BEN ASHAARI



 

Alhamdulillah .. Qhaliff semakin bijak berkomunikasi . Pastikan dia cukup kenyang sebelum sampai ke shopping mall .. Kesannya, kita akan dapat ke sana ke mari tanpa sebarang rengekan darinya..

Kelmarin , aku saja test masuk ke outlet Toy’s R Us kat Alamanda tu haa.. Nak tengok gak la apa yang boleh dibeli untuk Qhaliff bermain . Bila masuk situ , aku yang teruja lebih. Maklumlah , aku zaman kanan kanak dulu , jarang nak dpt permainan sbb ada 3 adik beradik lelaki .. Guna yg mana ada je .. Hahaha ..

Tapi , aku tak nak la ajar kat Qhaliff sngat dok beli mainan ni .. Belikan bahan bacaan , ok laa .. Tu yang bapak aku selalu buat . Hingga nak balik kampung , dalam kereta pon perlu ada buku untuk aku baca .. hehe .. Feveret aku , buku kisah para nabi ..

Berbalik pada cerita asal , akhirnya aku keluar dari situ tanpa beli apa apa sbb harga mahal giler .. Satu permainan , boleh dapat sehelai baju Qhaliff .. hahaha .. Kena fikir panjang skang ni .. Mana lebih penting .. kan ? Tunggu besar skit la baru beli mainan kat dia ..

Tapi skang ni , nampak cam tertarik kat HTC aku jer … hurmmmm …

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

IKLAN BERBAYAR

 

SCollagenP

Mungkin ada yang masih blum tahu yang Shaklee juga mengeluarkan Kolagen.Ye, Shaklee Collagen Powder adalah produk terbaru dari Shaklee. Alhamdulillah ramai yang berminat dengan Collagen Powder ni. Kesannya dapat dilihat seawal 7-8 minggu mengikut UJIAN KLINIKAL yang telah dijalankan. Syok kan ?

Kolagen adalah merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Ia menyumbang kepada kira2 75% berat dalam kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda2 penuaan lain seperti

  1. Kulit berkedut, kering dan melayut
  2. Kuku rapuh dan tidak kukuh
  3. Rambut halus dan gugur

Apa Kesan2 dan Faedah2 mengambil kolagen? Ada FAEDAH TAMBAHAN? Semua itu boleh dibaca di KENKOUSHOKU ..

Ketahui bagaimana untuk join Shaklee secara PERCUMA dengan setiap pembelian pakej FULLPACK!!

Jangan lupa LIKE FANPAGE KENKOUSHOKU untuk mendapatkan tips2 kesihatan dan promo terkini dari kami.

Email : lailasani@gmail.com | H/P : 019-7228520 (SMS/WhatsApp)
FB : http://www.facebook.com/lailaisma
FanPage : http://www.facebook.com/Kenkoushoku

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

“ Bangun bang .. kul 5.30 dh .. sahur .. “

Bangunlah aku lalu terus ke dapur dan dalam kepala aku cumalah kurma dan air soya. Dah cukup untuk aku ..

Terpandang jam tangan aku nun di atas meja .. Aku capai untuk pastikan aku tak terlebih waktu .

“ 4.38 am “

Grrrrr ….. 

“ Bang , bangun .. “

“ Laaa .. bangun lagi ? Tadi dh bangun kan ? “

“ Subuh laa .. “

“ Aik ? Terus subuh ? Takde sahur ? Adehhh .. sah terlepas sahur hujung waktu .. “ , bisik hati aku . Cerita banyak takde , terus ke tandas untuk ambil wudhu’ .

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Pada tarikh ini iaitu 7/8/2011 , setelah 2 tahun setengah menunggu .. akhirnya berita yang ditunggu , muncul juga ..

Entri tahun lepas yang aku rajin nak g copy paste dan edit skit ..

“ Semalam ... guna pregnancy test , nampak dua jalur ni .. Tapi menurut mereka yang berpengalaman berkata , keputusan dari pregnancy test ni tak leh nak percaya sangat.. Nak tak nak kena g dapatkan khidmat pakar perubatan .. Doktor laaaa.. hehehe ..

image

Maka ... aku pon g laaa ...Pergi la.. bukan gi laaa ( gila ) ... g klinik ibu mengandung dekat Precint Diplomatik .. hehehe .. Sampai sampai situ , aku macam tak percaya jer.. Gulp.. ramainya budak budak .. hahaha.. Apakah ???

Tersenyum melihat budak budak yang bermain berhampiran dengan aku .. hehehe.. Comel budak budak ni .. Alhamdulillah , pasti ibu bapa dia beruntung dapat anak anak comel gitu..

Giliran wife aku dipanggil .. Aku dan wife masuk ke dalam .. Gulp .. Doktor memberi salam .. Tersenyum dia ... Hehehe.. aku pon senyum ala ala kerang je.. Maklumlah , kali pertama .. Padahal sebelum tu tanya wife , " Nak kena masuk gak ke ??? " .. Hahahah... bengong kan aku ? Hahahaha...

Kemudian doktor tanya .. bla bla bla.. Wife jawab.. bla  bla bla .... Maka doktor kata , baik scan .. Bukan apa , kadang kadang ada yang fikir pregnant tapi bila scan , lain lak.. Haaa.. 

Setelah menerima pandangan dia , kitorang pon setuju untuk scan .. Dan keputusannya ....

IMAG0412

Alhamdulillah .. doktor kata dah 5 minggu lebih dan dalam keadaan sihat dan kalau jangka akan lahir sekitar bulan 4 , tahun depan .. Gembira ? Sapa tak gembira kan ? Aku amat bersyukur pada Allah dan juga rakan rakan yang senantiasa berdoa agar kami punya anak ..

Dan aku berharap kalian akan terus doakan kesejahteraan kami dan juga bakal junior kami .. Terima kasih atas keprihatinan korang semua .. Aku nak sebut satu satu , takut ada yang tercicir .. Bagi aku , korang yang menyokong aku dari dulu hingga sekarang dan akan datang , adalah sahabat aku yang tiada tolok bandingnya ..

Hanya Allah saja boleh membalas kebaikkan korang semua .. Doakan kitorang yer.. :) .. Psstt.. patut la aku rajin semacam kebelakangan ni dan juga kerap ngantuk .. Hehehe... aku ingat aku yang mengandung .. hehehe ... “

Dan setelah berbulan bulan tunggu .. keluarlah Muhammad Qhaliff Iman .. hhehe .. tu g la godek entri 4 bulan lepas .. hehe .. macam macam cerita ada ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Tadi g klinik Presint 9 untuk check up bulanan Qhaliff . Alhamdulillah , Qhaliff sihat. Ada gak tanya mengenai vaksin RotaVirus. Perlu atau tidak ? Jawapannnya , terpulang pada parents tu sendiri. Kalau nak diikutkan , 3 bulan punya vaksin yang diambil dah memadai .. Tapi takde halangan la kalau nak amik .

Selain dari tu , diukur ketinggian Qhaliff .. Semakin tinggi .. 65.5cm .. Naik 2.5 m.. Berat 6.5kg.. Berat naik skit jer.. Dan paling melegakan aku ialah masalah kat telur dia tu .. Alhamdulillah , dah sembuh sepenuhnya .. Huhuh..

Tiada suntikan kali ni .. Lepas selesai urusan dia , terus g Alamanda .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

IMAG2876

Eh , jap .. bukan gambar ni ..

IMAG2836-1

Ok .. betul dah .Yang ni baru sesuai .. Berapa ramai bapa yang akan pegang anaknya terutama yg bayi selama mungkin ? Tak ramai kan ? Pegang kejap pastu dah serahkan pada ibunya .. Haaa .. Kenapa ? Penat katanya . Penat keja .. Ibunya tak penat aihh .. Ibu dia ada kuasa superman sejati .. kan kan ?

Jangan la marah wahai ayah . Tapi inilah hakikatnya .. Ada suami mengatakan tugas menjaga anak , menjaga rumah adalah tugas si isteri walaupun si isteri kerja ! Ini sangatlah tidak patut ! Tugas ni tetap milik suami dan isteri cumalah membantu suami saja .. Haaa .. Tapi si isteri buat jugak sbb malas nak bertekak .. Kan kan ? Dan akhirnya , suami lepas tangan ..

Aku memahami semua ini bila aku bergelar MR.MAMA .. Nasib baik bukan semua suami macam tu Ada yang bagus .. Dia memahami isterinya yang penat bekerja , pastu balik rumah dan uruskan dari A hingga Z .. Dan suaminya akan bantu mana yang termampu .. Yelah , part menyusu takkan suami nak buat kan ? Bagi susu boleh laa ..

Ada suami , bila pegang anak kecilnya hanya cukup syarat .. Kejaaaap jer .. Pastu dah serahkan semula pada isterinya .. Katanya takut .. Hehe.. Kalau takut , letak atas katil dan duduk la sebelah dia .. Tak nak kan ? Hehe.. jadi itu cumalah satu alasan saja ..

Membesarkan bayi adalah satu pengalaman yang cukup indah ! Walaupun kita tak dapat menikmati kesusahan si ibu mengandung , tetapi membesarkannya dengan kedua tangan kita sendiri , kita dapat tau betapa payahnya si ibu mengandungkannya. Namun , kepayahan tu tak sama .. Kalau jaga bayi pon dah mengeluh , nak usung kandungan tu , apatah lagi kan ?

Wahai suami .. jenguk jenguk la anak tu dari dok sibuk jenguk tv tu haaa .. Kang dah ‘takde’ , baru nak nyesal ! Tak sempat nak habiskan masa la .. Tak guna nak tarik rambut !!

Qhaliff , semakin besar. Bila dah besar , jangan mimpi nak gomol pipi dia dah .. huhuh.. Pasti akan rindu saat tu nanti ..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Pilihan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9 : #10 : #11 : #12 : #13 : #14 : #15

Hari ke 15 , tak sempat nak buat sebab sibuk kat luar .. huhu .. Jadi apa pilihan aku kali ni yer ?

 

Berbuka denga keow teow kerang pastu ditambah dengan sambal kerang ! Merangkak weehhh pastu nak mandi !! Sedap banget nehhh .. huhuh ..

Resepi yang aku kebas dari blog kak Ummi Zaihadi ni , sememangnya mampu membuatkan mereka yang gemarkan kerang , terliur bila melihat gambar ni .. kan kan ? Mana tuala lak niii .. adoiyaii ..

Pastu pekena ngan Fruity Jelly ni .. alahainya .. naness wooo ..

Nak amik resepi yang lain ? Menarik wooo .. G jer ke blog kak ummi di http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

IMAG2891

Ok .. nak siapkan air untuk mandian Qhaliff .. Seluar dah ditanggalkan .. Stokin bola dia pon dah .. Tinggal baju dan diapers dia jer .. Tu kalau tanggalkan , jawabnya memancut ke udara laa gamaknya !

5 minit kemudian ..

VIDEO0042_0000013389

Mak aihhhh .. Ini sudah merbahaya ! Pergerakkan di luar jangkaan ! Jawabnya , selepas ni kena alert 150%  .. Tak boleh tinggalkan dia , lebih dari 1 minit ..

Kalau sakit perut ?? Takkan nak usung gak kot? Erk ..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

image

Serius , inilah mentaliti orang yang hidup bertuhankan duit semata mata .. Segalanya adalah duit ! Apakah duit mampu memberi kegembiraan pada mereka yang sememangnya berjuang demi negara ?

Mereka inilah perosak semangat patriotik negara ! Diorang ingat , semua orang nak kejar sangat duit kot ?? Alooooo … mmg duit tu penting tapi ingatlah , takde apa yang mampu membeli impian selain dari kesungguhan , semangat dan kejayaan ! Duit boleh beli semua tu tapi serupa bagi hadiah kereta biasa dan bagi kat jutawan.. Terima dengan senyuman berbanding bagi pada mereka yang benar benar berusaha untuk mendapatkannya ..

Baca entri pendapat aku mengenai ini lagi di  “ Nasib baik LEE CHONG WEI kalah .. “

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Kepenantan dua beranak merayau sana sini . Tu belum lagi nak g Jalan Tar .. Tapi mmg takkan pergi area sana .. Takkan selagi takde aku tak nak .. hahaha ..

Dan setiap petang , sebelum berbuka pasti ada geng geng bapa melepak bersantai bersama sama anak ..

Hehehe .. Topik ? Kalau takde politik dan sukan , tak sah ler ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Pelik dengan sikap orang kita .. Kalau tak libatkan bangsa , tak sah ..Kalau tak libatkan politik tak sah ..

" Nasib baik dia tak menang .. Kalau menang , abis duit rakyat ! ".

Apa punya pemikiran gitu .. Dia abiskan masa remaja dia dengan berlatih. Masa dewasa dia dengan ke sana sini berlawan atas nama negara .. Menaikkan nama negara .. Hinggakan dia terpaksa lupakan MASA DENGAN KELUARGA semata mata negara.. Tapi kita pandang DUIT jugak ..


Bayangkan anak kita nanti .. Dia nak masuk sukan dan berjuang demi sekolah ataupun negeri .. Kita kata je kat dia ..

" Buat apa .. bukan dapat duit. Belajar jer . Nanti kerja , dapat duit .." .

Aku tak nampak dah DLCW nak sangat duit .. Apa yang dia ada skang ni dah lebih pon untuk dia makan. Tapi apa yang dia cuba nak buat ialah KASI RAKYAT MALAYSIA GEMBIRA setelah dok berperang dengan politik !

Cuba bayangkan kalau yang wakil Malaysia tu , bangsa aku lak iaitu Melayu .. Haaa , mesti ada pulak fitnah yang menarik dilemparkan pada dia .. Apa saja tak kena kan ? Bomoh la , rasuah la , kaki perempuan la .. Segalanya dah terbukti sejak dari dulu lagi ..

Jangan cetekkan pemikiran kita ..

 

Lee Chong Wei

Sapa yang lebih kecewa sebenarnya ?

Share
Tweet
Pin
Share
39 comments

 

Serius , dia antara rakyat Malaysia yang layak dapat gelaran ini . Kalau nak bagi lebih pon , tak kisah laaa .. Dah dia mmg layak pon .. Dan ketewasannya pada Lin Dan malam ini sedikit pon tidak mengecewakan aku kerana sememangnya dia dah lakukan yang terbaik di Olimpik. Malah kalau kita tengok Lin Dan sendiri pon dah kecut perut sewaktu set ke 3 ..

Apa pun , anda tetap juara di hati rakyat Malaysia dan sejarah tetap terukir walaupun tidak dapat EMAS namun EMAS sebenarnya adalah perpaduan rakyat Malaysia yang memberi sokongan padu tanpa berbelah bagi padanya dan dia sendiri berjuang atas nama negara yang tercinta , MALAYSIA ! Ahli politik Malaysia pon tak mampu lakukannya !

Tahniah Dato’ Lee Chong Wei . Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi selepas ini ..

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Pagar join skali !! Hahaha .. Amboii .. ni keje wife aku la niii .. Penat woo ari ni .. Byk berjalan ..dia lain ler .. hahah.. Kira aku ngan Qhaliff je la posa ari ni .. Qhaliff posa apa pon aku tak tau haaa..

Standby malam ni nak sakit jantung !

Published with Blogger-droid v2.0.6
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Mmg santai skg budak nehhh .. Bebel pon dah .. Merengek  lagi .. Nasib baik laaa anak bapak !

Baru lepas ziarah anak kawan .. Hurm .. Jaga baby ni nampak mudah hingga ramai yg pandang remeh terutama si ayah ..

Kebersihan rumah perlu juga dijaga. Sekali sakit , mmg payah laaa ..

Published with Blogger-droid v2.0.6
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Haih..naik sebijik merah kat dahi .. Nyamuk kot ? Grrrr... Geram lak kt nyamuk tuuu .. Kat lengan pon ada ..

Perasaan ni automatik ada .. Patut ramai ibu bapa zaman ni tensen bila anak mereka kena pukul dek cikgu.. Maklumlah, masa kecil ada baby yg keluar masuk hospital.Bila besar , senang senang org pukul .. Tapi cikgu 'pukul' bersebab kan? Mengajar .. Anak murid nakal , siap ler.. Guru tahu tugas dia dan sbg ibu bapa , kena paham.

Nak g hospital HUKM jap.Tgk anak member dah seminggu dlm tu.Dijangkiti rotavirus.

Hurm .. Qhaliff Qhaliff ..

Published with Blogger-droid v2.0.6
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Olololo .. takkan la semata mata bergambar gini , anak terus tak nak mengaku aku ni ayah kandung yang tercinta , yang membelai dari kecl hingga besar ! Janji ditepati !! Bukan ungkit yer..

Tapi betul , hidup ni jangan terlalu serius sangat .. Gila sangat pon tak boleh .. Sesekali wat lawak , kengkawan ketawa .. terubat stress skit kan ? Kenapa nak serius sangat ?

Tudung ni milik anak buah aku , Dania .. Memang aku jumpa atas kusyen lalu aku kutip dan pakai .. Dia meraung nak semula tapi sayangnya , dah terlambat .. Nak bergambar dulu .. Nak wat kije giler jap .. hahaha ..

Confirm wife geleng kepala dan tak setuju tapi apa kesahh .. Bukan aku culik anak orang pon kan ? Haaa ..

Dan mmg aku ilang jap tensen bila tengok gambar buruk ni haa .. hahaha ..

Takkan Qhaliff tak nak ngaku aku ni ayah semata mata pakai tudung tu haa kan ? Smackdown nanti !!

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Tadi dalam perjalanan ke bazaar Ramadhan dengan suami adik ipar aku ( biras .. dah dibetulkan oleh kengkawn kat ruangan komen. Tqq.. ) . Dlm perjalanan tu berborak la pasal badminton. Tertanya bila pulak final badminton single tu haa .. Lalu teringat kawan aku  kaki badminton dan jugak seorang guru . Jadi saja je la aku call dia .. Kira bertanya khabar la sekali ..

“ Assalamualaikum bang .. Mana hang ? “

“ Aku kat Ganu weh .. “

“ Awat ? Balik menikah ka ? Awai lagi cuti ni .. “

“ Tak laa .. Mak aku meninggal dunia . Dua hari dah ..”

“ Allah… Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un  .. Sori weh .. Bila meninggal ? Sakit apa ? “

Menurutnya , mak dia sakit pakej la .. Macam macam ada .. Dah lama sakit katanya .. Dan skang dia buat tahlil 3 malam berturut ..

Siannya .. Kawan aku ni baik orangnya. Kira dia antara orang yang aku terhutang budi la.. Kalau g sekolah sama sama, aku tumpang dia ngan motor , haram satu sen dia tak nak amik .. Kalau belanja makan pon , keras dia tak nak . Kalau dia terima tu , tanda mmg dia sengkek abis ..

Al-Fatihah buat arwah ibunya. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Dalam malas malas nak g bazaar Ramadhan Presint 2  , akhir td g jugak memandangkan adik ipar dtg berbuka kat rumah ..

Apa yg aku teringin nak makan , aku beli la kat sana td .. Acar berlauk dan akok .. heheh ..

Orang tak ramai sgt tp kt gerai tertentu cam Roti John , murtabak , nasi kerabu , ayam golek mmg beratur org ..

Aku , cari yg tak perlu beratur ..

Published with Blogger-droid v2.0.6
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Tadi g layan TOTAL RECALL kat Alamanda dengan Que Achmad .. Sejak terpikat dengan trailer dia , aku mmg nak sangat la tengok filem ni ..

Total Recall Deluxe Version Album artwork

Dah ada versi ke 2 .. Versi pertama , pada tahun 1990 lakonan Arnold Schwarzenegger dan berkali gak aku layan .. Manakala yang versi kedua yang baru aku tonton tadi lakonan Collin Ferral.

Best ? Kalau korang minat filem aksi , filem ni mmg padat dengan aksi yang berlatarbelakangkan masa hadapan .. Ceritanya simple cuma kita bermain dengan perasaan , apakah dia sedang mengalami delusi atau kenyataan ? Aku hampir tertipu .. hehee ..

Tapi ok gak la layan filem gini .. Takde la boring sangat .. 3.5 bintang aku bagi .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Pilhan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9 : #10 : #11 : #12 : #13

rsz_dsc_6530

rsz_dsc_6520

Serius ! Aku nak bakar kuali mat nanti bila g Sedenak !!! Huwaaa .. Kelaparan dah aku bila tengok KUIH CARA BERLAUK TUNA. yang dibuat oleh Mat Gebu ni haa ..

Aduss .. tak tahan dah .. aduss .. helppp …

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Serius ! Bukan semua tapi ramai laaa .. Aku harap lelaki yang baca blog aku ni antara yang bukan la yer..

Bodoh ni ertinya tak pandai … Bukan maki yer .. Cuma dalam tajuk aku ni , kebodohan lelaki akan terserlah bila bercinta mengikut nafsu. Perempuan ? Ini bukan isu perempuan .. Tu isu lain ..

Tang mana kebodohan lelaki ni terserlah bila bercinta ? Bila terikut nafsu menyayangi pasangannya tanpa batasan lalu jadilah keldai mengikut kehendak pasanganya tanpa fikir baik buruk dah .. Yang keduanya , bila putus cinta .. Makkkk aihhh .. Ada yang sanggup berkurung dlm bilik.. Nak lagi terserlah ‘kebijaksanaannya’ , ada yang sanggup bunuh diri !

Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !! Apa punya turrr daaa ..

 

Hanya kerana tidak dapat menerima hakikat cinta pertamanya terputus di tengah jalan, seorang remaja nekad menelan 80 pil darah tinggi milik ibunya .

Menurut sumber, remaja lelaki itu yang tinggal dengan ibu selepas kematian bapa sejak setahun lalu dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis berusia 19 tahun.

“Anak bongsu dua beradik itu dikatakan meminta wang belanja daripada ibunya setiap hari bagi menyara teman wanitanya itu.

“Malah, remaja lelaki itu dipercayai pernah mengherdik ibunya yang enggan memberi wang,” – HMETRO

 

Lelaki oiiii .. awak tu lelakiiii .. Pondan pon cool je bila putuss cinta.. Apa daaaa ..  Rileks laa .. Berlambak laa perempuan kat luar sana tuuu yang menanti kasih halal berjantina lelaki ni haaa ..

Kuota aku pon ada lagi 3 .. ahaaa .. hahahaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

 

Kalau dah duduk semeja , cerita berjela , janji nak segera jawabnya ada yang menyinga .. Heheh ..

Jangan la marah eh .. Tapi tu la LELAKI .. Bila dah terlepas keluar memalam untuk melepak sekejap dengan kawan maka tiada dah istilah SEKEJAP .. Al-maklumlahhh .. bukan senang nak terlepas hehe ..

LELAKI ni , ceritanya tak macam perempuan bila duduk semeja. Bab shopping , make up atau apa saja yang melibatkan duit laa .. Lelaki , topik dia macam macam terutamanya hal dunia. Lelaki mmg gemar pk masalah dunia . Hal diri sendiri , dia simpan sampai ke mati .. Tamo susahkan kawan kawan la prinsipnya. Konon la… hehe ..

Tapi , jangan buat selalu .. Sesekali , ok la.. Selalu sangat , mak bapak pun benci kan ? Yang dah kawin tu , beringat la anak bini kat rumah. Penyamun skang ni , tak kira dah ada orang ke takde orang . Semua diorang rembat masuk . Mungkin pk dah ada ilmu tebal la kot. Bukan kebal yer .. Tebalkan muka masuk rumah orang .. Yelah , dah pakai topeng.. Tebal la kan ?

Lepak lepak gak .. Jangan sampai kena sepak lak … huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

VS

IMAG2876-1

Terima kasih .. Aku tau korang mesti pilih aku punya .. Ni belum make up lagi ni .. Cer bayangkan kalau mekap . Confirm ayusss giless punya .. Rileks ar .. Aku je tak nak masuk pertandingan miss miss shawl ni haa .. Confirm juara arrr .. Sbb tu aku pilih kekal seperti sedia ada ..

Share
Tweet
Pin
Share
35 comments

 

“ Tak kiraaaaaaaaaaaaa .. Kelantaaannn  .. “

“ Apa laakkk .. Si Qhaliff tu ada waris gak kat Penang .. Haaa .. Tu tanah kebun durian tuu , dia punya gakk .. Nak gak dia tengok .. haa .. “

“ Tak kiraaaa … Tak kiraaaa … TRW gakkkk … Kalau tak , awak balik sorang ! “

“ Eh , apa laakkk … Tuuu Qhaliff tu binkan saya okeehhh .. “

“ Saya yang beranakkan diaaa .. Haaa .. “

Hahaha .. saja je bakar sebenarnya .. Aku tak kisah pon balik raya mana mana .. Asalkan beraya .. Lagi pon , puasa sebulan dh kat KL .. Raya pe salahnya kat Kelantan .. Tapi saja bakar ajak wife gaduh .. lalallala

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

Dalam banyak banyak cerita yang ada kat tv hari ni , yang DORA THE EXPLORER ni dia tengok beria sungguh . Tak payah nak layan dia .. Bersungguh dia ketawa , tersenyum dan bermain sambil mata kat tv .. Erkk ..

IMAG2871IMAG2873IMAG2874

Abis laaa .. pasni mesti tv itu milik ku seorang ! Ari ari DORA ? Arghhhh … Tidakkkkk .. Tapi nak tengok kartun je ok.. Jangan bunyi nak pinjam ultrabook sbb nak main game Dora daahh laaaaa .. Huhu…

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Pilhan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9 : #10 : #11 : #12

Antara kegemeran aku sbb ada mee hoon dan ayam .. Huhu.  Pastu cili .. Arghhh .. Siapkan air sirap .. Meleleehhh .. hahaha ..

Mee hoon soto dari blog SueJoshua ni mmg nampak kelazatannya apatah lagi dia mmg gemar memasak.Pastinya ada sesuatu yg menarik perhatian dia kenapa mee hoon soto ni antara resepi yg menjadi pilihannya ..

Huhu .. Sabar je ler … Banyak lagi resepi yang ada kat blog dia ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

CHIKAPOWWOW ( CPW) telah menampilkan satu lagi konsep yang lebih menarik agar mereka yang gemar membeli gadget secara online dapat membeli secara langsung dari mereka di samping dapat berhibur membida di laman web CPW ..

Caranya dengan membuat pembelian terus menerusi butang ‘ BUY NOW’ .. Tak rugi dah pasni .. Kalau dulu , ada yang kata akan kerugian , jadi kini korang boleh beli terus gadget  atau item yg korang nk tu..

Kalau tak faham , boleh tonton video ni dulu ..

Amacam ? Jadi , kalau taknak membeli menerusi pembidaan atau penawaran , beli jer terus item yang kita nak tu . Chikas yang ada kat tangan tu , leh je buat berhibur dlm tu atau membida item yang kita nak.. Kemudian , beli je terus kalau rasa nak beli dengan harga yang ditawarkan dengan mengabungkan Chikas yang sedia ada dan juga wang tunai  .. Senang je kan ?

Dlm laman web CPW , ada juga item yang dikhaskan untuk mereka yang baru di situ. Maknanya , item tu , orang lama tak leh kacau ! Dikhaskan untuk orang orang baru .. Hehehe.. Ok la tu kan ? Hehe..

TIPS : Anda boleh membelinya terus melalui ‘ BUY NOW AUCTION’ sekiranya tidak mahu melalui pembidaan biasa (‘NORMAL AUCTION’ ).Rujuk video di atas.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Kita kita yang ada orang gaji ni , bernasib baik sebab byk kerja diselesaikan oleh mereka. Tang kurang nasib baik tu , bila orang gaji lari atau banyak songeh .. kan kan ?

Biasanya yang amik orang gaji ni , ada anak kecil yang perlukan perhatian terutama bab makanan dan keselamatan .. kan kan ? Camana pulak bab kebersihan ?

Kes member aku semalam yang mana anaknya dijangkiti kuman Rotavirus dan doktor memberitahu ada kemungkinan dari air yang tercemar. Dan babynya tu diuruskan oleh orang gajinya ..

Soalan pertama aku pada dia , apakah orang gajinya mandi terlebih dahulu sebelum menguruskan anak kecilnya tu ? Hehe.. Bayangkan dengan tak mandi , pastu sediakan susu lagi .. Aiyoo… Kebersihan botol susu bila tiada pengawasan dari majikannya lagi .. Hurm.. Dan dia jwb mmg tak jaga kebersihan diri ..

Diorang ni apa kisah sangat kan ? Maklumlah , macam kita gak.. Bila bos tak de , ada yang buat kerja sambil lewa .Tau tau , gaji hujung bulan .. Haaaa.. kan kan ?

Pastu kalau kita marah orang gaji kita lak , mesti dia bengang kan ? Ada la kes anak majikan didera .. Atau majikan sendiri mendapat balasannya. Kalau yang kita tak perasan contoh cam bila diorang bersihkan tandas , diorang guna berus gigi kita untuk bersihkan jamban .. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh .. Lazaat gituu ..

Apa pilihan kita kita ada eh ? Dapat orang gaji yang ok , selamat la.. Tu pon berapa peratus selamat pon tak tau laaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

image

Adoi .. Bulan Ramadhan yang mulia ni pon masih lagi ada yang tak reti nak menghayatinya eh ? Boleh pulak nak cari menda menda gini .. Alahaiii ..

Tapi tak hairan la.. Dalam 999 semalam pon ada memaparkan lelaki muslim kantoi kat tempat urut atau spa tu haaa.. Ramadhan tak bererti cuti bagi lelaki yang tak reti dosa pahala..  hurmm ..

Berbalik pada carian google kat atas tu , aku cuma salute hari pertama Ramadhan jer .. Carian top adalah waktu berbuka puasa .. hehe.. Pastu muncul semula cerita seks ni haaa .. Mana mai cerita seks kat blog aku ni pon aku tak tau aihh ..

Boleh dia cari ngan mak nyah ??? Hahaha .. Takde selera aku .. Tapi ada lelaki selera lebih lagi kalau dia mekap tebal tebal .. Pernah ada sorang kawan aku cerita yang ada sorang maknyah tu sebijik Siti Nurhaliza.. Adoiiiii..

Nafsu , lembu kasi pakai skirt pon nampak cam JLO ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Soalan:
Apakah hukumnya seorang perempuan mengandung yang meninggalkan puasa di bulan Ramadhan kerana dikhuatiri dirinya akan menjadi lemah dan tidak berdaya melakukan kerja-kerja seharian (di pejabat
dan di rumah)?

Hadifah, KL

Jawapan:
Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa. Boleh juga berbuka sekalipun yang menjadi sebabnya adalah soal anak.

Menurut Imam Tirmizi, sebahagian ulama mengatakan, wanita hamil dan menyusui itu boleh berbuka puasa dan memberi makan kepada fakir miskin, kalau dia mahu boleh pula dia mengqadha tanpa memberikan makanan kepada fakir miskin. Sedangkan menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.

Sumber : Darulnuman

 

 

Nak dijadikan ceritalah ,semalam wife balik lunch .. muka lesu giler .. Maklumlah, sahur tak dapat nasi . Aku lain la.. Dapat kurma pon dah cukup. Tenaga yang nak dikeluarkan hanyalah untuk melemparkan senyuman kat Qhaliff ..

Katanya , masa nak balik lunch untuk menyusu Qhaliff , nyaris dia nak eksiden sbb terlalu letih dan mengantuk. Yelah , dia pon pam susu kat opis .. Maklumlah , ada FS .. hehe .. Senang katanya .. Aku pon nak try gak. Nak  tau tang mana senangnya tu ..

Bila dah sampai rumah , zassss … muka pucat lesi . Aku kata dah , tak yah puasa .. Lagi pun sejak dia berpuasa ni , ada kurang sikit la kuantiti stok susu ..

Terus dia cari bantal , tidurr… Haaa .. Terus tak larat nak bangun g kerja .. Tak pasal pasal kena amik half day .. Tu laaa .. Cakap otai tak nak dengar ..

Dan ari ni .. sahur pon terlepas.. Ngan aku aku terlepas . Tapi aku tak pe .. Stok ikan patin ngan ikan keli masih ada dalam perut .. InsyaAllah leh tahan sampai petang .. hehe.. Dia ? Nak menyusu lagi .. Haaa ..

Pengalaman semalam , mengajar dia .. Kalau tak kerja , tak per .. Kalau hingga boleh membahayakan kesihatan dan nyawa seperti terpaksa memandu sendirian ke pejabat , sebaiknya tak yah la puasa dulu. Ganti je kemudian .. Kan dah Allah bagi kemudahan tu ..

Yang laki , jangan mengedik tak nak puasa lak .. Haishh ..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Ramadan satukan Norman, Abby dan Memey

Jangan tunggu raya , baru sibuk nak menghulur jari. Selagi bernafas dan mampu melakukan , buat jer terus . Nak lagi best , gunakan jari jemari atau juga lidah untuk menuturkannya. Takkan nak guna FACEBOOK atau TWITTER kot ? Tapi kalau dah jauh , nak wat camana kan ? Lebih baik ada dari takde langsung .. kan kan ?

Semoga Allah berkati kita di bulan yang mulia ini . Ampun maaf dan selamat pagi dari aku .. hehehe .. Aku dan Qhaliff .. wife ? Ala, kira  pakej la tu ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Ingat tak entri aku berkenaan baby kawan aku tempohari yang masuk ke hospital akibat demam panas ? Rujuk kat entri SINI ..

Tadi ada aku tanya kembali perkembangan babt dia tu .. Katanya babynya sah dihidapi ROTAVIRUS.. Puncanya , aku masih belum dapat jawapan .. Hurm.. Siannya ..

Dan dan terpandang Qhaliff .. Camana ngan dia eh ? Ari tu ada aku buat entri pasal ni  Rujuk SINI untuk membacanya .. Apakah perlu dia perlu ambil suntikan pencegahan ? Hurmm ..

6hb ni nak g buat check up  Qhaliff untuk kali ke 4 .. nanti nak tanya doktor .. Hurm…

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

4 bulan dah usia Qhaliff dan sebulan aku menjaganya .. Alhamdulillah .. Karenah dia dalam tangan dah .. hehe ..

IMAG2343IMAG2342

Hari pertama dilahirkan ..

IMAG0920IMAG0864-1-1

2 bulan dah usia dia ..

Dan hari ni , genap dia dah 4 bulan .. Badan dia pon kuat dah sikit berbanding dulu .. Hehe.. Namun belum nampak dia manja ke arah sapa lagi .. huhu ..

 

IMAG2834

IMAG2831IMAG2853IMAG2849-1

Perkembangan bayi di usia 4 bulan ..

Makan kurang kerap

Apabila bayi anda mencapai usia empat bulan, perutnya sudah membesar jadi dia tidak lagi perlukan makanan begitu kerap – hanya empat atau lima kali sehari. Namun begitu, berat badannya masih bertambah – keperluannya untuk mengambil makanan menurun apabila dia menjadi lebih besar, lebih mirip kepada kekerapan kanak-kanak yang lebih tua atau orang dewasa. Sekarang di waktu makan, perhatiannya mula beralih kepada orang dan benda-benda, justeru, walaupun anda seronok apabila melihat dia sedar dan responsif terhadap benda-benda baru, anda mendapati bahawa memberinya makan menjadi satu perkara yang sulit. Sekiranya bayi anda mudah ralit dan tidak menumpukan kepada makanannya, carilah satu tempat yang lebih sunyi untuk memberikan dia makan.

 

Bakat baru pusing meniarap dan menelentang

Apabila bayi anda dibaringkan atas perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini membantu bayi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di sekitarnya. Dia mungkin juga mengangumkan anda (dan diri sendiri!) dengan berpusing dari baring telungkup kepada telentang, atau sebaliknya. Anda boleh menggalakkan ini melalui mainan: goyang-goyangkan patung mainan di tempat ke mana dia akan pusing untuk menggalakkan dia mencuba lagi. Beri tepukan dan senyuman apabila dia melakukan ini; dia memerlukan sokongan anda sebab perbuatan-perbuatan barunya ini agak menakutkan baginya.

Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut

Bayi anda sekarang sudah boleh memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek, walaupun lazimnya pertama kali dia mencuba dia terlepas sasarnya. Apabila dia dapat memegang sesuatu, dia akan mengkajinya untuk seketika dan kemudian cuba memasukkannya ke dalam mulut. Anda juga akan memerhatikan air liur banyak meleleh sekarang. Setengah bayi sudah mula tumbuh gigi ada seawal usia empat bulan, tetapi gigi pertama bayi selalunya tidak keluar sebelum usia lima atau enam bulan.

Galakkan bayi anda mencuba dan bermain dengan pelbagai jenis objek. Umpamanya, lampin kain yang bersih boleh mengasyikkan bayi untuk beberapa minit. Perhatikan dia menghisap sesuatu objek, memegangnya, dan ketahuilah apa yang akan berlaku apabila dia merenyukkannya. Berikan dia kelentong ringan dan perhatikan betapa seronoknya dia mendengar kelentong itu berbunyi jika digoncang. Menyediakan tempat aktiviti bayi atau gim buaian adalah baik di peringkat ini, iaitu di ketika bayi anda mempelajari tentang sebab dan akibat - umpamanya, dia mendapati bahawa apabila dia mengerakkan tuil atau butang, dia mendengar loceng berbunyi.

Kini mampu bermain sendiri

Pada masa ini, bayi anda sudah pandai bermain dengan tangan dan kakinya untuk beberapa minit setiap kali. Sungguh ajaib! Pada satu ketika, anda tiba-tiba sedar bahawa tiada kedengaran apa-apa dari dalam bilik, jadi, anda jengok ke dalam dan melihat bayi anda yang sebelum ini memerlukan perhatian dan jagaan anda hampir setiap detik dia berjaga, sekarang boleh bermain dengan sendiri. Mungkin sekarang anda boleh kembali membaca surat akhbar seperti dulu kala.

Mula memahami peranan bahasa

Para penyelidik percaya bahawa menjelang usia empat bulan, bayi anda sudah boleh memahami semua bunyi-bunyi asas dalam bahasa ibundanya. Antara usia empat dan enam bulan, dia menguasai kemahiran membuat bunyi vokal, seperti "ma-ma" atau "da-da." Walau bagaimanapun, dia tidak mengaitkan bunyi itu dengan ibu atau bapanya. Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru bunyi – anda sebut "boo", dan dia akan cuba menyebutnya juga. Anda boleh mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men"cermin"kan perlakuan dia. Oleh sebab anda memberi reaksi terhadap sesuatu bunyi yang disebut olehnya dan bereaksi apabila dia cuba menyatakan sesuatu, bayi anda mula mempelajari tentang kepentingan bahasa dan mula memahami konsep sebab dan akibat. Dia mula sedar bahawa apa yang diperkatakan olehnya akan membawa kesan tertentu.

Memahami rampaisari warna yang pelbagai

Bayi boleh mengecam warna dari dia mula lahir, tetapi mempunyai kesukaran menbezakan nada terang-gelap dan corak warna seperti oren dan merah. Sebab itu, mereka lebih gemar hitam dan putih atau warna yang berkontras tinggi. Antara usia dua dan empat bulan, perbezaan warna menjadi lebih jelas, dan bayi anda mula dapat membezakan nada dan corak yang berlainan bagi sesuatu warna. Bayi anda akan menunjukkan kegemaran bagi warna primer yang terang. Dia akan tertarik kepada mobil tergantung yang berwarna cerah (digantung supaya tak dapat dicapainya), poster-poster terang dan buku-buku keras yang berwarna menarik.

Lebih memilih orang

Menjelang empat bulan, bayi anda mungkin sudah boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran anda, suara anda dan juga ekspresi muka anda dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya.

Sekitar masa ini juga, bayi anda, yang setakat ini cenderung memberi senyuman kepada semua orang yang dijumpainya, mula memilih orang-orang yang dia mahu berdekat dengannya. Jika dia berada dalam kumpulan ramai atau dengan orang yang tidak dikenalinya, dia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menjadi selesa. Sediakan sedikit masa untuk bayi membuat transisi apabila berjumpa dengan orang yang tak dikenalinya atau apabila bayi ditinggalkan dengan penjaga. Anda akan juga mendapati bahawa apabila dia berada dalam dukungan anda, dia lebih berminat untuk berinteraksi dengan orang lain – terutama sekali kanak-kanak yang lebih tua yang bising dan riang riuh.

 

Sumber : BabyCenter

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes