BEN ASHAARI



 

image

Rileks la .. Kalau punya pangkat sekali pon , jangan la rasa diri tu cam dan sama level dengan orang paling kaya di dunia ! Sama sama makan gaji  , jadi sama sama bergantung antara satu sama lain la kan ?

Bukan semua bos teruk tapi yang baru nak punya ‘misai’ melintang tu haaa.. Atau nak tumbuh taring .. Pergh.. Memanjang nak bagi perintah padahal TAK TAU APA APA ! Nak tanya , jauh sekali .. Bila bincang , cam tu gak .. Haa.. Boss apa tu ? Hugo boss ? Bossikal ?

Maaf , aku tak tuju pada mana mana pihak tapi buat mereka yang punya kuasa tu , pandang pandang la bawah ! Tau la pekerja boleh ditukar ganti tapi bukankah itu membazir masa ? Dan paling penting ialah sama sama memajukan syarikat dan diri sendiri .

Dan buat mereka yang bergelar BOSS , bukak la mata !  Selalu turun padang .. BUKAN sesekali ! Ingat , pekerja bawahan adalah amanah awak jugak .. Memang gaji dibayar tapi kebajikan pekerja harus dijaga .. Jgan lupa , mereka disisi awak tu , setiap hari kecuali sabtu ahad dan cuti umum .. Selebihnya , nun ada kat sebelah ..

Elakkan dari mendengar cerita sebelah pihak atau paling tidak pon JANGAN BIARKAN KAKI GOSSIP KAT OPIS ! Kalau ada , terus bagi kata dua atau kasi je kerja cleaner ! Yang cleaner tu kasi naik pangkat ! Huh ! Ini perosak syarikat ni !

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

image

Hurm … Baca la sendiri kisahnya eh ?

http://suarahatidanceritaku.blogspot.com/

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

image

Nampak jam tu tak ? Haaa .. Ada ceritanya .. Heh .. Masa aku nak kayuh beskal ni kat dalam gym tu ha , jam tu ada dah kat situ . Aku syak mamat sebelum aku ni tertinggal jamnya kat situ ..

Jadi , aku biar je la .. Dok pk gak , nak kasi kat bro yg urus gym ni atau aku masuk je dalam poket aku .. Hehe … Kejam la kan kalau masuk dalam poket ! Sungguh tidak bertamadun ! Tu kira mencuri la kan ! Bayangkan kalau barang aku ?? Haaa ..

Maka , aku biar je la sehingga mamat empunya jam tu datang kembali .. 15 minit kemudian , barulah ada sorang ni datang .. Terus dia angkat beg aku tu dan amik jam tu tanpa kata apa apa !

Amacam ? Kalau korang camana ? Jangan kan bersuara , senyum pun tidak ! Pergh .. Melayu tuuu .. Nak je aku tanya , lupa ke atau tak belajar kat sekolah ?

Bukan mengharapkan balasan atau sebarang penghargaan , tapi sekurang-kurangnya senyum laa ..  Susah sangat ke ? Kalau aku kebas tadi camana ? Haaa.. Tak pun buang je dalam tong sampah ! Keji la kan ? Huh !

Jangan ikut perangai yang last tu.. Biar je mereka dengan perangai gitu. Bak kata unta padang pasir , ‘ Aku suka senyum kat oasis ! “. Apa kaitan ?? Tah …

Hahaha.. saja release tensen ! Moral .. S.E.N.Y.U.M  laaaa skett !

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Selasa lepas , seperti yang aku cerita kat korang yg mana aku ada g event di KLCC anjuran PETRONAS dan pastinya ada berita menarik buat mereka yg minat fotografi ni …
Ok , aku mulakan dengan apa yang berlaku kat majlis tu dulu eh .. 

image


Majlis diserikan dengan Dato Mohammad Medan Abdullah ,PETRONAS’ Senior General Manager of Group Corporate Affairs Division . Beliau menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kempen Chinese  New Year yang dianjurkan oleh Petronas ini .
Kemudian , seperti yg kita tau .. Pertronas dan video perayaannya mmg top ! Kali ni aku sendiri nak tengok apakah kelainan yang nak ditonjolkan oleh Petronas ..

 


“ Coming Home “
Tengok dah ? Hehe  ..  Ok , selepas tayangan TVC ( television commercial ) tu , perasmian dilakukan dengan cara tradisional ..

image

Acara ni dipanggil ‘ Yee Sang’ .. Apa yang aku faham , mereka gaulkan segala apa yang ada dalam pinggan tu bersama sama ..

image

Selesai acara tu .. Acara kemuncaknya .. jeng jeng jeng .. Yang ni kena keluarkan peluh skit.. Heheh.. Diorang buat pertunjukan nun kat pintu depan KLCC tu..Bermakna dari Galeri Petronas yang terletak di tingkat 3 KLCC tu , kena la aku turun guna ekslator untuk ke tempat pertunjukan ..
image

Tu diaaa.. Tarian singa yang pertama di Malaysia untuk tahun ini ! Hehehe.. Best ke ? Sama je kan ? Tak weh !! Ada kelainan yer !! Gabungan 3 budaya di situ , Cina , Melayu dan India digabungkan menjadi satu ‘suara’ dalam bentuk irama dan sangat menarik !

Dan secara rasminya pertandingan PHOTOGRAPHY PETRONAS CNY dilancarkan !

image

Dan … Ada hadiah menarik dalam pelbagai kategori sedang menanti korang semua ! Muhahaha .. I likeee !!  Terbaik Petronas ..

image

Aku ingat , tak nak bagitau korang , jadi boleh la aku semua  sapu semua kategori.. Hahaha .. Cam poyo je kan ? Hahaha.. Aku gurau je.. Haaa.. korang tunggu apa lagi ? Bukan kena bayar pon nak join contest ni ..  Dan contest ni punya tema iaitu “ Reimagining Energy “.

Nak tau dengan lebih lanjut , sila klik SINI ..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Mengapa sebutan saya masih tidak 'perfect' dan sebutan masih berbunyi 'ala melayu' walaupun saya dah mahir idgham, izhar, ikhfa' panjang pendek dan lain-lain ??

Masalahnya .... Bagaimana ?

 

imageimage

Segalanya dibongkar oleh Ustaz Asraff Ayob 
pencipta 'Kaedah Jibril' yang popular
Setelah kejayaan 'Kaedah Jibril' yang
ternyata berkesan dalam kaedah penghafalan Al-Quran
Kini muncul satu lagi kaedah 'Tajwid Pro' untuk

"Bagaimana teknik termudah untuk kuasai

Rahsia bacaan 'Ala Arab' bak Imam Masjidil Haram yang perfect makhraj, sifat serta hukum-hukum tajwidnya" .Untuk penerangan lebih lanjut dan testimoni sila klik DISINI


Bagaimana untuk mendapatkannya .... Dua cara mudah untuk anda memilikinya
1. Secara Online klik DISINI
2. Secara Offline terus dari pengedar hubungi saya
En. Razif , 019-3713569 .Kawasan Puncak Alam, Shah Alam, Meru, Sg Buloh, Kapar dan sekitar

Untuk keterangan dengan lebih lanjut , sila klik SINI

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Bukan mencari isu panas atau kontroversi . Tapi dari mendiamkan diri , kadang kadang ada baiknya kita ( blogger ) yang punya platform untuk bersuara , kita luahkan pendapat.

Ada yang tak reti untuk menyampaikannya dalam bentuk bertulis . Macam aku kata sebelum ni , anggap je keyboard tu suara kita dan skrin tu muka kawan kita.. Kita borak ngan skrin ! Kita suarakan apa yang kita rasa pada dia . Walaupun dia tak balas sekarng , satu hari nanti , dia akan balas … Haa.. Melalui komen !

Ada ke orang nak baca ?? Haa .. Tu pasal aku kata dulu , dalam penulisan blog ni kena hati-hati .. Hari ni takde orang baca.. Esok lusa pasti ada ! Jadi bila menyampaikan kritikan atau pandangan , adalah lebih baik dalam sampaikan dalam bentuk yang lebih berhemah.

Kita nak pembaca membaca dengan menganggukkan kepalanya dan bukannya mengerutkan dahi seperti menonton filem hantu tapi hantunya cun !

image

Keyword di dalam gambar kat atas tu , adalah dari entri yang nun tahun lepas. Lama tuu kan ? Tapi ada orang google mencariknya. Dan entri aku tu lebih pada memberi info tempat tu ..

Kesimpulan , sebagai seorang blogger .. Apa saja yang kita nampak , ianya berguna untuk blog kita . Bagaimana nak sampaikannya , itulah keunikkan kita dan membezakan antara satu sama lain ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

image

Ok , cerita UNDERWORLD , THE AWAKENING ni mengisahkan .. er .. er .. Takkan la aku nak ulas cerita ni pasal apakan ? Tu diorang leh google atau masuk terus ke web cinema tu haa.. Adoi..

Haaa.. Best ke tak ? Memandangkan aku sendiri bos sendiri kuli skang ni , maka aku tgk citer ni di waktu orang dok bz kerja .. Jadi orang tak ramai la kan ?

Maka aku silap sama sekali ! Ramai okeh !!  Dan bukan dipenuhi oleh students saja .. Akak yang ponteng kijer pon ada .. Kot ? Macam yer ? Hahaha ..

OK.. Best ke tak cerita ni ? Gini je la eh .. Kat belah kanan aku , ada sorang budak perempuan yg mana filem belum start , dia dah start bagi review kat bf dia .. Aku faham ok apa dia kata walaupun dalam bahasa tamil !  Meriah gitu ulasannya ..

Sebelah aku , sekumpulan akak akak yg aku nampak lebih cam malas g kerja atau amik half day untuk tonton cerita ni  sambil makan dengan penuh selera dah penyudahnya , aku pon lapar gak ! Dah la tak pelawa aku ! Grrr..

Kiri kanan aku .. Dah cukup mengambarkan cerita ni penuh adegan suspen dan menarik sekali .. Yelah , dua dua asik menjerit dan terkejut .. Dan aku ? Dok balas email . Hahahha ..

Bagi mereka yang suka layan RESIDENCE EVIL , maka cerita ni okeh bagi dia… Begitu gak cerita zombies .. Dan mereka yang dah follow cerita ni dari bahagian satu dulu , maka patut tengok la yang ni sebab dari mula sampai abis asik nampak darah jer .. Takde babak cium langsung ! Boring tul ! Hahaha ..

Berapa bintang ? Boleh layan dan tak perlu tengok 3D … Jimatkan duit anda . Nak jimat lagi , download ? Sapa kata download jimat ? Hahahah.. Kena bayar letrik gak woi ! Kalau minat , g je la.. Tak minat , tunggu OMBAK RINDU 2 keluar ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

image

Apa kaitan tanda $$ dengan blog korang ? Jelaskan di ruangan entri mengikut logik korang dan pastikan tidak lebih 100 patah perkataan. Kemudian tinggalkan url blog korang sekali ..

Yang paling menarik , akan dipromote blognya malam ini .. Cepat.. segera !!  Terima kasih ..

Share
Tweet
Pin
Share
134 comments

 

image

Bercinta , mmg sedap ! Masa bercinta tu , entah berapa banyak dosa yang dah dibuat tanpa disedari , pon terlupa sebab sedap !  Kalau kena pulak mak bapak halang , maka buat jugaklah cara lain asal dapat bersama ! Sehidup semati la konon !

OK la kan ? Sehidup semati .. baguss ! Tapi berapa ramai yang sanggup kononnya nak mati sebantal atau mati selubang kubur  ?? Kamu ? Kamu ?? Dan kamu ??

Takde kan ? Kenapa aku kata gini ?

Cer tengok balik .. Apabila dah  dapat apa yang dihajati , pantang ada isu skit , bergaduh bagai nak ajak perang dunia nuklear ! Kalau boleh nak berparang-parang .. Nasib baik tak boleh je kan ?

Masa tu , terlupa langsung janji manis segalanya ! Apa cerita ni ???  Yang laki , cuba bersikap pemimpin. Yang perempuan , cuba jadi rakyat ! Selagi tak langgar agama , dengar la cakap . Susah ke ?? Ingat la balik cerita cinta kita ! Ombak rindu ke .. Sembilu ke.. Tapi ni tak .. Bila gaduh terus bukak cerita Star Wars ! Masing masing bertukar jadi transformer ! Adoi !!

Senang cakap la kan .. MATANG laaaaa ! Aiyoo.. Ingatlah detik detik manis ! Tau laaa dah dapat madu .. Tak kira la teruna ke dara ke .. Sama jeee .. Aiyak.. Bosan la luu…. Pstt.. bukan korang .. Tu si Rita n Aidil tu.. Cam budak budak !! Ops.. sapa suh kawin ngan budak .. hehe…

Marah ? Hakikat .. Sapa betul sapa salah ? Kembali lihat sejarah ..

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Pasti tercari –cari tudung yang sesuai untuk dipakai oleh pelbagai lapisan umur kan ?

Yup … dengan corak terkini , selesa dan menarik .. Dan paling penting ialah harga yang berpatutan .. Maka disyorkan lawatlah ke blog SUEHIJAB..

Klik www.suehijab.com  for more information

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Salam semua,

 

Mari semua join competition di adorablemuslimah.com sebelum terlambat! Penyertaan terakhir diterima pada 31 Jan 2012. Mudah sahaja nk join. Hanya tuliskan apa2 sahaja berkenaan www.adorablemuslimah.com di dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Anda boleh tulis apa sahaja berkenaan www.adorablemuslimah.com.

Contoh: Pengalaman shopping di AM.com (jika ada) ATAU Apa yg anda suka dengan AM.com ATAU Review produk2 di AM etc… Apa sahaja berkaitan dengan AM.com mengikut kreativiti anda.

Cepat sebelum terlambat! Hantarkan penyertaan anda ke: competition.adorablemuslimah@gmail.com

Hadiah menarik menanti anda!

Maklumat lanjut berkenaan syarat2 dan lain2 boleh didapatkan di sini  >  Click Here

 

clip_image002

clip_image002

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Kenapa ? Sebab dosa tu tak nampak dan boleh bertauat , kalau sempat !

 

image

Dasat orang kita kan ? Lagi banyak kuar cerita teladan kat tv , filem .. lagi ramai buat menda cam ni .. Pergh … Masih sedar atau tersedar ada jalan mudah untuk memuaskan nafsu syaitan tu dengan menganiaya orang ?

Seringan itu je nyawa manusia bagi mereka yang punya hasad dengki ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Baru abis borak dengan abang ipar aku yang baru sampai dari Teluk Intan , Perak. Orangnya , mmg kepala bisnis. Asal bergerak , segalanya bisnis. Memang bijak mencari peluang untuk memajukan diri serta keluarganya. Ni datang pon sebab nak promote roti arab pada aku . Dan ternyata roti arab tu mmg sedap ! Buat mereka nak diet , bolehlah order kat aku . Serius sedap ! Bukan nak promote tapi kenyataan.

 

Bila tengok jam dah kul 3 lebih pagi , aku mintak izin naik ke bilik dulu sbb nak settle keja tertunggak di blog . Ku sangkakan bila dah jadi full time blogger ni , rileks skit tapi rupanya tidak ! Alhamdulillah, bukan mengeluh tapi bersyukur. Biar takde masa dari banyak masa ! Kan ?

 

Antara topik perbincangan ialah mengenai penipuan dalam berbisnis. Kenapa ada orang mampu maju dalam bisnis dan mengapa dia pilih bisnis dari bekerja dengan orang . Teryata menarik sekali pengalaman hidupnya. .. Benar kata orang , zaman sekarang ni kalau nak kaya .. MENIPU saja jalannya . Atau kalau nak lebih kaya , gunakan prinsip BUAT DUIT ATAS DUIT ! Haaa.. camana tu ?

 

Naik atas , bukak laptop .. belek berita terkini dan menyampah tengok muka jantan yang serupa perempuan tapi  gila glamer ! Naik meluat dah tengok dia yang tak leh terima kenyataan ‘ awak tu tak glam dahhh ‘ … Dan ada satu isu menarik .. Hehehe .. Blogger menuduh Wardina berlakon dalam kes rompakan baru baru ini eh ??

 

Lantak korang laa.. Yang penting skang aku nak belajar jadi kaya !! Buka roti kaya atau kaya dengan budi bahasa tapi sebaliknya dengan harta dunia namun bahagia je.. Hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

Bila lampu kuning ke merah , berenti ! Kalau tak berenti , aku risau akan terhenti dengan terpaksa .. Haa.. Bahaya tu ..


Ada tgk video kemalangan gara-gara langgar lampu merah baru- baru ni tak ? Perghh.. ngeri siot ! Berlaku kat negara kita okeh ! Kemalangan yg boleh dielakkan tp disebabkan sikap yg tak bertimbangrasa tu ,maka mereka yg tak bersalah menanggungnya ..


Jangan pentingkan diri sendiri ! Biarlah lambat ..  semua selamat ..


Published with Blogger-droid v2.0.3
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

Yup .. pemberian khas kerajaan utk keluarga yg berpendapatan di bawah RM3000 , melayakkan mereka mendapat RM500 tapi kena isi borang la kan .. hehe


Best part .. ada yg sanggup mengaku ibu tunggal semata-mata nak dpt RM500 ! Hehe.. dasat kan ? Padahal , bini orang lagi tuuu..


Published with Blogger-droid v2.0.3
Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Ni baru anak buah yg menjerit nak ikut aku gym !! Bukan yg laki je menjerit berguling guling , yg perempuan pon sama !!


Adeh.. anak aku sendiri , tak tau la camana nanti !! Mau aku kena dukung kat blkg je dia nanti !!


Tgk ar .. dia lebih dari aku lak.  ! Jangan risau , keselamatan tetap dititikberatkan ..


Published with Blogger-droid v2.0.3
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

image

Sebagai seorang blogger , kita kena bijak menggunakan blog untuk menyampaikan pendapat kita dengan logik dan berfakta ! Perlu ada bukti dan maklumat yang tepat bila menyampaikannya pada pembaca kita ..

Elakkan dari mengugut sebaliknya memberi pendapat yang bernas bila menulis . Yup , itu lebih baik dari dok mengarut tak tentu hala dan akhirnya blogger tu sendiri yang mendapat padah !

Jadi blogger ni , semua orang boleh .. tapi berapa ramai mampu mempengaruhi pembaca melalui penulisan di blognya ? Di situlah kekuatan seseorang blogger .. Bukan melalui trafik yang tiinggi mahupun blog yang cantik ..

Dengan penulisannya saja , dia dah cukup membuktikan kuasanya sebagai seorang blogger ! Jangan fikirkan trafik yang tinggi sebaliknya bagaimana nak menyampaikan maklumat atau isi dengan lebih terperinci dan menarik !

Dan aku , cukup gemar buat review mengenai hotel yang aku menginap dan baru-baru ni , aku kritik hotel di dalam gambar di atas .. hehehe …

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Jangan ingat hanya mereka yang top saja layak review atau memberi ulasan . Blog kita , kita yang layak .. Tapi layak tu belum tentu bagus atau sebaliknya . Tetapi sebagai seorang blogger , kita kena tau untuk membuat satu satu ulasan ..

image

Sekarang ni , ramai buka mata terhadap dunia maya ni .. Pengaruh laman sosial sangat kuat .. Setiap hari masa yang dihabiskan depan komputer lebih banyak berbanding television atau suratkhabar .

Satu keuntungan buat mereka yg punya blog .. Blog yang bijak mereview dan punya aura tersendiri pastinya akan menarik perhatian mereka yang ingin mengiklan produk mereka..

Dalam erti kata lain , belajarlah membuat satu satu ulasan  dengan bijak , logik dan menarik !

Mereka akan cari anda , jika anda berjaya memikat mereka !

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

Wow ! Awek cun cun je dia pilih ! Hahahah .. Kadang-kadang bila kita baca , kita rasa cam dia komen ni nak bergurau atau nak main kasar ??? Hahaha .. Tak kisah la.. Dia leh je komen apa pon yang dia rasa. Yang pasti , mereka yg lain baca tau apa maksudnya tu .. kan ?

Kalau korang tanya camana aku pilih blog blog pilihan ni , maka jawapan aku pastinya dari widget FOLLOWER aku ni .. Kalau komen yang best , aku terus jadikan blog pilihan .. Hanya dia saja !

image

Dari widget tu , aku amik yang terkini .. Kalau sekarang buat entri blog pilihan , maka aku bermuka dari 21973 .. Kalau malam kang , lain pulak angkanya kan ? Haa .. Kemudian , aku klik dan tengok ..

image

Kalau lengkap dan menarik , maka dia pilihan aku la… Dan jika menawan hati aku ( kata-kata dia cam best je kan ) , aku akan masuk ke blognya .. Kalau aku tertawan , maka aku jadikan blog dia saja blog pilihan .. Heheh..

Tu je la cara aku .. Lain orang lain caranya .. Jadi tak perlu nak pertikaikan .. Dan kenapa 5 ? Aku kasi peluang rakan lain blogwalking tanpa kelam-kabut .. Slow slow masuk ..  Dan aku pon masuk gak la..

OK la kan ? Dari takde langsung ? Dari yg pandai komen tapi apa pun tak buat kan ? Bukannya diorang bayar aku untuk up blog diorang .. Hehe.. Dan bukannya segmen pon haaa.. kan kan ? Maka , jgn la byk songeh !

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

Aladdin .. Korang tengok cerita tu kan ? Mesti tau jalan cerita tu camana … Dan kita rasa cam best je kalau jumpa lampu ajaib tu dan boleh diberikan 3 permintaan , apa saja !!

 

image

Sebenarnya , kita yang beragama Islam ni tak boleh nak percaya dengan menda menda ni .. Boleh jatuh syirik .. Yelah , dah seolah cam percaya kat menda gini dan bergantung padanya

Tapi dalam kartun ni ada logiknya yang tersendiri  .. 3 permintaan dan akan ditunaikan .. Biasanya apakah yang akan kita minta ? Tau kan ? Tapi terlupakah kita setiap permintaan kita tu ada buruknya tanpa kita sedari ?

Contoh la kan .. Aku nak kaya !! Kalaulah jin tu bagi harta yang berlambak-lambak depan mata , apakah akan jadi dengan kita ? Harta yang datang tanpa sedikit usaha pun , membuatkan kita jadi manusia yang bagaimana ?

Aku nak cantik ? Aku nak kacak ? Atau aku nak hidup selama-lamanya.. Maka si jin pon tunaikan tanpa banyak bicara .. Tapi kesan buruknya ? Kita tak terfikir pon kan ? Kita nak segalanya nampak sempurna buat kita ..

Tak perasan kan ? Kita tak nak amik tau semua tu .. Yang kita nak tau ‘ perut kita kenyang ‘ bila lapar !

Maka sebab itulah Allah suruh hambaNya berdoa padaNya ! Allah Maha Mengetahui . Kalau DIA tak bagi tu ada sebab.. Digantikan dalam bentuk  yang lain .

“ Ya Allah .. Murahkanlah aku dengan rezeki Mu .. “ . Kita mintak harta .. Allah beri anak . Ada yang mengeluh ! Tapi dalam tak sedar ,itulah harta yang paling bernilai ! Dengan adanya anak , kita kena berusaha dengan lebih gigih ! Kerja keras untuk keluarga .. Bukankah secara tidak langsung akan dapat dua harta nanti ?? .

Kita mintak anak , Allah bagi harta .. Ada yang kecewa harta banyak tapi takde anak . Di zaman moden ni kan ada macam macam cara untuk dapat anak secara halal .. Gunakanlah harta tu ..

Atau takde anak , takde harta .. Camana tu ? Dalam erti kata lain , belum bersedia la tu .. Camana nak ada anak kalau malas ?? Takde harta atau takde kerja , bererti kita malas la kan ? Takkan duduk dan mengeluh . Rezeki apa nak masuk kan ?

Tu contoh je.. Banyak lagi ada kalau kita fikirkan cuma kita terlupa atau tak nak amik tau .. Tu salah kita . Atas dunia ni , segalanya adalah dugaan.

Allah dah jadikan segalanya terlalu sempurna buat kita . Kita cuma perlu tadahkan tangan , berdoa dan seterusnya berusaha. Mengapa perlu mintak pada jin yang mana pasti ada muslihatnya ? Camana tau ? Ko pk diorang suka suka je nak tunaikan permintaan kita ? Jangan lupa sapa jin tu woiii … Takde menda percuma dalam dunia ni yer !

Kembali melihat dan hayati kalimah syahadah yang selalu disebut bila kita solat .. Apakah pengertiannya ..

Jangan putus asa dalam berdoa pada Allah .. Kena tau bagaimana nak berdoa .. Merintih .. Merayu pada PENCIPTA ! Ni kalau merayu kat kekasih , kalau boleh kuarkan jantung tu , confirm kuar tunjuk betapa cintanya pada kekasih kita tu .. Tapi pada ALLAH ? Camana nak merayu merintih ?? Fikirkan bersama .. Kau dan aku ..

ALLAH dah bagi banyak cara dan petunjuk. Gunakan.. Dan berhati-hatilah dengan permintaan kita itu ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

image

Tadi …

 

image

Semalam ..

 

Hurm … manusia .. Bila dalam keadaan gembira , segalanya indah belaka. Rasa macam nak peluk je dunia ni dan masukkan dalam beg ! Tapi tak mampu kan ? Cuma perasaan je gitu ..

Tapi bila bergaduh atau berlaku perselisihan faham , kalau boleh nak je pinjam Iran senjata nuklearnya atau nak sewa tentera elit Amerika untuk jadikan pengawal kat rumah agar kekasih kita tu tak boleh hampiri kerana terlalu geram .

Sekejap je lupa kenangan manis kan ? Bila dah lupa , yg penting adalah diri sendiri. Tak kisah apa apa dah .. Janji puashati ! Tapi kita terlupa satu ..

 

image

Dalam tempoh sesaat , macam macam boleh berlaku .. Faham kan maksud aku ? Jangan tepuk dahi atau meraung lalu hantuk dahi ke dinding bila ianya berlaku..

Andai sayang , jadilah pemaaf .. Hidup kita terlalu singkat .. Tak rugi jadi seorang pemaaf..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

 

image

 

10% off as www.angeltreat.com already one year old! Happy Birthday!!

Since it is our official website is already one year older www.angeltreat.com we would like to offer extra discount 10% off from our candy buffet rate!!! as long as you book within this two week before the end of the month. its a birthday gift to all and also we are going to change our promotion. so make sure u grab it while it is still valid ya!!

 

Lanjut , klik SINI ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

image

Muka depan dari HMETRO

Saja cipta kontroversi memandangkan popularitinya dah merundum ke negatif ? Atau semakin tua lalu  datang dah nyanyuk ? Bab tua ni , bukan semua la kan .. cuma segelintir je.. Tu pun jumlahnya skit sangat .. Tapi yang skit tu la selalu menyusahkan orang !

Seminggu ni , dua isu bodoh dah dia cipta .. Mengarut gila ! Aku rasa dia ni cam baru kenal teknologi terkini kot ? Baru tau guna twitter ? Heh .. Kenapa ? Semua masalah dia timbulkan , pasti datang dari Twitter .. Seolah saja nak tarik perhatian orang..

Hari tu , dia saja cari isu murahan dengan Siti Nurhaliza.. Skang , ngan adik dia sendiri .. Tolonglah wahai pakcik Azwan Ali .. Udah udah la tu .. Perbanyakkan amalan .. Baru balik dari Mekah kan ? Dah frame gambar tu kan ? Alhamdulillah .. Sila banyakkan amalan dan bukannya banyakkan Tweet !

Gunakan jari tu untuk berzikir dan bukannya menaip menda yang mengarut !

Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

 

Jimat elektrik ? Berpada-pada gak la kan ? Walaupun nampak macam membazir tapi ianya mampu mengurangkan risiko dari dirompak atau disamun !

Pasang lampu disekeliling rumah anda atau nak selamat lagi , pasang alarm .. Kalau anda sorang , dan tak sayangkan nyawa .. sila jimatkan duit anda !

 

image

 

Kebelakangan ini makin kerap rumah dipecah masuk .. Demi keselamatan keluarga tersayang , sila amik tindakan .. Biar rugi sedikit dari rugi banyak … kan ?

 

BA : Huhu .. 18/1/2012 .. harijadi mak aku ari ni .. hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

image

Hahaha .. Tajuk tak hengat !! Tapi betul la kan ? Bukan nak bikin kontroversi murahan laaa … Tu haa .. Bukti ada unta padang pasir dok mencari menda menda gitu .. Takkan la dia saja saja google gitu kot ?? Sat aku test google ..

 

Hahahaha .. ada pulak entri aku tu eh … Tersangkut kat entri ni rupanya .. hehehe ..  Haaa .. ada banyak gak blog mengarut rupanya !! Grrrrr … Jangan gatal gi google lak !!

image

Kenapa suami orang suka isteri orang

 

Yang ada anak tu , sila check laptop mereka.. Unhide folder dan files. Mana tau diorang sorok kan ? Haa.. Biar bertekak skang dari menyesal kemudian hari !

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Hah ?? Berani ? Diaorang berani mintak kat aku untuk dipilih !! Maka , aku pon pilih la mereka memandangkan mereka berani menebalkan muka !! Hahaha.. Tak la.. Bukan tebalkan muka tapi mencuba nasib dan apa salahnya aku pilih mereka kali ni kan ? Tak tercalar pon badan aku .. kan kan ?

OK .. 5 je yer .. jom tengok sapa punya blog ..

 

Hidup Syaz Ibarat Pelangi!

Hey, im syazana. 19 going to 20 this 22 July. Ex-KMM badge 2009/2010. Currently in UMP, Pahang taking Bachelor in Chemical Engineering. Friendly. Banyak cakap. Muka tebal. sgt tembam ea. Korang bley panggil aku Syasya or Syaz. Thanx sape yg sudi bace blog yg serba kekurangan ni. contact me through FB and Twitter.

 

slumberdek

Tiada keterangan diri ..

 

Belog Si Gadis Pinky

Pon tiada keterangan diri ..

 

diary online Ms. Siti

Sama seperti di atas !

 

Rilek Sebentar

Pon takde ??

 

Hahaha.. 5 yang terawal ! Sapa mintak dulu dia dapat .. Hehe.. Satu lagi , biasanya kalau komen komen yang membina dan membuka minda , aku akan tengok sapa pemilik komen tersebut seterusnya akan dijadikan blog pilihan.

 

Terima kasih ..

 

Hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
44 comments

 

 

Bukan mudah . Seringkali perempuan ‘melaungkan’ ADIL ! ADIL ! ADIL !  , bila si suami ‘menjerit’ , HIDUP POLIGAMI ! HIDUP POLIGAMI ! HIDUP POLIGAMI !

Dasatkan ? Mereka mahukan keadilan bila bab bermadu . Tapi bila tak bermadu , mereka adil tak ? Haaa… Jom kita check , wahai suami suami sekali alam ..

Bila tang anak , anak senantiasa dilebihkan berbanding suami .. kan ?

  1. Bab pekerjaan .. Mak aih.. G kerja , macam nak g kenduri Datuk Datin tu haa.. Grand gituu .. Tapi dok umah , baju kelawar pon koyak 9 !  Kan ?
  2. Bila nak balik kampung , tang dia kalau boleh , sebulan laaa nak duduk ! Tang laki ?? “ Bosan la bang kampung abang tuuu “
  3. Tang makan ? Masak ala kadar sbb penat keja atau jaga anak seharian .. Tapi bila adik beradik atau kawan kawan datang rumah , “ Woi orang kampung , aku nak buat kenduri ni haaa.. Jemput la datang !!! “ ..
  4. Tang shopping !! Walaupun guna duit sendiri , kena ingat .. tanpa izin suami , isteri tak leh g kerja. Dan tujuan isteri tu g kerja adalah untuk bantu suami ! Bukan suruh sedekah kat tokey shopping complex tu haaa !!

Tu baru 4 ! Banyak lagi kalau nak ditaip .. Tapi cukuplah .. Blog aku ni ramai pembaca perempuan. Kang semua pakat boikot aku , cuma tinggal lelaki tulen dan yang palsu jer ..

Apa pon , aku tak kata lelaki ni sempurna .. Lelaki tetap sama cam perempuan. Untuk berlaku adil sebenarnya , kita takkan mampu . Hanya Allah saja mampu berlaku adil . Kita ni mampu berperikemanusiaan dan bertimbang rasa .. Tu jer..

Jadi , dalam apa jua tindakan kita , fikir-fikirkan juga perasaan orang lain .. OKeh ?

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

Haa.. ni la dia TVC ( Television commercial ) Petronas untuk perayaan Tahun Baru Cina 2012 ..  Amacam ? Mesej yang nak disampaikan adalah mudah jer tapi bererti ..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Hurm .. comel kan kata kata dia ? Haaa .. atas nama seni weh !!  Seni .. hurm.. Filem kita pon dah bertaraf antarabangsa .. Tahun ni paling tidak pon , 7 anugerah Academy dlm tangan dari 20 pencalonan !! Dasatkan ? Filem kita dah ditonton oleh org luar ! Tak payah buat kesan khas berpuluh juta ! Janji seksi , ada bogel bogel .. dan sepak terajang .. Tak lupa yg ada babak momok naik motor ..


Patut selebriti kita ramai bergelar Datuk..  Tabik arr.. Berkorban atas nama seni .. Sejuk perut mak baca ..


Published with Blogger-droid v2.0.3
Share
Tweet
Pin
Share
44 comments

Haaaa .. ni laaa tujuan aku ke KLCC pagi but !! Baeek punyaa projek ..  Selain tu diorg  tunjuk TVC CNY Petronas utk tahun ni ..


Dan ada contest lg !!! Tunggu aku update secara detail nnti ..


Published with Blogger-droid v2.0.3
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Gila ke apa awal pagi kat KLCC .. Huhu .. Ingat nak melantak Kfc pagi-pagi ni tp tak jumpa lak .. Mana ilang dh KFC kat KLCC ni ??


Lama tak naik erl , lrt dan putra .. Ternyata byk dah perubahan .. Jadi cam beruk masuk kg lak aku .. hahaha.. Alo, macam ok !!! Bukan beruk !! Grr ..


Klcc , rasanya berbulan gak tk singgah sahur kat KLCC ni .. Ni dtg pon sbb keje .. Kalu x , dok bantai kuak lentang atas katil lagi ni !! Haha , byk laaa dok kuak lentang ! Byk keje nak settle .. Semua tertunggak ..


Balik ni nak teman wife g klinik lak.. check up .. Oh lupa .. td jumpa member blogger , Ezzu .. lepak borak ngan dia .. Pon ada projek gak tu dia.. haha.. Mana cukup makan gaji bang !!


Ok .. nak sambung cuci mata tengok awek bertudung berseluar ketat nampak bekas spender .. Menda freee .. hahaha.. Kejiii ...


Published with Blogger-droid v2.0.3
Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

Rindu nak tgk stesen Erl ni pada waktu subuh .. Dulu aku naik erl utk g KL .. hehe .. skg tgk jer ..


Pagi ni aku ada press conf kat Galeri Petronas , KLCC .. Projek utk blog .. Alhamdulillah .. mana ada projek , semua aku amik , buat masa skang ..


Tapi , penat !! Sejak balik dari Langkawi tu , aku tak rehat sepenuhnya .. Tidur cuma beberapa jam .. G gym .. Update ..


Mungkin ada yg fikir , sekadar blog ... hehe .. Kira ingat nak taip tu guna air liur mcm bercakap la kot ?


Tak kisah la.. dia punya pikiran tapi yg aku tau , aku gembira dgn dunia baru aku ..


Ahh.. ada perubahan !!


Published with Blogger-droid v2.0.3
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Aku malas nak kata , INILAH ORANG KITA ! .. Bukan apa , kang ada yg kata .. Bukan bangsa kita je gitu .. bangsa lain pon sama gak .. Masalahnya aku tak tau bangsa lain tu camana kan ? Maka tak adil la aku bagi kenyataan gitu ..

 

Sihir .. Mana mana bangsa ada .. Cuma sekarang aku nak cakap mengenai bangsa aku ni haa.. Bangsa yang mana agamanya adalah ISLAM yang  sama sekali mengharamkan sihir ni haa ..

 

Tapi ianya tetap wujud ! Kenapa ? Pelik kan ? Entah apa yang diorang sakitkan hati pon tak tau laa . Bermula dari meniaga kecilan hinggalah yang ke besar ! Tak abis abis dengan perangai busuk !

 

Kalau tak sihir , politik kotor ! Kalau tak politik kotor , tabur fitnah .. Tak senang betul melihat bangsa sendiri maju … Haih .. Dari adik beradik hinggalah ke persaingan perniagaan ..

 

Tak boleh ke bersaing dengan sihat ? Kalau bijak atur strategi , insyaAllah .. Nak tanam sayur pon kena ada cara.. Bukan main campak je benih ..

 

Buanglah perangai busuk tu haaa..  Esok lusa mati , tak sempat taubat .. tak ke naya ??

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

image

 

Ada yang sempat bercinta , maka bercinta .. Tapi dalam bercinta tu , mata dikelabukan dek perasaan sehingga sanggup mengenepikan hal yang patut diambil kira dengan harapan , akan ada perubahan selepas disatukan , jika ada jodoh ..

 

Nasihat aku  … Biar menangis sekarang dari menangis kemudian hari .. Walaupun kecil , kena amik perhatian kerana yang kecil itu mampu menjadi luka yang besar dan akhirnya merosakkan hubungan itu nanti ..

 

Jangan pandan ringan .. Bercinta jangan sampai butakan hati .. Fikir baik baik sebelum menerima. Bukan memilih tapi berhati-hati .. Ramai dah menjadi mangsa . Tapi terlewat sudah . Namun masih boleh diperbetulkan , jika ada persefahaman dan kemahuan..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Heh .. lama tak promote blog eh ? Bz skit .. Tak sangka lak sejak bergelar blogger sepenuh masa ni , makin tak sempat nak update blog lak.. Kalau dulu , paling skit pon 10 entri tapi skang nak capai 5 pon susah dah .. huhu..

Okeh .. tak yh cita panjang.. Jom tengok blog kawan kawan kita yg baru ..

 

5 blog Pilihan Hari ini !

 

Perfectly Imperfect.

Nada Kun | Sixteen | Secretive *in other words, IM A SIMPLE PERSON

 

kAsEh NuR

intro aqu ? adoi . sye era ! umo 16teen . tggl jeli,kltn ! lahir kt ipoh perah !

 

Kebahagiaan yang datang kerana ilmu...

-Lahir pada jam 12.02pm (13/8/1988) di HBKT -Anak kpd Omar bin Jusoh & Wan Fatimah -Pendidikan rendah di SK Ladang & menengah di SMKA Sheikh Abdul Malek di K.Terengganu -Kini sedang menuntut ilmu dlm bidang farmasi di UIA Kuantan...InsyaAllah -to be continued (klau dipnjgkn umur) Contact info: Emel: Suqi_omi@yahoo.com Ym : Suqi_omi FB : Daud Sue

 

*___.::H@mb@ F@kir::.___*

I'M JUST WEAK HUMAN

 

tntg hidupku

urm..nme.mohammad nazarudin bin zulkafli...x by nk sy cita..i hve frenly fmly..and..i hope i will die before my parents die.

 

Sekian.. Terima kasih ..

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

Sori beb , pose sama .. hehe.. malas nk posing ..


Haaa.. ada sapa sapa ghairah ke tgk gmbr aku kt gym ni ? Ada sahabat bgtau aku , kawan dia yakni berjantina perempuan ghairah tgk pic aku ni lalu bgtau haram dh blog aku ni .. Tk tau la haram letak pic ni ke atau baca blog aku ni .. heh..


Kalau nak kata bab ghairah ni, aku letak gambar unta pon , boleh gak manusia yg gila seks , ghairah melihatnya !!


Tolonglah jgn jatuh hukum memandai mandai .. Best partnya bab mengutuk dan melukakan hati orang tak pulak dia nk sebut apa hukumnya  ..


Haih.. kalau dah busuk tu , busuk jugak !! Tak membina langsung jd kawan ..


Published with Blogger-droid v2.0.3
Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

 

Benar .. Umur aku dah semakin lanjut dan terasa sungguh perbezaannya sekarang lebih lagi bila aku bergelar blogger .. Senantiasa dahagakan sesuatu. Maksud aku ialah input ..

Aku seperti budak kecik yang selalu nak tanya , apa itu , apa ini , dan bagaimakah semua itu ? Membuang masa duduk di kedai atau bergurau senda sambil mengutuk sana sini , bagi aku membuang masa sudah !

Masa bergerak terlalu laju .. Aku dan ketinggalan terlalu jauh.  Aku bukan mengejar arus kemodenan tapi dari corak pemikiran. Kenapa aku boleh begitu ?

Jawapan aku .. Dunia aku .. Selagi aku tak keluar dari dunia aku ini , maka aku akan terus terperangkap dengannya. Dan akan terusan dengan cerita yang sama setiap hari ..

Bangun … dan sedarlah .. Umur bukan sekadar angka tapi adalah MASA .. Apakah yang telah kita lakukan dengan MASA itu ..

Dan aku telah banyak bazirkan masa …

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] [2:29] [2:30] [2:31] ..

Bab 3: [3:1] [3:2] [3:3] [3:4] ..

 

 

NEW POST ..

“ Hari pertama yang , sangat mematikan semangat aku untuk menanti hari kedua . Cabaran ? Malas nak berebutkan perempuan. Ramai lagi kat luar sana.

 

Tak dapat dinafikan , memang aku mudah jatuh cinta dan mudah juga memadamkan api cinta itu . Ini mungkin sebab aku belum bertemu buku dengan ruas .. Entah gadis mana yang benar-benar mampu membuka hati aku ni ..

 

Ah , gadis tu benar-benar membosankan aku. Macamlah aku nak tackle dia sangat. Biasa la kan , bergurau skit pon nak amik serius ! Hurm…

 

Entalah esok camana pulak . Dah la nak kena kerja sama sama .. Jangankan nak bincang , nak tengok muka aku pon dia cam malas ! Takkan la pakwe dia pesan kat dia gitu kot ??

 

“ Jangan layan Ben ! Cakap ngan dia , kita putus !! “

 

Gila punya pemikiran aku neh ! Pk positif Ben !!

 

“ Dia terlalu kacak untuk aku bertentang mata . Lebih baik , aku jauhkan diri. .. “

 

Ok .. yang ni sesuai untuk aku sematkan dalam kepala aku esok .. Heh..

 

PUBLISH ..

 

Laptop aku matikan .. Jam di dinding baru menunjukkan pukul 11 malam. Ahh.. Bosan betul .. Tidur , sedar sedar subuh dan pergi kerja ! Arghhhh.. Rindunya zaman belajar dulu ..

 

- SAMBUNG -

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Salam semua,

Jom join competition di AdorableMuslimah.com! Hadiah2 lumayan disediakan termasuklah authentic COACH Wristlet, Victoria’s Secret Gift Bags and beauty care dan juga AM Cash Vousher. Penyertaan terakhir adalah pada 31st January 2012. Cepat2 hantarkan penyertaan anda di dalam Bahasa Melayu atau Inggeris di competition.adorablemuslimah@gmail.com ! Anda boleh tulis apa sahaja berkenaan www.adorablemuslimah.com

Contoh: Pengalaman shopping di AM.com (jika ada) ATAU Apa yg anda suka dengan AM.com ATAU Review produk2 di AM etc… Apa sahaja berkaitan dengan AM.com mengikut kreativiti anda.

Maklumat lanjut berkenaan syarat2 dan lain2 boleh didapatkan di sini à Click Here

clip_image002

clip_image002[6]

clip_image002[8]

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes