BEN ASHAARI



 

Alhamdulillah .. Kalau berita yang bagus mengenai artis , apa salahnya kita war warkan tanda kita menyokong dan gembira atas ‘kejayaan’ mereka menyedarkan diri mereka .. Kita bila lagi kan ? Yang dah tu , alhamdulillah .. Harap terus di landasan yang benar dan diredhai Allah ..

 

Sharifah Sofia Syed Hussein

 

Shila Amzah kini sudah bertudung

Nur Shila Amir Amzah

Tak perlu la kita mempersoalkan kenapa , mengapa atau berapa lama mereka semua ni memilih untuk berhijrah tetapi apa yang patut kita lakukan ialah amik iktibar dan juga muhasabah diri lalu berdoa pada Allah agar mereka terus beriman pada Allah dan begitu juga kita .

Sewaktu aku membaca artikal mengenai mereka tadi di Yahoo , ada satu komen menarik minat aku … Aku copy paste sat eh ..

 

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam

 

Syukur aku pada Allah sbb beri peluang pada aku untuk menginsafi diri dan mengubah diri menjadi baik , setiap kali aku dibangkitkan dari tidur..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

IKLAN

Yup!!! 11 kg dah turun.

Berkat Ramadhan, 20 hari berpuasa berjaya turunkan 2 kg lagi. Target 5 kg sebenarnya utk sebulan berpuasa ni. Tapi dapat turun 2-3 kg pun cukup bersyukur.:)

Nak tau RAHSIA di sebalik penurunan 11 kg tu. Tiada RAHSIA mana pun sebenarnya. Akan saya kongsikan di sini. Untuk produk2 SHAKLEE yang saya guna, boleh refer entry2 yang lepas di bawah ni. (Sila klik ye)

Turun 7 kg!

Turun 8.8 kg!

Tentang pakej2 yang disediakan utk DIET dengan produk SHAKLEE, anda boleh refer ke sini. Klik link di bawah ni ye.

Pakej2 dari KENKOUSHOKU.

Ok, berbalik kepada RAHSIA penurunan 11 kg ni ialah :-
(WARNING : Kalau anda baca list di bawah ni, semuanya adalah benda biasa2 aje, tapi kalau anda amalkan, InshaAllah anda pun boleh kurangkan berat badan anda. Kalau tak turun banyak, sikit pun jadiiilah)

  1. Kurangkan pengambilan makanan berat utk dinner.
  2. Wajib ambil sarapan.
  3. Ambil sayuran/buah2an dalam kuantiti yang banyak.
  4. Banyakkan minum air.
  5. Senaman at least 3-4kali seminggu. (Saya tak konsisten yang ni, 2 bulan pertama langsung takde senaman, tp still boleh turun berat dengan 2kg sebulan)
  6. Kurangkan FAST FOOD. Kalau boleh jangan langsung!
  7. Kurangkan makan di luar sbb kita tak tahu penggunaan minyak dan bahan2nya macammana. Seelok2nya masak sendiri ye.
  8. Kurangkan pengambilan gula. (Saya langsung tak ambil gula untuk minuman, milo tanpa gula, teh-energy tea mix, kuih tradisional atau kek saya kurangkan, kalau masak pun saya hanya letakkan sedikitttttttttttttttt sahaja gula)
  9. Makanan yang saya elakkan :-
    • ROTI CANAI
    • APA2 YANG BERSANTAN
    • NASI LEMAK
    • TEH TARIK @ APA2 MINUMAN YG MENGGUNAKAN SUSU PEKAT MANIS, SAYA TUKAR DENGAN FRESH MILK

Itu jelah rasanya yang saya sentiasa amalkan. Tanpa GAGAL?? Ouhhh, tidaklah seketat itu. Sekali sekala ada CHEAT DAY ok je. Yang penting,

  1. Jangan stress! Pilih makanan yg SEDAP di mulut dan di tekak wpun berdiet.
  2. Ada target, berapa kg nk hilangkan, kenapa nk turunkan berat badan, bila nk capai target tersebut. Mesti jelas, kalau tak jelas pasti hilang arah tujuan.
  3. Mesti KUAT SEMANGAT! 
  4. Mesti DISIPLIN!
  5. Mesti ada SENAMAN sekali sekala....(ramai yang susahhhhhhhhhhh nk buat ni kan...:P)
  6. Berdoa pada ALLAH, moga dipermudahkan USAHA MURNI kita.

Ok, saya dah share dah semuanya. Tiada apa yang rahsia lagi. Jom kita start hari ini. Bukan hanya nk kurus di mata suami, di mata sendiri mahupun mata2 sesiapa sahaja. Tapi fikirkan lah utk kesihatan anda, kesihatan SEKARANG dan MASA DEPAN, INSHAALLAH.


Ketahui bagaimana untuk join Shaklee secara PERCUMA dengan setiap pembelian pakej FULLPACK!!

Hubungi saya untuk mengetahui cara mendapatkan HARGA AHLI dan konsultasi percuma dengan setiap pembelian dari Kenkoushoku!!! Jangan lupa LIKE FANPAGE KENKOUSHOKU untuk mendapatkan tips2 kesihatan dan promo terkini dari kami.

Email : lailasani@gmail.com | H/P : 019-7228520 (SMS/WhatsApp)
FB : http://www.facebook.com/lailaisma
FanPage : http://www.facebook.com/Kenkoushoku

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

G Alamanda petang tadi .. Niat nak cari baju raya untuk Qhaliff .. Saja nak belikan dia satu memandangkan ada rezeki lebih untuk dia . Ok la tu kan ?

IMAG2928

Hurm… Ada ke size dia ni ? Susah nak nak cari haaa … Jumpa tu jumpa tapi warna tak comel la pulak … Harga ? Huhu.. mmg menarik jiwa laa ..

IMAG2925

Hurm.. pusing pi pusing mai .. Cari punya cari .. Last last jumpa !!

IMAG2939

“ Daddy , kata nak cari  Qhaliff punya tapi nape daddy yang borong ni ?? “

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Qhaliff ..RM ???

Published with Blogger-droid v2.0.6
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

" Daadyy .. daaddyyy .. Naaaakk naaikkk... Naakk naaikkk .. "

" Duit ada tak ? Kalau ada , g laa .. "

" Daddy adaa duittt .."

" Duit daddy dah abisss .. Tu la Qhaliff nak itu ini .. Nanti daddy kena g work mlm mlm cari duit .. Tinggal Qhaliff ngan mummy kat rumah .. haa. Ok ?

"Ok ..  "

" Huh.. "

Published with Blogger-droid v2.0.6
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

IMAG2920

“ Bang .. nape dipakaikan baju tidur pada awal pagi ni ? “

“ Ala .. ok la tu .. dari tak pakai apa apa .. Asalkan ada .. “

“ Tu tengok stokin .. alahai anak aku .. “

“ Laaa .. ok la tu.. saya dulu stokin lain lain color g sekolah .. Kawin gak ngan awak .. Haaa .. “

“ Lantak ler … tak tau nak kata apa dah .. “

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Pilihan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9 : #10 : #11 : #12 : #13 : #14 : #15 : #16 : #17 : #18

“Bang , nak makan apa ari ni ? Tak tau dah nak masak apa .. “

“ Hurm.. saya pon tak tau dh makan apa .. Masak telur je la .. Sedap apa makan telur jer .. “

Itulah aku .. Tak kisah laa .. Telur mmg kegemaran aku selain ayam .. Telur ni , kalau kita pandai nak gayakan , macam macam leh dibuatnya .. Kena kreatif.. Tak semestinya kena ada resepi turun temurun untuk diikuti bagi memasak telur ni haa .. hehe

Tak kisah la simple , asalkan kenyang .. kan ?

Antara yang menarik ialah ..

Sambal telur asam boy

Yang ni , kalau letak 10 biji , 10 tu la aku leh telan .. huhu ..

 

Telur Masak Kicap CMG

Grrrr … mmg lazat hok ni haaa .. Perghh ..

 

Lemak Cili Api Tempoyak Telor Ceplok

Ok.. terus terang , aku tertelan air liur tengok yang ni..

 

Bistik telur segera

Kalau aku g makan kat luar , ni mmg akan aku order punya .. huhu ..

 

Dan banyak lagi laa resepi resepi telur yang dikongsikan bersama oleh blogger SueJoshua kita ni haa .. Kalau nak tau lagi , boleh ke blognya .. SUEJOSHUA

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

VIDEO0045_0000088748

Hurm .. semalam berbuka kat rumah mak aku. Anak anak buah aku cukup teruja bila Qhaliff datang .. Seronok diorang nak main ngan Qhaliff .. Dan cam biasa , seperti automatik muka Qhaliff jadi mencuka. Sapa punya perangai pon tak tau laa .. Puas la agah dia , tak gak jalan ..

Anak buah aku tu ada dua orang .. Hurm.. kesian aku tengok diaorang .. Haih .. Aku nak cerita dalam ni , mcm tak patut la pulak tapi tu laa .. Sedih .. Bukan la kena dera atau kena pukul tapi .. hurmm ..

Kita yang ada anak ni , jagalah .. Jangan ingat bagi makan pakai , dah memadai . Perhatian tu.. Anak memberontak sebenarnya dalam diam bila mereka rasa terabai .. Kerja kerja gak . Tapi bila sampai rumah tu , tumpukan perhatian pada anak .. Kalau tak ? Jangan salahkan mereka kalau buat perangai ..

Tu kalau budak kecik ..Bayangkan yang dah remaja. Mereka tetap anak kecil kita. Berlagak dewasa jer .. Tetap  perlukan perhatian. Bukan pengawasan..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Jemput la berkunjung ke fanpage FB satu jenama pakaian yang semakin mendapat perhatian ramai , Habibi by Alkenali.

Demi memenuhi kehendak syariat.. Habibi by Alkenali menyediakan shawl yang lebar dan besar, sgt sesuai digayakan muslimah utk menutup aurat dgn sempurna.

Kami menyediakan pelbagai shawl yang menarik dari bermacam-macam jenis material dan saiz.

Antaranya....

 

 

  

Kalau nak beli secara online pon boleh, boleh pm di Habibi by Alkenali atau hubungi Habibi Hotline ~ 012 655 3974.

Promosi Ramadhan kali ni..free pos ke seluruh Malaysia.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

AzizulHasni Awang dapat no 6 dlm acara kegemarannya kelmarin , manakala pingat emas dapat kat Chris Hoy dari Britain. Apakah punca kemenangan Chris Hoy ni ?

Salah satunya adalah basikalnya .. hehe .. Basikal yang dia guna tu dianggarkan bernilai £15,000 (RM72,824) . Beratnya hanya 6.8 kilogram dan jauh lebih ringan daripada basikal yang terdapat di jalan raya. Kita boleh mengangkat basikal itu dengan hanya menggunakan sebatang jari jer …

Rangka basikal itu diperbuat daripada gentian karbon dan tayar basikal itu dikatakan diperbuat daripada sutera.

Perghh … Tunggu apa lagi ? Ada sapa sapa nak sponsor atlit kita ni ?

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Siti Wardah Mohd Fathi, 16

Hari ni , di kesemua 61 cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara, kecuali di dua kiosk di Pantai Hospital, Bangsar, dan Taman Tema Genting, dari 8.00 malam hingga 10.00 malam, Baskin Robbin Malaysia menawarkan satu skop ais krim percuma buat semua orang tanpa perlu tengok kewarganegaraan mereka .. hehee ..

Dan menariknya, ramai mengeluh bila melihat barisan panjang menunggu giliran untuk menikmati ais krim percuma tu haaa ..

Haaa .. Baru beratur panjng , korang dh mengeluh .. Boleh beli la konon .. Perghh .. Memang boleh beli tapi tak sama dengan usaha untuk mendapatkannya ! Bukan soal percuma atau tidak tapi itulah semangat yang ditunjukkan Dato’ Lee Chong Wei untuk bergelar juara ! Berusaha tanpa mengenal erti penat dan juga masa yang digunakan demi mencapai cita cita ..

Beratur berapa lama sangat nak dibandingkan nak dapatkan pingat kat Sukan Olimpik tu haaa.. Berapa kerat rakyat Malaysia ada simpan medal pingat Olimpik tu .. Bukan soal mahal murah tapi semangat dan kesungguhan serta keyakinan yang ditunjukkan itulah yang penting ..

Satu skop vs satu pingat Olimpik ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Punya la liat dia nak tidur petang ni .. Mungkin sbb perut tak berapa kenyang kot ? Yelah , tadi dia berak kaw kaw punya penuh .. hehe .. Pastu bagi sebotol susu 4 aun .. Pastu kasi mainan kat dia .. Pastu dia main.. Pastu aku pasang tv .. Pastu dia pon tgk sekali .. Pastu aku tengok dia .. Pastu dia kusyuk jerrr .. Berapa byk pastu daaa..

Dia kusyuk tang satu bab.. Bab lain , dia tak kisah pon ..

IMAG2916

Jari dia tak nak lepaskan jari aku .. Nak pegang sajaaa .. Amboii .. Tapi mata kat tv tu haaa .. Babak apa ??

IMAG2918

Babak nangis .. Alahai.. Aku tak tengok pon apa cerita ni .. On kan tv tu semata mata nak alihkan perhatian Qhaliff yang dok tgk aku jer .. hahha.. Mintak simpati la tuuu .. hehe..

Lama betul dia dok tengok perempuan tu nangis hinggalah iklan keluar .. Dia pon tak tengok dah .. Apakah ? Anak aku ? Er .. Jiwang ? Cam bapak dia ? Oh nooo .. Oh… noooo .. Abis laaa .. Abis laaaa …

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

“ Mandi dah bang ? “

Boleh dia tanya soalan tu kat aku ? Mentang mentang la duduk rumah jer .. Adoiiyai .. Patut la kan , kalau tengok mak mak kawan kita yang kat rumah tu dok ngan kain batik , muka macam tak mandi pagi , macam macam bau ada haaa .. Kita mesti cop kata tak mandi pagi .. kan kan ?

Aku ni , pagi lagi mandi dh .. Pastu jaga  Qhaliff .. Walaupun tak bersihkan rumah ( rumah mmg besti 24 jam.. Tak tau la sapa bersihkan .. haha )  dan hanya jaga budak kecik  tu jer tapi mmg bikin badan keluar peluh terutama kat ketiak tu haa.. Huh .. Tengittt .. Gelak la pulak !! Tunggu la korang jadi suri rumah sepenuh masa … Haa .. tau la camana rasa ..

Yelah ,bukan semua suri rumah yg macam aku kata tapi majoritinya gitu la.. Bukan tak reti nak berhias tapi tak larat nak berhias. Ngan anak lagi .. Ngan blog lagi .. Nak layan email lagi .. Huhu ..

Patut laa ramai ibu ibu rupa macam kena kejar dek harimau jer bila seharian kat rumah .. Aku sendiri pon macam dh kena rogol jer ! Tak de mood nak berhias .. Takat nak berhias bagi Qhaliff tengok , takde maknanya .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

image

Bongsu : Long , lama lagi ke ?

Ngah : Diam la..

Along : Lama lagi .. Kang nak masuk waktu buka , along kejut la.. Dah dah .. Tidur ..

Acik : Zzzzz .. Blurppp .. Ops .. Terkantoi lak ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Pilihan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9 : #10 : #11 : #12 : #13 : #14 : #15 : #16 : #17

Apakah makanan yang boleh membuatkan kita tertelan air liur bila melihatnya ? Kalau aku la kan , maggie .. Tu dulu laa.. Confirm aku tergugat abis bila ternampak maggie atau terbau maggie bila jiran sebelah umah tak puasa makan . Hahahah .. Tu zaman sekolah laa.. Spesis .. Tapi aku cekaalll .. Cekalll woo .. Hahaha .. Dan yang bawah ini ..

asam boi

Terliur beb ! Confirm !! Dia punya masam .. adusss …  Tapi bahaya pada perut dan usus kita sebenarnya kan ? Huhu ..

Ok .. Jom kita tengok apa makanan pilihan aku hari ini ..

KERABU !!

Kerabu Jantung Pisang Ikan Bilis

 

Kerabu Peria

 

Somtam

 

 

Kerabu Ayam

 

Urap Kangkung & Taugeh

 

Kerabu Mangga

 

Kerabu Sotong

Dan banyak lagi laaa kerabu yang ada kat blog HANA MEMORIES ni .. huhu .. Pelbagai resepi makanan adaa haa..

Sedapp kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

IMAG2911-1

Dah bangun terus aku lepas subuh tadi. Sahur pon terlepas . Bangun , terus buat kerja skit sementara si kecil ni masih tidur .. Ikutkan , dia pon dah bangun tapi ‘ditidurkan’ semula dek mak dia .. Dan dijangka akan bangun semula jam 9 lebih nanti ..

Seperti baby lain walaupun ada yang tak kisah tapi Qhaliff ni kalau siang hari , tak leh dengar bunyi yang berdesing cam bunyi ‘klik’ .. Tapi bunyi tv , ok jer dia.. Pelik aihh ..

Jadi ,kena la aku bergerak dengan perlahan lahan .. Kalau dia nyenyak , senang sikit aku nak wat kerja kerja aku antaranya sambung tidur jap .. hehe .. Ni pon aku duduk kat sebelah dia sambil update blog ..

Huh ! Jiran sebelah pulak dok main loceng ! Adeh …

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

image

Tampil berbeza aidilfitri kali ini ketika berhari raya @ menziarahi sanak saudara @ menghadiri majlis rumah terbuka dengan Jubah Habibi ..Pelbagai warna, material, dan saiz boleh didapati di Habibi by Alkenali

Utk pengetahuan anda , size terdiri dari 36(s) hgga saiz 52 xxxxxxl-6xl .Jadi ,  semua org boleh gayakan jubah Habibi by Alkenali (yeay)

image

Jubah Habibi ni inspirasi Arab Eropah namun disesuaikan dgn masyarakat dan cuaca di Malaysia.Habibi by Alkenali juga mempunyai pengedar @ wakil jualan di hampir seluruh malaysia. juga di Brunei dan Singapore.

image

Kalau nak beli secara online pon boleh, boleh pm di Habibi by Alkenali atau hubungi terus Habibi Hotline ~ 012 655 3974. ~

Untuk promosi Ramadhan kali ni , free pos ke seluruh Malaysia.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Dah lama la Ben oiiii ..

Huih .. Nampak sangat aku ketinggalan zaman ! Hahahah .. Bukan tak amik tau tapi terlupa nak amik tau .. Hahaha .. ALASAN ! Hehe.. Terlepas pandang jer .. Ni baru aku tau selepas ternampak gambar dia kat FB mana tah .. hehe ..

Chong Wei ditauliahkan pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM ) berkuat kuasa 1 Mei tahun ini.

Terbaik ! Contoh yang patut diikuti oleh kita semua terutamanya dari semangatnya yang senantiasa berjuang habis-habisan menentang ‘musuhnya’ . Kalah menang , belakang cerita. Yang penting , berjuang hingga titisan terakhir !

Anda antara contoh rakyat Malaysia yang terbaik ! Tahniah ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Diberitakan bahawa anjing dari spesis bull dog ni cuma merapati seekor landak lalu diserang dari jarak dekat oleh landak tu . Dipercayai hampir 500 duri landak telah dilancarkan oleh landak tersebut.. Lalu jadilah muka anjing tu seperti yang korang lihat tu haa.. hehehe .. siaann ..

Landak tu nak g minum air kat kolam di rumah tuan punya anjing ni haaa .. Anjing gatal nak g kacau la kot.. Kira nak tunjuk kat tuan dia yang dia buat keja .. Agaknya nak halau la tuuu .. Mesti dok “Goooong …gooongg ..goooong .. “ .. Bengang dengan bunyi bising jarak dekat , tu yang dpt hadiah harijadi kot ..

Kira pasni  , ada akai la skit kot anjing ni .. hehehe ..Insaf eh Bella ?

Siann .. masih ada baki duri dlm badan tu yang tak bleh nak dikeluarkan .. Huhu.. Lain kali , ingat yer .. Bukan awak je ada gigi nak gigit orang .. hehe …

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Hurm.. sian dia petang tadi .. Menangis memanjang .. Terlalu mengantuk tapi tak leh tidur dia .. Tak puas susu .. Tau sangat .. Bagi byk dah tapi sbb ada yang susu berbau tu yang buat dia tak puas .. Kena tunggu mak dia balik gak baru dia puas ..

Yup.. mmg betul pon .. Lepas mandikan dia , mak dia susukan dia .. Tak sampai 5 minit .. Zzzzz … Sian dia .. Haihhh ..

Nak tengok video Qhaliff ‘bercakap’ , klik SINI

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Kul 9 pagi , selepas aku mandikan Qhaliff .. Cam biasa , aku akan bagi dia susu selepas dia puas bermain ..

Botol pertama , dia minum dengan begitu berselera. Hampir aku nak rasa gak sbb macam best jer .. Tapi teringat puasa , aku batalkan niat aku tu haa .. Hampir hampir jer wooo .. Hahaha ..

Kemudian , Qhaliff nangis lagi .. Aku tau , dia mesti ngantuk dah tu tapi memandangkan nurse semalam suruh kasi minum susu banyak banyak , aku kasi sebotol lagi . Tapi aku tau , dia takkan abiskan . Paling tidak pon , 1 aun jer .. Tau sangat perangai tak cukup makan ni diwarisi dari sapa ! Hahaha ..

Peliknya , botol ke dua ni dia tak nak minum sangat .. Dia biarkan meleleh jer dan kemudian merengek nak lagi .. Aku pelik laa.. Masam ke susu ibu ni ? Menurut wife , baru lagi susu tu.. Dalam sehari je pon .. Segar dari ladang tuuu ..

Aku bukak dan bau . Ehmm… ada bau tapi bukan bau masam .. Kalau ada bau masam pon , mesti dari ketiak aku .. Huhu ..

Jadi , aku kensel je la kasi susu dan tidurkan Qhaliff .. Lena kooo .. Huh .. saja jer nak dera aku .. Tapi susu tu ?

Tunggu wife balik waktu lunch je untuk dapatkan jawapan .. Nak rasa sendiri , aku pon tak tau camana .. Aku confirm bedal jer .. hehe ..  Tak tau mana segar mana masam .. Janji kenyang . Sakit kemudian cerita .. huhu ..

Kul 1 petang .. wife balik untuk menyusukan Qhaliff .. Aku cerita kat dia .. Suh dia test .. Dia kata tak masam .. Memang kekadang ada susu mengeluarkan satu bau .. Dia tak leh nak jelaskan bau apa tapi memandangkan segala maklumat di hujung jari kita , maka janganlah malas untuk mencari maklumat .. heehe ..

Terjumpa satu kes di susuibu.com ..

“ Di rumah saya hanya mempunyai fridge 1 pintu. Susu yang saya bekukan saya akan gunakan dalam tempoh seminggu kerana was-was dengan keadaan susu tersebut. Tetapi ada susu yang disimpan seperti berbau kuat walaupun baru 3-4 hari disimpan. Adakah susu tersebut masih elok coz sayang nak buang atau tanda susu dah tercemar. “

Dan jawapannya ..

“ Insya Allah, EBM itu masih boleh digunakan, untuk pengetahuan puan, susu yang diperah akan berbau tengit kerana tindakbalas enzyme yang terdapat di dalam susu (dikenali sebagai lipase).

Lipase - enzim yg bertindak mengurai/memecahkan lemak dalam susu ibu supaya lebih mudah dihadam oleh bayi. Lagi tengik susu itu, lagi tinggi kandungan lipase yang terdapat dalam susu itu.

Ia akan menyebabkan perubahan rasa pada susu tersebut. W/bagaimanapn susu itu tidak memudaratkan bayi apabila diminum. “.

 

Woooo .. baru aku tauuuu .. Maka segala persoalan aku telah terjawab.. Tapi , camana nak tau susu itu masam atau tidak eh ? Ada tips tak ? Kira tanpa perlu rasa laa.. Maklumlah puasa.. Kang aku rasa , aku bedal semua .. hahahah ..

IMAG2910

Terbongkang lepas dapat susu ibu segar dari ladang punya .. huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Ada yang tanya aku , tak bosan ke duduk rumah je ni ? Kalau tanya aku sblm bergelar Mr.Mama ni , serius best giler duk umah .. Skang ? Bukan tak best , tapi otak beku beh ! Bekuuuuuu …

Bila dok pikir menda macam ni , teringatlah kat akak akak suri rumah sepenuh masa tu haa .. Alahai , patutlah diorang gembira bila suami mereka ajak keluar .. Kematu dah bontot duk rumah .. Bila dapat keluar tu , otak cair serta merta .. Tak payah g jauh pon , asalkan keluar dari rumah .. kan kak kan ? Apa ? Bukan semua eh ? Kalau bukan semua , bagus la … hehe ..

Tapi si suami ( bukan semua laa .. Ayat ni perlu ditekan kan sebab akan ada yang kata , “ Nasib baik suami saya bukan gitu .. “. Alahai .. Umum kak oiiiii .. umum .. ) biasanya akan bagi alasan hari cuti tu laa nak berehat kat rumah .. Maka , si isteri masih lagi bekerja walaupun pada hari cuti.. Kesian kan ?

Apa salahnya , tiap tiap hujung minggu bawa keluarga keluar beriadah .. Penat camana pon , segalanya akan hilang bila melihat keluarga tercinta gembira bersama sama .. kan kan ?

Sementara ada masa ..

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Pilihan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9 : #10 : #11 : #12 : #13 : #14 : #15 : #16 

Pilihan aku hari ni , sotong ! Hehe .. Sotong sedappp wooo .. Macam macam resepi boleh dibuat dengan sotong ni haa .. Antaranya ?

 

Sotong dan Buncis Tumis Tomyam

 

Opor Sotong

 

Sotong Berempah Madu

Sotong Berempah

Sotong Oriental

 

Dan banyak lagi laa .. Semua ni , korang leh jumpa kat blog kak Yatie .. Jangan terliur yer .. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes