BEN ASHAARI



 

Wowww ! Pasti sukar untuk membuat pemilihan sapakah yang bertuah mencuri perhatian para juri dengan gambar-gambar yang mereka hantarkan tu , kan ? Gambar apa eh ? Bagi yang tak tau , boleh rujuk kat entri Dah hantar ke penyertaan anda ? ni ..

Setelah tarikh penghantaran ditutup , tarikh pengundian juga telah tamat , maka telah tiba masa untuk mengumumkan rumah sapakah yang benar benar layak untuk dibuat make over oleh MML ?

 

image

Sebenarnya , korang yang dah  hantar penyertaan tu  layak tapi biasalah kan , ? Mesti ada yang benar benar bertuah .. Huhuh .. 

image

Ok ok .. Tamo buang masa ..  Skang diumumkan mereka yang bertuah tu .. Apakah nama aku ada jugak ????

Jeng , jeng … jengggg !!!

 

 CHIN SIEW GAIK

LOH CHIA HUR

NIK SURIA ANILAH WAN ABDULLAH

 

TAHNIAH !!! Waaaa .. Mesti terkejut kan ? Huhuh … Bestnyaaaa dapat jubin dari  MML  ! Bukan calang calang punya jubin okeh !! Aku pun nakkk wooo … Jelessss okeehhh ..  ( Sila rujuk di SINI )

Pengadilan dibuat berdasarkan pengundian di FACEBOOK dan juga juri khas yang arif mengenai jubin ni . Jadi , tak perlulah nak dipertikaikan sangat , yer ?

Sekali lagi .. tahniah dan terima kasih buat rakan rakan yang telah hantar penyertaan mereka .. Jangan hampa yer.. Bukan rezeki kita .. Tak pe la kan ? Bukan kena bayar pon masuk pertandingan ni .. hehee. ..

Terima kasih buat MML

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Ramadhan #3 : Andai aku kaki memasak , apakah yang akan aku masak untuk berbuka petang ini ? Ahaaa ..

Rendang Ayam Resepi Kak Liza

Pilihan aku adalah ayam memandangkan ayam adalah kegemaran aku hehe .. Kenapa rendang ayam ? Sbb rendang ayam ni mmg laaaaaa mampu membuka selera aku yang dah tak tau nak makan apa skang ni .. hehe ..

Resepi ni pun gabungan dua otai masakan iaitu kak UMMI ZAIHADI dan kak Hanielieza ..

Kelass kooo .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Cemburu ? Oh, tidak sama sekali !! Tak de makna nak cemburu terhadap kekasihnya ... No way !! Norway mungkin .. No no no ! I dont believe it !! u believe it ?? Repley's believe it or not , okeh !

Sebenarnya kan.. pstt ... meh sini aku nak habaq kat korang korang yang tertulis di mykad bahagian jantina tu " WANITA" saja .. Shemale tak leh !

Lelaki ni bukan cemburu sebenarnya ... Tapi tak suka haknya di kacau ! Haaa.. tak leh sentuh sentuh. Apa tengok tengok !! Tak nampak kat dahi perempuan ni ada tertulis " HAK MILIK AKU ! " .. Tu pasal laa lelaki boleh gaduh pasal perempuan .. Silap silap berkeris taming sari lagi kaaau !

Nak kata sayang .. hurm.. takat mana la sayangnya ?? Nampak perempuan lain , 180 darjah kepala tu berpusing ! Juling mata tu jap tengok peremuan cun dan seksi depan mata lalu tu haaa..

Alasan ? Ala .. Dah rezeki .. Tengok je la.. kan ? Aiyo.. Camana pasangan dia lak yang dipandang-pandang ?

" Lu tengok apa bro .. Lama hidup  ka ? "

Ha... tu la yang berani terkeluar dalam hati.. Kalau keluar ikut mulut tu , aku tak pasti la akan keberaniannya ..

Cemburu terhadap pasangan ni , berbeza .. Lelaki cemburu sbb haknya .. Perempuan cemburu sebab kasih sayangnya .. Berbezakan ? Sbb tu lelaki selamba je leh kawin 4 .. Sbb sayangnya berbeza dengan perempuan yang tak nak cintanya dikongsi dengan orang lain .. Tapi peliknya ada perempuan sanggup merampas kebahagiaan kaum sejenisnya .. Hurm... Perempuan perempuan .. Yelaahh lelaki pon gitu gak... Lelaki lelaki .. Ok , puashati ??

Cemburu bab cinta ni , terlalu luas .. Sebenarnya kalau nak cemburu tu berpada pada je la ... tak yah sampai tahap simbah asid atau hantuk kepala kat dinding atau terjun dalam kolam najis.. Tak guna .. Kalau orang dah tak nak kat kita , biar je la.. Eh..silap tajuk .. Mungkin pasangan kita tu 'terlupa' sekejap ..Maka ingatkanlah dia dengan beristighfar ... Ingat Allah .. Ingat mati .. sudah sudah la tu .. okeh ?

Aku kuat cemburu ? No comment ! No camera plss !!

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

IMAG2274

Jumaat lepas , setelah pikir masak masak , wife ajak aku dan Qhaliff ke rumah AjaSu untuk g amik Medela freestyle yang dia tempah ..  Dia dapat tau mengenai Aja su ni melalui kawannya …

Harganya ? Hurm.. Ok gak la setelah dirisik risik dalam internet dan juga luar internet .. tak la mahai sangat .. Tapi wife tertarik sbb caranya .. eheh .. Sbb tu peniaga ni kena ramah dan sombong walaupun selepas produk mereka dibeli ..

Menariknya beli dengan Ajasu ni , wife diajar sehabis-habisnya bagaimana nak gunakannya dan juga after sale service dia ..

Dah guna ke belum ? Belum lagi sbb Qhaliff dok merenget nak meleser jer ngan mak dia .. Nanti dah guna , aku cerita ok ke tak eh ?

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Hari ni , Qhaliff buat pertama kalinya dijaga oleh neneknya di Cheras tu .. hehehe .. Daddy dia , ada kerja nak g buat sat .. Nak g antar repair HTC dia tu haa .. Dah retak sejuta sepuluh dah skrin dia tu .. Tapi boleh pakai lagi woo.. Dasat kan ?

Daddy kena balik sebelum kul 12 tengahari sbb kul 12 , nenek Qhaliff ada kerja nak buat lak .. huhu ..

Cepat tauuu daddy.. Pastinya , mummy sampai lewat ke Cheras sbb jalan mesti jammed punya … Daddy ajak g gym la petang tu ehh .. hahaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

image

Sempena BIRTHDAY admin2 Kenkoushoku.com, kami mengadakan BIG SALE untuk pakej2 tertentu selama 7 HARI sahaja.

Tarikh : 23/7/2012 - 29/7/2012

Saya minta maaf kerana pakej2 tersebut tidak dapat dipublishkan di sini atau di fanpage kami KENKOUSHOKU.COM atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.

Sila tinggalkan email anda di bahagian komen di bawah entry ini atau komen di fanpage  atau add FB saya Laila Ismail (Lailasani)
@ klik je sini...

Untuk memudahkan proses menghantar message. Anda boleh PM saya  atau anda juga boleh sms/whatsapp saya di 019-7228520 untuk mengetahui pakej2 dengan HARGA RUNTUH.

Jangan lepaskan peluang ini ye...  sekali je setahun!!!
Bertindak SEKARANG!!!

Harga PROMO VITAMIN C pun masih berjalan seperti biasa ye....

Sehingga akhir JULAI sahaja...:)

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Hari ni , Qhaliff asik nak suruh dukung jer .. Maklumlah , esok kena tinggal sorang sorang .. huhu ..

Sapa yg akan nangis nanti ? Mak atau anak ? Daddy, cool jer ..

Published with Blogger-droid v2.0.6
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

" Cemburu eh ?? "

" Tak la.. tak de maknanya "

" Ala , ngaku jer awak cemburu "

" Nehi nehi nehi nehi "

" Kan senang mengaku awak cemburu "

" Tak maknanya.. Kalau nak sangat , g je kat perempuan tu .. saya okeh jer .. ramai lagi nakkan saya ni "

" Ok .. mmg awak cemburu "

" Hellooo... tak de makna okeh ! "

Huh.. ego.. tu la dia .. perempuan .. Cemburu tapi tak nak ngaku.. Kononnya suruh je g kat perempuan tu tapi dalam hati .. " jangan la .. i tipu je okeh !!  "

Tapi bila lelaki menyahut cabaran ...

" Kembalilaahhhhhh ... wahai sayangkuuuu "

Maka berkatalah lelaki ..

" Sayang semuaanyaa.. sudah terlambat... tak gunaa .. kau merayu lagi !! "

Oleh itu wahai perempuan ... apa salahnya mengaku yang korang ni kuat cemburu ??? Ngaku je laaa .. kan kan ?? Senang sikit lelaki.. tak yah susah susah nak pujuk ... Ni abis duit beli bunga ... huh !

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Aku kenal dia mula mula di blog menerusi segmen . Alhamdulillah , dengan segmen ramai aku kenal ramai blogger .. Walaupun ada yg kata segmen tu mengarut tapi mereka yang join tu tau apa manfaatnya ..

Kemudian aku jumpa dia kali pertama di KB Mall .. Masa tu aku nak ke sana dan dia nak jumpa .. Hehe.. Segan wooo .. Maklumlah , status dia ni haa .. Jauh kecik aku woo .. Baca kat Kes parah ! ni ..

Apa yang menarik sangat blogger / photographer / ustaz ni ?

Semangat dia weeh !! Apa yang dia buat , dia akan buat dengan bersungguh-sungguh ! Setiap apa yang dia karyakan pasti mempunyai sesuatu yang mengagumkan .. Dan yang pastinya , dia tetap merendah diri ! Alhamdulillah ..

Selain berkarya di blognya  , NESLOO .. dia gemar menghabiskan masa lapangnya dengan kamera dslr NIKON dia tu . Dia masih baru dalam dunia fotografi tetapi hasilnya mmg mengagumkan aku ..

Aku jeles ok ! Bukan semua mampu bersemangat sepertinya.. Bukan kecik modal ok main fotografi ni .. Antara mau atau tidak saja !

Haih .. penat nak copy gambar-gambar milik dia ni haaa .. Hahaha .. Kalau nak berkenalan dan nak tengok lagi karya dia , leh je add dia di Mohamad Azizi Azahazuhari ..

Aku jeles ok ! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa …  Teruskan lagi bro Jiji ! Hasilkan lagi karya yang menarik dan mampu mengalirkan air mata ..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Ramadhan #2 : Andai aku kaki memasak , apakah yang akan aku masak untuk berbuka petang ini ? Ahaaa ..

rsz_dsc_4620

ASAM PEDAS GAYA "NANI ROSTAM"

Gabungan 2 otai masakan , Mat Gebu dan kak Nani Rostam  ! Hahaha .. Memang menyelerakan sangat !  Aku mmg suka asam pedas woo.. Kalau kat Putrajaya , Asam pedas yang dikatakan antara yg best terletak di food court berhampiran dengan Uniten .. Hehee..

Woww weee … telan air liur je tgk gambar ni .. hahaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Hari pertama Ramadhan menyaksikan rezeki buat peniaga Ramadhan . Tak dinafikan pendapatan mereka berlipat kali ganda dengan kehadiran Ramadhan ,setiap tahun ..

Semalam , saja je aku berjalan ke bazaar Ramadhan dengan anak buah aku. Dalam kepala , aku nak cari badak berendam dan anak buah aku tu , mata melilau mencari mercun .. Kuih tak jumpa , mercun lak ada .. Huhu .. Tak pe , belanja anak buah ..

Selain dari tu , aku g dengan harapan dpt jumpa dengan rakan rakan lama yang berkurun tak jumpa . Hehehe .. Alhamdulillah .. mmg jumpa pon .. Siap ada yang meniaga lagi .. Hehe .. Senyuman terukir dibibir mereka .. Aku pon membeli sekadar untuk memberi sokongan .. Huhuh..

Dan jmenariknya , bazaar Ramadhan menjadi pusat fesyen buat mereka yang tak tau kat mana nak mengenakan pakaian pakaian yang hanya layak dipakai dlm rumah saja .. Rosak abis pahala puasa orang lelaki ..

Hurmm .. Tertanya gak , bila diorg memborong makanan yang sememangnya menyelerakan tu , abis ke makan ? Atau kononnya simpan hingga ke sahur tapi akhir ke tong sampah .. Hurmm …

Sama sama kita fikirkan sebelum membeli . Perlu ke tak .. Membazir ke tak .. Jangan lupa niat asal kita berpuasa ..

 

Senarai bazaar Ramadhan 2012 , boleh rujuk di OhDuniaku dan SharingForInfo

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Dok pk pk nak update ke tak ? Tak pe la .. Update mengenai jalan cerita tu serta lakonan hebat dari Fizz Fairuz dan Sherie Merlis .. Dua dua pelakon ni , mmg aku minat lakonan mereka. Kira takde harap pacak muka atau nak seksi tak kena tempat .. Pengarah , aku tak sempat tengok sapa .. Tapi tahniah laa .. Jauh lebih baik dari filem filem zaman ni yang punya pengajaran yang cukup mendalam .

Pastinya , selepas cerita ni ramai akan mula tertanya tanya terutamanya si isteri .. Nak ke tak nak mintak maaf ? Lagi pon bukannya dia ada banyak buat dosa berbanding si suami ? Maka , tertangguh laa segalanya hingga tunggu hari raya untuk bersalaman serta berbaju baru dan meminta maaf sambil mengalirkan air mata . Tu pon jap jer .. Lepas kena gelak , ilang dah air mata keinsafan tu .

Berbalik pada cerekarama tadi , lagu latar mmg membuatkan lagi cerekarama Perempuan Neraka ni bertambah memilukan . Dan serius aku katakan apa yang dipaparkan tadi , mmg sedang banyak berlaku di kalangan kita .. Yelah , si isteri mula besar kepala hingga terlupa status si suami ni .

Aku bukanlah nak menuding jari kat si isteri je .. Benar , si suami pon ada gak kelemahannya tapi kita amik la pengajaran cerita ni untuk memperbaiki kesilapan masing masing . Bukan nak ego atau mencari salah sapa sapa .. Yang penting , kita tak bawak masuk dosa terhadap suami atau isteri ke dalam kubur nanti ..

Dan suami pon , kot yang sayang sangat kat isteri tu .. jangan la sampai jadi YES MEM jer .. Kena pandai pandai la ‘ajar’ dan didik isteri tu .. Segala cara nak ajar , dah diajar dalam agama kita . Guna dan pakai jer ..

Sekali lagi , tahniah buat semua warga kerja PEREMPUAN NERAKA !

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

 

Hurm… teruk ! Walaupun berjaya menghabiskan puasa tapi sangat tidak memuaskan hati .. Hurm .. InsyaAllah nak perbaiki esok !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Dugaan aku dari Allah .. Sampai sampai kat Low Yatt , jurujual suruh aku ke pusat servis dia nun kat Berjaya Kompleks tu.. Tak jauh tapi dah tutup pon ! Sampai kul 2 petang je dia bukak .. Aku smpai situ , jam 2.09 petang .. Sabor je aa..  Isnin ni kena repeat .. Hurmm ..

Sebelum tu , di tempat parking Low Yatt .. depan tempat aku parking kereta tu , ada sebuah Myvi color gold ni haa ..Pintu penumpang belah kanan dia terbukak . Tuuu , gambar tuuu ..

Aku g belek la .. kot kot ada orang dok tidur dalam tu .. Tapi takde orang la pulak .. Hurmm .. Tengok dalam kereta tu , ada la gak barang dalam tu .. Haih , aku nak tolong tutupkan tapi risau lak nanti aku yang kena ..

Jadi , biarkan je laa kereta tu dalam keadaan begitu .. Kalau benarlah kereta dia dipecah masuk dan ada barang berharga hilang , bermakna dia lagi malang dari aku ..

Insaf sekejap bila mengenangkan ada orang lebih bernasib malang dari kita tapi kita hanya memikirkan nasib kita saja .. Hurmm.. Jauh sekali nak bersyukur ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

 

IMAG2199-1-1

Hurm… dari apa yang aku ngan perasan , kalau orang lain dukung atau nak main ngan Qhaliff , dia mmg wat dek .. Muka ala ala sombong dan hilang terus kekacakkan dia .. Hahahah .. Tu belum nak gomol pp dia tu .. Marah giler diaaa .. hahaha ..

Tapi bila aku atau wife yang pegang dan main ngan dia , ketawa macam tak cukup hari .. Gomol dia ? Wat bodoh jer .. biar jer dia dicium .. hahaha ..

3 bulan entah berapa hari dah dia .. Apakah dia dah kenal mak ayah dia ? Rasanya dah pon kan ? Panggil dia pon , dh boleh memaling kat kita sedangkan dok asyik layan perasaan .. hehe ..

 

IMAG2259

Sombongkah ? Huhuh .. tak la .. cuma orang tak biasa main dengan dia .. tu pasal nampak gitu .. hahaha ..

Qhaliff , qhaliff ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

IMAG2275

HTC ONE X aku ,retak seribu .. kena g antar tukar skrin . Entah berapa lama pulak kat kedai tu nanti .. Hurm ..

Tensen ? Entah laa .. bab gadget ni , mmg selalu benar tensen .. Tapi semua ni dunia jer .. Biarlah .. Dapat rehat jap dari mengadap hp ni .. Hehe ..

Apa ? Tak nampak ? Tak pe laa.. nampak pon wat sakit hati jer .. hehehe ..

Nak g Low Yatt jap lagi .. haihh .. dalam nak berjimat , makin keluar .. Apa nak buat , salah sendiri ..

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

Semalam aku ke KLCC dengan Que untuk hadiri satu event tetapi event tu dah cancel terlebih dahulu tapi aku tak tau .. hehe .. Tak pe la , salah aku ..

Sewaktu kat Pejabat Pos KLCC tu , ada sorang makcik ni hampiri aku .. Aku dah tau niat dia .. Eceh.. cam bomoh lak .. Tapi aku biarkan dulu dia menerangkan kehadiran dia tu ..

“ Dik , akak tak cukup duit nak pos barang ni ke anak akak . Duit yang ada ni , cukup cukup untuk tambang balik .. Tadi ada la baki tapi anak akak nak air .. Akak belikan .. Tau tau duit tak cukup untuk pos .. “

Aku malas nak bersoal jawab kat situ . Aku tanya dia ..

“ Jadi , akak nak duit la ni ? “ .

Saja aku cakap gitu untuk kenalpasti apakah dia benar benar nak duit tu hingga sanggup tebalkan muka mintak kat aku .. Hurm..

“ Aah .. “ . Dia jawab . Aku pandang anak lelakinya yang ada dalam pejabat pos ..Kesian hadir lalu ingatkan pada mak ayah aku yang membesarkan aku selama ini ..

Aku bagi sejumlah wang yang dia perlukan dan dia terus masuk ke dalam pejabat pos .. Insaf terbit di hati aku .. Hurm ..

 

Sebagai anak , kita tau meminta saja tanpa amik kisah mampu atau tidak ayah atau ibu kita tunaikan . Kalau tak bagi , kita akan memberontak , menangis atau buat sesuatu hingga mereka kasi ..

Bayangkan jika mereka terpaksa call kawan kawan atau sedara mara untuk meminjam duit semata mata memenuhi kehendak kita .. Hurm .. Kita tak sedar pon semua ni sehinggalah ianya berlaku depan mata kita sendiri ..

Haihhh …

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

Dalam entri entri aku yang lepas , betapa egonya aku mengatakan aku boleh melakukannya sendiri demi untuk menjimatkan sekurang-kurangnya , RM10-15 ! Baca kat Ambik kesempatan nampak Mat Bangla ni !! dan Jangan bagi isteri membebel !!

Tapi hari ni , setelah sakit mata aku melihatnya disertakan dengan kemalasan tahap maksimum serta datangnya bulan Ramadhan , aku mengalah juaa .. TERPAKSA !

 

IMAG2261

Lagi pun lalang dah naik serupa macam padi dah bunting .. Tunggu masa untuk menuai jer .. Hahaha .. Tu pasal aku kasi je kerja ni kat abang la ni .. Lagi pon kasi la duit poket untuk Ramadhan ni ..

IMAG2265

Bukan takat potong je , rumput rumput tu pon diorang sapu kasi clear ..  Ok la kan ? Lagi pon bukan depan jer , belakang pon sekali .. Haa ..

IMAG2263

IMAG2272

Sebelum dan selepas .. hahahaha .. Kalau aku ? Nak cabut satu satu ? Gamaknya Qhalif kena urut pinggang aku malam ni .. Dengan serai serai tu aku suruh dia sapu bersih !

IMAG2267IMAG2264IMAG2273

Abang La tu kata RM10 je tapi memandangkan dia tak berkira untuk tebas pokok serai tu , aku  uupppp lagi RM5 .. hehe .. Ok la .. dia buat kerja pon kemas .. bersih .. Janji cun sampai hujung tahun .. Hahahah .. Setahun sekali je.. Lagi pon tak lama lagi nak pindah daah ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Ada rakan tanya aku camana aku boleh buat link blog berada di blog blog lain ? Jangan kan dia , aku sendiri pon tertanya gak memula camana nak buat gitu ? Setiap saat aku dok pk camana nak buat ..

Tapi tu dulu laa .. sewaktu aku mula nak mula blogging .. Terfikir gak camana nak buat ? Aku nak mintak kat orang suruh letak , aku ni jenis berat mulut .. Kalau ada yang sudi tegur aku terutama di Facebook ajak tukar link , aku ok je ..

Tapi aku memilih gak masa tu .. Hehe .. Bukan pilih blog tu popular ke tak tapi memilih blogger tu rajin ke tak update blog .. Wat pe nak tukar dengan blog yang hari ni update pastu lusa dah buat blog lain .. Haaa..

Kemudian aku fikirkan cara terbaik buat aku masa tu .. Dengan kekerapan aku buat segmen waktu itu , aku jadikannya antara segmen yang berjaya menarik ramai blogger bertukar link antara satu sama lain .. Kesannya, ada yang berjaya dapat pembaca blog yang baru dan ada yang kurang .. Yang kurang tu , mintak maaf la yer .. mesti ada yang tak kena kat mana mana tu ..

Bagaimana nak tukar link ni ? Ok , hari ni aku ada buat satu segmen untuk blogger bertukar tukar link url sesama mereka . Korang boleh cuba laa .. Sekurang-kurangnya mencuba kan  ? Bukan kena bayar pon untuk mencuba dari tak cuba apa apa …

Kalau nak try join , klik SEGMEN BEN ASHAARI : BLOGLIST RAMADHAN 2012 /1433H ni dan ikut je arahan .. Pastikan kita sendiri aktif update .. Baru adil , kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

IMAG2260

“ Daddy , jangan ganggu Qhaliff okeh ! Apa apa , juz Whatsapp je .. Nanti bangun Qhaliff balas .. Tak sure lagi .. Pastikan susu siap dipanaskan , okeh ? Kalau takkk ?? Haaa .. “

Cuba laaa dia cakap cam tu !! Aku sunat jugak dia nanti !! Haaa .. Cuba cakap camni ..

“ Alhamdulillah .. Biarlah Qhaliff tidur dengan lena sekarang ni .. Nanti dah baligh , Qhaliff pening dengan masalah dunia .. ok daddy ? Mana HTC daddy ? Nak layan game sat … “

Cari pasal namanya ni !

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Pernah dengan GUSHCLOUD? Hehe .. aku rasa pasti  ramai belum pernah kan ? Ok .. sedikit pengenalan mengenainya ..

GUSHCLOUD.COM adalah social discovery network yang menghubungkan pengguna internet ke kandungan Gushworthy content dan jenama dlm cara yang tersendiri .. Menghiburkan  dan mudah untuk mereka yang memiliki akaun mengakses cerita cerita terkini yang mereka minat dan juga mengetahui cerita cerita terbaru dunia masakini .

Apa itu GUSH 2O12 ?

GUSHCLOUD akan melancarkan GUSH 2012 yang dimulakan dengan siri konsert  di San Francisco, Singapore dan Malaysia. Dengan ini satu pertandingan GUSH CHASE diadakan ..

Apa itu GUSH CHASE ?

Pertandingan yang diadakan khas untuk mereka yang berada di Singapore , Malaysia dan Australia ini adalah untuk mencari seorang yang cukup berpengaruh dalam laman media sosial untuk cover  The Gush 2012 San Francisco pada  25 Aug 2012 nanti .

Dijangka 4000 orang  hadir di konsert yang akan diadakan di Fort Mason, San Francisco ..

Manakala 2 pemenang  akan dijemput untuk cover the Gush 2012 Malaysia konsert.

Percarian ini  bermula pada 4 July dan berakhir pada  6 August

Hadiah :

1.Segala perbelajaan 4D3N untuk pemenang utama termasuk seorarang rakannya ke  San Francisco, termasuk tiket penerbangan , penginapan dan juga pengangkutan . Elaun sebanyak $120USD setiap seorang .

2. Akan cover event dan juga temuramah The Cab, Hellogoodbye & Mayday Parade.

3. Be featured on 9X – a hip and alternative TV slot on TV9.

Kelayakkan :

1. Mesti berumur melebihi 14 tahun  pada 25 August 2012.

2. Mesti memiliki 3 akaun social media platforms seperti :
- Instagram
- Youtube
- A blog
- Facebook
- Twitter

Untuk keterangan lanjut , sila ke http://gush2012.com/.

 

Bagaimana nak menyertainya ?

Mula-mula ke http://www.gushcloud.com/ .  Kalau belum ada akaun GUSHCLOUD klik SIGN UP HERE dan lengkap segala butiran yang diperlukan .. Kejap je tu ...

Kalau dah ada akaun GUSHCLOUD  , boleh je terus SIGN IN .

image

Pastu , lengkapkan segala butiran peribadi dlm ni haa ..

image

image

Pastu klik JOIN AS INFLUENCER  ..

Tu jeeee .. Abiss dah .. Senang je kan ? Haaa … Hanya beberapa langkah jer .. Tapi camana nak menang ?

image

Kongsikan event ni dlm mana mana platform laman sosial yang korang ada .. Lagi ramai yang join , lagi tinggi peluang nak menang ! Contoh cam aku punya link yang mereka dah sediakan ialah ,

“ http://www.gushcloud.com/user/ben_ashaari “

Jadi , mana mana yang join bawah link ni , aku kira dpt point la.. Lagi ramai , lagi bagus la kan ? Bukan sekadar pertandingan tapi macam macam boleh dikongsikan bersama dalam laman sosial yang baru ni ..

Untuk keterangan lebih lanjut , korang leh g baca di http://www.gushcloud.com

Semoga berjaya !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Sempena bulan Ramadhan ni , apa kata kita bertukar tukar link blog untuk tempoh sebulan ? Yelah , dalam pada masa sama , kita boleh dapat pembaca baru dan juga menambahkan lagi kenalan . Paling penting , kita boleh tau entri entri yang bermanfaat dari rakan rakan yang lain ..

Bagi aku , pertukaran bloglist ni mmg berbaloi la .. Terbukti memberi kesan pada blog blog yang baru nak mencari tapak untuk mengembangkan lagi sayap mereka .. Eceh ..

Caranya ? Ikut je arahan kat bawah ni . Wajib ke buat entri ? Yup , sebagai tanda persetujuan untuk menyertai pertukaran link ni .. Kira cam ada kontrak laa .. ok ? Jom … Mula- mula ..

  1. Letak header BENASHAARI.COM

  2. Sediakan satu entri khas yang bertajuk : BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H dan linkkan ke entri ini

  3. Jelaskan kenapa mereka patut pilih blog anda  ?

  4. Tinggalkan link url korang di ruangan komen ini .

Bahagian penting !

  1. Sediakan satu bloglist yg baru bertajuk RAKAN BLOGGER RAMADHAN 2012

  2. Sila pilih blog-blog yang korang minat untuk bertukar tukar link.. Masuk ke blog mereka , kemudian tinggalkan pertanyaan di ruang komen tersebut , dengan ayat yang bertulis begini ..

“ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “

Dan jika blogger tersebut bersetuju , maka sila balas kembali lawatan ke blog mereka dan tinggalkan komen di entri segmen ini dengan ayat ..

“ YA . SAYA BERMINAT DENGAN TAWARAN ANDA “

Selesai perjanjian , maka masukkan link blog masing masing ke dalam bloglist tersebut  dalam tempoh 24 jam. Selepas 24 jam , kembali pastikan link anda dah dimasukkan . Jika tiada , sila kembali tanya pada blogger tersebut. Jika tiada respon, remove link dia ! Senang citer .. Tak yah gaduh gaduh .. ok ?

Setiap bloglist boleh memuatkan lebih 200 blog. Maka pandai pandai la pilih yer ..

Bloglist yg dah diwujudkan itu akan kekal sehingga hujung RAMADHAN 2012 dan selepas tamat tempoh perjanjian , secara automatik blogger ada hak untuk hapuskan bloglist tersebut berdasarkan persetujuan di segmen ini . Cam lawyer lak aku… hehe..

Pertukaran link blog ini adalah salah satu usaha untuk menambahkan dan menukar pembaca di kalangan blogger sendiri. Ini bukanlah satu segmen utk tarik trafik atau untuk jadi popular .

Dengan cara ini juga diharap dapat meningkatkan lagi semangat blogging .. InsyaAllah ..

Aku sekadar membantu  .. Bloglist aku ? Padat dah.. ni pon berat dah pon masa loading..

Tamat segmen ini , jam 11.59 malam , 20/7/2012 . Tiada penyenaraian list dibuat . Geledah je kat ruangan komen ni yer ..

Terima kasih .. A

Share
Tweet
Pin
Share
136 comments

 

Ahaaa .. Abiss laaa .. pasni Qhaliff kena jaga dah adik dia … Tak leh dah nak bermanjaan dengan daddy dahh .. Tak leh dah nak melekap kat dada daddy cam spiderman tu haaa . Kasi can kat  adik lak .. eh ?

Tapi , bila mak pregnant ?? Berapa bulan dah ? Qhaliff mesti confius punya .

Jangan risau la Qhaliff .. Yang pregnant ni , daddy je .. Tak tau bila nak due .. Ikut kiraan , sejak Qhaliff balik ni , daddy dah disahkan mengandungi lemak lemak yang semakin menebal tanpa kira ruang ! Semua penuhhh .. penuhhhh ..

Nasib baik laaa Ramadhan menjelmaa .. InsyaAllah , segala lemak akan dibasmi dan dibendung kenaikkannya .. Apakah baju raya aka baju nikah muat untuk dipakai lagi ? Sama sama kita tunggu 1 Syawal nanti .. hehe ..

Sian tak beli baju raya ? Hehe.. tak pe.. Utamakan yang penting terlebih dahulu .. Apa kehe sangat la baju raya tu  kan ? Yang penting , hensem tetap ada ..

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Alhamdulillah ..sedar tak sedar walaupun ada yang menghitung hari , kita dah masuk ke bulan Ramadhan . Peliknya , ramai yg kenal bulan Ramadhan dan Syawal dari bulan bulan yang lain . Tapi tak kisah la, janji kena dua bulan ni dari tak kenal langsung , kan .. ehe …

Dan , pertukaran header blog aku ni seiring dengan kehadiran si kecil dalam hidup aku dan juga wife yang telah menyerikan lagi kehidupan seharian kami .. Alhamdulillah , syukur pada Allah ..

Buat yang tak tau  , ini adalah header yang ke entah berapa kali aku tukar dah .. hehe .. Tapi tak la sekerap dulu.. Tahun ni baru 2 kali kot ? Nak tukar selalu sangat , nanti pembaca keliru lak .. hehe ..

Mari kita imbas kembali header header yg pernah aku guna di blog ni dulu ..

Sungguh pon buruk , ianya tetap sejarah .. hehe ..

Ni header sbb pertama kali masuk dalam majalah RAPI .. hehe

Antara header yang sering mendapat kontroversi. Konon pacak muka.. Hahaha ..

Hehehe .. Ada lagi , tapi tak tau la mana aku letak dah ..

 

Apa pun jutaan terima kasih buat Que Achmad kerana telah sudi membuatkan header ni walaupun dia amat bz giler .. Sempat gak siap eh .. hehe .. Thanks bro dan juga rakan rakan yang sering membaca entri di blog ini .. Terima kasih dan selamat menyambut Ramadhan

Share
Tweet
Pin
Share
36 comments

 

 

menganjurkan

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya 2012

Tarikh : 25 hingga 29 Julai 2012
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)

Gaji dah keluar kan masa ni ? Silalah pergi berbelanja dengan berhemah . Beli apa yang patut saja .. Ingat susah di kala senang dan ingatlah senang di kala susah .. Eh , camana tu ? Fikirlah sendiri yer ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Ada ke ilmu pasal blog ni ? Hahaha .. entah laa .. Aku tak ‘sepower’ otai otai blog di dunia maya ni .. Apa yang aku tau , aku taip jer dalam blog aku .. Takde sebarang tips tips menarik untuk dikongsi bersama Qhaliff ..

Qhaliff kena belajar merangkak dulu baru boleh bercakap mengenai bertatih .. Kalau awal awal dah pasang nak jadi pelari pecut dunia , maka kena cermin semula muka tu .. Bukan tak boleh , tapi ukur la kemampuan tu dulu .. Bak kata orang tua tua , ‘ Sedar la diri hang tu skit ‘ ..

Bila sampai masa untuk berlari , baru boleh pasang cita-cita .. Yelah , apa apa pon belajar dari bawah .. kan ? Kalau tak , takkan tau susah senangnya dunia ni haa ..

Faham Qhaliff ?

“ Belasah je la daddy .. Janji 1Malaysia ! “

Share
Tweet
Pin
Share
35 comments

 

Sebelah pagi , Qhaliff mmg akan bangun sama ngan mak dia .. Pastu nak tidurkan dia , kena amik masa 2 jam .. baru dapat nak lena ..

Bagi susu kat dia .. susu ibu yer .. Kang ada dok tanya lagi , aku bagi susu formula ke .. Hehe .. Jadi , aku jawab awal awal la yer .. Haa ,bagi susu kat dia .. 4oz ..

Pastu ajak main jap .. dan layan youtube .. cerita budak budak ..  Seronok diaa.. Kaki tangan semua bergerak cam dapat ipad lak gayanyaa .. Bila dah start .. dia diam .. tengok jer .. Macam faham !! Huh .. Bila dah abis , dia mengeluh .. Huhu ..

 

Pastu  dodoikan dia dengan cara baik punyaaa .. Aku duduk atas tu , pastu buaikan..  Dalam 10 minit , mmg selamat punyaa .. Confirm mata tertutup , dan baru leh letak dalam rocker dia ..

IMAG2217

IMAG2216IMAG2214

Bila dia dah tidur , barulah aku dapat buat kerja aku .. hehee .. Sebelah siang , dak kecik ni , mmg akan lena.. Tambah pulak cuaca sejuk je ni .. Tapi tengahari kang , mmg liat dah nak tidur .. Jadi , sebelum dia bangun , aku nak tidur jap .. hehe .. Jeles ? Hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Terlalu percaya atau yakin akan menyebabkan kita sendiri dalam kesusahan .. Maksud aku ialah , andai kita berjanji dengan seseorang untuk berjumpa atau mengadakan pertemuan , sebaiknya buat kepastian pada saat akhir .. Bukan apa , mana tau orang tu dah batalkan tetapi ‘pesanan’ pembatalan itu , kita tak dapat ..

Kalau tak , sahih kita akan jadi cam kucing kat atas ni .. Gemuk dok tunggu orang yang dijanjikan sedangkan dah dibatalkan pertemuan tu ..

Salah sapa ? Hehee .. Aku pon takkan salahkan orang tu kerana aku sendiri tak buat panggilan utk memastikan tiada pembatalan pertemuan di saat akhir ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes