BEN ASHAARI



 

Alhamdulillah ..

image

Sejak semalam , panas di Kok Lanas .. Muka aku mmg meleket memanjang .. Kena rajin mandi je.. Kat rumah pon pakai seluar paras lutut je.. Kalau tak , mmg aku sentiasa berjubah je .. Ecehh .. Poyoss tull .. Takde makna laa.. pakai tracksuit je.. Tak layak pakai jubah ..

Tadi ada buat entri pasal panasnya di Kelantan skang ni .. Allah mendengar rintihan aku .. Alhamdulillah .. Syukur padaMu .. Hujan dah turun dengan lebatnya.. Rasanya tak la tahap banjir punya .. InsyaAllah ..

Terus sejuk cuaca di Kok Lanas skang ni .. Huhuh.. Harapnya , Qhaliff malam ni pon dapat la tidur lena.. Dah dua malam dia tidur kul 4 pagi .. Paginya lena semacam jer .. Tengah malam lak berjaga…

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Sekejap je masa berlalu . Hari ni Jumaat dah .. Esok Sabtu dan Ahad , berangkat pulang . Naik bas .. 8 jam lagi ! argghhh .. tensii .. Tapi naik kapal terbang , boring la pulak .. hehehe ..

Sepanjang kat Kelantan ni , aku langsung tak usik ‘besi’ atau wat senaman langsung .. Kasi rehat badan .. Makan ? Jangan citer laa.. pantang nampak budu .. Rembat ngan ulam sekali .. Tapi tak la banyak mana pon makan .. Tetap jaga disiplin ..

Menariknya , sepanjang aku kat sini .. berpeluh sakan .. Nun kat kaki , senantiasa berpeluh.. Bila dapat mandi , nikmatnyaa.. perghhh .. Baru terasa kesejukkannya .. 5 minit kemudian , peluh semula ..

Mungkin bagi orang yang duduk kat sini , dah biasa dengan cuaca begini . Aku tak la kata Kelantan ni panas terik tapi bahang dia sama cam nun kat Putrajaya tu cuma ada beza sedikit ..

Tapi bila hujan , perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh … tak yah aircond aihh .. confirm lenaaaaa …

Takat suhu yang aku dah catat , malam pun antara 32.4 darjah cel gitu .. Kalau kat Putrajaya , malam antara 29 gitu ..

Manja sangat badan aku nehh .. huuh..

 

Jom ..sapa lom undi la benashaari.com ..KLIK .. http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE .. tu je.. Terima kasih :)

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Hahahaha … bagi mereka yang suka ikut sangat perkembangan gadget ni , pasti akan teruja sedikit dengan kehadiran S3 ni ..

image

Apa kelebihannya Samsung S3 ni ? Kalau dari segi spec dia , mmg terkini la ..Itu pon dari apa yang aku baca la ..  Aku tak leh nak kata lebih sangat sebab tak pernah guna lagi hp jenama Samsung ni .. Tapi aku pasti tau ramai perempuan akan teruja dengan S3 ni sbb color dia yang cun ..

image

Dua color yg mmg mengancam .. Tapi kalau buat warna pink , Samsung S3 ni tak nampak executive dah .. Yang ni , kira nak bawak masuk meeting , confirm mata rakan akan menjeling punya laa..

Nasib baik aku pengguna tegar HTC .. hehe .. Tapi kalau nak kasi , aku on je .. hehe ..

 

Jom ..sapa lom undi la benashaari.com ..KLIK .. http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE .. tu je.. Terima kasih :)

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

 

image

image

image

image

image

 

Malaysia kini mempunyai kereta Lamborghini sendiri dengan terlancarnya "supercar" yang direka khusus untuk pasaran tempatan.

V10 berkuasa Gallardo MLE adalah hasil kerjasama antara Lamborghini Kuala Lumpur dan syarikat itu di Italic, Automobili Lamborghini SpA . Pengerusi Lamborghini Kuala Lumpur Chut Nyak Isham Nyak Ariff berkata model yang hanya terdapat di pasaran Malaysia ini akan mempunyai 20 unit yang dibina khas.

Enjin V10 5.2 liter boleh mencapai sehingga 550hp maksimum dengan kelajuan tertinggi 320kph. Ia boleh memecut dari keadaan pegun sehingga 100kph dalam 3.9 saat.Harga di atas jalan ialah RM1.68 juta tanpa insurans.

Model baru boleh didapati dalam tiga warna - Bianco Monocerus (solid putih), Verde Ithaca (mutiara hijau) dan Arancio name (mutiara oren) . –

Sumber : MStar Online

Gambar : Paultan

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Ari tu aku dah buka untuk  masuk ke dalam bloglist blog aku . Hari ni , kita tukar antara kita.. Maksudnya antara blogger sendiri laa .. Aku tak terlibat dah .. Tapi kalau nak letak blog aku , comeyyy laa korang neh .. hehe ..

Memandangkan segmen ari tu yang mana dah tamat pon tempoh kontraknya , korang leh la buat yang baru .. Ok pe ? Sapa yan rajin update , dapat la apa yg dia nak.. Yang kurang tu , tak leh nak tolong la den ni haa ..

Sebelum tu , aku mintak tolong dulu . Leh ? Klik link ni http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE .. tu je.. Terima kasih :)

 

Dah ? Jom mula  .. Dalam segmen ni , setiap blogger yang terlibat perlu buat group bloglist yang baru .. Ok ? Bagi aku , pertukaran bloglist ni mmg berbaloi la .. Terbukti memberi kesan pada blog blog yang baru nak mencari tapak untuk mengembangkan lagi sayap mereka .. Eceh ..

Caranya ? Ikut je arahan kat bawah ni . Wajib ke buat entri ? Yup , sebagai tanda persetujuan untuk menyertai pertukaran link ni .. Kira cam ada kontrak laa .. ok ? Jom … Mula- mula ..

  1. Letak header BENASHAARI.COM
  2. Sediakan satu entri khas yang bertajuk : BEN ASHAARI tanya blogger  sapa nak ? dan linkkan ke entri ini
  3. Jelaskan kenapa mereka patut pilih blog anda  ?
  4. Tinggalkan link url korang di ruangan komen ini .

Bahagian penting !

  1. Sediakan satu bloglist yg baru bertajuk JUN 2012 ( sebab tamat kontrak bloglist ni hujung bulan Jun 2012 )
  2. Sila pilih blog-blog yang korang minat untuk bertukar tukar link.. Masuk ke blog mereka , kemudian tinggalkan pertanyaan di ruang komen tersebut , dengan ayat yang bertulis begini ..

“ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “

Dan jika blogger tersebut bersetuju , maka sila balas kembali lawatan ke blog mereka dan tinggalkan komen di entri segmen ini dengan ayat ..

“ YA . SAYA BERMINAT DENGAN TAWARAN ANDA “

Selesai perjanjian , maka masukkan link blog masing masing ke dalam bloglist tersebut  dalam tempoh 24 jam. Selepas 24 jam , kembali pastikan link anda dah dimasukkan . Jika tiada , sila kembali tanya pada blogger tersebut. Jika tiada respon, remove link dia ! Senang citer .. Tak yah gaduh gaduh .. ok ?

Setiap bloglist boleh memuatkan lebih 200 blog. Maka pandai pandai la pilih yer ..

Bloglist yg dah diwujudkan itu akan kekal sehingga hujung JUN 2012 dan selepas tamat tempoh perjanjian , blogger ada hak untuk hapuskan bloglist tersebut berdasarkan persetujuan di segmen ini . Cam lawyer lak aku… hehe..

Pertukaran link blog ini adalah salah satu usaha untuk menambahkan dan menukar pembaca di kalangan blogger sendiri. Ini bukanlah satu segmen utk tarik trafik atau untuk jadi popular .

Dengan cara ini juga diharap dapat meningkatkan lagi semangat blogging .. InsyaAllah ..

Aku sekadar membantu  .. Bloglist aku ? Padat dah.. ni pon berat dah pon masa loading..

Tamat segmen ini , jam 11.59 malam , 4/5/2012 . Tiada penyenaraian list dibuat . Geledah je link kat ruangan komen ni yer ..

Terima kasih ..

Share
Tweet
Pin
Share
68 comments

 

Ikut perasaan ! Kita selalu terikut sangat perasaan bila marah. Sesuatu yang mmg tak boleh nak ubah. Yang pasti bila dah berlaku , baru nak menyesal !

Menyesal tiada guna lagi !

Baru berlaku pada seseorang yang aku kenali . Dia telah ditahan polis atas kerana pecah masuk rumah dan pukul orang . Itu yang aku tau la..

Menurut sumber , dia geram kerana orang yang dia pukul tu buat sesesuatu yang  tak senonoh pada isteri dia . Si isteri mengadu la kot .. Terus dia naik anin .. Camana yang dia buat tu , aku tak pasti laa .. Tapi yang pasti , dia dah ditahan polis dan memerlukan sejumlah duit untuk dikeluarkan dari lokap.

Manakala si isteri lak sedang sarat mengandung ! Hurm .. Sekarang camana ? Kalau tak bagitau , salah .. Bagitau , suami lak terikut perasaan .. Sekarang sapa nak tanggung isterinya serta anak anak yang masih kecil tu ? Bukan sorang dua nak tanggung !

Berbaloi ?

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

image

Qhaliff dah pandai main mata dengan aku .. Bila aku pandang dia , dia pandang tempat lain .. Bila aku pandang tempat lain , dia pandang aku ! Jual mahal atau mengada tu ??

Skang ni kalau aku dukung dia , dia teriak jap je .. bila bawak jenjalan sambil makan ais cornetto , dia diam .. Dia tak makan tapi aku makan laa .. Dia tengok jer ..

Kalau dia teriak bagai nak rak , tu tanda dia nak susu .. Kalau dia mintak kat aku , mmg aku takde nak bagi.. Perah la camana pon .. Mmg takde la Qhaliff .. Sori yer .. Mintak kat mummy jer ..

 

Hari ni kawan blogger , ada tinggalkan satu nasihat yang mana anaknya dulu ada dapat kes cam Qhaliff ..

“ Ms mule2 tu asyik tuam je kat telur die, maklum la kan xth ape2 pun psl baby..ikut je ckp org tua2 tp bile g jupe dktr pakar..die lgsg xbg usik sbb bile tuam katanye akan efek kat telur tu plk.. Sjk drp tu trs xtuam..barut perut pun dktr tu xbg pakai..dan dan time tu gak die buang..uhuhuhu.. “

 

Jadi esok kena bukak barut dia tu .. hurmm…  Siaann anak aku nehh ..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Lama dah aku tak nampak jumlah pengunjung begitu kat blog aku . Dulu rajin la terutama bila aku main SEO ( entri rancangan hiburan / drama ) .. Pastu bila dah letih n malas nak main entri cam tu sbb dok cerita pasal Qhaliff jer ..

Tiba-tiba petang tadi aku tengok counter hits blog aku …

image

Aik .. bila pulak aku wat entri panas ?? Pelik la pulak .. Dalam dok garu kepala Qhaliff .. eh .. kepala aku .. wife  bagitau aku pasal Bob Kuman .. Huh .. Terkejut aku .. Biar betul ?? 

Dia suruh aku check kat blog yang sumbernya mmg sahih .. Betul la .. Aku google ..

image

Hurm …  Dah sampai ajalnya .. Al-Fatihah buatnya ..

 

Kalau sudi , klik la  http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE pastu .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

image

Huarghhhhh … Huarghhhhhh .. Huarghhhh ..

Mummy makan .. Daddy update blog sat ni.. Ada isu panas niii .. hahaha .. Daddy kan wartawan tak bertauliah .. Bila menda menda gini , blogger gak laa memainkan peranan… Mewar-warkan pada pengguna internet ..

Tapi bila jadi apa apa yang tak best , blogger jugak dipersalahkan ( memang patut pon tapi bukan semua laa ) . Masa tu kata la blogger ni takde tauliah untuk menceritakan hal hal berlaku apatah lagi takde bukti kukuh ..

Caitt .. Yang diorang tu dah langgar etika kewartawanan tu , camana ? Dah tak cerita menda yang jujur dan benar pada rakyat , camana ? Haaa .. cer jawab..

Blogger gakkk dipersalahkan .. kan kan ? Mentang mentang blogger ni tak masuk sekolah kewartawanan .. Elelele ..

“ Sat Qhaliff … 5 saat je , ok sayang ? “

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Berdasarkan penelitian gambar-gambar tersebut , pihak polis memohon kerjasama pada individu terbabit untuk hadir ke mana mana balai polis berhampiran atau kepada mana mana juga orang ramai yang mengenali individu sebagaimana gambarnya disiar .

image

Klik text merah untuk melihat gambar yang selebihnya .. GAMBAR – GAMBAR INDIVIDU YG TERLIBAT DLM PERHIMPUNAN BERSIH 3.0

Dalam page PDRM , ada satu komen yang menarik untuk dibaca .. hehe ..

image

Wow .. camana tu ? Eh .. aku tak tau apa apa ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

image

Bila melihat tapak kaki Qhaliff Iman , aku teringatkan blog aku 2 setengah tahun yang lepas .. Hurmmm ..Dan ada satu pendapat ikhlas mengenai blog aku dari rakan seoran rakan  blogger , membuatkan aku tersenyum kambing 2 saat ..

Pelik dengan ramai followers kat blog aku ? Entri biasa biasa jer .. Design pon biasa biasa jer .. Hehe .. Hairan ? Tak pe la.. Pendapat dia .. Ikhlas .. ok la tu ..

Sebenarnya , aku sendiri pon pernah gak mengaru kepala aku bila masuk blog blog yang popular satu tika dulu .. Pelik bila blogger tu takat cerita g shopping .. g makan sana sini tapi ramai je masuk komen.. Apa kess ?? Apasal cam tu ?  Aku pon leh cerita lagi bagus dari tu !

6 bulan setelah aku berblogging , aku tahu akhirnya .. Tak semua lahir ke dunia ni bernasib baik  tetapi nasib itu mampu diubah jika ada usaha , doa berterusan ..

Tak semudah yang nampak ..

Sama gak bila aku join contest DIGI ni .. nak suruh korang undi aku , bukan mudah kan ? Korang sudi ke ? Kalau sudi , klik la  http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE pastu .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Dari blog En.Mazidul Akmal mengatakan bahawa Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40,  meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang tadi. 

Al fatihah dan takziah buat ahli keluarganya .

 

image

Kita telah kehilangan pelawak yang berbakat besar.. Semoga rohnya dicucuri rahmat ..

 

Sekadar meminta sokongan .. Vote BENASHAARI.COM .. klik > http://bit.ly/Kqjt1u

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

image

Memujuk Qhaliff menangis , bukan satu perkara mudah jika takde ‘skill ‘ .. Bagi mereka yang tak biasa dengan baby , pasti akan cuak lebih lagi bila baby teriak seolah ada konsert k-pop depan mata .. Macam kena sawan !

Bila dah senyap .. betapa leganya hati si ibu tu .. Tengok anaknya lena dan damai .. Ah, senang hatinya sekejap.. Sekejap saja jer .. Haaa..

Tapi bila dah besar , apakah balasan si anak tu ?  Dengan pantas menuding jari pada mak dan ayahnya bila ada sebarang masalah timbul sedangkan si anak tu dah tau buruk dan baiknya !

Alasannya , mak ayah tak ajar atau tunjuk perangai yang tak elok .. Tapi nape yang elok ayah atau ibu buat tak nak ikut ? Atau paling tidak pon , dah antar g sekolah dan belajar mata pelajaran agama ..

APAKAH SIKAP RASULULLAH S.A.W ? APA YANG BOLEH BUAT DAN TAK BOLEH BUAT ? KENAPA TAK NAK IKUT ?

Mak ayah juga yang dipersalahkan .. Iskh …

Sekarang aku sedar … Seronok main dengan baby .. Tapi setiap keseronokkan tu ada harganya ..

 

Jangan lupa , Vote BENASHAARI.COM .. klik http://bit.ly/JiGSp6

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

image

Blogger yang berminat nak join karnival ni bolehlah daftarkan diri di blog BROFRAMESTONE .. Klik SINI

 

Jangan lupa , Vote BENASHAARI.COM .. klik http://bit.ly/JiGSp6

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

image

Satu-satunya koleksi peribadi yang di miliki pelukis tersohor Norway, Edvard Munch, ‘The Scream’ iaitu antara lukisan terkenal dalam sejarah memecahkan rekod dunia hari ini apabila berjaya dijual pada harga AS$119.9 juta di Sotheby, New York.
Persaingan sengit antara tujuh pembida yang menawarkan harga tertinggi bagi hasil kerja seni itu dilelong dalam tempoh hanya 12 minit dengan mendapat tepukan gemuruh penonton.

Rekod sebelumnya dipegang pelukis Sepanyol, Picasso, ‘Nude, Green Leaves, and Bust’ yang dijual pada harga AS$106.7 juta pada 2010.

‘The Scream’ adalah salah satu daripada empat hasil karya yang menggambarkan kekecewaan dan putus asa pada zaman moden.  - Bharian

 

BEN : Wow … Banyak sangat dah duit diorg ni .. Huhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

clip_image001

Assalammualaikum ... Bersua kembali rakan-rakan pembaca setia yang budiman ...

Hari ini saya ingin berkongsi lagi bahawa dengan hasil keuntungan pelaburan logam emas tulen fizikal pada tahun lepas ... saya dan keluarga berpeluang pergi melancong ke Bandung Indonesia pada

Pembacaan seterus nya (sila klik di sini)

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

image

“ Tindakan ganas empat pemuda yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur Sabtu lalu mengundang kemarahan orang ramai. Dalam reaksi melalui blog-blog, Facebook dan Twitter mereka menggesa pihak polis segera mengesan ndividu-individu berkenaan untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka menyifatkan tindakan peserta tersebut sebagai ganas, biadab dan tidak berperikemanusiaan . Selain tindakan menyerang dengan menggunakan kon terhadap seorang anggota polis yang keretanya terbabas, mereka juga mengecam perbuatan dua pemuda menendang seorang lagi anggota trafik yang terbaring apabila motosikalnya terbalik sementara seorang lagi bertindak melompat ke atas kereta polis. Mereka adalah sebahagian daripada ramai lagi peserta perhimpunan yang kini sedang diburu oleh pihak polis.  “ – Utusan Malaysia

 

Alahai .. aku tertanya tanya satu soalan je .. Betul ke diorang ni peserta  BERSIH 3.0 ? Hehe .. Tak baik tau naya orang .. Setau aku la , takkan berani rakyat Malaysia nak wat keje giler gini sbb tau takkan mampu boleh lari punya .. Kecik je Malaysia ni 

Jadi siapakah mereka ini yang berani sangat wat keje mengarut ni .. Hanya Allah saja yang mengetahuinya .. 

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

SEGMEN DAH DITUTUP !!

 

Ok , bagi mereka yang berminat nak berada dalam bloglist khas bulan MAY ni bolehlah join dengan membuat entri . Tapi ingat yer .. Bloglist ni hingga hujung bulan ni jer .. Dan mereka yang nak join , pastikan aktif update blog .. Paling tidak pon ,sehari sekali update .. Comey ?

Sebelum nak join , aku mintak tolong sat eh .. Klik link ni ,  http://bit.ly/JiGSp6 dan login pada FACEBOOK .. seterusnya VOTE .. tu je ..

Terima kasih .. Lambat , tak layan dah yer ..

Share
Tweet
Pin
Share
77 comments

 

IMAG0101

Seluas alam mata dia terbukak ! Camana nak kasi dia tidur ? Tak kasi dia tidur siang , siang lak .. Huhu.. Ada kawan pesan jangan kasi dia teriak kuat dah skang ni sbb telur dia tu haa ..

Jadi , kena kasi dia tidur laaa jugak .. Pujian buat isteri dan mak mertua aku yang senantiasa berada di sisi Qhaliff .. Aku pon ada gak laa .. tapi aku mana ada susu nak kasi dia ..

Lagi pon skang ni Qhaliff cam jual mahal kat aku .. Hahaha .. Bila aku pandang dia , dia pandang tempat lain .. Bila aku pura pura pandang tempat lain , dia pandang aku !! Waaaa.. kantoii la ini budak !

Tunggu la besar nanti !! Kita lawan sapa leh angkat 100kg kat gym nanti !

 

Undian baru.. hari baru .. Sekadar meminta sokongan .. Klik dan ikut saja arahan terkandung di situu .. http://bit.ly/Kqjt1u

Terima kasih

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

KOTA KINABALU: Kira-kira 35 orang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran pagi ini yang memusnahkan tujuh rumah papan di sebuah perkampungan air di Kampung Meruntum, Lok Kawi dekat sini hari ini.

Kebakaran dipercayai berlaku sekitar pukul 8 pagi ini apabila kebanyakan penghuni rumah bersiap untuk keluar bekerja. – Hmetro

 

Jangan risau , mereka akan sampai dengan segera !! Kan kan .. Sapa sampai dulu ??

image

image

Lepas PRU , mereka akan sampai gak .. cuma bila je tu menjadi persoalan .. Kan kan ?

Jangan marah .. perbaiki mutu perkhidmatan anda .. Kuasa rakyat bukan masa mengundi jer .. kan kan ? Kami tetap sokong pada pihak yang benar benar berkhidmat untuk negara serta rakyat dan bukannya perut atau tekak anak beranak mereka !

Eh , blog politik ?? Cet ! Asal tulis gini je terus cop politik ! Aparaaa … Bukak mata la skit ..Selagi hidup , politik dan oksigen tak dapat dipisahkan ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Jika belum mengundi , sila klik SINI untuk mengetahui cara cara nak mengundi blog BENASHAARI.COM di DIGI WWWOW – BLOGGER OF THE YEAR ..

Jika dah tau cara untuk mengundi , boleh terus mengundi dengan klik SINI ..

image

Terima kasih atas sokongan anda ! Jangan lupa kembali esok untuk teruskan memberi sokongan pada blog ini ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

image

Gambar dan cerita dari Yahoo ..

Pelik gak .. Kalau dia mesra ngan sapa sapa sekali pon , perlu ke nak upload ke internet ? Ni sendiri amik gambar , sendiri upload pastu tunggu kontroversi !

Serius , aku tak kenal pon minah ni.. Dia ni berlakon iklan pampers mana ni  sampai terdesak sangat nak dapatkan iklan ubat gigi lak !! Tolonglah jaga maruah skit ! Setakat status selebriti tu , tak yah la.. tak tahap selebriti lagi.. Selebetibi ada la ..

Maaf la yer Zarina Anjunglie .. Bukan mencipta kontroversi tapi tambahkan lagi je kontroversi yang sengaja dicipta untuk mencari isu murahan !

Weekkkkk !

 

Artikal berita : Yahoo

Pelakon Zarina Anjoulie menjelaskan mengenai isu dia dicium seorang lelaki yang tersebar di laman Twitter miliknya, merupakan abang tiri berlainan ibu namun berkongsi bapa yang sama.

Figura yang penuh dengan kontroversi ini menjelaskan bahawa dia sememangnya rapat dengan abang tirinya itu dan seringkali menunjukkan kemesraan mereka sebagai adik beradik dengan berpeluk dan bercium.

"Tidak salah bukan untuk menunjukkan rasa kasih sayang kita dengan adik beradik sendiri dengan mencium dan memeluk mereka. Bukan sesiapa pun, abang saya juga."

"Sebab itu kalau ada yang pernah terserempak saya begitu mesra dengan dia, orang akan salah anggap seperti pasangan kekasih. Namun saya pasti, jika mereka melihat muka abang saya pasti dapat cam kami mempunyai iras muka yang sama."

"Kalau betul lelaki yang saya ada dalam gambar tu kekasih saya, saya tidak akan bertindak bodoh dengan memuat naik gambar tersebut untuk dilihat umum. Sudah-sudahlah dengan gambar yang lepas. Saya tidak mahu ulang lagi kesilapan dulu dengan memuat naik gambar yang boleh mencetuskan kontroversi."

Zarina turut memberitahu bahawa dia agak kesal dengan tanggapan segelintir pihak yang terus membuat jangkaan tanpa bertanya perihal gambar tersebut.

"Saya agak kesal dengan segelintir masyarakat yang gemar membuat kesimpulan selepas melihat gambar-gambar seperti itu, namun saya tidak tertekan dan anggap perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik," ujar Zarina.

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Dulu kan , orang kata laa .. Kalau masuk musim tengkujuh atau hujung tahun , Kelantan mesti banjir .. Hehehe .. Ok la tu kan .. Tapi sekarang ni kan .. ibu kota negara Malaysia yang tercinta dan tersusun lagi berteknologi tinggi serta canggih manggih ni , asal hujan je mesti banjir ! Camana tu ? Pembangunan pesat yang tidak tersusun ke atau , ada yang tak kena ni ? Buat keje tak betul betul ke ?? Ahaaa .. mau kena check semula ni .. hahaha ..

Alasan terbaik .. KUALA LUMPUR SEMAKIN PADAT DAN MEMBANGUN !

image

BANJIR KILAT...Hujan lebat hampir dua jam menyebabkan banjir kilat di Pekan Salak Selatan lama di sini, Rabu. Tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras dilanda banjir kilat dengan dua insiden pokok tumbang. -Foto BERNAMA

image

SEBUAH kereta terperangkap dalam banjir kilat berdekatan Jalan Kuching di ibu negara petang tadi. Hujan lebat sejak tengah hari tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Ampang, Cheras dan Kajang ditenggelami air. - Foto NSTP

Lain lain gambar ..

 

image

image

image

image

image

Boleh baca kat blog INI

 

Jom .. tunjukkan sokongan anda pada rakan anda ini .. .. Klik http://bit.ly/Kqjt1u

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

image

Memula tengok , mmg la teruja .. Lepas 2-3 hari , apa kes dok ulang cerita sama jeee .. Ni kasi percuma atau nak promosi lagi ??

Caitt .. tak berubah gak perangai walaupun dah banyak duit ..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

image

Petang yang mendamaikan buat Qhaliff .. Setelah Dr.Roslina ( pegawai perubatan Klinik Kesihatan Kok Lanas ) memberi pendapat mengenai kesihatan Qhaliff dan aku update ke dalam blog , tetiba ada satu komen ..

image

“ Dr.Roslina..owh cousin ku :)

Ni sama kes mcm Shaqiff ms baby dulu.. Alhamdulillah skrg umurnye 10bln, da ok da.. Yg penting jgn 'demoh' n usik pun kat bhgian tu..”

sya_ira

 

Tak sangka lak ada kaitan .. hahaha .. Nasib baik la tak kutuk atau kritik tapi takde apa nak dikatakan pada Klinik Kesihatan Kok Lanas ni .. Semua kakitangan mmg baik .. Takde nak sombong punya .. Terima kasih .. 4/6/2012 ni , kena g lagi .. pastu baru leh balik Putrajaya ..

Mengenai telur bengkak tu , bukan pasal sebab angin pasang .. Kalau angin pasang , baby ‘bagi signal’ dengan cara lain . Tapi Qhaliff cool jer ..

Dan terima kasih la sbb ada rakan bagi satu info untuk aku baca mengenai telur baby bengkak ni .. Doktor kata , baby lelaki ni kena periksa betul betul .. Hydrocele namanya ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Caranya , mudah saja .. Klik SINI , pastu akan keluarlah muka mamat berbaju merah ni ..

image

Nampak butang VOTE NOW tu ? Korang mmg comey laa kalau nampak butang tu .. Cer klik situ sekali .. Tapi kena ulang buat untuk hari hari berikutnya yer .. hehe ..

Pastu akan keluar page berbentuk gini ..

image

Okeh .. Pastu klik Connect with Facebook atau guna TWITTER  pon boleh.. Guna dua dua lagiiii comel ! Dapat dua undi untuk aku … Haaa… terima kasih laaaa yer ..

Pastu baru boleh VOTE.. Tu jee .. Tak susah pon kann .. Haa ..

Terima kasih sangat sangat buat korang yang sudi mengundi atau tidak .. Sokongan dari koranglah membuat aku semakin gembira berblog setiap hari !

Hanya Allah saja mampu balas kebaikkan yang telah korang lakukan ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Baru pas timbang dan ukur .. 5.1kg dan 57cm .. Kena suntik gak tadi . Teriak 2x .. Huwaaa dan huwaaa .. pastu tidur semula ..huhu ..


Check telur Qhaliff .. ada bengkak skit .. doktor kata Hydroelle .. lebih kurang gitu la bunyi .. Kena tgk lagi sebulan dua. Doktor Roslina (bagus orgnya) kata laa ..Kalau tak surut , lepas umur 2 tahun bru operate .. Bukan angin pasang ..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Program: The Engineering Technology Carnival 2012
Date : 14th-16th May 2012
Venue : Pusanika UKM
FB page : http://facebook.com/engtec
Blog : http://engtec2012.blogspot.com


Kami memerlukan sesiapa yang berminat untuk mendaftar segera. Di bawah adalah detail untuk #techtalk siries kami:

These are the final confirmation for The Engineering Technology Carnival 2012 #techtalk series on 16th May 2012 at UKM:

9:30-11:00 AM - Imagining The Future of Universities by Dato' Saifuddin Abdullah, Deputy Minister of Higher Education Malaysia.

11:30-1.00 PM - Leadership Journey: My Experience by Datuk Dr Zainal Abidin Hj Kasim, Vice Chancellor of Universiti Teknologi PETRONAS.

2:30-4.00 PM - Mutual Shaping of Technology Development & Democracy Practice: Does Society Progress? by Tunku Zain Al'Abidin ibn Tuanku Mukhriz, Founding President of Institute of Democracy & Economic Affairs (IDEAS) Malaysia.

All the #techtalk series are open to all and for engineers register under BEM and engineering student register under IEM, you will awarded Continuing Professional Development (CPD) points by Board of Engineers Malaysia (BEM). To register, please email your details to EngTEC Secretary, Miss Rosilina Mohamed Saleem (rosilina@eng.ukm.my).

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

clip_image001

Assalammualaikum ... Apa khabar anda pada hari ini ...

Saya menerima pertanyaan daripada rakan-rakan berhubung dengan cara mana untuk menyimpan logam emas tulen fizikal dengan cara selamat ... Salah satu cara nya ialah dengan menyimpan di "Royal Safe Deposit Boxes" ...

Pembacaan seterusnya (sila klik di sini)

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

image

Nampak tenang yer ? Perghh … tenang .. tenang ada makna tu .. hehee.. Alhamdulillah ..

Ni nak g klinik untuk dapatkan suntikan pertama dan ada masalah skit .. Semoga takde apa apa masalah ..

Tidur nak dipeluk jee dia neh ..

Jangan lupa undi BENASHAARI.COM .. Klik http://bit.ly/JiGSp6 dan VOTE .. TERIMA KASIH

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

image

PRU makin dekat .. Macam macam isu peribadi ahli politik mula ‘terkentut’ dari bontot pelbagai pihak yg ‘diupah’ untuk mengaibkan antara satu sama lain !

MEMALUKAN !! Bukan memalukan mereka , keluarga malah negara sendiri  turut malu ! Ini ke senjata utama untuk menang PRU ? Cehhh .. sungguh tak gentlemen ..

Baik tumpukan pada pembangunan serta kebajikan rakyat pada saat saat akhir ini . Bab-bab peribadi ni , toksah la beria dibukak. Aku pasti setiap dari mereka ni , punya aib tersendiri .. Biarlah part tu , ALLAH yang tentukan .

Memalukan je .. Caitttt..

Jangan lupa undi BENASHAARI.COM .. Klik  http://bit.ly/JiGSp6 dan VOTE .. TERIMA KASIH

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

image

Baru lepas layan GRIMM .. Salah satu drama bersiri yang aku minat walaupun mengarut .. hehe ..

Dengan gunakan HTC ONE X ni , aku seolah layan kat panggung wayang yang sangat sedap sekali sound system Beats Audio™ ni  .. Hehehe .. Cool weh ..

Gunakan earphone di telinga , aku on movie .. Kualiti gambar yang menarik membuatkan aku teruja . Tapi macam ada yang tak kena .. Tak kisah laa.. teruskan layan je ..

5 minit aku layan .. Kenapa lain je bunyi dia ? Biasa macam letak speaker kat sebelah telinga tapi kali ni agak jauh walaupun kuat .. Earphone dah di telinga.. Apa lagi ..

Oh , aku tak plug in kat handphone rupanya .. Patut laaa … Aiyooo …

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Hehehe .. Tersenyum aku bila membaca entri sorang kawan blogger ni .. Biasalah gitu .. Bila kita mula mula buat blog , ramai je nak jatuhkan .. Gelak dan tepuk tangan .. Bila ada dah berjaya , baru nak mengaku tu kawan sepermainan longkang dulu .. Huhu ..Ianya satu realiti .. Kawan menjadi lawan .. Lawan boleh menjadi kawan .. Segalanya tidak mustahil ..

Blog hanya untuk mereka yang punya nama saja . Kenapa ? Sebab mereka yang punya nama saja boleh ada pembaca. Yang takde nama ni , jangan berangan la yer .. Simpan je la hasrat orang nak singgah baca blog awak tu selagi awak bukan artis atau nak bajet retis !

Boleh ke gitu ? Bagi aku , mereka yang berfikirkan begitu sememangnya hidup mereka hanya menjerit kat bawah pentas atau layak berada di satu kumpulan sokongan menjerit  dlm satu satu persembahan cam di ABPBH hari tu .. Maaf cakap la yer .. Tulah realitinya ..

Tak kira artis hiburan mahupun artis seni ( termasuk blog ), masing masing punya peminat tersendiri . Sama je dua dua .. Ada yang syok sendiri dan ada yang kerana minat .

Yang penting , ke mana mereka membawa peminat mereka pergi .. Syurga atau neraka ? Dunia atau akhirat ? Dosa atau pahala. Part ni , LU PK LA SENDIRI ..

Artis pon ada MYKAD okeh !

 

Jangan lupa undi untuk hari baru .. http://bit.ly/JiGSp6 .. lKlik link dan vote .. Tqq ..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

image

Ssyyyy .. diam .. diamm .. diamm .. ssyyy … Qhaliff angkat bontot dia ..  Rilekss jee dia lepaskan angin .. Perghhh , bauuuu … pengsaan sehh .. Wat muka tak bersalah langsung ! huhu ..

Pastuu .. pastuuuu .. Huwaaaaaaaaaaaa … dia start nangis .. Masa untuk tukar pampers .. Huhuh ..

 

Jangan lupa undi untuk hari baru .. http://bit.ly/JiGSp6 ..  Klik link dan vote .. Tqq ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

image

Setelah bertahun tak layan bola , ari ni aku tengok tengok ayam .. Kira tengok tengok gitu laa .. Dan zaman ini , Kelantan mmg naik .. Zaman aku , Kelantan dikira pencabar atau under dog .. Tapi skang , Kelantan adalah feveret juara ..

Pasukan lain mmg bagus .. Cuma tak bernasib baik je .. Apa pon , tahniah buat pasukan Kelantan kerana layak ke perlawanan akhir Piala FA 2012 .. pewwitt..

Mentang mentang la dok kat Kelantan skang ni.. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Alamak .. pasni pasti akan ada suara halus berbunyi begini ..

“ Daddy .. nak tengok kartun !! “

Kemudian akan ada suara kasar berbunyi begini .. 

“ No katun katun .. Tengok daddy je pon dah cukup katun ! “

Disusuli suara begini lak .

“ Huwaaaaaaa … “

Part ni yang aku lemah sekali .. Aiyoo ..

IMAG0107

IMAG0108

Gambar ni diambik selepas Qhaliff mandi pagi. Kira lap lap gitu laa .. Baru nak pakaikan dia baju..  Tengok tu .. beria dia tengok tv tu dari tengok aku !!

Huwaaaa ….

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

image

Tersenyum aku tengok cerita ni .. Kenapa ? Hehehe.. teringat kenangan memula aku jump wife dan keluar dengan dia g beli hp disusuli repair hp tu .. Nak tau apa jadi ? Aku dah cerita semua dalam blog ni dulu .. haahha .. kena la godek sendiri eh ? Ke nak aku carikan ? Baca Dating tapi tak solat ? ni ..

Cerekarama Senyuman di Kuala Lumpur lakonan Sara Ali dan Izzue Islam ni mmg best .. Walaupun sekadar lakonan , aku doakan apa yang mereka lakonkan itu menjadi realiti .. Mungkin realiti gak kot ? Alhamdulillah ..

Simple tapi menghiburkan secara tidak langsung .. Cuma kalau boleh la kan , kena jaga skit tang aurat tu.. Walaupun nak gambarkan personaliti  watak heroin tu  tapi rasanya boleh buat lagi bagus kot .. Apa pon tahniah …

Bagi yang tak dapat tengok sebab takde Astro , bolehlah download Senyuman di Kuala Lumpur yang ada kat mana mana blog atau laman web yang ada ..

 

Mintak klik undi untuk je VOTE >  http://bit.ly/JiGSp6 .. lagi 13 hari jer .. .. Klik link dan vote .. Terima kasih .

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

 

image

Olololo . nyenyak dia tidur ! Wife larang kacao dia .. Kang apa pon tak leh nak buat .. hahaha …

Menurut wife , Qhaliff baik semalam .. Tidur awal dia.. Nyenyak sungguh dia tidur .. Bangun untuk menyusu jer pastu tidur balik .. heheh ..

Kira semalam aku kaco dia tu , memberi kesan laa.. hehe ..

 

Mintak klik undi untuk je VOTE > http://bit.ly/JiGSp6 .. lagi 13 hari jer .. .. Klik link dan vote .. Terima kasih .

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

image

Hahahahaha .. hahahaahaha … haahahaha … I LIKEEEE 1000X !!!

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Yang untuk bloglist APRIL hari tu , dah tamat .. Harapnya berbaloi la yer .. Kali ni aku nak buat untuk bulan MEI 2012 lak .. Aku buat sebulan sebulan ni untuk beri peluang pada rakan rakan lain untuk memperkenalkan diri mereka pada pembaca blog aku ni .. Tempoh sebulan , lama tuu .. Kena rajin update la yer .. Kemudian bloglist ni akan di remove untuk beri peluang pada blogger lain pulak ..

Ok , bagi mereka yang berminat nak berada dalam bloglist khas bulan MAY ni bolehlah join dengan membuat entri . Tapi ingat yer .. Bloglist ni hingga hujung bulan ni jer .. Dan mereka yang nak join , pastikan aktif update blog .. Paling tidak pon ,sehari sekali update .. Comey ?

Sebelum nak join , aku mintak tolong sat eh .. Klik link ni ,  http://bit.ly/JiGSp6 dan login pada FACEBOOK .. seterusnya VOTE .. tu je ..

Dah ? Ok .. jom layan .. Ingat yer .. sapa cepat , dia masuk.. Rasanya muat hingga 200++ blog .. 

Cara nak join , buat satu entri khas ..

  1. Letak HEADER BENASHARI.COM dan tajuk : BEN ASHAARI : MAY 2012 dan linkkan ke entri ini ..
  2. Ceritakan sedikit kenapa nak berada dalam bloglist blog BenAshaari.com dan pandangn anda mengenai blog BenAshaari.com ini .
  3. Buat mereka yang sudi , boleh masukkan yang ni ( Klik link ni , http://bit.ly/JiGSp6 dan login pada FACEBOOK .. seterusnya VOTE .. tu je .. ) juga ..

  4. Tinggalkan url entri korang kat ruangan komen .. Tu jer ..

 

Siap ? Comel.. cepat .. tutup jam 3 petang ini ( 1/ 5/ 2012 ). Cepat cepat ..

Share
Tweet
Pin
Share
72 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes