BEN ASHAARI



 

Skang ni kalau dia tidur malam , tak sedar apa dah .. Aku test power angkat tangan dia ala ala wrestling. 3x !! Takde pengerakkan langsung !! Lena woooooo ..

Dan bila bangun awal pagi tadi , seolah membalas dendam kat bapak dia .. Dia bikin huru hara woooo .. Menjerit kuat-kuat .. Seolah saja nak aku bangun .. Huhu ..

Gerammm je rasa ngan dak sorang ni ..  Dia nak ajak jenjalan la tuu.. Dah pandai boring dok umah daahh .. Haiyooo ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Djelaskan dengan lebih ringkas tentang Beutskin Essence yg sedang hangat dperkatakan sekarang.

Beutskin Essence (BE) , makanan tambahan yang mampu memutihkan kulit dari dalam, dan bukan hanya pd wajah tapi keseluruhan badan.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih effective dan maksimum, dsarankan untuk mengambil BE bersama2 dengan EXCEL TEA dan SNE. Dmana ia akan mencuci toksin, melancarkan perjalanan darah, memperbaiki tisu2 dalam badan dan membuang segala kotoran tersembunyi dalam badan.

Secara logiknya, untuk mendapatkan hasil yang baik, kita perlukan RUANG yang bersih barulah AIR atau apa2 yang melaluinya akan lancar. Jika tidak, mungkin air itu akan meresap pada kotoran dan tidak sampai ke destinasi. Begitu juga badan kita, jika kita cuci dahulu maka apa sahaja yg kita makan akan lancar dan mampu memberikan hasil yang baik.

Dijelaskan disini, pihak kami hanya mahu membantu agar pengguna berpuas hati dengan hasil dan nilai wang ringgit yang dlaburkan. Tiada paksaan. Jika mahu mulakan dengan BE tanpa SNE dan TEA, tidak menjadi masalah cuma hasilnya tidaklah sebaik ADIRA dan mungkin tidak akan mencapai tahap maksimum.

Untuk selanjutnya , klik SINI ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

BIAR PUAS !! Tu laa diaaa … Burger bakar banjir yang dibuat sendiri oleh seorang rakan blogger yg pernah ‘ panas’ dalam dunia blog ni tapi memandangkan dia dah terjebak dalam perniagaan burger bakar ni , maka blognya berehat sebentar ..

Tadi , aku dan kuncu-kuncu aku menyerbu gerainya di RESTORAN BISMILLAH, JALAN 18/5, TAMAN SRI SERDANG, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR DARUL EHSAN . Dekat je ngan UPM Serdang ..

IMAG3925

2012-10-06_15-22-00

Amacam ?  Menarik ? Ni belum yang istimewa lagi katanya .. hehehe .. Yang istimewa adalah burger tower ! Huh .. macam tu pulakk ..

IMAG3931_BURST002-1

IMAG3932_BURST011

Dulu kan , bila kau tengok burger bakar ni , dalam kepala aku terfikir .. “ Banyaknyaaaaa kalori yg perlu aku bakar kalau aku makan burger bakar ni .. “.

Tapi ada sekali tu aku makan burger bakar ni , maka aku buat kesimpulan .. “ Kehidupan ni sekali jer seumur hidup .. Seimbangkan .. hehehe .. “

Dan , aku menerima jemputan kawan aku ni untuk ke gerainya bagi mencuba burger bakar hasil tangannya sendiri ! Berbekalkan pengalamannya dalam dunia catering serta sering membantu emaiknya memasak , Razman atau nak dikenali dengan Mamu , menggunakan segala ilmu yang dia ada untuk bikin burger bakar yang mana telah ada 3 cawangan dan bakal bukak satu lagi !!! Walaweeiii ..

Mula mula aku tengok burger bakar kat atas tu , aku dah terliur .. Nasib baik aku duk dukung Qhaliff.. Kalau tak , mau gak aku terus sapu pelanggan dia punya untuk makan dulu memandangkan dah kelaparan .. hehe ..

Tapi penantian aku berbaloi !! Tu diaaaaaa.. Depan mata aku !

IMG_20121006_212742

Bila dapat gambr ni , aku terus tweet pada rakan twitter untuk tau pandangan diorang .. heheh ..

image

Ada yang tanya camana nk makan tu ? Muhahaha .. Dulu aku pun pikir gitu .. Maka hasil pengalaman seorang rakan , SueIzza .. dia jatuhkan dan bagi sorang satu .. hehehe .. Rileks ler .. Takkan aku nak baham semua tu kaaann.. Amik sorang satu laaa kan ? Hehehe ..

 

IMAG3942

Ada yang tanya berapa harga yang ni semua ? Hehehe ..  Tengok gambar bawah ni haaa .. Huhu ..

IMAG3927

Operasi makan bermula !! Mampu habiskan kah semua ni ??

Riang je muka muka diorang ni kan ? Haaa .. Ni baru part anak dara n mak dara sampai akak Fiza tu kemengahan .. Part pakcik pakcik dara lak ?

IMAG3946_BURST002_COVER

Dan apa pendapat Qhaliff lak ?

IMG-20121006-WA0009

“ Daddy … Nakkkkkkkk “

“Belum masanya nakk .. Tunggu Qhaliff kawin , baru boleh , ok  ? “

IMAG3943

Dan lihatlahhhh hasilnyaa .. Amacam ? Nak kata tak sedap lagi ke ? Alhamdulilah .. Rezeki depan mata .. Sedap laaa .. Tak tau la kalau tekak korang kan .. Tekak aku , comey dahhh …

IMAG3950

Amacam ? Aku kalau aku cerita , sampai esok pon tak abis .. Jadi , senang citer … semua kengkawan aku termasuk wife amat berpuashati dengan burger bakar yang dijual di sini . Aku tak la kata SANGATLAH SEDAP tetapi sememangnya menepati selera kitorang..

Sekali lagi , terima kasih pada tokey , Mamu Razman atas jemputan ni .. Kalau nak kenal dia leh ke blog dia atau facebook . Kalau nak cari gerai Lava Grill Burger ni , leh je call Razman .. hehehe ..

No telefon : 013 3823349 (Razman)

http://www.facebook.com/LavaGrillBurger

Blog : www.dezamancottage.com

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

 

Wife mengadu tayar kereta macam ada tak kena jer .. Aku pun rasa gak walaupun aku tak tau camana rasanya. Apakah rasa tak best ? Rasa nak kena tukar baru ? Atau 3 rasa ?

Jadi semalam , aku set appoitment dengan blogger Que Achmad untuk ke kedai tayar yg pernah kitorang g dulu . Kebetulan dia pun nak servis kereta dia .. Comel sangat la tu ..

Dalam kul 11 pagi , bergerak la kitorang dari rumah aku .. Tak jauh pun kedai tu .. Kat Jalan Reko , Bangi tu jer .. Cepat je sampai .. ehehe..

Sampai sampai , tokey ada .. Comey la.. Suruh dia check slalu .. Dan kitorang g makan jap .. Tak sampai sejam , kitorang datang balik .. Kereta Que takde masalah .. Tapi kereta aku ni haaa .. bermasalah kat tayar !

2 tayar depan botak dan tayar belakang membengkak . Kira boleh meletup la jugak .  Wah .. Mengenangkan nak balik Kelantan raya haji ni , aku buat keputusan untuk tukar kesemua tayar tu. Tapi kena tanya mem besar dulu .. Hehe.. Walaupun aku tau dia ok je tapi tanya tetap tanya sebagai tanda hormat dia sebagai isteri .. hehe ..

Tanya la tokey berapa ? Perghhhhh .. Dasattt .. hahaha .. Tapi kira murah pun sebenarnya.  Dia kasi harga kengkawan .. Belasah je laa .. Tanya harga berapa ? Perghhh .. 500++ la jugak .. Waduh, waduh .. Tapi pikir antara nyawa dan duit , aku ok kan jer .. hehe

Sementara tunggu dia tukar , kitorang g minum lagi .. Dan macam macam cerita keluar terutama pasal dunia blog .. eheh .. Pelbagai asam garam ada aihh ..

Dalam kul 2 lebih .. Selesai semua .. huuh… Aku drive balik ke rumah .. Memang terasa la perbezaan skit .. Tak kisah laa .. Buat yg terbaik untuk keluarga kita. Yang penting , keselamatan .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Waaah .. Lama  aku tak buat ranking blog berbahasa melayu ni eh .. Walaupun ianya  tak bererti apa apa pun , aku buat sekadar satu rekod saja . Segalanya berdasarkan rangking ALEXA dan kedudukan ini berubah setiap hari .. Tarikh terkini ialah 6/10/2012 ..

image

Berikut adalah pilihan dari 500 buah blog. Website tak masuk yer ..

Blog Infomasi + Peribadi

  1. BeautifulNara.com

  2. blogserius.blogspot.com

  3. amanz.my

  4. ROTIKAYA

  5. Denaihati.com

  6. ohbulan.com

  7. PenPatah

  8. rileksantai.com

  9. Informasi Dot My

  10. Tranung Kite Dot Net

  11. kudinstory.blogspot.com

  12. http://mediapermatangpauh.blogspot.com/

  13. darisungaiderhaka.blogspot.com

  14. benashaari.com

  15. milosuam.blogspot.com

  16. Apesal.com

  17. Puanbeedotcom

  18. GuaBlog.com | Revolusi Blogger Malaysia

  19. Encik Nakal™

  20. borakkosong.com

 

Ahaa .. tu diaaa .. Kalau blog peribadi saja ( ditolak blog infomasi dan hiburan ), dalam ni berapa eh ? Hehehe .. Kira leh berbangga gak la aku kan ? Lalalalala …

Ops ..ranking berdasarkan ALEXA .. Leh g tengok kat SINI ..Blog lain , aku tak tau la yer .. Dia bagi pon 500 blog .. Jadi aku ikut je la apa yang dia bagi tu dan kalau ada yang terlepas tu , maafkan patik yer .. Patik tak sengaja … 

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Patungkah ? Er , manusia kan ? Ke robot ?

Tadaaaa .. manusia laaaa .. hehehe ..

"Saya kesal apabila orang ramai asyik mempertikaikan penampilan saya. Mereka kerap bertanyakan kos dan keadaan saya selepas menjalani pembedahan plastik sedangkan kecantikan yang dimiliki ini ialah semula jadi.

"Saya tidak melakukan sebarang pembedahan plastik sebaliknya menjalani gaya hidup yang sihat, tidak merokok, tidak mengambil alkohol dan menikmati makanan yang seimbang. Kesungguhan saya untuk cantik sangat tinggi dan saya seorang yang berdisiplin,".

Nak tahu dengan lebih lanjut , bleh la baca kat SINI.

 

Mula-mula aku ingat dia pun buat pembedahan plastik .. Tipah tertipu kauuu ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Hilang dah lebam dan calar Harry Potter kat dahi Qhaliff kesan dari jatuh hari tu ..huhu ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Yearghhh … Dibebaskan dari penjara rumah !! Naik kematu bontot duduk atas tilam dan rocker tu haaa .. Dapat jugak keluar jalan jalan dengan daddy ..

Nanti nak bawak dia jalan ke Taman Burung .. huhu .. Sian dia .. Ajak cerahkan mata dia dengan berjalan jalan .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

-Iklan-

Pastinya sekarang semua sangat teruja bila sebut tentang ADIRA dan kecantikan kulit beliau. Dan umum juga tahu semakin ramai artis2 terkemuka juga telah menggunakannya sebagai supplement harian. Maklumlah ia memberikan kesan yang sangat HEBAT pada pengguna :)

Cantik bukan ?

Nak tau kelebhian BEUTSKIN ESSENCE dan rahsianya ? Yearghhh .. Klik SINI

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Ahaaaa .. Nanti Qhaliff dah besar ,mesti tertanya tanya camana laaaa rupa daddy dia waktu kecil dulu ?

Hurm .. mana satu daddy eh ?? Aku ingat lagi kenangan ni .. Memang semua bukak baju bersebab tapi aku terlupa pasal apa .. hehe ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

File:Chernobyl-Diaries-poster.jpg

Baru download tadi..Malam karang baru nak tengok .Dengarnya cerita ni menyeramkan . Tu nak layan tu.. Mengisahkan 6 orang pelancong mengupah seorang pemandu pelancong untuk membawa mereka ke bandar yang hancur kerana letupan reaktor nuklear .. Kat sana , mereka dapati yang mereka .. Haaa .. time ni la ada hantu !! Jeng jeng jeng ..

Baru je main tahun ni .. Download pun kualiti BBRIP .. hehe.. Tak download kalau kualiti hancusss .. Dilakonkan oleh pelakon yang bukan berasal dari Malaysia dan aku tak kenal pon diorang atau diorg pun tak kenal aku ..

Best atau tidak , aku dah download .. Layankan aja ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Kalau mata dia dan tertumpu kat tv , maka tiada apa lagi yang mampu membuatkan dia melarikan matanya itu termasuk bila makan !

Gambar kat atas , dia dok tengok tv dan biasanya dia tertarik iklan dari rancangan . Nampak sangat iklan lagi bermutu eh ? Hehehehe …

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Hurmm.. Semalam , aku ngan keluarga aku g ziarah orang tua aku . Tiap minggu aku g .. Kat sana , diorang semua ok ok jer .. Alhamdulillah .. Tapi mak bagitau ayah dah tak selera sangat nak makan nasi. Dok makan roti jer.. Umur dia pon dah 70 tahun. Tapi masih dok buat kerja bantu adik uruskan bisnis bas sekolah dia .. Haih.. Kalau aku kaya , lama dah suruh pencen ..

Dan tengahari tadi , entah camana .. hati aku terdetik .. Nak g ziarah diorang lagi malam ni .. Rasa kesian kat ayah muncul tiba-tiba.. Hurm .. Sayu je rasa ..

Dalam kul 4 petang tadi , mak aku call .. Dia kata ayah aku luka di mata dia akibat terkena besi cangkuk buaian sewaktu sedang betulkan kedudukan buaian untuk cucu dia .. Berdarah katanya.

Adik aku dah bawak dia g hospital walaupun dia tak nak .. Aku tunggu wife abis kerja baru boleh pergi sebab kereta ada kat dia .. Semoga takde apa apa …

Hati kalau dah terdetik … hurmm…

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Bukan segmen tapi boleh tambah pendapatan .. InsyAllah kalau terpilih la yer .. Kriteria ialah .. Blogger yang dah berkawin dan ada anak .. hehhe .. Yang belum , tunggu job lain eh .. Sowiee ..  Lokasi , tak kira kat mana mana ..

Kalau berminat , sila email dan lengkapkan pertanyaan berikut :

  • Name:
  • Age:
  • url blog :
  • Occupation:
  • twitter : Username & number of followers
  • FB: Name & number of friends
  • FB Page : Number of fans
  • Unique visitor daily of your blog:
  • Are you on contract with Nuffnang:
  • Mobile number:
  • Where are you based:
  • Number of members in your household:
  • Number of children:
  • Age of children:
  • Have you done any Milk brand campaign  or written about a Milk brand within the past 1 year?

Sila emailkan butiran tu ke Karen  : karen@rougecomms.com … Cepat … Bagitau pada rakan rakan yang lain noooo …

Share
Tweet
Pin
Share
38 comments

 

Peewittttt.. Apakah satu trend di Malaysia pemain bola menikah dengan artis ? Ahaaaa … Maklumlah , sama sama fofularrrr .. Kalau bergabung gitu , leh jadi Transformer kan ? Confirm malatopsss ..

Dalam satu akhbar online yang aku baca dan pastinya korang pun ada baca , ada dakwaan mengatakan ada saksi melihat Safee Sali dan ehemnya itu berpegangan tangan ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah pada 3 Oktober lalu.

Safee Sali yang telah memegang pas ‘duda anak dua ’ itu dikatakan sedang bercinta dengan Julia Hana .. Lihat gambar dibawah ini ..

Eh , bukan yang ni .. Ni gambar aku .. Bukan gay okeh ! Tengok bawah ni laaa ..

Tetapi gossip ini dinafikan oleh pengurus Safee Sali ..

“ Dia (Safee) tidak bercinta dengan mana-mana artis, “.

Heehhehe .. Dulu dengar Apek pun kata gitu.. Tau tau ? Hambekk kawwww  ..

Apa pun bro Safee .. Kalau hati dah suka , selagi belum cukup kuota 4 , nikah je la kalau berkemampuan .. Dari kumpul dosa , baik cari pahala kan ? Heheheh ..

Tapi kalau bukan .. semoga bertemu jodoh segera yer ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Cuba tengok gambar ni .. Takde apa apa yang menarik kan ?  Takde sapa sapa cun dalam gambar tu kan ? Adaaaa !!! Cuba perhatikan betul betul !!!

image

Tuuu haaa .. Kat tiang lampu isyarat tu haaaa… Kalau korang duduk lane kiri semasa memandu di bandaraya Kuala Lumpur, kena perhatikan papan tanda gini ! Kalau kena hon dari belakang , jangan nak melenting lak ! Mana la tau kot kot ada yang tunggu lampu hijau sedangkan dah terang terang tulis ..

“ BELOK KIRI JIKA TIADA KENDERAAN DAN PEJALAN KAKI “

Tapi jangan gatal lak ‘duduk’ lorong kiri tiba-tiba celah kanan ! Ada jugak dapat makian dari mereka yang berbudi bahasa itu .. hehehe ..

“  Lebih 4.5 juta pengguna jalan raya di ibu kota kini dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat bagi melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Buat permulaan, peraturan itu dilaksanakan di enam persimpangan utama. Enam jalan tersebut ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz.

Pengguna jalan raya boleh membelok kiri di persimpangan jalan-jalan tersebut walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda berhenti dengan syarat tiada kenderaan lain atau pejalan kaki melintas di hadapan mereka.” .

 

Faham tak ni ? Kang keliru lak bila memandu nanti .. hehehe .. G beli Kosmo .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Blog Anak Sungai Derhaka kata video Youtube #TanyaNajib memperolehi undian DISLIKE sebanyak 11,131 sblm video tu ‘ghaib’. Ahaaa ..

Tetapi ini dinafikan oleh blog Milo Suam pulak yang mengatakan bersama bukti video tu cuma dapat 9 ribu lebih undian ..

Ahaaa .. mana satu fitnah dan mana satu kebenaran ? Kenapa ada mereka undi DISLIKE .. Apakah video youtube Izara Aishah Hisham yang bertajuk ‘Cell Tango Girl ‘ itu lebih menarik untuk mendapatkan undian LIKE ? Hehe.. masing masing punya citarasa ..

Aku , dua dua tak tengok .. hehe . Tengok Qhaliff jer ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Cukup geram aku kalau nampak tahi hidung kat dalam lubang hidung Qhaliff ni .. Biasanya kalau nak buat operasi pembersihan hidung tu , dua dua kena ada .. Dan kalau awal dulu, aku sorang pon ok..

Tapi sekarang dia dah tau trick tu .. Confirm dia tak kasi dan meronta ronta.. Jawabnya , tengok je la harta karun tu dalam hidung dia tu ..

Aku google cari cara untuk membuangnya .. Dan jawapan yang aku dapat antaranya ialah biarkan saja harta karun tu samada kat telinga atau kat hidung. Kalau banyak sangat  cam tahi telinga atau selsema , bawak saja jumpa pakar .. Jangan jadi doktor.. Kang , menyesal woo ..

Faham tak  ni ?? Tak faham gak ? Tak tau nak kata apa dah ..

Kalau memandai mandai buat sendiri , ada bahayanya seperti telinga

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Awal dia bangun ari ni .. Er , hari hari lain pun awal cuma kali hari ni sejarah sikit sbb dia tidur sebelah aku atas tilam. Kalau tak awal pagi mesti mak dia letakkan dia dalam rocker dia tu haa pastu aku pun dok la membuaikan dia  hingga kul 10 pagi ..

Tapi hari ni setelah semalaman tengok mak dia dan dia saling berebut tempat dan aku cuma di hujung katil  saja kerana risaukan himpap Qhaliff ..

Yelah , tau tau dia kat sebelah aku .. Macam pagi ni laaa … Sedar-sedar dok pukul kaki aku sambil ,

“Daaa daaa daaaa daaaaaaaa … “

Tapi bagusnya tak la merayau mana mana .. Kat sebelah aku jer .. Huhuh.. Tak leh jadi gini ni … Kalau ada boleh merangkak atau berjalan nanti ? Huhuhu …

Tapi yang buat aku peliknya .. Dia tidur malam , tidur mati haaa.. Aku cium pp dia yang dah macam muka Mickey Mouse time tidur tu haaa .. Tersembul pp dia membulat cam mangga epal dalam mulut dia , pun tak sedar ! Kalau tidur siang , usik kaki pun dah jaga !! Huh..

Maaf la ye .. aku tak pernah tengok perkembangan bayi dan ini sangat mengujakan aku.. Macam orang tua dah diaa .. huhuu..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

IMAG3903-1

Aku tiidur lewat .. Kul 3 pagi .. Kul 6 bangun .. Kenapa tidur lewat ? Perhatikan corak tidur Qhaliff .. Bermula dari sebelah ibunya yang berada di utara katil  , 2 jam kemudian , dia dipeha aku ! Perghh .. Kalau aku tidur ? Ada jugak jadi lempoyang basi !

IMAG3910

Tak nampak pun tanda tanda dia takut atau fobia tempat tinggi tetapi yang aku nampak kalau dia pandang kita , macam .. hurm.. tak nak lepaskan kita .. Tengok tepat mata kita ..Pastu dakap kita .. Alahaiiii .. sayunyaaa.. Baru 6 bulan tuuu ..

IMAG3914

Kalau sengsorang dia .. Macam dalam gambar tu laa .. Buat muka welfare .. Kalau letak cawan kat situ , confirm penuh aku isikan dengan duit syiling… huhu ..

Dan , yang pasti bila nampak mak dia .. terus hulurkan tangan .. huhu.. Aku hulur tangan , dia paling .. huwaaa.. sedihnyaaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Inilah denda kasih sayang namanya ! Sementara aku nak solat sat dan setelah ‘perangai’ original dia telah dikesan , adalah lebih baik dia diletakkan dalam kurungan sehingga aku selesai solat ..

IMAG3912

Terseksakah ? Takde maknanya pun .. Ni bukannya kurungan apa pun .. Ni namanya playgym .. Haaa.. Skit skit nanti aku belikan mainan dia .. Lama lama , penuh laa.. seronok main sikit dalam tu .. kan kan ?

IMAG3889

Ada yang kata kesian budak budak sekarang ni terkurung .. Aku rasa dari dulu budak budak terkurung .. Dari masalah menimpa adalah lebih baik elakkan masalah kan ?

Nanti dah besar skit , ada la ruangan khas untuk mainan dia kitorang buat kat rumah baru tu .. Aku kecik kecik pun ligat gak .. Tu sebab mak aku kurung .. Pernah memberontak , dan hanger gantung baju hinggap kat betis .. hehe.. Dan , aku lenaaaa sampai ke petang … Hahahha .. Kenangan .. Sekarang baru tau camana perasaannya ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

2 pinggan sekali jalan .. Tanda awal kepada ... Hurm .. Tak larat dah nak ulang alik gym .. Skang kali berpeluh je dah ...

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Sebe

Tengah malam semalam , aku layan movie HANTU AIR .. Kot la cari feel tengok tengah malam .. Hehehe .. Sebelum tu aku tengok pembikinan filem tu kat youtube. Yang membuatkan aku nak download tengok ialah sebab Apek pun berlakon .. Kot la ada kelainan ..

Para pelakon otai dalam ni , mmg membuatkan filem tu bernafas skit la .. Selebihnya , tgk dokumentari entiti paranormal lagi mendebarkan ..

Hurmm .. Kalau buang hantu dalam filem ni , filem ni boleh dikatakan lawak yang mampu membuatkan penonton ketawa tutup mulut .. Kalau takde babak lucu , confirm ramai terlena dalam panggung walaupun hantu muncul .

Adegan hantu hancur tu mmg bikin ketawa besar .. tu je la aku leh kata .. Nak download boleh jer tapi jangan guna wifi jiran .. sian diorang .. hehe..

Kat mana nak download ? Cer tengok kat Teamhanna atau Berdesup.org ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Yearghhh ..

“Kementerian Pelajaran masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah seluruh negara. “.

Terbaikk .. Jangan la mengada ngada nak bawak hp ke sekolah aihh .. Kalau jadi apa apa kat anak anak , cikgu ada hp untuk call mak ayah mereka . Kalau risau anak kena culik , pasang bodyguard. Suruh mereka datang jemput lepas sesi persekolahan tamat .. Haa.. Yang risau ni , mesti harta juta juta lemon punya ..

Camana mak ayah nak pantau anak anak ? Olohhh … Dulu mak ayah aku risau gak dengan perangai anak anak jantan dia .. Tapi tade la pulak nak suruh call diorang setiap kali bila jumpa public phone..

Banyak buruk la dari bawak menda menda ni g sekolah .. Baiknya skit je pun .. Sekadar menambahkan masalah pada guru guru je nanti. Tak sudah sudah buat spot check je sbb hp atau tab ilang .. Haa .. Apa kes ?

Yang dok belajar lagi ni , g tanya atuk nenek korang dulu belajar camana.. Jangan nak kata zaman berubah jadi kita kena ikut peraliran tapi pemikiran masih nun di zaman berparang keris lagi ..

Tahniah buat kerajaan … Keputusan tepat..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Blog ? Yang aku tau batu block la.. Amenda blog tu ? Setelah diceritakan kelebihan blog ni , barulah dengar ‘aaaaa’ .. Malangnya yang menarik perhatian dia ialah DUIT saja .. Part lain tak berminat .. heheh ..

Seterusnya , mulalah tanya camana nak jadi blogger sedangkan apa itu blogger dan tujuan berblog pun tak diambil entah kecuali bab pendapatan bulanan ..

Yer , mmg sedih dapat kawan gitu. Bila berbicara, mereka yang kurang berpengetahuan mengenai dunia maya ni , mulalah perli kawan kawan yang aktif berblog . Malah ada kawan siap perli kawan dengan mengatanya ‘tin kosong’ .. Hehehe .. Kelakar kan ? Tin kosong inilah yang bersuara dan suaranya ‘dibaca’ secara senyap oleh pihak tertentu .

Tu belum lagi bila kita ‘meletup’ hingga keluar akhbar atau tv . Bila dapat tau , soalan pertama ialah ,

“ Bila nak open table ? Blogger kan masyukkkk .. “.

Sedangkan dari mula kita merangkak hinggalah kita berlari , siapa pun tak amik endah ..

Benda benda begini mmg meyedihkan terutama ianya datang dari rakan sendiri yang sebangsa dan seagama sedangkan rakan rakan lain yang tidak langsung mengenali kita ini , memberi sokongan tanpa berbelah bagi .

Sedih ? Pada mulanya mmg terasa begitu . Tapi lama kelamaan , kita tau sememangnya ada manusia ini menyedihkan sikapnya. Membantu tidak langsung, malah menjatuhkan lagi ada ..

Seperkara yang aku belajar sejak aku berblogging ini , aku perolehi pendapatan dari apa yang aku teringin nak sangat buat sejak dari bangku sekolah lagi iaitu dengan menulis dan bercerita .. Aku bukan bangga tapi aku rasa berbaloi sekali .. Disamping itu aku dapat membuat amal jariah dan punya ramai kawan kawan yang jauh educated dan berpandangan jauh serta berfikiran terbuka. Satu-satunya yang aku seronok sekali..

Apakah aku bangga aku jadi blogger ? Tidak pun .. Tapi aku bangga kerana aku sendiri bos , dan aku sendiri kuli … Alhamdulillah dan terima kasih pada rakan rakan yang menyokong serta mengetahui keperitan yang aku lalui ini ..

Sapa kata jadi blogger senang ? Taip dan post ? Hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

Tengok je ?

Nak tau lebih lanjut , klik SINI …

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Memula terbaca di Mstar Online ..

“ LondonCabs.co.uk meletakkan pemandu teksi K.Lumpur sebagai yang paling teruk di dunia. “

Buka laman web LondonCabs.co.uk  lak ..

image

Dan aku mula tanya pada rakan-rakan di FACEBOOK ..

image

Dan pandangan ikhlas berdasarkan pengalaman rakan rakan di fan page SANTA BEN ASHAARI pula ..

image

Dan antara rakan di Twitter @BENASHAARI yang sempat berkongsi cerita ..

image

Dan pandangan aku pulak yang mana ayah aku dulu pernah juga bergelar pemandu teksi , segelintir saja yang ok di zaman ni .. Ini disebabkan persaingan sangat tinggi di kalangan mereka , terdapat masalah birokrasi dan juga masalah masalah lain yang sepatutnya ada pihak membuat kajian dan bukannya terus membabi buta mencari salah pemandu teksi .

Yang buruk itu perangai manusia .. Tapi boleh diubah sekiranya mereka memandu dan bekerja dlm keadaan yang selesa dan tiada tekanan .. Cari penyelesaiannya dan bukannya terus gantung permit mereka ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Sebelum ni pon mmg gini tapi atas katil dlm bilik .. Skang ? Semua tidur luar ! Muhahahah .. Ai likeeee .. Wifi full woo.. Dalam bilik satu dua bar jer nampak haa.. Nak layan movie hantu memalam kat youtube pun tak dapat ..

Dulu ok la tidur gini .. skang tak leh sangat.. Tau tau Qhaliff dok tampar muka aku ! Grrrr … Kira kejut aku la tuuuu suh bangun awal sama cam dia iaitu setengah jam selepas aku tidur !! Huhuhu ..

Haihh.. yang belum ada anak , bila dah dapat  .. hargai saat manis ni .. Nanti anak dah besar , jgn mimpi la yer nak tidur gini .. Hahaha .. kan kan ?

Nak tambah sorang lagi ni .. Perempuan atau lelaki ? Tak kisah la.. asal bertambah .. InsyaAllah ..

Gambar ni aku amik dari wife yang join group ibu menyusu di FB .. ehe..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes