BEN ASHAARI



 

IMG-20120710-WA0002IMG-20120710-WA0001

Bertolak kul 7 pagi .. Sampai rumah mertua di Kelantan , hampir 3 petang . Banyak pit stop termasuk Qhaliff BAB ( buang air besar ) ! .. Alhamdulillah .. lega sebenarnya kalau tengok Qhaliff BAB ni .. Maklumlah , dia 4-5 hari gak baru sekali jalan .. Dia bf ..

Dalam kereta , tak banyak karenah .. Tidur dan menyusu jer .. kira nak layan game tu , tak leh la lagi kan ? hehehe .. Kang dia mintak , aku lak pengsan . huhu ..

Bila dah sampai , dia tamo tidur sampai ke malam . Kalau tidur pon , jap jap je .. Masa dukung je la ok .. Kalau tak dukung , letak atas tilam .. masak laaa !

Apakah dia jet lag ? Maklumlah ni kali kedua dia jalan jauh .. Kali pertama , masa g Johor tu .. Bezanya ni , mmg jauh benar ni .. hehe ..

Esok .. nak ke Kuala Terengganu lak .. 3 hari kat sana .. huhu .. Aku kena jaga dia .. Honeymoon ? Takde maknanyaaa … Pastu  baru balik Kelantan semula … Minggu depan , Melaka lak .. huhu …

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Semalam , mak mertua aku pelawa makan pulut durian .. Aku tak ingat aku pernah makan atau tak pulut durian ni … sebab aku spesis buaya .. asal bergerak depan mata , aku ngap .. sedap tak sedap , belakang kira ..

Kemudian dia hidangkan .. Aku tak tau nak amik atau nak wat camana .. Dia suruh aku campurkan dengan sedikit santan ( dah bercampur air suam ) , gula merah skit , kemudian amik durian seberapa banyak yang kita mahu .. Jangan lupa tinggalkan kat orang belakang skit yer ..

Dan gaulkan .. Perghhhhhhhhhhhhhhh … 3 kali aku tambah !!

P1270803

Sebenarnya pulut durian ni takde bezanya dengan nasi durian yang biasa mak aku buat bila durian berlebihan kat rumah. Bila dia buat seperiuk , maka seperiuk laaa aku makan .. Kira pakat berebut laa ngan mak sendiri ! Hahahahha … Menariknya , kira makan sejuk sejuk pon lazat ok !! Huhuhu ..

Cara nak buat nasi durian ni , aku dah bagitau kat Mat Gebu . Memula dia hairan gak sbb tak biasa dengar .. hehehe .. Tapi bila dah try test .. hehehe .. Nak tau resepi nasi durian ni ? Buat masa berbuka puasa nanti pon sodapp woo .. Klik SINI ..

Selamat menjamu selera . Jangan tidur lak lepas makan .. hehe .. boyoi nanti .. cam aku .. hahahah .. Abiss laaa. .

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

Yang ni ‘ gila berani ‘ !

 

Ni ‘ gila ‘ publisti ..

 

image

Ni ‘gila’ apa , tak dapat dipastikan lagi ..

 

Macam macam ‘gila’ melibatkan blogger , ada atas dunia ini ..  ‘Gila’ bergambar ..  ‘Gila’ glamer .. Aku pon ‘gila’ gak satu tika dulu .. Gila update blog ! Hahaha .. skang dah kurang sbb ‘gila’ jaga anak !

Jangan gila aka tak waras , dah la yer .. Bahayaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Sampai kat Kuala Lipis tadi , aku terperasan satu sekolah ni sedang mengadakan sukan sekolah . Ramai budak dengan baju sukan berwarna sedang bergembira di tepi padang sekolah . Tersenyum je aku lihat .. Terimbas kembali aku saat saat di sekolah dulu ..

Seingat aku , mak bapak aku tak pernah hadir ke sekolah waktu sukan sekolah . Aku tak kasi . Aku tak nak mereka berjemur di bawah panas mentari . Lagi pon , aku tak amik apa acara masa tu kecuali bila dah darjah 6 . Tu pon gara gara cikgu paksa sbb aku wakil sekolah untuk sukan bolasepak. Jadi , mesti boleh lari pecut punya kan ?  Tapi tetap tak kasi diorang datang !

Sekarang ni , aku dah faham .. Ibu bapa yang hadir tu , bukan semata mata datang utk melihat anak mereka menang dalam acara yang disertai anak anak mereka sebaliknya macam tak percaya yang anak mereka sudah besar dan mampu berlari dengan pantas atau sudah ‘bermasyarakat’ .. Petah berbicara dan juga bijak.. Satu perubahan serta perkembangan yang mereka tak sedar berlalu begitu pantas .

Itulah yang aku rasa bila lihat Qhaliff skang ni .. 3 bulan yang berlalu berasakan begitu sekejap sangat .. Sehari demi sehari aku lalui bersama Qhaliff .. Dari ibunya mengandungkannya .. pelbagai karenah yang ditempuhi bersama .. Melahirkankanya .. Sakit .. Berpantang.. Ke hulu ke hilir aku dibuatnya .. Segalanya dah berlalu .. Sekarang , masa membesarkan Qhaliff ..

Alhamdulillah .. syukur pada Allah kerana panjangkan umur aku untuk melihat segala keindahahan ciptaanMu ..

Patutlah mak bapak aku gembira bila anak anak mereka balik ke rumah .. Walaupun penat , diorang tetap melayan . Sapa sangka , anak anak kecik mereka yang selalu mereka perambat dengan tali pinggang , dah berkeluarga dan punya waris masing masing ..

Huhu.. pantas benar masa berlalu ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Mengantuk giler !! Wife duduk kat belakang ngan Qhaliff . Aku keseorangan di depan . Radio lak , jap ada jap takde .. Nak pasang cd , player lak dah rosak . Huhu.. Nak tukar set baru , malas lak .. heehhe .. Duit semua tuuu .. Berjimat skang ni .. Banyak benda lagi penting nak diutamakan ..

Bertolak dari KL selepas subuh , keadaan mendung saja .. Sejuk gitu .. Bila dah masuk Kuala Lipis , cuaca semakin hangat .. Aku mula menguap . Berbekalkan Red Bulls 3 tin , tak dapat menghalang mulut aku dari dok menganga ..

Berenti dan tukar driver 2-3 kali. Aku sempat rehat dan lelap dalam 20 minit gitu .. Pastu kembali drive sbb Qhaliff menjerit .. heehe .. Ok la tu .. Tapi tak lama kemudian mengantuk semula .. huhu ..

Terus terang , ada la 3-4 kali terlelap .. Betul puas paksa mata ni haaa .. Akhirnya wife bagi burger Mcdonalds .. Hahaha .. Cerah terus mata dan kembali memecut hingga sampai rumah mak mertua ..

Alhamdulillah .. Perangai gini jgn dibuat .. Memang aku berenti bila mengantuk.. Tidur jap tapi bila kat tempat tempat tak boleh berenti , camana nak berenti kan ? Haaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Waaa .. Sewaktu dalam perjalanan ke Kelantan tadi , ternampak papan tanda ni haa … Lebuhraya Rakyat ! Lebuhraya yang sedang dibina tanpa tol berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan  …

Wife bagitau aku . Nak join derma sekali . Aku ok kan ajer .. Benda baik, apa salahnya kan ? Lagi pon aku sendiri akan guna .. Untuk kegunaan gak kan ? Orang kata , saham akhirat .. Kita nak bina sebuah masjid , tak mampu la kan .. heeheh ..

TG Nik Aziz menandatangani plak perasmian pembinaan Lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai ( HarakahDaily )

Semoga ianya dapat memberi manfaat pada penggunanya nanti .. InsyaAllah ..

Maaf , ni bukan artikal politik … Aku kan ulang alik Kelantan . Lagi cepat lagi bagus kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Rupa Qhaliff sebulan yang lalu … Kira ni last Tok Ma ( nenek ) dia tengok  sebelum balik Putrajaya ..

Terkini .. 3 bulan  entah berapa hari .. Malas nak kira .. Suka Tok Ma dia jumpa cucu dia ni haa .. Tapi tak larat nak dukung sangat .. hahaa.. Aku pon tak larat nak dukung sangat .. Huhuh .. Tapi tak pe .. Dukung selagi boleh .. Nanti dah dapat kaki , letih lak nak mengejar .. Aku kejar , ngan tali pinggang sekali haaa … Siapp ler …

Konon ! Silap silap manja ngan aku .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

Pelik .. Satuu .. Duaa... Tigaa .. Empatttt !! Biar betul ?? Setiap kereta yg selisih pasti bagi lampu besar kat aku .. Apakah pintu kereta aku tak rapat. ? Atau ada hantu atas bumbung kereta aku ???
Aku perlahankan kereta dgn tujuan nak periksa kereta aku . Tp hati terdetik gak mungkin bukan .. Hurmm ..
20 minit kemudian ..
"Cik , mintak lesen .. "
" Haa ?? .." Aku terpinga pinga ..
"Mintak lesen baru .. "
" Ooo.. dgr Mykad baru .. Jap eh .."
Skali JPJ daaa ... Nasib baik dah slow kan kereta .. hehe ..
Bila dah periksa lesen , diorg bg jalan .. Dan aku pulak bg lampu besar kat kereta bertentangan utk amaran .. hahaha .. Yang faham cam lori treler akan angkat tgn tanda terima kasih ..
Hahahaha .. adoiiyaii..

Published with Blogger-droid v2.0.6
Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

 

Merangkak pon belum boleh , tetiba jalan ? Menurut mak aku la kan , anak anak buah aku ramai yang tak merangkak.. Terus je bertatih .. kenapa ? Ni haaa .. Pakcik pakcik diorang ajar terus bertatih .. citer banyak takde punya .. huhu ..

Qhaliff , dari dalam perut mmg kuat menendang .. Kuat okeh ! Selalu gak aku kena tendang ngan dia terutama ketika dok siapkan dia .. Tu pasal aku nak test kaki dia .. Aku berdirikan dia , dan automatik kaki dia , dia luruskan .. boleh berdiri ! Tapi kemudian dia lembikkan balik .. Hahahhaa .. nak suruh dukung memanjang la tuuu .. Sedap benar dok peluk daddy ehhhhh ..

Rasanya nak skip merangkak .. Apa pendapat anda yang punya pengalaman dalam bidang  ni haa .. Hehe .. Terima kasih ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

IMAG1988-1-1-1

Kebelakangan ni , aku ajar dia meniarap ..  Nak kasi dia kuatkan leher dia skit .. Kalau tak , dia suka kasi lembik je leher dia tu ..  Tapi tak lama pon .. Dalam 3-4 minit jer atau sampai dia berbunyi tak selesa .. hehe ..

 

IKLAN

Anak anda kurang membaca Al Quran?

Anak anda belum menguasai Al Quran?

Anak anda bosan & jemu bila disuruh baca Al Quran?

Jangan risau lagi! Kini MY FISRT AL QURAN FOR KIDS InsyaAllah mampu mendekatkan diri hati anak anda dengan Al Quran!
HUBUNGI
Ummah Sentral sekarang untuk order!!

Website : http://ummahsentral.com/

Facebook : https://www.facebook.com/UmmahSentral

 

 

Antara tips yg aku dengar orang tua tua cakap , gosokkan kat belakang leher dia dan baca selawat .. Ada sedikit doa gak tapi aku tak hafal .. hehe ..

Korang ada  tips atau petua lain nak kuatkan leher bayi ni ?

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Tak kisah dah apa saja yang berlaku disekeliling dia .. tapi kalau dok bercerita pasal dia, automatik mata dia terbukak .. huhu ..
Otw ke Kelantan .. Rindu dia kat Tok Ma dia .. Pastu esok ke Terengganu .. Jalan raya , clear jer ... Bawak slow je laa ..
Doakan kami selamat pergi dan balik yer .. Terima kasih ..

Published with Blogger-droid v2.0.6
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Nangis diaa sbb baju dia ketat .. Ni pertama kali dia pakai baju dia ni.. Memang size untuk 3 bulan .. tapi tak muat .. Tengok la kaki tuuu .. Ke mmg style baju budak ni gitu ? Ala ala KeyPOP ..

Tapi mmg bnyak dah baju dia tak muat .. Singkat singkat dah .. Huhu.. Cepat benar masa berlalu .. Silap silap , dia lagi besar dari aku nanti ..

Sukan apa eh sesuai ngan dia ? Hehehe .. Tamo ragbi .. hehe .. Tak pe , mana mana pon ok .. asalkan bersukan ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

“ PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. – UTUSAN “

 

Maklumat pertama aku dapat  dari rakan WhatsApp .. Kemudian dia bagi link dan membawa aku ke artikal berita kat atas tu haa .. Teringat wife yg sedang meeting di JPM ..

 

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/603376_3881159720247_2074821564_n.jpg

Sumber gambar : Sini

 

Sepasang suami isteri mengamuk di JPM

Sumber gambar : Cari Malay Forum

Sms dari wife aku ..

“ Ader kes tembak menembak kat JPM .. Semua orang  nak masuk JPM xblh .. katanya ada orang mengamuk .. takutnya .. x tau blh keluar ker x .. dahla kereta parking kat luar .. “.

Hurmm … Semoga Allah lindungi semua orang di sana  ..

Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

 

IMAG1959IMAG1971IMAG1965

IMAG1964IMAG1982IMAG1957

Camana aku nak update blog kalau Qhaliff goda aku cam ni ?? Adoiyaii ..  Ok ok .. jom sambung main , Qhaliff …

Share
Tweet
Pin
Share
32 comments

 

Seperkara yang aku belajar dalam dunia blog ni ialah BERHATI HATI .. Mula berblog dulu bila aku kena tegur , aku jadi cam ‘hangin’ dan terasa lalu mulalah membalasnya dengan sindiran ..  Sungguh tidak profesional kan ? Memang pon.. Amatur lagi aku masa tu .. Skang pon amatur tapi terbuka la sedikit berbanding dulu ..

Namun segala teguran itu adalah untuk membina ‘kerjaya’ aku sekarang ni .. Aku semakin faham kenapa aku ditegur . Segalanya adalah utk kebaikan aku sendiri. Cuma teguran yang bersifat positif je aku layan . Yang dok mencaci maki tak tentu hala tu , aku tak amik pot.. Cukup biar dia je dpt dosa . Aku tak larat nak kumpul dosa dah ..

Ada blog yang tak amik kisah mengenai komen komen ni . Lantak korang laaa nak bergaduh dlm tu .. nak caci maki ke .. nak tunggang langgang ke .. Janji trafik masuk dan dia masyuk ! Teringat kata kata otai dunia blog ni , dia tapis segala komen adalah untuk kesenangan dua dua pihak di dunia dan akhirat. Tak nak berdosa..

Itu yang aku lakukan .. Bukan apa kadang kadang kita tak tau , entri entri kita ni orang lain baca .. Budak sekolah , orang tua malah ada yang berkait dengan subjek yang kita tulis tu , pon baca ! Contoh , dlm entri aku terbaru mengenai bayi tersedak susu .. Hurm.. sian bila aku imbas kembali .. Oh , sambung .. Si ayah datang ke blog dan komen mengenai entri aku . Nasib baik la aku tulis yang elok elok serta rakan pembaca komen yang ok .. Kalau tak ? Bukankah akan menguris hatinya yg sedang sedih tu .. Hurmmm ..  ( rujuk entri  Bayi seusia Qhaliff meninggal tersedak susu )

Jangan lupa yer .. Selagi penulisan kita di dlm dunia maya ni kekal , selagi itu saham ada .. Ini termasuk juga komen komen ..

Wallahualam ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

IMAG1931-1

Kul 8 pagi ..

IMAG1932

Kul 10.50 pagi ..  Masih tak jaga jaga .. Gerak tu ada laa .. Tak gerak , confirm aku panik kan ? Susu dah standby.. Dah dipanaskan . Tunggu aku nak minum jer ni kalau Qhaliff tak nak !! Haaa ..

Kul 11 pagi , tak bangun gak .. aku gegar !! Aku tidur pon dah 4-5 kali bangun risau dia jaga .. Dia sedapp jer .. Ni mesti sbb cuaca mendung punya hal.. Sejuk jeee ..

Tak penah lagi dia wat rekod tidur gini haaa .. Ni mesti penat sangaat kena dera ngan aku smlm .. Aku suruh dia basuh pinggan ngan cari kayu api .. hehe ..

Korang kat opis tak ngantuk ke ? Best tdur ni .. hahaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

image

IMAG2505

Nampak tak ? Tak ? Ok .. sat  aku rotate ..

IMAG2505

Hahahaha … nampak dah ? Dagu awal awal lagi dah nampak pembentukannya .. Begitu juga  mata .. Subhanallah ..

Betullah kata mereka .. Mmg rindu saat saat Qhaliff menendang dalam perut terutama bila kelaparan . Skang ni pon sama .. ditambah bila terlalu mengantuk . Dia punya jerit , hurmmm ..

 

IKLAN

Anak anda kurang membaca Al Quran?

Anak anda belum menguasai Al Quran?

Anak anda bosan & jemu bila disuruh baca Al Quran?

Jangan risau lagi! Kini MY FISRT AL QURAN FOR KIDS InsyaAllah mampu mendekatkan diri hati anak anda dengan Al Quran!
HUBUNGI Ummah Sentral sekarang untuk order!!

Website : http://ummahsentral.com/

Facebook : https://www.facebook.com/UmmahSentral

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Semalam , aku pasang dah car seat yang aku beli ari tu kat Alamanda Putrajaya sbb nak gunakan bila ke Kelantan atau jalan jauh nanti .. Harga , mmg boleh tahan laa .. Boleh tahan tu , bkn murah ok ! Tapi memandangkan yang nak guna tu , maka jangan la kedekut yer .. Ni semua untuk keselamatan jugak .

Masa test , suka benar dia .. Waah .. Dan bila sampai masa , dia punya huwaaa serupa macam nak antar dia g masuk sekolah asrama laakk !! Tak hengat punya jerit !!

Hurmm .. Camana eh ? Lusa nak gerak dah .. Nak tak nak , kena ajar gak .. Keselamatan wooo .. Nak pegang , bukan sejam dua punya perjalanan .. Kalau nak letak tilam , mmg bahaya ..

Tapi kan , kalau aku pon aku teriak ! Mana taknya , kena pasang mengadap kerusi .. Tak nampak dunia laaa .. Takkan sepanjang perjalanan nak tidur je kan ? Hhehe .. Tapi budak , nak tengok apa kan ? Sapa kata budak tak pandai tengok ? Haaa .. Pandai wooo .. Kita je tak sedar .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Alhamdulillah .. Minggu pertama dah berlalu dengn ok .. Walaupun pada awalnya aku agak kelam kabut , tapi disebabkan sokongan serta ‘bantuan dari wife dan juga rakan rakan pembaca , aku berjaya harunginya dengan , ok ok gitu .. Nak kata perfect tu , bohong sungguh laa .. Tapi aku semakin memahami ragam anak laki aku sorang ni .. manja terlebih !

Minggu ni , lain sedikit cabarannya .. Wife kena outstation .. Nasib baik aku ngan Qhaliff leh ikut .. Kalau tak ? Ada yang menangis.. Samada aku atau wife aku .. hahaha .. kenapa ? Faham faham je laaa ..

Dan , aku dah tak bersenam dengan betul dah skang ni .. Masih kelam kabut dengan jadual hidup.. InsyaAllah , aku akan perbetulkan terutama menjelang Ramadhan ni .. Yelah  , dah puasa .. senang sikit nak bakar lemak tu pada waktu petang sebelum berbuka .. hehe ..

Oh ya .. ke mana kitorang ? Hehehe .. Tunggu je la entri entri mendatang .. hehe .. Psttt .. Qhaliff dok tidur tu.. Baru pas mandi dan menyusu .. Lega skit aku .. Tapi bila dia tidur , aku lak boring .. Bila dia jaga , dia lak boring .. hahaha .. Nak ajak main dam atau  chess , lambat lagi .. tapi nampak gaya , dia ni macam minat ngan htc aku jer !!!

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

 

Sinopsis ni aku amik dari Youtube yang mana ada bagi video Hoore Hoore penuh punya  .. hehe .. Tqqqq …

“ Filem ini mengisahkan seorang wanita Nurul Aiman(Farah Nazirah) yg mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, lurus bendul tapi berhati baik. Namun begitu, ciri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia(Adibah Noor), dan ayahnya bernama Hairil (Harun Salim Bachik) .Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah(Fauziah Nawawi) dan tinggal bersama mereka. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari (Akim AF7), seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu. “

 

Selepas aku terdengar sok sek sok sek mengatakan movie Hoore Hoore ni best sangat , aku tergerak hati nak tengok apatah lagi para pelakonnya ramai yang baru ..

Movie ni lama dah aku dengar orang kata bagus sayangnya promosinya tersangatlah lembab sekali .. Kenapa ? Aku pon tak tau .. Tapi begitulah di Malaysia ni .. Filem yang bagus , promosi kureng.. Yang tak bagus , serupa kasi promote macam bagus giler . Tapi bila tengok ? Hampeeh ..

Maka semalam aku pon layanlaaahh .. Baru 30 minit aku layan , aku berenti !  Kenapa ?? Hehehe .. Aku on laptop aku , aku g cari blog atau web yang ada video ni untuk aku download ! Jadi , faham faham je la eh .. Hehehe ..

Menghiburkan dan dalam pada masa sama punya sindiran sinis .. Baekk punyaa .. hahaha .. Tahniah buat penerbit dan pengarah serta para pelakon tetapi takziah kerana gagal capai  sasaran . Tapi tak mengapa , ianya menarik dan sesuai ditonton sepanjang zaman .. Tak de la macam filem filem tu haaa ..

Ada banyak lagi movie melayu yang free kat youtube tu haa tapi malas nak tengok .. Sbb banyak sangat yang nak tunjuk Malaysia ni ganas  .. Ganas sangatkah ? Yelah kot .. tapi pelik camana malaysia boleh dikatakan negara yang terselamat untuk diduduki sedangkan dalam movie kebelakangan ni , banyak benar keganasan .. Hehe ..

Tak tau .. tak tauu ..

Share
Tweet
Pin
Share
35 comments

 

Kalau dulu … aku sering gunakan PILIHAN tapi skang tak dah … Aku buat gini jer .. Mana mana yang follow aku di blog , yang siap ada ringkasan peribadi mengenai blogger tu , aku perkenalkan kat sini la .. Tanda terima kasih aku yang tak seberapa . Namun buat mereka yang FOLLOW secara rasmi tapi kerap singgah , juga jutaan terima kasih aku buat korang semua .. Korang tulang belakang blog aku ni haa .. hehe ..

Ok , citer banyak tamo .. jom kita tengok blog blog yang aku pilih hari ini ..

1. Simple, tak suka make up, even dress up..memang selekeh..haha..not stylo at all..lol :) so what?? this is me,, aku suka tlis and merapu je.,just keep it on..!

http://azsyana.blogspot.com

 

2. seorang surirumah,ibu kepada sepasang cahaya mata yg comel,isteri kepada hubbyku..sangat suka buat kek dan makan sekali,suka masak,juga jahit manik2.. suka mencuba resepi2 baru... ibu ada la sikit ilmu dan kelulusan dlm bidang pastri ni...

http://mummyncakes.blogspot.com/

 

3. KehidupanKu Penuh Dengan Cabaran Dan Dugaan. Thank You ALLAH. Aku Bersyukur Aku Redha.

http://asmarpunyablog.blogspot.com/

 

4, An ordinary woman, married with a good guy, have one charming good son.... live in Selangor state, from Kelantan.

http://chaoticinlife.blogspot.com/

 

5. No Matter What, I Just believe in Karma. What goes Around will comes around and What Going Up will going Down :)

http://mykeledek.com/

 

Cukuplah 5 malam ni .. Aku dah feneett sgt .. nak pengsan sat .. Huhuh .. Esok , kembali rutin seperti biasa .. Huhuh .. Qhaliff … jom tidurrr..

 

Terima kasih ..

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Soalan

“ Abg ben... nk mntak abg ben komen psal satu situasi ni.
"kolej kesihatan gov, melatih pelatih2nya, dengan gaya sekolah rendah, dengan denda rotan dan memendekkan cuti, walhal pelatihnya rata2 berusia 19 hingga 26 tahun. malah, ada antara pelatih telah mendirikan rumah tangga dan mereka dilayan seperti anak kecil yang tidak tahu apa2."
wht do u think? “

AQOO NOOR 

 

Pendapat aku

Hurmmm.. hurmmm .. Nak kata mana eh ? Tak patut ? Patut ? Ini kali pertama la aku dengar kes begini . Aku nak bagi pendapat pon susah sebab satu pihak je aku dengar dan juga aku tak punya pengalaman mengenainya … Jadi aku buat dua pendapat ..

Andai itu benar , yakni pelajar diajar seperti budak sekolah rendah seperti dengan denda dan rotan , itu mmg tak patutlah .. Maklumlah , mereka yang masuk sana tu dah sedia maklum tau apa tanggungjawab mereka dan juga tujuan mereka ke sana .

Tapi tak dinafikan memang ada yang ‘nakal’ atau ‘sedikit nakal’ dan ini akan mempengaruhi pelajar lain . Secara tidak langsung , tumpuan pelajar lain akan turut sama terganggu dengan sikap pelajar pelajar gini .. Jadi camana nak uruskan kes kes gini ? Denda ? Rotan ? Rotan tu tak patut laa .. Bukan budak ..

Denda tu dengan pemotongan markah , ok bagi aku tapi itu akan membuatkan pelajar akan terkandas dan seterusnya gagal dalam jurusan yang diambil .. Apa nak jadi dengan dia kelak ? Sebagai orang punya pengalaman , perlu fikir baik buruk mereka juga ..

Yelah , negara kita sendiri dah penuh dengan masalah sosial . Mereka ni bukan tak boleh dibimbing tetapi perlukan kesedaran . Bagi mereka sedar betap pentingnya ilmu yang ada di depan mata mereka .. Contoh kejam la kan .. Mereka yang gagal , akan duduk dalam bilik mayat ! Haaa .. Tu contoh laa .. Tak yah ikut la sangat .. hehe .. kang ada yang demam 4 tahun lak ..

Jika benar semua ini berlaku , pihak pengurusan kena bersikap profesional untuk mengendalikan pelajar pelajar ni .. Mereka berminat cuma mungkin ada yang membosankan mereka .. Maklumlah , manusia ni nama je makin dewasa tetapi pemikiran ada yang meningkat seiring dengan usia dan ada jugak tidak ..

Kesimpulan .. pelajar kena tau apa tanggungjawab mereka dan pihak pengurusan perlu lebih bersikap profesional . Sapa nak berjaya menjadi manusia , maka berusahalah .. Kalau tak , jaga bilik mayat pon ok per ?

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Segala tingkah laku aku perlu fikir berkali kali .. Takut ianya memberi kesan pada si kecil ..

IMAG1924

Hurmm .. Si kecil tak tau membezakan bahaya atau tidak walaupun mereka mampu mengesannya tanpa kita sedari .. Hurmm …

Rumah aku pinjam ni , rumah teres .. Memandangkan Putrajaya ni semakin dibangunkan , maka banyak la binatang binatang lari mencari tempat baru untuk berlindung .. Yup , aku tau ler sbb aku dulu dok rajin keluar masuk hutan belukar kat area rumah aku tu .. Jadi , takat ular atau binatang liar kecik tu , biassa la tengok .. Gajah , harimau tu takde laaa .. Nama pun hutan belukar .. Bukan hutan belantara .. eheh ..

Ke mana binatang binatang ni lari ? Ada yang mati kena langgar . Ada yang berjaya lari masuk longkang .. Dan ada yang berjaya masuk ke rumah orang ! Haaaa .. Tapi berjaya gak la di tangkap .. Tapi itu kalau perasan .. Kalau tak ?

Sumber gambar : Brahimnyior

 

Bila aku teringat menda menda gini , aku pastikan sliding door rumah aku ditutup ..Kalau aku nak duduk lepak situ je baru aku bukak .. huhuh ..

IMAG1928

Hurm.. Berhati hari tu lebih baik dari mencari mati .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Sekurang-kurangnya  , kita ada masa membaca di laman web ni haa .. Siap ada komputer atau telefon bimbit lagi utk baca blog aku ni haa .. Susah apa lagi ? Setiap masalah , ada jalan keluarnya. Mintak saja pada Allah .. rajin rajin berdoa ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Pelik ? Apa lak .. Tak mustahil kan ? Kalau tak , takkan berani diorang buat kan ? Haaa.. Cer fikir balik ?

Ada yang kata , kena hormat bulan Ramadhan ni .. Lepas Ramadhan , tak pe la kan ? Maka ada yang sokong kenyataan mereka .. Sekurang-kurangnya mereka hormat la gak kan ? Persoalannya , kalau orang tu beragama Islam , ok ke dia kata gitu ? Hehe . Jangan hairan . Wujud ok !

Aku bukanlah nak menuduh apa apa .. Orang orang camni , bila bila masa saja boleh terima hidayah dari Allah dan mereka boleh jadi lebih bagus dari kita .. Tapi kalau boleh , janganlah tunggu sampai .. Kita kena cari dan belajar .. Takut masa tak menunggu kita .. huhu ..

Semoga Allah terus berikan kita hidayahNya dan petunjuk buat sahabat sahabat kita ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Untitled

  • Boleh juga digunakan untuk diri sendiri untuk beramal ibadah.
  • Boleh dijadikan hantaran buat si calon isteri/ tunang
  • Boleh dihadiahkan buat anak gadis/anak teruna untuk belajar Al-Quran
  • Boleh dijadikan cenderamata buat sahabat handai
  • Boleh dijadikan hadiah buat anak-anak yang cemerlang

Nak tau dengan lebih lanjut ? Baca di Al-Quran Khas Untuk Wanita ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

 

Tak tau nak kata apa .. Biar je la gambar menceritakannya .. Tapi aku nak cerita gak , boleh ? hehehe … Qhaliff semakin menampakkan kematanganya ..  Kira skang ni takde nak teriak kat shopping mall sangat .. Mungkin sbb tips dari rakan pembaca yang byk mereka kongsikan bersama aku di blog ni .. Jutaan terima kasih .. Semoga Allah rahmati anda semua ..

Minggu depan , nak test guna car seat baru Qhaliff tu .. Beli tadi kat Alamanda . Harga ok ok la.. Boleh pakai lama skit .. Adik dia nanti pon leh guna gak .. Apa ?? Adik dia ?? Er , dah boleh ke ??

Tak bolehhhhhhhhhhhh !! 2 tahun orang kata .. Orang kataaa .. huhu .. Doktor kata apa ?  Mari kita tanya, apa kata doktor.. hehe ..

Masalah orang kita ni , ramai sangat doktor .. Ada doktor menokok tambah .. Tak kurang gak ada yang tolong mengurangkannya , kerana apa ? Sendiri mau ingat la yer ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Cari car seat utk Qhaliff .. Kalau dia dia duduk molek jer , maka beli utk dia terus .. Kalau nangis , cari yg lain ..
Dan , dia tak nangis pon malah tersengih lagi .. adoii.
Beli je laa .. Nak jalan jauh nanti , senang .. Keselamatan perlu diutamakan ..

Published with Blogger-droid v2.0.6
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Amik kaauu .. baru ada akai .. hahaha ..

Baru sampai dari Gombak .. Bermula dari Cheras ( tidur umah mak ) dan pagi tadi ke rumah kawan wife di Gombak .. Saja je ziarah menziarahi .. hehe ..

Kat sana , Qhaliff sangat berdisplin.. Cuma sesekali ada sedikit sombong dengan atuk nenek dia .. Mungkin dah mula kenal orang kot .. Tapi kalau dah mula bermain ngan dia , dia selesa dan senyuman mula terpamir dari wajahnya . Tapi jangan mak ayah dia , jgn tunjuk muka .. kalau nampak sure merengek ! Adoiyai ..

IMAG1873-1-1

Bila sampai masa dia tidur , dia akan mula nangis .. Sayangnya , dia cepat terjaga dan tak puas tidur .. Sian punya pasal , mulut aku lantang berkataa ..

“ Tak pe Qhaliff .. balik ni , daddy ikut jalan jauh .. Jadi lambat skit sampai rumah .. “

Memang betul laaaaa .. Aku leh tersalah jalan dari Gombak tu . Sepatutnya aku boleh je ikut masuk pusat bandaraya ( nak lari dari MRR2 sebab jammed teruk ) tapi terbantai ikut Jalan Duta seterusnya ke Damansara –Puchong dan terus ikut ke Putrajaya .. Jauh tuuu .. Sampai aku terpaksa berenti rehat sbb mengantuk .. Hahaha .. Yang mana biasanya aku berenti rehat ni hanyalah bila aku balik kelantan atau jalan jauh saja ..

Tak kisah laa .. Janji Qhaliff dapat lena jap dalam kereta .. Huhuh … Pasni , kena jaga mulut .. Huhuh ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Skang , g mall atau keluar .. tak nak guna carrier atau stroller .. dukung je senang .. tukar tukar dukung dia ..
Kenapa ? Entah tetiba dah rasa rindu kat dia masa dia tecik dulu. Jap je dah 3 bulan .. pasni tau jalan , tknk dukung dah . Huhu .. kena buat yg baru dahhh .. huhu ..

Published with Blogger-droid v2.0.6
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes