BEN ASHAARI



 

Ruam mula naik ke badan Qhaliff .. Mak mertua aku suruh g beli tepung ubi untuk disapukan pada badan Qhaliff selepas mandi .. Persoalannya , tepung ubi yang dijual ni ada dua jenis .. Ubi kayu ke atau ubi kentang ???

Aku g cari kat Carrefour .. Yang aku nampak , tepung ubi kentang .. Ubi kayu , tak de la pulak .. Boleh ke pakai ni ? Kang …. haaa.. ada lagi parah .. Ada yang kata , leh pakai tepung jagung je ..

Aku beli tepung ubi kentang ( potato ) .. Sebelum tu aku ada call Mat Gebu ..  Dan tanya jenama tepung ubi yang ada .. Pusing pi pusing , aku amik je la dulu .. Kang tak betul , g pasar malam atau beli kat Maiden je nanti ..

Keliru den ngan jenis tepung ubi ni .. Yang mana leh pakai ni ..

image Ubi kentang

 

image

Ubi Kayu

 

Boleh ke pakai tepung ubi kentang ( potato ) ni ? Adeh …

Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

 

Biasanya pengiklan dalam dunia maya akan menanyakan berapakah jumlah trafik harian , followers dan macam macam lagi untuk menilai sesebuah blog .. Di mana sebenarnya kekuatan sesebuah blog untuk menunjukkan bahawa blog tu punya kemantapan dari segi penulisan atau memiliki auranya tersendiri ?

Setelah hampir 3 tahun aku berblogging dan pelbagai genre aku cuba untuk memikat pembaca blog akhirnya apa yang aku tau , mudah saja .. Apa yang sebenarnya membuatkan pembaca menjadi pembaca setia di blog kita ? Entri yang berinfomasi dan santai ..

Bila blogger mula menumpukan entri entri begini , trafik akan mula menurun .. Yang tinggal cumalah pembaca setia .. Bagaimana nak tingkatkan trafik semula ? Maka blogger akan mula kembali ‘bermain’ dengan entri entri SEO dan isu panas harian kerana inilah yang menjadi daya tarikan pengguna internet ..

Tapi apakah itu menunjukkan sesebuah blog itu berkualiti ? Sapa yang menilainya ? Bagaimana nak menilainya  ? Mudah saja .. lihat saja komen di entri entrinya .. Komen yang ditinggalkan ,pastinya berkaitan dengan entrinya ..

Untuk menarik trafik , tak sukar sebenarnya. Tajuk yang menarik , isu panas , pastinya akan membuatkan pembaca atau rakan terutama di Facebook atau Twitter , klik untuk membacanya.

Persoalannya , apakah mereka puashati setelah membacanya ? Ada blogger akan jawab .. “ Apa aku kisah , janji trafik up ! “ .. Sampai bila nak begitu ?

Yer , aku rasa aku semakin matang dalam dunia blog ini. Pentingnya sesebuah entri berinfomasi walaupun ianya sekadar santai ..

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Waaa .. Qhaliff senyum sorang  sorang tuuu ..

image

Bila ternampak baby senyum begini , maka pelbagai andaian dibuat lebih lebih lagi bila dikaitkan dengan menda menda halus .. atau tahyul ..

Antara andaian tu , ada yg kata baby dok main ngan uri dia , atau pendamping dia laa mahupun dok fikir syaitan dok mai kacau .. Aiyooo ..  dan ada yang siap bagi petua untuk elakkan menda menda gini atau ada yang kata malaikat  sedang bergurau senda dengannya ..  

Ok la tu .. masing masing dengan andaian tersendiri dan masih berpegang pada pantang larang orang dulu dulu ..

Aku cari jawapannya dengan google di internet . Mana tau ada orang yg dah buat kajian mengenai MENGAPA BAYI TERSENYUM DI KALA TIDUR ..

image

Antaranya ..

“ Suatu ketika seorang bayi siap untuk dilahirkan, menjelang diturunkan, sang bayi bertanya kepada Tuhannya Yang Maha Satu.

“Para malaikat di sini mengatakan besok Engkau akan mengirimkanku ke dunia, tetapi bagaimana cara hidup di sana? Hamba begitu kecil dan lemah.” kata sang bayi

Tuhan menjawab, “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. ia akan menjaga dan mengasihimu.”

“Tapi di surga apa yang hamba lakukan hanya tertawa dan bernyanyi, ini cukup bagi hamba untuk bahagia.” Demikian kata sang bayi.

Tuhan pun menjawab, “Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari, dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan jadi lebih bahagia.” – un2kmu 

 

Dan juga ..

“ Senyum bayi di kala tidur adalah refleksi dari kegiatan saraf pusat di otak. Dalam keadaan tidur, otak bayi tetap mengolah data dan memori, sehingga ia bisa mengalami mimpi atau mengigau. Secara refleks, hal ini akan berdampak pada otot orbikularis okuli di mata. Akibatnya, meski matanya terpejam, pipinya akan sedikit terangkat dan ia terlihat seperti sedang tersenyum.

Menginjak usia satu bulan, barulah ia bisa tersenyum secara sadar ketika sedang tidak terlelap. Artinya, ia tersenyum karena benar-benar ingin mengekspresikan rasa senangnya. Tentu saja senyumnya belum sepenuhnya terarah karena penglihatannya masih terbatas, tapi lama-lama, setelah jarak pandangnya semakin jauh, ia akan mampu memberikan senyum termanisnya sebagai respon terhadap senyum anda “ – Parenting

 

Setahu aku , kalau syaitan datang menganggu waktu malam , bayi akan menangis .. Wallahualam ..

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
(An-Najm [53]: 43)

 

Dah abis baca tu ? Ok , klik je link ni .. Tqqq . http://bit.ly/IwORjq

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Ngantuk giler .. tak tau la kenapa .. Mata macam ada gam jer .. Lepas subuh .. aku g bilik Qhaliff .. Kira niat nak jaga Qhaliff laa konon .. Skali …. Terlenaaa .. Haaa ..

 

image

“Gambar ni , wife amik curi curi .. Nasib baik cute lagi dari baby kan ? “

 

Bila tersedar , tengok Qhaliff dok terbuka mata dan ala ala nak ugut menangis gitu .. Aku pon tepuk tepuk laaa bontot dia ..

“ Syyy.. tidur  Qhaliff … tidur .. “

Wife tersenyum kat aku .. Amboi.. senyum ada makna keee  ?? Nak beli handbag eh ?? Beli je ler … Duit pon ada banyak lagi ni .. hehehe .. Tak kisah pon ..

Rupanya dia senyum sebab lain .. Aku bukan tepuk bontot Qhaliff tapi aku tepuk lengan dia yang kebetulan berhampiran dengan badan Qhaiff ..

Aaahhh .. Sebelum aku kena bahan ngan wife , baik aku sambung tidur ..  Jogging pon entah ke man .. huh ..

Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

 

Peluang jumpa doktor yang baik hati tadi , digunakan aku sebaik mungkin. Segala menda aku tanya kat dia ..

“ Doktor , tu taik lalat dia ke taik hidung dia ? “

Aku nak je tanya dia tapi segan laaak .. hehehe .. Jadi aku tanya je soalan tu , dalam hati aku jer .. hehe .. Tapi ada la aku tanya soalan soalan yang berkaitan cam melecet tu dengan harapan , dapat la ubat free kan ? Memang dapat laa pon ..

Selepas mengucapkan terima kasih dan selamat hari raya pada doktor , aku ngan mak mertua aku pon keluar dari bilik tu.. Eh , terlupa lak Qhaliff kat doktor tu .. hehe .. Tak de laaa.. Giler pe terlupaa anak ! Tapi aku sering lupa umur dia daaa .. Kalau orang tanya , dari ari tu sampai sekarang , asik 7 hari jer .. Hehehe .. Teruk kan ? Apa nak buat kan ? Aku asik fikirkan masalah negara memanjang ..

Keluar dari bilik doktor , terus ke bahagian Farmasi.. Scan nombor giliran dulu ..

“ Sila hubungi bahagian pertanyaan .. “

Pulak.. time time gini dia leh wat lawak hindustan laakkk .. Aku nak cepat balik ni ..  Try sekali lagi .. Sama gakkk ..

“ Cik , scan ni rosak ke ? Kalau rosak , saya nak masuk tender ni .. Kot leh supply barang kat hospital kerajaan .. Masyuk woo .. “

Aku nak je tanya gitu tapi aku tau , aku baikhati..

“ Cik , scan ni tak sihat ke ? Dah bawak jumpa doktor ? “

Ok , aku tak tanya gitu gak ..Kang aku kena humban keluar lak  ..

“ Cik , kenapa nama tak keluar  ? “

Dia jawab .. “ Order tak sampai lagi .. “

Oh.. boleh lagu tuu ehh .. Efisien sungguh laa hospital kerajaan skang ni.. Sapa laa yg dapat projek tu yer .. huu ..

Tak lama kemudian , nombor aku dipanggil setelah discan 5 kali .. Dapat dahhh ubat .. Selamat RM30 .. Perghh.. banyak tuu .. Leh layan Frutti Tutti tuuu ..

Bila aku kembali ke mak mertua dan Qhaliff , ada seorang perempuan kat situ dok berborak ..

“ Abang ben eh ? Qhaliff tak sihat ke ? Bla bla bla …. “

Amboi.. Dia leh kenal Qhaliff  ?? Padahal Qhaliff dok lepak ngan mak mertua aku tuuuu .. Perghh.. bagus tul daya ingatan dia .. Kalau aku ,sahih lupa dah rupa camana .. Nasib baik anak sendiri .. hahaha ..

Jaja .. Dia perkenalkan diri sebagai Jaja .. Antara pembaca blog Benashaari.com ni .. hehe .. Tak sia sia laaa aku update blog .. Ramai kawan kat Putrajaya ni .. hehe ..

Dan Qhaliff.. Tamo dah letak muka diaaa.. Dia lagi popular dari ayah dia skang ni .. Mana aci !!

Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

 

image

Sengih dia sorang sorang .. Nasib baik aku sempat snap tadi.. heheh .. Nape dia tersenyum eh ??  Jeng jeng jeng …

image

Owhh .. Rupanya Pak Lang dan Mak Lang bagi dia hadiah niii .. Special sbb pakcik ben dapat baby pertama .. Kedua , ketiga nanti ??? Haaa .. Machehhhh  uncle , auntieee …

image

Test power ?  Waaa .. terus tidur lena diaa .. Tapi jap je test power sbb lom kuat lagi tulang dia .. Tunggu besar skit nanti , baru guna ehh .. tidur time daddy update blog.. Kasi susu ibu baeekk punya , confirm terlenaa .. Susu terbaeekkk …

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Pernah dengar Myimart ? Kalau belum pe kata baca dulu kat entri MYIMART ni dulu .. G la baca duluuu .. kang datang sini balik .. haaa .. Apa laaa ..

Ok , baca dah ? Bila dah baca , maka korang tau la apa yang mereka tawarkan pada korang kat sana kan ? Kat sana tu ialah kat laman web MYIMART  tu sendiri la ..

Jadi apa yang aku nak beli eh ? Yup , ada sesuatu yang menarik minat aku iaitu ..

image

Yup , kabel HDMI yang boleh menyambung ultrabook aku ni ke television lcd yg ada kat rumah aku atau mana mana tv asalkan ada port HDMI tu ..

Kalau dilihat pada harganya , cuma RM49 .. tak perlu membuat penawaran sebaliknya harga yang diberi mmg dah dipotong sebanyak 51% .. Jadi harganya selepas potongan sangatlah murah ! Kalau nak beli kat luar , dah berapa kan ? Kualiti lagi.. haaa ..

image

Camana nak beli ? Mudah je caranya .. Klik pada mana mana item yang korang berminat cam aku HDMI cabel ni la kan ..

image

Nampak tak ada ‘BUY NOW’ disebelah kiri gambar ni .. Haaa .. Pastu akan keluarlah borang online begini .. Ikut je arahannnya ..

image

image

Bayaran boleh dibuat melalui :

image

Bila dah buat pembayaran , korang akan diberi satu voucher sebagai resit pembelian . Kemudian emailkan voucher kepada company berkenaan .. Tang ni kena baca betul betul di bahagian Redemption Process .. Contoh cam untuk HDMI cabel ni , aku perlu emailkan pada

  • gadgetsolution@gmail.com dengan tajuk email MY CABLE
  • Kemudian berikan nama penuh ,sertakan voucher ,alamat penuh dan no telefon .

    Tu jeee .. senang kan ? Haaa … Tunggu apa lagi ? Produk yg ditawarkan , terhad wehh ..  Nak tau lebih lanjut , klik je SINI ..

  • Share
    Tweet
    Pin
    Share
    3 comments

     

    image

    Alhamdulillah .. Dah jumpa doktor dan dia bagitau Qhaliff takde apa apa .. Tu normal je .. Ubun ubun yang dikatakan bengkak sedikit tu akan surut dengan sendirinya nanti seperti mana yang pernah diceritakan oleh rakan rakan pembaca pada entri yg lepas..

    Sebelum aku masuk jumpa doktor , di luar bilik menunggu tu ada seorang penjawat awam yang nak dapatkan pemeriksaan doktor kerana tekanan darah tinggi ..

    Dia yang mulakan perbualan dengan menanyakan keadaan anak aku .. Kemudian dia menyuruh aku merakamkan segala pembesaran Qhaliff serta menyimpan segala resit resit perubatan , perbelanjaan dia agar satu hari nanti , berikan pada anak itu agar dia menyedari susah senang membesarkannya ..

    Dia kecewa .. Anak lelakinya yang berusia 17 tahun , bersikap kurang ajar dengannya sehingga dia mendapat tekanan darah tinggi. Kesian aku tengok dia .. Katanya lagi , anak sulungnya tiada masalah .. Anak keduanya itu penuh dengan masalah ..

    Katanya , anak lelaki yg bersekolah di Sek. Men. Taman Maluri tu bercampur dengan budak nakal serta mengatakan sekolah tu di kelilingi budak budak samseng  Sekolah Menengah Datok Lokman ..

    Dengan senyuman aku jawab kat dia .. “ Saya bersekolah di Datok Lokman tu .. “ .. Dalam hati , aku tak samseng pon sejak bersekolah kat situ .. Bagi aku , mana mana sekolah , ada samsengnya..

    Apa yang pasti , dia mmg kecewa dengan anaknya yang langsung tidak tau menghormatinya dan juga ibunya .. Boleh lihat dari raut wajahnya ..

    Cadangannya tu bernas.. Rekodkan .. Ya , aku rekodkan dalam blog ini .. Biar Qhaliff baca sendiri log ayahnya satu hari nanti .. Biar dia tau , susah senang ibunya membesarkannya .. Aku , tak pe la.. Dah tanggungjawab aku ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    25 comments

     

    image

    Baru plan nak tengok Battleship kat Alamanda jam 12 tengahari tapi terbantut bila wife call kata nurse datang tadi dan check … Kepala Qhaliff ada bengkak sedikit .. Tapi dia kata takde apa apa cuma g dapatkan pemeriksaan lanjut kat Klinik Kerajaan ..

    Hurm .. kata wife , nurse terlepas pandang check kepala dia sebelum ni..  Tak pe la .. nak marah pon tak guna kan ? Patutnya kita sendiri pon kena alert anak kita ni ..

    Bila aku dengar gitu , aku terus balik rumah . Nak g pasar beli sayur pon , aku batalkan niat jer.. Nanti settlekan Qhaliff dulu baru g beli .. kan ?

    Harapnya takde apa apa laa.. Sebab sebelum ni mmg aku rasa tang ubun tu tinggi semacam tapi dah berkurangan pon skang .. uhuhu.. tamo tamo tamo yer Qhaliff ..

    Bab kerja , aku baru dapat sms jemputan tonton wayang di The Curve malam ni .. Aku rasa sekarang ni aku tak nak keluar jauh dari rumah aku terutama sebelah malam sbb ada banyak dah kes jenayah berlaku tapi ?? Haa.. ada tapi.. mereka yg duk Putrajaya je la yg tau apa ceritanya.. haih ..

    Kul 2 g klinik yer Qhaliff.. Daddy tak makan lagi dari pagi .. Tak pe la.. Diet … Qhaliff punya pasal .. kan kan ?

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    30 comments

    " Sign dua dua surat ni .. " . Aku hulur kat dia dan dia turunkan tandatangan .. Aku senyum ..


    Yesssss .. Dia dah setuju !!!! Hahaha .. Dan dan wife mintak tgk surat tu .. Haha.. takkan surat kebenaran nikah lagi kot ?


    Hahaa.. Ingat Qhaliff tuu .. hehe .. Haa .. pasal Qhaliff .. ada yg tanya , apa maksud dia .. Cer cari sendiri .. Kan internet di hujung jari anda .. hehe..


    Tu surat utk diantar ke BPP laa .. Takde duit nak nikah lain . Kalau ada pon , bwk g melancong anak bini pon best ..


    Published with Blogger-droid v2.0.4
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    15 comments

    Alhamdulillah...  Sampai sampai je JPN , terus dptkan nombor giliran. Baru nak duduk , dah dipanggil .. Caiyok caiyokk ..


    MyKid , kena tunggu lagi sejam .Jadi , aku ke Bahagian Pinjaman Perumahan , Kementerian Kewangan utk bg surat pemberitahuan alamat opis baru wife ..


    Tak sampai 5 minit selesai . Skang balik semula ke JPN utk tunggu MyKid . Jam baru menunjukkan pukul 10 pagi . Ada lg setengah jam utk tunggu 'sejam' .. Laaparr dah ni sbb awal pagi td aku g jogging .. Nak kasi cengkung muka skit .. Ala ala muka maskulin gitu .. Secara tidak langsung sebenarnya aku mendorong wife utk menjaga kesihatan dan stamina dia nanti . Mana aci suami je nampak mantop kan ? Heeee ..


    Hahaha .. sejak ada baby ni , gelak pun dah ' heeee ' jer .. Ala ala control cam baby gak .. lalala ..


    Published with Blogger-droid v2.0.4
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    13 comments

     

    clip_image001

    clip_image001[4]

    Assalammualaikum ... Bersua kembali rakan-rakan pembaca yang saya amat hormati ... Entree pada hari ini saya ingin berkongsi ceriter dengan semua rakan-rakan pembaca dengan hasil keuntungan pelaburan logam emas tulen fizikal ...

    Saya dan keluarga telah berpeluang melancong ke luar negara iaitu ke "Kota Paris" pada tahun lepas ... Maklum sahaja lah perbelanjaan untuk ke sana memerlukan kos yang agak tinggi ...

    Tambahan pula pergi melancong dengan family ... Sudah pasti kos nya tinggi berbanding pergi "couple" sahaja ... Syukur dengan rezeki dari "NYA" ... Syok betoi pergi melancong ke sana ... Ini bermakna strategi pelaburan logam emas tulen fizikal saya telah membuahkan hasil ...

    Untuk layan gambar seterusnyer (klik di sini)

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    3 comments

     

    Jap lagi nak g sekali lagi JPN pastu ke BPP , Kementerian Kewangan.. Selesai part tu nak ke Alamanda jap .. Nak membeli barang skit .. Semua tu dilakukan seorang diri .. Kalau dulu , kemana mana berdua , skang ni keseorangan laaa .. Harapnya jangan ada ‘kedua’ ye dakk .. hahaha .. Menjeling dah wife .. haha ..

    Sejak ada baby ni , kesabaran mmg teruji .. Tapi orang kata ni baru skit .. Nanti dah besar , tengok laaa apa yang dia buat kat rumah .. Masa tu , baru tau camana kesabaran tu teruji ..

    image

    Mereka yang dah bergelar ibu dan bapa ni pasti tau camana tapi biasanya si ibu laa yang lebih terasa ‘kegeraman ‘ tu berbanding si ayah sbb ayah biasanya terus jegil bijik mata atau ‘mengaum’ berbanding ibu yang lebih banyak berleter ..

    Pening kan ? Lebih lagi anak lelaki yang kreatif. Abis laaa dinding rumah , peralatan rumah , perabot atau apa saja yang mereka boleh capai , dijadikan ekperimentasinya .. Nak marah ? Tak boleh punya kerana masa ni mereka masih dalam proses belajar  ..

    Namun begitu , ibu bapa perlu tau cara untuk mendisplinkan anak dari sekarang agar tidak ‘naik lemak’  nanti .. Ada dua contoh yang sering aku lihat .. Adik aku sendiri dengan anak-anaknya dan adik ipar aku dengan anaknya .. Dua cara yg amat berbeza .. Yang sorang lembut dan sorang lagi agak keras .. Yang mana akan aku gunakan pada anak aku nanti  ..

    Apa yang aku tau .. Kekerasan atau ketegasan pada anak kecil membuatkan pembesaran akal atau minda mereka terbantut .. Mereka ‘takut’ untuk mencuba sesuatu lantas lebih rela duduk diam dari dimarahi nanti .. Tapi aku pasti  ibu bapa tau apa yg mereka lakukan dan dalam pada masa yang sama , banykkan lagi bacaan agar tidak tersilap ‘mengajar’ .. kan ?

    Aku tak tau lagi camana ragam anak aku .. Harapnya tak perlulah aku sampai jadi hulk nanti .. Sebenarnya , aku tau aku lemah dengan budak .. Tak sampai hati nak marah apatah lagi nak naik tangan kecuali atas niat mendidik dan mendisiplinkannya. Aku rasa semua ibu bapa begitu kecuali yg berhati binatang !

    Aku sendiri dalam proses pembelajaran. Rakan rakan pembaca sering meninggalkan tips untuk aku dan wife gunakan mana yang ok .. Terima kasih yer ..

    OK .. aku gerak dulu .. jumpa lagi nanti kat Alamanda ..  Hek hek .. Larikkkkk .. Mesti rindu kat Qhaliff nanti.. huhu.. Ibu dia ? Aku pantang okeh !

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    13 comments

     

    IMAG2492

    Mata dah terbukak .. Usha line .. mana kosong .. Kiri kosong ..

    IMAG2495

    Kanan ? Daddy sibuk amik gambar aku lak.. Siap dia jap lagii ..

    IMAG2496

    Apa apa , mengeliat dulu .. Bedung ? Sori la .. panas der !  Pagi pagi leh bedung .. malam nak karaoke ..

    IMAG2497

    Test muncungkan bibir sebab nak bantai lagu dangdut memalam ni ..

    IMAG2498

    Yearghh .. Sound check ! Yearghh.. Clear …  Ru ready my daddy n mummy ???  My tok ma pon , ru ready ??

     

    image

    Let’s dangduttttt !!

    Daddy tetap update blog gaaakkk .. Selepas berduet la ngan Qhaliff kan ? heheh ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    34 comments

     

    image

    Seminggu yang lepas …  Bila pegang Qhaliff , ubun ubun dia lembut sangat dan berbentuk LOVE .. Dan hingga hari ni , ubun ubun tu masih ada tapi dah makin kurang .. Bila mak aku persoalkan kenapa masih ada lagi , maka aku terkecut perut jap .. Peliknya bila nurse check , dia tak kata apa apa lak ..

    Hurm.. aku google cari info mengenai ubun-ubun bayi .. Jumpa ..

    “ Ubun-ubun (bahagian lembut di kepala bayi), dikenali dalam bahasa saintifik sebagai "frontal lobe". Manusia dilahirkan berkepala besar. Tak percaya, tengok bayi yang baru lahir. 1/4 dari keseluruhan badannya adalah kepalanya sahaja.

    Namun begitu, bukaan pada pintu rahim (uterus) ibu adalah kecil sahaja, tidak dapat memuatkan kepala bayi yang besar ini ketika kelahiran.

    Atas disebabkan itulah, adanya ubun-ubun. Ubun-ubun yang lembut ini, dapat melalui bukaan pintu rahim sang ibu tersebut. Kerana itulah bayi yang baru lahir, ada yang kepalanya lonjong. Namun lonjong ini untuk seketika sahaja, dalam tempoh 2,3 minggu akan kembali ke bentuk asalnya.

    Selepas bayi tersebut membesar, ubun-ubun akan semakin hilang/mengeras, lalu bercantum menjadi tempurung kepala yang keras, biasanya dalam tempoh 2 tahun.

    image

    Ubun-ubun dalam Al-Quran
    Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16


    Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti(berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.


    Maksudnya:
    Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

    Prof. Muhammad Yusuf Sakr memaparkan bahwa tugas bagian otak yang ada di ubun-ubun manusia adalah mengarahkan perilaku seseorang. “Kalau orang mau berbohong, maka keputusan diambil di frontal lobe yang bertepatan dengan dahi dan ubun-ubunnya. Begitu juga, kalau ia mau berbuat salah, maka keputusan juga terjadi di ubun-ubun.”

    Ubun-ubun dalam wudhu'- Meratakan air ke ubun-ubun.


    Ubun-ubun dalam masyarakat melayu


    Sejak kecil, ubun-ubun menjadi perhatian terutamanya kawasan ini adalah kerangka tengkorak lembut ketika bayi dan tengkorak terakhir yang keras. Semasa kecil juga ubun-ubun menjadi rujukan atau petanda untuk menilai keaadaan bayi. Ada yang mengatakan apabila ubun-ubun lekuk ke dalam menandakan bayi terkejut. Ada juga yang mengandaikan bayi demam, kembung, lapar dan sebagainya.

    Selain itu ubun-ubun juga tempat orang selalu bacakan doa. Kita selalu dengar 'bacakan doa pada ubun-ubun anak ketika mereka tidur' dan sunat membacakan doa sambil tangan diletakkan pada ubun-ubun isteri selepas nikah.

    Sumber dari EJAU

     

    Bila dah baca pasal ubun ubun ni , sedikit sebanyak lega sedikit la .. Jangakamasa ilang ubun ubun yang timbul tu antara 6 –20 bulan .. InsyaAllah ..

    Banyak info sebenarnya di internet tapi kena tau gak la sapa penulisnya dan dari mana info tu dia dapat .. Kalau tak ? Boleh jadi salah faham nant ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    15 comments

     

    Mak mertua aku pelik .. Nape ramai sangat yang datang lawat Qhaliff ni , majoriti mesti perempuan .. Er , ayah dia kawan ngan ramai perempuan kot ? Hehehe ..

    imageimageimage

    imageimageimage

    Sorang jeee abe sudi datang eehh .. Abe Que Ahmad..  hehe .. Ramai lagi sebenarnya tapi tak sempat nak snap sbb kelam kabut .. Aku yang kelam kabut sebenarnya .. hehe .. Tak sangka ramai kawan dunia maya sudi ziarah Qhaliff .. 

    Skang , baru dapat tarik nafas rehat skit .. Ni pon pening kepala .. Punca ? Entah .. setiap kali gempa bumi , ngan aku aku sekali pening .. Bukan lawak tapi hakikat .. Tak tau  la kenapa ..

    Eh , tajuk lain .. haha .. Haaa .. Qhaliff dah mula berubah muka ke muka belah wife , mak aku kata .. Huhuh .. Blah sana mmg ramai kacak .. Blah aku ramai macho .. Ok la tu kan ? Hehe..

    image

    Kecik kecik dah wat gaya seksi .. Huh ! Kena kawan dak neh !! Tak leh bebas sangat .. Kena bedung sampai umur 40 tahun.. pastu baru okeh ..

    Ai jeles okeh !!

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    27 comments

     

    Timeline di Twitter seperti di bulan Ramadhan .. Status di Facebook , jgn cerita la..  Insaf terasa  tapi entah untuk berapa lama , hanya Allah saja mengetahui.. Dan aku , nak update untuk maklumkan pada rakan pembaca , rasanya tak perlu dah sbb majoriti blogger dah update mengenainya ..

    Di bloglist aku saja , lebih 50% entri terkini update mengenai gempa bumi di Aceh , Indonesia .

    image

    Sama sama kita berdoa pada Allah agar peristiwa Tsunami lepas tidak berulang lagi . Semoga Allah melindungi kita semua ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    11 comments

     

    image

    image

    Dari awal aku berblog aku berblog hingga sekarang .. Aku tak kisah pon pada mereka yang nak atau tak nak follow aku .. Sebab bagi aku , aku tau blog aku belum mantap dari segi penulisan mahupun juga tarikan pada template..  Apa yang aku buat , aku terus je berkarya .. Nak baca , baca .. tak nak baca , aku tak leh buat apa ..

    Memang benar Follower tu penting , tapi kalau sekadar memenuhi gadget tu  tak guna gak kan ? Lebih baik tumpu pada mereka yg nak masuk dan baca .. Kalau takde orang nak baca , usahakan dengan menukar corak penulisan yg lebih menarik , santai dan berinfomasi .. Lebih baik 1 dari 100 orang masuk tapi sekadar tinggal komen yg takde kaitan langsung dengan entri ..

    Qhaliff ..  sudah seminggu lebih aku cerita mengenai dia .. Secara automatik , blog aku bertukar pembaca .. Dulu  blog aku penuh dengan pembaca yg muda belia , sekarang ini .. yg masuk terdiri dari golongan baru iaitu ibu ibu dan juga mereka yang sudah sampai masa untuk mendirikan rumahtangga ..

    Cerita mengenai Qhaliff , mmg seronok .. Bukan sebab teruja anak pertama atau kerana kecomelan dia menyerupai ayahnya ( ok .. aku tau korang meluat baca part ni .. hahaha ) , tapi ianya satu babak baru dalam ehidupan aku ..

    Dengan bercerita mengenai baby ni , pelbagai info yg boleh aku dapat dari rakan rakan pembaca yg telah punya pengalaman juga ilmu . Secara tidak langsung , pembaca lain turut sama dapat info mengenainya ..

    Kesimpulannya , dalam berkarya melalui blog .. tumpukan pada penulisan sekiranya kita dah punya pembaca setia . Jangan tunggu hingga beribu baru nak beria sebaliknya dari 1 itulah akan berkembang menjadi lebih ramai ..

    Satu nasihat aku bila berblog .. jangan busuk hati dengan rakan yang lain . Anda punya ladang tanaman sendiri , maka jaga dan bajailah .. Jangan sibuk nak meracun tanaman orang lain .. Tak guna punya hati andai hitam dengan hasad ..

    “ Qhaliff .. jangan wat cam tu eh .. Daddy smackdown nanti .. “

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    28 comments

     

    image

    Nurse datang lagi hari ni .. Ni lawatan ke 2 , kalau tak silap aku .. 2 kan ? Ke ketiga  eh ? Hurm.. lupa dah aku .. Maklumlah , semakin muda semakin pelupa .. huhu ..

    Jadi berat dia ari ni setelah seminggu lebih , turun ke 3.6 kilo dari 4.02kg .. Haaa .. Skang ni kira berat tulang la eh ? Ari  tu dah campur sekali ngan air sekali la tu kot ..

    Hurm .. pampers pon rasa cam tak sesuai je .. melecet sudah ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    19 comments

     

    Hehe … Tengok gambar ni , teringat video cabaran yang pertama tu .. Tengok dah ? Tengok dah kan ? Best kan ? Hahaha .. Memang cool giler challenger ni .. Bersantai abis punya.. Haa , korang dah tau sapa menang kan ? Kalau belum tau lagi , jom g tengok kat page TOSHIBA NOTEBOOK PC ni ..

    Dalam cabaran pertama ni , sebenarnaya aku was was nak gunakan Toshiba Portégé Z830 Ultrabook ni sbg alat utk bermain pingpong .. Tapi bila dah mulakan , aku tak rasa dah langsung seperti sedang memegang ultrabook sebaliknya paddle ping pong .. Ringan bro ! Siap boleh smash lagi ! Hahaha ..

     

    Yang video ni korang dah tengok ? Belum ? Ehhh .. pastikan jangan terlepas video ni sbb aku mmg tak nampak banyak Toshiba Portégé Z830 Ultrabook yang disembunyikan walaupun berada di depan mata aku ! Adoiii .. rugi benar wooo sbb banyak point terlepas.. Jangan lupa saksikan video tu kat page TOSHIBA NOTEBOOK PC ni tau !

    Cabaran ni , aku silap banyak sebenarnya .. Banyak ultrabook yang disembunyikan di depan aku tapi aku tak nampak ! Ke aku tak cari betul betul ? Warnanya yg gelap serta nipis tu , mmg buat orang cam aku ni , belajar mencari barang dengan lebih teliti .. Serius , mmg nipis gile !

     

    Kalau kedua duanya dah tengok .. apa kata tengok challenger yang ke 3 ni .. Haaa..

     

    Dalam ketiga-tiga cabaran yang aku dah lakukan bersama sama blogger yang lain ni , aku dapati ultrabook keluaran Toshiba ni nipis dan ringan walaupun aku dah pegang dan guna , tapi tak terasa keunikkannya .. Apabila aku lalui kesemua cabaran tu , barulah aku nampak , lagi terang dan nyata .. Hehe.. beruntung aku miliki ultrabook ni ..

    Kawan-kawan di Facebook pon ramai antar mesej peribadi dan bertanyakan mengenai ultrabook keluaran Toshiba ni .. Aku tersenyum kerana seperti mereka , aku lebih awal tergoda dan tertarik .. Hehehe .. Sama gak bila ada rakan rakan dating rumah dan aku bagi mereka pegang serta gunakan. Yearghh.. Mereka kagumi Toshiba Portégé Z830 Ultrabook ni..

    Pengalaman menarik sepanjang hari aku bergelar blogger ini mmg satu kenangan manis .. Ini secara tidak langsung menunjukkan yang Toshiba Portégé Z830 Ultrabook ini sesuai bagi mereka yang berjiwa muda .. Amacam ? Tak tergoda ke ?

    Terima kasih Toshiba !

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    16 comments

     

    image

    Ni la masa diaaaa .. ‘ Ru ready my daddy ??? “

    Gulp .. “ Ready my little Qhaliff .. “

    Nebesss neehh .. Sat lagi dia bagi high volume , mau mengigil aku dibuatnya.. Yelah , bukan takat nangis nak susu , tapi nangis cam nak kasi tau satu dunia kewujudan dia ni haaa .. Cuak wehh lebih lebih lagi tengah malam .. Risau la jiran ingat aku dok dera baby kee apa .. kan ?

    Time ni ok lagi.. dia dok jeling jeling menjeling tahap KL Gengster tu haa.. Sat lagi bila wife aku masuk je tandas , tadaaaa ..

    “ Waaaa .. waaaa .. waaaa … Waaaa .. “ 

    Masih lagi di peringkat 3 .. Wife tak keluar lagi… Dia bagi aku peringkat 5 punya ! Tang ni aku goyang terus !! Yelah , bukan takat saja saja nak nyanyi lagu Sangam tu haaa .. tapi terus ala Justin Bibiaq tuuuu ..

    Terus aku gegar wife.. “ Qhaliff nak susu ni .. Abang punya kalau ada , lama dah bagi.. “

    Seminit kemudian , wife keluar dan aku bagi Qhaliff kat dia .. Dan dunia kembali aman ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    18 comments

     

    image

    Anakku ..

    Ayahmu tiada harta untuk diwariskan padamu ..

    Apa yang boleh ayahmu ini janjikan ialah isikan dadamu itu dengan ilmu dunia akhirat …

    Carilah ilmu selagi boleh anakku .. Kerana itulah saja mampu ayahmu ini berikan .. Dengan ilmu itu kelak , wahai anakku .. Kau binalah kehidupanmu itu dan jangan sesekali ketepikan Islam , agama yang kita cintai ini ..

     

    Anakku ..

    Ayah tidak akan memberikan kemewahan dunia untuk mu. Kamu perlu berusaha sendiri dengan titik peluh mu  itu .. Dengan ilmu yang dipelajari , jadilah insan yang berguna pada agama , negara dan masyarakat . Apa guna wang ringgit berlambak tapi sedikit pon tidak berbakti ?

    Ayah tahu kamu mampu lakukan kerana ibu mu juga berjaya melakukannya ..  Keturunan mu berjaya melakukannya walaupun mereka bukan jutawan tapi tidak seorang pon menyusahkan orang lain..

     

    Anakku ..

    Andai kamu membaca luahan ayah ini , ketahuilah .. ayah akan berusaha mendidikmu dengan melebihi dari apa yang ayah pernah dapat dulu .. Jadilah  manusia yang berguna ..

    Jangan sesekali ketepian agama kerana dunia , wahai anakku. Ingat pesan ayah , andai kamu membaca satu hari nanti. Kalau tak baca , jangan risau , ayah akan buat vlog dan jadikan harta peninggalan buat mu ..

    Dah , gi tidur .. 

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    34 comments

     

    Ni aku bagi tips la yer .. kalau nak Follow mana mana blog , tak yah bagitau kat blogger tu .. Cukuplah dengan tinggalkan komen yang berkaitan dengan blog tu .. Komen perlulah bernas , logik dan menarik .Kalau nak kritik sekali pon , sama je .. Tak yah bagitau dia yang awak dah follow dia pon ..

    Bila dia dah baca komen tu , mesti dia tertanya punya .. sapa orang neh ? Biasanya aku buat gitu laa.. Lebih lebih lagi aku tak pernah nampak nama tu .. Bila aku ke blog dia , aku akan follow punya sbb aku dah masuk .. Samada dia baru buat blog atau lama , aku follow je .. Apa susah kan ?

    Kalau dia tulis , “ saya dah follow awak , awak follow la saya balik k .. “ sumpah , aku tak tak masuk n follow .. Kenapa ? Sombong gile ke aku ? Berlagak retis ke ? Hek elerr .. Cer pikir . Kalau aku masuk dan follow kerana dia yang suruh , pasti dia akan g buat lagi pada blog blog yang lain.. Ada gak yang maki dia nanti ..

    Kalau nak amalkan konsep ‘ i follow u ‘ , g je ke Kelab Blogger Ben Ashaari .. Haaa .. Followww je la mana mana blog kat sana bila mereka ajak tukar tukar link .. Takde sapa marah punya..

    Marah ? Tak laa.. nasihat jer .. Sebelum kena maki ngan orang lain , aku bagitau awal awal yer.. Sian pulak nanti kena maki.. kan ?

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    49 comments

    Tensen bukan kerana baby tp kerana tetiba mcm mcm ada dtg serentak tp itulah yg menariknya ..


    Bagaimana nk selesaikannya ? Kematangan fikiranlah jawapannya..Otak yg cerdas dtgnya dr tubuh badan yg cergas .. Jadi , kena bijak imbangkannya ..


    Jangan jadikan faktor anak utk tidak ada masa bersenam .. Jangan lupa , anak memerlukan ibu bapa yg senantiasa dlm keadaan bersedia dr segi mental dan fizikal ..


    Bersenam selagi terdaya.. Kalau malas , anak ikut malas ..


    Published with Blogger-droid v2.0.4
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    No comments

     

    Ahh.. lega dapat tidur jap.. Recharge tenaga .. malam kang nak gilir jaga ngan wife .. Dia 90 , aku 10 .. hahaha.. Tak la… sampai mana larat , tukar la kan .. hehe.. Gilir je la.. anak sendiri ..

    image

    Akhirnya aku up video Qhaliff berkaraoke dengan aku .. Kira berduet la .. Tapi tak pasti la korang dapat tengok ke tak .. Kalau nak tengok , g kat SANTAI BEN ASHAARI .. Aku dah upload kat situ .. Malas nak letak kat youtube .. kang tak pasal pasal nanti besar , dia nak layan vlog lak .. huhuh..

    Penat jaga baby ni .. Seronok tu , confirm laa.. Tapi bila tengok sepupu sepupu dia yang berjantina lelaki ni , aku leh naik balik tekanan darah aku ni.. Mau sorang sorang aku jegil bijik mata ni .. Haaa…  Lama tak menjegil mata kat budak ni.. Last buat pon masa aku jadi cikgu dulu .. hahaha ..

    image

    Syok jegil kat budak ni.. Terasa zaman sekolah dulu kena jegil dek cikgu.. Kira masa ni ‘balas dendam ‘ cara halus laa.. tapi aku tetap baik ngan budak .. Amanah Allah … dan juga waris generasi kita.. kan ?

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    11 comments
    Newer Posts
    Older Posts

    Blog Stats

    Blog Archive

    • ▼  2026 (13)
      • ▼  Jun 2026 (1)
        • Cara nak kurus cepat !
      • ►  Mei 2026 (2)
      • ►  April 2026 (2)
      • ►  Mac 2026 (2)
      • ►  Februari 2026 (3)
      • ►  Januari 2026 (3)
    • ►  2025 (63)
      • ►  Disember 2025 (4)
      • ►  November 2025 (2)
      • ►  Oktober 2025 (2)
      • ►  September 2025 (5)
      • ►  Ogos 2025 (3)
      • ►  Julai 2025 (6)
      • ►  Jun 2025 (4)
      • ►  Mei 2025 (5)
      • ►  April 2025 (5)
      • ►  Mac 2025 (8)
      • ►  Februari 2025 (10)
      • ►  Januari 2025 (9)
    • ►  2024 (170)
      • ►  Disember 2024 (9)
      • ►  November 2024 (11)
      • ►  Oktober 2024 (13)
      • ►  September 2024 (10)
      • ►  Ogos 2024 (15)
      • ►  Julai 2024 (20)
      • ►  Jun 2024 (16)
      • ►  Mei 2024 (22)
      • ►  April 2024 (16)
      • ►  Mac 2024 (14)
      • ►  Februari 2024 (10)
      • ►  Januari 2024 (14)
    • ►  2023 (171)
      • ►  Disember 2023 (12)
      • ►  November 2023 (14)
      • ►  Oktober 2023 (16)
      • ►  September 2023 (13)
      • ►  Ogos 2023 (16)
      • ►  Julai 2023 (14)
      • ►  Jun 2023 (17)
      • ►  Mei 2023 (14)
      • ►  April 2023 (10)
      • ►  Mac 2023 (18)
      • ►  Februari 2023 (13)
      • ►  Januari 2023 (14)
    • ►  2022 (182)
      • ►  Disember 2022 (22)
      • ►  November 2022 (9)
      • ►  Oktober 2022 (12)
      • ►  September 2022 (9)
      • ►  Ogos 2022 (11)
      • ►  Julai 2022 (10)
      • ►  Jun 2022 (10)
      • ►  Mei 2022 (13)
      • ►  April 2022 (14)
      • ►  Mac 2022 (21)
      • ►  Februari 2022 (21)
      • ►  Januari 2022 (30)
    • ►  2021 (389)
      • ►  Disember 2021 (26)
      • ►  November 2021 (23)
      • ►  Oktober 2021 (23)
      • ►  September 2021 (26)
      • ►  Ogos 2021 (26)
      • ►  Julai 2021 (29)
      • ►  Jun 2021 (27)
      • ►  Mei 2021 (30)
      • ►  April 2021 (36)
      • ►  Mac 2021 (56)
      • ►  Februari 2021 (42)
      • ►  Januari 2021 (45)
    • ►  2020 (329)
      • ►  Disember 2020 (39)
      • ►  November 2020 (36)
      • ►  Oktober 2020 (28)
      • ►  September 2020 (29)
      • ►  Ogos 2020 (36)
      • ►  Julai 2020 (24)
      • ►  Jun 2020 (30)
      • ►  Mei 2020 (28)
      • ►  April 2020 (23)
      • ►  Mac 2020 (23)
      • ►  Februari 2020 (18)
      • ►  Januari 2020 (15)
    • ►  2019 (407)
      • ►  Disember 2019 (22)
      • ►  November 2019 (30)
      • ►  Oktober 2019 (44)
      • ►  September 2019 (34)
      • ►  Ogos 2019 (48)
      • ►  Julai 2019 (27)
      • ►  Jun 2019 (30)
      • ►  Mei 2019 (42)
      • ►  April 2019 (37)
      • ►  Mac 2019 (43)
      • ►  Februari 2019 (25)
      • ►  Januari 2019 (25)
    • ►  2018 (420)
      • ►  Disember 2018 (24)
      • ►  November 2018 (32)
      • ►  Oktober 2018 (32)
      • ►  September 2018 (36)
      • ►  Ogos 2018 (29)
      • ►  Julai 2018 (30)
      • ►  Jun 2018 (38)
      • ►  Mei 2018 (38)
      • ►  April 2018 (46)
      • ►  Mac 2018 (36)
      • ►  Februari 2018 (33)
      • ►  Januari 2018 (46)
    • ►  2017 (648)
      • ►  Disember 2017 (47)
      • ►  November 2017 (44)
      • ►  Oktober 2017 (49)
      • ►  September 2017 (51)
      • ►  Ogos 2017 (56)
      • ►  Julai 2017 (46)
      • ►  Jun 2017 (47)
      • ►  Mei 2017 (58)
      • ►  April 2017 (75)
      • ►  Mac 2017 (80)
      • ►  Februari 2017 (49)
      • ►  Januari 2017 (46)
    • ►  2016 (788)
      • ►  Disember 2016 (57)
      • ►  November 2016 (65)
      • ►  Oktober 2016 (77)
      • ►  September 2016 (64)
      • ►  Ogos 2016 (75)
      • ►  Julai 2016 (80)
      • ►  Jun 2016 (69)
      • ►  Mei 2016 (58)
      • ►  April 2016 (58)
      • ►  Mac 2016 (68)
      • ►  Februari 2016 (50)
      • ►  Januari 2016 (67)
    • ►  2015 (1019)
      • ►  Disember 2015 (68)
      • ►  November 2015 (78)
      • ►  Oktober 2015 (66)
      • ►  September 2015 (57)
      • ►  Ogos 2015 (63)
      • ►  Julai 2015 (86)
      • ►  Jun 2015 (89)
      • ►  Mei 2015 (105)
      • ►  April 2015 (91)
      • ►  Mac 2015 (104)
      • ►  Februari 2015 (104)
      • ►  Januari 2015 (108)
    • ►  2014 (1504)
      • ►  Disember 2014 (130)
      • ►  November 2014 (119)
      • ►  Oktober 2014 (137)
      • ►  September 2014 (121)
      • ►  Ogos 2014 (119)
      • ►  Julai 2014 (103)
      • ►  Jun 2014 (104)
      • ►  Mei 2014 (106)
      • ►  April 2014 (121)
      • ►  Mac 2014 (132)
      • ►  Februari 2014 (139)
      • ►  Januari 2014 (173)
    • ►  2013 (2151)
      • ►  Disember 2013 (169)
      • ►  November 2013 (180)
      • ►  Oktober 2013 (160)
      • ►  September 2013 (138)
      • ►  Ogos 2013 (182)
      • ►  Julai 2013 (220)
      • ►  Jun 2013 (199)
      • ►  Mei 2013 (186)
      • ►  April 2013 (149)
      • ►  Mac 2013 (184)
      • ►  Februari 2013 (188)
      • ►  Januari 2013 (196)
    • ►  2012 (2986)
      • ►  Disember 2012 (194)
      • ►  November 2012 (211)
      • ►  Oktober 2012 (285)
      • ►  September 2012 (260)
      • ►  Ogos 2012 (210)
      • ►  Julai 2012 (239)
      • ►  Jun 2012 (220)
      • ►  Mei 2012 (281)
      • ►  April 2012 (240)
      • ►  Mac 2012 (299)
      • ►  Februari 2012 (283)
      • ►  Januari 2012 (264)
    • ►  2011 (4966)
      • ►  Disember 2011 (303)
      • ►  November 2011 (299)
      • ►  Oktober 2011 (418)
      • ►  September 2011 (390)
      • ►  Ogos 2011 (350)
      • ►  Julai 2011 (396)
      • ►  Jun 2011 (424)
      • ►  Mei 2011 (424)
      • ►  April 2011 (481)
      • ►  Mac 2011 (483)
      • ►  Februari 2011 (488)
      • ►  Januari 2011 (510)
    • ►  2010 (4406)
      • ►  Disember 2010 (559)
      • ►  November 2010 (502)
      • ►  Oktober 2010 (453)
      • ►  September 2010 (387)
      • ►  Ogos 2010 (389)
      • ►  Julai 2010 (429)
      • ►  Jun 2010 (439)
      • ►  Mei 2010 (416)
      • ►  April 2010 (473)
      • ►  Mac 2010 (202)
      • ►  Februari 2010 (89)
      • ►  Januari 2010 (68)
    • ►  2009 (167)
      • ►  Disember 2009 (52)
      • ►  November 2009 (27)
      • ►  Oktober 2009 (67)
      • ►  September 2009 (21)

    Kelab Blogger BenAshaari

    Kelab Blogger BenAshaari

    Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes