atas permintaan seorang rakan blogger , aku nak bagitau tentang Peraduan Teka Gambar yang dia buat ... Aku rasa ramai dah tau kan ? 

Bagi yang berminat nak mengetahui tentang peraduan ini , bolehlah g singgah ke blog rakan kita ni ... Semoga berjaya  eh... Jom g tengok peraduan tersebut di blog SHAHAZRIN ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

image

Huk aloh... apa cerita ni ?? Nak tau dengan lebih lanjut ...jom > sini

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Ada satu soalan yang ditanya oleh blogger tadi berkenaan blog aku .. Katanya blog aku berat disebabkan bloglist aku tu ... hurmm .. aku rasa la .. mungkin lembab skit je .. tapi tak la sampai tak keluar langsung .. Aku selalu blogwalking guna pda ( HTC) aku .. tak de masalah bila connectionnya cantik ..  Dan mmg aku mmg perbaharui bloglist tu setiap 3 bulan .. okeh ?

Berkaitan dengan entri dan komen .. mana yang lebih bagus ..

" sehari 10 entry tapi satu entry hanya 3 komen

atau

sehari 3 entry tapi satu entry 40 komen "

Jawapan aku mudah je .. apakah kandungan entri tu .. Kalau dia buat 100 entri sehari  dengan penuh info dalam tu , pastinya komen akan banyak ... Kalau dia buat satu entri tapi cerita pasal kuku dia yang patah , rasanya berapa komen akan dapat walaupun dia blogwalking 100 ribu blog ?

Komen berkait rapat dengan entri .. Entri pula berkait rapat dengan blog.. Blog pula berkait rapat dengan blogger tu sendiri.. Kalau blogger tu punya strategi , corak promosi blog , setiap entrinya pasti akan ada komen .. Kalau dia sekadar menulis blog tapi tidak 'memasarkannya' , bagaimana orang nak tau tentang kewujudan blognya ? 

Jangan bandingkan blog newbie dengan blog yang dah lama serta dikenali ramai.. jika itulah perbandingan , maka anda akan kecewa ..

Kesimpulan ... entri yang bagus akan menghasilkan komen yang berkualiti ..

Berkenaan shoutbox atau adik beradik dia .. Dari mula aku berblog aku dah tahu mengenai kelemahannya walaupun ada kelebihan .. Bagi aku , kelebihan itu hanyalah memudaratkan aku ... Jadi aku tidak langsung memerlukannya.. Jika mereka ingin benar mempromosi blog mereka , tinggalkan je komen.. aku senantiasa melepaskan komen tersebut ..

Tu je la soalannya .. Terima kasih .. Sekadar pendapat kosong aku ..

Share
Tweet
Pin
Share
36 comments

 

image image

Sisa petang aku dihabiskan di gym.. membakar semua segala kalori akibat kegagalan aku menahan nafsu makan tadi .. kalau baca entri pagi tadi ( link ) ...

Aku telah membedal 3 pinggan kecik nasi goreng tu beserta sambal sotong ... tak tahan weh.. sedap giler la pulak sambal sotong tu .. lembut gitu ... Tu pasal aku berlari ke gym petang tadi .. hehe..

Tadi ada blogger tanya aku ... camana nak kasi ada kepak.. mudah jer .. kena g gym pastu tengok orang buat camana kemudian tanya orang lama ... memula tu , google dalam net ...mesti jumpa .. kalau takat nak buat kat rumah , rasanya , gayut ..tapi pon ada cara gak tu.. tak sama dengan gaya gayutan yang biasa ..

Ni untuk rekod Jan 2011 ... apa akan jadi pada Disember 2011 ??? Sama sama kita nantikan jika umur kita panjang ..  " Ada orang nak buat  analisa gak ke bab ni ? "

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

Pernah tersalah call atau antar sms ? Hurm.. pasti penah kan ? Respon dari penerima tu camana ? Kalaulah si telefon tu lelaki dan penerima tu lelaki gak , pergh... ganas giler jawabnya .. macam nak maki hamun lagaknya .. padahal , penerima tu boleh kata dengan lembut jer ...

Kalau yang call tu perempuan dan penerima tu lelaki ? Camana ? Kalau suara sedap , ada yg gatal , pastinya akan save nombor tu .. Pastu esok lusa buat buat terantar sms.. mula la edisi mengayat ..

Hurm... yang menyedihkan aku ialah , kenapa kalau sesama jantina nak je dibalas dengan kasar ??  Satu bangsa satu agama tu !! Haih.. kata penuh dengan sopan santun ... hurm.. Belum lagi 1Malaysia..

Walaupun bukan semua , tapi puratanya tinggi.. makin menyedihkan dunia kita ni .. Makin mementingkan diri sendiri .. Yang diorg tau , tekak sendiri ... Entah la...

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

image

Blog peribadi yang bagus untuk dikongsi bersama ..

http://thetriplets18.blogspot.com/

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

image

Al-fatihah buat arwah Aishah .. semoga rohnya tenang bersama sama orang yang beriman ..

 

Hurm.. sayu aku sekejap .. masuk ke blognya .. Berita pemergiannya , memeranjatkan rakan rakan seperjuangan ..

Begitulah kehidupan kita.. hari ini kita ketawa , esok kita menangis .. Hari ini kita berlari , esok kita tersungkur ..  Apa guna pangkat dan darjat , jika segalanya hanyalah sandaran duniawi saja ?

Hurm... sama sama kita fikirkan .. Kita semua sama saja ..

Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

 

Dunia yang sangat mudah ... dunia blog ... Tapi disusahkan sebab apa ? sebab bawak sekali perangai 'buruk' tu ke dalam dunia maya ni ..

Dunia maya ni bukan satu dunia realiti yang mana patut dijadikan cabaran .. Apa salahnya bergerak sama sama ? Bangun sama sama .. Perlu ke menjatuhkan orang lain ? Semata mata nak tunjuk handal dalam dunia blog ? Dunia realiti camana ? G la bagi khutbah kat masjid negara tu tiap kali solat jumaat , kalau rasa handal sangat bab ilmu dunia ni.. tunjukkan sekali kejaguhan dalam ilmu akhirat sekali.. kan senang .. boleh bagi tabik hormat tiap kali jumpa..

Frust .. bila bangsa lain mengutuk bangsa kita , kita melatah.. menjerit.. marah .. amuk .. Tapi bila bangsa sendiri menjatuhkan sesama sendiri ? Tepuk tangan ? Sengih ? Pastu apa ? Nak berdiri sorang sorang sambil depangkan tangan tu dan menjerit " Akulah yang terbaik ? " .. hurm... Cubalah hidup dalam dunia cam dalam movie I'M LEGEND tu.. berjiran je la ngan zombies tu ..

Mmg la .. segalanya ada harga .. nak maju bukan mudah .. tapi biarlah maju dengan bijaksana ... Ibarat dalam peperiksaan.. Sapa yang rajin buat kerja rumah atau rajin mengulangkaji , insyaAllah dialah yang lulus ..tapi jangan lupa pada yang bijak tu .. tak semestinya tak rajin dia akan gagal ..

Apa masalahnya orang kita ni ? Kat luar bergaduh .. dalam dunia maya ni pon nak bergaduh ??? Dapat apa ? Kepuasan ? Puas apa ? Puas menyakitkan hati orang lain ? Pastu ? Shutdown computer tu , sapa kita ??? Nothing !! Kau , aku dan mereka .. sama jer ... Polis datang mintak mykad , kena hulur gak .. takkan nak kata  " weh.. aku otai blogger okeh ! ko tak tak kenal aku ke ?? "

Tak payah la.. blog ni ... kalau nak cari makan .. sama sama cari makan .. tak perlu ada kepala .. tak perlu ada ekor.. Mungkin yang lama tu boleh bagi tunjuk ajar .. tapi biarlah ajar dengan ikhlas...

Hurm.. serius .. aku frust.. Tak seindah mana pon dunia blog ni sebenarnya.. Cuma aku bersyukur , aku dikelilingi mereka yang ingin 'bergembira' dengan dunia mereka... Itu dah memadai bagi aku ..

Share
Tweet
Pin
Share
43 comments

 

image

GAYA tersendiri pemain Real Madrid, Marcelo (kiri) meraikan jaringan Cristiano Ronaldo ketika bertemu Getafe dalam perlawanan La Liga Sepanyol, awal pagi tadi. Madrid menang 3-2. - Foto AP

-BHARIAN-

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

image

Korang tau kewujudan blog ni ? Pergh.. satu kerugian kalau tak tau ...  hehe.. bagi aku , mmg best ! Koleksi gambar menakjubkan ... Godek godek la gambar dia ...

Tak caya ? G la tengok sendiri kat > TOLAHAH 

 

iKLAN Fotografi .. minat ? > AFUNDEE

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

image

Kebetulan ! Semua pegang kamera .. hahaha.. bukan memilih yer.. aku klik dan terus je promote .. tapi bergantung pada blog tu .. aktif , menarik dan ringan .. Rambu rambu tu , boleh dipertimbangkan lagi.. heheh..

Blog HAMIHEMO ni pon menarik..sama je cam blog tadi... Aku lama dah follow blog ni cuma lom berkesempatan nak promote lagi .. hehe.. ok .. jom ke blog dia .. > HAMIHEMO

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

image

Blog baru lahir... hehehe.. tapi best !! Gambar dia semua aku minat.. hehehe...  teruskan dengan identiti gini..  okeh http://hazellezahs.blogspot.com/

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

Kenangan yang lama menjelma
Ingatanku padamu menyala-nyala
Gambaran duka yang lara menerpa
Oh mengapa kau utuskan sengsara
Kau biarkan diriku meronta-ronta
Lantas kau alihkan cintamu padanya
Ooo... sebak rasa ku menahan derita
Pilu hati mengenangkan cinta yang kecundang
Ooo... sayang inikah balasanmu terhadapku
Seorang insan yang amat menyintai dirimu
Kering airmata (kering air mata)
Kesal tetap ada (kesal tetap ada)
Jernih air di muara
Luka tetap ada (luka tetap ada)
Ternyata kau insan yang tak setia
Pengorbananku selama ini tak berharga
Kenangan yang lama kutinggalkan
Tiada guna mengungkit kisah yg lama
Kelak nanti meracun hidupku
Tinggal sayang
Tinggallah pujaan...

Lagu ni antara lagu yang membawa sejuta kenangan .. bukan sebab awek ke apa tapi guitarist dia member aku .. jadi bila diorng buat show tu , aku layan la follow.. hehee.. saja nak rasa bahang 'artis' ..

Ada satu lagi .. nanti cerita.. tapi lagu ni mmg aku suka.. hahaha... Sapa sangka , penyanyi dia dh jadi pelakon popular gitu.. hehee.. Acong sweetchild ..

DOWNLOAD LAGU TINGGALLAH SAYANG TINGGALLAH PUJAAN > sini

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

image image

image image

Banyak lagi ada .... meh sini > ALINAC

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Semalam aku dah upload tapi aku kuarkan .. saja je .. nak tersengih pagi hari.. ni nanti pon nak delete balik .. Tiada niat nak perli sapa sapa yer .. tiru gaya mr bean je nih .. hehehe ..

image

Share
Tweet
Pin
Share
37 comments

image

Jom rancang percutian kita tahun ni ... macam macam ada dlm negara kita nih .. hehehe.. duta Pelancongan Malaysia aku neh.. hahaha

Untuk lebih lanjut > TOURISM MALAYSIA

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

image

Rezeki pagi ini ... Menyelerakan !! Nasi goreng , sambal sotong dan juga buah buahan ..

Gulp... pasti menelan air liur jika melihat serta menghidu keharuman sambal tersebut.. Apatah lagi nasi goreng kampung bersama sama ikan bilis yang melazatkan itu ..

Oh tidak... aku tak mampu menahan nafsu ku ini .. aku nak amik 2-3 pinggan untuk melantaknya ..

Tapi ..

image

Teringatkan bekalan yang diberikan oleh wife , pagi tadi segera membatalkan niat aku tu .. hehehe ..

Bukan per , roti bijirin ni lebih selamat untuk aku dari nasi goreng bersambal sotong tu ...

Aku belum makan lagi pon dah leh terasa akan kemasinannya walaupun belum tentu masin .. Kalau masin ? Sah sah aku tidur lagi kat rumah .. Elakkan selagi boleh...

Risau kali ni.. kot kalau terkena lagi ? Blog ini pasti sunyi sepi tanpa penulisnya lagi...

TERIMA KASIH ....

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

29-11-07_0828 13-11-07_1037

Kedua dua gambar diatas adalah pada tahun 2007 ... amacam ? Hahaha.. Bawah ni lak pada tahun 2011 .. hari ini yer .. Padahal , aku suka g kerja dengan berpakaian simple jer .. tamo kemas kemas.. nampak sangat cam berdisiplin.. huh.. tak suka .. seolah olah 'diikat' gitu.. heheheh... suka rasa 'bebas'

image image

5 tahun dah berlalu... muka ? hahahha... adeh... kunyah chewing gum setiap pagi dan makan oats .... buah dan juga ulam ulaman.. hehehe... ayam pastinya menjadi pilihan utama ..

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Bengang betul aku ! Ops.. salam dan selamat pagi .. Haa..sambung ... huih.. sat sat .. baru terdengar dalam Sinar.Fm .. Pergh.. mengenai 2 orang rakyat Malaysia yang g Indoneia semata mata untuk  menyokong pasukan Malaysia dan yang membuatnya menarik ialah mereka duduk diantara ribuan penyokong Indonesia ! Dua berdua je penyokong Malaysia ! Pergh.. berani mati betul ! Pihak Polis terpaksa bawak kedua dua penyokong Malaysia tu keluar kerana khuatir akan keselamatan mereka .. Salute la bro !

Ok sambung ... haaa... mental horizantal betul .. pagi pagi dah buat aku hangin ... maunya tak ..baru nak pakai baju , boleh pulak dia merayap kat lengan aku haaaaa... Tak pasal pasal , koma terus ko !

Geram beb.. bukan takut .. Geli jer .. huhuh.. dia punya kaki tu ... eeee.. tak leh nak bayang arrr.... bukannya bersih sangat kaki dia tu.. kalau dia rajin clorox atau pakai dettol , ok la skit .. ni tak .. haa.. kang aku cakap , ramai lak tak lalu makan kan ?

OK la ... aku sampai dah kat stsn erl.. jumpa malam nanti... Malam ????

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

image

Dalam ketensenan , aku telah mengklik ym aku .. lantas tengok id dia menyala lalu aku menyapa dan akhirnya tak pasal pasal aku buat 2 entri mengenai dunia blog ...

Kawan kita ni jugak ada memberi sedikit nasihat untuk aku agar terus berblog dan buat tak tau je kat segala anasir anasir atau virus zombies yang merebak dalam dunia blog kita ini ..

Terima kasih DILLA ... Kadang kadang bila buntu , kita borak jap pon dah leh dapat banyak idea.. Bila dah ada idea tu , jgn tunggu esok atau tahun depan untuk update.. terus je update.. diorng suka atau tidak , terpulang.. janji takda sapa yang cedera sewaktu membaca entri tersebut.. okeh ?

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

image

Selamat malam blogger dan juga pengunjung..
Kihkih..
Tadi baru pas tengok movie kat Mr.Lappo..
Mr.Lappo dah nazak..
Setiap kali cik.ninie on je Mr.Lappo..
Mesti "jem"...

pemilik sebenar entri ialah  > http://aku-wanny.blogspot.com/

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Kalau korang nak stop blogging , aku adalah orang pertama akan stop .. tapi aku akan kembali dengan id anynomous ..atau 'lalat' mahupun 'langau' ...

Best siut .. jadi blogger tanpa wajah pastu kutuk mengutuk blog orang .. teringin .. Orang tak kenal kita .. kita kenal orang tu .. Cari je segala kesalahan orang tu .. Pastu 'tembak' sepuashati kita ..

Tapi terfikir .. kat bahu kiri dan kanan kita ni ada malaikat yang sedang mencatit segala amalan kita .. baik dan buruk .. segala tulisan kita , adalah tanggungan kita .. Baik kita tulis , maka baiklah balasannya nanti.. Kalau buruk ? Bayangkan kalau 100 orang baca .. berapa pulak point yang tercatit ?

Jadi.. kalau nak berhenti berblog semata mata kerana mereka mengutuk kita .. mengeji kita .. fikirkan semula .. Apakata kita ubah cara penulisan kita .. Bukan apa... dia dah 'sedekah' pahala dia kat kita .. kemudian orang akan masuk dan baca entri entri di blog kita .. Kalaulah blog kita mempunyai cerita yang bagus , bukankah dapat lagi pahala ?? Selain trafik.. hehehe... trafik tu pembaca okeh ..

Fikirkan semula.. aku pon teringin nak berhenti ..tapi bila memikirkan aku akan kehilangan korang semua .. aku simpan dalam dalam dulu perasaan tersebut ..

Buat mereka yang membenci kita tu , cuba tanya balik hati tu.. nak ke tidur dengan perasaan begitu ? Ibarat tidur bersama sama syaitan .. Bersihkan hati tu , tidur .. InsyaAllah .. lagi nyenyak dari telan ubat tidur !

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

Cara termudah nak popular selain masuk Raja Lawak atau Akademi Fantasia , buatlah blog .. Confirm dikenali ramai orang dan ramai kawan punya ..

Tapi bersediakah korang untuk 'diserang' dari segi psikologi ? hurm.. Kalau ada yang sampai bengang , abis  semua dikoreknya...Gambar , cerita peribadi .. apa saja yang boleh diserang , akan dijadikan bahan .. Bersediakah ?

Kadang kadang ada yang terlupa , dunia blog ini seolah olah selamat .. Gambar kita selamat .. cerita kita selamat ... Segalanyalah selamat .. maka boleh cerita apa saja..

Jika itulah anggapan korang , maka salah ! Dunia blog ini tak selamat .. Nak cerita , cerita je isu biasa .. Walaupun blog peribadi , elakkan segala cerita mengenai ahli keluarga , harta benda , pekerjaan , yang mana mungkin boleh membahayakan korang dan juga orang terdekat ..

Kita tak tau.. hari ni kita blogger picisan atau tepi longkang .. esok lusa ?? bila popular ? Abis semua diselongkarnya.. Kalau kena yang ok , ok la kan.. kalau kena yang busuk hati ????

FIKIRKAN .. LIHAT CONTOH YANG TERBARU ... Sejauh mana korang mengejar populariti ? Dan apakah niat sebenar berblog ? fikirkan keselamatan walaupun sekadar suka suka ...

Dunia blog tidak seindah apa yang kita sangkakan .. Aku dah alaminya walaupun baru setahun pengalaman ..

Share
Tweet
Pin
Share
31 comments

 

SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membuat laporan polis berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.

Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin, berkata Shuhaimi dalam kenyataannya menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember lalu didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru.

"Kenyataan ADUN itu seolah-olah memberi amaran bahawa Sultan Selangor akan berdepan dengan tindakan rakyat. Ia berunsur fitnah, menghina, menggertak, menggugut dan derhaka kepada institusi raja di Selangor.

"GAPS akan membuat laporan polis setiap hari di semua daerah sehingga ADUN tersebut dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 6 sini, hari ini.

Hamizun berkata, GAPS akan mencadangkan pertuduhan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan dikenakan terhadap Shuhaimi kerana perbuatan mengugut Sultan Selangor.

Dalam blog itu, Shuhaimi antara lain berkata jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi menerusi kenyataan dalam laman blog berkenaan seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana. - BERNAMA

-BHARIAN-

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

image

Peewiittt ... ganas bro kita nih .. mabeles gitu .. hehehe... Mau tau sapa dia ? Blogger Shafiq dan seorang lagi .. hehehe .. rasa korang sapa lak aku nak pilih blogger macho kita ?

image

Yearghh.. abang macho kita ni lak ... mmg sempoi dan santai orangnya .. baikhati dan juga peramah .. baru je berblog abang kita ni tapi gayanya ? Pergh.. makin hari makin power rangers gitu.. Tak caya g la godek blog dia sendiri.. jom .. SHAH

Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

 

Sahabat blogger ini ( link ) ada menanyakan soalan pada aku .. berkaitan kekerapan update dalam masa satu hari ...

Hurm... simpan idea untuk esok lebih baik dari post banyak banyak eh ? Hehehe... Kalau satu hari ni ada 10 idea , maka simpan la untuk 10 hari akan datang.. kalau esok lak ada 10 idea lagi , simpan la lagi yer ? gitu eh ? Jadi sehari biar je post satu atau dua entri ? Kemudian habiskan masa g promote blog dan g berforum ? gitu ke ?

Kalau ikut style orang lama , yup .. mmg sesuai la satu hari satu post .. atau satu minggu satu post kemudian habiskan masa dok merayau sana sini .. Mereka boleh buat gitu sebab mereka dah simpan beribu entri dalam tu disamping entri mereka mempunya 'umpan' untuk menangkap trafik .. Kena tau bab tu ..

Dan jangan lupa seperkara lagi , mereka dah lama menjual nama blog mereka ke merata rata ceruk rantau maka tidak hairanlah hanya sekali update beratus ribu masuk ke blog mereka.. Itu dah mencukupi..

Kalau kita yang baru saja berblog ? Satu cukup ? Esok buat lagi ? Pastu g ke blog orang , kemudian spam ? Pergh.. bila mereka datang .. baca entri kita yang satu tu ... entah menarik minat mereka atau tidak ? Apakah mereka akan kembali lagi untuk membaca entri kita untuk keesokkan harinya ? Kalau entri kita entri umum , mungkin.. kalau entri kita bercerita tentang aktiviti kita hari ini , camana pulak ?

Pendapat aku yang tak bijak ini ... update selagi ada idea ... Jangan mengarut , jangan mencaci maki .. blog kita , cerita kita .. selagi tidak memudaratkan sesama saudara seagama , sebangsa mahupun sesiapa saja  maka ... buat je la...  kan ?

Hari ini kita mungkin update 10 entri .. bila orang dah mula kenal .. kita mula kurang kepada 8 ... lama kelamaan .. ikut mana yang termampu ..

Usaha tangga kejayaan ... G tengok blog kawan kita yang mana kena kutuk memula .. tapi skang ? hehehe .... WWW.BORAKKOSONG.COM  berbaloi baloi .... kan bro kan .. hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

KOTA BHARU: Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 21, yang membantu Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini dianugerahkan sebuah rumah oleh kerajaan Kelantan bagi mengenang jasa dan pengorbanan penjaga gol itu.

Pemberian rumah itu diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas majlis meraikan Khairul Fahmi oleh penduduk Kampung Cherang Ruku di sini, hari ini.

"Sebagai mengenang budi dan menghargai jasa anak muda kita yang berbakti melalui sukan bola sepak membantu negara menjulang piala, maka pihak kerajaan negeri memutuskan menghadiahkan sebuah rumah kepada Khairul Fahmi.

"Kita akan tetap beri hadiah. Itu kenyataan saya (pemberian sebuah rumah) dan segala butiran mengenai pemberian hadiah tersebut akan dilaksanakan oleh Exco bertanggungjawab," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan kerajaan (NGO) Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood.

Nik Aziz berkata, kerajaan Kelantan begitu berbangga dengan kecemerlangan Khairul Fahmi dan berharap pemain itu akan terus meningkatkan prestasinya pada masa akan datang.

"Dia masih muda dan perlu menjaga diri dengan baik. Dengan bakat yang ada, dia boleh menonjol sampai bila-bila. Kita menghargai bakat dia serta keluarga dia, sebab itu kita berjanji nak beri hadiah rumah kepada dia,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz berkata bersukan adalah satu riadah yang sangat dituntut dalam agama Islam.
"Kita perlu seimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat. Bersukan boleh tetapi kita jangan lupa solat. Solat membentuk keperibadian akhlak yang mulia. Kita jangan terbabit dalam gejala najis dadah.

"Nabi Muhammad SAW dahulu pun bersukan juga. Masa saya berumur 11 tahun ketika zaman perang Jepun saya menunggang kuda dengan beberapa adik-beradik saya. Saya menang ketika itu, kerana terlampau gembira saya angkat kedua-dua tangan dan bila biawak lalu kuda pun terkejut dan saya pun jatuh. Sampai sekarang kesakitan itu masih terasa," katanya. - BERNAMA

-BHARIAN-

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Hehe.. tau ke menda tu ? Oh tidak... bukan yang itu .. size seluar aku laaa...

Lepas Aidilfitri tahun lepas , aku tak jaga sangat badan aku sbb nak membesarkan lagi size badan aku ni .. Maka .. naiklah dia ke tahap yang aku rasakan dah terlampau .. hehehe .. berat badan aku dah mencecah 98kg masa tu.. tapi tak nampak berisi sangat .. maklumlah .. pandai cover line ..

Tapi satu masalah timbul... selera makan aku cam nafsu kuda .. asyik nak melantak je keje.. Pantang jumpa makanan , aku tinggalkan pinggan je.. Tulang ? Jangan harap laaa... Tulang bagi kucing weh.. hehehe..

Tapi sebelum masuk tahun baru tu , aku nak turunkan berat aku ke berat feveret aku , iaitu 90kg.. Kalau berat aku kurang dari 90 kg tu , bermakna aku kurus.. aku tamo kurus !! Nanti cam badan pelakon Korea lak.. tamo tamo.. aku suka badan cam tentera US gitu.. Mantap kan ? Hehe..

Maka aku pon mula mengamalkan cara diet aku tersendiri ... Mujarab ! Dalam masa seminggu , hilang 5kg .. hehehe.. Seluar aku dari 36cm turun ke 34cm ... cukup dah tu.. tamo kurang dari tu..

Pernah kurang dari tu , orang tegur kata sakit lak .. Terpaksa gemukkan balik ! Sampai bila nak gini ?

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

image

http://diariamzar.blogspot.com/

image

http://manyusoef.blogspot.com/

 

suka dua dua blog nih !!!

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Haa.. berikut adalah perkara yang paling aku takuti , bila nak g kerja ..

  1. sakit perut  dalam ERL atau LRT
  2. terlupa zip seluar
  3. tersalah pakai kasut
  4. tali pinggang tak dimasukkan pada lubang yang betul
  5. bulu hidung terkeluar
  6. terpakai seluar dalam ayah ( dulu la )
  7. duit tertinggal
  8. kaki seluar termasuk dalam stokin.. ala ala tentera jepun lak
  9. butang baju tertanggal
  10. terpengsan dalam lrt ..

Hehehe.. nasib baik yang no 6 tu nyaris je.. hahahha

Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

 

Mak aih... boleh gini ? Ada pasangan kekasih mahukan pasangan dia mengemokkan diri ala ala kucing parsi gitu sbb tamo orang lain ngorat kekasihnya itu .. Pergh.. tak ke dia sedar , bila dah comel begitu lagi ramai suka lebih lagi kalau pasangannya tu lelaki .. haaa.. Kena comel plus kaki lawak . mmg abis la.. mesti datang squad Astro RAja Lawak culik kekasihnya tu ..

Tapikan .. tak adil la bagi aku .. Walaupun dah kawin mahupun belum sebenarnya tak hak menyuruh sapa sapa mengemukkan diri kecuali atas sebab sebab kesihatan ..Kalau atas sebab cemburu tu , haih .. bawak bawak mengucaplah ... Kang datang penyakit , sapa susah ? Kalau yang berisi tu perempuan , senang senang je laki tu cari lain .. Kalau perempuan , haaa... sama jeee ...

Satu lagi.. lelaki ni ha.. kalau suruh awek dia gemukkan diri tu sbb tak nak kena kebas ... ketuk kepala dia 13 kali .. kepala lutut dia 15 kali .. Tau nape ? Tang awek dia ,suruh gemuk .. Tapi dia ? Mata cam mata iguana !! 360 darjah boleh pusing !! Abis segenap sudut boleh fokus !! Jangan weh .. nasihat aku wahai wanita ... pedulik je kata kata lelaki yang bukan suami anda itu.. Kalau dh tu .. fikir fikirkan dari sudut kesihatan .. Aku yang maintain anggun ni pon leh darah tinggi singgah .. apa tah lagi kalau dah berisi dengan segala lemak , gula , garam  tu haa... haa..fikirkan la ..

Apa pun , cemburu tolak tepi... Kesihatan patut diutamakan .. Bukanlah nak kata gemuk tu tak sihat dan kurus tu sihat .. Tapi yang kurus tu nak bagi gemuk , pastinya kena makan macam macam kan ? Bukan main masukkan angin dalam badan terus gemuk gitu je kan..

Maaf yer.. ni bukan entri perli sesiapa... cuma kena prihatin terhadap pasangan anda .. Jagalah kesihatan .. Di samping tu boleh berjimat .. Marilah tanam ulam kat rumah.. jimat jimat...  Kalau ada yang terasa , minta maaf yer ..

Share
Tweet
Pin
Share
44 comments

Untitled-1

hahahah.. kenangan neehh.. tahun berapa eh... 2002-2004 kot.. haaa... Dah besar besar budak nih...

Ada yang aku pernah terserempak dalam LRT .. tapi boleh wat dek je diorg.. hahaha.. Haih.. muka skema je kan .. hahahha ..

Share
Tweet
Pin
Share
62 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes