BEN ASHAARI



 

Heheh .. Dalam diam , anak mengajar ibu bapanya .

“ Kot yer nak kasi anak tidur pun , mandikan .. Pakai pakaian bersih bersrih  pastu kasi makan .. Baru la dodoi.. Tidur pun nyenyak .Siap mimpi lagi .. kan kan ? “

IMAG3754

Aku mandikan dia .. Pastu bagi kurma skit .. Baru bagi susu .. Hehe.. Dapat susu botol ke dua .. mata pun kuyu..

“ Cepat laaa tidur Qhaliff .. daddy sakit perut nih !! “

Kena pasti kan dia tidur lena , baru g tunaikan hajat .. Kalau tak , mmg kes naya ! Hahaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Hehe .. Lewat bangun walaupun awal pagi dah bangun pastu sambung balik. Ni gara gara layan filem korea semalam laa .. Ceritanya , best gak la.. Cam biasa , elemen cinta wajib ada .. Dan heroinnya confirm la cun kan sbb dah .. dah .. er .. korang tau la jawapannya ..

Tidur dalam kul 3 lebih .. Hampir kul 4 .. Kul 6 bangun … sambung balik pastu .. Selagi Qhaliff tak cakar muka aku , sekali tu aku dengkur sebelah dia .. Apa ?? Abang ben dengkur ? Normal la tu kan.. hahaha ..

Kul 8 lebih jaga sbb Qhaliff dah menjeling kat aku . Sebelum budak ni terpusing pusing , aku pun celikkan bijik mata seluas alam walaupun mulut dok menganga harap satu keajaiban berlaku yakni Qhaliff tetiba mengantuk !

Dan skang kul 10 pagi .. Qhaliff dok menjerit ajak main ! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…. Nak mandikan dia pastu menyusu.. Eh , kasi susu .. Pastu baru leh update pasal filem korea yang aku tengok tu ..hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

IMAG3748_BURST002

Memandang wajah si kecil ini ..

Lena dibahu ibu ..

Hanya mengerti menangis ..

Hanya tahu ketawa ..

Selainnya , dia tidak mengerti apa apa…

 

Memandang wajah si kecil ini ..

Hati aku sayu ..

Apakah itu juga perasaan ayah aku satu tika dulu ?

Begitukah kasihnya ibu pada aku dulu ?

 

Ya ALLAH ..

Aku tak bisa membayar segala keringat mereka untuk ku selama ini ..

Hanya padaMu aku memohon ..

KAU lindungilah mereka di dunia ini dan di akhirat kelak ..

KAU ampunilah segala dosa dosa mereka , Ya ALLAH ..

Sesungguhnya aku mengerti betapa kasihnya seorang ayah pada anaknya ..

 

Sesungguhnya , aku sangat menyesali segala tingkah laku aku pada mereka , satu tika dulu ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Huhuhu .. Macam jatuh cinta kat daddy je .. hahaha .. Cinta seorang anak pada ayahnya kan ? Nanti dah besar , jangan lwn cakap daddy dan ibu yer .. Tak baik .. Kalau rasa rasa nak lawan , baca blog ni sejak Qhaliff mula lahir eh ..

Semoga Allah ampuni dosa dosa kedua ibu bapa kita .. Dan Al-Fatihah buat  mereka yang telah pergi ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Biasanya la kan , aku jumpa pokok semalu ni kecik kecik je saiznya. Kira macam rumput gak laa .. Macam dalam gambar kat bawah ni haa ..

Pokok semalu sebelum dan selepas di sentuh.

Bila kita sentuh , dia kuncup.. haaa .. kira malu la kan ? Nak dijadikan cerita, entah apa giler aku datang hari ni , aku g jogging laa kat area taman rumah aku ni haaa ..

Sekali sampai kat tempat biasa aku bersenam , tempat tu dah abis naik pokok pokok liar.. Huh.. Tak terurus dah .. Ni mesti nak kejar tender ni .. hehee ..

Ternampak satu pokok ni .. Memang aku cam sangat la sebab dah sebati dengan aku sewaktu kecik dulu ..

IMAG3740

Amik kauuu.. besar tuuuu .. Eh , tinggii tuuu … haaa .. Ngeri pulak aku tengok.. Ke pokok ni dah mutasi atau dikacukkan dengan pokok jati ? Huhu ..

IMAG3739

Dahan dia pun dah besar ! huhu .. Terlebih kenyang pokok ni …

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Photo: Bila mimpi jadi kenyataan ..

Teringat kata kata aku pada wife satu tika dulu sewaktu aku awal awal lagi dalam dunia blog .. Waktu tu aku sibuk amik gambar makanan untuk dijadikan entri di blog aku ..

“ Mana la tau kot kot satu hari nanti , dapat email jemputan untuk makan freeeee .. hehehe .. “

Dan aku pun buat la entri review makanan sebagai permulaan .. Mana la tau kan.. Rezeki dari ALLAH ..

Bermula dari tahun 2009 dan skang 2012 , syukur pada ALLAH berkat kesabaran aku dalam dunia blog , mengharungi pelbagai dugaan .. byk jemputan persendirian aku terima … Terharu dan bangga atas segala usaha yang aku lakukan berjaya membuka mata mereka yang memandang rendah pada aku dari mula dulu ..

Terbaru , aku dapat jemputan dari pemilik restoran D’ Kayangan Steambot untuk g menjamu selera di situ … Terharu sehhh ..

Aku harap rakan rakan blogger yang ada diluar sana, berbloglah dengan ikhlas dan jika ingin berjaya , jangan sesekali menindas rakan lain dan paling penting adalah semangat persaudaraan dalam dunia blog bagi menjamin kejayaan bersama !

Ingat , segalanya bermula dari bawah untuk mengecapi manisnya kejayaan ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Terkejut sebenarnya bila aku dengar pasal tu semalam padahal menda ni dah berkurun isunya di internet . Aku je ketinggalan keretapi.. Nasib baik la ada kawan blogger cerita pasal tu semalam ..

 

Dari sumber yang aku baca ada  (antaranya BUASIR OTAK  )yang kata satu akaun tweet telah tweet hampir 4 ribu kali !!

Perghhhhh .. Betul ke ?? Tu diaa aihhh .. Dan menariknya , pengisytiharan tersebut tidak mendapat ‘restu’ dari Twitter sendiri .. Hehe .. Tu bukan aku kata laa ..

Korang google dan baca sendiri. Analisa dan pikiaq sendiri. Aku awal awal lagi malas nak layan kempen #merdeka55 ni sbb nampak mengarut di mata aku.. Ada yang kata sabotaj .. hehe..

Nak membodek pon , berpada pada la skit .. Jangan nak menipu rakyat dan big boss .. hehe .. Skang sapa malu ?

Saya bukan pro pembangkang. Terima kasih .

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Medusa ,ular peliharaan  seberat 136 kilogram, panjang 7.62 meter dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 orang untuk mengangkatnya telah diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guiness sebagai ular peliharaan terbesar di dunia.

Makanan utamanya terdiri daripada arnab, rusa dan haiwan lain yang diberikan kepadanya setiap dua minggu. Dikatakan ia  memakan 18 kilogram haiwan kira-kira seminggu.

Tuan punya ular tu menyatakan yang dia beli ular tu sepanjang  0.6 meter dan hanya segemuk jarinya saja .. Dan skang ? Hehehe .. Korang pon dengan selamba dia telan .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Malam semalam menjadi saksi betapa aku perlu kembali ke gym sebab makan dgn banyaknya ..  Hehe .. Pufff .. nazak nazak ..

Kehadiran aku ke restoran  D’ Kayangan Steambot bersama keluarga aku, keluarga adik ipar aku dan rakan rakan blogger mmg membuatkan aku tertelan air liur melihat makanan  yang ada ..

Yummy .. masuk masuk ke pintu utama , nampak dah kambing panggang !

IMAG3724

Tertelan air liur aku tengok kambing panggang ni . Dulu aku bukan kaki kambing tapi bila aku rasa seketul sewaktu aqeqah Qhaliff dulu tu haa .. aku semakin meengemarinya .. hehehe .. Berbeza dengan ayam.. hahaha.. Sesekali ok la .. Sebulan sekali pon lom tentu aku makan .. hehe ..

Kemudian aku masuk ke dalam restoran untuk bertemu Chef Sharifah , tuan punya restoran yang juga menjemput aku ke sana .. Terima kasih Chef ! Berasal dari Perlis , Chef Sharifah mmg mesra orangnya.

Sebelum tu , aku terpaku jap tengok orang ramai yang hadir ke restoran ni .. Kebetulan ada Datuk Dr.Hassan Ali yang makan berhampiran aku dan ada juga artis ..

Harganya , mmg bepatutan sangat.. Satu kepala dalam harga RM21.90 + dan kanak-kanak RM10+  jer.. Macam macam ada okeh !! Kira berbaloi la nak bersantai bersama keluarga di sebelah malam.

Menurut Chef Sharifah , untuk menu tengahari  mereka bercadang nak buat ala carte .. Hehehe .. Makanannya , mmg menyelerakan tekak aku .. huhu ..

Antara pilihan yang ada semalam .. Gambar ni aku aku kat facebook teamboat BBQ Buffet D'Kayangan jer lengkap ! Hahaha ..

IMAG3734

IMAG3738_BURST002_COVER-1-1-1

IMAG3731

Amacam ? Menarik ? POI kalau nak guna gps ke sini adalah NAZA TTDI atau Pangsapuri Service Sri Acapella .. hehehe .. Alamat penuh Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ini ,

RESTORAN STEAMBOAT D'KAYANGAN ,MR1-01-04 SRI ACAPELLA SERVICE APARTMENT ,NO.1 JALAN LOMPAT TINGGI 13/33 , SEKSYEN 13, SHAH ALAM ,40100 SELANGOR

No Telefon : 012-297 1091/ 012-397 0091/ 03-5523 4979

Email : kayanganbuffet@hotmail.com

Booking dulu sebelum datang ! Takut .. eheheh

“ Encik, maafkan saya .. dah penuh .. “ ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

-IKLAN-

Selama ni kita tak pernah terfikir dan terlintas difikiran pun yang makanan yg kita masak seharian tu betul2 selamat atau tidak untuk kita makan…terutamanya untuk anak-anak kita…selama ni kita fikir bila da masak kira selamat dari segala kuman dan bakteria…

KENAPA BEGITU??

Sebelum ini kita pernah dengar kan tentang pencemaran terhadap makanan seharian kita seperti ayam,sayur-sayuran,buah-buahan dan sebagainya…

Dan tahu tak kita racun dan bahan kimia tersebut tidak bole hilang dengan hanye menggunakan air.Biar banyak mane sekalipun kita basuh tapi bahan kimia tersebut tetap dan masih ade..

Selalu dengar kan ayam disuntik dengan hormone tumbesaran dan antibiotik yang kuat untuk menggalakkan tumbesaran dan menahan dari sebarang penyakit.Dlm mase kurang 30 hari dah bole dijual lalu dimakan oleh kita..

Kita sendiri sebenarnye tak mampu menghalang benda ini semua terjadi…ini berikutan permintaan yang semakin meningkat…

Begitu juga sayur-sayuran dan buah-buahan yang disembur racun serangga dan bahan kimia lain bagi tujuan menjaga kesegaran dan mengelak serangan serangga perosak..

Lalu secara tak langsung mendedahkan kita dengan pelbagai jenis penyakit merbahaya seperti kanser,sakit buah pinggang,darah tinggi,diabetis dan macam-macam lagi…

Dan tidak lupa juga ikan dan makanan laut dipasaran yang direndam lama untuk tahan lama.

So…ape tindakan kita????sampai bile kita nak biarkan bahan-bahan kimia ini terus masuk kedalam badan kita menjadi racun dalam diam….masuk kedalam badan anak-anak kita sekeluarga???

Sebagai langkah pencegahan awal….setiap rumah memang patut memiliki…

Biozone Food Purifier

clip_image002

Antara Fungsi Biozone Food Purifier adalah:

  • memelihara kesegaran makanan
  • menyingkirkan bau
  • menyingkirkan toksin larut air, toksin larut lemak dan bakteria
  • memelihara nutrien makanan
  • berkesan menyingkirkan bahan2 pencemaran
  • IANYA SELAMAT,BERKESAN,MUDAH DIBAWA KEMANA-MANA.

Sebarang pertanyaan sila hubungi

Fariza Munir 012 3495041

Email :Khyra2005@gmail.com

blog : www.farizamunir.com

AGENT JUGA DIPERLUKAN.

Bole tgok dlm video ni bagaimana Biozone Food Purifier ini bertindak balas terhadap ayam.

 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Hehe .. Bila dengar je ZALORA , pasti dalam kepala yang muncul adalah komen komen negatif kan ? Hehehe .. Aku pun begitu gak .. Event pagi tadi yang dianjurkan oleh MBE dan ZALORA di Alamanda mmg membuat aku tak sabar nak bertemu muka dengan wakil dari ZALORA ..

Kenapa lak ? Hehehe.. Aku nak tanya pelbagai soalan pada mereka sebelum aku nak update mengenai mereka dalam blog.. Hehehe .. Syiok wooo ..

Lunch di Black Canyon menjadi saksi segala Q and A aku .. Soalan pertama aku pada mereka , apa pendapat mereka mengenai komen komen negatif yang terdapat di forum internet atau di Facebook ?

Jawapan yang mereka bagi sangatlah memuaskan hati aku .. Mereka akui segala kelemahan yang ada dan mereka berusaha memperbaikinya termasuk mengupgrade sistem yang sedia ada kepada yang lebih terkini agar segala pembelian secara online berjalan dengan sempurna.

Seperkara lagi , kebanyakkan pelanggan tidak membaca Q and A yang terdapat di laman web mereka untuk mereka fahami apa yang harus mereka lakukan sekiranya terdapat masalah .

Memang betul pon kata mereka . Tak dinafikan kita jarang nak baca semua tu . Yang kita tau , beli je terus . Bila jadi masalah , baru nak pening kepala .

Aku bukan nak sebelahkan mana mana pihak . Mereka pun baru lagi dalam dunia online ni ( 5 bulan ) dan masa diperlukan untuk menjadikan mereka ‘sempurna’ sebaik mungkin .. Tu pun kalau korang nak beli barang di internet dengan harga patut .. hehe .. Tak nak , jangan paksa diri ..

Sebarang pertanyaan , korang boleh rujuk terus dengan bahagian customer service yang ada di Facebook dan juga Twitter .. hehehe ..

Tunggu la kot kot ada invitation dari ZALORA sendiri untuk ke pejabat mereka bagi menyaksikan sendiri perjalanan perniagaan online mereka .. Aku dah suggestkan pada mereka ..

Makan tengahari tu berakhir dengan baik sekali dan aku sambung makan kat rumah lak .. lalalala ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Dalam diam diam ada adik , ehhh Qhaliff ? Nama apa ??  Nama dia .. er .. Nur Qhalisya Iman .. hehe ..

Dan daannnn ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Ahaa … peluang bertemu dengan wartawan dari BERNAMA tidak aku sia-siakan tadi. Selain dari wartawan tersebut , ada wakil dari ZALORA .. ehehhe .. Dalam kepala aku berlambak soalan untuk aku ajukan pada mereka ..

Kesempatan duduk sebelah wartawan BERNAMA telah aku gunakan sepenuhnya.. Aku tanya soalan soalan berkaitan dengan mengambil artikal berita bulat bulat dari akhbar online.. Apakah itu salah dan boleh dikenakan tindakan ?

Menurutnya , perbuatan begitu mmg salah jika mereka membuat laporan pada SKMM apatah lagi jika tidak meletakkan sumber asal atau backlink . Lebih kurang hak cipta la kot ..

Tapi jarang la ada akhbar nak kecoh sangat kecualilah artikal tersebut telah diedit atau diubah suai lalu dletakkan sumber dari mereka juga ! Dia ada bagi la beberapa contoh kes pada aku ..

Dan aku bertanyakan apakah salah jika amik sebahagian petikan dari artikal berita tersebut dan blogger membuat ulasan tetapi tak beritahu sumber dari mana ? Jawapan dari dia , tak salah . Jika berlaku kekeliruan , blogger tersebut perlu dipertanggungjawabkan ..

Ini bermakna EN.YUS dalam entri aku Gila menyaman bloggerkah sekarang ? ini sekadar nak membuang masa dia .. Kira nak gertak tapi sayangnya aku tak takut sbb bukan entri menghina atau menukar info  dan aku buat entri tu pun untuk maklumkan pada rakan blogger mengenai plagiat artikal..

Dan paling menjadi kesalahan ialah edit gambar yg asal kemudian diletakkan sumber kepada yang asal ! Ini dah satu kesalahan la ..

Tapi untuk keselamatan di masa akan datang , sebaiknya apa saja yang diambil dari orang lain ( hak orang lain ) , bagi la kredit atau sumber asal agar tidak berlaku masalah di kemudian hari ..

En. Yus , nak siakap 3 rasa tak ?

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Kat event MBE tadi .. Satu ‘arahan’ dari big boss kat rumah mintak tolong belikan lengkuas , kurma , telur dan sebagainya.

Dalam kepala aku .. “ Hmm .. lengkuas camana lak rupanya eh ? Nak google tak sempat lagi ..  Dan aku terbayangkan ..

Hurmm .. takkan tu ? Tu sengkuang laaa.. Takde kaitan kekeluargaan dengan lengkuas !

Tak kisah la.. Lepas selesai event tu , aku ditemani blogger Que Achmad ke Carrefour utk beli barang yang wife kirim .. Heheheh .. Dalam pala aku , Que ada.. mesti kenal punya ..

Sampai dalam tu .. Hahahaha.. Dia tunjuk kunyit memula.. Laaa.. spesis aku rupanya .. Hahahha ..

IMAG3719

Nasib baik setiap barang yang dijual ada letak ‘name tag’ .. Kalau tak confirm aku tanya kat awek cun yg kebetulan lalu kat sebelah aku tu.. Hahaha ..

Dan … pilih satu lalu timbang .. Ingat nak amik dua .. Tapi tak pe laa .. Nanti datang beli kalau tak cukup ..

Sampai rumah ..

IMAG3721

“ Bang , lengkuas sebesar ni 4 tahun pun tak abis !! “

Err .. nasib baik aku tak beli dua .. Hahahah ..

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

Huhu.. terpaksa tinggalkan Qhaliff utk mencari sesuap nasi .. Nanti daddy balik eh. Bg mummy jaga lak ..

Tp siang senang sgt jaga dia .. Tidurrr jer diaaa lepas menyusu . Huhu ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Makan luar lagi ?? Apa nak buat .. wife tak sempat masak sbb sibuk di kiri dan kanan .. Aku ? Aku lagi la sibuk wooo .. Ingat aku duk umah ngangkang je ke .. Tu ayat mak aku la biasanya.. hehe .. Jangan marah noo ..

Malam ni , g makan kat temapt hari tu.. Ala, Soho di Sg Merab tu haa .. Kenapa g makan sini gak ? Aku plan nak makan burger bakar .. Hahaha .. Dulu aku pelik nape org suka makan burger bakar ni .. Skang aku dah gian lak .. huhu ..

Sedap tak makan kat sini ? Haaa .. Kalau selera tekak siam , ok la sini . Bagi aku yang tekak universal ni , ok laa .. Boleh telan berbanding semlm aku g makan kat Perantau Hill tu ..

Tapi sayangnya , tak bukak pulak burger bakar tu haa .. Haih .. Cuti ke ? Takkan kot ? Hurm .. Jangan wat gini .. Rugi wooo .. Lari pelanggan ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Puasa dah berlalu. Janji lepas sebulan beraya , nak start balik. Nampaknya , badan semakin berat .. dan aku semakin malas ! Serius , bapak malas !! Semangat ada tapi MALAS nak mula balik ..

G gym ? Hurm.. segan pun ada .. Nak berjimat pun ada .. Nak g , minyak kereta lagi. Yuran lagi .. Nak lari depan rumah , skang ni hujan .. Tu alasan terbaik la aku boleh baik. Nak lagi terbaik , Qhaliff tak bagi aku pergi ! Kalau nak g gak , dia nak ikut … Haaa..amacam ?

Nampaknya … aku terpaksa simpan lemak buat sementara waktu ni laa .. Apa nak buat , kan ..

Qhaliff dah mula bersenam .. Aku je belum ni .. Hurmm .. Kesihatan perlu dijaga. Bukan saja nak kekalkan otot tu tetapi bersenam adalah antara awet muda .. hehe ..

Makan je ubat , confirm kurus ?? Sori la .. tu bukan style aku . Tu mungkin style oppa ganyam tu .. but not me okeh ! Sepeking dah akuuu .. haa ..

Bila nak start balik niiii .. hurmm .. Kang dah membulat , terlewat daaah ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Gambar – Mstar Online .

 

Ada yang kata , perhimpunan membantah filem menghina Islam tu satu perbuatan membazirkan masa .. Ada macam macam pendapat . Tapi kita sebagai umat Islam , apakah nak lihat saja mereka menghina dan terus menghina Nabi Muhammad S.A.W yang kita cintai itu ?

Sebelum nak tinggalkan komen , apa kata bukakan minda dan baca artikal tulisan DR.MAZA sekejap. Pastu baru bagi komen eh ..

"Mereka yang tidak merasai kemanisan nikmat iman mungkin tidak faham hakikat ini. Mereka kehairanan kenapa muslim sedih dan emosi apabila Nabi mereka disakiti. Sesiapa yang hendak jadi ahli politik dalam masyarakat muslim, kena memahami latar pegangan dan nilai dalaman mereka."

Artikal penuh di SINI

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Tengah dia layan kartun kat TV , rancangan terhenti seketika untuk memberikan laluan pada azan Asar. Qhaliff , tiba-tiba terpaku .. Dan terus teriak dan berhenti semula. Dia pandang tv , dan menangis semula.

Aku dukung dia dan pujuk dia .. Mata dia , dia tumpukan pada tv dan azan masih berkumandang ..

“ Qhaliff rindu eh ? “

IMAG3682_BURST005

Selesai azan … Dia sambung main balik .. Hurm …

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Cedeyyyy .. Qhaliff bila nampak mak dia , sengih seolah dapat pingat emas olimpik lagaknya ! Aku yang sedang dukung dia , terus hiang dari penglihatan dia ..

Tu belum disua tangan dek mak dia .. Melompat lompat kesukaan .. Daddy nak merajuk la cam ni ..

Kasih ibu kan .. Camana punya lama takde kat rumah , anak tetap nak kat mak dia gak .. Kat bapak dia , bila dia dah boring ngan mak dia laa .. Huh..

Sian daddy kan ? Qhaliff dah tak nak kat daddy kan ? Ni yang nak kena ada baby baru .. Hurm.. nak honeymoon mana lak kali ni eh ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Mengucap panjang bila aku baca pasal seorang gadis lembam ( OKU ) dibuang oleh maknya sendiri di Harian Metro ( kena bagitau sumber woo .. kalau tak kena saman .. )  tadi .. Hurm ..

Pinjam skit noo keratan artikal tu eh.. Bukan apa , kang kalau aku tulis sendiri , takut lain lak korang faham . Menda gini kena duduk lepak minum kopi baru boleh cerita dengan baik sekali .. hehe ..

“ Lebih malang, gadis berkenaan yang juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bukan saja tidak dikehendaki ibu bapanya yang sudah berpisah itu tetapi, ‘dibuang’ dengan cara menyayat hati apabila ditolak keluar dari kereta, Ahad lalu. Difahamkan, gadis berkenaan dibiarkan di tepi jalan bersama beg pakaian dekat Taman Cantik, di sini, selepas ditinggalkan ibu kandungnya bersama bapa tiri dan seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi gadis malang itu apabila seorang saudaranya yang kebetulan melalui jalan itu menemuinya sebelum membawanya pulang ke rumah mereka.

Selain itu, gadis berkenaan dikatakan bukan sekadar ‘dibuang’, tetapi wang bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan sejak dua tahun lalu dipercayai dikeluarkan keluarganya tanpa pengetahuannya berikutan dia tidak tahu menulis dan membaca.. “

Tu sedikit je .. Kalau nak baca lagi , klik Gadis lembam dibuang di tepi jalan ni ..

Kesiannya .. Nak kata lelebih , kang jadi umpat lak .. hehe .. Apa yang aku boleh buat cuma , berdoa agar maknya sedar kesilapannya itu dan harap gadis tersebut bersabar je dengan perbuatan maknya tu .. Maklumlah , .. er .. tak pe la.. nanti aku lak berdosa.. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Sabar je laa .. Hahaha.. Bukan mengeluh pun cuma geram jer .. Kalau dia jaga , aku gomol dia.. sian diaa .. Pastu , stok susu lak mmg kehabisan . Jadi , kena tunggu la bekalan tiba .. Huhu .. Kena bijak bagi kat Qhaliff ..

Kebiasaannya , Qhaliff akan bangun tidur antara 930  pagi hingga 10 lebih . Haa.. Tapi hari ni , punya laaaa awal dia bangun .. Kul  8 lebih dah celik mata dan …

“ Daaa… daaaa.. haaaaaaa… Baaaaaa .. Eeeee .. “

Macam macam kuar dari mulut dia tapi yang aku paham ..

“ Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .. “

Aku layan ‘borak’ ngan dia .. Dia senyum .. Aku tak pasti la dia senyum perli atau senyum kambing kat aku sbb tak mandi lagi .. hahahha ..

Dalam kul 9 , aku mandikan dia .. Dia tak leh mandikan aku .. hahaha.. Tak aci la kann .. haha .. Pastu tu baru aku bagi susu kat dia .. Tapi sebelum tu , aku bagi sedikit kurma kat dia.. Aku nak amalkan bagi kurma kat dia .. Nanti tak susah dia nak makan bila dah besar ..

IMAG3673

Muka kesian sebelum dapat susu .. hahaha ..

 

IMAG3670_BURST009

Aku wat dek .. dia menangis sambil hentak hentak kaki ! Apa ??? Hentak kaki ? Masak laaa aku nanti .. Terbayang di dalam kepala ..

“ Daddyyyy … nak mainannn tuuu .. nakkkkk .. naakkk .. “

Huh …

IMAG3671 IMAG3672

Abis satu botol setengah .. huhu .. Abis jer , automatik mata terbuka dan sambung hentak kaki .. Nak lagi tuuu .. Tak leehh dah !

Aku dukung dah sendawakan dia kemudian dodoi hingga tertidur di bahu aku .. Legaaaaa …

IMAG3675

Dalam 20 minit dia tidur , tiba-tiba ada call masuk ke telefon bimbit aku .. Dan Qhaliff ..

IMAG3676

Kembal ceria ! Hahahah .. masa untuk gaduh ngan budak ni !!

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

IMAG3662

Dapur dah pasang .. Brand Elba rasanya. Tu je yang mampu beli.. Oven pelbagai guna pun dah beli. Ada 8 kegunaan kot .. termasuk panggang aku ! Huh ! Banyak banyak macam nak buat restoran dalam rumah .. huhu .. Tapi apa nak buat .. tak beli kang … ada yang buat muka duck face .. hahaha .. siap la aku nanti ..

Sekarang ni , masalahnya ialah hood tu haa .. Alahai .. bracket takde la kata orang yang nak pasang tu .. Pastu tanya kedai . Kedai suruh datang amik .. Lohhh .. Suka suka jer suh datang eh ? Kenapa masa antar dulu tak bagi sekali ??? Grrr .. Nak tak nak , malam hari semalam g amik ..

Tang dapur lak , hos utk gas lak takde .. Alahaii .. Nasib baik orang tu bagitau . Kena beli lagi .. Tanya harga kat kedai yang beli dapur ni .. Dia kata ada dua jenis .. Stendek la kan .. Yang ok dan yg biasa biasa .. Yang ok , mahal la.. Opkos laaa .. Bisnis .. hahaha ..

Wife tanya berapa harga ? Amik kauu… cecah ratus gak laaa .. Yang biasa , murah bebenor .. Hurmm .. Amik la yang luar biasa .. Keselamatan perlu diutamakan ..

Tanya harga , boleh kurangkan tak ? Dijawab harga tu dah jauh murah .. Tak leh nak kurang lagi kata dia .. Hurm.. Wife bgtau kat orang tu yang dia nak amik peti ais lagi laa .. byk barang lagi kat kedai tu .. Dan dan dapat kurang lagi RM20 !!! Hahaha .. Bayangkan laaa … berapa untung diorang tapi kata tak untung gak tuuu .. adoiyaii ..

Malam ni g amik hose tu .. Tak tau la camana punya special tu .. Dan tang sinki air , ada kena buat penambahan sedikit .. Ayooyoo .. MONEY MONEY !!

Nak hidup selesa skit kena guna byk duit .. Tak pe la.. Tu tujuan simpan duit. Kita tak tau apa yang akan kita lakukan dalam keadaan yang mendesak dan terdesak ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

IMAG3651

Semakin sempit rocker dia ni haa . Nak masuk 6 bulan dah .. Ada yang kata tengok dalam gambar nampak besar berbanding jumpa live .. Hehe .. Aku tak tau la camana mereka bayangkan Qhaliff ni .. Qhaliff , bagi aku la kan .. Qhaliff ni  panjang .. Skang ni nak dukung pun dah sukar ..

Kang kalau beli katil , dia tak nak tidur dalam tu lak .. Kalau nak pun , bukanlah nak dia tidur sorang sorang .. Iskh.. mana mungkin .. Tinggal 2 saat pun dah carik balik .. hahaha ..

Takde katil pun , masalah gak ni .. Merempat lak dia tidur .. hahaha .. Tak kisah la pun kan ? Asal bapak dia ada kat sebelah .. hehe ..

Apa aku nak buat ngan budak ni eh .. Gaya dah macam boss .. Hahaha .. memang pun !! Dia jaga dari tidur , dia nampak kita .. terus muka 10 sen dia buat.. Pastu dia depakan tangan dia seolah olah berkata ..

“ Daddy ? Tengok je kee ??? Dukung laaaa .. “

Hahahah .. Haihhhhhhhhhhhhhhh .. Qhaliff Iman oiiii .. Aku tak tau laa camana nanti bila boleh cakap !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Ramai dah orang yang tak dikenali menegur mata hitam Qhaliff.. Katanya besar.. Aku belek , tak pulak besar. Besar lagi aku punya. Eh , mata aku biru .. hehe .. salah lak ..

Kata mereka , orang yang punya mata hitam besar ni bijak orangnya. Waaah .. kalau gitu , aku yang bermata biru ni mesti genius kan ? Hehehe .. Meluat la tuuuu ..

Betulkah ? Hahaha.. Aku tauuuu jawapan korang .. Segalanya terpulang pada didikan mak bapak dan guru di sekolah. Guru di sekolah tak boleh dipersalahkan jika anak tak bijak .. hehe .. kan kan ?

Betul la tu .. Cuma bagi aku la kan .. tak kira la mata hitam besar ke atau biru mata hitam ku keee .. yang penting seawal usia bayi , si penjaga kena bijak mengajar mereka .. Jangan asik dok cak cak cak je kan ?

Caaakkkkkk ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Nak makan mana malam ni ? Tergaru garu kepala .. Mana eh ? Mana eh ? Kebetulan dari kedai elektrik di Bangi dan plan nak menuju ke Cheras.

Lalu depan satu restoran yang mana sebelah siangnya pasti menjadi kegemaran aku kerana terdapat pelbagai jenis juadah untuk dimakan bila dibayar ..

Perantau Hill .. Restoran ni mmg selesa giler. Siap dapat anugerah kedai harga patut .. Dan ramai gak yang singgah malam ni termasuk aku dan keluarga aku ..

Lapar sangat .. Aku order keow teow kungfu dan wife nasi goreng ikan masin .. Dan satu burger special .. Hehe .. Lapar benar tu eh ..

IMAG3665

IMAG3664_BURST002

Layanan ok .. Mesra gitu .Takde masalah dengan mereka . Sayangnya .. inilah yang buat spoil ! Wife mmg tak nak makan sini sbb dia kata dh tak sedap .. Tapi aku degil nak lepak makan sini ..

Keow teow kungfu dia … mmg lain dari kebiasaannya. Setau aku la kan , dibalut dengan telur.. Tu yang biasa aku makan laa.. Tak tau la kot sini lain dia punya kungfu .. Sedap ? Terlalu biasa .. untuk kenyang , boleh laa.. Untuk order lagi , tak mungkin laa..

Aku rasa nasi goreng ikan masin .. Aku yang ada darah tinggi ni , nak gak try .. hehe .. Hurm… mmg masin la.. Tapi ok la berbanding keow teow kungfu aku tu ..

Burger ? Hehehe .. Terlalu biasa laa .. Kira aku pun leh buat kat rumah .. Haa .. Tiada keistimewaan gitu ..

Dan air ? Teh o .. opkos laa rasa teh .. hehehe .. Dan benarlah kata wife , masakan sini biasa jer .. Kira ni last la aku makan malam sini. Kalau nak minum minum atau pekena ABC , ok la kot ..

Harga .. murah gak la ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Haaa .. Dulu aku tak kisah sangat la .. Tapi sejak kehadiran Qhaliff , segalanya berubah ! Dari tak tau apa apa , aku kena amik tau ! Dari malas amik tau ke terpaksa rajin amik tau ! Segalanya kerana inginkan yang terbaik buat Qhaliff dan juga adiknya nanti ! Eceh ..

Dulu , aku ingat susu ibu ni sama je cam susu susu yang ada dijual sana. Yelah , mcm mcm brand ada kan .. Tetapi setelah mengetahui kelebihan susu ibu , aku up dalam blog aku untuk perkongsian bersama ! Bacalah ..

  • Kenapa sibuk sangat nak kasi susu ibu ?
  • Stok susu ibu Qhaliff dah abis ..
  • Jangan kedekut susu ibu dengan Qhaliff !
  • Salah Faham Tentang Penyusuan Susu Ibu
  • Antara petua perbanyakkan susu ibu
  • Kuning ?
  • D.E.M.A.M
  • Denda RM35 ribu jika enggan menyusu bayi !!
  • Qhaliff ke pejabat ibunya ..
  • Sebotol ? Apa kelas , daddy !!
  • Pam susu badan : Manual atau Elektrik ?

Dan ada banyak lagi berkenaan susu ibu ni haa .. Tapi apa masalahnya ??

Hurm .. bila g ke mana mana mall atau tempat awam , memang wujud  masalah nak menyusukan Qhaliff ni ! Kalau stok berlambak , boleh la jugak bawak dalam botol . Tapi ni , susu ibarat kais pagi makan pagi ! Tak dinafikan ramai ibu begitu jugak . Macam macam dah dibeli dan makan  . Petua pon ikut dah !

Jadi , nak tak nak kena la  menyusu di tempat tempat yang disediakan tetapi amatlah sukar nak cari atau terpaksa sorok sorok menyusu di celah celah tempat terpencil atau terus balik ke rumah . Hurm ..Ini kes terpaksa bila Qhaliff mula menangis terutama bila dah lama berjalan. Frust bila ni berlaku. Yelah , bayangkan nak ke situ saja dah makan masa. Bila dah sampai , kena balik .. huhu…

Ada yang lagi tak berhati perut bagi cadangan , jangan bawak anak ke mall atau tempat awam ! Tinggalkan je kat rumah dengan maid atau bagi je pada saudara terapat utk jaga mereka. Dah tu nak bagi susu apa ? Susu formula ? Senang cakap la sbb tak tau kelebihan susu ibu ni haa .. Kalau tau kenikmatan dan keistimewaan susu ibu ni , confirm laaa takkan cari susu formula ( melainkan benar benar terpaksa ).

Haa .. ok ok .. Panjang pulak ulasan aku ni .. Harap-harap  mereka yang tak de anak lagi ni , berfikir panjang sebelum nak tinggalkan komen atau cadangan ..  Yang ada anak , sila sila la panjangkan yer..

Disini ada satu petition untuk ibu bapa atau  bakal bergelar ayah dan ibu ,  menurunkan tandatangan  sebagai tanda sokongan agar lebih banyak bilik khas untuk bayi anda..Boleh menyusu dan menukar lampin dengan lebih selesa .. kan ?

Jika anda prihatin , marilah sama sama kita berkongsi di FB , BLOG , TWITTER atau mana mana laman sosial yang korang tau .. Klik SINI untuk menurunkan tandangan sokongan ..

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Wow ! Tak sangka lak .. Dua kali aku makan kat sini dengan lauk pauk kegemaran aku dan harganya , mmg tak lari mana pun . Kalau di Putrajaya confirm tercekik jap tulang .. Hehe. Maka digalakkan la g makan kat tempat ni haa ..

IMAG3652

Ikan masak asam pedas tu lak , amik kepala dia .. hehe .. Ingatkan mahal la .. Cuba tengok berapa harga dia ? Haaa .. Baru RM3 tuuu .. bagus laa kan ? Dia siap tulis berapa kat situ.. Jadi leh la nak pertikaikan kalau mahal .. Tapi kat restoran ni ,murah laa ..

Dan benar jangkaan aku .. Sini ramai pelajar singgah makan .. Baguslah .. Jual murah , tapi ramai singgah dari jual mahal .. tak ramai pun singgah .. hehe ..

Er , restoran mana ni ? Di Ummiza Cafe , masakan melayu dan Oriental . laa .. Sbb dekat dah ngan umah baru aku tu haa .. WiFi pun dah disediakan cuma … cuma … kalau boleh , letak la tanda NO SMOKING … Barulah lebih sihat kat situ di samping udara yang menyegarkan disebabkan kehijauan di sekeliling restoran tu haa ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Melampau benar aksinya !! Bapak dia pun tak buat gitu sambil tengok tv !!

IMAG3642

Ni semalam waktu tengok citer apa tah ..

IMAG3659

Ni hari ni lak .. Hahaha .. Rileks nampak boss ? Hahaha ..

IMAG3656_BURST015

Ni layan Upin dan Ipin lak .. hehehe .. Memang santai bersama Qhaliff betul laaa … Ikut perangai sapa pun tak tau laa ( sambil jeling kat gambar wife ) …

Sumber : HTC  One X yang aku beli kat Low Yatt Plaza. Nama kedai lupa ( saja wat wat lupa sebab tak bayar )

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes