BEN ASHAARI



 

Cuaca panas menyebabkan Qhaliff berpeluh ketika tidur lalu mak dia bukakan baju dia .. Pada masa sama , akak akak yang datang ke rumah bertanyakan Qhaliff .. hehe .. Tak tanya pun pasal aku .. huhu..

Aku g jengok Qhaliff kat tempat tidurnya .. Dah terjaga pun. Sekejap benar tidurnya.. Mungkin panas la tu .. Aku dukung dan bawa keluar tanpa bajunya. hehe .. Panas.. aku sendiri pun berpeluh peluh ..

Terus disambar oleh salah seorang rakan Whatsapp juga seorang blogger ..

Terus tertunduk malu dia .. Ecehh ..dah reti malu jugak anak aku neh ehhh .. hehehe … Dan cam biasa , sukar untuk dia lemparkan senyuman .. hahaha .. Qhaliff qhaliff ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Tak malukan daddy la si Qhaliff ni .. Hari ni dia sangatlah baik walaupun boleh je dia bantai menangis ..

Seperti yang kengkawan WHATSAPP aku rancang , mereka mintak aku jadi tuan rumah untuk buat perjumpaan geng setelah asik bergossip memanjang di hp dan segalanya berjalan dengan lancar.

Makanan , masing masing bawak .. Kira ala ala pot luck laa .. Senang sikit sbb aku ngan wife mmg tak larat nak buat open house memandangkan kami demam .

Ada laksa penang , nasi tomato , laksam dan macam macam lagi laa ..

Dan Qhaliff sangatlah baik sepanjang hari .. Takde la nak buat perangai bila ada orang kat rumah .. huhu ..

Photo

Teringin nak buat open house gak tapi risau takde orang nak datang .. huhu ..

Macam ni pun dah penat banget badan .. Respek kat Mat Gebu yang terima kehadiran ramai tetamu sepanjang Syawal ni .. Penat tapi berbaloi katanya … Tabik !

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Kadang kadang aku terfikir kenapa ada orang takut nak berterus terang mengenai hal sebenar .. Orang tu dan insaf pun ketika dia menceritakan mengenai sesuatu kejadian ..

Tapi peliknya orang kita ni gemar menambah lagi kekesalan orang tu dengan memakinya .. Apa ni ? Sapa kita ni nak marah orang yang pon sedar akan kesalahannya  tu ha ?? Haishh ..

Pelik kan ? Tapi tu la orang kita yang seolah olah dia tu bagus laa sangat .. Sepatutnya , sama sama la amik iktibar dan belajar dari pengajaran tu haaa ..

Kalau dok marah lagi orang tu , rasa rasa ada ke orang nak bertaubat secara terang-terangan atas niat berkongsi pengalaman hidup lagi ? Dan apabila tu berlaku ,  kita cuma akan dengan yang baik-baik saja tanpa ada pengajaran hidup dari orang lain ..

Baca dan hayati .. Bukannya baca dan tolong marah lagi .. Ada sebabnya orang tu bercerita ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Gambar hiasan

Bayangkan pemandu kereta pakai headphone sebesar tu kemudian memandu kereta .. Kalau pandu kereta dalam rumah dia sendiri tak pe la .. Kalau kat luar ? Camana ?

Apa masalahnya pulak ? Lantak laa kan nak pakai headphone sebesar mana kan ?

Ceritanya begini .. Semalam , sewaktu aku memandu dari Bangi nak pulang ke rumah .. Sampai kat satu simpang ni , ada sebijik Myvi keluar dari simpang tanpa tengok pon kehadiran kereta lain .. Signal pun tak bagi nak masuk ! Aku hon sekali .. Toleh pun tidak .. Apatah lagi nak angkat tangan untuk mintak maaf ! Ego betul makhluk ni haa ..

Angn ? Tentu laa.. membahayakan aku dan keluarga aku .. Aku lajukan kereta untuk selisih dengan dia .. Dia lajukan lagi kereta dia. Dari belakang , nampak la dia guna headphone sebesar tu haaa ..

Aku follow dia dari belakang. Aku tau kat depan tu nanti dia akan berenti sebab ada traffic light . Jangkaan aku tepat ! Aku berenti betul betul sebelah dia dan aku angkat tangan tanda aku marah .. Bukan bagi jari tu tapi macam nak bagitau ..

“ Buta ke ?? “

Dia nampak dan gerakkan kereta dia dan langgar lampu merah tu .. Aku pun follow dari belakang .. Terus bagi lampu besar ! Lantak laa.. Berenti ? Aku mmg dah bersedia dah .. Angin beb !!

Tapi dia terus blah … huh ! Geram dan mengigil aku .. Hilang kawalan kerana menurut amarah aku … Satu kesilapan yang tak patut aku buat langsung ..

Hurmm .. Tujuan aku sebenarnya bukan untuk bergaduh tapi untuk sedarkan dia akan tindakan dia tu membahayaakan orang lain yakni memakai headphone tu haa.. Confirm leka dengar lagu sbb fikiran kita kan tumpu pada apa yang kita dengar tu haaa ..

Silap dia … dan juga silap aku .. hurm…

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Bila ada orang bagi laluan kat kita untuk kita melintas jalanraya atau sebagainya , angkatlah tangan sebagai tanda terima kasih atau lemparkan sedikit senyuman .. Atau kalau tak nak pun , melintas dengan cepat dan bukannya berlenggang kangkung lagi ! Grrr ..

Bukanlah mengharapkan balasan tapi berbudi bahasa la sedikit .. Memalukan ! Kata ada agama .. kata ada bangsa .. tapi buat perangai macam alien dari marikh jer !

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Tadi g Bangi . Cari dapur , oven dan sebagainya laa .. Brandnya , seperti yang aku tanya kat orang tua tua laa.. Diorang syorkan tu dan sesuai gak ngan budget ..

Sampai satu kedai ni .. lama dah usha kedai ni .. Macam macam ada kat kedai ni .. Ada dua tiga pilihan gak la .. Buat perbandingan harga ..

Sebenarnya , ada dah dapur pilihan dengan diskaun 10% lagi tapi saja nak usha kat kedai ni .. Pusing pi pusing mai , harga yang dia tawarkan lebih mahal dari yang wife nak ..

Wife tanya aku .. amacam ? Nak g kedai yang dalam kepala kitorang tu atau nak je amik kat situ ? Tapi wife tak nak sbb mahal hampir 400 !

Aku g kat salesman tu aku terus terang jer .. Aku bagitau , aku dapat jauh lebih murah dengan diskaun 10% lagi ! Haaa .. Aku tunggu je dia kata , tak pe la kalau gitu kan ? Tapi tak la pulak .. Dia amik kalkulator dan tekan sana sini ..

Tup tup , harga dia bagi sama dengan kedai yang aku nak amik tu siap dengan hadiah percuma lagi .. haaa .. amek kauuu .. Tapi dengan syarat , cash laa ..

Eleehhh .. ingat tak mampu la kot nak cash .. hahaha ..

“ Kami mmg nak beli cash . Tak suka hutang .. “ .

Selamba je wei .. Kasi bukak mata sikit .. Ingat datang pakai kedai tak pakai tie ngan briefcase , tak mampu beli tunai keee ?? Haaa ..

Segala urusan pembelian berjalan lancar hinggalah … aku tercari cari dompet aku !

“ Huk aloh .. kat rumah … “

Tu laaa .. riak lagi … Hahahaha .. Nasib baik ada duit sikit untuk bayar deposit .. Esok kena g untuk bayar semua .. Hahaha ..

Apa pon tak boleh !

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

IMAG3456

G open house kawan opis wife yang juga jiran setaman .. Makanan ? Yummy .. melazatkan .. Aku jaga Qhaliff dan wife g amik makanan .. Heheh .. Aku malas nak berasak ..

Bihun sup dan air sirap sampai sudah .. hehe .. Lapar nehh .. Awal pagi dah buat macam macam ker .. Jadi , tiba masa untuk makan .. hehe..

Satu suap .. Mmg sedap .. Masuk suapan ke dua .. Macam nak telan semua pastu amik lagi je rasa .. Qhaliff , atas riba aku .. Bila aku tunggu untuk suap aku jarakkan dia ..

Suapan ketiga , zasss …. bihup sup yang berada dalam mangkuk polistrin tu tumbah atas seluar aku .. Puncanya ? Tangan Qhaliff pantas pegang mangkuk tuuu .. Nasib baik sup tu tak panas .. Kalau tak ??

IMAG3457

Terus mati mood nak makan .. Tapi aku tak la marah dia pon .. Silap aku gak .. Lap skit pastu basuh .. Terus aku balik rumah dan bawak Qhaliff balik ..

Kita tengok hindustan je la Qhaliff .. Biar je ibu lepak sana .. huhu ..

Tak marah aiiih … Daddy sayaaang Qhaliff … huhu .. Baru tau camana perasaan bila anak ‘ wat hal’ …

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

image

Dari Sinar Harian Online ..

Yang pertama , seorang wanita Turki sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama lapan bulan. Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri.

Menurut sumber yang dekat dengan kes, perogol itu dikatakan mula menyerang wanita itu beberapa hari selepas suaminya meninggalkannya pada Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.

Tambah sumber itu, perogol mengancam mangsa  dengan pistol dan mengugut akan membunuh anak-anaknya yang berumur dua dan enam tahun jika dia bising.

Selanjutnya , baca di SINI ..

Kes kedua , perkenalan singkat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang baru menjangkau tiga hari mengundang padah buat seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di salah sebuah sekolah di Bidor apabila dia menjadi  mangsa rogol secara bergilir-gilir tiga pemuda.

Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa berusia 15 tahun itu baru berkenalan dengan salah seorang suspek dan diajak keluar untuk beraya di rumah rakan suspek di sekitar Tapah sebelum makan malam bersama

Selanjutnya , baca di SINI ..

 

Hurm.. tak perlu nak komen yang mengutuk mengeji .. Kita baca dan jadikan pengajaran .. Entri ni sekadar untuk kita fikirkan sejenak …Dua kejadian rogol tapi situasi berbeza ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Bapa Ammar: Maafkan kesilapan anak saya !

 

Ada banyak cara nak luahkan perasaan tapi dengan cara mengaibkan , tu takde akal namanya ! Masa buat , mmg nampak hero atau bolehlah berdekah dekah ketawa. Atau ramai jer tepuk bahu tanda bagi sokongan . Bila dah kantoi , mana dia yang tepuk bahu tu ?? Yang jerit bagi sokongan , mana ?? Sapa yang tebalkan muka ?

Bapa Ammar: Maafkan kesilapan anak saya

“Saya menyesal," akui Muhammad Ammar.

Aku bukan nak panjangkan cerita ni .. Memang dia dah menyesal dan baguslah .. Cuma buat kita ni , jadikan semua ini satu pengajaran . Memang seronok meluahkan perasaan ikut hati tapi seronok tu tak kekal lama .. Pasti masalah datang kemudian .. Bila dah gitu , sapa yang akan tolong kita ?

 

"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa,", kata Ammar..

Kita sama sama jadikan ikhtibar. Jaga maruah keluarga .

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Terkena tapi apa nak buat .. Begitulah gaya mereka di Malaysia ni .. Berjanji akan selesai dalam masa tertentu tapi bila sampai masa , diminta tambah sedikit masa kerana belum dapat disiapkan ..

Tulah yang aku hadapi skang ni .. Walaupun tiada masalah lain , aku berpegang pada janji .. Jangan bagi janji manis tapi tak dapat ditunaikan kerana kita ada kerja lain untuk diselesaikan ..

Rumah aku yang sedang dalam pengubahsuaian , sepatutnya siap dalam minggu ni tapi tak dapat siap .. Minggu depan baru leh siap .. Begitu juga kitchen cabinet yang dijanjikan akan dipasang minggu ni , tokey tu kata barang yang ditempah lom siap. Bila janji , 10 hari siap ada barang dan pemasangan sehari dua .. Dan bila pembelian di buat , apa pon tak boleh !

Aku beli sinki , water heater dan beberapa barang untuk toilet kat satu kedai popular di Malaysia ni .. Dia kata , anytime je boleh hantar .. Kita ni yang dah terpikat dengan cara layanan dia , beli la kat dia .. Bila sampai masa untuk penghantaran , mulalah masalah. Memula dia kata kita tak bagi no telefon .. Padahal dah bagi .. Kena tunggu lagi 2-3 hari lagi .. Bila sampai masa pulak , water heater yang kita order , diorang hantar salah .. Kena tunggu pulak minggu depan untuk hantar yang baru .. Adoi .. geram betul laaaa ..

Nasihat untuk korang yang nak beli barang barang peralatan rumah , kena tanya betul betul dengan diorang . Jangka masa , pastu apa jaminan tiada penambahan masa dan kalau diorang tak tepati janji , apa diorang nak bayar ganti rugi .. Haa .. Maklumlah , kita beli cash .. Pastu masa dibazirkan begitu saja ..

Korang tau , best part kan .. Kita dah beli , bayar pon dah .. Diorang antar tak betul .. Kita tak puashati , dengan mudah diorang kata boleh refund ! Mmg la ok tp masa kita ? Ingat segalanya percuma gitu saja ? Haih .. Banyak lemak sebenarnya peniaga kat Malaysia ni ..

Amik tindakan ? Penat nak ulang alik ke pejabat aduan jer nanti .. Jalan terbaik kan , korang google kat mana mana forum dalam internet ni atau baca kat blog kot kot ada komplen mengenai kedai yang korang nak g tu ..

Aku sedang tunggu penghantaran barang . Tadi dia call kata kul 10 pagi.. Ni call kata kul 11 lebih lak .. Apa cerita ??

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Gambar petang tadi .. Walaupun dia nyenyak tidur di mana saja , daddy dia akan berada di samping dia .. hehehe .. Pak Guard la katakan .. hehe ..

Skang dah kul 12.46 .. Dua malam berturut dia , jaga time ni .. Main bagai nak rak .. Bersungguh sungguh main .. Aku yang tengok lak rasa penat ..

Dan malam ni , setelah puas bermain dengan mak  bapak aku ( g ziarah diorang tadi ) , aku merasakan Qhaliff akan lena malam ni .. hhehe ..

Tanggapan aku , salah pada mulanya. Dia tidur dalam kereta .. Tapi bila sampai rumah jer , dia terjaga dan mata dia amatlah cerah dan aku buat keputusan untuk tutup je laptop tapi aku tahan dulu .. Aku tengok cara mainan dia lain macam jer .. Macam layan mamai jer .. ehehe ..

Yearghhhh .. betul ! Dia terlena dengan sendirinya .. heheheh … Dan aku masih di sebelah dia ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Alhamdulillah .. 5 bulan dah usia Qhaliff .. 2 bulan aku menjaganya tanpa orang gaji atau maid mahupun antar ke taska . Orang kata jaga baby ni senang jer .. Kalau dia dah tidur , kita boleh buat apa saja .. Hehehe .. Tu kata otai ! Aku yang potai ni ??? Nak pegang bayi memula pon kecut segalanya .. hahaha ..

Alhamdulillah .. atas tunjuk ajar rakan rakan seperjuangan ( rakan rakan dunia maya ) memberikan tips dan petua , Qhaliff berjaya aku tewaskan .. Walaupun baru 2 bulan , aku dah tau lenggang lenggoknya . Apa intro dia sebelum dia menangis , kenapa dia menangis  dan cara nak memujuknya ..

Bukanlah riak atau nak bangga .. Selama ni , aku beranggapan , aku tak mampu lakukan seorang diri dan senantiasa mengharap hari minggu agar wife boleh membantu..

Tapi setelah berdua bersama Qhaliff , segalanya dalam poket aku .. Dan dia pon semakin besar .. Tak lama lagi , dia akan mula makan .. Hehehe ..

“ Qhaliff .. jom lepak KFC jom ? Ke Kenny Rogers ? “ .

Confirm mak dia jeles ! Hahahaa .. Syok keje sendiri ni ..

Tapi aku bukan sekadar jaga Qhaliff jer .. Sambil sambil tu jenuh cari idea untuk update blog .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Tengahari td dia batai tdo dari kul 1 hingga 4 lebih .. Apakah dia simpan tenaganya utk berjaga lagi malam ini ?

Published with Blogger-droid v2.0.8
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Aku gemar download drama drama bersiri yang berbaloi untuk didownloadkan seperti Walking Dead , Grimm , Falling Skies , 24 dan banyak lagi .. Yelah , rumah dah takde ASTRO , jadi manfaatkanlah UNIFI yang ada tu .. hehe ..

Dan terbaru , aku baru layan semalam drama bersiri REVOLUTION yang confirm episodnya bakal berjela jela ..

2012-09-07_15-51-05

Best ke ? Aku tak tau la bagi korang .. Bagi aku , idea diorang ni mmg aku senantiasa terfikir .. Apakah akan jadi pada dunia jika tiada bekalan elektrik ? Kalau takde telefon , kita dah mengelabah .. Takde komputer , dah jadi beban nak buat kerja .. Tapi kalau  TIBA TIBA takde letrik ? Semua benda tak leh pakai .. Haaa .. camana tu ? TIBA TIBA yer .. Bukan hidup dalam zaman purba .. hehehe .

Inilah yang nak ditunjukkan dalam drama ni .. Yang pastinya , segalanya kembali seperti dahulu kala .. Aku baru layan episod pengenalan .. Dan mmg tak sabar nak tunggu episod selanjutnya ..

Ops .. Tak penting pon cerita cerita begini . Kalau sekadar nak abiskan masa terluang tu , ok je layan .. Layan utk cari idea baru update blog ..  hehe ..

2012-09-07_16-05-472012-09-07_16-05-51

2012-09-07_16-06-18

Puncanya kenapa boleh kehilangan tenaga elektrik inilah yang menjadi persoalan drama ini .. Dan seperti biasa , KUASA adalah agenda utama .. huhu ..

Nak download Revolution ? G kat teamhanna.org .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

“Seorang bayi lelaki yang baru 17 hari dilahirkan maut selepas tersedak susu yang dipercayai diberi ibunya sendiri di kediaman mereka di Desa Indah Relau, Sungai Nibong di sini semalam.

Bayi berkenaan, Ng Kian Weng disahkan mati di rumah itu selepas selepas diberi minum susu pada pukul 6 pagi .Hasil bedah siasat yang dijalankan pakar forensik mendapati, punca kematiannya adalah disebabkan tersedak susu di saluran pernafasan.”– Kosmo

Hurmm … tersedak susu.. Antara kecuaian ibu bapa atau penjaga menjaga bayi kecil . Walaupun ada ibu atau bapa yg dah ada anak ramai , jangan sesekali memandang remeh bila bab menyusukan anak ni ..

Tak kira si isteri atau suami , ilmu mengenai menyusukan bayi perlu ada dan senantiasa dititikberatkan sewaktu menyusukan anak kecil tu .. Jangan pandang enteng wooo .. Aku sendiri pun takut hingga sekarang ..

Dalam intenet atau di kedai kedai buku pun ada jual buku mengenai teknik penyusuan ni. Google dan dalami ilmu mengenainya . Tak kira dah kawin atau belum , kena ambik tau gak .. Mana tau berlaku depan mata kita bila ada bayi tersedak susu , kita tau apa yang kita kena buat .. Tindakan pantas akan menyelamatkan satu nyawa ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Kelmarin sewaktu disuntik , nurse bagitau mungkin Qhaliff akan demam 2-3 hari .. Setelah 2 hari , yang nak demam ialah aku ngan mak dia ! Aku dah start batuk batuk kering gitu .. Wife dah sakit tekak .. Selsema pon iyer .. Qhaliff ? Tenang dan mendamaikan seperti takde apa apa berlaku ..

Tadi pagi , aku pergi ke Kementerian Pelancongan. Rumah terbuka di bahagian lama aku bekerja dulu .. Kul 10 pagi sampai.. Makannya kul 12 .. awal la pulak ..Tak pe la , ziarah kawan kawan . Ada ramai staff baru gak .. Syukur aku dah ‘bersara’ ..

Qhaliff , seperti biasa .. automatik muka dia berubah macam muka aku ! Serius dan tak nak senyum langsung .. Aku main cak cak pun dia wat dek ! Amboiii budak ni.. Pandai benar berlakon ehh ..

Dalam kul 11 lebih , aku balik rumah sbb Qhaliff dah mengantuk .. Dia bangun awal .. Dia kalau dah mengantuk , mmg tiada maaf bagimu .. Dia menjerit serupa dalam bilik karaoke dia buat haa ..

Kat rumah , automatik dia senyum , ketawa , dan menyanyi gitu !! Grrrr …. Sihat benar budak ni aihh ..

Tak pe la.. mak bapak sakit , tak pe .. janji anak sihat …

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

image

image

Kenapa mesti kena pakai corset dari Premium Beautiful ?

  • Saya nak jaga kecantikkan badan saya dan mendapat bentuk tubuh saya seperti sebelum mengandung dan boleh di pakai ketika berpantang untuk mengantikan bengkung traditional
  • Saya mahu menghilangkan masalah keputihan saya kerana saya tahu ianya memberi kesan jangka panjang kepada utk saya hamil.
  • Saya mahu membetulkan kitaran haid saya yang tidak teratur dari zaman anak dara hingga telah berkahwin.
  • Saya mempunyai masalah sellulit melampau selepas bersalin..!!
  • Saya mempunyai masalah pada bahagian peranakkan saya dan ingin/masih mencuba untuk mengandung.
  • Saya mempunyai masalah tulang belakang/Slip disc.
  • Saya mahu KURUS tanpa perlu mengambil apa-apa ubat kurus atau minuman yang saya tak tahu keburukkanya kepada organ saya pada jangka panjang.
  • Saya tahu dengan memakai Premium Beautiful Corset badan saya akan membentuk shape yang lebih menarik walaupun badan saya kurus/'comel".
  • Saya yakin dengan produk ini kerana ramai kawan2 saya yang telah mengunakannya dan berkesan!!

Kalau anda berada di salah satu situasi diatas maka anda mmg patut memakai Premium Beautiful Corset ini.

Nak tau lanjut mengenai ciri produk dan kebaikan-kebaikan yang ade jom lawat www.farizamunir.com

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

IMAG2970

Baru-baru ni aku ada hadiri satu majlis perasmian kempen yang dianjurkan oleh PETRONAS iaitu PETRONAS RAYA ,MERDEKA DAN MALAYSIA DAY .. Satu majlis yang simple tapi sangat mendalam maksudnya ..

Majlis yang simple tu dibuat di Galeri Petronas , KLCC dan dihadiri oleh media dan juga beberapa blogger.

Majlis diserikan  lagi dengan Dato Mohammad Medan Abdullah , PETRONAS’ Senior General Manager of Group Corporate Affairs Division . Beliau menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kempen  yang dianjurkan oleh Petronas ini .

 

IMAG2974

Kemudian , seperti yg kita tau .. Pertronas dan video perayaannya mmg senantiasa kreatif ! Kali ni aku sendiri nak tengok apakah kelainan yang nak ditonjolkan oleh Petronas ..

Kemudian , perasmian kempen I ART YOU MALAYSIA sempena sambutan kemerdekaan negara kita yang ke 56 .

IMAG2987

IMAG2978IMAG2977

Pameran I ART YOU MALAYSIA yang dianjurkan oleh Petronas ini mengumpulkan sekitar 200 orang murid sekolah untuk mengambarkan dalam bentuk lukisan apa saja yang menimbulkan perasaan cinta mereka terhadap tanah air kita .

Antara lukisan yang dipamerkan ..

IMAG2979

IMAG2983

IMAG2984

Majlis selesai sekitar 11 pagi dan seperti biasa ada buah tangan untuk tetamu yang hadir . Satu majlis yang menarik dengah hasil yang menakjubkan .

Tunggu apa lagi ? Jom kita kunjungi pameran ini di Galeri Petronas , KLCC ..

Disebalik tabir pembikinan .. Klik SINI

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Tak nikah tapi ada anak ? Maknanya belum pernah nikah la kan ? Heheh .. Tak pe .. Tu jawab sama ALLAH nanti .. Kita jangan persoalkan dan menjatuhkan hukuman . Isu aku kali ni bukan pasal tu tapi yang dah nikah tapi lom ada anak ..

Dah cuba tradisional ? Tak jalan ? Makan akar kayu itu ini ? Dah jugak .. Jumpa pakar ? Takde masa atau risau kos rawatan mahal ? Atau .. biar je la ? Takde rezeki lagi ? Atau malu nak g jumpa doktor ?

Bila diajukan soalan pada mereka yang belum ada anak ni , pasti mereka segan dan geram. Yup , aku pernah lalui itu . Tapi kita jangan sekadar kata takde rezeki tanpa usaha . Usaha lak , buat satu dua jenis .. Selagi terdaya , selagi tu kena usaha .. Jangan sesekali kata takde masa nak g berubat atau sibuk dengan kerja .. Menyesal nanti .

Masa bergerak .. Masa tak nantikan kita .. Kejar selagi termampu ..  Segalanya boleh diusahakan jika kita nak .. Jangan putus asa pada Allah . Berdoalah .. Kalau dah buat macam macam dan tak larat , tak pe la.. tu baru namanya , takde rezeki .. Rezeki sebelah lain .. Bahagian yang kita tak nampak ..

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

Hehehe .. Tensen tul wife ngan snowcap aku ni .. Nasib baik Qhaliff pakai .. Kalau tak , mmg aku tak dpt pakai punya .. huhu ..

Ok pe ? Kacak bergaya je kita pakai kan , Qhaliff .? Ibu jeles sbb dia tak leh pakai .. Nak pakai cap Siti Nurhaliza punya , nampak cam ..hurm ... Tak leh tulis ..nanti kontroversi .. hehe ..

Jap lagi kita g beraya eh .. Kat mana ? Tungguuu ..

Published with Blogger-droid v2.0.8
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

IMG_20120906_203808

Mula mula , segalanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang .. Makan malam di Fish Manhattan , Alamanda ..

IMAG3443

Bergambar .. Bergurau senda .. Bertepuk tampak .. Bersepak terajang .. Dan macam macam lagi la bentuk gurau senda yang aku dan Qhaliff buat hinggalah dia mula boring dan ibunya menyusukannya .. Dan , dia terlelap ..

Selesai makan .. Aku bayar dh.. Harga memang menakjubkan tapi aku berpuashati sbb sedap dan kenyang sangat .. Aku amik Qhaliff yang sedang lena untuk diletakkan dalam baby carrier yang aku pakai ..

Perghhhh .. Bergemaaaa satu restoran tuuu dengan suara Qhaliff ! hahahah .. Segan siutt .. Macam kena dera je Qhaliff jerit ! Aku terus bawak dia keluar dengan cepat .. Sampai kat luar , mata dia dh celik dan dia pandang aku lalu , senyum !

Haaihh … Anak anak … Aku dodoikan dia dan ..

IMAG3448

Dia terlena sekali lagi .. Hingga sampai ke rumah ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Aku cuba nak capai maggie asam laksa tetapi Qhaliff tak nk lepaskan ibu jari tangan aku .. Grrr .. Terliur tgk maggie tuuu .. huhu ..

Published with Blogger-droid v2.0.8
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Alhamdulillah .. penyabar anak aku nehh .. Ops , sebelum tu .. jangan meluat la yer baca menda menda gini .. Kita kena tau , apa yang kita tulis dan apa yang pembaca baca adalah satu doa andai tulisan kita itu berupa satu doa walaupun tak nampak macam doa . hehe .. Maknanya , kita tulis baik baik , pembaca doakan juga .. kan kan ? Jadi ada baiknya aku bagitau la yang baik .. Yang tak baik tu , biarlah dia dengan Allah je yang tahu ..

Haaa .. sambung .. Seperkara yang aku tau la kan , bila aku kata ,

“ Tunggu sat eh Qhaliff .. Daddy nak panaskan susu .. “ .. dan diam tunggu diam je kat atas tilam tu sambil bermain sendirian . Bila aku datang , dia akan pandang macam menantikan sesuatu .. Huhuh ..

Begitu juga bila nsk solat .. sabar je menanti sebelum sambung menjerit ..huhu .. Dan menariknya , dia tak tunjuk perangai dpn org ramai .. Bila bersama kami jer baru teriak..

Alhamdulillah .. berkat doa semua orang ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Bila aku cerita mengenai Islam , ada yang kata blog aku ni PRO ISLAM .. Alahai , sedih aku dengar .. Aku ingat Islam .. takkan nak cerita pasal menda menda yang dilarang dalam Islam .. Adoi .. Macam macam laa ..

Tadi , aku ternampak di Instagram kawan aku , Azizi .. Salah satu gambar yang dia tangkap .. Sangat menarik perhatian aku ..  Dia bagitau nama rama rama ni , GLASSWIND .. Dan aku pun try google cari ..

Dalam hati SubhanAllah .. Sangat cantik !! Antara ciptaan Allah yang sangat menakjubkan .. Aku sebenarnya sangat sukakan rama rama atau kupu kupu .. Kecantikkan kepaknya sangat mengujakan aku ..

Selain kupu kupu dan rama rama , aku sukakan burung kelicap .. Kenapa dengan burung kelicap ? Hehehe … Cari la sebabnya kenapa aku suka dan pasti korang akan teruja juga .. huhuh.. Sememangnya ciptaan Allah depan mata kita sangat menakjubkan tapi kita nak juga cari awan yang membentuk kalimah Allah atau di badan binatang mahupun di mana mana laaa .. Huhuh .

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Sebelum .. abis pacak pacak rambut dia ..

Photo

Selepas .. aku turunkan kepacakan rambut dia dengan minyak baby oil .. guna skit jer ..

Hurm… Rasa rasa cam nak botakkan kepala dia sekali lagi laa .. Ok tak ?

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Tapi kalau sampai yang sampai mati , mmg mengharukan la ! Ini mmg tak dinafikan bila aku adik beradik sendiri pun dulu mmg bergaduh bab tv ni .. Berebut laaaa nak tgk citer memasing .. Cara penyelesaianya , bapak aku bagi sorang satu tv dan letak dalam bilik ! Haaa .. Tapi aku adik beradik lelaki , satu je la tv .. Adik perempuan aku , satu .. Kat ruang tamu satu .. Selesai masalah ?  Lom.. yang laki lak dok bergaduh tapi alhamdulillah , yang adik adik mengalah .. Malas nak bertekak panjang .. Tv je pon kan ?

Dan di Kemaman , Terengganu pulak ceritanya lebih kurang sama tapi ada yang  terbunuh .. Menurut Utusan Malaysia , sebelum berebut tv , mereka berebut motosikal ..

Agaknya dari satu isu ke satu isu , memasing dah panas la kot . Lagi pun bukan budak budak yang bergaduh. Mangsa dah pun berumur 23 tahun . Al-fatihah untuk arwah ..

Hurm .. Aku , nasib baik sorang anak laki .. Tapi nanti dah besar , confirm berebut dengan aku lak .. Hehehe .. Rasanya tak la kot .. Aku dan wife jarang tengok tv dah skang .. Maklumlah , rumah takde ASTRO. Tak mampu .. heeh .. mahai woooo ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

PENGUMUMAN! PENGUMUMAN! PENGUMUMAN PENTING!!!

Berita baik untuk mereka yang

  • NAK CANTEK!
  • NAK KURUS!
  • NAK AWET MUDA!
  • NAK SIHAT!
  • NAK KAWAL KOLESTROL!
  • NAK KURANGKAN ALLERGIK!
  • NAK TURUNKAN DARAH TINGGI!
    dan bermacam2 lagilah fungsinya....


Apa tu? Jawapannya TONIK AJAIB Shaklee laaaa iaitu VIVIX!!!!

Utk keterangan lebih lanjut , sila ke SINI .

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Aku ngan wife , kalau nak beli barang elektrik pasti akan tengok di SENHENG dulu .. Kenapa ? Nak check harga dulu kemudian baru tengok di kedai elektrik yang lain .. Court Mammoth ? Takde dalam senarai aku selepas terkena dengan mereka ! After sales service sangat mendukacitakan ! Hampeh ! Padahal orang beli cash .. Tu kali pertama dan terakhir aku deal ngan CM ..

Di Alamanda , ada satu cawangan SENHENG .. Aku tak tau la kenapa cawangan ni , layanan dia seperti .. hurmm .. wat dek je gitu .. Kita kena cari diorang untuk bertanya itu ini . Kalau layan pon , tak comey la langsung ! Macam nak tak nak gitu .. Menghampakan .. Serius ! Ni bukan nak kondem tapi nak bagitau laa .. Kami datang nak beli barang dengan cash .. Bukan nak hutang .. Mungkin la kot aku pakai selekeh je .. Dan jangan bagi alasan penat ! Haaa .. baca sambungan kat bawah ni ..

Berbanding dengan SENHENG di Bandar Tasik Permaisuri , Cheras .. SENHENG kat sini senantiasa memberikan layanan terbaik ! Kita beli atau tidak , mereka menjawab segala pertanyaan dengan baik sekali . Sangat seronok ketika disini  malah mereka memberi cadangan serta pilihan barang berdasarkan kualiti dan bukannya harga mana yang lebih mahal.

Kelmarin , aku ngan wife ke SENHENG Tasik Permaisuri tu untuk cari aircond rumah baru aku serta kipas berdiri … Maklumlah , panas kebelakangan ni ..

Segalanya lancar dan menyejukkan hati aku yang sedang kepenatan ni . Tanya pasal air cooler , dia bagi baik dan buruk .. Tanya perbandingan , dia buat begitu juga .. Jadi kita ada pilihan masa tu walaupun jam dah menunjukkan kul 9 lebih malam ! Kira nak tutup dah tu.. Tetap dilayan baik .. Dan mmg ramai gak la dalam kedai tu .. Senyuman tetap ada di bibir staff mereka .. Tahniah ..

Selepas beli kipas berdiri , dia sendiri hantar ke kereta aku memandangkan aku dok dukung Qhaliff .. Haaaa .. Disebabkan tu , aku nak g beli aircond kat sana nanti ..

Layanan yang baik membuatkan pelanggan kita kembali ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Menurut Bharian Online , seorang budak lelaki berusia dua tahun yang berada di ruang tamu, maut apabila sebuah kereta merempuh rumahnya di Kampung Rhu Dalam, di sini, kelmarin.

Menurut nenek mangsa, Aisyah Seberang, 55, cucunya Adam Firdaus Syukri ketika itu bermain di ruang tamu kira-kira jam 6.30 petang manakala anaknya Nik Salwani Abdullah, 26, menemankan dua lagi cucunya, Shahrul Yuzi Faizal, 8, dan Syah Ikwaniza Faizal, 5, membuat kerja sekolah. Ketika kejadian saya sedang solat Asar di bilik. Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dan saya melihat sebuah kenderaan merempuh ruang tamu.

Dikatakan mangsa didapati berlumuran darah dengan badannya dalam keadaan tersungkur berhampiran salah sebuah tayar kereta tersebut. Manakala ibunya pula Nik Salwani Abdullah, 26, yang mengandung anak keempat hanya cedera ringan di beberapa bahagian badan.

Punca ? Pemandu kereta Merc itu terlelap ketika memandu  ..

Itu je la yang dia tulis kat laman web Bharian dan Kosmo .. Seperti biasa , kena langgan atau beli je la akhbar tu untuk mengetahui cerita seterusnya ..

Hurm .. Dalam rumah sendiri pon dah tak selamat . Kalau dulu , risau rumah terbakar atau dimasuki perompak tapi skang , kereta pon dah leh masuk rumah ! Banjir tu , biasa dah kan ..

Malang tak berbau .. Kat mana mana pon leh kena .. Kalau dah ajal tu tiba ..

 

Sumber gambar – Kosmo Online

image

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Kul 1 pagi dan dia masih liat nak tidur !! Yang dia buat , masukkan jari dlm mulut pastu calit kt muka aku ...

Nasib baik anak !!

Published with Blogger-droid v2.0.8
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Alhamdulillah .. dah selesai checkup untuk bulan ke 5 .. Qhaliff pon dah disuntik dan dia , cool jer .. hehe .. Tak nangis pon .. Best part , senyum la pulak nampak nurse .. Setiap kali nampak nurse mesti senyum .. Tapi pelik nape ngan ‘akak-akak’ kat bawah ni , confirm dia bermuka masam ??

image

Hahaaha .. pelik kan ? Dah 2 kali jumpa gitu gak ..  Ngan nurse , dia ceria .. hehe .. Cuba akak akak ni pakai uniform nurse ! Haaa.. Confirm senyum punya laa ..

OK ok.. berbalik cerita Qhaliff .. Berat dia dari 6.7kg bulan lepas , mendapat teguran dari nurse sbb ‘ kurus’ .. Mungkin sbb SI , jadi berat tak bertambah sangat .. Tinggi dia bulan lepas , 65cm tak silap aku ..

Dan bulan ni , berat Qhaliff dah 7.2kg !! Amik kauuuu .. Patut aku sakit pinggang … Adeh .. Tinggi dia ? Dah 68cm .. Masa lahir dulu 58cm .. Haaa .. Gitulah adanya ..

Yang lain lain , alhamdulillah .. dia sehat .. Ada gak aku suruh wife tanya pasal pernafasan dia cam ada kahak kadang kadang ..Nurse kata tu bukan kahak tapi normal .. Lambat laun akan ilang sendiri .. InsyaAllah .. Aku harap pon takde apa apa la ..

Apa pun , terima kasih la buat rakan rakan yang sudi mendoakan kesejahteraan dia dan juga kami sekeluarga. Semoga Allah merahmati korang semua..

IMAG3423

Dalam dia dok tgk kartun , dia terlena dgn sendirinya .. Kesan dari suntikan kah ?  Tapi aku tak biarkan dia tidur gitu .. Wife amik dan susukan dia dan kasi terlena waktu menyusu badan tu .. Baru dapat lena skit dia .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes