BEN ASHAARI



Hurmm .. punya clear laaa jalan tadi dr Kelantan .. Lepas tol Bentong menghala ke Gombak , korang tgk la sendiri dlm gambar tu .. Tak tau laaa apa puncanyaaa .. Haihh ..

Plan nak sampai kul 7 kat Cheras .. tapi berdasarkan kesesakkan di luar jangkaan ni , aku rasa esok je la sampai ..

Nasib baik minyak dah diisi penuh kat Lipis td .. kalau tak ? Hurnn ..

Siannnya .. Byk gak kereta breakdown ..
Bayangkan kalu sakit perut time ni ... Perghhh ..

Published with Blogger-droid v2.0.6
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Aku terkejut bila baca kat akhbar tadi mengenai dua pelajar Malaysia di Kaherah telah dirompak dan salah seorangnya meninggal dunia . Bila aku baca dengan lebih lanjut , aku mcm kenal pulak salah seorang dari situ ..

“ Muhaimin Yahya ?? “

Ini mcm nama jiran aku yang baru je g Mesir tu .. Takkan kot ? Yang pasti nama dia Muhaimin .. Nama ayah , tak pasti lak ..

Aku terus capai hp dan sms jiran aku  yang selalu lepak bermesyuarat tingkap untuk bertanyakan nama penuh jiran kami yang kat Mesir tu ..

Dia sendiri pon tak pasti mengenainya . Katanya , nanti dia check di FB .. Hurmm .. Aku membalas msg  tu dengan mengatakan tak mungkin sbb berdasarkan umur ‘ Muhaimin Yahya’ yang masih muda tu ..

Hurm .. nyesal pulak tak tau nama penuh jiran ..

Semoga Allah lindungi saudara-saudara kita di sana .. Al-fatihah buat Abdul Khafiz Mohamed Norok (disahkan meninggal dunia selepas cuba menyelamatkan diri ketika dirompak ) ..

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ..
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

IMAG2076IMAG2077IMAG2078

IMAG2079IMAG2080IMAG2081

Tok kat KL dah roger .. Cam rindu je kat Qhaliff .. Hurm.. mak dia , selsema dahhh .. Qhaliff , cam panas je badan .. Harap tak de apa apa la anak beranak ni ..

Doakan kami selamat sampai ke destinasi yer …

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

“ Akta Keharmonian Nasional tidak akan menghalang mana-mana pihak membuat kritikan terhadap kerajaan dan pemimpinnya. Peruntukan yang membolehkan tindakan diambil terhadap pihak yang mengkritik sehingga mencetuskan kemarahan rakyat dan tidak puas hati terhadap kerajaan serta kepemimpinannya seperti termaktub dalam Akta Hasutan 1948, tidak akan dimasukkan dalam akta baru itu.

Bagaimanapun, akta berkenaan akan terus mengekalkan tindakan tegas terhadap pihak yang menyentuh perkara sensitif seperti institusi raja-raja Melayu, agama dan perkauman.”

Aku mmg suka kritik pemimpin ni .. tak kira la kerajaan atau pembangkang .. Cuma skang ni , aku lebih skit pada kerajaan sebab aku pernah kerja ngan mereka . Lagi pon niat nak kritik tu , nak mereka perbaiki mutu kerja mereka terutama yang ‘sombong’ tuuuu..

Tetapi kita tetap punya cara nak kritik .. Jangan main kritik tanpa bukti , sedap tekak seperti memaki hamun mahupun mencaci ..

Aku rasa pasni ramai la blogger bersuara … Tak payah la bersuara pasal artis ni .. Diorang ‘ memanjang je betul ! ‘ ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Waduh .. tersenyum kambing aku tengok rancangan talkshow yg dikendalikan oleh Awal Ashaari , AWAL LAGI di TV9 .. Nak gelak besar pon ada sbb apa yang mereka cakap tu , nampak sangat tak buat kerja rumah ! Seolah mereka nak episod ni untuk bantai blogger ..

Menariknya , mereka seolah olah nak kata blogger ni cuma nak bikin hangat atau panas jer .. Waduhh waduhhh .. Bagus betul  eh ? Pastu kannn .. haaa , siap cakap pasal agama gitu .. Yang cakap tuuu , dok ikut sangat ke ? Padahal .. haaa.. sendiri mau hengat la akakk oiiiii …

Ada artis bagi komen dalam rancangan tu .. “ Kita bukan di Eropah .. “ .. Yang artis pakai serupa macam kat Eropah tu , ok la pulak ? Eh .. eh ?

Hangin ? Tak laa .. Apa yang aku nampak ialah artis mmg ‘terancam’ dengan kewujudan ‘ wartawan tak berlesen ‘ ni haaa .. Maklumlah , blogger yang gemar tulis bab artis ni tulis ikut tekak mereka je kan ? Skit sangat je blogger yang suka ‘membodek’ artis ..

Siann kat blogger yang selalu up artis artis ni .. Macam terhegeh hegeh lak rasanya kan ? Pelik gak kan ? Kenapa skang ni bila ada preview filem baru , blogger dipanggil .. Bukan sorang dua okeh ! Kenapa eh ? Bukankah artis sekadar memerlukan wartawan je ? Dan wartawan lak , leh boikt artis artis yang ‘tak ikut’ cakap mereka .. hehehe …

Lantak korang la artis .. Buat artis yang tak tau apa itu blogger , blogger ialah penulis log di internet .. Mereka tulis apa saja yang mereka rasa , lalui dan nampak ..

Apa yang aku nampak … wartawan hiburan terutama di tv , lagi mengarut dari blogger .. Iskh iskh iskhhh .. Dan Awal ,” Buruk benar seluar kamu tu haaa .. “

Share
Tweet
Pin
Share
42 comments

 

IMAG0123

Merupakan salah satu produk bakar lemak yang tidak ada kesan sampingan , tidak ada negative side effect , dan produk ni memang sesuai untuk lelaki & perempuan .

Based on their herbal formula , product ni mampu untuk bakar lemak melalui perpeluhan.. Dengan cara /teknik yang betul , anda boleh mengurangkan berat badan tanpa kesan sampingan.

Result ?

1-2 minggu selepas penggunaaan produk ni. Diikuti dengan aktiviti senaman , ianya lebih berkesan * mujarab . produk ini terbaik utk lelaki * perempuan yang mempunyai masalah lemak badan berlebihan

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , klik SINI

Harga  RM110 .FREE SHIPPING (no minimum order)

SMS : 0177776580 (shaher –member tokanbesi)

Hadiah sampingan : Setiap pembeli akan dapat 1 ebook tips utk kurus ( xpayah bayar – dlm bahas melayu )

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Pagi tadi , aku mintak wife contact kontraktor yg akan buat renovation kat rumah baru aku tu untuk membuat penambahan keselamatan pada pintu rumah ..

Perbualan kitorang tu didengari oleh mak mertua aku. Dia kata amalkan ayat Kursi terutama bila nak kunci pintu rumah atau keluar rumah.InsyaAllah , selamat. Yakin pada Allah ..

Dia cerita kat kitorang tadi satu kes dulu yang mana waktu tu dia dan ahli keluarga yg lain nak ke KL dan tinggalkan rumah tanpa penjaga ..  Dan rumah dimasuki pencuri !!

Pencuri berjaya masuk melalui pintu atas rumah namun gagal turun ke tingkat bawah kerana pintu pagar yg memisahkan tingkat atas dan bawah terkunci dengan rapat !

Menariknya ...pintu tu sebenarnya tak berkunci langsung !!! Mak mertua aku kata dia terlupa kunci !! Si pencuri cuba habisan untuk  membuka kunci ' yang tak berkunci' hinggakan rosak lubang kunci tu !!

SubhanAllah... Kagum dalam diam aku .. Kesan darah terdpt kt pintu grill tu .. tiada apa yg hilang .. Nmpknya dia keluar hampa .

Published with Blogger-droid v2.0.6
Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Pengalaman

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

CPT-55a_img_2 CPT-55a_img_3

( Teknik CPT ni boleh dibelajar di SINI )

 

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.   

 

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.

Sumber – Utusan

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

IMAG2088 

Dulu , sewaktu aku tengok orang dok dukung baby , aku nampak kesian jer baby tu .. Samada guna tangan atau baby carrier .. Kalau guna stroller pon , pk tak panas ke dalam tu  haa ?? Macam macam fikir memandangkan takde pengalaman mengenainya masa tu  ..

Setelah punya Qhaliff , maka baru aku sedar hal hal gini .. Kalau tak selesa , masakan mereka buat kan ? Pasti mereka dah buat kajian dengan teliti .. Dan anak kita bukanlah yang pertama yang gunakannya ..
Sama gak kalau guna car seat … Sbb tu kena cari yang betul betul selesa .. Ok , bab harga tu , biasa la.. mana ada barang ok harga murah kan ? Kecualilah mmg betul betul punya lelong atau beli kat tempat yg tak kisah sangat bab untung rugi ni ..

Kedudukan  Qhaliff pada gambar pertama  nampak pon tak selesa je kan ? Gambar kedua pula cam ok kan ? Camana tu ? Kedudukan car seat ada 3 ubahan dan dia dalam kedudukan terakhir yang mana sesuai untuk newborn .. Dan kedudukan di dalam kereta pula terbalik .. mengadap ke belakang dan bukannya mengadap pemandu ..

Lagi pun keutamaan adalah keselamatan .. Cam contoh semalam , bila aku break kereta secara mendadak kerana dapati kereta depan memberhentikan keretanya secara tiba-tiba.. Bayangkan kalau wife dok pangku dia atau baringkan di tempat duduk belakang ? Wife sendiri pon kata nasib baik dia dalam car seat .. Kalau tak mmg dah boleh terlepas Qhaliff …
Berapa banyak bayi tercampak keluar  dari kereta bila berlakunya kemalangan ? Selesa atau keselamatan ?
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Lama dah aku tak singgah dan lepak kat cc atau cyber cafe .. Dulu , masa muda tu .. rajin giler wooo .. Maklumlah , dah terkena sawan internet ! Sampai kul 3 pagi dok melepak kat cc .. Haih , bila mengenangkan zaman tu , sungguh malu aku .. Tapi tanpa pengalaman begitu , aku tak sedar sampai sekarang . Sungguh teratur perancangan Allah. Kita takkan tau rahsiaNya .

Maka nak dijadikan cerita la kan .. Petang tadi aku dan keluarga aku singgah la rumah abang ipar aku kat Jerteh. Dia ada miliki dua buah cc dan salah satunya kat situ laa ..

Jadi , aku merayau la dalam tu .. Tengok la apa yang budak budak dlm tu dok layan .. Main game dan layan youtube .. huhu .. Aku yang ada Unifi kat rumah pon malas nak layan Youtube sangat .. Nak layan pon , layan Karoot Komedia atau movie free melayu .. hehe ..

Aku berenti kat adik ni .. hehe .. Beria dia dok melakarkan sesuatu .. Aku pandang kat skrin komputer dia .. Tu diaaa .. Dok belajar main gitar tuuuu ..

image

Menariknya kan , korang rasa sapa idola dia ? Yearghhh .. Sudah pasti Najwa Latiff ..  Orangnya pon secomel Najwa Latiff gak .. Tu diaa .. Ekban gituuu .. lukiss note tuuu ..

Sampai begitu sekali pengaruh artis kan ? Ramai nak jadi macam mereka .. Apakah artis sedar semua itu ? Kalau sedar , sila beri contoh yg baik untuk dijadikan ikutan .. Jangan lupa , anda tidak ada lagi ‘PERIBADI’ sbb anda dah jadi milik masyarakat .. Hehehe .. Sapa suruh cari makan dalam dunia hiburan gini .. Haaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Follow je la aku mampu buat .. hehe .. Lagi pon akaun Twitter aku yang hok ni umum punya .. Lom ada yang personal … Nak personal , aku guna Whatsapp jer ..

Jutaan terima kasih pada rakan yang sudi FOLLOW , RETWEET serta memberi komen di Twitter aku tu ..

Nombor bukanlah isunya tetapi apa yang disampaikan didalamnya .. kan kan ? Sama sama kita perbetulkan diri dan juga saling menegur setiap perbuatan kita .. Maklumlah , dunia semakin canggih .. Nak tegur direct , kena maki hamun .. Jadi , umumkan je teguran tu ..

Takde apa nak dibanggakan aih .. Ramai lagi beribu , berbelas ribu malah beratus ribu .. Macam aku kata tadi la , yang penting isinya.. Kulitnya tu , sedap bila digoreng .. Cam kulit ayam KFC tapi kolestrol bhaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Alhamdulillah , sampai dah aku dan keluarga aku dari Terengganu .. Skang ni kat rumah mak mertua .. Hurmm .. Nyaris gak tadi nak eksiden .. Ni gara gara masuk ke lorong , bila nak masuk ! Bukan nak bagi awal awal signal tu .. Hurm.. Nasib baik aku tak laju .. Kalau tak ?

Settle urusan anak dan solat semua .. baru nak rileks. Dapat satu sms dari Mat Gebu mengenai seorang rakan blogger , Denaihati yang mana rumahnya telah dimasuki penyangak tak berhati perut ..

Bila baca mengenai kes tu di blognya , aku mengucap panjang .. Nasib baik dia dan ahli keluarganya takde apa apa… Cuba harta benda je kena kebas .. Yang penting nyawa .. Nasib baik la ‘ada harta ‘ dalam rumah tu .. Kalau takde ??  Terfikir gak aku sebab rumah aku takde harta dalam tu .. Ada pon tv lcd tu jer ..

Tapi bila memikirkan nak pindah nanti dah kawasan rumah baru aku tu , boleh dikatakan baru .. naik risau gak aku .. Ni yang nak pasang alarm bunyi semboyan kat rumah aku ni ..  Yelah , walaupun takde harta tapi penyangak ni mana tau .. Kita dah cakap benda yang betul tapi diorang  tak reti bahasa gak .. Haishh .. Jadi benda lain lak kan ?

Semoga bro Denaihati dan keluarga tabah dan lebih berhati hati selepas ini . Begitu juga kita .Jangan  ingat depan rumah ada balai polis , kita dah selamat !

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Keputusan UPU dah keluar .. Ramai menjerit gembira dan ada yg garu kepala.. Tak tahu kat mana silap atau kat mana kurang yang menyebabkan tak dapat sambung ke IPTA ..

Rileks laa.. Perjuangan belum tamat  selagi bernafas.. Takkan dah kecewa ? Tu baru  IPTA jer.. Berlambak IPTS ada kat Malaysia ni .. Yang penting mahu atau tidak jer ..

Ada yang mengatakan soal duit adalah masalah utama untuk sambung ke IPTS .. Betul ke nak sambung ? Kalau betul nak , bagitau je mak ayah mengenai kesungguhan kita tu .. Kalau mereka kata takde duit , plan B perlu disusun . Jangan terus mengalah ..

Plan B bermaksud , kerja dahulu setahun dua untuk simpan duit .. Seterusnya bila ada duit , masuklah mana mana IPTS .. Pada masa sama , buat kerja part time .. Yang penting adalah ilmu yang hendak dituntut tu ..

Tolak tepi segala malu segan .. Apadahal .. Bukan malu atau segan tu nak bela kita nanti kan ? Yang penting diri kita tu .. Kalau nak maju , janganlah ada perasaan begitu . G la tanya mereka yang dah berjaya tu .. Berapa ramai hasil keluaran IPTS ??

Aku boleh je nak cerita bab bab hasil kerja IPT IPT ni berdasarkan pengalaman aku di zaman ni .. tapi malas jer .. Kang kata aku jeles jer .. Hehehe ..

Apa pon , kat mana mana kita berada .. yang penting adalah niat serta kemahuan kita .. Jangan harap glamer atau menurut kehendak orang tua jer tapi baru sekerat jalan , hancusss ..

Yang masuk ke IPTS tu , sedar diri yer .. Bukan murah ! Pastikan berbaloi !!

Nasihat .. jauhi dari giler glamer , kejar cinta atau buang masa kat IPT .. Kasi abis , keluar .. cari kerja .. bela mak bapak pastu baru bela anak orang .. Jangan lupa belanja aku ..

Selagi bernafas , selagi itu perjuangan diteruskan . Ingat , Allah tau apa yang terbaik buat kita …

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

Skang , aku jaga cyber cafe lak kat Jerteh .. hehe .. Ni cc milik abang ipar aku .. Dah ada 2 cc n satu kedai runcit dah dia .. Dulu , dia keje ngan Pos Malaysia. Lama dah woo .. akhirnya berenti buat bisnis ni .. Lagi masyuk katanya .. Sama kes cam aku laa ..
Hehe.. ada sorang adik ni mintak aku upload gambar dia dr hp ke facebook melalui komputer .. Tersenyum je aku tengok gambar dia .. Bukan apa , confirm budak sekolah lelaki terpikat tgk .. Abe kt Lombok pon confirm nakk punya .. Hehe.. tu je laaaa aku leh kata .. selebihnya pikiaq la sendiri eh ..
Jap lagi nak balik Kok Lanas semula.. pastu rehat sehari .. 

Published with Blogger-droid v2.0.6
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Singgah kat area Setiu sat .. nak beli kepok .. Lusa balik , tak lalu dah Terengganu ..  hehe ..
Oh ya .. esok nak cari Murtabak Diraja lak ..

Published with Blogger-droid v2.0.6
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Sejak jadi Mr. Mama ni , semua channel kat tv aku tengok .. Dari SPM hinggalah Wanita Hari Ini , aku layann .. Heheh .. Semalam , berbangga gak bila seorang kenalan blogger aku masuk kat MHI di TV3 kerana kecekalan hatinya. Yup , dia memang cekal ! Aku tak mungkin boleh jadi setabah dia .. Tahniah Sukur ..

Cakap je sinetron apa yang aku tak layan ? Haa .. abis aku tengok .. Tapi tak la sampai nak follow… Sekadar tengok sambil lalu jer .. hehe .. Maklumlah , tengah dukung si kecik tu haaa …

Pastu , petang terlayang WANITA HARI INI .. Huuhu.. Masuk bab fesyen hijab , aku ternganga .. Apa kepeliknya fesyen hijab gini ? yang sorang dah macam balut ketupat ..ketat gitu .. Yang sorang dah macam tgok  pokok kat I-CITY tu haaa.. Lorrr ..

Kot yer pon nak berfesyen , berpada pada laa .. Tujuan berhijab ni nak elakkan dari timbul fitnah selain dari tutup aurat .. Fitnah ni bukan sekadar mengata yer .. Kena faham gak tu ..

Dan paling penting , di zaman ni hijab mampu menyekat dari dikacau dek lelaki yang miang atau terdesak tu haaa .. Tapi bila dah cam ni , bukan saja burung gagak datang bertenggek , lelaki pon pakat hurung .. Masa ni , nak kata lelaki gatal ? Yang gi tumpahkan gula , sapa suruh kan ? Semut datang laaa .. Cuba tutup baik baik balang tu ..

Wahai wanita berhijab .. korang dah cukup cantik dah .. serius ! Ayu je nampak.. Lembut jer .. Yang lain tu , biar je la Allah yang tau .. Biar kita nilai luaran jer .. Baik buruk perangainya , tu antara Allah dengan mereka. Sapa kita nak menuding jari kan ?

Aku bukanlah nak pertikaikan .. Cuma kesian jer .. Aku lelaki .. Bila nampak perempuan dah macam pokok krismas ni , terasa macam jadi mangsa fesyen jer..  Yang reka lak tu lelaki .. dan ada gak perempuan tapi dia tak lak pakai gitu .. Haaa .. camana tu ?

Ok .. maaf la yer kalau terasa .. Cuma nak bagitau jer.. Bukan nasihat .. Kalau tak nak terima , tak pe.. aku tak kisah pon .. Aku senyum je bila lalu depan aku .. atau tengok dalam gambar di FB tu.. hehe ..

Jangan lupa niat utama kenapa berhijab .. Disamping suruhan agama , ianya untuk elak dari gangguan lelaki .. Jangan la kata yang berhijab pon ada kena rogol atau kena kacau .. Tu diluar kawalan kita .. Allah yang tentukan . Macam rumah kita gak la kan ? Pasang alarm , pencuri masuk gak tapi mereka pk berkali kali gak nak masuk.. Bayangkan kalau tak pasang ?? Camana ?

Hurm .. mungkin la kot aku yang kolot bab fesyen ni haa .. Oh , aku tak la baik mana pon.. Cuma tak larat nak pandang ke lantai jer .. Maaf la yer kalau ada yg terasa ..

Share
Tweet
Pin
Share
35 comments

 

 

Perghhh … Memang laa haru jap .. Kita yang penat giler ni , diajaknya bermain .. Nak tolak , tak sampai hati apatah lagi bila dia wat muka muka kiut gini .. 

Paksa dia tidur ? Jangan harap laa .. Aku pasti ramai ibu yang mengalami pengalaman gini .. Perghh .. Nak marah , budak .. bukan dia tau apa apa pon .. Dia suka je dilayan .. Ceria .. Tapi bila dah tidur , jangan la kacau .. dia terjaga .. siap laaa ..

Baby ni cute .. ramai je suka main .. tapi bila dah nangis , cepat cepat pas kat parents dia .. huhuh.. nak memujuk bukan senang … Pakat orang jeling la gak terutama kat shopping mall .. kan kan ? Prihatin la sangat eh..

Aku bukan mengeluh aih.. Sekadar nak bagitau para bakal ayah di luar sana .. Jangan nak menyedap je bila bab kawin .. Bab anak ni , serah bulat bulat kat isteri .. Kena berkorban sama okeh !

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

LONDON: Amalan menyusu badan boleh membantu wanita untuk mengekalkan berat badan dan mengurangkan risiko obes apabila meningkat usia.

Saintis mendedahkan, wanita yang menyusu anak walaupun untuk hanya beberapa bulan selepas kelahiran hanya akan menjadi obes 30 tahun selepas itu. Penyelidik Universiti Oxford merumuskan, bagi setiap enam bulan seseorang wanita menyusui anak, mereka akan kehilangan kira-kira 0.9 kilogram.

Walaupun ia tidak banyak tetapi ahli akademik mendakwa ia boleh menghalang beribu-ribu kematian akibat kanser, masalah jantung atau penyakit lain yang dikaitkan dengan obesiti.

Kajian terbaru membabitkan lebih 740,000 wanita memberikan bukti bahawa amalan menyusu badan boleh membantu mengurangkan penambahan berat badan.

Menyusu badan membawa kepada pembakaran sejumlah besar tenaga dan pakar sebelum ini mengira bahawa ia adalah sebanyak 500 kalori sehari bersamaan dengan satu sesi senaman di gym.
Penyelidik berkata, bagi setiap enam bulan wanita menyusu bayi mereka, indeks jisim badan mereka akan berkurangan sebanyak satu peratus.

Secara purata seorang wanita yang mempunyai tinggi 167.64 sentimeter dan berat 70.30 kilogram mempunyai BMI 25 yang diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan.

 

Sekadar perkongsian maklumat  dari akhbar Berita Harian .

 

Nak tau dengan lebih lanjut ,klik SINI

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

image

image

 

Kenapa perlu kaitkan dengan abang atau kakak bila adik yang buat hal ? Pelik kan .. Maaf la yer .. Mungkin bukan semua tapi kebanyakkannya begitu .. Tajuk yang nak lariskan akhbar mereka .. Salah wartawan atau editor kah ?

Sepatutnya janganlah dikaitkan dengan sapa sapa selagi mana mereka tak terlibat .. Tapi ni dah lain lak.. jangan semata mata nak lariskan akhbar , jual tajuk yang .. hurmm …

Kebelakangan ni , tajuk akhbar mmg boleh buat orang panas nak MEMBACANYA dari MEMBELINYA sebab dah berkali dah kena TIPU .. Bila baca, takde apa pon sangat ceritanya.

Tajuk je gempak .. Kira cam blogger la buat .. Masalahnya blogger ni ‘takde ilmu’ dalam bidang penulisan kewartawanan .. Jadi belajar la skit skit .. Lama lama tak buat dah .. Tu pon kalau sedar diri laa .. Wartawan lak ? Haa..

Bukanlah nak hina sapa sapa .. tapi perlu ada kesedaran .. Tak baik libatkan orang lain walaupun punya kaitan persaudaraan .. Aku rasa mereka lebih sedia maklum ..

Hurmm … Kekadang aku tertanya gak .. ‘terasa’ ke media online ni dengan kehadiran blogger dalam dunia maya ni ?

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

IMAG2051

Semalam , aku tapau tom yam ngan keow teow goreng kat restoran ni . Malas nak makan kat hotel .. Saja nak rasa makanan kat Terengganu ni haa ..

Mintak tom yam sorang makan , yg aku dapat , serupa macam 4 orang makan !! Terkedu gak .. Selain dari tu , aku order ayam masak kunyit dan telur goreng .. Total , RM35 ! Perggghhh .. Bleh tahaann hargaa ..

Sampai kat bilik , makan sekali ngan wife .. Sedap weh tom yam dia ! Keow teow goreng dia pon sedap .. Ayam goreng kunyit dia ? Huhuh.. besar besar wooo .. Bukan cam kat KL tu haaa.. potong halus haluss.. Selagi boleh halus , diorang haluskan .Tapi yg aku dapat ni mmg puas giler makan ..

Disebabkan tu , aku repeat datang makan kat sini. Kali ni makan terus kat situ .. Malas nak tapau .. Cuma kena makan bergilir la … hehehe.. Takde dah makan berdua .. Kena gilir gilir makan ..

IMAG2061

Wife order , tom yam campur sorang makan , telur bungkus , ayam goreng halia serta bawang , kerabu mangga ..  Puashati !!

IMAG2052

Restoran ni tak putus putus dikunjungi orang .. Makan besar wooo diorang .. Baekk punyaaa.. Yelah , harga pon berpatutan jer aku tengok .. Yang penting , sedap ! Harga tu nombor 2 .. kan ?

Tokey dia cina … Anak beranak punya bisnis .. Ramah jer .. Menariknya mereka sendiri amik order dan layan dengan penuh hormat ..

Masa bayar , ada tanya kat tokey dia .. Fasih berbahasa Melayu . Katanya mereka terima banyak tempahan pada bulan Ramadhan .. Tapi kena segera la sbb selalunya penuh ..

Restoran Payang Serai (masakan ala cina dan thai )  ni terletak berhampiran Hotel Felda Residence .. Kira dekat dengan Waterfront gitu ..

IMAG2054

Bagi yang berminat nak booking , bolehlah telefon mereka di

09-622 0890/ 09-622 9890 ..

Perut dah kenyang . tunggu apa lagi ??

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Ramai tegur aku dh .. Kata aku semakin kurus .. Kuruskan ? Aku rasa bukan takat kurus je tapi perut pon semakin naik .. Kenapakah dan mengapakah itu harus berlaku ?

Boleh tak aku jawab , sajaaa jeer .. Heheh .. Lagi pon Ramadhan dah sampai .. Nanti kurus la balik .. Pastu baju raya pon , leh guna hok lama tu .. Jimat weeeh .. Semua tu penting dikala umur cam aku ni.. Kena pk soal keluarga .. Nak g gym , sekali masuk RM4 .. Minyak lagi ? Nak workout kat rumah , kena tunggu wife balik barulah boleh lari atau jogging.. Kalau dia lambat ? Huhuh.. Jawabnya , esok je la ..

Tapi tak kisah la.. Tahun lepas pon gitu gak. Sebelum puasa , badan aku naik baik punya cam belon .. Lepas raya , kembali mantap .. eheheh .. InsyaAllah .. Cuma bezanya tahun ni , ada si kecil .. hehe ..

Patut la ramai bapa mengandung selepas ada baby .. huhuh .. Tapi tak leh diamalkan .. Kesihatan tetap perlu dijaga. Jangan jadikan itu satu alasan untuk membina perut .. huhuh ..

Semangat be ! Semangat !! Malam ni , nak makan tomyam laa.. Sedap wooo ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Kalau tengok baby tidur tersenyum , kita automatik akan tersenyum kan ? Tapi kalau tengok bapak baby tidur tesenyum ? Apakah kita akan automatik tersenyum atau mak baby turut memberi senyuman yang penuh bermakna ?

Rilekss .. bapak baby tidur tersenyum sbb dapat bonus .. Takkan la nak nikah lain kan ? Kalau nak nikah lain sekali pon , yang tersenyum cumalah hatinya .. Ahaksss ..

Larilaahh selaju yang boleh  .. Haahaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Kali ni mmg tercabar kesabaran aku .. Yelah , menangis dia beria giler  .. Memang bikin aku cuak abis .. Air mata melimpah keluar .. Huhu.. kesian lak aku tengok .. Takkan aku nak suruh wife naik kot ? Ok , bagi susu ..

Abis minum , dia main main jap .. Tidur tamo lak .. Haih .. aku makin mengantuk . Yelah ,terperap dalam bilik jer .. Nak keluar turun bawah , panas lak ..

Tiba-tiba , dia nangis semula . Kali ni mmg aku suruh wife naik jap . Sementara tunggu tu , Qhaliff makin kuar menangis. Risau je orang bilik sebelah fikir bukan bukan ..

Aku baringkan Qhaliff dan tanggalkan seluar dia kemudian tukar pampers dia .. Nampak lega giler diaa ..

IMAG2039IMAG2043

Tau apa jadi ?

IMAG2042

Dia ketawa dan main main dengan aku ! Arghhh .. Tensinyaa .. Tapi lega la gak .. Tak lama kemudian wife sampai bilik .. Keadaan dah jadi terkawal.. Wife turun semula..

Hurm .. lebih kurang setengah jam mood dia ok .. Pastu bunyi semula .. Iskh .. takkan pasal pampers kot ? Aku tanggalkan seluar dan pampers dia sekali lagi .. Tak jalan dah tips ni .. Aku rasa sebenarnya satu jer .. Dia mengantuk sangat tapi tak leh nak tidur .. Jalan dia , kena bagi susu dan dodoikan.. Masalahnya , dah 3 botol susu aku bagi. Stok tu untuk petang punya ..

Nak tak nak suruh wife naik balik sbb makin kuat dia menanigs .. Merah gak la muka dia .. Patut la ada maid leh jadi giler .. Bukan senang nak sabar ngan karenah baby ni .. Kalau menyusu , dia diam laa ..

Wife sampai dan menyusu dia .. Tak sampai 5 minit .. Lama lak tu.. Best partnya, wife dok ada lagi ni. Kang dia turun balik , harap jangan bangun laa sampai wife abis kursus petang kang ..

Kalau tak ? Memang aku antar sms S.O.S la gamaknya ..

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Hanya sempat semalam kat Kelantan pastu travel lagi ke Terengganu . Kat sini , 2 malam pastu kembali ke Kelantan .. Penat Qhaliff .. sian .. Aku sendiri pon penant , apatah lagi dia ..

Semalam , lepas mandikan dia , aku urut urut lembut badan dia dengan losyen Baby Johnson. Jangan , risau , sebulan dah aku tak g gym jadi gengagaman tangan aku dah lembut sedikit. Kalau g gym , mmg lain skit .. Pegang skit pon dah keras … Sbb tu aku off jap g gym.. Ok tak alasan aku malas g gym skang ni ? Hahaha

IMAG2037

IMAG2034

Lepas urut , mak dia punya turn .. Kasi susu dan lena la jap .. Dia tau , kalau malam , mesti nak tidur ngan mak dia .. Belah siang , tidur dalam rocker tu  ( baru tau nama dia rocker .. haha ) ..

Awal pagi , mak dia bangun nak pam susu , dia pon bangun. Bila dia bangun , dia mula teriak . Bila dia teriak , aku pon kena bangun … aku pulak teriak !! Haha.. Yelah , aku mana cukup rehat sejak balik ni  .. Tapi tak per la… Anak punya hal..

Dah bangun ni , aku bukak la laptop .. Wah , benarlah janji Allah . Manusia yang bangun awal ni , murah rezeki .. hehe .. Memang murah rezeki aku pagi ni .. Alhamdulillah ..

Lepas solat subuh ,tidur jap dalam setengah jam sebelum wife keluar g kursus .. tinggal aku ngan Qhaliff jer .. Dan dia masih tidur .. Tapi tidurnya kejap jer ! Dia jaga lepas mak dia keluar .. Masak aku wehh ..

Nak buat apa ngan budak ni ehh .. Mandikan dia je laaa .. Hehe.. Maka aku mandikan je dia .. Awal perjanjian wife nak mandikan dalam kul 10 tapi memandangkan Qhaliff dah masyamm , aku mandikan je la .. Kira ngan aku aku sekali mandi laa .. Waduh.. mandi berdua kooo ..

Selesai mandi .. Susu time .. budak ni , dua botol susu baru puas .. Kalau tak , aku yang cuak ..Menangis tak hengat dunia. Dah la kat hotel .Sah sah menganggu ketenteraman awam ..

Selesai dua botol , masih nangis .. Ni nangis nak tidur la ni .. Aku guna skit hujung katil untuk buai dia .. Mula ngantuk dan aku terus letak dalam rocker .. lena terus ..

Legaaaa … Dan wife balik kejap selepas aku mesej tadi .. Kira nak bagi bantuan la .. Tapi Qhaliff dah tidur .. Dia pon kembali ke bilik kursus dia ..

Dia keluar jer … Qhaliff bangun .. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!! Baru plan nak tidur jap …. Tapi tak per la.. Dia la penghibur hati aku skang ni.. Kalau nak tulis wife , nanti korang kata ni blog lucah lak kan ? Hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

“ Kita kena tegur pemimpin kalau dia buat perkara tidak betul, marah dia. Tapi saya tengok kalau pemimpin itu buat tidak betul, dalam ucapannya semua bangun tepuk tangan."Jadi pemimpin pun naik seronok, kembang (bangga). Bila orang puji sangat, pemikiran dia pun rosak sikit," katanya. “ kata Tun Mahathir . Sumber Utusan

 

Baiklah .. pasni ramai la nak tegur pemimpin pemimpin ni ha terutama yang suka membazir tak tentu arah dan juga yang suka maki hamun atau juga yang lebih banyak mengarut dari buat kerja .. Adaaa .. sapa kata tak de … Wat wat macam banyak kerja lagi ..

Tapi leceh la nak tegur pemimpin ni .. Nak kena bagi bukti ..  Er , bukti ? Err… Err.. takde .. Cakap tanpa bukti , tak leh terima kan ? Kalau ada bukti , lain lak jadinya .. Hurmm .. Entahlah .. Susah zaman ni .. Baik duk diam diam jer kan ? Sampai masa , kita PANGKAH !!

Saya bukan ahli mana mana parti .. M.A.L.A.S …

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Dalam entri aku Rakyat Malaysia sudah hilang keprihatinan ? yang mana masing masing ada pendapat dan pendirian tersendiri. Benarlah kata mereka andai berlaku pada ahli keluarga kita , camana pulak kan ?

Buat mereka yang pernah ada pengalaman tersendiri cam aku ni , mesti berfikir berkali kali walaupun kawan sendiri .. Ada banyak kali gak la sebenarnya . Nak dicerita dalam ni pon , tak cukup muka surat .. Jap , aku rasa aku pernah cerita dalam blog dulu.. sat godek ..  Tak jumpa.. banyak sangat entri .. hahaha ..

Yang buat aku terkilan tu , bila mereka menjual nama anak bini untuk meminjam duit .. Alahaii … Sampai gitu sekali laaa buruknya perangai tu ..

Bayangkan la ada yg sampai sanggup kata bini kat hospital nak bersalin , tapi takde duit nak bayar kos perubatan.. pinjam duit kat aku yang masa tu dok menganggur takde duit . Bila dengar menda gitu , takkan nak kedekut kan ? Kenalan lak tu .. Rupanya tak.. bantai hisap dadah wehh !! Adoi ..

Tu baru satu .. nak cerita lagi , korang confirm menyampah nak baca .. Takat nak terbaring kena langgar ni , berlaku kat bapak aku .. Dah la anak dia yang buat huru hara , tak pasal pasal bapak aku yang kena tanggung segalanya. Haih ..

Tolong tetap tolong .. kita punya hati perut . Tapi waspada tetap waspada .. Keutamaan adalah diri kita sendiri. Bukan pentingkan diri tapi WASPADA ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

“ Alhamdulillah, sejak saya poskan SET TRIPLE GEM ni di fanpage KenkouShoku.com, ramai betul yang berminat utk mencubanya. Alhamdulillah, ramai betul ibu2 yang berusaha utk terus maintainkan production susu walaupun sedang berpuasa. Jangan jadikan alasan PUASA utk kita top up FM utk anak2 kita.

Dan kalau boleh jangan pula tidak berpuasa kerana sedang menyusukan walapun dalam Islam dibolehkan. Apa2 pun, kita buat ikut kemampuan masing2.

Kalau tak mampu berpuasa, berbukalah demi kesihatan sendiri mahupun kesihatan anak2. InsyaAllah. “ – Kenkoushouku


Set ini juga sesuai utk dijadikan sarapan kerana

  1. Anda akan bertenaga sepanjang hari
  2. Membantu anda dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
  3. Memelihara kesihatan secara menyeluruh

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk yang amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung mahupun menyusu anak ni , bolehlah :

Email : lailasani@gmail.com | H/P : 019-7228520 (SMS/WhatsApp)

FB : http://www.facebook.com/lailaisma

FanPage : http://www.facebook.com/Kenkoushoku

Blog : Kenkoushouku

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Ada kawan tanya kenapa aku asyik cerita pasal Qhaliff kebelakangan ni ? Hurmm … Banyak gak cerita pasal Qhaliff kan ? Tapi  kan , kalau dia ikut blog aku ni dari awal dulu , cerita di blog aku ni adalah cerita aku . Apakah Qhaliff bukan sebahagian dari aku ? 

“ Yelah , tapi jangan la kerap sangat kan ? “ .. Mesti nak jawab gitu kan ? Mana tak kerapnya .. Dah aku bergelumang dengan dia siang dan malam .. Kalau aku keluar dari rumah sendirian dan berjalan sana sini sendirian , pasti akan ada cerita yang aku tulis.. keluar dari isu Qhaliff ..

Atau jika ada sesuatu buku atau movie yang aku tonton hingga membuatkan aku nak berkongsi dengan rakan pembaca di blog , pasti aku akan kongsikan bersama ..

Malangnya , buat masa ini .. dunia aku hanyalah Qhaliff .. lagipun banyak perkara atau info baru yang aku baru tau mengenai bayi dan secara langsung , ianya memberi aku kesedaran mengenai dunia ibu ni ..

Aku malas nak update pasal dunia hiburan yang entah apa apa tu .. Sesekali ok la kot .. tu  pon tengok isu .. Takat cerai berai nikah kawin ni , bagi je la kat blog blog hiburan tu je  buat .. Aku suka lagi berkongsi hal Qhaliff atau dunia aku dengan rakan pembaca ..

Apa pon , aku hargai pendapat rakan pembaca.. InsyaAllah .. aku cuba kembali beri pendapat mengenai isu isu terkini .. Yelah , nak bagi lebih pon .. sapa la aku ni kan .. Sekadar Mr.Mama jer ..

Mr.Mama .. orang dah tidur , aku masih update blog ..

 

IKLAN

My First Al Quran For Kids

Anak anda kurang membaca Al Quran?
Anak anda belum menguasai Al Quran?
Anak anda bosan & jemu bila disuruh baca Al Quran?
Jangan risau lagi! Kini MY FISRT AL QURAN FOR KIDS InsyaAllah mampu mendekatkan diri hati anak anda dengan Al Quran! 
HUBUNGI Ummah Sentral sekarang untuk order!!

Website : http://ummahsentral.com/

Facebook : https://www.facebook.com/UmmahSentral

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

ColorSplashFX-20120711212004

Nampak garis merah panjang tu haaa .. Kuku dah potong pendek dah tapi masih mampu bagi cakaran wolverine kat muka dia lagi.. Ayoyo Qhaliff .. Tamo la ini macamm ..

Ni mesti penat punya pasal hingga amuk bila terjaga .. Bila amuk , abis tangan kaki semua bergerak .. Baru 3 bulan .. Masuk 1 tahun , amuk cam tu , sahih aku lak amuk … Haaa … Baru bertemu buku dengan ruas !

Dah la yang ari tu punya lebam angkara serangga , aku gak dituduh dera walaupun niat nurse tu baik .. Tak salahkan dia pon.. Hehehe.. Perlu amik berat .. kan kan ?

Esok .. tinggal Qhaliff berdua lagi ngan aku .. tapi dalam hotel la .. Stok susu , takde .. apa apa , roger mummy poko .. hehe ..

MAYDAY ! MAYDAY ! MAYDAY !!

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Memula wife tak caya bila aku kata Qhaliff adalah aku sewaktu baby dulu terutama tang pipi dan mulut dia .. Mata pon ada wooo ..

image

IMAG1931-1

Huhuhu .. Harap tamo ikut perangai ayah dia yang panas baran ni haa .. hehe ..Tamo eh Qhaliff ..

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Keputusan akan mula keluar pada Jumaat persamaan 13hb Julai 2012 , jam 12 tengahari.

Calon boleh menyemak menerusi laman web http:upu.mohe.gov.my atau di talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777 dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Tahniah buat yang berjaya. Yang tak dapat tu , jangan putus asa .. Ada banyak pusat pengajian tinggi lagi yang ada dalam Malaysia ni .. Teruskan niat murni anda ..

 

Sumber : Hmetro / MOHE.

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

IMAG2033

image

Huarghhhhhhh .. Ngantuk tunggu ..

image

Akhirnya , aku pakai aku punya sendiri .. Ni bukan kali pertama .. Nak guna dengan lebih mantap , g duk kat lobby .. Confirm mabeles !

Tiada yang percuma di Malaysia ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Baru tonton video yang ditunjukkan dalam  Buletin TV3 yang memaparkan seorang warga emas terbaring di atas jalan raya akibat diragut oleh sampah masyrakat  yang tak berhati perut ..

Selepas kejadian , terdapat orang ramai lalu lalang kat situ tapi tak buat apa apa pon .. Jangan kata nak g jengok , telefon polis pon tak .. Apakah benar rakyat Malaysia sudah hilang keprihatinan ?

Bagi aku , tak .. Rakyat Malaysia sekarang lebih pada berhati hati memandangkan banyak kes kes penipuan berlaku kebelakangan ini. Ini membuatkan mereka takut untuk membantu .. Jangan kata mereka , aku sendiri pon was was nak g bantu .. Lainlah jika ada rakan bersama aku .. Tu pon masih perlu hati hati .. Yelah , penyangak skang bukan guna pisau cukur dah .. guna pistol , parang laaa ..

image

Camana tu ? Kalau korang camana ? Hurm.. kesian mmg kesian tapi betul ok la kan ? Kalau sebaliknya ? Sapa nak kesian lak kat kita kan ?

Nak keluar malam g beli makan pon dah takut skang ni .. Tak de hati perut ke diorang ni ? Kalau takde keje sangat , g la ternak ikan talapia kat lombong  ke .. Haihhhhhhh …

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

IMAG2026IMAG2029

Setelah menempuh perjalanan lebih kurang 2 jam lebih . maka sampai la ke Kuala Terengganu .. Negeri ke 3 yang Qhaliff dah pergi .. Hehehe .. Nanti dah besar dia tau , dia dah g negeri negeri ni .. Ada bukti nii .. Haaa .. Takde la nak bergaduh ngan daddy dia nanti nak kata tak pernah g Terengganu .. Haaa ..

Kat hotel ni , bilik mmg ok .. Kira puashati la duduk apatah lagi tak payah bayar .. Hahaha .. Ok .. nak rehat sat .. Penat tak ilang lagi .. 3 kali ulang alik amik barang Qhaliff .. Ni baru sorang anak ! Kalau 3 ??? Perghh ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes