Ready stock available at: http://mrsladysstylo.blogspot.com/search/label/Ready%20Stocks%20Available
Pre-order available at: http://mrsladysstylo.blogspot.com/search/label/Pre-Order%20Available
Ready stock available at: http://mrsladysstylo.blogspot.com/search/label/Ready%20Stocks%20Available
Pre-order available at: http://mrsladysstylo.blogspot.com/search/label/Pre-Order%20Available
Boleh nampakkan ? Terutama di Facebook.. Bergambar sana sini .. Berposing sana sini .. Pastu tersebar gambar .. Bila dah ada yang mengumpul , mula pening… Haaa… Masa buat tu tak nak pk ..
Sama gak isu kat bawah ni .. Gara gara nak jadi model .. Tak pasal pasal kena tipu .. Haih …
Fikir masak masak sebelum buat sesuatu yang rasanya , mendatangkan masalah di kemudian hari…
Keputusan UPSR 2011 dah keluar.. Ada parents yang mengalirkan air mata .. Ada juga anak mereka mengalir airmata dek dikejar parents mereka kerana berjaya merangkul gangsa mahupun plastik ! Hahaha.. Tak pe la.. Sekadar UPSR.. Suruh mereka berusaha lagi untuk masa depan.. Bukannya tanda hancur masa depan anak tu.. Bagi galakan.. Ini sekadar ujian jer .. Memang betul penting tapi anak tu lagi penting.. Semangat dari ibu bapa tu penting .. Jangan musnahkan semangat mereka … OK ?
Berbalik pada tajuk .. Aku pelik gak , nape ramai sangat singgah kat blog aku pasal UPSR ni ?? Aku pon cari la dari mana puncanya dan aku ketawa besar ! Rupa-rupanya aku pernah buat segmen pasal UPSR ni.. Hahahaha..
Mesti korang nak tau kan entri mana satu ? Hahahhaah.. Lawak betuk laa.. Mesti ramai tensen bila ‘tertipu’ dek entri aku tu.. Hahaha .. Maaf la yer ..
Jom g tengok n baca entri tersebut.. klik Keputusan UPSR 2011
BMW E46 03/07 M SPORTS 2.2
PRICE : RM95K NEG.
LOAN : RM92K ( 7YEARS )
COLOUR : BLUE
TEL : 013-3853304 / 012-6822643 BADRUL
Jangan tak percaya !! Pergh.. Rasa cam retis lak aku !! Hahahaha.. Hampeh … Tapi apa pon kena pastikan .. Ori ke tak .. hahaha..
Skali si Aliff Cullen .. hahaa.. dia saja je katanya.. Saja bergurau je la .. Aku pon nak tukar gak laa.. Hurm .. YUNA .. ok tk ? ok tk ?
“ Oh kasihku .. aku cinta padamu .. “
“ Yakah ?? Tapi aku tidak mahu mendengarnya sekarang .. Bolehkah kau simpan dahulu dan lafazkannya pada esok hari ? “
“ Demi cintaku padamu .. baiklah .. “
Esok harinya telah tiba..
“ Inilah harinya yang ku tunggu tunggu .. Sayang , izinkan aku melafazkkannya .. “
“ Nanti nanti .. Aku tiada mood ingin beromantika denganmu .. Kita simpan saja adegan itu ya ? Esok kita ketemu lagi .. “
“ Wah.. sudah macam drama Nilapura pula bahasa kita.. Baiklah.. Akan ku sabar menanti esok hari.. “
Esok punya esok punya esok punya esok .. Tak jugak dia dapat meluahkan kata cinta.. Akhirnya ..
“ Ah… kalau asyik bertangguh begini , lebih aku cari perempuan lain .. Berlagak sungguh ! “
Sambil tersenyum .. “ Baru ku duga sedemikian rupa , kau sudah menyerah kalah ! Bagaimana kau nak bersabar dengan perangaiku jika kita punya jodoh ? Baru sekadar mahu melafazkan kata cinta , kau sudah tensen ??? Belum lagi aku mintak emas permata .. Mau kena ketuk aku jugak nanti ! Pergilah.. Tuu.. beribu itik betina yang gilakan kata kata cinta sedang menanti kehadiran mu itu.. Maaf , aku bukan jenis mudah luluh dengan kata manis seekor itik jantan seperti kamu itu .. “
“ Erk.. aku diduga sebenarnya ??? Oh…. “
Zaman ini , berapa ramai wanita sanggup menduga pasangannya ? Dugalah dengan agama .. Bercintalah dengan agama .. Ubatilah rindu dengan agama .. Lafazkanlah cinta kerana agama .. Dari situ , akan nampaklah segalanya …
Yang benar-benar ikhlas sebenarnya , tak ramai .. Yang ramai ni , lebih pada bermuka-muka .. Alhamdulillah , sepanjang aku dalam dunia maya ni , aku masih ada teman rapat ..
Sedihnya , yang menikam belakang ni terlalu tinggi jumlahnya .. Kalau kita buat tak tau , mereka kata sombong.. Bila kita ramah , mereka pijak kepala ..
Apa yang aku belajar dalam dunia maya ini ialah … JADILAH DIRI SEBENAR.. Jaga hati orang , biarlah kena cara .. Jangan sampai binasakan diri sendiri semata mata nak puaskan hati mereka ..
Apa pun , jutaan terima kasih buat mereka yang sudi berkawan dengan aku walaupun tidak pernah bersua dan paling penting , berkawanlah kerana Allah dan juga kerana kita ini manusia yang punya hati dan perasaan ..
“Nah sayang .. hadiah buat mu ..”
Lalu diberinya teddy bear ..
Selepas nikah di Siam
“ Nah amik ni ! “
Panggggg …
“ Pelajar yang tinggal di kawasan berisiko banjir diingatkan tidak bermain air pada musim tengkujuh bagi mengelakkan kejadian lintah memasuki kemaluan hingga menyebabkan pendarahan.
Tahun lalu, 13 kes pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke beberapa hospital selepas berlaku pendarahan dan terpaksa diberi rawatan susulan. “- Bharian.
Haa.. teringat satu kejadian sewaktu aku kanak kanak rebina.. Haaa… member aku , eheheh… main kat semak time hujan.. Perghh… balik umah , menjerit dia .. Hahahha…. Sekali pacat sudah lepak kat situ weh !! Haaa… jgn ingat perempuan je leh kena.. Hehehe…
Tak kira lelaki mahupun perempuan , selain boleh lemas , bab banjir ni toksah la pandang ringan .. Sebelum kena , bawak bawak beringat.. Malang tak berbau..
Jantan : Eh , kau ingat muka kau tu lawa sangat kee .. aku boleh cari 10 la macam macam kau ni !!
Betina : Pergi laaa.. muka kau tu pon cam muka cleaner jamban kat opis aku laaaa..
Jantan : Ok .. kita clash skang !
Betina : Apadahal !!
5 minit kemudian ..
Jantan : Sayang.. maafkan ai .. ai terikut perasaan amarah ini ..
Betina : Yer.. ai pon.. Oh.. Ai lap yu laaa ..
Minggu depan ..
Ulang dialog pertama ..
Leh pada nak tolong rakan blogger kita ni , APISTAKKISAH .. dia mintak tolong kita semua sokong video dia ni .. Haaa.. Mesti korang nak tanya punya , pasal apa nih ???
Ok.. aku rasa ada baiknya korang g baca sendiri kat blog dia .. ok ? Tak kisah kan ? Apis tak kisah takkan korang kisah kan ? Heheh.. ni pon ada kebaikkan .. bukan untuk hiburan … boleh ? Boleh la yer .. hehe.. Tqqq…
“ Beberapa negeri di pantai timur Semenanjung dijangka mengalami banjir besar ekoran fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada 25 Disember dan 23 Januari tahun depan.
Pakar Oseanografi, Prof. Dr. Kamaruzaman Yunus berkata, kawasan pantai timur dan Sarawak lebih terdedah kepada fenomena tersebut selain didorong oleh faktor tiupan angin Monsun Timur Laut yang dikaitkan dengan musim tengkujuh.
"Fenomena air pasang besar ini berlaku disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan bumi.
"Jika sesebuah kawasan atau negeri menerima hujan yang luar biasa dan pada masa yang sama fenomena air pasang berlaku, banjir besar akan melanda," katanya ketika dihubungi semalam.
Kamaruzaman yang juga Dekan Fakulti Sains Universiti Islam Antarabangsa (UIA) cawangan Kuantan memberitahu, banjir tersebut dijangka lambat surut ekoran paras air laut yang tinggi. “ – Kosmo
Hurm.. amaran awal walaupun ianya cuma ramalan .. Nasib baik waktu tu bukan jatuh pada sebarang perayaan kecuali Tahun Baru Cina dan cuti sekolah… kan ? Hurm.. Harapnya tak la seteruk yang dijangka.. Hurm.. Sama sama kita berdoa .. Dan pada waktu yang sama , kurangkanlah buat dosa .. Tingkatkan amalan ..
Pasni para isteri mesti dok kerling suami mereka .. terutama yang mula makan madu .. Hahahha..
Hehehe.. kalau dah jodoh eh.. Hahahha.. adoi.. tak leh bayang…
Iskh.. macam macam komen yang dapat aku baca di BHARIAN ini .. Menghentam guru , sudah pasti .. Manakala guru-guru pasti akan tampil memberi komen yang sudah pasti boleh ‘dibaca’ ..
Penat .. Yup .. Memang penat keje guru ni .. Layan kerenah murid setiap hari .. Pastu buat kerja-kerja perkeranian lagi .. huhu… Kira banyak gak la keje guru ni ..
Komen aku ? Hurm.. Bagi aku ,itulah yang perlu kena terima bila makan gaji .. Kena terima bila meminta .. Sama gak nasib rakan-rakan aku yang berstatus kontrak di sektor awam yang dah tamat kontraknya dan tidak disambung lagi walaupun post itu amat diperlukan .. Tiada layanan atau rayuan !
Apa yang boleh buat ? Makan gaji .. Gitulah nasibnya .. Mereka yang kontrak ni , mereka kata apa ??? Sapa suruh tak cari kerja lain ? Apakah mereka tak tau yang puas sudah mereka mencari kerja ? Ok , aku tau akan ada jawapan dari korang .. Sebab tulah aku kata , macam macam nasib yang ada .. Kena telan je la..
Nak buat bisnis pon bukan senang sekarang ni .. Kena ada kabel la.. Kena ada orang kuat la.. Haih .. Betul kan ? Bukan senang nak senang .. Jadi yang dah ada kerja tetap ni , terima seadanya .. Bak kata bos aku dulu dulu ..
“ Lu tak suka , lu pergi cari kerja lain ! “
Buat cam aku .. jadi je blogger .. Dah susah sangat nak ikut cakap orang .. Maka sendiri bos sendiri kuli ..
Tak kira la apa pon kerja , semua ada tekanan .. Jangan kata guru lagi tertekan .. Camana pulak dengan nurse yang setiap hari layan karenah pesakit setiap minit ? Terberak atas katil la.. dan polis yang senantiasa dituduh mengambil rasuah.. Tentera yg setia mempertahankan sempadan negara .. Kakitangan swasta yang memastikan ekonomi negara terus berkembang .. Segalanya berhubung kait walaupun tak sama ..
Kalau kita pikir tekanan , maka ada baiknya , jom jadi tarzan.. makan pisang n lepak tepi kolam air terjun setiap hari .. menikmati panorama kehijauan hutan ..
Aku jadi blogger pon tensen tau !! Ada je orang tak puashati.. Heh .. Blogger je wehhh !! Apa pun buat guru di luar sana , aku tau keperitan korang .. tapi apa nak buat ? Dah makan gaji .. ginilah nasib kita .. Fight tetap fight ..tapi mampukah ? Sabarlah yer .. Kerja kena ikhlas .. Buatlah kerana Allah.. Tekanan sudah pasti.. Itulah dugaan dan cabaran yang sememangnya dah korang tau sewaktu menerima jawatan GURU ni ..
Tetap respek mereka yang bergelar GURU .. Walaupun guru sekolah memandu.. hehe .. Maaf jika ada yang terasa.. Inilah dunia ..
Jom.. cikgu Apistakkisah mintak tolong kita .. Klik SINI ..
Segalanya FOC. .. Paling best , aku kembali ke Meritus Pelangi Beach Resorts .. Perghh… Best gila hotel neh !! Puashati wooo ..
Puas pk ni nak g ke tak … Huhuh… Sebab Isnin tu ada kursus lagi kat Corus Paradise , Port Dickson. Hurmm… Kelam kabut lak ..
Pagi tadi kabus di Putrajaya .. Ni gambar tengahari lak .. Antara panas , redup dan mendung .. Tunggu hujan nak mencurah turun je .. kan ? Macam gambar kat bawah ni ..
Gitulah kehidupan manusia .. Adakalanya cerah .. kita terlupa bahawa hujan boleh turun .. Tak sediakan payung , maka lencunlah kita .. Syukur kalau basah .. Kalau tidak , panas terik hingga boleh menyebabkan kemarau .. Tapi kalau tak berjaga jaga , hujan pon boleh menyebabkan banjir …
Antara senang dan susah , maka senantiasalah bersyukur .. Bila lapar , ingatlah kenyang .. Bila kenyang , ingatlah lapar ..
Makin menyampah pulak aku dengan email email gini ..
Ada jeeee email email cam ni setiap hari !! Apa gila sampai perlukan ubat ?? Bagi aku , sebenarnya lelaki gini ada dua masalah je .. Satu , stress dan kedua , penyakit.. Ubati penyakit , dan insyaAllah ok ..
Dan satu lagi.. Yang ni amat penting .. perhubungan suami isteri.. Kalau takde keromantikan atau ‘kehangatan ‘ , maka segalanya hambar .. Teratai layu di tasik madu !
SubhanAllah .. Tak yah g Genting mahupun Cameron pagi ni .. Sememangnya dingin jer .. Rasa cam nak tidur balik je .. Hehehe..
Dah kul 8 pagi .. Matahari pon terlindung dek awan .. Bukan jerebu yer .. Sbb bila tiada bau asap pon …
Tamo cakap la ngan dunia luar .. Zarina Anjoulie Lavocah , Fasha Sandha , Yuna .. Yuna ???? Kenapa dengan dia ? Hahaha .. Biarlah aku je tau .. Nanti peminat dia melenting lak .. Pelik kan ?
Tapi bila ulama kena hentam , kena tangkap .. diorang tak nak melenting … Tapi bila artis pujaan dia kena kritik , kaw kaw melenting seolah macam adik beradik dia lak ..
Artis wanita skang berani bergambar separuh bogel .. Siapa yang mainkan peranan ? Mana penguatkuasaan ? Berfesyen mengarut .. Mengakibatkan ada yang tak mampu fikir dengan betul terikut cara mereka bergaya ..
Setakat yang aku nampak , hanya beberapa ‘ustaz’ saja berani bersuara tu pun melalui penulisan .. Tapi yang ada kuasa ?? Takkan asik nak serbu hotel je ? Takkan nak tunggu bila mereka buat dosa baru nak bertindak ? Bukankah mencegah tu lebih baik ?
Aku pening .. dan semakin pening .. Rakyat Malaysia ramai ada pendidikan tapi ramai tak reti nak gunakan ilmu tersebut .. Lebih suka ikut dari berfikir ..
Nanti ada yang akan kata , aku ni pandai cakap.. Macam aku kata la tadi , diorang akan cakap tanp fikir dulu .. kan ?
Rujuk Kosmo
Kenapa ? Sbb orang Malaysia berpegang pada , obes tanda bahagia dan juga tak leh tak makan .. Atau makan selagi boleh atau hidup untuk makan ..
Kan ? Aku on the way ..
Aiyok.. masuk masuk keje terus pening !! Arghh… Mau kena g Langkawi ini Jumaat .. Aiyok.. Malasnyaaa ….
PHEEEEEWITTTT !!
Tengok je gambar kat atas ni , sahih korang kenal punya ! Aku kenal bro Amy Search seusia aku umur 11 tahun kalau tak silap aku . Dan lagu kegemaran aku ketika itu Meniti Titian Usang. Pergh , mendalam gila lagu tu ..
Impian aku untuk menonton secara live , berdepan dengan kumpulan SEARCH termakbul ketika aku bergelar blogger ! Aku dapat pas media ketika kumpulan SEARCH membuat persembahan di sebuah konsert , sekitar Jalan Ampang di penghujung tahun lepas.. Sejuta kenangan wa cakap luuu !! Terbaik ! Memang otai rock woooo !! Sayangnya masa tu , Search hanya sempat main 3 lagu .. Memang tak puas beb !!
Kali ni aku berpeluang sekali lagi untuk menonton bila SEARCH bakal membuat konsert di Kuala Lumpur nanti , sempena 30 tahun perjuangan mereka bergelar anak seni.. Takkan dipersiakan sekali lagi peluang ini untuk menonton konsert mereka yang pastinya lebih berdentum !
Amacam ?? Nak tau kat mana SEARCH bakal membuat persembahan selain di Kuala Lumpur nanti ? Jom kita gegar FACEBOOK FENOMENA SEARCH .. Klik KONSERT FENOMENA SEARCH 30 TAHUN ini dan untuk mengetahui harga tiket dan juga menempahnya secara online , korang klik http://www.tickethotline.com.my/events/search30/ ini ..
Jangan lepaskan peluang ini !! Bukan senang nak tengok otai main woooo !!!
Hi … ini awek saya .. Saya cintakan sangat dia ni ! Comel kan kan ? Ayu lagi .. Haaa… Saya kenal dia lama dah kauuu .. Aku ingat nak letak je gambar dia dalam blog ni .. Biar semua orang tau aku ada awek .. Jadi takde sapa leh ngorat aku .. Haaaa..
Tapikan .. dia baru awek je.. Lom jadi bini .. Kalau nanti dia kena kebas ngan artis , camana eh ? Aku mesti frust.. Nanti ada lak pembaca aku gelakkan aku .. Huhuh.. malunya aku nanti ..
Tapi kalau kena kebas.. Kalau kawin ? Haaa..camana camana ? Cer jawab skittt.. Haaa.. Heheh .. Tapi tak best la kan .. Tak surprise gitu.. Pastu aku dok tayang awek aku.. Nanti ada budak jahat amik gambar awek aku .. Haa.. Dia superimpose gambar awek aku ! Abis satu kampung aku tau.. Malu arr..
Hurm.. camana eh … OK ok .. Aku nak simpan je la gambar awek aku ni .. Biarlah awek aku ni , aku je tengok .. Haaaa… Nanti dah kawin , baru la tunjuk sekeping kat korang ! Bukan apa , nanti ada yang gatal suka kacau bini orang tu , ngorat bini aku !! Bukan murah woo hantaran ! Abis semua motor vespa bapak aku , aku pajak ! Haaa..
Ok la korang .. mulai hari ni , aku simpan gambar awek aku eh.. Korang jangan la pk bukan bukan yer .. Dosa tauuu …
Muaahhh.. Luv u la darling … 4 eva n eva laahhh … Tu pon kalau u tak boroi nanti ..ok ? Kena maintain ayu cam ni tauuu..
Ahaks… Tersenyum sendirian aku tadi bila melihat gelagat beberapa jurugambar sewaktu pelancaran Think Big di The Gardens , Mid Valley.
Ecececeh.. pakat berebut aih nak amik gambar dia.. Hahaha.. Aku pon ke ? Tak la.. dia siap lempar senyuman kat aku .. Koma 5 saat aku sat la tadi..
Hehe .. Diorang hanya menjalankan tugas je .. Heheh.. Apa pon , erk.. nak puji tak leh.. nanti kena rotan .. Hahahha ..
Event yang simple tapi boleh tahan gak la hadirinnya .. Ramai orang besar company turun .. Nak tau pasal apa ni ? Klik SINI ..