Hurm .. kalau Allah nak tarik , sekelip mata .. Tu pon ada yg tak sedar tak reti nk bersyukur lagi .. hurm ..
Dua keping gambar ni , aku amik di tempat yg sama , masa yg sama tetapi berlainan 'cuaca' ..
Published with Blogger-droid v2.0.6
Hurm .. kalau Allah nak tarik , sekelip mata .. Tu pon ada yg tak sedar tak reti nk bersyukur lagi .. hurm ..
Dua keping gambar ni , aku amik di tempat yg sama , masa yg sama tetapi berlainan 'cuaca' ..
Baru lepas tengok ‘ The Making of ‘ Mael Lambong .. Walaupun ada yang kata kena tonton dulu baru bleh cerita tapi berdasarkan the making saja aku dah boleh kata , baik buat je drama bersiri dari buat filem. Sebabnya ? Mudah jer .. Ada filem kita selayaknya dijadikan drama jer dan begitu juga sebaliknya ..
Entahlah .. aku bukan nak kritik filem kita wajah kita ni tapi sesungguhnya mmg dah tak payah g tonton kat panggung memandangkan idea filem skang ni mcm , mengarut jer ..
Kena banyakkan buat research la penerbit filem negara kita ni .. Jangan nak sogokkan dengan babak ‘ sewel ‘ pelakon serta dialog dialog yang mampu mempengaruhi anak anak kecil jika menontonnya .
Penerbit , pengarah , pelakon perlu bertanggungjawab atas setiap hasil karya mereka .. Jangan asyik fikirkan keuntungan hingga tak kisahkan impak pada penonton. Apakah bila penonton ketawa , itu satu kebanggaan atau pecah panggung , dh berpuashati ?
Download je la filem mael lambong ni .. Lain kali buat je drama utk siaran tengah malam .. Baru tak de sapa nak kisah ..
Patut laaa aku jogging pagi semalam terasa asap .. Ke tu perasaan aku jer ? Tapi hari ni , cuaca mmg berjerebu berdasarkan laporan rasmi di laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar ..
Jerebu yang berlaku dipercayai berpunca daripada kemarau yang melanda Sumatera.
Banyakkan minum air suam dan elakkan la aktiviti luar jika tak perlu yer .. Yang nak g dating tu , tak yah laaa .. Simpan duit , pastu nikah .. dating je dalam rumah .. untung untung Qhaliff dapat kawan .. kan kan ?
Aku rasa , mereka yang sering lepak kat blog aku ni mesti kenal dah ngan si kucing montel tapi bijaksana ni .. kan kan ? Buat mereka yang tak kenal lagi , boleh rujuk ke entri aku yang lepas , THE CURIOUS CAT ? dan Si Blogger , CURIOUS CAT dan rumah aku ..
Amacam ? Dan kenal kan ? Kali ni aku nak kongsikan sesuatu yang lebih menarik dengan korang ..
Seperti mana yang korang tau , Si kucing Curious Cat ni senantiasa merayau dalam rumah tuan dia dan punya teman bual yang punya cute tapi agak cerewet sedikit .. Nak diikutkan , si Curious Cat ni lagi la cerewet kan ? Tapi kenapa dia cerewet gitu eh ?
Semuanya kerana dia adalah kucing yang berkemahiran tinggi terutama dalam bidang home makeover dan ianya milik MML !! Haaa… Tau ke apa tu MML ?
Ok , MML ni adalah satu syarikat yang amat dikenali dalam bidangnya iaitu jubin atau tiles . Di MML , ada banyak jenis tiles atau jubin yang bermutu tinggi dijual dan mereka juga menyediakan pakar perunding untuk berunding dengan pelanggan bagi memastikan pelanggan mereka mendapat jubin atau tiles yang sesuai untuk rumah mereka . Dan menariknya , Curious Cat adalah salah satu dari perunding yang aku kata tadi tu ..
Terkejutkah ? Alaa .. tak perlu terkejut kalau korang g lawat laman web Curious Cat tu .. Dari situ , korang akan lebih faham kenapa aku kata Curios Cat ni perunding tiles yang , hurmmm .. mampu memikat hati korang ! Hehehe .. G la tengok kalau tak caya .. Jom ke CURIOUSCAT.MY
Dan , jangan ketinggalan pada entri akan datang .. MML sedang mengadakan satu pertanding yang pasti menarik buat korang semua .. Pastikan senantiasa ikuti perkembangan di blog aku ni ..
Dengan guna baby carrier ni , Qhaliff confirm tidur setiap kali keluar .. Mana tidaknya, dalam kereta dah susukan dia kaw kawww punyaa .. Campur dengan goyang dangdut dalam kereta , mmg membuai laa mamat tu .. Akhirnya , Zzzzzz ..
Senang .. masukkan dia dan usunglah .. Tp tangan aku tetap tampung berat Qhaliff bila berada dalam tu ..
Ada rakan pembaca tadi ada berkongsi info yang mana aku , tak pernah dengan mengenainya .. Wife mungkin tau tapi aku tak tau .. Aku google.. jumpa laa ..
Ok ke guna lagu ni bila g mall ?
Pakai camni la.. pergh.. baru Mr. Mama yang macho kan ?
Baru-baru ni ada seorang rakan pembaca meninggalkan komen di entri Memang lega sangat dengan baby carrier dgn menyatakan bahawa penggunakan baby carrier memberi kesan negatif pada perkembangan baby terutama di bahagian tulang belakang ..
Aku mula keliru . Ni nak keluar g Alamanda jap. Takkan nak dukung dia ? Stroller , dia tak nak lepak dalam tu .. Jadi camana ?
Aku pernah membacanya di salah satu buku yang wife pernah beli .. Aku kembali mencarinya dan ulang baca untuk memastikan tindakan aku ini tidak salah dan ‘aniaya’ baby ..
Dari buku panduan lengkap PENJAGAAN IBU DAN ANAK tulisan Elizabeth Fenwick yang telah dialih bahasa ini ada memberitahu penggunaan baby carrier atau ambin ni adalah salah satu cara baik untuk membaw bayi ke mana saja pada 3 bulan pertama.
Terpulang pada korang sendiri yang mana bagus untuk pembesaran ank anda .. Masing masing ada pendapat sendiri kn ?
Apa pon , jutaan terima kasih atas ‘peringatan’ dan juga pandangan rakan-rakan pembaca … Aku hargainya ..
Zaman ni kan , mmg ramai dah gitu .. Bila kawan ada masalah , dia cari kita .. Luah kat kita dengan harapan kita dpt bantu dia .. Paling tidak pon , bagi buah pendpt ..
Ada yang hargai .. ada yang .. hurmm … tunggu nak lepaskan diri dari tersepit ! Dan kemudian , kita pulak tersepit .. Dia ? Berlari lari anak selamatkan diri .. Ada kawan spesis gini ..
Pernah terjadi pada aku berkali laa .. Entah la .. Nak kata serik , mulut je ..tapi bila datang bercerita , aku lembut hati .. Tapi aku tetap ada prinsip terutama bila melibatkan wang .. Yang ni mmg aku berat nak kasi tetapi bergantung pd orang gak .. Kalau tak tau latar belakang , takkan nak kasi kan ? Tapi kalau tau latar belakang pon , tetap kena check gak terutama apa yang dia buat kebelakangan ni . Maklumlah , manusia berubah.
Entahlaah .. sekali terkena , mmg buat kita berhati hati .. Masalah aku , berkali dah .. Tapi cukuplah sampai disini .. Malas nak layan sangat terutama yang mmg ketara nak lepaskn tengkuk sendiri .. Sori la ..
Bukan apa , pernah aku tolong dia .. Dia terlepas tetapi masalah tu , aku pulak yang kena settlekan .. Ni kira cam dia bergaduh dengan orang tu hal kerja .. aku tolong settlekan , tak pasal pasal orang tu lak bengang ngan aku tetapi mereka berdua settle problem .. Camana tu ?
Lain kali , jangan masuk campur !
Aku saja saja je try layan CHIKAPOWWOW ni ari tu .. Yelah bila tengok barang barang yg dilelong kat sana tu menarik hati aku ..
Berbekalkan CHIKAS ( token ) yang aku ada , aku pon cuba laaa nasib membuat penawaran pada Celcom prepaid yang berharga RM100 yg aku nak tu..
Waaah…. Sapa sangka kan ? Rezeki aku tuuu … Berjaya lak membuat penawaran paling tinggi tapi rendah je sebenanya pon .. Hehehe .. Untuk prepaid CELCOM bernilai RM100 , aku berjaya mendapatkan pada harga cuma RM1.30 !!
Bila kita berjaya , maka pihak CHIKAPOWWOW akan keluarkan kenyataan seperti dibawah ini seterusnya menghantar email pada kita ..
Email yang mana tajuknya seperti dibawah ini .. Seterusnya , urusan pembayaran boleh dilakukan samada melalui kredit kad atau debit online.
Apakah tips aku jika korang nak guna bila membeli barang di CHIKAPOWWOW ni pada harga yang korang nak ? Mudah jer .. Aku tunggu hujung hujunggg je .. pastu biar je diorang yang banyak CHIKAS ni membuat penawaran dulu , bila rasa rasa ada yang mula give up , baru kita celah .. hehe .. Masa juga memainkan peranan ..
Hehe .. selama seminggu aku layan CHIKAPOWWOW ni , aku dapati byk gadget yang ditawarkan memang menarik dan murah ! Yang pasti , aku mmg tak tidur malam la untuk dapatkan gadget yang aku nak tapi sayangnya , aku tak mampu nak bersaing dengan mereka yang juga membuat penawaran yang lebih menarik ! Huhuh.. takpe la , takde rezeki .. Mungkin nanti ada lagi diorang keluarkan gadget tu .. Mana tau , kali ni boleh dapat kan ? Hehe ..
Bagi yang nak tau bagaimana nak join atau serta CHIKAPOWOW ni , sila klik SINI atau terus ke laman web mereka , CHIKAPOWWOW ..

Olololooooo … Pantang ilang jap , terus teriak .. Nak senantiasa ada kat sisi dia ni .. Boleh tau bila dia saja nak bermanja atau betul betul menangis .. Kalau dukung dia waktu dia nangis , dia diam dan terus ‘ bersuara ‘ tu mmg nak bermanja .. Kalau dia terus teriak , tu nak susu .. Kalau bagi susu pon masih teriak , tu makna nak kena tukar lampin .. Kalau tukar lampin pon masih nangis , mesti nak kena sunat tu !!
Hehe.. tak de la.. biasanya tahap tu je.. pastu dia ok dh .. Terima kasih la atas komen komen yang ditinggalkan .. Ada yang berinfo dan digunakan terus oleh kami .. Yang tak berinfo tu tetap aku ucapkan terima kasih terutama masuk baca bila melibatkan Qhaliff..
InsyaAllah .. kami bagi yg terbaik selagi kami terdaya .. Buat rakan blogger NasZ , tahniah buatnya kerana bakal bergelar bapa tidak lama lagi !!
Sejuk hati tengok baby senyum.. kan ?

Letak bawah , dia teriak .. Dodoikan dia dengan dukung , baru nak tidur .. Bila dah tidur , nak letak kat atas tilam dia , dia teriak .. Haaa .. Abis tu ? Bila biar gini , baru dia lena ..
Baby .. dengan cara begini dia rasa ‘selamat’ .. Bukan nak manjakan dia tapi takkan nak paksa dia kan ? Tapi ok la , sedikit demi sedikit Qhalff nak gak tidur bila dah terlalu lena ..
Walaupun tak boleh nak buat kerja bila Qhaliff nak bermanja begini , kitorang redha jer .. Anak sendiri ni .. Apa salahnya manjakan dia sementara dia nk bermanja. Nanti satu hari nanti dia tak nk atau malu nak bermanja ngan ayah dia , lagi haru kan ? Baru nak geleng pala masa tu ..
Bukan anak je nak bermanja .. ayah dia pon nak bermanja ngan anak dia .. Maklumlah , masih lagi … hehehe .. pikiaq la sendiri nooo ..
Cuba tengok senyuman tu.. sama cam Qhaliff senyum kan ?

Segan ? Lor . nape lak kan ? Aku lagi segan kalau g kerja dan balik rumah tak buat apa apa bahkan siap keluar lepak lagi dengan kawan kawan dan serahkan segala tugas pada si isteri .. Tu laggi patut segan ..
Jangan pandang sebelah mata pada suami yang g beli barang dapur atau keperluan baby ni haa.. Bukan semua sanggup keluar seorang diri woo.. Segan dan ego .. Entah apa yang egonya pon tak tau laa..
Buat lelaki yang sedang membaca entri ni , andai kata jadi seorang suami satu hari nanti .. pastikan isteri anda senantiasa gelengkan kepala kerana tidak percaya yang korang buat sesuatu yang mereka yang tak jangka seperti senantiasa dukung anak , bermain ngan baby hingga terlena kat sebelah di atau macam macam lagi laaa ..
Bukan apa , skang ni reputasi lelaki sebagai suami , dah merundum jatuh .. Wanita pulak semakin membuktikan bahawa mereka mampu buat dua kerja sekali gus tanpa sedikit mengeluh pon .. Mereka lakukan mereka nak lakukan semua itu .. Lelaki ? Ada .. tapi tak ramai ..
Aku dah rasa macam kat toilet shopping mall yang berbayar je rasanya.. Sua je tangan . terus keluar sabun .. Tapi bukan semua la ada .. Yang 50 sen ada kot .. Tak pon yang tandas kat RnR , baru boleh jumpa yang masuk tandas free siap ada sabun .. hehe ..
Ni wife aku beli .. Beria nak beli yang ni.. Aku ingatkan apa la sangat .. Rupanya ada sensor ni haaa .. Waduh .. Tak pasal pasal aku rajin basuh tangan walaupun tak g tandas .. Sua tangan je , sabun keluar.. Sua je tangan , dia pon kuar la lagi tanpa perlu isi borang dah .. Jadi , takde la nak sentuh botol tu dh kn ? Haa .. kan kan ?
Bateri ? Ala , bateri 3 A tu jee.. tak la mahal mana pon.. Yang penting , kebersihan tu terjamin terutama bila nak pegang baby .. Tuu , ayaah yg baru keluar tandas atau lepas merokok tu .. basuh tangan dulu baru pegang anak .. Iskhh ..
Boleh di dapati di kedai kedai berhampiran. Brand Dettol yer .. Lain brand aku tak sure.. Jangan gatal gi cari Ayam brand lak ..
vs
Kontroversi lebih .. Berlakon tak setara mana pon .. Pertaruhkan muka , tapi sampai bila ? Setiap hari ramai je baby comel dilahirkan .. Dan ramai je meninggal dunia ..
Gaduh sana sini .. Saman sana sini .. Mengata sana sini .. Apa kes ? Pendidikan ada .. kelayakkan ada. Kalau susah sangat nak hidup dengan cara gini , cari je keje .. Tak pon , jadi je blogger .. Ada rupa , cepat je meletop ..
Ini , wat pening kepala je.. Orang ni mengata ni , orang tu mengata tu .. Kalau dah pegang Academy Awards tu , lain la gak .. Ni , masuk angin keluar asap..
Tengok la senior korang sebagai contoh dah laaa .. Kawan kawan tamo lawan laa..
Cantik giler kan TOYOTA 86 ni .. Aku tgk td kt Alamanda ..Bagi yang tak tau , yang klasik punya , gambar kt bawah ni ..
Toyota AE86 .. Bagi peminat sukan drift , kereta ni pasti mereka tau sangat laa kan ?
Tapi kan , kat Malaysia ni kan .. ada sedikit pelik laa .. Kereta yang harga beratus ribu ni , biasa beli tanpa ada lampu isyarat kereta tu ke ? Bukan apa , susah benar laa nak tengok pemandu kereta gini nak bagi signal .. Ke saja nak tunjuk power kot ?
Bagi je la signal .. Kang eksiden , satu sen pon tak guna.. Elok elok kereta tu cantik , terus dah serupa steamroll .. lagi tak berbaloi !
Susah sngat orang Malaysia ni .. Makin kaya , makin pelik .. Makin berpelajaran , makin .. hurm… korang tau la jawapan dia ..
Sewaktu aku balik dari jogging tadi , terpandang jiran aku ni .. Baru je pindah area ni . Lom sempat berkenalan lagi .. Dalam kereta tu , aku ternampak ada 4 orang anak lelakinya siap berserban gitu .. haa .. Ni mesti g sekolah arab ni ..
Hurm .. Kalau ikutkan latarbelakang pendidikan , wife aku serta adik beradiknya , mmg bersekolah arab .. Aku , sekolah London jer .. Jauh la beza tu .. Sebab tu kalau bab ‘ bermain’ ni aku lebih arif dari wife yang ulat buku tu .. hehe ..
Jadi Qhaliff camana lak eh ? Hari tu, dalam lrt kan .. ada satu keluarga ni .. Sebangsa aku la.. Anak lelakinya , aku rasa paling tidak pon dalam umur 6-7 tahun kot .. Mulut dia , membebel je asik membaca papan iklan yang ada dalam lrt tu .. Teringat aku dulu dulu yang gemar baca papan iklan utk tajamkan skll pembacaan aku .. hehe..
Bila dia berbicara dengan orang tua dia , dia cakap London gitu .. Wah , ni mesti sekolah London dah ni.. Cuma , loghatnya buat aku nak tergelak.. Kenapa ? Dari situ aku leh tau sapa yang ajar dia dah .. Hehehe ..
Sama kes dengan anak buah aku yang dihantar ke sekolah cina .. Boleh dah bertutur dalam bahasa Mandarin .. Tapi tak la dia dok saja saja bercakap .. Pemalu gak tu .. Tapi kan , ada satu masalah dia.. hahahaha .. dia tak leh sebut ‘R’ .. hahaha .. Tau kenapa kan ? Haaa..RUMAH jadi LUMAH .. KERETA jadi KELETE .. haaa .. Faham faham la kan ?
Kesimpulannya mudah .. Belajar mana mana pon ok untuk peringkat permulaan cuma antara yg ajar tu , profesional ataupon main sauk je sapa sapa yang boleh mengajar .. Pasti memberi kesan pada anak kita ..
Qhaliff ? Franco ? Latino ? Klate je ler ..
Nasib baik aku tak follow EURO 2012 .. Kalau tak , nak bangun pagi confirm meliattt punyaa .. Ni pon meliat je memanjang .. camana tu ? Kena paksa diri g berlari ..
Syiokk wooo berlari lari .. Tapi terasa sejak kurang ke gym ni , ada berat sedikit bila nak speeding .. Tak kisah laaa.. aku bukan nak masuk miss world pon .. janji perut tak membukit , dan paling penting , kesihatan ..
Sayangnya , masa aku berlari tadi aku terasa cam sesak nafas sedikit.. tak boleh sangat nak sedut udara walaupun ketika ni cuaca teramatlah nyamannya .. Hurmm ..
Baru jam 730 pagi .. Ohh , hari ni hari Khamis .. Orang kerja.. Patut kereta n motor banyak .. Time orang g keje .. Huhuh.. Asap bersepah sepah kat udara tu haaa .. Kalau hujung minggu , terasa cam kat London je cuaca .. Eceh , macam pernah sampai .. lalala ..
Nasib baik la ada banyak pokok kat Putrajaya ni .. Walaupun masih berbahang , tapi pokok pokok ni laa membantu mengurangkan bahang tersebut , dengan izin Allah ..
Alhamdulillah .. selesai bersenam pagi ni .. update skit pastu , nak tidur dalam 10-15 minit .. relekskan minda dan , buat kerja pastuuu .. Weee…
Nasib wife ada .. leh usha Qhaliff .. hehe ..
Sian Qhaliff .. Dalam kereta , tidur atas lengan mak dia jer .. Mak dia pon kesian gak .. Nak menahan tu , confirm sakit belakang .. Jangan ingat mudah okeh !
Beli car seat .. Hurm .. mmg nak beli , tapi Qhaliff nak duduk ke ? Stroller yang ada skang ni pon dia tak nak duduk ,apatah lagi car seat. Kang beli membazir jer .. Harga menda tu , bukan takat harga cekedis .. Mahal siot ..
Jadi , wife cadangkan pinjam je dari adik dia .. Guna Ammar punya .. Kenal Ammar kan ? Haa.. kalau sapa ikut blog aku dari mula , mesti kenal Ammar punya… Kalau nak kenal , google je dlm blog ni , AMMAR .. mesti jumpa banyak cerita pasal dia.. Best best punya .. hehe ..
Jadi , tadi g ke Sungai Buloh tu , atas niat nak ziarah mereka dan nak pinjam car seat ni haa .. Kot kalau sesuai , leh la beli satu nanti .. Kalau tak ?? Haaa ..
Skang ni , kena berjimat cermat . Antara sebab , rumah baru tu nak kena byk renovate .. Kalau nak selesa , mmg kena keluar duit la.. Kalau setakat nak biasa pon ok jer .. takde masalah cuma apa salahnya renovate sedikit agar nampak lebih menarik terutama mata sendiri yang memandang kan ? Yelah , kata Mr.Mama .. nak duduk rumah , kena la ada ‘penyerinya’ kan ?
Bila dalam situasi begini , baru teringat kata orang tua aku .. Simpan duit .. Simpan duit .. Nanti nak beli rumh , senang dah .. Takyah berhutang banyak .. Dan sekarang , baru terasa kebenaranya. Tu laa .. kita ni , baru bermisai jarang , dh berlagak punya pengalaman hidup .. Adeh ..
Alhamdulillah .. baru sampai rumah .. Tadi aku ngan keluarga aku g Sungai Buloh , umah adik wife aku .. hurm .. Sejak wife mengandung dan Qhaliff muncul , aku jarang buat live blogging kecuali kalau aku keluar buat tugasan luar .. Kalau tak , mesti aku dah update sewaktu atas kereta lagi .. hehe ..
Kat sana , aku borak sakan dengan suami adik ipar aku tu .. Maklumlah , lama tak jumpa. Orangnya pon , mmg peramah dan macam macam cerita ada .. Maklumlah cikgu .. Hehe ..
Ada dia cerita kat aku tadi.. Semalam dia g ke stesen minyak berhampiran untuk keluarkan duit di mesin atm .. Selepas tu , dia pon gerak balik ke rumah .. Dalam perjalanan , dia perasan ada sebuah kereta dok ikut dari jarak dekat . Dia mula main belasah jalan sana sini untuk pastikan apakah benar kereta tu mengekorinya ?
Ternyata kereta tu ikut dia ! Dia pusing sana sini dan kereta tu tetap ikut. Akhirnya dia ternampak balai polis dan terus memandu keretanya ke arah balai lalu berhenti di tepi balai tersebut .. Kereta yang ekori dia tadi , terus berlalu .. Takut la tuuuu ..
Awas kawan kawan .. Walaupun kita berteman ,adalah lebih baik berhati hati. Penjenayah sekarang tak kenal jantina dah .. Semua dia main sapu asalkan dia dapat apa dia nak .. Dia tak dpat lagi api neraka kot .. tu dia dok buat jenayah tanpa kisah penderitaan orang .. Grrr
Bapa pegang baby dan di tangannya ada rokok .. Apa pendapat korang ? Tak sesuai eh ? Penting diri sendiri ? Ego ? Tidak bermoral ? Hurmm .. Nak lagi best , baru nampak macho kan ? Haa ..
Yup .. Aku bukan sengaja nak cipta isu. Dan jangan risau la , takkan sehangat isu artis pon cuma harap dapat la buka minda mak ayah yang kurang amik berat mengenai paru paru anak atau orang di sekeliling mereka ..
Ianya berlaku dan aku hanya mampu geleng kepala .. Walaupun asap rokok tu tak dihala ke anaknya , tapi ianya tetap tidak sesuai langsung .. Kesian kat si kecil tu ..
Entah la .. aku kadang kadang pelik dengan sikap perokok ni walaupun bukan semua la yang teruk .. Bila dah nak merokok tu , tak kisah dah langsung kiri kanan manusia . Janji dapat kasi bakar paru paru tu pon dah kira cukup legaaaa ..
Aku , semalam .. sewaktu nak g gym , ada satu mamat merokok dan terus lepaskan asap rokok yang bau busuk giler tu dengan selamba .. Kebetulan aku lalu depan dia dan asap tu betul betul depan aku.. Aku elak cam elak peluru ala ala The Matrix tu haaa.. Dan terus aku geleng kepala depan dia.. Teruk kan ?
Aku ada satu cadangan … Buat mereka yang merokok tu , apa kata telan je asap tu dan sekali ngan abu rokok .. Baru macho kan ?
Kalau tak buat , jangan terasa eh …
Kan cantik lagi menawan .. Alhamdulillah .. Tahniah buat pelakon yang pernah popular menerusi siri Dunia Anita dan Trilogi Cinta ini kerana berhijrah ke arah hidup yang lebih dituntut Islam , dengan mengenakan hijab selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu.
"Saya tiada apa-apa alasan kenapa saya mengambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang daripada hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke 30 pada 9 Jun lalu.
"Insya-Allah, imej ini akan kekal selamanya kerana ia adalah satu perkara yang dituntut oleh agama," ujarnya kepada mStar Online .
Dan menariknya , dia ada mendapat tawaran berlakon dari sebuah produksi sebagai watak utama untuk siaran TV3 baru-baru ini namun terpaksa menolak kerana pengarah mahu dia membuka tudung.
"Saya boleh terima kerana ia watak utama dan akan ditayangkan di TV3 tetapi terpaksa menolak kerana saya mengenakan hijab bukan suka-suka. Tidak mengapa kerana ia bukan rezeki saya buat masa ini," katanya.
Harapnya selepas ini lebih ramai selebriti berhijrah ke cara hidup yang dituntut oleh agama Islam .. InsyaAllah ..
Mula mula masa wife cadangkan aku untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan pemeriksaan kesuburan , aku amatlah malas.. Aku spesis malas jumpa doktor .. Nak tunggu tuuu tu yang buat malas bebenor ..
Tapi mengenangkan wife asyik bermuram durja jer , aku pon ok je laa .. Letih nak tengok mula welfare dia setiap malam dan kesayun dia bila bercerita mengenai teman teman yang dah dpt baby ..
Pada mulanya dia sangka aku tak nak kerana ego atau takut akulah puncanya .. Mana tau aku tak subur kan ? Tapi bukan itu alasan aku.. Aku yang ada darah tinggi ni pon malas nak dptkan rawatan kecuali nak MC je baru aku g jumpa doktor ..
Dan bila dah check , punca bukan dari aku atau dia . Cuma masalah kecil dan berjaya diatasi dengan sedikit pembedahan ke atas isteri .. Syukur , alhamdulillah segalanya selamat dan muncullah Qhaliff..
Ada aku dengar cerita dari rakan yang mana , suami mereka tak nak pergi jumpa doktor. Beria diorang taknak .. Alasan mereka , mereka takda masalah jadi tak perlu pergi. Akhirnya , si isteri laa jadi mangsa. Merekalah yang berusaha pergi berurut , g mandi bunga laa .. atau nak lagi best , ada siap ke Bali atau Tasik Dayang Bunting untuk ‘ambik berkat’ !! Haishhh .. sampai gitu sekali ..
Perlukah ego lelaki sampai ke tahap ini ?? Kalau ada masalah sekali pon, ubatilah .. sama sama susah senang. Andai si isteri meletakkan punca tkde zuriat kerana si suami mandul , berbincanglah secara baik atau jumpa pakar .. Zaman ni , segala tiada mustahil lagi.. Lelaki pon dah bizi nak mengandung walaupun itu dah mengarut la sangat !
Tak perlu ego laa .. Usaha tangga kejayaan. Secara tidak langsng , kasih sayang bertambah erat bila masing masing tolong menolong dan saling berbincang mencari penyelesaian masalah ..
Dalam sedar tak sedar , aku dan kawan kawan pembaca dah 2 bulan ikuti perkembangan Qhaliff .. Sekejap je masa berlalu kan ?

Sewaktu beberapa bulan kandungan .. Pp pon nampak dah tembam n dagunya .. huhu..
Sejam pertama selepas dilahirkan ..
Beberapa jam kemudian ..
Selepas beberapa hari …
Beberapa hari laaagiii selepas hari hari tuu ..
Sebulan lepas ..
Dan semalam ..
Satu kenangan yang tak dapat digambarkan dapat lihat anak pertama dari dalam perut hinggalah dh muka cakar muka ayah dia sendiri ..
Alhamdulillah .. syukur pada Allah atas rezeki yang tak terhingga ini. Hampir 4 tahun tunggu kelahiran pertama ni . Dan kelahirannya , membawa keceriaan pada semua orang .. bukan kitorang jer.. Mereka yang baca ni pon senyum je bila tengok gambar dia yang .. hurm.. nakal tuuu ..
Anak bapakk ..
Takde duit tapi berjudi ! Nak tambah pendapatan tapi dengan berjudi ! Dapat gaji , pastu g berjudi untuk gandakan .. G cari hantu , pastu mintak nombor !
Haihh .. Kalau yang lakukan ni bukan orang Islam , tak pe la gak . Tapi setahu aku , agama lain pon melarang penganutnya berjudi. Tapi kenapa ramai yang pilih jalan camni eh ?
Di Harian Metro pagi ni ,
“Semuanya bermula selepas saya ketagih bermain mesin judi di kafe siber pertengahan tahun lalu. Awalnya, saya menang beberapa kali, tetapi selepas itu tak ada ‘tuah’ menyebabkan saya mengeluarkan wang simpanan. “
Dan akhirnya dia ditipu oleh kenalannya yang bergelar Haji ! Camana tu ? Yang berjudi ni lak bukanlah budak baru cerai susu tapi bekas tentera .. Haaaihhh …
Kadang-kadang aku mmg nak pertikaikan ketelusan bab penguatkuasaan ni terutama melibatkan mesin judi .. Yelah , ada satu tempat ni , balai polis bergerak ada kat situ dan menariknya tak sampai beberapa langkah , ada cyber cafe yang ada mesin judi .. Serius , mmg ramai dok keluar masuk ‘berjual beli saham dunia dan akhirat ‘ kat situ ..
Dan , ramai gak la kawan aku terlibat sama nak kaya dengan cepat tapi garu kepala selepas tu terutama bila dpat gaji .. Bila menang , happy giler tapi terlupa berapa banyak sebenarnya mereka dah rugi ..
Biarlah sedikit , asalkan berkat ..
Semalam , sewaktu aku dalam perjalanan ke rumah orang tua aku untuk ziarah mereka , aku terima satu sms dari rakan aku .. Sms yang amat menyedihkan .. Kenalan kitorang yang juga satu opis telah kehilangan anaknya sewaktu melahirkannya.
Dari cara sms tu aku dpt rasa ada sesuatu yang tak kena sewaktu kelahiran anak kawan tersebut. Aku balas kembali sms tu dan tanya puncanya.
‘Over due dan bayi mengalami komplikasi selepas itu .. ‘
Mengeluh panjang aku selepas membacanya .. Kejadian tu mengingatkan aku pada kes anak buah aku yang pertama … Aku tak nak tuding jari pada mana mana pihak sbb ini dah melibatkan bidang perubatan dan aku tidak punya ilmu mengenainya. Kang salah cakap , jadi isu lak ..
Takde rezeki lagi .. Itu yang boleh aku kata … InsyaAllah , Allah Maha Mengetahui .. Kita kena terima seadanya ..
Dan buat kawan aku tu , andai terbaca entri ni .. Bersabarlah .. Dan banyakkan berdoa .. Minta yang terbaik dariNya. Semua ni ujian dari Allah .. Mungkin rezeki kita buat masa ini , di sebelah lain. Kita tak tau dan tak nampak lagi ..
Takziah buat dia serta keluarganya .. Al-Fatihah ..
Buat mereka yang sedang mengandung dan bakal bersalin utk kali pertama , pastikan dapatkan hospital yang bagus dan cekap. Itu je la aku boleh nasihat .. Kang lelebih , susah lak kan ? Geram pon ada ni ..
Terima kasih laaaa pada yang sudi klik LIKE tempoh hari .. Beria laa aku memaksa kawan kawan klik LIKE ..
Dan hadiah tu pon , insyaAllah aku berikan pada kawan blogger yang akan melangsungkan perkahwinannya pada hujung tahun ni sebagai salah satu hantarannya.. Dan aku akan kata pada dia , hadiah tu dari rakan rakan blogger dan juga teman FACEBOOK aku ..
Terima kasih sekali lagi pada korang semua ! Anda terbaekk !!
