BEN ASHAARI



 

Percubaan kali ke-3 membawa Qhaliff ke Alamanda .. Memula dengan stroller .. Nehh , dia agak kurang berminat untuk duduk dlm tu walaupun sangatlah selesa , bagi aku laa .. Mungkin kecik lagi kot ? Tunggu besar skit laa ..

IMAG1197

Percubaan kali – 2 pon menemui kegagalan kerana seperti percubaan kali pertama , dia asik nak menyusu jer .. Nak tak nak , kena balik gak laa.. Bagi bagi susu botol pon dia tetap nangis nak menyusu .. Atau nak bagi diam , kena dukung .. Tu dia diam laa .. Masalahnya , sakit belakang tu kalau dah lama lama ..

Percubaan kali ke –3 ..

 

IMAG1187

Hurmm .. Aku ngan wife pakat nak guna baby carrier , BabyBjorn  yang aku dpt dari Mothercare .. Nilah masa yang sesuai untuk gunakannya .. heheh ..

IMAG1204

Bila sampai kat Alamanda , Qhaliff dah ‘lepak’ dalam tu .. Aku tengok dia .. Dia tak tgk aku pon sbbnya … Dia dah pakat tidurrrr !!! Mak aaiihh .. Baru je masuk dalam tu , dia dah lena ?? Takkan sedap betul kot dalam tu ? Ni yang aku jeles ni …

Dari jalan jalan kat Alamanda tu hinggalah g shopping kat Carrefour tu , Qhaliff masih lenaaa ..

IMAG1213

Dulu kan , bila aku tengok ada lelaki buat cam ni kan , aku fikir , ‘ Tak lemas ke baby duduk dalam tu ? ‘ .. Tapi bila aku sendiri dah alaminya dan tengok sendiri Qhaliff yang kuat ‘ komplen ‘ bila keadaan tak selesa, dia diam dan tenang .. Tidur lenaaaa tuuu ..

Dan paling menariknya , badan aku tak sakit langsung terutama bahagian belakang badan .. Aku rasa macam tak dukung baby pon .. Sbb tu la aku senantiasa pegang kepala dan bahagian punggung dia supaya aku senantiasa alert bahawa Qhaliff ada pada aku !! Hahaha .. Sampai gitu sekali aihh ..

Dan nak lagi menarik kan , si wife dh berbunyi , ‘ Camni punya gayaaa , ari ari laa g shopping complex !! ‘ …

Amboi amboiiii .. suka sukaaaa jeee… Setelah satu jam setengah dok mundar mandir kat Alamanda tu , baru Qhaliff sedar dan teriak nak susuuu .. nk susuuuu .. Dan cam biasa , kitorang confirm kalut sbb suara Qhaliff ala ala Amy Search dok bantai rock n roll !!

Tadi ada kawan tanya mengenai baby carrier ni .. Boleh dptkan di premis Mothercare yang berhampiran dengan anda … Cara gunanya , mudah sekali .. Ada pelan cara guna kat situ gak ..

Serius , legaaa sangat … Huhuh ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

“ Baby suka bergambar ke ?  “ , tanya jurugambar Kosmo .. 

 

IMAG1230

Waahhh … pandai benar laa Qhaliff berlakon .. Ni macam nak kalahkan bapak dia jer .. Padahal baru bangun tidur tuu .. Huh ..

IMAG1221

Alhamdulillah .. segalanya berjalan dengan lancar .. InsyaAllah , Ahad ni keluar la kat KOSMO!Ahad ehh .. Jangan lupaa .. kasi sambar eh ..

Nak g cheras lak ..

Share
Tweet
Pin
Share
32 comments

Akhirnyaaaaa .. akhirnyaaaa berjaya bawa Qhaliff ke Alamanda tanpa sebarang suara dr Qhaliff .. lenaaaa je dia ..

Pasni aku nak suruh wife dukung cam aku buat ni tp bukan Qhaliff isinya .. aku !!!


Published with Blogger-droid v2.0.4
Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

“ Kehilangan misteri tiga kanak-kanak lelaki sejak Sabtu lalu terjawab apabila mangsa yang dijumpai selamat mengaku ‘mengembara’ menaiki basikal sejauh lebih 30 kilometer untuk mandi di air terjun serta berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah di Jelapang, Ipoh, di sini.

Tiga kanak-kanak itu, P Muganasundram, S Vijay dan Muhamad Nazir Hussen masing-masing berusia 12 tahun turut memberitahu tidur di kaki lima sebuah stesen minyak selepas bimbang ditahan polis.

Ketiga-tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Muhibbah, di sini, mencetuskan panik ibu bapa dan pihak sekolah selepas dilaporkan hilang sejurus keluar dari rumah mereka di Taman Lintang, di sini, jam 7 pagi Sabtu lalu, sebelum ditemui semula kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Mereka mendakwa mahu pergi ke sekolah bagi menghadiri kelas tambahan bagaimanapun tidak pulang ke rumah hingga lewat malam sebelum ahli keluarga membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Siput berikutan bimbang pelajar itu menjadi mangsa culik. “ –Hmetro

Kanak-kanak semasa membesar punya jalan cerita hidup yang tersendiri . Zaman ni , ramai ibu bapa memilih dengan mengawal anak mereka dengan ‘meletakkan ‘ dalam rumh dan dibagi permainan video mahupun komputer atau apa saja asalkan tak keluar rumah bermain. Alasan , bahaya !

Ada betulnya . Sewaktu zaman aku dulu , aku dan rakan rakan sendiri merayau terlalu jauh dari rumah hingga bermain di tepi lombong dan juga hutan belukar. Siap buat khemah dalam hutan lagi .. Dan aktiviti aku tu tak diketahui ibu bapa aku ! Mujur malang tidak menimpa kitorang .. Namun aku tetap utamakan langkah langkah keselamatan seperti tidak mandi lombong dan sebagainya tetapi ia tetap satu perbuatan yang salah .. Kesian kat mak ayah kalau jadi apa apa kn ?

Tapi  jika mengongkong anak di rumah saja dianggap jalan terbaik , bagi aku , salah juga tu .. Anak anak pasti memberontak. Sekali terlepas, mereka akan gunakan dengan sebaiknya. Bagi aku , sebagai ibu bapa , kita kena dedahkan mereka dengan persekitaran mereka dibawah kawalan kita. Contoh , bawa mereka bermain bolasepak di padang dan kita sendiri turut main bersama.. Ajak beriadah di tepi pantai bersama sama dan ajar tentang bahayanya air ( sungai / laut / kolam ) jika tidak tahu berenang atau sebagainya ..

Yang penting , sebagai ibu bapa , mata jangan lepas langsung dari anak anak kita .. Aku bukanlah cakap pandai tapi aku cakap berdasarkan pengalaman aku sebagai kanak kanak yang pandai menyembunyikan aktiviti aku dari mak ayah. Dan bukan aku seorang saja yer ! Aku pasti ramai antara kita , macam tu gak kan ? a

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

 

Rupert , dikatakan antara kucing terbesar di dunia  dengan seberat 9kg dan sedang meningkat naik lagi beratnya .. hehe .. comeelll !! , Menurut akhbar yang aku baca , Rupert ni dari baka Maine coon yang berasal dari Amerika Syarikat.

Selain dari Rupert , ada banyak lagi kucing macam dia ni haaa .. Jadi , jangan lari la kalau nampak kucing yang besarnya saiz kita dengan sangka tu harimau ..

 

 

Er , kalau kucing dah ada size ni , tikus pon ada kan ? Tapi tak la sebesar ni ha.. Cuma besar la dari size biasa .. Boleh nampak kat gerai gerai makanan tikus tikus obes ni .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

“ Salam,

Saudara Ben Ashaari, saya xxxxxxxx , wartawan Kosmo.

Saya baru sahaja melihat rancangan Nona mengenai saudara tentang suami menjadi suri rumah.

Saya tertarik untuk menembual saudar untuk artikel dalam Kosmo! Ahad minggu ini sekiranya tidak keberatan.

Disertakan nombor telefon saya. “ ..

 

“ Saya xxxxxx daripada Kementerian xxx Malaysia. Saya bertugas di Unit xxxxxx. Currently saya bertugas menjalankan aktiviti-aktiviti yang merangkumi pelbagai aspek nilai-nilai murni di xxx Saya kebetulan ada melihat entry encik Ben di Nona dan saya berminat untuk menjemput encik untuk terlibat dalam forum keibubapaan di sini. Jikalau tidak keberatan, mohon Encik Ben untuk memberitahu saya cara untuk menghubungi encik secara direct .. “

 

Gulp .. Interview ngan wartawan Kosmo , esok .. Dah confirm tadi .. huhuh .. Ni gara-gara Nona semalam ni .. Tapi ok la .. publisiti untuk blog aku gak kan ? Rezeki anak .. Huhuh..

Yang forum tu , hurm… aku rasa aku tak layak la nak bicara soal keibubapaan lagi .. Baru 2 bulan je aku jadi bapa .. huhu .. Malu woo nanti .. Huhu ..Penat ! Tak sempat baring lagi sejak pagi tadi .. Tapi berbaloi wooo ..

Share
Tweet
Pin
Share
42 comments

 

Wife antar gambar dahi Qhaliff yang calar akibat perbuatan Wolverine yang singgah sebentar rumah aku kerana tak tahan tengok pp Qhaliff tapi dia tersalah cakar !

IMG-20120611-WA0005

Kuku dia potong dah dipendekkn tapi disebabkan gaya tangan dia tu dan serupa cam nak ajak g berenang , tu pasal jadi gitu .. Adoiyaii ..

Daddy g mana ari ni tinggalkan Qhaliff ?? Dalam kul 1 petang gitu , aku ngan kawan blogger aku , Broframestone ke The Curve , Damansara untuk selesaikan satu job advertorial ..

IMAG1160

Yup , Mr.Bean yang takde kaitan dengan Mr.Ben Ashaari tapi sekadar ‘ditugaskan’ untuk merasa keenakkan produk yang terdapat di sana .. Hehe ..

IMAG1168

Yearghh .. Sedap wehh .. Tak pe tak pe.. ni nanti aku cerita dlm entri yang lain .. Heheh .. Inilah keje aku bagi yang tak tau .. Haa.. Enjoy giler keje gini .. Tekanan tu mmg ada tapi yg penting kepuasan … Huhu ..

Hampir 2 jam aku kat booth Mr.Bean ni , aku pon bergegas balik ke rumah .. Sampai sampai je , wife dah standby .. Masa untuk mandikah Qhaliff… Apa apa , aku check muka dia dulu .. Ok , merah tu cuma kesan skit je.. ilang dah pon .. Bukan pe , takut nanti dia besar , dia salahkan mak ayah tak jaga elok elok dia masa kecik .. Haa.. Mana la tau kan ? Budak skang ni ekbann … Harapnya Qhaliff bukan jenis tu laa .. Mana ada ibu bapa nak anak dia sakit kan ? Haaa ..

Selesai mandikan Qhaliff , wife masak dan dodoikan Qhaliff dengan lagu feveret dia .. Melekatkan dia kat dada aku dan lenaaaa  , tapi jap jap mata terbukak sbb takut kena letak kat tilam ..

Bukan ajar tapi dah gitu …  Anak bapakkk ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

Cam pernah ku dengar jerr yer .. Tapi di mana yer ??

Qhaliff, qhaliff .. Daddy dlm Lrt pun update entri pasal Qhaliff .. Cmna tu ? Ni gara gara mak dia yg antar gambar la ni ..

Nangis tu mesti boring asyik kena baring .. Kalau aku ada , lama dah ajak layan blog .. Oh pleaaase la daddy ... Lagi boring !!! Hahha ..

Wahai anak , inilah punca pencarian ayah mu .. Jangan pandang enteng yer .. Smackdown nanti !!


Published with Blogger-droid v2.0.4
Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

Ada projek blog kat luar .. Kena tinggalkan Qhaliff sekejap tp tak sanggup !! Belum nak g , dah rasa rindu .. huhu ..


Patutlah ada ibu yg menangis rindu kat anak dia ..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

“Jap ibu .. jap mama , jap umi  , jap mummy .. “ .. Ngomel wife .. Mana satu nak suruh Qhaliff panggil ni ? 

“ Mana mana je la asal merujuk pada maknya .. Jangan panggil nama sudah .. “ . Kata aku ..

Budak budak ni suka ajuk orang tua dia .. Kalau si suami dok panggil wife dengan namanya , dia pon akan belajar dari situ .. Sebab tu ada yang suka panggil PAPA MAMA .. Yang belum kawin tu , jgn mengedik ehh ..

Cam biasa , tanpa kamera TV3 disisi aku tetap buat kerja ‘bila disuruh’ wife .. Bukan apa , aku mmg suka disuruh dan menurut perintah wife ni .. Saja suruh dia bukak mulut .. Dengan berbuat demikian , ada la perbualan kan ? Takkan nak tunggu duduk minum baru nak berbual kan ?

“ Abang , tolong angkat cerek tu .. Penuh sangat air.. Tak larat nak angkat . Letak kat atas dapur tu eh .. “ , pinta wife .

Aku pon g la dan angkat padahal waktu tu idea update blog dok mencurah curah ..

“ Ya Allah , laki akuu .. Kalau suruh yang tu , yang tu je dia buat .. “ , wife mula nak buat ceramah tanpa permit khas !

Aku tersenyum lalu menjawab ..

“ Saya menurut perintah jer.. Kata suruh letak atas dapur tu je.. Tak suruh pon jerangkan air tu kan ? Kang buat kang , kata memandai lak.. Mana la tau kot air tu nak guna untuk letak ikan emas ke .. kan ? “

Hahaha .. boleh mental dapat laki cam aku ni .. Hahaha .. Maklumlah , saya yang menurut perintah ..

Pergh..

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

image

Sian .. Nak salahkan Chong Wei , kita tak boleh sbb kita tau betapa sibuknya dia dan dia sendiri pon dah nyatakan yang Olimpik ni last sebelum dia nak bersara . Lagi pon kita tak tau cerita sebenar .. Tak boleh nak tudingkan jari pada mana mana pihak. Sian ke dua dua insan ini ..

Begitulah lumrah kita sebagai manusia . Ada yang berjaya , lupa terus asal usul .. Mendabik dada dengan kejayaannya di dunia ini tetapi gagal dalam menguruskan keluarganya ..

Alasan takde masa untuk g melawat keluarga , adalah satu alasan yang langsung tak boleh digunapakai !! Masa boleh diuruskan jika kita tau mana yang penting dan mana yang tidak ! Apakah keluarga kita tidak penting ?

Fikirkan la kembali .. Jangan tunggu dah tiada , baru menjerit menyesal .. Sementara mereka di depan mata , hargailah mereka. Bukan wang ringgit mereka pinta sebaliknya kasih sayang yang mengubat rindu dendam terhadap anak mereka yang sangat dikasihi ..

Hurm ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Tamat dah beberapa pertandingan melibatkan manusia dan juga populariti . Aku , terlibat sama tapi malas nak amik tau sebab dah tau ‘nasib’ aku berdasarkan pemerhatian aku terhadap juri juri yang dipilih berdasarkan kelayakan memberansangkan mereka dalam bidang masing masing .. Tergaru ? Aku pon ..

Cam biasa , bila dah abis satu satu pertandingan walaupun Piala Dunia , kontroversi atau ‘pahat mula berbunyi’ tu biasa laa . Nak lagi best , bila tidak melibatkan kita , kita pon turut mempersoalkannya .. Contoh cam , Belanda patut menang malam tu !! Apa guna kan ? Dah kalah , dah laa.. Terima je hakikat .. Kalau tak boleh terima hakikat , jangan masuk bertanding .. Mudah kan ?

Bagi aku mudah je cam ni .. Ianya satu pertandingan yang dicipta manusia dan juga dinilai oleh manusia .Sebab itulah Allah Maha Adil kerana diletakkan dua malaikat di bahu kita untuk mencatatkan segala perbuatan kita dan juga setiap saksi ditubuh kita akan memberitahu segala tingkahlaku kita di akhirat kelak .. Persoalkan lagi ?

Cam satu pertandingan untuk blog baru baru ini .. Bila aku tengok senarai juri , awal awal lagi aku kata , aku takde harapan dan mmg tahu pon takde harapan sbb blog aku ni tk la bagus sangat ( ada yang ia kan tapi masuk juga baca kan ? pelik aihh .. ) tapi aku masuk juga atas tujuan promosi .. Selainnya adalah bonus ..

Sekarang lak EURO .. Macam macam sok sek yang ada .. Negara kita tak terlibat tapi rakyatnya terlibat ! Tak kira la keje ke tak keje ke , layan tetap layan. Bila kalah pasukan kesayangan , sok sek la mereka di pejabat nanti dan juga kedai kopi .Prestasi kerja jadi mengarut.. kan kan ? Jangan terasa kalau tak buat yer ..

Mentor 6 pon dah berakhir dengan protege Ella jadi juara. Aku malas nak tonton sbb tak nak terlibat bersubahat .. Atau nak tambahkan dosa aku dengan mengumpat diorang .. hehe .. Banyak nak diumpatkan kalau nak , tapi lantak dia la.. Mentor dan penganjur la bertanggungjawab kelak .. hehe ..

Jadi , itulah kata aku tadi .. Kontroversi , mmg dasat di Malaysia ni .. Tu tak masuk bab politik lagi .. mmg menyampahkan .. hehe .. Baik angkat besi lagi best .. Badan cun otak pon cargass ..

Silap silap , apa yang aku tulis ni pon boleh mencetus kontroversi .. hahaa …

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

“ Huarghhh .. Ngantuk.. Malasnyaaa nak g kerja esok .. Ok la , dah tanggungjawab.. Nak kata apa dh kan ? Nak tak nak , kena tidur .. Nak tengok bola pon takut takut sbb risau mengantuk esok ..  Bosannya Isnin sbb lama lagi nak tunggu Jumaat .. “.

Bukan mudah untuk miliki semangat untuk mengatasi mental yang lemah bila melibatkan perkerjaan kita ni .. Apatahlagi bila ada yang punya ‘isu’ di pejabat . Bertambah giler malas nak g kerja ..

Itulah yang berlaku pada aku . Aku dok fikir sampai bila aku nak hidup gini ? Korang boleh baca kat blog aku ni , entri 2 tahun lepas .. Macam macam cerita korang leh dpt dari mula aku bangun tidur hinggalah aku nak lelapkan mata , aku update dlm blog .. Sehari hampir 20 entri okeh !

Keputusan yang aku amik ni sebenarnya amat menakutkan buat mana mana manusia yang dah sebenarnya boleh dikatakan ‘selamat’ tetapi aku mengubahnya kerana aku tak nak terikat dengan kehidupan yang susunannya A-Z .. Cukup dengan yang wajib aku tunaikan. Yang lain , aku boleh mengubahnya asalkan tidak salah di sisi agama .

Aku nak jogging di kala orang g kerja .. Aku nak shopping di kala orang bizi bermeeting .. Aku nak bertekak dengan orang yang mana satu tika dulu aku tunduk pada dia .. Aku mampu lakukan sekarang kerana aku telah mengubahnya ..

Aku rasa bebas sangat walaupun punya tanggungjawab yang berat untuk aku pikul hingga akhir hayat aku . Bukan kekayaan yang aku kejar sebaliknya kehidupan yang tenang dan gembira yang aku ingini disamping keluarga tercinta ..

Aku telah mengubahnya walaupun ianya berat. Masakan negara mampu maju jika tiada perubahan .. kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Maaf , aku bukanlah Bapa Mithali atau Bapa Contoh. Aku cuma seorang bapa yang masih bertatih dalam dunia kekeluargaan. Sesungguhnya , aku tidak layak untuk pujian itu .

IMAG1140

Petang tadi, kami ( aku sekeluarga) dikunjungi oleh seorang rakan lama yang bertugas di bahagian yang sama sewaktu di Kementerian Pelancongan dulu. Kawan aku , Haswadi ni datang bersama keluarganya iaitu anaknya Hasrul Hamizan yang seusia dengan Qhaliff serta isterinya. Menariknya , menurut kawan aku ni , isterinya berpantang di rumah dan dia menjaganya sendiri ! Haaa .. Lagi bagus kan ? Anaknya , mmg semangat ! Cam ayah dia .. huhu .. Kecik lagi dah diajar lasak macam ayah dia gak .. Hahaha .. Bagus bagus.. Turn Qhaliff tak lama lagi ..

Ramai lagi lelaki yang bergelar bapa contoh ni di luar sana .. Malangnya bapa yang ego pon ramai..  Ni membuatkan ramai isteri dan anak memendam rasa ..

Tertanya gak kekadang aku , perlu ke si ayah ni bersikap ego dengan keluarganya sendiri ? Sungguhpun nak bertegas pada keluarganya , ego tu tak perlu la sangat hingga boleh mencalar hati anak dan isteri .

Cam aku , sapa tak nak kerja yang best best dan segak bergaya kan ? Tapi apa guna berpangkat besar , bergaji tinggi , segak bergaya tapi keluarga kelam kabut ? Yup , ianya terjadi di zaman ini .. Terlupa sbb terlalu mengejar dunia atas alasan mencari keselesaan untuk keluarga tapi sebenarnya yang dikendong itu , berciciran ..

Aku tak kata aku bagus untuk dicontohi tetapi aku tengok contoh yang ada  pada mereka yang bergelar bapa ini , senantiasa berada rapat dengan anak-anak mereka dan berjaya mengawal anak mereka dengan baik ..

Aku tak nak Qhaliff memiliki sikap aku sewaktu aku muda dulu .. Sebab tu aku nak pantau dia sendiri ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

IMAG1135

Dulu kaann .. Masa mula mula aku masuk rumah ni kaann .. Rumput rumput yang segar menghijau tu kaann.. Semua kerja Mat Bangla yang buat .. Maknanya dah dibayar untuk memotong segala rumput yang tinggi menghijau di kawasan kawasan perumahan yang dimiliki oleh Kerajaan Barisan Nasional .. Kena sebut ni ..

Entah kenapa tiba-tiba , diorang malas nak potong lakk .. Aku pelik laa gakk .. Sampai ada rumput depan rumah aku tu macam dah jadi sawah padi dah ..

Diorang bijak wooo .. Diorang biar jer .. Last last bila dh tinggi , diorang usung mesin rumput tangan tu , dan offer kat tuan rumah untuk potong .. Mula mula , RM10 .. kita kata tak yah , dia turunkan RM5 .. Kalau banyak duit , ok laa .. Tapi bagi aku , takat cabut rumput yg tinggi tu , tak sampai 5 minit , baik toksah bazir duit !

Aku kata .. “ Tak peee .. Saya boleh buat sendiri ..” . Terpamer muka bengang Mat Bangla tu .. Aku tau kenapa dia bengang .. Haaa.. Nanti bila rumput tu tinggi , pihak berkuasa check , mesti tertanya kan ? Kenapa rumput ni tak dipotong ? Haa.. Kan kan ? Kalau aku yang kena buat , aku tak kisah ponnnn…

RM5 tu tinggi nilainya zaman ni .. Boleh berbunuhan kalau berhutang RM5 zaman ni .. Jangan tak tauuu ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Berdebar gak aku tadi tunggu NONA kat TV3 .. Mana la tau kot apa yang aku cakap lain jadi isunya .. hehe .. Alhamdulillah , ramai rakan faham dan memberi sokongan .

Zaman ni , macam macam dah kita boleh nampak. Dari positif ke negarif .. Perempuan dah mula pegang jawatan tertinggi dalam kerajaan dan lelaki menjadi penolongnya .. Jadi , takde apa nak dipelikkan kalau aku memilih untuk bekerja dari rumah disamping menjaga anak aku sendiri. Satu kepuasan ! Segalanya di depan mata aku ..

Aku sebagai MR.MAMA sekali pon , tetap lakukan tanggungjawab aku .. Keje buat bila Qhaliff tidur .. Baru aku update blog , balas email dan juga settlekan job job melibatkan advertorial. Bukan mudah woo sbb aku kena bahagikan kepala otak aku ni dengan Qhaliff dan juga blog pada masa yang sama ..

Kalau ada yang fikir aku dok makan atau goyang kaki kat rumah tu , maaf la yer .. Aku bukan jenis tu .. Kalau nak diikutkan , ada gak suami yang bekerja tapi tak bagi gak nafkah pada keluarga langsung memandangkan pendapatan isteri sendri pon dh lebih dari mencukupi.. Aku , bagi malah siap simpan lagi ..

Macam kita tau la kan ,  lelaki dan perempuan di zaman ni dh ramai yang berpendidikan tinggi dan mampu berfikir secara matang . Rezeki ada di mana mana . Tak bermakna , g kerja kat pejabat tu baru dapat rezeki .. Kalau bijak , dalam rumah pon leh mendatangkan duit .. Cuma kena fikir ,bagaimana …

Itulah cabarannya. Selagi terdaya , aku buat dengan terbaik ..

Share
Tweet
Pin
Share
40 comments

 

Satu perkara yang aku belajar dari Qhaliff .. Bangun tidur , dia tak lokek dengan senyuman .. Bila dia senyum , automatik kita akan membalas senyuman dia , dengan lebih manis lagi ..

Senyuman .. Ramai pandang ringan bab senyuman ni terutama mereka yang terlibat dengan perkhidmatan awam . Kalau ada pon , nampak sangat laa senyuman palsu atau buat buat .. Susah sangatkah nak ikhlas ? Susah sebenarnya kerana ianya melibatkan hati.. Hati mau bersih dan tenang untuk melemparkan senyuman yang manis dan menawan .. Penat camana pon , pasti boleh senyum andai punya hati yang , hurmm .. ceria .. kan ?

Baby ni , kalau kita selalu main ngan dia , dia akan ajar kita macam macam erti sebenar kehidupan ini .. Kenapa baby menangis ? Mesti ada punca ? Kenapa dia ketawa ? Mesti ada sebab . Kenapa baby diam ? Pon ada sebab kan ? Bab kebersihan diri .. Bab pemakanan .. Secara tidak langsung , kita berfikir dan alert akan perkembangan baby ni ..

Cam Qhaliff ni , tidur aku tak lena kerana memastikan dia ok .. Dalam secara tidak langsung , aku alert akan keselamatan rumah ni .. Banyak sebenarnya cuma kita nak fikir atau tidak jer ..

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Baru nak makan , Qhaliff menangis .. Aku berlari dan dukung dia .. Aku pandang wife , suruh dia makan dulu dengan segera .. Aku pon pujuk Qhaliff dulu .. Dia diam .. Aku bantai laa menanyi ala ala kumpulan Raihan tapi part korus yang ulang ulang .. Qhaliff diam dan sesekali dia menyahut macam nak join sama berduet .. “Sabar sayang , belum tiba masanya lagi .. “

Sebelum itu , selepas solat Maghrib , wife bagitau dia nak makan nasi goreng ayam kunyit .. Solat pastu bersiap .. Qhaliff usha aku … Muka mintak simpati ..

“Ololo .. meh kat daddy.. “

Qhaliff teriak .. Aku dukung dia dan pujuk sampai dia cool .. Pastu baru aku serah kat mak dia .. Barulah aku leh keluar dengan tenang . Tapi kena cium gak pp mak dia .. Si wife dah bersuara yang si suami kerap cium anak dari maknya .. hahaha .. Sori , 18sx tapi inilah realiti rumahtangga.. Suami jangan pinggirkan isteri selepas dapat waris !

Aku keluar keseorangan. Sebelum ni , ke mana mana ngan wife .. Tak mungkin tinggal dia seorang kat rumah. Tetapi kini lain dah jadualnya. Qhaliff takkan dibenarkan keluar malam kecuali terdesak atau kes darurat la .. Kecil lagi aihh ..

Dah tapau makanan .. Masak ? Tak sempat nak masak sbb gilir gilir dok jaga Qhaliff yang terlebih manja sejak dia balik sini. Bukan saja nak manjakan dia tetapi ‘terpaksa’ .. Doktor tak kasi dia menangis banyak sangat sebab Qhaliff ada masalah kesihatan skit .. Jadi kena jagalaah.. Dan alhamdulillah ,ada perubahan namun perlu juga ulang alik ke klinik untuk memastikan ianya semakin ok ..

Sampai rumah , aku suruh wife makan dulu sbb dia yang kelaparan. Aku masih ok lagi walaupun mmg lapar sbb petang tadi aku berjogging dn ke sana sini .. Tak kisah pon ..

Selepas wife makan , aku lak makan .. Wife sambung susukan Qhaliff .. tapi dia tak nak.. Ayoyoy .. Ini budak mau main lhoo ..

Aku makan cepat cepat .. Tak dpat nikmati dah makanan yang ada di depan mata .. Yang penting kenyang . tu jer.. Tapi tak kisah la.. Wife sendiri pon tak habiskan makanan dia .. Aku gak kena abiskan .. Mana la lelaki tak boroi !!

Abis makan , aku lak dukung Qhaliff dan bawak dia pusing pusing sambil membuat persembahan termasuk menari ala salsa gitu .. Perghh.. Dasat daddy Qhaliff.. pandi menari dahhh ..

Aku penat .. Aku pass kat wife .. Wife baru nak dapat baring sambil berwhatsapp dengan geng geng ibu dia .. Letak hp , dan amik Qhaliff .. Aku , naik atas tukar pakaian .. Legaaa skit ..

Turun .. tukar syif dukung budak manja tuuu .. nak kasi dia lena , bukan mudah wooo sbb tak guna buaian.. Jadi kenalah berdangdut lagii ..

VIDEO0017_0000039631-1VIDEO0017_0000037464

Sampai dia mamai , baru laaa dia lelap .. Tapi bila letak , dia bukak mata balik !! Ok , ni kasi kat mak dia … Mak dia je laa buat cara terakhir.. Susukan dia .. Dengan dah sedia mengantuk dan disusukan , maka .. Aku boleh taip entri ni !!

Makkkk gak kan ? Mak dah penat .. mak gak tidurkan anak.. Tapi apakah anak ingat kat mak ? Hurmm… Didikan dari kecil amatlah penting ..

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

[IMAG093411.jpg]

Promo NONA esok , aku masih tak sempat nak tengok kat TV3 .. Tapi ramai rakan dah mula sok sek bercerita mengenainya. Sebenarnya , aku risau gak la menanti hari esok .. Yelah , takut ada yang tak faham intipati sebenarnya segmen tu ..

‘House Hubby’ sempena Hari Bapa .. Itulah sebenarnya segmen yg melibatkan aku dan anak aku , Muhammad Qhaliff Iman esok .. Berkisarkan aku sebagai seorang suami yang bertindak sebagai suri rumah atau lebih tepat lagi duk rumah , jaga anak dan uruskan hal hal rumah .. Bukan 100% yer .. Masih ada pembahagian tugas dan ini melibatkan perbincangan bersama ..

Opss .. jangan salah sangka.. Aku masih lagi suami dan juga bekerja tapi pejabat aku , di rumah .. Jangan ingat pulak aku makan duit hasil titik peluh isteri yer ..

Sebenarnya apa yang berlaku adalah lebih pada nak jaga Qhaliff sendiri.. Kami sepakat untuk membesarkan Qhaliff tanpa pembantu rumah atau letakkan di di nursery .. Kira nak jaga dia hingga dia layak masuk ke taska .. Haa.. gitu laa ..

Tindakan kitorang terdorong dari rasa yang tidak beberapa yakin dengan keadaan nursery yang ada sekarang ni.. Nak yang bagus , harganya amatlah tinggi. Kira penat je la keje siang malam tinggal anak tapi dapat gaji , bagi kat nursery… Tu pendapat aku yang aku bagitau kat wife yang mana akhirnya aku yang buat tindakan untuk jadi blogger sepenuh masa dan ini adalah permulaan kepada cita cita aku untuk jadi penulis yang bukan bertaraf profesional. Hehe ..

Alhamdulillah .. kami tak la bercita-cita nak hidup kaya raya hingga perlukan pendapatan berangka angka .. Apa yang kitorang nak , nilai nilai kekeluargaan ada dalam sewaktu pembesaran anak anak .. Aku dpat lihat contoh yang bagus dari rakan rakan blogger yang mana anak anak mereka berjaya di besarkan dengan baik sekali. Dan aku nak contohi mereka .. InsyaAllah ..

Kenapa aku dan bukan wife yang amik keputusan ini ? Yang pertama , rugi rasanya sbb wife punya masa depan yang jauh lebih cerah berbanding aku .. Tak salah aku akuinya kan ? Sapa kata lelaki ego ? Maaf la yer .. Dan , wife suka dengan profesion dia sekarang ini berbanding aku yang kerap kali diserang hypertension .. Jadi sebelum aku mati kerana hypertension , baik aku undur diri.. Dan , syukur pada Allah , aku ok skang ni.. Walaupun aku bisa tension ngan Qhaliff tapi dia anak aku .. heheh ..

Dan selebihnya , korang boleh tengok esok di NONA,TV3 jam 2 petang .. Hurm.. Tak sempat nak mekap pon kitorang .. Er , kitorang ???

Mengapa lelaki tak boleh amik tempat wanita sedangkan wanita berebut untuk amik tempat lelaki ? Yang penting , jangan lupa tanggungjawab dan tugas tugas hakiki seorang lelaki yang bernama suami .

Share
Tweet
Pin
Share
39 comments

 

Alhamdulillah .. selesai .. Tu pun atas pertolongan Que Ahmad yang bawak aku ke pusat servis yang dia kenal.Bukan apa , kadang kadang , g ke tempat yang kita kenal ni, dapat la diskaun skit .. hehe .. Terima kasih ..

Sementara tunggu kereta siap , Que ajak g minum dulu .. Kat sana macam macam cerita la keluar dan paling menarik pehatian aku , lagu hantu !

Keluarnya cerita ni sbb ada kaitan dengan kawan dia yang dengar lagu tu ..  Maksud aku , lagu tu beri kesan pada kawan dia .. Haaa .. Apa yang terjadi tu , tak yah la aku cerita kat sini .. hehe ..

Aku ada tengok lirik lagu tu selepas google .. Gulp .. serius ! Memang meremangkan bulu roma aku wooo .. Apatah lagi bila dapat tau latar belakang penyanyi dia tu .. huhu .. Evil dead sungguh .. huhu .. Tu baru baca lirik .. Belum lagi dengar lagu dia .. huhu ..

Ada Que nak keluarkan entri berkenaan lirik tu tapi aku nasihatkan tak perlu la sebab nanti risau beri kesan psikologi pada rakan pembaca. . Tak yah la tau eh ..

Macam macam laa karenah manusia ni kerana cinta .. haih ..

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Ari tu g service kereta kat Perodua Bangi.. diorg habaq kereta aku ada problem kat absorber .. Bila dengar je , $$$ dlm kepala terus .. huhu ..


Tapi memikirkan keselamatan ahli keluarga aku ditambah corak pemanduan aku ala ala Karamjit Singh , tukar je laaa .. Lagi pon usia kereta dah jangkau 5 tahun ... Huhu

Money moneyyy ..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Adoi .. Promosi besar-besaran EURO 2012 dalam negara menyebabkan aku pon nak tgk gak laa mana mana perlawanan yang sempat ..

Aku nak sokong sapa ? Tak la kot .. Tengok tengok gitu je laa .. Malas nak taksub taksub ni .. Yang penting , setiap perlawanan ada jaringan gol .. Tamo seri seri tanpa jaringan .. Tak berbaloi tengok woo .. hahaha ..

Seperti biasa , aku yang minat bola ni dulu gemar nak tau bola apa yang bakal digunakan oleh pasukan bertanding nanti ..

Mesti best sepak bola ni .. Harga pon confirm menarik … kan kan ?  Semakin canggih teknologi sukan skang ni .. Boots lak camana ?

Huhu.. nasib baik aku dah bersara ! Kalau tak , sahih terpengaruh gak beli ! Jersey ? Er , tak nak .. Panas nak pakai kat Malaysia ni .. huhu ..

Sayangnya , game malam ni , aku plan nak tngok memula .. tapi tak jadi memandangkan Qhaliff dh ajak tidur awal awal .. Huhuhu .

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Photo: Nama saya Qhaliff ..

Hari ni aku test tak pakaikan mittens pada si Qhaliff .. Seronok dia cakar muka aku waktu aku dukung dia .. Waargkhhh .. Ala ala wolverine dah gaya diaa !! Grr ..

Rasanya Qhaliff tak sedia lagi kot nak ditanggalkan mittens dia tu memandangkan belum masih mampu kawal tangan dia yang senantiasa memukul muka aku bila aku hampiri dia ..

Tu baru tangan .. Kaki dia ?? Kuat benar aihh  menendang.. Ni ajak sparring 100 meter nanti , best woo ..

Qhaliff Qhaliff ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

“ Seorang operator kilang terpaksa berdepan masalah hutang RM250,000 akibat kad pengenalannya yang hilang kira-kira 18 tahun lalu disalahguna individu untuk pinjaman bank dan kad kredit. “

 

Ada yang pandang ringan bila kehilangan MYKAD apatah lagi setahu aku laa kalau hilang MYKAD ni tak perlu dah lapor pada polis kan ? Cuma g buat je yang baru dan bayar denda .. Senang kan ?

Senangg laa sangat .. Haaa .. Kalau orang salah guna MYKAD kita tu camana ? Yelah cam kes yang kat atas tu laa .. Kad Pengenalan dia dah ilang selama 10 tahun , tau tau dah disalah guna dan tak pasal pasal berhutang sebanyak RM250 ribu !

Rasanya ni bukan kes pertama la .. Banyak dah kes menurut artikal tu ..

Bahaya betul la zaman ni .. Apa saja orang sanggup buat untuk menguntungkan diri sendiri .. Tak kisah langsung kesusahan orang lain … Hurm.. Hati hati la yer .. Apa saja milik peribadi kita , jangan mudah sangat lalai atau serah pada orang lain .. Pergh..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Kenal dia ? Tak ? Kalau tak , jom kita berkenalan dengan Curious Cat ni ..

 

curious

Nak tau serba sedikit mengenai Curious Cat ni ? Klik SINI .. Masuk dan baca sendiri .. Pasti best punya !!  Hehehe .. Selain dari si kucing ni ada beberapa lagi kawan dia yang comel lotey dalam web Curious Cat tu ..

OK ok … Sebelum korang tertanya tanya apa kaitan dia dengan rumah aku , baik aku cerita terus kat korang .. kan kan ?

Dalam laman web Curious Cat ni , ada tips dan petua yang dia kongisikan dengan pemilik rumah atau mereka yang bakal memiliki rumah ..

Menariknya , cara yang dia sampaikan adalah dalam bentuk vlog yang mana si Curious Cat ni macam dok membebel sorang diri laa .. Tapi bebel dia , bebel yang melucukan ..

Jadi apa kaitan dia dengan rumah aku lak ? Sedikit sebanyak apa yang dia ‘luahkan’ dalam vlog dia tu , memberi aku idea apa yang patut aku buat dengan rumah baru aku nanti terutama dari sudut penambahan yang ingin aku buat nanti ..

Antaranya , hiasan dalaman , tiles , perabot dan banyak lagi laa .. Dan Curious Cat berusaha menambah lagi tips tips  agar pengunjung laman web tu senantiasa memperoleh idea untuk rumah mereka nanti ..

Jadi , utk rumah aku nanti .. aku nak mintak si Curious Cat ni bagi cadangan tiles mana yang sesuai untuk digunakan .. Haaa .. Mesti menarik punya! Maklumlah , dah banyak pengalaman .. kan kan ?

Berbalik pada vlog si Curious Cat ni ,  mesti korang tertanya punya apakah keistimewaan si Curious Cat ni  hingga buat aku keluar masuk web dia ? Apa kata kita g layan antara vlog dia yang ada kat web tu ..

image

Vlog Curious Cat Pt2 : Cat vs Crack ni mmg buat aku hilang stress jap.. Nape eh ? Hahaha .. Tu korang  kena tengok sendiri laa.. Tapi serius , aku sendiri cukup bengang kalau nampak rekahan pada tiles jika berlaku pada rumah aku . Jadi , pemilihan  tiles mmg kena betul agar kejadian begini tidak berlaku ..

Seperkara lagi , bagi korang yang ada bela binatang cam kucing kat rumah .. Ada tak korang perasan yang kucing korang tu ada port dia melepak dalam rumah tu .. Tak pernah tertanyakah , kenapa dia suka lepak situ ? Mesti ada sebab kan ? Mungkin dia sukakan kerusi tu ? Atau situ sejuk ? Nyaman jeee rasa atau selamat dari gangguan manusia ? Hahahah .. Cuba tengok semula ..

Haa.. tu antara tips tips yang diberi oleh Curious Cat dan rakan rakan dia dalam vlog yang terdapat di laman web mereka .. Jom g tengok lagi apa cerita mereka .. Jom jom .. Cepat klik link ni https://www.curiouscat.my/site/ dan jangan lupa tinggalkan komen kat sana nanti ..

Menarik kan ? Aku kata daa , kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Banyak benar laman sesawang di internet ni yang menawarkan download filem secara percuma .. Dasat kan ? Pemilik web atau blog tu pasti untung besar sebab trafik mmg senantiasa masuk sbb ramai pencari movie movie untuk di download , termasuk aku !! Hehe .. Menda free.. sapa tak nak kan ?

Kebelakangan ini , byk filem keluar kat panggung .. Dan tak lama kemudian , ada dah kat blog download movie ni .. senang je.. tak yah buang masa g panggung.. Cuma antara puas atau tidak ..

Tapi kan , serius aku kata laa .. Aku takde nafsu nak download movie melayu skang ni .. Bukan la sombong atau berlagak tapi , entah laa .. Rasa cam buang masa je nak tunggu n buang bandwith aku jer …

Pelakon ramai dah .. Antara kualiti atau jual muka jer .. Bab cerita ? Hurm … hurm .. Susah la nak kata.. Ada yg kata , download la dulu baru leh komen .. Atau g la tengok panggung dulu , baru leh cerita ! Masalahnya , nak g tengok tu .. guna masa .. guna duit .. Lainlah kita g tengok , kita dibayar , kalau cerita tu tak berbaloi atau best.. Kalau best , kita bayar balik tiket tuuu .. Haaa.. amacam ?

Filem melayu perlukan perubahan yang ketara .. Perlu berubah untuk kembalikan keyakinan peminat peminat ke panggung.. Jangan tarik penonton dengan adegan adegan mengarut cam gaduh , seks , lumba haram ..

Bukan tak boleh tapi fikirkan keuntungan jangka pendek je kan ? Jangka panjang tu , cam citer P.Ramlee .. Tengok berkali pon tak boring.. Walau dah tau apa dioalog seterusnya , penonton akan tetap ketawa ..

Skang ? Untuk babak seterusnya , tukar channel lain ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Aku ni bukanlah manusia bertaraf ustaz , ulama mahupun apa apa kelayakan untuk memberi nasihat pada manusia lain .. Apa yang korang baca kat blog aku ni , lebih pada perkongsian perasaan atau luahan hati aku untuk mereka yang hampir dengan aku .. Tak kira la isteri , ahli keluarga aku mahupun jiran jiran atau kawan kawan ..

Kadang-kadang , bila kita cakap kat diorang .. masuk telinga kanan , keluar telinga kiri .. Yelah , manusia kan ? Aku pon tak nafi gitu gak .. Sbb tu aku suka bebel je kat blog .. Ada kawan boleh terima dan juga tidak . Ada yang faham dan ada yang tidak .. Lumrah la tu kan ?

Bagi yang faham tu , syukur laa .. Yelah sekurangnya apa yang aku rasa pada ketika tu , ada gak yang mampu tangkap .. Yang tak tu , tak leh kata apa la .. Nak kata lelebih pon , bukan ahli keluarga aku .. Aku cuma mampu bebel pon kalau dia tu ahli keluarga aku. Takkan nak belasah lak kan ?

Sebenarnya , aku malas nak bebel dalam blog ni lebih lebih lagi yang takde kaitan dengan aku . Buat apa kan ? Lantak diorang la.. Aku nak kisah apa kan ? Masing masing ada ‘penjaga’ , kan ? Tapi sbb manusia yang hidup bermasyarakat dan punya saudara seagama , aku kena la gunakan medium yang aku ada ini ( blog , laman sosial) untuk beinteraksi dengan mereka dan ‘menceritakan’ suasana zaman ini.. 

Hurm .. entahlah .. Nak kata lebih pon , aku pasti yang ada masuk baca kat blog aku ni pon dah bertaraf cendiakawan mahupun punya title yang dasat dasat .. Jadi , masing masing fikir je la.. Jangan kata aku tak peringat lak .. Aku pon manusia .. Silap tu , tetap ada .. syukur la ada kawan tolong peringat ..

Tak guna sombong !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Merebut kasih atok nenek ? Masalah yang timbul dalam diam dalam hati adik beradik bila masing masing mula punya anak sendiri .. Yang mana menjadi cucu kesayangan ?

Mesti ada yang terasa bila ramai ramai mula berkumpul kan ? Yelah , cucu pilihan gitu .. kan kan ? Adeh .. ada yang mula tarik muka pastu .. kan kan ?

Persoalannya , patut ke terasa ? Bila terasa gitu , mulalah ada yang bawa diri .. Malas nak datang rumah orang tua dengan alasan , anak bukan cucu kesayangan ?

Hurm … part ni sepatutnya kita kena bersikap matang .. Malangnya , ramai tak nak bersikap begitu kerana pentingkan diri sendiri .. Entah apa yang nak disakitkan hati pon tak tau laa..

Jangan sesekali pisahkan kasih sayang anak kita dengan sanak saudara terutama atok nenek diorang .. Jangan diajar anak kita  sebegitu  perangainya !

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Terjaga aku gara gara mimpikan kawan aku ni .. Mengucap panjang aku . Kesian betul aku pd dia ..

Kawan aku ni , nak dikirakan segarang-garang manusia tapi cool jer.. Kira penyabar.. Bagus la orangnya. Bukan mudah nak kasi di marah .. Hehe ..

Tapi sejak dia kawin , nak jumpa dia .. perghhh .. skit punya susah.. Susah giler .. Menurut rakan yang lain, kalau nak jumpa di .. g rumah dia.. Itu je had dia ! Gulp ..

Best part , kalau gi umah dia .. bini dia akan mengurungkan diri bersama anak anak ! Wallahualam ..

Dn, aku bermimpi tadi .. Kawan kawan semua g rumah dia .. Saja jumpa n lepak kat rumah dia .. Rindukan kawan kawan sekolah la katakan ..hehehe..

Bestn

Nak dijadikan cerita , ada satu babak dalam mimpi tu ,aku bisik kat dia sewaktu dok berborak ..

“ Wei , ko guna internet kan ? Kalau tak leh whatsapp , guna la meebo ke .. atau yahoo email untuk chat ngan kitorang.. Ala , bini ko takkan tau punya.. “ .

Member aku tu senyum jer .. Aku pelik .. 3 saat kemudian ..

“ Sayang , jangan buat yg bukan bukan yer .. “

Aku terkedu weh !! Terkedu giler !! Aku pandang kat lantai .. Waktu tu kitorang dok lepak bersila jer .. Ada satu alat cam walkie talkie yang mana dr mula sebenarnya isteri dia dengar perbualan kitorang ni !! Senyum tawar kawan aku tu ..

MasyaAllah .. sampai gitu sekali member aku ni kena kongkong !! Haiiihhh …. kesiannyaa .. Kesian betul kitorang kat dia .. Terus terjaga aku dari mimpi tu sebab tak tahan sedih kat dia .. Dan terus aku taip jadikan entri ni ..

Aku doakan agar mimpi tu cuma satu mainan tidur .. Dan apa yang berlaku pada  kawan aku tu bukanlh satu kenyataan walaupun ada ‘ sok sek ‘ mengenainya ..

Haih …

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Oh , baru aku tau tu namanya .. Sarung tangan tu haa .. Geng geng ibu memanggilnya mittens.. Geng geng bapak , tak kisah pon apa nama dia .. Aku nyaris nak panggil goalkeeper glove lagi .. Haha..

IMAG1043

Berbalik pada persoalan aku yang tak macam soalan tu .. Berapa bulan baby tak yah pakai eh ? Ada yang kata , 2 bulan ok dah.. Ada yang kata , 4-5 bulan .. Ada yang kata , tunggu baby tu bukak sendiri ! Haa.. Camana tu ?? Ada kata nurse marah sbb perkembangan baby terbantut . Kira baby nak gunakan jari dia tu ,tak dpat lagi laa.. Macam macam lagi laa ..

Qhaliff yang baru 2 bulan lebih ni , dah mula dah main ngan mittens dia ni.. Nak buang mittens dia ni , risau lak sebab kuku dia masih panjang walaupun dah potong skit ari tu .. Takut calar lak muka di .. Perghh , tengok tu.. mak ayah risau anak muka calar ! Anak bila dh besar , jadi samseng , bergaduh .. mat rempit .. jatuh eksiden patah sana sini .. camana tu ?

Ok ok .. tak kisah laa.. ada akai pakai la kan ? Berbalik pada topik kita yang panas melecur ni , aku yg kurang arif bab pakaian baby ni , nak tau gak la … Ikut pengalaman puan puan dan encik encik sekalian ni la kan , mittens ni sesuai tak yah pakai pada usia berapa bulan ?

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

IMAG1038IMAG1039

IMAG1040IMAG1043

Errr … aku confius .. takkan dah gatal gusi kot ? Jangan risau , sarung tangan tu dibasuh dengan sabun yang mmg khas untuk baby ..

Kena cakap awal-awal .. kang ada jeer .. hehe .. kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Skang , kalau teriak je Qhaliff .. aku yang pertama amik dan pujuk dia.. Caranya , dukung dan bawak jalan jalan sambil menyanyi.. Diam terus dan mata terbeliak tengok sana sini .. Kalau agah dia ala ala gugu gaga tu , confirm sengih dan ketawa ..

Bila pas kat mak dia , dia ngangisss semula .. Hahaha .. Anak ayahhh ni … Masak laa .. pasni mengikut jer ayah ke sana sini ..

Jom Qhaliff .. kita g event blogger nah ?

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes