BEN ASHAARI



 

Tengah sedap dia bermain sorang diri kalau terdengar iklan kat tv , dia akan buat style gini ..

IMAG4066

Pandang gitu gitu .. Eh , macam best la pulak kan iklan ni .. Maka dia akan buat begini lak .. Gambar bawah ni ..

IMAG4068_BURST017

Pastu.. kalau bertambah best iklan tuuuu ..

 

IMAG4069

IMAG4070_BURST002_COVER

Dan seterusnya ..

 

IMAG4071_BURST005

Terutama iklan makanan !!!

IMAG4071_BURST019

Apa lagi aku nak cakap ???

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

image

Burger bakar nehhhh !! Memang sedap banget … Tapi bila aku post kat fan page aku ,burger bakar ni dapat 32 like ..

Tapi bila aku post gambar Qhaliff .. Hurmmm ..

image

Sekejaaappp je dapat 100 ++ … Cuba aku letak gambar aku ! Kalau tak cecah 1K++ , confirm tak sah kan ? Aku tau dah.. Sebab aku jarang post gambar aku dahhh .. Lalalala. .

Ok laaa … paling banyak pon dapat 10 Like jeee .. Grrr ..Tunggu Qhaliff panda menaip je.. Confirm aku serah blog ni kat dia .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Legaa siutt .. Semalam je 2 kali dia buang air besar .. Muka meneran mmg la lawak benar ! Macam dok bergaduh ngan sapa sapa tah .. Kira ala ala menteri pasola gak laa .. Hahahaha .. Tak leh bayang awek cun berminyak wangi penuh camana lak mukanya .. hahaha .. Jahaaat !

Selepas buang air besar , mmg nampak lega giler laaa budak ni .. hahaha .. Memang nak bantai ketawa kat dia.. Tapi kesian lak .. Tak pe la Qhaliff .. Janji tak kacau daddy makan dah la kan ?

Makan burger bakar kambing .. Wife nak makan agar banyak susu. Dia kalau makan kambing , susu banyak la.. Melebihi permintaan .. Hahahah …

Apa pun Qhaliff bagus sangat.. Dia diam jer hingga mak bapak dia abis makan . Pastu baru teriak.. Hahaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Aku dan keluarga aku g satu restoran mamak ni tadi .. Alhamdulillah , meriah restoran tu .. Bila aku pandang kat tv yang ada di dalam restoran tu ,ada perlawanan bola sepak . Ok , patut la ramai .. Lagi pun hujan .. Memang sedap makan makanan mamak yang panas ni ..

Hasrat aku , nak makan maggie sup kat situ . Entah teringin masakan mamak punya sedangkan aku tau aku buat lagi sedap .. hehe .. Hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi ..

Berdiri . Sana sini dipenuhi dengan kumpulan lelaki dan ada juga pasangan . Tak kisah la.. tapi yang buat tak seronoknya, bila ada meja kosong , di kiri kanan mahupun belakang  meja tu dipenuhi dengan mereka yang merokok .. Camana aku tau ? Tentu la tengah dok merokok kat situ .

Jadi , golongan cam aku ni , nak makan kat mana ? Yang dok dukung anak ? Yang tak merokok ? Kat mana nak duduk ? Camana nak makan dengan asap rokok yang dok lalu lalang depan hidung aku ni ? Dimana keprihatinan anda , wahai manusia ?

Jangan sombong dan bongkak kawan . Satu hari nanti anda punya anak cucu jugak .. Lainlah nak mereka ikut jejak anda juga wahai kawan ..

Apakah perlu kerajaan keluarkan kempen lagi ? Atau wartakan saja sepenuhnya semua restoran adalah kawasan larangan merokok seterusnya ke di tempat tempat awam ..

Kekadang terasa macam negara kena serang dengan pengganas sebab asap rokok tu haaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Terkedu aku baca tweet dari Wardina ni .. Rasanya komplen terhadap nurse ni banyak dah .. Malangnya alasan mereka ialah mereka juga seperti manusia lain .. Penat dan juga tekanan ..

Mungkin benar tapi tahukah anda wahai jururawat sekalian , anda adalah insan terpilih untuk memikul beban yang mana belum tentu aku atau rakan pembaca yang lain mampu lalui segala tekanan bergelar jururawat .

Tapi kenapalah ada yang sampai begitu ‘sombong’ dengan pesakit sampai sanggup keluarkan kata kata herdikan dan kejian sebegitu rupa ? Maaf , aku tau bukan semua jururawat begitu . Tapi mereka yang bersikap kasar dengan pesakit ni ramai. Bapak aku yang sering berurusan dengan pihak hospital dari zaman pertengah usia hingga sekarang pon banyak cerita pasal sikap kasar sesetengah jururawat.

Tak dinafikan ramai yang baik , bersopan santun .. Mereka inilah penyelamat maruah jururawat yang kasar kasar tu .. Hanya ALLAH saja yang mampu membalas segala kebaikan mereka itu ..

Aku respek dgn jururawat dan doktor tak kira mereka di dalam hospital ataupun luar hospital  kerana mereka punya skill yang aku tak de ..

Buat jururawat yang rasa tak tahan layan karenah pesakit ( nama pun SAKIT ) , letak je la jawatan dan cari kerja lain . Jangan rosakkan maruah kerjaya suci JURURAWAT itu dengan mulut celupar dan tidak bertapis itu ..

Share
Tweet
Pin
Share
56 comments

 

Bersama Rtp Farra Arisha sewaktu g beraya di rumahnya Aidilfitri lalu..

Bla fikirkan apa yang dah aku buat pada Qhaliff , untungnya dia kerana ada rekod mengenai kehidupan dia sewaktu bayi. Aku terfikirkan camana la aku dulu . Yang aku ada cuma beberapa keping gambar masa baby dalam hitam putih.

Pastu bergambar dengan ramai kenalan .. Segalanya adalah kenangan bersejarah yang bakal dia baca sendiri , satu hari nanti.. Nak tunggu aku cerita ? Huhu .. Tak larat dah nak borak ngan dia masa tu …Haha ..

Harapnya , bila dia baca semua tu .. ada la kesedaran betapa kehidupan ini bukanlah semudah yang dia sangkakan yg mana kita sangka bila dah reti berlari , dunia ini kita yang punya !

Hurmmm…

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Tahniah .. Filem begini patut dibuat agar memberi inspirasi pada penonton. Perbanyakkan filem filem ilmiah begini . Kalau nak selit lawak lucu sebagainya , selit je tapi biarlah penonton turut terdidik dalam setiap babak tu. Biarlah untung sedikit dari untung banyak. Yang penting adalah kepuasan melihat penonton menghela nafas puas selepas menontonnya..

Filem No.1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal menggunakan seratus peratus visual yang dirakamkan ketika misi beliau ke orbit pada 10 Oktober 2007 sehingga 21 Oktober 2007. Ia dijangka akan ditayangkan kepada umum pada Mac 2013.

 

Sumber : Bernama

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Kalau ikutkan hati , aku nak taruk je gambar anak beranak tu tidur dalam blog ni . Bila ikut hati , aku la mati ! Huhu.. Jadi , sila jangan buat kerja bodoh yer ..

Bukan sekali tapi berkali dah hingga aku lak cemburu tengok .. Gaya tidur sama ! Seolah olah sedang buat pertandingan gimrama gitu .. Tangan kanan dua dua kat atas , manakala tangan kiri dua dua letak kat belakang telinga ! Apa kesss ! Muka , kedudukan sama .. Wehhhh .. Abis bapak dia ???

Tu part tidur.. Part nak g kerja .. Dah pandai daaaaahh merengekkkk bila mak dia nak keluar ! Bapak dia keluar? 10 juta kali cakap bye pon dia wat dek !

Pandai pulak pusingkan badan cari susu .. Dia tau daddy dia , depan dia.. Apa pon tak boleh ! Angin je banyak .. Hahahaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

IMG-20121009-WA0002-1

Dia pusingkan badan dia dan tengok apa yang aku buat .. Ada sekali tu , aku letak dia dalam rocker disebelah aku .. Senyap .. Hingga aku abis solat , aku pandang dia .. Dia pandang aku seolah ada berjuta pertanyaan .. Masak la aku nanti nak menjawabnya .. Jangan tanya bab kawin dah .. Hahaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

IMG-20121010-WA0006

Nak mengalir airmata pon ada bila tengok Qhaliff tersenyum dan memberi reaksi pada rancangan Upin dan Ipin .. Yelah , sapa sangka aku berjaya jaga dia hingga sebesar ni yang mana ramai tergaru garu kepala bila aku menyatakan hasrat aku untuk jaga Qhaliff sendiri ..

“ Mampukah jaga Qhaliff ? “

4 bulan dah wooo .. Hingga dia dah pun cam bau kentut bapak dia haaa .. Hahaha .. Dan dia kentut , dia angkat kaki tinggi pastu lepas gitu .. Tengok muka aku , senyum .. Amboiiii ..

Berbalik pada Qhaliff.. Kartun lain dia tak minat sangat . Tapi tang dua budak botak ni , dia suka benar . Nampak je babak diorang , senyum dan menjerit suka .. Amboi.. Faham ke Qhaliff oi ???

Tapi tamo bagi sangat layan katun .. nanti otak katun cam bapak dia lak .. Skit skit bleh .. Nak pasang apa ? Ahaaa .. Biar kita kita je la tau … Lalaaaala ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Inna lillahi wa inna ILAYHI raji'un.. kesiannyaaa .. Terkedu bila aku membacanya . Perkara yg memang aku cukup risau bila tidur bersama dengan baby. Sememangnya dalam usia begitu , aku akan tidur jauh dari baby dan takkan nyenyak sebab sesekali aku gi usha baby . Risau mak dia hempap anak sendiri ! Yelah , time tidur mana ada orang nak sedar sangat .. Sangat merbahaya ..

Menurut Bharian pagi ni , seorang bayi lelaki berusia 30 hari maut selepas dipercayai dihempap secara tidak sengaja abangnya yang berumuru 5 tahun , ketika nyenyak tidur di rumah mereka di Alor Setar, Kedah.

Kejadian dipercayai hanya disedari ibu bayi tersebut antara jam 5 hingga 6 pagi semalam, selepas mendapati tubuh bayi itu kaku. Abang mangsa yang tidur di atas katil dikatakan terjatuh dan menghempap adiknya yang tidur di bawah bersebelahan katil.

Kalau Qhaliff nyenyak semacam pun aku risau gak . Mesti aku pandang tepat dada dia.. Bergerak ke tak .. Huhu.. Yelah , kena waspada woo.. Cam tadi tu , aku perhati dia tidur .. dia tembap muka dia kat tilam. Camana dia nak nafas ? Haaa .. Lemas dia wooo .. Dia mana sedar .. Iskhhh..

Jangan pandang ringan aih.. Bagi aku kalau terasa semacam , baik fikir 2-3 kali kesannya..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

IMAG4042

Aku mmg pemalu sikit bila amik gambar .. Tu sbb aku pandang bawah je .. hehe ..

Tadi , ada satu event anjuran Petronas dan ramai gak kawan blogger dijemput hadir .. Boleh tahan gak la event tu .. Dan yang menariknya di event tu ialah bila acik acik tu bukak mulut ..

“ Abang Ben , Qhaliff sihat ? “ .

“Abang Ben , sapa jaga Qhaliff ? “ .

Sekejap sekejaaapppppppppppppppppp ! Ini BenAshaari.com kan ? Apahal tanya Qhaliff ha ??? Takde la pulak nak tanya aku sihat ke tak ? Takde la pulak tanya dah makan ke belum ? Tapi tanya orang yang ada kat rumah lak ! Apa kes ?

Ok Qhaliff … tiada lagi cerita Qhaliff pasni ! Cukuppppppppp ! Yer laaa .. confirm laa cemburu kaaann … mana aci wehh .. Ilang la aku punya kefemesan ! Huwaaa…

Betul !! Tamo dah citerrr .. tamoooo … Tapi .. tapi .. Takkan laaaa bapak jeles kat anak kan ? Hehe .. Aku akui aku tak cute cam Qhaliff .. aku semakin berkedut.. Yer , aku terima semua itu.. Yerrrr !!

Huwaaaa .. Qhaliff !! Jommm tidurrr !!

Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

 

Aku spesis yang kenal stering kereta je walaupun masa sekolah dulu ada belajar perihal enjin kereta dan masa kursus memandu pun ada belajar gak .. Malangnya , sombong punya hal .. serahkan saja pada mekanik !

Dan baru-baru ni , bawak kereta g servis .. break pad kena tukar ! Wahh .. baru je ari tu tukar .. Apa kes asik tukar ? Apakah aku memandu seperti Micheal Scumacher ? Atau Shoemaker ? Arghh .. Geram neh .. Dan wife pun komplen kata tak sedap pandu seolah tayar wat hal ..

Ok la.. Memandangkan nak raya haji dan nak jalan jauh , aku nekad bawak g kedai tayar .. Zas zas zasss … Kata tokey kedai , tayar kereta botak dan dua dibelakang bengkak. Dalam erti kata lain , kena tukar ke empat empat .. Hurmm .. Memikirkan keselamatan , aku pun setuju la tanpa banyak citer (tapi bincang ngan wife dulu ) .

Diorg tunjuk la tang mana botak tu .. Bahagian tepi ! Hurmmm .. Apahal boleh botak tepi lak ? Dulu aku main beskal tua , tayar botak tengah .. Tu pun sebab main cornar baring ala ala drift .. hehe .. Zaman budak laa..

Dan aku teringat tadi .. lalu aku cari kenapa tayar boleh rosak tepi dan membengkak .. Okeh , jumpa dahhh info yang boleh dipercayai ..

  1. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian.
  2. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi dan
  3. Jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan.
  4. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.
  5. Tayar haus tidak sekata... selalu tengok tayar botak kat tepi ? Ni sebab tekanan tayar tak cukup.... Kalau tayar botak tengah ? ni simptom selalu isi angin melebihi paras yg di tetapkan.

Cara penjagaan tayar pulak ..

image

Hurm .. Kalau tak tau basic tayar ni , alamatnya boleh kena tipu laaa .. Hurmm.. Apakah aku ? Eh , tak mungkin .. Yeke ? Tak la.. mmg tayar tu pun lama dah tak tukar di samping problem bila hujan.. Terasa ‘lari’ je.. Jadi , tukar je laaa kan ?

Kalau nak tau dengan lebih lanjut pasal tayar , gi klik kat bawah ni .. hehe ..

 

Sumber info : JurnalMalaysia dan FireStartingAutomobil

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Dalam erl dari KL SENTRAL ke PUTRAJAYA tadi .. Macam kempen berjaya je nampaknya .. Aku memula duduk di bahagian belakang sekali .. Sebelah aku ada sorang perempuan berbangsa india. Seberang sana , lelaki dan lelaki ..

Kesemua tempat duduk penuh .. Aku sebenarnya tak berapa suka nak duduk bila naik erl terutama belah pagi dan petang .. Sebabnya penuh dan rasa bersalah bila tengok ada perempuan berusia berdiri atau berkeluarga..

Ecehh .. cam baik je kan ? Memang laaa … kata cikgu kat sekolah dah ajar bertimbang rasa .. Mak ayah pun dah ajar ..

Sampai kat satu stesen ni , naik la satu keluarga yang terdiri dua perempuan dewasa dan 2 budak kecik . Sepantas kilat , 3 lelaki berdiri ! Tu diaaa ..

Dan aku salah satunya .. Hehe.. Bukan apaaaa .. Aku kan selalu dukung Qhaliff .. Kalau naik lrt atau sebagainya , dan aku berdiri sambil dukung , kalau takde orang nak bagi tempat duduk , camana .. Aku dah la tuaaa .. haaa .. tak kesian ke ?

Korang korang yang naik pengangkutan awam tu , pandang kiri kanan la yer .. Kalau ada yang patut duduk tu , bagi la duduk .. Contoh eh ?  Cam aku la .. Terima kasih …

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Hurm .. hurmm .. hurm .. Best ke ? Sapa dah tengok ? Semalam ada dua movie yang aku download .. serius hampehhh … Aku ingat nak download layan movie ni tapi cam rasa .. sian pun ada gak .. Bukan apa , nanti kata tak support filem melayu yang best ..

Persoalannya , best ke eh ? Aku terkena banyak kali dah .. Ingat best tapi bila gi , bestang mana pon tak tau laaa ..

Sapa dah tengok ? Apa pendapat korang ? Kalau kata best , aku tunggu raya tahun depan je aku layan .. Kalau tak best , aku download dan nilai sendiri.. Hehehhe ..

Jimat duit untuk masa depan ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Perghh . Dasat eh nama .. Biasanya dia rajin singgah blog aku dan tinggalkan komen .. Tak sangka lak ari ni boleh bersua muka .. hehe .. Kecik dunia eh ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

Ahaaa ... Projek menda ? Inilah yg seronoknya jadi blogger .. Nanti citer lagi eh ..
Qhaliff sihat jer ... Hehe ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Dok mengadu muka naik jerawat la .. Muka tak cun laa .. Nak kasi putih la.. Nak pakai kanta lekap warna pink laaa .. Skang bandingkan ..

image

Amacam ? Tak bersyukur lagikah kita ?

image

Di Kashmir , Mohammad Latif Khatana, 32,  tidak boleh melihat atau bekerja kerana mukanya dilitupi lapisan ketumbuhan. Kerana kehodohannya, ada orang yang sanggup meludah ketika mereka melalui di depannya.

Sampai gitu sekali manusia menghinanya .. Ada jugak tak sedar diri menghina orang lain .. Sekali Allah balas kena kat orang tu , baru ada akai ..

Dia buat pertama kalinya menceritakan kehidupannya ‘tanpa muka’ dan bagaimana dia begitu takut keadaannya itu diwarisi oleh anak yang masih dalam kandungan isterinya.Dia kini begitu gembira selepas wanita yang dikahwinnya hamil tujuh bulan.

Semoga dia bahagia bersama yang tersayang.

 

sumber – Hmetro

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Walaupun banyak kata mereka yang ke bulan tu cerita dongeng , sekurang-kuranya mereka punya cita-cita besar dan berusaha untuk menjayakannya ..

Kita ? Kita yang tak habis habis berdengki , berfikiran singkat ? Yang tak habis habis berusaha menjatuhkan orang lain terutamanya sebangsa dan seagama , apa ceritanya ?

Bila kita dikatakan ketinggalan zaman , kita marah ! Hangin tak tentu pasal ! Padahal kebenarannya terserlah disitu . Fikir tak nak , menghancurkan no 1 !

Akal ada .. Guna .. Pandang .. Lihat sekeliling . Kalau hidup dengan dengar cakap orang , jawabnya , sampai ke tua jadi orang gua .. Berdunia dengan kelawar jer ..

Bukan tak faham dengan spesis begini tapi terlebih . Mereka hanya nak lihat bangsa mereka setanding jer. Takde ada yang lebih , takde apa yang kurang. Pastu puji bangsa lain ! Pergh… Hancur bangsa kalau majoriti berfikiran begini ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Mula dah menaruh minat kat laptop dan handphone skang ni .. Amboi… Nasib baik la ultrabook aku ni kuat .. dihentak hentak tangan dia haaa .. Iskhh.. nasib baik dapat free .. Kalau beli ? Mau gak daddy gigit tangan tuu haa .. hahaha .. Takkan kot ?? hehe ..

Tak pe la Qhaliff .. buat je la .. Jap lagi , daddy rinduuuuu sangat kat Qhaliff ! Huwaaaaa… Tak rela tinggalkan diaaa … huhu …

Macam couple lak… Patut wife cemburu.. Hahahah ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

IMAG4030

IMAG4031_BURST002

Aku tertidur pon … dia cuma guling guling kat situ. Takde de nak menangis teriak aih skang ni .. Tak berani dia ! Kalau dia buat , mmg aku jadi piranha .. hehe.. aku gigit peha dia.. Dia tak tahan kena gigit situ .. Menjerit kuat wooo .. hahaha .

Tapi peliknya .. Bila nampak je mak diaaaa …

IMG-20121009-WA0005

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Satu sahabat telah tagged pada aku di FB .. Jadi aku  (copy paste )panjangkan di blog buat rakan rakan pembaca andai ingin membuat sedekah jariah ..

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Makluman kepada semua satu program khidmat masyarakat akan diadakan seperti di butiran berikut:

Program : Program Kasih Disemai Sayang Dibelai - "Hulurkan Bantuan Ringankan Beban, Menderma sambil Beramal"
Tempat : Rumah Anak Yatim Islam Sekendi
Tarikh : 20 Oktober 2012

Program ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar semester akhir Diploma Pengajian Perniagaan kelas DPM6C anjuran bersama Kelab DIploma Pengajian Perniagaan (DBS). Seramai 25 pelajar bersama 5 pensyarah pengiring terlibat dalam program ini.

Rumah anak-anak yatim ini didirikan di atas tanah seluas 2 ekar yang diwakafkan. Sebuah rumah kediaman yang berusia lebih 40 tahun dan sebuah bangunan dijadikan asrama untuk anak-anak yatim perempuan dan sebuah bangunan asrama yang lain untuk anak-anak yatim lelaki. Penghuni rumah anak yatim ini adalah seramai 75 orang yang berusia dari 4 tahun hingga 17 tahun. Dianggarkan 70% daripada jumlah penghuninya adalah perempuan.

Kemudahan yang ada amat terhad, tiada bahan rujukan yang mencukupi di perpustakaan. Tiada sebarang kemudahan komputer, hanya ada beberapa bahan bacaan seperti majalah yang kebanyakannya sumbangan dari Karangkraf dan buku-buku rujukan sumbangan dari orang perseorangan.

Kebanyakan sumbangan yang diterima adalah berupa wang tunai dari orang ramai atau beberapa syarikat swasta. Pendapatan sampingan asrama ini diperolehi dari membela itik, ayam, kambing dan lembu.
Sumbangan yang diperlukan untuk menjayakan program Lawatan Kebajikan ini adalah dalam bentuk :

  • Buku-buku pelajaran (kanak2, UPSR, PMR & SPM) -baru & terpakai
  • Majalah Ilmiah - baru @ terpakai
  • Pakaian - baru @ terpakai
  • Barang permainan - baru @ terpakai
  • Wang tunai
  • Bahan makanan


Setakat ini pihak kami hanya meminta sumbangan di peringkat dalaman politeknik sahaja, dan kami terpanggil untuk berkongsi bersama rakan-rakan di luar sana dalam beramal dan berkongsi kepayahan dengan masyarakat.

Utk maklumat lanjut: beberapa program CSR dijalankan di rumah anak yatim ini oleh institusi lain di link berikut:

http://amalbaktiramadhan.wordpress.com/tag/ziarah-ramadhan/

 

BEN : Pada rakan rakan yang sudi panjangkan di FB atau blog memasing atau juga menderma , jutaan terima kasih dari saya …

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Waaahh .. Tu diaaaa .. Haahaha .. aku terkejut bila tengok dia buat skill di luar jangkaan aku .. Aku ingatkan dia nak buat apa .. Sekali .. tu diaaa ..

IMAG4001_BURST001

Hahaha .. dia nak gigit menda tu pastu angkat .. kira cam mengongong je la .. Bukan mudah untuk melakukan bagi dia .. Hanya sekali tu je dia berjaya. Dia cuba dan cuba lagi selepas itu . Tapi dia semakin tak nak buat bila dia nampak aku halakan kamera kat dia .. Hahaha .. Nak posing  cun la pulakkk ..

IMAG4004_BURST006IMAG4004_BURST001IMAG4004_BURST015

 

IMAG4002IMAG4003IMAG4004_BURST001

Ada sekali tu .. dia putus asa dan main tipu ! Hahahaha .. Tau apa dia buat ?

 

IMAG4012

Dia baring .. dan …

IMAG4008

Dia angkat , dan letakkan kat mulut dia ! Hahahaha .. Tak payah dah nak susah susah ! Selesai kegeraman dia .. Adoiyai.. banyak akal tul la dak ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Malam tadi , bawah Qhaliff g ronda kat Masjid Putra memandangkan hari ni Qhaliff tak keluar rumah langsung . Biasanya , setiap petang aku bawak dia jalan jalan kat taman .. Tapi petang tadi tak sbb hujan.

Nak tau camana Qhaliff boring ? Ahaa .. senang jer ..

IMG-20121009-WA0005

Tuuuu .. Mak dia antar gambar melalui WhatsApp sewaktu aku g bank untuk tranfer duit bagi renew domain aku yang nak nak lupus tu haa .. hehe ..

Aku bagitau kat wife , siap .. Balik , kita keluar jenjalan .. Tu dia .. Ceria terus Qhaliff ..

IMAG4019

Dalam setengah jam gak la bawak dia jenjalan. Dia dapat keluar jap pon dah cukup .. Tak lama kemudian , aku dapat mesej dari blogger KAKISEMBANG.COM .. ajak main futsal kat Presint 8 .. Hurm.. Lama gak aku tak main futsal .. Aku on je la.. Dan wife pon kasi lampu hijau memandangkan aku skang ni jarang nak bersenam sbb jaga Qhaliff.. Risau gak kesihatan memandangkan aku ada darah tinggi .. huhu ..

IMAG4025

Tinggalkan Qhaliff ngan mak dia .. Kasi mak dia uruskan .. Tapi mak dia kata .. hahaha .. Tamo tidur la pulak.. Liattt ..Hehe.. Ada cara sebenarnya iaitu main ngan dia sampai dia penat .. Pastu susukan dia .. LENAAA ..

Dan aku .. setelah lama tak main futsal dengan padang pun yang pertama kali aku sentuh , tak sampai seminit .. tersungkur bodoh ! Hahahahha .. Bikin malu kaum laaa .. Tapi diorang sempoi .. Tak lama kemudian , baru dapat rentak .. Maklumlah , lama tak sentuh bola .. Asyik gigit Qhaliff je .. hehe ..

Pastu g minum .. Dalam kul 11 lebih baru balik.. Tak berani nak balik terus sbb.. hehehe .. Ada la sebabnyaaaa …

Serius .. baru rasa ringan badan ! Puas giler dapat lari .. Ingat tak mampu dah berlari .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Aku layan dah movie ni kat panggung ari tu .. Seperti biasa , filem begini mmg berbaloi untuk dibazirkan duit.. Lawak dan aksi adalah kombinasi dalam filem ni tetapi paling utama adalah penampilan hero hero pujaan sejak aku kecik dulu ..

Hari tu , jiran aku tanya samada movie ni dah ada dalam koleksi aku atau tak lagi ? Bila dia kata begitu , baru aku teringat nak downloadnya. Dan kebetulan , dah terbit pulak kat laman sesawang download tak berbayar ni .. hehehe ..

Dan sekali lagi , semalam aku tonton melalui HTC ONE X aku .. Berbaloi aku download. Sound sedap , gambar clear tapi sayangnya cetak rompak dari Rusia. Hehehe .. Ok laaa .. Free je kan .. hehe ..

Ok , nak download .. sila ke SINI .. Tunggu copy blu ray kuar .. baru mabeles ! hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

image

Dia ubah fesyen kepala dia tu . Walaupun ada yang kata , asalkan tutup aurat .. dah la kan ? Bagi aku , dia patut lebih berpenampilan sederhana kerana secara tidak langsung , peminat dia akan turut sama ‘bersederhana’ . Bukankah itu dah bagus ?

Aku tak kisah la sangat kat US tu diterima ke tak .. Kat sana lagu entah apa apa pun leh meletup asalkan lain dari yang lain .. Seni la sangat eh ? Tu yang jadi mengarut jer ..

Lagu Yuna bagi aku , ok .. Ringan .. Leh layan .. Takde masalah dengan lagu dia . Tapi untuk aku kagum dengan pencapaian dia , aku rasa tak la .. Hanya kerana penampilan dia .. Yup .. Hanya kerana penampilan dia yang memberi kesan pada peminat dia ..

Kolot ? Mungkin la kot .. Dengki ? Takde sebab pon .. Aku bukan selebriti cuma peminat seni tanahair je aku ni .. Pada masa sama , aku mintak para selebriti yang benar-benar berpengaruh , didik dalam diam peminat mereka. Kecualilah mereka sendiri dah ternyata senget maka , peminat la pulak kena doakan agar mereka diberi hidayah.

Buat YUNA .. Semoga terus sukses. Harapnya fesyen kain basahan atas kepala tu digunakan masa mandi saja .. Jangan pelikkan diri kita yang sudah pelik itu ..

Sekadar pendapat seorang peminat seni tanahair ..

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

IMAG3998IMAG3989IMAG3993

Teringat lagi kata kawan kawan pembaca yang meninggalkan komen di blo aku dulu .. Kata mereka , baby bila dah cecah 6 bulan , masa ni la seronok bermain ngan mereka . Mereka tau apa yang sedang berlaku pada mereka .. Hahaha ..

Itulah yang berlaku pada Qhaliff.. Bila aku mengecilkan mata seolah olah nak menyerang dia , dia awal awal dah menjerit kuat ! Bila aku mula mengigit badan dia termasuk kaki , hilai tawa dia memenuhi ruang rumah aku. Ada sekali tu wife ingat dia menangis kuat padahal dok ketawa ngan aku .. huhuh..

Ada kawan pesan , mainlah sepuashati bila mereka umur begini . Nanti bila mereka dah berkawan , kita akan merindui saat itu .. Huhu.. Sekarang pun aku dah leh terasa begitu ..

Berbalik pada Qhaliff , aku tak tau la perkembangan bayi camana bila berusia 6 bulan tapi aku seolah olah sedang bergurau ngan bayi yang dah cukup besar sedangkan bila kita baca akhbar , bayi tersedak susu di usia dia ..  Dalam erti kata lain , tak sangka dia dah sebesar ni .. huhu.

Tak lama lagi , bercucu lak .. huwaaa.. tua sudah aku ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Orang nak kurus tapi diorang nak gemuk .. Heheh .. Macam macam .. Aku ini , macam yoyo .. kalau naik pun .. jadi kat perut .. Nak turunkan balik kena usaha keras non stop action punya style ..

Ada kawan tanya camana aku kasi naik berat aku padahal aku dulu kurus ? Kurus ke ? Memang ponn .. Ada awek tak nak kat aku sbb aku kurus ! Padahal tegap ala ala Micheal Jackson dah aku masa tu haa .. Eh , Micheal Jordan .. haaa ..

Cara aku dulu mudah jer .. Aku banyak amik makanan berprotein .. Tinggi ke rendah ke asal tulis MENGANDUNGI PROTEIN , aku sebat jer kecuali yg haram..

 

Antaranya adalah ayam panggang (golek , rebus dsbnya ) ,telur ayam yang direbus atau setengah masak ( makan antara 5-10 biji sehari.. Kalau giler , lebih dari tu pon ok.. Pastikan buang kuning telurnya .. Orang kata tinggi kolestrol. Aku pun tak tau la. Ada kata bagus . Jadi untuk selamat , buang je la.. Makan je sebijik dua je kuning . ) , pastu ikan rebus atau bakar .. Susu HL macam kat atas tu , aku amik sekotak sehari .. Tu pun bila ada duit. Takde duit , biar je .. Hehe ..

Disamping tu , nasi putih tu ada la.. Mana nak datang tenaga kalau takde karbohidrat kan ? Nak rebus ubi , tak larat sehhh .. Semua tu aku buat dalam tempoh 2-3 bulan ..Bila  dah naik , baru aku la aku mula memotongnya .. Potong apa ? Ala … sibuk laaa nak tauu ..

Haaa.. Kalau perempuan camana pulak ? Alamak , serius aku tak tau la pulak kesan cara aku tu pada perempuan . Tapi kalau minum susu HL ngan makan telur rebus , ok gak kot ?

Buah ngan sayuran tu , mmg la wajib ada bila makan ngan nasi .. Buah mkn belah malam .. Senang je kan ? Yang penting adalah ongkosnyaaa pak ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Kalau malam , lain la.. ni siang hari buat kerja ni !! Harap polis dapat dan .. buat je apa yang patut buat !

Dalam Hmetro hari ni ..

“ Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.

Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.

Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.
“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya. “

image

Hurmm … camana lagi nak elakkan menda menda ni berlaku ? Bukan tempat gelap pon .. Bukan tersembunyi pon .. Haihhh … Kang kata tak selamat , ada pulak komen kata kat luar negara tu lagi tak selamat .. Adoiyaiii ..

Pelik kan ? Operasi tangkap pendatang asing selalu tapi bersepah je spesis ni kat mana mana kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

 

Terjaga jam hampir 9 pagi .. Memang dalam hati aku suruh dia jaga time tu pastu nak siapkan dia .. Pastu leh sama sama sambung tidur ! Haaha ..

Kebetulan kat tv masa tu ada Halaqah dan aku dok update blog. Qhalif terbaring gitu gitu sambil tengok tv .. Bila ada nasyid , berida dia layan .. Orang cakap , dia tengok seolah macam faham .. Alahai anak aku ni ..

Tak lama kemudian , aku mandikan dia .. Siapkan dia .. Bagi kurma dengan hancurkan dijari aku dan suap ke dalam mulut dia .. Dia ‘tarik’ kurma yang ada di jari aku dengan gusi sebelah kanan mulut dia ! Kira kedudukan geraham la kan .. Kemudian dia kunyah .. Huih ?? Takkan kot kan ?

image

Pastu kasi susu .. time untuk tidurkan dia semula .. hehe .. Daddy pun nak tidur .. Senang sebenarnya jaga Qhaliff ni … Cuma kena tau tips dan tricknya .. hehehe.. Semua baby sama je .. Sabar atau tidak jer …

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

IMAG3976

Dulu , begini ..

IMAG3997-1

Sekarang , begitu lak ..

Kalau awal pagi , mak dia nak g kerja .. confirm aku berpeluh ketiak nak berjaga dan tidurkan Qhaliff semula. Dengan tak cukup tidur akibat berjaga di sebelah malam untuk update blog bagi entri keesokkan harinya , pasti buat aku tersangatlah geram kat Qhaliff .. Geram sbb tak nak tidur .. huhu..

Tapi , lama kelamaan .. kita tau dan boleh baca dah setiap pergerakkan anak kita. Apa yang dia nak .. Apa yang patut dilakukan bila dia begitu .

Dan perkongsian pengalaman dari rakan rakan pembaca sedikit sebanyak membantu aku dalam mengendalikan Qhaliff .. Mungkin ada yang pantang remeh entri aku pada Qhaliff ni tapi jika diteliti , sebenarnya setiap entri aku tu perlukan pertolongan dari rakan rakan yg berpengalaman ..

Sebab itu aku menulis menceritakan hal Qhaliff.. Setiap ibu bapa , pasti berbeza pengalaman membesarkan anak mereka. Dengan adanya blog , perkongsian dapat dibuat.

Dan , Qhaliff .. dulu tidur atas badan mak dia , sekarang dah boleh tidur atas tilam .. Siang dalam rocker tanpa perlu ada buaian yang mana nyaris aku nak beli hari tu … hehe ..

Tu gunanya bercerita dalam blog. Yang anggap remeh dan poyo akan entri Qhaliff ni , maka dia kolot dan berfikiran singkat sebenarnya.. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes