http://you2nique.blogspot.com/
http://miszlovelove.blogspot.com/
http://mazmiesya.blogspot.com/
http://whoamieitismei.blogspot.com/
Kriteria pemilihan ? Takde .. rawak je ... Hehe..
http://you2nique.blogspot.com/
http://miszlovelove.blogspot.com/
http://mazmiesya.blogspot.com/
http://whoamieitismei.blogspot.com/
Kriteria pemilihan ? Takde .. rawak je ... Hehe..
Sumber : Niena
Menurut diari pregnancy yang aku muat turun melalui Htc Desire HD , usia kandungan wife aku baru 14 minggu 5 hari dan ada lagi 179 hari lagi untuk aku bergelar ayah / walid / abah / daddy / ... Lama lagi tu kan ?
Tapi ada dah mencari eh ? Hehehe.. nak bagi advertorial kah ? Hahahah... Ke nak buat bisnis nehhh... hehehe.. Tak kisahlah apa pun.. Jangan wat bukan bukan dah la yer ..
Buat yang masih menanti saat ini , bersabar dan teruskan usaha. Selagi bernafas , selagi itulah mencuba. InsyaAllah.. Ini dugaan Allah.. Banyakkan doa.. Aku doa korang juga cepat dapat baby... Jangan masam muka.. Senyumlah .. Ada yang lagi kurang bernasib baik dari kita..
Nasib aku , suami isteri pun tak tau lagi camana.. Doakan kesejahteraan kami yer dan juga sahabat sahabat yang lain juga.. Amin..
Hehehe.. Dasatkan ? Penjawat awam naik gaji , swasta pun nak ... Tapi bila swasta naik , penjawat awam telan air liur je kan ? Sama gak bila bab bonus yang berbulan bulan malah ada sampai berbelas bulan .. Penjawat awam tak bising pon ?
Ok.. aku bukanlah nak bela mana mana pon.. Tapi kita sama sama kena pandang dari satu sudut yang mana sama sama mencari rezeki.. Inilah hakikatnya bila makan gaji. Kalau nak gaji besar , buatlah bisnis sendiri.. Ada kerja , ada gaji .. Malas kalu , makanlah angin ..
Diorang kata penjawat awam ni keje senang .. curi tulang , melepak banyak .. Tapi itu yang diorang nampak.. Yang tak nampak pulak camana ? Bagi aku , tak perlulah nak sakit hati kat mana mana pihak.. Kalau tak puashati , tukar keje .. Masuk gov. Kalau kata susah nak dapat , tahukah korang yang tak kerja tu susah nak dapat keje kat swasta sbb nak kena ada pengalaman ?
Dunia ni seimbang tapi kita sendiri yang kasi susah. Kalau gaji RM1 , selera tekak nak makan mamak hari hari , mana cukup kan ? Kalau nak lebih , usaha kena lebih .. Makan je la apa yang ada.. Sapa suruh tak belajar rajin rajin dulu kan ? Kalau tak , mesti dah jadi angkasawan negara punya..
Skit tapi syukur pada Allah.. dapat bantu keluarga sedikit sebanyak. Jangan pulak abiskan duit kat karaoke dan main golf !
Tapikan , kalau kerajaan arahkan swasta naik gaji kakitangannya , gamaknya mesti diorang g pindah ke negara lain yang mana tenaga buruhnya lebih murah dari Malaysia kan ? Ada baik dan buruk..
Aku ? Tahun depan full time blogger.. Kata nak gaji besar.. buat la bisnis kan ?
Jadual : Ujang
Mula-mula aku nak ucapkan terima kasih pada bro JAI atas kesudian menjemput aku dan juga rakan rakan blogger yang lain ( SINI ).. Satu event yang sangat happening walaupun bukan bertaraf 5 bintang tapi sangat memuaskan hati para hadirin terutama bloggers. Dilayan sama rata dengan media yang lain.
Selepas lunch bersama wife semalam , aku dan Ujang gerak ke Holiday Villa sejurus menunaikan solat Zohor di Masjid Putra. Aku mmg suka pergi awal sebab tak kalut dan berebut dengan hadirin yang lain nanti.
Sampai kat hotel tu dalam kul 2 petang . Ikut jadual , pukul 3 baru mula. Ok la.. tengok sana sini dulu. Tengok Rosyam Nor yang mundar mandir dengan pikiran yang penuh. Tapi orangnya sangat simple. Tak kenal , maka orang kata dia sombong. Kalau dah kenal , tak larat nak layak borak tapi pastinya , kalau tak tahan gurau maka janganlah bergurau dengannya. Pasti pedih telinga.. Hahahaha..
Kemudian bro Jejai sampai bersama geng yang lain. Bersama aku dalam gambar diatas ialah En.Suhaimy Abdul Rahman , Buss. Dev. Director Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
Orangnya sangat sempoi dan peramah . Katanya , kemungkinan Suhan Movies nak gunakan medium blog untuk pasaran produk Suhan akan datang.. Bagus gak kan ? Hehe..
Tak lama kemudian , bermula sesi pelancaran yang mana wakil dari TM dan RTM turut hadir dan memberikan sepatah dua kata. Wakil blogger ? Nehhhh... hahaha..
Sidang akhbar pastu .. Hehehe ... Tak nampak pulak blogger g join sidang akhbar tapi pakat beratur amik makanan.. hahahah.. Yelah , nak tanya apa kan ? Blogger ni bukan wartawan. Mereka akan cerita selepas terjadi dan bukannya sebelum . Untuk pelancaran Pilih Kasih nih , semua dah terjawab dengan Siaran Akhbar yang dibekalkan tu..
Selesai sidang akhbar maka , sidang bergambar pulak.. Hahaha.. Tu boleh tengok kat sini ..
Selesai ... Aku tengok rakan-rakan blogger semua happy je.. Lebih lebih lagi bila dapat bergambar dengan Erra dan Umie Aida .. Tak ketinggalan juga bergambar dengan bekas bekas peserta PILIH KASIH yang telah selesai shooting drama INSPIRASI VARSITI .. Sebuah drama musikal gitu ! Hehehe.. Bakal ditayangkan di TV1 nanti..
Apa yang pasti , Rosyam Nor berjaya didik mereka menjadi pelakon yang merendah diri , sama sepertinya ! Harapnya disiplin mereka berkekalan dan jangan lupa akhirat.. Hehe ..
Aku sempat buat muka Mickey Mouse dikala mereka sedang .. ehem.. Hahaha.. Yana , jangan risau .. Suami anda tak miang !
Dan sempat bergambar penutup bersama .... sbb memang minat lakonan dia sejak Soalnya Siapa .. ke Soalnya Hati ? Erk... Lama dah.. Heheh..
Lalalalala.... Tamat cerita Pilih Kasih.. Terima kasih Suhan Movie.
Ni kalau Faizal Tahir tengok pon , tabik kat mamat bawah ni !
Sanggup buat pembedahan semata-mata nak serupa macam Superman ! Bengong ke apa ? Kot ya taksub sekali pon tak payah la ubah muka tu haa.. Adoiii ..
Jangan kau g pasang enjin kat belakang badan tu agar boleh terbang , sudah la yer ... Haish.. Makin maju manusia , makin mengarut jadinya ..
“Saya mengambil keputusan menjadi Superman kerana sejak kecil saya mahu menjadi sepertinya. Saya sedar dengan kelihatan seperti Superman akan menggembirakan saya dan saya berpuas hati selagi saya tidak mencederakan sesiapa,”.
Nama dia , Herbert Chavez, 35, Sama umur ngan aku pulak tu .. Aiseyman.. Kalau gini , aku pun nak nak buat pembedahan la.. Nak macam Justin Bieber boleh ?
Tau apa yang dia buat agar serupa macam si Clark Kent tu ? Pembedahan plastik berulang kali sepanjang 16 tahun lalu untuk membolehkannya mendapatkan dagu lekuk dan hidung Superman. Dia juga menyuntik silikon untuk menebalkan bibir dan menjalani implan pada paha supaya kelihatan lebih tegap dan berotot.
Gila .. hahaha... aku g gym bertahun pon tak jadi cam Superman ! Jadi cam Vin Diesel ada la.. Hahahha... Macam macam ..
Menariknya Pilih Kasih 3 akan menampilkan Erra Fazira dan Umie Aida sebagai juri tetap. Pemilihan mereka diharapkan dapat memantapkan lagi program realiti tersebut di samping dapat berkongsi pengalaman luas mereka kepada peserta-peserta yang terpilih menyertai pertandingan itu.
Penyertaan dua pelakon popular tanah air selaku penasihat kepada Rosyam Nor terutamanya semasa sesi pembuangan peserta sewaktu siaran langsung Pentas Pilih Kasih yang bermula awal Februari nanti. Selain itu, kedua-dua pelakon popular tersebut juga akan terlibat sebagai panel penilai siri uji bakat dan bertanggungjawab memantau perkembangan pelajar sepanjang 11 minggu. Mereka dipilih berdasarkan kecemerlangan mereka dalam bidang lakonan.
Pemilihan kedua-dua pelakon tersebut juga selepas perbincangan yang dibuat dengan pihak penaja iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dan RTM.
Tenaga pengajar untuk Pilih Kasih 3 ialah Erma Fatima, Hamzah Tahir, Fauziah Nawi dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.
Bersama ibu @ Fauziah Nawi yang sememangnya seorang yang peramah.
Demi kelancaran program dan sejajar perkembangan semasa,sebelum sesi uji bakat, para calon dan orang ramai boleh mengetahui pelbagai maklumat tentang Pilih Kasih termasuk tarikh dan lokasi ujibakat , malah , boleh memuat turun skrip uji bakat sebagai persediaan awal di portal gaya hidup TM, EveryoneConnects di www.everyoneconnects.net.
Selain daripada itu, lain-lain kandungan berkaitan PK3 yang terdapat di laman portal EveryoneConnects ialah profil dan biodata juri serta finalis PK3, klip-klip video dan gambar belakang tabir semasa sesi uji bakat dan pentas pemilihan, siaran ulangan episod-episod PK3 secara ekslusif di ruangan Sini Maa serta wallpaper yang boleh dimuat turun. Sementara itu, peminat juga boleh menyertai peraduan untuk peluang memenangi pelbagai hadiah hebat.
Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang Negeri Sembilan sekali lagi menjadi medan tumpuan ramai apabila Pentas Mingguan Pilih Kasih berlangsung di lokasi ini sepanjang 11 minggu.
SENARAI TARIKH DAN LOKASI UJIBAKAT PILIH KASIH 3
TARIKH LOKASI UJIBAKAT
22 & 23 OKTOBER 2011
THE SUMMIT, BATU PAHAT, JOHOR
29 & 30 OKTOBER 2011
AEON BUKIT TINGGI, KLANG, SELANGOR
12 & 13 NOVEMBER 2011
CENTRAL SQUARE, SG PETANI, KEDAH
19 & 20 NOVEMBER 2011
TBC
26 & 27 NOVEMBER 2011
CENTRE POINT, SABAH
3 & 4 DISEMBER 2011
THE SPRING, SARAWAK
10 & 11 DISEMBER 2011
KL SENTRAL, KL
" Andakah pelakon yang kami cari ? "
Alhamdulillah... Sorang sorang bakal tamatkan zaman solo.. hehe..Cepat cepat ..
"Pertemuan kami seperti telah ditentukan untuk hidup bersama. Saya merasakan Watie adalah orang yang dapat membahagiakan hidup saya hingga ke akhir hayat,". - MSTAR
Semoga pertemuan korang diakhiri dengan pernikahan yang sah ..
Kereta yang dianggap tertua di dunia yang menggunakan kuasa stim dan masih boleh digunakan, dijual dengan harga AS$4.6 juta (RM14.2 juta) dalam satu lelongan.
Kereta buatan De Dion-Bouton et Trepardoux Dos-a-Dos Steam Runabout atau lebih dikenali sebagai “La Marquise,” yang dikeluarkan di Perancis pada 1884, dijual dua kali ganda daripada harga anggarannya dalam lelongan di Hershey, Pennsylvania, Jumaat lalu. -BHARIAN
Ben - Agaknya tahun diorang dah panda 'bikin' kereta tak atau dah layan drag car ? Hahaha..
Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] [2:29] [2:30] ..
"Oklah .. Nanti kita pergi sekali. Naik lrt je tau. Ben takde kereta. Nak naik teksi ayah Ben ? Ok je kalau Sabrina nak ? ".
Sms Sabrina aku balas.
2 minit kemudian. Sms balasan dari Sabrina.
" Apa kelas naik lrt .. Kereta takde ke ? Ala... ada ke naik teksi ayah Ben. Nanti blogger lain tengok , segan la Sabrina .. Kita naik kereta abang Sabrina eh ? Sab pinjam nanti .. ok ? ".
" Waaahhh... Aku tak sangka pulak perempuan ni dah bermata duniawi ! Aku ingatkan dia ni berbeza la dengan wanita wanita berstatus metropolitan ! Rupanya tidak.. Mak aih... Nampak gayanya , aku terpaksa ceraikan kau la wahai Sabrina dengan talak 3 !! .. Sat... Couple pon belum ? Camana nak cerai ??? ". Getus hati aku yang terasa geram yang amat sangat padanya.
" Kalau begitu , Sabrina naik kereta abang Sabrina saja. Ben akan naik lrt. Ok ? Jumpa nanti . Salam".
Ambik kau ! Ingat aku terhegeh sangat kat kau tu ! Huh...
Tiba-tiba masuk lagi pesanan ringkas dari Sabrina.
" Amboi .. Serius benar la Ben neh ! Sab gurau je la.. Abang Sab mana ada kereta. Motor tayar empat ada la... Tu pun tunggu masa nak dijadikan tukun tiruan kat Selat Melaka tu nanti. Kita pergi sekali yer.. Daaa.. Wsalam... "
Hampeh.. Memain betul la budak ni ! Tak sudah sudah nakal dia dari dulu . Tapi betul ke dia sukakan aku ? Hurm... Kalau betul pun , bagus jugak. Memang susah nak cari perempuan sukakan kita. Asyik asyik aku je sukakan diorang ...
......................................................
Hari yang ditunggu telah tiba ..
" Tuu.. Sab , jom.. Cepat .. kang bertolak tolak pulak nak masuk dalam Lrt ni .. " . Aku suruh Sabrina masuk terlebih dahulu dan diikuti aku.
Destinasi , KLCC .
-SAMBUNG-
Kecoh ! Kecoh ! Kecoh banget !! Nape kecoh lak ni ??? Haaa.. Kecoh sebab tak sangka Rosyam Nor , Erra Fazira dan Umie Aida sangat sporting untuk bergambar dengan bloggers yang hadir tadi ! Malah abang Rosyam Nor tak henti henti mengucapkan terima kasih pada bloggers yang sudi hadir pada pelancaran program realiti PILIH KASIH tajaan TM ni..
Bukan senang nak dapat bergambar dalam satu majlis yang mana bloggers sendiri dijemput hadir oleh pihak pengurusan SUHAN MOVIES dan Rosyam Nor sendiri .. Kena pulak selebriti tu , mmg naik dari bawah .. Haaa.. satu contoh yang aku selalu pegang..
" Biar bermula dari bawah .. Sampai atas , jadikannya kenangan terindah ! "
Nanti aku cerita lagi pasal majlis PILIH KASIH 3 ni.. LIKE 100X
Ni masalah sosial sekarang ... aku pasti ianya dari mereka yang baru 'bersunat' ! Maaf , cakap wahai adik adik ... Tapi inilah hakikatnya.. Tapi bukanlah semua...
Keyword di blog aku pada hari ini .. Hurm.. Aku boleh katakan punca pada semua ini adalah dari internet .. Maka kalau boleh wahai ibu bapa , dan abang mahupun akak , pastikan adik adik kita bila mengadap internet tu hanya untuk buat kerja.. Jangan sampai bila dah 'tersesat' baru nak mengeluh..
Masalah ini bukan pada remaja je tapi yang dah tua nak mati cam aku ni pun berlambak gak .. Contoh kes seorang bapa yang kemaruk seks sanggup liwat anaknya yang baru berusia 23 hari !
Inilah tanda dunia semakin hampir ke penghujungnya... dan bukannya pasal bulan !
Yup .. Dari mula aku baca isu pendapat artis mengenai Hudud tu , aku terus baca kenyataan Heliza.. Aku kenal dia sbb aku pernah duduk berborak dengan dia dan aku tahu bagaimana dia berfikir bila ditanya mengenai sesuatu ..
Dan sememangnya aku tak percaya dia kata begitu. Lagipun jawapan diorang , lebih kurang jer.. Takkan la Heliza berani nak bagi kenyataan begitu memandangkan itu adalah isu politik tika ini.. Kalau dia bagi begini , maka dia akan dikatakan pro sana.. kalau dia kata begitu , maka diorang akan tulis Heliza pro situ pulak.. Cakap camana pun , pasti dia akan kena !
Rujuk entri SINI
Alhamdulillah , rakan blogger aku Ujang mengambil tindakan bijak dengan menanyakan pada Heliza sendiri..
Aku pernah tengok video kenyataan seorang menteri dengan apa yang ditulis semula oleh wartawan yang menemubual beliau .. Hampeh ! Dia tulis ikut pemahaman dia .. Camana tu ?
Ingatkan blogger je pandai create isu panas , rupanya wartawan yang ajar blogger dulu.. kan kan ? Tak caya ?? Tuuuu... Melodi tuuu... Tuuu.. Buletin TV3 tuuu..
Tuding jari ? Eh , terasa ke ? Alaaa.. tak merasa masuk TV3 pasni.. hahahah...
Buat Heliza , saya tau awak guna akal bila berbicara.
Cayalah bro ... bakal isteri muda wooo... 24 tahun dan Lan dah 42 gitu. Ni la 'rezeki' namanya.. Heheheh..
Selepas tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz, 42, atau Lan A To Z akhirnya memilih untuk berkahwin dengan Siti Nur Ain Daud atau Ain, 24, dari Dengkil, Selangor.
Ain dikenalinya sejak tiga tahun lalu selepas bekas isterinya, Marcella Casissi Shariff atau Cella meninggalkan dia untuk kembali ke sisi keluarganya di England bersama tiga anak mereka, sewaktu Ain hadir menjalani ujibakat menyanyi di studio di Gombak.
Menurut Lan , “Cella pulang seorang diri ke Malaysia awal tahun ini untuk selesaikan kes kami. Hubungan kami sekarang hanya sebagai kawan serta ibu bapa terhadap Puteri Nur Aqmar,11, Puteri Nur Syafiqah, 10, dan Puteri Nur Farhana, 4 tahun ".
Apa apa pun , semoga berbahagia bro ! ;) .. Lupa lak , takde sapa nak sponsor ke ??
sumber : HMETRO
http://shafydavictoria.blogspot.com/
http://cherrynnee.blogspot.com/
http://luqmanul-stuwry.blogspot.com/
http://shayeslamenyer.blogspot.com/
http://hatiyangmenulis.blogspot.com/
Berdasarkan Follower terkini yang tidak ramai follower.. Kira baru buat blog la.. Kasi can kat diorang eh.
" Apa saja manusia ni .. Aku tak kacau orang , diorang kacau aku.. Bila aku kacau orang , diorang kata aku jahat.. Bila diorang kacau aku , kitorang kata manusia ni mmg takde keje dah ! "
Teringat kata nenek moyang aku .. "Kita buat baik , mereka butakan mata .. Tapi bila jumpa kelemahan kita , mereka kompang satu dunia .. "
Dunia oh dunia... Mudah benar kita lupa , terlupa dan dilupai. Selagi kita bernafas , jangan mudah gelakkan orang kerana kelak kita akan digelakkan.
Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] [2:29] ..
" Hurm.. Ada 25 komen ! Dan satu dari 'dia'. " .Kembali girang hati aku.
Nanti saya tinggalkan no tel saya di FB awak. Saya salah seorang diantara 5 ribu kawan di FB awak. Lama dah dalam tu cuma awak je tak perasan saya.
Jangan approve komen ni yer . Saya tau awak amanah orangnya. Terima kasih. Jumpa lagi di entri akan datang.
" Depan mata ?? Adoi.. Main teka teka pulak . Setahu aku , kalau mula mula dulu cuma kawan kawan rapat je dalam FB aku .. Takkan la kot ? Haish... main teka teki plak.. Tak pe , tunggu dia tinggal no tel .. ". Bisik hati kecil aku.
Menongkat dagu. Fikirkan yang entah apa-apa mengenai masa depan. Aku nak sambung belajar untuk perbaiki masa depan tapi terjebak pulak dengan cinta. Umur makin lanjut ..
Telefon bimbit aku renung. Lama dah tak 'menari'. Takde sapa sudi nak call atau sms aku. Yelah , bujang trang tang tang la katakan . Ada awek dulu , kaya sangat.. Bila ada yang miskin , dia pulak cari yang kaya . Grrr..
" Uik.. panjang umur telefon aku nih.. Baru berkata kata terus masuk sms ??? Huihh... ". Dengan pantas aku capai.
" Alamak.. Awat Adawiyah pulak yang sms ni ?? Apa lagi dia nak ? Ari tu kata 'not interested' ! . Ni baru tak sampai seminggu dah 'i miss u' pulak ? ". Bebel sorang diri.
" Hi Ben . Jadi pergi gathering kat KLCC sabtu ni ? Kalau jadi Sab nak g ngan Ben.. Boleh ? ". Begitulah sms itu ditaip.
Peliknya. Kenapa keluar nama Adawiyah ?? Hadoii.. Mesti ada orang naya aku ni !! Lisa !!! Hari tu dia ambik handset aku.. Huh... Hampeh tul ! Memandai dia rename nama Sabrina. Nak penaya aku la tu.. Cess.. Tunggu la dia !
-SAMBUNG-
" Blogger yang berada dalam kereta tersebut , sila berhenti ! Apa yang kamu lakukan adalah salah disisi undang-undang ! Kamu cuba melanggar penguatkuasa JPJ ! Ini bukan cara gentlemen .. Kalau kamu cuba meniru gaya Mcgyver , pastinya Mcgyver hampa sama sekali !!! Berhenti !!
Ala-ala main kejar mengejar pulak dengan polis dan penguatkuasa JPJ ni .. Apa yang pasti sebenarnya mat rempit yang baru langgar sekatan jalan raya tu tapi blogger yang dipersalahkan !!
Sebelum itu , aku menghadiri satu majlis perkahwinan artis yang grand giler .. Kerusi pengantin yang dihiasi berlian bernilai jutaan ringgit menjadi hantaran dan tarikan majlis tersebut. Pergh.. mmg grand gilalaahh..
Tapi sayang aku tak amik gambar tu ! Sekali bila aku tengok blog , Oh Bulan dan BeautifulNara dah update gambar tu.. Frust gila betul aku !! Kalau update ni mesti ramai punya masuk tengok. Laju betul diorang wat keje .. Hampeh tul aku.. Slow !
Tu la dia.. gara gara blog , tidur pon sampai bawak masuk dalam mimpi kejap tadi.. 10 minit punya tidur !!
Dalam entri Kali pertama jumpa , aku terus buat wife benci pada aku ! , ramai kengkawan kata aku tak gentlemen.. Hehehe.. Sebenarnya itu adalah rahsia aku bagaimana aku memikat wife aku tika itu..
Hahahahha.. Korang tau apa wife aku kata dalam hatinya selepas jumpa pagi tu ?
" Aku takkan jumpa dah mamat nih !! "
Tapi pelik tak ?? Kenapa wife aku boleh jumpa aku selepas itu lagi ? Untuk pengetahuan korang , aku jumpa dia lagi selepas itu untuk bawa dia membaiki telefon bimbitnya yang rosak di Bukit Bintang Plaza !
Itu perjumpaan kedua la.. Niat nak tolong dia jer.. Tak de lain dah .. Tapi dalam diam simpan perasaan gak .. Hehehe.. Best part ! Hahaha.. Nak tau ??
Sejurus turun lrt di stesen Hang Tuah , aku bawak dia berjalan ( dia dengan kasut tumit tinggi sebab baru lepas kerja ) dari situ hingga ke Bukit Bintang Plaza yang mana ambik masa dalam 15-20 minit jugak la ..
Berpeluh beb ! Hahahahha.... Saja duga weh ! Ni namanya nak test awek .. Kalau dia mampu tahan ujian ringkas ni , bermakna boleh bawak g majlis la ... Hahahaha.. Kejam kan ?
Ini namanya reverse psychology .. Nanti aku cerita lagi eh .. hehe..
Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..
Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] ..
Akhirnya , aku menyendiri lagi. Bukan mudah nak mengharungi perasaan ni. Bila berperasaan begini , pastinya blog menjadi teman aku meluahkan perasaan.
Sepi ,
Bukan pintaku ,
Hadirnya mendamaikan ,
Syahdu dan pilu ,
Itulah aku tika ini.
Sepi ,
Temanilah aku ,
Tak ingin diganti lagi ,
Andai yang hadir ,
Hanya untuk melunaskan nafsu.
Sepi ,
Mengajar aku ,
Erti kehidupan sebenar ,
Mendekatkan aku ,
Pada Ilahi.
Sepi ,
Andai ingin pergi ,
Aku relakan ,
Cuma dia yang dinanti ,
Apakah sudi akan diri ini ?
Hurm... Sapa yang sudi menerima diri ini ? Yang aku suka , bukan sesuai di hati .. Yang aku minat , harta menjadi ukuran . Yang aku nanti , tak pasti sapa lagi ..
Sabrina ? Anonymous ? Hurm... Nak ke diorang kat aku ?
Pelik ? Tak laa... Kalau suami dera isteri , si isteri g report polis.. Mudah je tindakan diambil.. Tapi bila suami didera isteri ? Suami biar je.. Malas nak bergaduh.. Bukan tak nak tapi malas nak bising bising .. Kan ?
Zaman ni , mulut je pandai cakap bab agama tapi penghayatan takde . Bila sebut bab dosa pahala , ianya umpama dapat markah atau tolak markah.. Begitu juga bab syurga neraka .. Ianya seolah lagi 1000 tahun baru jelma.. Maka sebab itulah ramai terlupa tentangnya ..
Mereka sebut pasal mati .. Tapi berapa ramai yang benar benar tau apa yg akan berlaku bila mati ? Mungkin diornag fikir yang akan diseksa tu cumalah roh.. Jasadnya takde kene mengena. Mungkin dia tak rasa kena seksa lagi..
Jadi , manusia sekarang tak kisah bab hukum hakam agama.. Semua itu cuma undang-undang yang tak nampak , bagi mereka ! Kalau tidak , pasti takde manusia berani melakukan dosa kan ?
Ingat .. udara tidak nampak.. Kita hidup... Akal tak nampak tapi kita fikir .. Hati cumalah organ tapi kita berperasaan .. Dosa pahala tak nampak tapi ianya wujud. Syurga neraka tak tak nampak tapi kita pasti mati !
Bab dera mendera ni , kembali periksa hukum agama.. Apakah status anda ..
Aku pernah merasa susah .. Kesusahan aku itu disebabkan menganggur dalam satu jangka masa yang sangat panjang sehinggakan aku terpaksa jual barang kesayangan aku demi untuk mendapatkan sedikit wang belanja !
Segala pengalaman aku itu membuatkan aku bertambah matang. Dan alhamdulillah , aku belajar erti berkongsi rezeki ..
Aku tau bagaimana perasaannya bila ada yang 'memberi' pada kita walaupun kita tidak meminta. Ianya satu yang amat besar buat mereka yang memerlukan.
Ini bukan satu entri ungkitan atau berlagak tapi sekadar berkongsi pengalaman aku yang tak sebesar mana pun.
Sejak rezeki aku dalam dunia blog ini bertambah , aku suka berkongsi rezeki aku dengan mereka yang aku rasakan memerlukannya. Bagi aku , rezeki aku datangnya dari Allah dan selayaknya aku berkongsi dengan mereka walaupun jumlahnya kecil saja.
Ianya memberikan aku satu kelegaan. Tak luak mana pon kalau kita ni berkongsi dengan mereka. Rezeki kita , Allah dah sediakan .. Kita cari saja.. Dan janganlah kedekut.
Jangan kedekut dengan keluarga kita terutama ibu bapa kita . Ada rezeki lebih , berkongsilah dengan mereka.. Apa guna kita pusing dunia dan kemudian bercerita pada mereka.. Tapi satu sen pon tak hulur pada mereka !
Apakah ? Setiap kali ada yang follow blog aku , aku cuba masuk ke blog mereka .. Mana yang termampu oleh aku je la.. Yang tak sempat tu , aku mohon maaf ..
Bila aku masuk , apa yang baru buat blog .. Ini berdasarkan jumlah follower mereka dan juga entri di blog archive.. Dan membuatkan aku terharu , link blog aku berada di blog mereka .. Terima kasih buat mereka yang sudi letak link blog aku.
Aku tak tau bagaimana nak balas budi baik korang yang senantiasa memberi sokongan pada aku ini . Semoga Allah membalas segala kebaikan yg korang buat samada pada aku dan juga rakan-rakan yang lain.
Jadi , aku nak amik kesempatan di malam ini .. Khas buat mereka yang baru buat blog dan hanya ada 100 FOLLOWERS ke bawah , aku akan buka satu bloglist baru. Bloglist ini hanya untuk sebulan sahaja. Selepas itu , aku akan remove bloglist tersebut.
Maka , dalam tempoh itu , silalah amik kesempatan dengan rajin update entri entri yang bagus untuk menarik pembaca dari blog aku ini ke blog korang .. OK ?
Tawaran ini dibuka sehingga awal pagi esok . Hanya 100 blog terawal dan terpilih saja akan berada di dalam bloglist tersebut.Seperti aku kata tadi , khas buat blog yang baru ada 100 follower ke bawah saja .. TINGGALKAN LINK URL BLOG ANDA !
Buat rakan lain , kita beri peluang pada rakan kita yang baru ini untuk mengembangkan sayap mereka.. Ok ? Terima kasih kerana memahami..
Sama sama kita membantu.InsyaAllah..