BEN ASHAARI



 

Ni je la kami termampu nak buat .. Nak canggih manggih cam nak letak lampu disko atau pinggan mangkuk antik , tak termampu lagi .. hehe ..

Ini pun dah berapa kali dah dok ulang alik beli barang untuk penambahan sbb tak cukup sana sini atau nak kasi cun lagi.. Masa ni laa duit keluar skit skit.. Yelah , menda kecik jadi tak nampak sangat .. Bila dah nak siap , baru nampak sana sini kurang .. huhu ..

IMAG3512

Beli lampu .. Tukar lampu .. Beli itu ini .. Tup tup .. cecah ribuan lagi.. huhu .. Baru nak simpan duit untuk .. er .. er .. Nanti cita pasal tu kat entri lain .. eheh ..

IMAG3514

IMAG3500

Aircond .. Dapur .. Kitchen cabinet .. Semua sampai semalam ni .. Serentak ! Memang haru biru jap kat rumah . Masa ni tuan rumah kena ada gak untuk tengok apa yang tak kena.. Kalau tak , mmg ada problem susah nak cerita dah ..

Dalam keadaan tak sihat anak beranak ni kena g sana sini untuk selesaikan .. Yelah , nak upah interior designer .. tak mampu ! Hehhe… Sendiri buat je laa..

InsyaAllah , minggu depan siap !

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

image

“Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.” – Hmetro Online

 

Hurm .. mesti diorang dah ada perancangan masa depan apa nak buat kalau kena buat sekolah .. Baguslah gitu sebabnya kalau zaman aku dulu , kena buang sekolah mmg dah cukup menyedihkan. Yelah , kawan kawan dok gembira kutip ilmu , dia ? Kalau mak bapak kaya , leh masuk swasta .. Tapi orang-orang camni , tak minat nak belajar dah kot ..

Kalau nak kata cikgu tu maki hamun diorang , apakah layak cikgu tu dipukul ? Awak tu sapa nak pukul orang ? Buat jelah laporan polis atau pakat pakat saman je cikgu tu .. Tu lagi best dari pukul cikgu ..

Waktu aku dulu .. Bengang dengan cikgu mmg ada .. Serius tahap bengang giler . Tapi memandangkan sedar mak bapak bersusah payah membesarkan aku dan kawan kawan aku , ,kitorang telan jer segalanya hingga abis SPM. Semua mmg jadi kenangan ..

Hurm.. Tu budak sekolah menengah .. Sekolah rendah camana pulak ? Baru baru ni , ada kawan aku call .. Seorang guru disiplin sekolah rendah , di sekolah yang mana aku sendiri pernah mengajar. Katanya kereta dia abis kena calar dek pelajar ! Kereta yang baru je beberapa tahun dia pakai !! Pelajar sekolah rendah , okeh !

Nak salahkan sapa bila kes kes ni berlaku ? Teringat lagi aku hampir disaman oleh penjaga pelajar ni hanya kerana aku rotan dengan pembaris di tapak tangan ( perlahan giler kerana lebih pada nak gertak pelajar lain )  kerana bermain dalam kelas setelah berkali kali aku menegur dia dan sayangnya, tiada pembelaan dari guru besar. Menyediihkan ! Maka , tak hairanlah pelajar sekarang besar kepala ..

Sapa tak sayangkan anak kan ? Tapi kalau dia membesar dengan penuh kemanjaan hingga tak boleh ditegur langsung oleh mana mana orang kecuali mak bapak dia , maka … hurmm.. Jadi Sazali la gamaknya ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

IMAG3518

Amboi amboiiii .. Dah mula sibuk tengok orang makan skang ni ! Aku rasa dia akan ikut jejak aku yakni bagi je apa saja , bedal ! Hahaha .. Bagi ubat pon dia nganga ! Takde laa nak tolak langsung .. Bahaya ni ! Jauhi obesiti .. hehe ..

Tu belum ada gigi tu .. Kalau ada ? Hahaha .. hari hari confirm ajak daddy lepak SECRET RECIPES ! Botak daddy wehh !! Huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Best tak ?

Hurm .. seperti biasa , filem ni mmg penuh dengan aksi yang membuatkan masa bergerak tak disedari langsung .. Tau tau , dah sampai penghujung dan seperti biasa … BERSAMBUNG ..

Best mmg best .. syiok mmg syiok .. Cuma di penghujung cerita tu aku teringatkan amaran yang sememangnya dinyatakan khas untuk kita .. hehee..

Apakah itu ? Hehe .. kang kata aku kolot lak .. Rajin rajin la membaca buku mengenai akhir zaman .. hehe ..

Berapa bintang ? Aku bagi 3.5 dari 5 .. Aksi yang dah dijangkakan tapi tetap menarik .

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Er ..tapi aku tulis dalam bahasa Melayu pasar .. Takkan diorang terjemah ikut Google translate kot ?

 

image

Tengok Follower yang ke 25,020 tu haa ..

image

Haaa … kan kan ? Bila aku masuk ke blog dia .. Tu diaaa aihhh …. Sepatah haram aku tak paham . Cuma ada part COMENTTI .. haa tu aku paham .. Dia kata ‘ Tak reti reti nak komen ke ?? “ .

Tak sangka gak kan ? Hehehe . Sudi gak dia follow aku eh .. Jadi utk malam ni , nilah blog yang aku nak perkenalkan kat korang .. Kira blog oversea la.. hehehe ..  http://labottegadeisensi.blogspot.com/

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

Di Sg. Merab .. Kira dekat dengan Putrajaya. Saja nak test makan kat sini .. Suasana petang mmg mendamaikan ..

Berhampiran dgn cafe ni ada kolam pancing ikan . Sebelah malam , boleh karaoke kat sini .. hehe ..

Makanan ? Aku order tom yam dan nasi pataya .. Sedap ? Yummyy ...

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

http://theluxhome.com/wp-content/uploads/2011/02/modern-contemporary-small-apartment-interior-design-concept-1.jpg

Cantik dan simple.. Aku rasa ni untuk apartment .. Untuk rumah teres , ruangnya lebih besar dan pastinya susun aturnya berbeza skit ..

Untuk rumah baru aku , dindingnya dah dicat warna seperti dalam gambar tu .. sofa , mmg merah dah dan yang lain tu , dalam perancangan untuk memiliknya ..

Modal ? Hehe .. tu gunanya berjimat cermat dan kena rajin mencari .. Elakkan pembaziran di masa muda .. Nanti dah tua macam aku , haaaa .. terkial kial haaa nak cari duit lebih untuk buat itu ini ..

Semua ni , aset gak .. Boleh jual bila rasa nak tinggal di kampung untuk habiskan sisa sisa usia .. Erk … Penang ke Kelantan eh ?

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Huwaaa.. abiss daaaa otot otot daddy .. Dah 3 bulan tak g gym. Ada sorang kawan blogger ( Mr.Frecky) bagitau dia 8 bulan dah tak g gym .. Punca , tak sure .. Tapi yang sure , bulat daahh .. Hahahah ..

Aku ?? Aku ??? Hehehe .. 6 pek dah bertukar jadi keju dah .. hahaha .. Betullah kata kawan kawan yang ada anak ni .. Ada anak ni susah sikit nak bersenam . Maklumlah , kita tak mampu nak ada maid untuk jaga baby bg membolehkan kita punya masa sendiri .

Cam aku ni , untuk ada masa sendiri , selepas jam 12 tengah malam dan Qhaliff dah tidur nyenyak . Takkan la masa tu aku baru nak full workout kan ?

Tapi ada gak la aku curi curi buat pada waktu petang tu .. Dapat setengah jam pon , comel dah tu .. Asalkan berpeluh dan sihat dah laa .. Nak berketul ketul tu , tak perlu dah laa.. Duit untuk beli suppliment tu , boleh guna untuk keluarga… hehe ..

Boroi pon boroi laaa .. Selamat skit kan ? Hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

image

- Keratan tajuk utama akhbar Hmetro -

Tak cemburu pun masalah gak kan ? Tapi dari terlalu cemburu hingga hidup pun merana seperti dalam cerita BUKAN BIDADARI ..

Bagi mereka yang ada kekasih yang belum lagi menikah tap dah berani naik tangan .. fikirkan semula … hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Untuk ibu2 yang mempunyai masalah ttg susu ibu ni, tak kiralah susu merudum ke, baby tak nak menyusu direct ke, baby taknak ebm ke... MESTILAH mencari jawapan kepada masalah anda secepat mungkin. Sebab susu ibu adalah perkara yg tak boleh ditangguh2, sehari dua anda tangguh, secepat itulah juga susu ibu akan merajuk/merosot sekiranya tidak ditangani dengan betul.

Jadi, berkongsilah, berkongsilah masalah anda itu dengan org2 yang tahu tentang susu ibu, org2 yang pakar tentang susu ibu. InsyaAllah, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , baca SINI ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Ahaa … awal pagi tadi , ramai tertunggu tunggu IPHONE 5 diperkenalkan kepada umum oleh APPLE .. Apakah benar benar lebih maju dan canggih dari yang lain seperti guna hologram , lutsinar .. Eceh.. jauh benar sangkaan mereka kan ? Ala ala terlalu canggih gitu . Kang tak mampu beli haaa ..

Bila aku dan tengok video pengenalan IPHONE 5 … maka .. ehehe .. Jom tengok kelebihan IPHONE 5 ni dulu ..

Hurmmm .. hurmmm … Aku kekal dengan HTC ONE X aku memandangkan lebih kurang jer .. Mungkin lebih laju dan lebih cantik kualiti gambarnya dari ONE X sebab dia keluar kemudian dari ONE X .. Yang ONE X ni pun dah cukup memuaskan hati aku ..

Dan .. aku sokong produk Asia .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Tengah sedap sedap dia tidur , tetiba dia menangis .. Kalau dia menangis masa ni , mmg kelam kabut la skit.. Sebabnya, takde intro.. Terus ke korus ! Apa yang dia mimpi eh ?

Menurut babycenter.com.my , bayi muda mempunyai lebih banyak tidur mimpi daripada orang dewasa. Mengikut pakar tidur AS, Dr Richard Ferber, bayi pramatang menghabiskan sekitar 80 peratus masa dalam tidur mimpi REM (rapid eye movement) dan 50 peratus menjelang cukup bulan. Ini jatuh ke 33 peratus menjelang usia tiga tahun dan mencapai peringkat orang dewasa, iaitu 25 peratus menjelang 10 hingga 14 tahun.

Tidur mimpi dianggap satu masa penting untuk membolehkan semua pengalaman kita difailkan, oleh itu, memang penting untuk bayi yang sedang membesar dan berkembang cepat.

Jadi , jangan pelik la yer kalau baby kita tu tersenyum sewaktu tidur. Tu bukan dia mimpi basah tau !! Jangan mengatal lak suruh mandi wajib .. haaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Sangat tidak menyusahkan daddy dia bila sakit .. Jumpa doktor senyum .. Makan ubat ? Macam dapat aiskrim ! Nak sedut hingus pun senang malah siap ketawa lagi ! Hahaha .. lawak la Qhaliff ni .. Memang menghibur hati mak ayah dia ..

Sekadar untuk rekod Qhaliff .. Qhaliff mmg baby yang sangat senang dijaga dan diuruskan ! Kalau susu banyak , lama dah makcik dia mintak jaga ! Nasib baik stok cukup cukup je .. hehehe ..

Terima kasih Qhaliff .. Nanti jaga adik lak yer .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Terdengar tadi di Buletin TV3 dan aku terus cari isu berkaitan di blog yang terlibat .. Hehehe .. Dasat .. Artikalnya dah ditarik semula kerana mendapat banyak ugutan bunuh dan kecaman ..

Isunya sebenarnya berkaitan PM kita tapi cara penyampaiannya tu yang betul . Dan buat memanaskan lagi ialah tajuknya ..

“ Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak “

Tajuk artikal mmg memainkan peranan penting seperti entri yang aku buat petang tadi ( Mana satu yang betul ? ) ni .. Tajuk lain , isi kandungan lain .. Sapa tak hangin kan ?

Aku bukan pro mana mana parti tapi bila melibatkan perkauman , aku cukup anti la .. Konsep aku mudah saja bila bab bangsa ni .. Aku hormat cara dia , dan dia hormat cara aku ..

Kalau nak buat artikal melibatkan kaum , aku rasa kajian menyeluruh perlu dibuat . Kalau nak libatkan politik , kena bijak skit bila menulis dan tulis tajuk tu haaa  , kena la betul dan tepat ..

Sewaktu aku masuk blog up tulis artikal tu pun aku geleng kepala bila tengok ada sekeping banner kat situ haa .. Adoiiyaii .. Tak tau nak kata apa la ..

Buat sahabat sahabat pembaca dari Sabah , anggap je penulis tu tak matang lagi .. Tak guna nak marah orang macam ni .. Tak berbaloi ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

-pinjam gambar Mat sat aaa -

 

You see aaa .. Bila itu bahasa sudah mixed mixed aa .. Sangat best woo .. Gua manyak serious wooo .. Memang cakap ada serupa macam David Bekam punya style .. Sesekali ada nampak macam Oppah Ganyang Staik .. Haaa .. Lu tarak perasan ka ?

Tau la negara kita ni  amalkan konsep 1Malaysia . Keutamaan adalah bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Inggeris .. diikuti oleh bahasa rojak seterusnya bahasa kenegerian  dan juga bahasa ikut bangsa laa ..

Dah tu bahasa Malaysia / Melayu , camana pulak ? Senang je aihh .. Bahasa Malaysia digunakan masa amik peperiksaan untuk lulus dengan cemerlang . Tapi bila cakap , hancur gak ..

Kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

image

Sama warna la pulak .. Baru buat blog neh .. Ada cerita dan ada pengisian .. Menarik .. Belum tau nak camana nak comelkan lagi eh ? Tak pe .. pelan pelan ..

Cuma ada satu perkara je aku rasa patut ubah .. Walaupun itu gayanya tapi kita sama sama patut praktikan untuk mengubah cara gini .. Sesekali ok la kot .. Tapi bila terlalu kerap , rasanya .. hurm.. tu akan merosakkan kecantikan yang kita ada ..

Apakah ? Tu korang cari sendiri la kat blognya .. Yang lain , mantop ..Selamat datang ke dunia blog AIDIL AMRAN ..

Sekadar cadangan je.. Tak nak ikut tak pe.. Hak memasing .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Kadang-kadang , aku fikir banyak kali bila nak buat kenyataan di akhbar .. Lain kita kata , lain pulak ditulisnya .. Apakah wartawan skang banyak tidur masa belajar dulu ? Opsss … Sowiieee .. Bukan semua yer .. hehe ..

 

image

Dalam artikal tu pulak menyebut ..

“Semasa pulang bersama keluarga, saya mahu melihat kereta kedua saya sebelum masuk ke kondominium dan mendapati ia hilang sedangkan kuncinya berada dalam simpanan isteri saya.

“Ia diletakkan di tempat letak kereta luar kondominium kerana pihak pengurusan kediaman hanya membenarkan sebuah kereta pemilik sahaja boleh diletakkan dalam kawasan tempat tinggal,” katanya kepada mStar Online.

 

Hurm .. depan rumah eh ? Sebab tu ramai dah mula sangsi dengan kenyataan akhbar ni .. Lain cakap , lain tulis .. Kalau blogger tu , lain laa.. Dah ‘mereka’ cop blogger ni ‘wartawan tak bertauliah ‘ ..

Caakk ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

IMG_20120912_123036

Wow  … Ingatkan , beli rumah ni cuma kena pikir harga rumah jer .. Tapi …. Amik kauuu .. nak pindah masuk , kalau nak rumah seperti mana yang asas tu , ok laa  tapi kena pk gak bab elektrik tu gak haaa.. Pon kena buat sendiri ..

Bila dah alang alang buat , tu yang nak buat sana sini .Tukar sana sini .. Maka $$ akan meningkat dengan baik punyaaaa .. Tup tap tup tap .. harganya mmg mencecah puluhan ribu .. Tu baru basic punya renovation ..

Itu rumah teres setingkat .. Kalau bertingkat-tingkat ? Perghh .. Sebab tu bapak aku sejak aku kecil lagi dah pesan ..

“ Simpan duit .. simpan duit .. simpan duit .. “

Aku jawab ..

“ Nanti keje baru la simpan .. Skang simpan , tak banyak pun haa .. “

Seringgit seminggu .. Lama lama ? Haaa .. Baru ada akaiii .. Nasib baik laaa ada buat blog ni haa .. Kalau nak harap gaji saja ? Haihhh .. Memang lepas bayar hutang je laaa ..

Erk.. banyak ke duit dari blog ?????? Err .. Jap .. Qhaliff panggil ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

Pelik kan ?  Kerana CINTA ..  Hilang segalanya .. Betapa lemahnya kita yg mana ALLAH telah anugerahkan kelebihan kita berbanding makhluk lain iaitu akal .Sayangnya , kita tak reti nak guna bila bercinta ..

Mengarut ! Bukannya tak boleh tapi TAK NAK ! Suka sangat layan perasaan tu .. Bukannya tak boleh cari lain tp dok layan sangat hasutan syaitan tu .. Tu pasal ada yg rela derita atau bunuh diri !

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Hurmmm .. Apakah keutamaan mereka hanya untuk mendapatkan rating serta kedudukan tertinggi carta radio terbaik ? ‘Khasiat ‘ untuk pendengar camana pulak ?

Setiap pagi , bila bukak radio .. kita ketawa terbahak bahak .. Dj ‘merapu’ seabis mungkin untuk bagi pendengar ketawa dan gembira .. Pagi pagi mood dah best kan ?

Tapi kita terlupa ke , seawal pagi inilah otak kita yang fresh ini menerima masuk pelbagai maklumat dan infomasi serta ilmu untuk dijadikan ‘makanan’ seterusnya membuatkan semangat untuk bekerja lebih tinggi .. Kalau asyik ketawa , mood kerja camana ?

Cukup cukuplah mereka ni berlakon dan mengacara rancangan hiburan di tv jer .. Bila di radio ni , bagi jer kat mereka yg punya ilmu pengetahuan yang tinggi agar pendengar turut sama dapat manfaatnya .. Kalau artis tu punya ilmu seperti yang diperkatakan , ok gak .. Yang penting , apa yang keluar dari mulut mereka tu  adalah ilmu ..

Apakah kita nak rakyat Malaysia ni lebih banyak berhibur dari belajar ? Apakah kalau nak belajar , kena masuk sekolah atau g universiti jer ?

Nabi S.A.W pernah bersabda : Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar).

Nabi saw bersabda: "Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati".

Alhasan Albashri berkata: "Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal dibelakangnya ada api neraka dan orang yang bersuka-suka sedang dibelakangnya maut."

Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka."

Fikir fikirkan .. Sampai bila kita nak asyik ‘ditipu’ .. Ketawa penawar duka ? Fikirkan semula ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Hurm .. Nasib baik dia bukan jenis dok kuat merengek atau menangis .. Demam , takde .. Main seperti biasa .. Sesekali batuk ..

Sian … Hurmm …

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Teringat lagi seorang kawan aku yang terpaksa memasukkan bayi ke hospital gara gara doktor doktor tak bertauliah . Akhirnya bayinya ditahan selama 2 minggu .. Alhamdulillah , bayi dia ok ..

Apa maksud aku ? Maksudnya mudah jer .. Bila bayi kita tu tak sihat , bawa je terus ke hospital atau klinik .. Tak kisah la kerajaan ataupun swasta . Nak lagi jimat , g kerajaan dulu . Atau kalau banyak duit , g je swasta ..

Semalam , ada aku baca blog Dr.Hamid Arshat mengenai ubatan untuk kanak-kanak dan bayi .. Ada beberapa kes yang membuka mata aku dan aku rasa ramai pandang rendah mengenainya ..

Aku amik satu contoh ek ..

“ Seorang bayi perempuan telah dibawa kelinik kerana diserang ruam lampin. Doktor menyarankan agar ibunya menyapukan sejenis krim steroidtiga kali sehari selama lima hari berturut-turut.

Ruam tersebut telah sembuh dengan cepatnya tetapi berulang-ulang kembali. Ibu tersebut yakin dengankrim yang digunakan lalu membelinya sendiri dikedai ubat. Dia telah cuba merawat bayinya tanpa mendapatkan nasihat doktor sehingga usia bayi itu meningkat 20 bulan. Dalam masa itu, bayinya telah menjadi gemuk, pendek mukanya semakin bulat jika dibandingkan dengan bayi-bayi yang sebayadengannya.

Bayi tersebut telah mengidap merah dan gatal-gatal kulit padabahagian lampin menyebabkan dia tidak dapat tidur malam. Si ibu mula berasa bimbang lalu membawa anaknya kelinik semula. Doktor yang memeriksa telah dapat mengagak bahawa keadaan ini disebabkan oleh penggunaan krim steroid yang berlanjutan sehingga membawa kepada keadaan yang dinamakan steroid toxicity.

Anak ini telah dimasukkan kewad untuk mendapatkan rawatanyang lebih rapi bagi mengawal penyakit kulitnya serta memastikan yangkeadaan ini tidak ada kaitan dengan penyakit-penyakit lain.

Kes ini menunjukkan bagaimana penggunaan ubat tanpa nasihat doktor boleh menimbulkan masalah.”

Boleh baca kes kes lain di blog beliau .. Klik SINI

Seperkara yang kita patut tahu ialah , kanak -kanak tetap berbeza walaupun menghidap penyakit yang sama. Ciri -ciri peribadi , personaliti ibu bapa , keadaan di rumah dan caragaya keibubapaan adalah berbeza antara seorang kanak -kanak dengan kanak -kanak yang lain. Doktor perlulah menyesuaikan pendekatan yang digunakan untuk merawat setiap kanak -kanak itu. Apabila merawat seseorang kanak -kanak , doktor perlulah menggunakan kecekapannya berkomunikasi dengan ibu bapanya. Seringkali , pihak ibu bapa salah faham tentang bentuk rawatan yang disarankan oleh doktor.

Dalam erti kata lain JANGAN MEMANDAI MANDAI !

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Kalau siang , dia tidur macam tak cukup hari .. Tapi bila menjelang malam ? Ini berlaku selepas dia mencecah 5 bulan ..

Menurut babycenter.com.my  , kebanyakkan  bayi, terutama yang baru lahir, suka berjaga di tengah malam. Bayi-bayi ini nampaknya tak faham yang mereka sepatutnya aktif di siang hari dan tidur di waktu malam.

Di siang hari, semua perkara lebih senang diurus. Bayi anda banyak menghabiskan masa untuk tidur, bangun untuk menyusu, main sekejap, kemudian tidur kembali. Di malam hari walau bagaimanapun, semuanya berubah. Dia berjaga dan tidak mahu tidur. Yang membuatkannya lebih sukar ialah kebanyakan bayi ini juga suka menangis di waktu malam.

Jadi apa yang boleh aku buat ?? Gulp .. menurut babycenter lagi , ada beberapa tips yang boleh aku ikuti ..

  • Bangunkan dia di waktu pagi pada waktu yang normal dan jangan biarkan dia tidur untuk mengganti tidur yang tak diperolehi di waktu malam. Memang anda akan tergerak untuk membiarkan dia tidur supaya anda sendiri boleh tidur atau berehat dengan aman tenteram untuk beberapa minit, tetapi jika anda lakukan begitu anda akan membayar kembali di malam berikutnya.
  • Sepanjang hari, mainlah dengan dia seberapa banyak yang boleh. Walaupun dia sedang tidur nyenyak, bangunkan juga dia untuk penyusuan.
  • Biarkan langsir di biliknya sentiasa terbuka dan pastikan anda berbuat bising seperti yang lazim. Jangan padamkan bunyi telefon atau mengelak daripada menggunakan mesin basuh pinggan mangkuk. Ini juga akan membantu menjadikan bayi anda tidak senang terjaga, kalau tidak, 10 tahun ke hadapan kelak anda akan mendapati diri anda berjengket perlahan-lahan apabila anak anda sedang tidur.
  • Jangan main dengannya di waktu malam. Biarkan bilik dia gelap, dengan cahaya minima untuk membolehkan anda menyusu dan menukar lampin. Berdiamlah supaya menenangkan dia. Bergerak dan bercakap secara perlahan. Pendek kata, berlagaklah dengan cara yang membosankan.
    Bayi anda akan sedar dalam sedikit masa nanti yang siang hari itu digunakan untuk berseronok dan malam hari untuk tidur.

Proses ini akan memakan masa beberapa hari atau beberapa minggu, tetapi jika anda kekal dengannya, anda akan mendapat seorang bayi yang tidak berjaga malam dalam sedikit masa lagi.

Tu dari babycenter la .. Ooo .. patut laaa .. Malam malam dia suka main .. Siang dia tidur .. Oo .. patutlah bila aku biarkan dia boring , dia tertidur dengan sendirinya .. Hehehe …. Tak pe , tak pee .. Pasni aku kasi dia boring .. Part ni , mmg aku teror .. hahahaha …

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Worlds most haunted hotel …

Perghhh .. Macam tak percaya lak apa yang aku baca tu .. First World Hotel (Genting Highlands, Malaysia) antara hotel yang dikatakan berhantu tu ? Antara cerita hantu yang sering diceritakan ialah hantu wanita tanpa kepala yang mencari kepalanya !

Betulkah ?  Gulp … Ops .. ni sumber dari Yahoo yer .. Kalau nak tau hotel hotel lain yang dikatakan berhantu di dunia , leh je baca kat SINI ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

image

Untuk malam ni , sebuah lagi blog menjadi pilihan aku . Aku tak tekankan pada hiasan blog tetapi pada kandungan blog. Aku tak kata kandungan blog tu terbaik atau menarik sebaliknya punya infomasi dan tarikan untuk dikongsi bersama rakan rakan yang lain .

Jadi , pilihan aku kali ni ialah blog QASEHUTEQ .. Selamat datang ke dunia blog .. Teruskan beri yang terbaik pada pembaca anda ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Semlm g klinik swasta .. Hari ni , ke klinik kerajaan pulak sbb dada dia ada sedikit bunyi .. Haaa …

Ahaa .. seperti baby yang lain, Qhaliff akan menyibukkan diri dia tengok apa doktor nak buat.. Perasan ingin tahu , mmg tinggi di kalangan budak budak kecik ni ..

Tak ketinggalan , bapak dia pun sibuk merakamkan kenangan Qhaliff berjumpa doktor setelah sekian lama tak jumpa .. Kali terakhir jumpa , masa kena kuning dulu .. Hehee .. Cam biasa , Qhaliff tersengih je la ..

Alhamdulillah , seperti doktor semalam kata , paru paru dia ok .. Cuma batuk sedikit jer .. Dia kasi ubat batuk gak .. Hehee .. Belasah je la Qhaliff ..

Camana pun , Qhaliff perlukan pemerhatian penuh dari mak bapak dia .. Bukan apa , kalau pandang enteng bab batuk dan selsema ni , dikhuatiri boleh dapat asma lak .. Haaa ..

Betullah kata orang , bila ada anak ni , automatik kita akan jadi semakin bertanggungjwab dan matang .. Tu pun kalau pandai pikir la .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

“ Jangan lupa datang kenduri kawin aku nanti .. “

“ Kat mana tu ? “

“ Aku buat kat rumah mak aku.. Kelantan .. “

“ Alamak .. Jauh tu .. InsyaAllah , aku g nanti .. “

 

Dalam perbualan diatas , dia tau yang dia tak mungkin boleh pergi kerana jarak perjalanan yang memakan masa memandangkan dia tinggal di KL . Atas sebab apakah dia mengucapkan INSYALLAH ? Mengapa dia tak berterus terang je mengatakan yang dia tak dapat pergi ?

“ Alamak .. Jauh tuu .. Maaf laa .. Aku tak rasa aku dapat pergi sbb jauh sangat .. Apa pun , selamat pengantin baru yer .. “

Bukankah dengan cara berterus terang itu lebih ‘ menyelamatkan ‘ keadaan dari memberi satu harapan pada rakan kita seolah olah kita akan hadir pada hakikatnya dia tau dia takkan pergi tapi berpegang pada INSYALLAH tu , dia tak boleh dipersalahkan !

 

Insyaallah yang membawa maksud "dengan izin Allah Swt" adalah satu istilah yang slalu digunakan berkaitan dengan janji.  - AnaluvIslam

Insyaallah bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji yang dibuat dengan berserah kepada kuasa Allah swt. semata-mata apabila kita berasa malas dan berputus asa dengan kegagalan menunaikan janji kita yang telah kita lafazkan tetapi BELUM diusahakan. Sebagai orang Islam, kita mestilah berusaha menyempurnakan tuntutan lafaz Insyaallah yang kita telah kita ucapkan.

Kalau kita gagal sekali pun setelah berusaha sedaya upaya, ianya tidak jatuh sebagai dosa orang MUNAFIQ dan masih boleh dimaafkan kerana lafaz kalimah Insyaallah itu ibarat pendinding dan peringatan bahawa Kuasa Allah swt. Mengatasi Segalanya yang bererti juga segala urusan di muka bumi ditentukan oleh Allah swt. – TranungKite

 

Sama sama kita perbaiki ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

image

Keratan akhbar Hmetro hari ini ..

Ade ke homoseksual atau gay mahupun lesbian dikalangan mereka yang berbangsa melayu beragama Islam ni ?

Setiap hari ada saja keyword mereka yang ‘mengarut’ ni singgah ke blog aku .. Antara keyword tu ialah :

  • kisah lucah sex dengan mak nyah
  • cerita main dengan nyah
  • blog lelaki gay

Malah aku sendiri pun ada yang tuduh gay.. Nak lagi best , gambar aku digunakan oleh ‘mangkuk ayun ‘ mana tah dan menyamar sebagai gay .. Tak pasal pasal aku dituduh gay .. Grrr ….

Maaf la yer .. nafsu aku masih pada perempuan yg bergelar isteri ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Bila baby kita sakit , paling gelisah mak dia .. No 2 gelisah , bapak dia ..  No 3 , mereka yang mengenalinya la kan kan ? Harapnya baby kita tu nanti dah besar , begitu jugak laa.. amik berat hal kesihatan orang tua mereka .. Jangan tunggu masuk spital baru beria mencari…

Qhaliff .. baru je tidur .. Aku mandikan dia sekejap .. Suka dia nak main air tapi sori la yer .. Kejap je.. Tu pun sekadar bersihkan badan dia jer ..

Kemudian bagi susu dia .. Lena terus .. Tu botol ke 2 untuk pagi ni .. Stok tinggal sebotol je untuk pagi ni .. Petang karang , takde dah .. Stok Qhaliff , kais pagi makan pagi .. Bukan tak pam tapi itulah rezeki dia .. Tak banyak dapat bila pam ..

IMAG3483

Wife berhempas pulas pastikan stok mencukupi .. Ramai yang macam dia pun .. Ada yang terpaksa bawa ke pejabat anak kecil mereka tu .. Qhaliff tak leh lak nak dibawa sbb ada meeting petang ni mak dia ..

Skang , dia dok lena ..

IMAG3484

Lega bila tengok dia tidur .. lena je gitu .. Tak tau bangun nanti camana karenah dia .. Maklumlah , tak sihat ..

Aku ? Aku pun tak sihat sebenarnya. Wife pun begitu jugak.. Satu keluarga la ni tak sihat .. hehe .. Mood nak update blog pon takde sebenarnya .. Rasa macam nak je shut down terus blog ni .. hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Anda mempunyai masalah kulit ??

Kulit yang kusam?

Kulit yang tidak sekata?

Kulit yang berjerawat & berjeragat?

Dan pelbagai masalah kulit yang lain?

Dah puas gunakan pelbagai jenis produk skincare tapi masih kecewa dengan hasilnya?

Vitamin C 500mg mampu mengubah segalanya, ianya mampu membuat anda tersenyum semula hanya dalam tempoh 2 minggu !! Ramai yang dah cuba dan mampu tersenyum dengan hasilnya. Anda bila lagi??

FUNGSI Vitamin C 500mg (doctor recommend) :

  • Menghaluskan & melicinkan kulit secara menyeluruh
  • Mengecilkan pori2 kulit
  • Menaikkan seri muka
  • Memberikan tona kulit yang sekata & cerah (seluruh badan)
  • Melembabkan kulit secara menyeluruh
  • Memulihkan rekahan pada tumit kaki & siku
  • Merawat masalah jerawat di muka & badan
  • Merawat masalah jeragat
  • Melindungi daripada pembekuan darah & lebam
  • Mengurangkan parut jerawat & kesan luka
  • Diperlukan untuk pertumbuhan & pembaikan tisu
  • Meningkatkan imuniti badan, kurangkan jangkitan selsema
  • Membantu mengurangkan gejala gejala alergi
  • Meningkatkan penglihatan
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih
  • Membantu system penghadaman
  • Mampu mencerahkan bahagian2 gelap di celah celah bahagian badan (ketiak, peha dll)
  • Amat sesuai bagi yang mengalami masalah resdung

Tiada sebarang pantang malah ;

  • Ibu mengandung boleh mengamalkan vitamin c 500mg ini
  • Boleh di amalkan ketika period
  • Boleh menambahkan susu badan bagi ibu yang menyusukan anak
  • Sesuai untuk lelaki & perempuan 12 tahun ke atas

KKM approval & 100% HALAL !

Cara pengambilan 2biji sehari selepas makan

30biji RM45 (15hari) atau 60biji RM80 (30hari)

FREE postage !!

Berminat? Boleh PM di http://www.facebook.com/LailyBeautyCare

ATAU

SMS / What’s app : 0176053711

TESTIMONI :

testimoni vitamin c organic

Bila lagi nak baiki masalah kulit anda dan tersenyum seperti mereka?

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

 

IMAG3481

Semalam g klinik An Nur di Presint Diplomatik , Putrajaya .. Qhaliff dok batuk dan selsema .. Tapi tak la tahap kronik. Saja bawak untuk pemeriksaan juga . Risaukan sbb bila dia bernafas tu ada macam kahak .. Dari dulu ..

Tak ramai orang pada waktu tengahari .. Doktor perempuan buat pemeriksaan pada Qhaliff , menurut wife . Baik je dia .. Dia dan tersenyum .. Amboi , suka benar senyum kat doktor eh ? High taste betul budak ni ..

Menurutnya , paru-paru Qhaliff ok .. Jantung pon takde masalah .. Batuk dia skit skit jer .. Tapi dia suruh pantau gak pernafasan Qhaliff.. Kalau dah mula berlainan , segera bawa ke hospital ..

Dan dia bagi ubat batuk berdos kecil untuk baby .. Persoalannya ? Bolehkah ? Kalau dari pembacaan di internet ni , ada yang kata tak sesuai laa.. Tak bagus laa .. Qhaliff dah lebih 5 bulan dah pun .. Jadi camana ni ? Nak dengar cakap sapa neh ? Yang ada title atau ada pengalaman ?

Aku suruh wife call mak mertua aku memandangkan dia pun dulu nurse kerajaan dan pernah bertugas gak untuk jaga baby ni .. Kalau tak silap aku laaa .. Dia kata ok sbb Qhaliff dah besar .. Bukan bawah 3 bulan lagi ..

Dari pembacaan , ada yang suruh bagi madu .. suruh bagi herbatuss sauda laa .. Camana tu ? Aku ok je .. mana mana boleh try .. Tapi buat masa ni , yang ada kat tangan ubat batuk dari klinik tu ..

Kul 7 malam , selepas mandi tanpa basahkan kepala dia ( terima kasih atas tips dari rakan pembaca blog ni ) , wife bagi ubat batuk tu mengikut dos yang dibenarkan ..

Dan syukur Alhamdulillah .. Sehingga aku tulis entri ni , dia tak batuk sangat dah .. Cuma selsema tu je la .. Ada skit skit ..

Ok la tu bagi aku. Sekurang-kurangnya badan dia cipta antibodi untuk lawan penyakit dalam badan dia kan .. Ni kalau tak sakit langsung , aku pon confius .. Mau gak garuk kepala .. Kot kot baby dari Kryptonite lak .. naya aku .. Huhu ..

Segalanya , kuasa Allah .. Kita sekadar mencuba dari duk diam je kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

IMAG3482

Mampukah Qhaliff jadi cam baby baby di bawah ni ?

Sejak aku mandikan dia gunakan bath tab baby dia , aku nampak ‘bakat’ dia yang suka main air .. Beria dia mandi .. hehee .. Jadi , hari Sabtu ni , aku plan nak try bawak dia main air kat salah sebuah hotel di Lumut .. Hehe .. Adik adik sepupu dia pun ada gak .. Leh join reramai ..

Nanti Qhaliff dah pandai berenang , leh ajak bapak dia lak berenang .. kan Qhaliff kan ?

Leh amik gambar cam ni kan ? Apa gelak gelak ? Aku bukan tak reti berenang laa .. Saja segan skit .. Menyelam aku teror .. Berenang je aku fobia .. Maklumlah , aku dulu bekas perenang sekolah tapi .. tapi .. haaa .. ( entah bila sekolah ada kolam renang pon tak tau la mamat nih .. nak membohong pon berpada pada gak laa )

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Makan la apa pun di bulan Syawal ni , maggie tetap menjadi idaman aku ! Heehe .. Yang ni maggie tom yam yang campurkan dengan saki baki sayur laksam … heheh .. Serius , lazat giler ! Rasa macam nak buat lagi 2 bungkusss jee .. Yang ni pun dah dua bungkus.. Dan dalam tu , ada telur mentah yang digaulkan selepas maggie direbus.. Menambahkan lagi kelazatan yang sedia ada ..

Amacam ? Ada yang terliur ?

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Ada yg tanya .. ni ke mak Qhaliff ?? Hiskhh .. takler .. Ni kawan blogger aku gak yg dtg ke pot luck yg mereka buat kat umah aku , smlm ..

Jangan salah sangka yer .. Mak Qhaliff low profile ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Janganlah buat drama drama berstatus jajan .. Kenapa ? Sbb orang leh layan sekali jer .. Nak tgok smula , dah takde minat .. Sbb ? Rujuk gambar ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Lama dah aku tak buat blog pilihan kan ? Bizi ngan Qhaliff .. ngan makan .. ngan makan .. ngan makan .. ngan makan .. Hahaha .. Makan mesti lebih .. Abis laaa .. gemuk ? Tak de makna ! Boroi ?? Ada harapan .. hehehe ..

Ok .. untuk malam ni , aku pilih blog yang benar benar baru laa .. Tu pun aku detect sbb dia follow blog aku .. Kenapa aku pilih dia ? Sbbnya ? Tu korang g tengok sendiri la ..

image

Selamat datang ke dunia blog .. - S I A N A K R U S A -

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Banyak kali dah .. Setiap hari ada saja makhluk yang tak reti bahasa yang gemar masuk lorong atau simpang tanpa memberi lampu isyarat yang terletak di kiri kanan kereta mereka terlebih dahulu .. Kesannya ? Hehe .. kesannya kecik jer .. Ada yang mati atau cedera .. Ok la kan ?

Tadi , di Bangi .. Hampir gak seorang penunggang motosikal menjadi mangsa yang mana sebuah kereta dari lorong kanan tetiba masuk ke lorong kiri tanpa ‘bagitau ‘ pengguna kenderaan lain .. Dan hampir jadi mangsa , penunggang motosikal yang aku kata tadi laa.. Nak terbabas dia .. Iskh iskh iskh ..

Di Mstar Online .. Sebuah lori yang sarat dengan muatan batu, terbabas dan terbalik lalu menghempap seorang penunggang motosikal yang melalui arah bertentangan di persimpangan tiga Kampung Bujang, Merbok di Sungai Petani, Isnin. Lori terbabit dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan pacuan empat roda yang masuk ke laluannya secara tiba-tiba, dan melanggar sebatang pokok besar di persimpangan jalan itu sebelum terbalik. Saksi kejadian, Salmah Mansor, 57, berkata, dia yang ketika itu sedang menyediakan goreng pisang di gerai makan di situ, hanya mampu melihat lori terbabit terbalik dan menghempap motosikal yang dinaiki mangsa. Foto BERNAMA

 

Memandangkan ramai yang berminat untuk tidak menggunakan lampu isyarat di kereta masing masing , apa kata kerajaan suruh buang je lampu lampu tu atau pasangkan lagi lampu lip lap di badan kereta yang punya roda ..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

Muhahahahha .. Aku tak teringat .. Beli kabel HDMI .. sambungkan pada tv lcd dan ..walaaaahhh .. Tu diaaaa .. Free movie wehhhh ..

Aku guna tv je la pasni utk update blog .. hehe .

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

Dah hampir 3 bulan aku tak ke gym tapi aku buat senaman ringkas gak kat rumah utk keluarkan peluh serta gerakkan segala anggota badan ke tahap maksima yg boleh ..

Bukan apa .. aku risau diserang penyakit je sbb aku dah mula makan tidur makan tidur sejak tak aktif ke gym ..

Jadi aku buat bila ada masa terluang tapi pastikan 3 kali seminggu ..

Jangan tunggu doktor nasihat , baru beria nak cari,kan ? Hehe ..Jangan bg alasan terlampau bizi utk kesihatan kita ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Nasihat aku , jangan terburu buru membelinya.Harga, memang diorang bagi kaw kaw punya walaupun diorh kata murah. Pastikan buat survey dulu di mana kedai dan juga google forum berkaitan dgn apa yg kita nak beli ..

Buang masa ? Kita boleh jimat hingga RM500 !! Dan jgn lupa tanya hadiah percuma ..

Nak lagi best ? Masa bertanya tu bgtau je kita dpt murah di kedai sekian sekian .. Kalau dia tak nak bg murah , blah je .. jgn layan ..

Jangan lupa hak kita .. Tanya sekali jaminan bertulis .. hehe .. Aku dpt dah .. hehe .. Tinggal nak beli barangan utk bilik tidur utama ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Selsema dan batuk yg mula menyerang Qhaliff, membuatkan aku ke klinik An Nur utk dptkan rawatan ..

Hurm .. ada gak google baca pasal demam dan selsema bayi ni .. Ada tips dan juga pendapat ..

Tgu jap lagi apa kata doktor ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Vivix sememangnya untuk kesihatan keseluruhan. Alhamdulillah, banyak yang telah berubah kesihatan Cik Aniz sejak berkecimpung dengan Shaklee ni. Beliau ni masih muda tapi menghadapi masalah tekanan darah tinggi dan beberapa masalah lain.

Muda2 dah kena darah tinggi tu, bahaya tu. Kalau berumur pun bahayanya sama juga, cumanya saya sangat terkejut bila beliau mengatakan beliau menghadapi masalah tu. Tapi kira ok lah sebab beliau mengetahuinya dari awal. Boleh kita usahakan sesuatu kan.

Jom kita tengok testimoni dari customer saya merangkap biz partner saya yang pertama ni. :) .. Klik SINI ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes