BEN ASHAARI



 

IMAG4340-1

Rambut Qhaliff dah serupa orang duduk dalam gua 3 tahun tak bergunting ! Maka , aku buat keputusan .. mari korbankan rambut itu !!

Dan g la ke HAIRVEN untuk gunting rambut .. Kat sini nak gunting , kena tulis nama dulu sbb penuh beb ! Hehehe.. Nasib baik dah booking semalam ! Haaaa.. tau tak peee .. Siap kena booking kan ? Heheh ..

IMAG4348-1IMAG4347

Beria akak akak ni tengok Qhaliff dan Qhaliff pon beria tengok akak akak ni .. Hahahah .. Mesti tertanya si Qhaliff ni nape akak akak ni tengok dia .. hehe ..

IMAG4349

Tadaa.. siap gunting dah.. Cam lebih kurang je kan ? Ok la tu.. Kang aku buat rambut dia cam budak rekrut , baru terkejut atuk nenek dia .. Hahaha ..

IMAG4342

Kat sini laaaa .. Harga gunting rambut dia , RM13 ! Bapak dia gunting rambut , baru RM10 .. Mahal anak dari bapak ! Hahaha .. Tak kisah laa.. Janji hensem ..

Kenapa aku tak gunting  rambut Qhaliff sendiri ? Aku risau rambut Qhaliff jadi cam bawah ni ..

Cun gak kan ? Hahaha .. adoi.. Rosak anak aku aihh ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Aku tak minat meniaga langsung ! Hari tu wife ada tunjuk kat aku cadar cadar yang dia tgk kat satu tempat ni .. Aku tertarik gak dengan coraknya. Kemudian aku post ke FB .. Ada kawan kata , dia boleh dapat lagi murah sbb made in China je pon … Ok kan je ..

Kemudian tadi , aku g sendiri tengok ngan wife . Qhaliff jadi saksi ! Hehe .. Bila masuk je kedai tu , aku tergamam sat sbb cantik cantik gak cadar dan banyak lagi hiasan yang ada dijual kat situ .

Kemudian wife tunjuk kat aku .. Hehe.. Yang dia berkenan la. Kawan dia pon ada gak dah kirim sbb dia kata cantik serta murah berbanding kat tempat lain .. Kata mereka laa ..

IMAG4324 IMAG4321IMAG4322IMAG4323

Aku tanya dia .. Ada orang kata kat Tesco Ampang ada jual bawah RM100 jer .. Dia kata bukan 100% cotton serta jahitan pon mmg berbeza. Dia tak kisah pon kalau aku nak g beli sana .. Sebab dia tau yang dia jual ni jauh bermutu dari yang ada kat sana . Dia sendiri dah 15 tahun dalam bidang ni ..

Menurutnya lagi harga cotton akan melambung naik lagi sbb pengeluaran cotton di China ada masalah. Betul atau tidak , hanya Allah saja yang tahu.

Dan , aku pun terjebak .. Aku borong 10 terus ! Aku mmg berkenan dan 6 dari 10 tu , aku pilih berdasarkan citarasa aku .. hehe  Hehehe..

Yelah , nanti bawak g umah mak aku .. dia nak pulak .. Adik nak jugak .. Dah nak kena g beli lagi .. Balik Kelantan lagi ? Haaa .. Tu pasal amik 10 , sapa nak , beli .. beli jer ..Tak nak udeh ..

Nak jual online ? Ni nak jual kat kawan kawan dulu .. Kalau diorang kata cun dan best , baru aku jual kat korang eh .. hehehe .. Bukan apa , aku risau orang kata aku tipu jer.. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Waahh .. Robbie Fowler akan melatih pasukan T-TEAM ? Perghh .. bekas bintang Liverpool yg pernah jadi pujaan kaki bola ni akan berada di Malaysia untuk melatih pasukan liga Super ..

Pastinya ini akan membuatkan pasukan lain ‘cemburu’ akan perkembangan terbaru ni. Walaupun ini bukanlah kali pertama bintang EPL ke Malaysia utk bermain/melatih pasukan Malaysia tapi sekurang-kurangnya kali ni pasti ada peningkatan memandangkan banyak dah syarikat tempatan yang berkemampuan untuk menghidupkan bolasepak Malaysia.

Teringat liga Jepun yang buat perubahan drastik dengan membawa masuk pemain pemain dunia ke liga mereka dan seterusnya menjadikan pasukan kebangsaan mereka antara yang terbaik di dunia .

Bukan mudah nak mencapai impian jika tiada pengorbanan dan juga memerlukan banyak wang terlibat serta elakkan politik dalaman yang hanya fikirkan kepentingan peribadi .

Aku rasa kemeriahan liga bolasepak kita dah mula kembali jadi seperti  tahun tahun aku membesar di zaman era Fandi Ahmad , Zainal Abidin Hassan , Dollah Salleh serta ramai lagi pemain pemain negeri yg cukup ditakuti ketika itu . Setiap perlawanan mmg dinantikan kerana masing masing punya pemain yang ‘mengerikan’ kerana mampu jadi pemusnah.

Macam sekarang ni , hanya beberapa negeri saja ada pemain begitu. Selebihnya hanyalah untuk dibelasah saja . Mana best kan ? Kita nak tunggu setiap game ! Tak kira sapa lawan sapa , semua best !!

Untuk capai peringkat gitu , persatuan bolasepak negeri kenalah mainkan peranan cari penaja besar .. Bukannya tak boleh pon tapi disebabkan ada yang dok pikir perut sendiri je , tu jadi gitu haa ..

Aku harap andai Fowler jadi coach T-Team , pasukan lain akan cuba bawa perubahan demi untuk meningkatkan kualiti liga kita yang semakin diterima rakyat Malaysia.

Aku tak kata pemain kita tak bermutu tapi bila ‘bergaul’ dengan pemain berpengalaman dunia , pemain kita akan lebih berkualiti dan berdaya saing ..

Bila dah capai tahap gitu  , jumpa pemain liga tepi jalan pon aku rela berenti bergambar dan mintak autograph. Skang ? Lom sampai tahap aku nak wat gitu lagi .. hehe ..

Bukan tak boleh pon .. Boleh je cuma banyak sangat bg alasan usaha kurang !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

projectlisten-highlight

Bila lagi nak wat kebajikan dengan cara mudah ? Aku dah pon .. Bukan kena keluar duit pon ! Caranya mudah jer.. Kita kongsi cerita kita pastu sapa yang masuk baca kemudian klik LIKE atau SHARE , badan kebajikan tu dapat RM1 ! Baca kisah kat SINI .

Projek yang ditaja oleh Chikapowwow bersama Prudential ini mengharapkan lebih ramai pengguna internet berkongsi cerita sbb setiap cerita tu ada tarikannya tersendiri dan paling penting dapat sumbangan.Tunggu apa lagi ? Jom la kongsi cerita . Baca aku punya dulu dan klik LIKE dan SHARE !

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Hahaha .. Aku sedar tapi aku layan ! Macam feel giler je apa yang sedang berlaku tu . Real wooo .. Aku rasa macam dok bertarung lak .. hahahahah ..

Bila aku kena ‘gegar’ ngan wife , aku nak tergelak sebenarnya .. tapi aku sambung balik tidur dan ianya berlaku lagi .. Hahaha ..

2012-10-25_11-29-17-1

Whatsapp dari wife yang menyatakan kegeramannya tetapi aku hanya mampu bantai ketawa jer .. Hahaah ..

Tau pasal apa aku leh mimpi gitu sekali ? Begitu mengerikan sekali ? Hahahah .. Jawapannya ialah , sapa suh layan THE WALKING DEAD sebelum tidur ! Hahahah .. Tapi aku suka wehh.. citer citer survival begini mmg aku minat . Aku dapat hargai betapa kedamaian dunia skang ni .. Maklumlah , manusia semakin giler .. Macam macam hal leh berlaku kan ? Hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

image

Dalam Mstar hari ni yang bertajuk Ahmad Idham Bangga Angkat Isu 'Mat Rempit' , buatkan aku tersenyum simpul gitu .. hehehe ..

Antara isi kandungan berita tersebut :

"Saya tidak kisah jika masyarakat mengatakan saya pengarah filem 'mat rempit' malah saya berbangga dengannya kerana tema yang saya angkat bukanlah untuk menghina mereka tetapi melihat kepada sisi positif yang mungkin tidak diketahui masyarakat.

"Menerusi filem terbaru saya iaitu Apa Celop Toqq saya cuba mengetengahkan sisi positif mereka dan impian mat rempit yang sering dipandang serong oleh masyarakat," ujarnya kepada mStar Online.

 

Kata aku lak ? Hehe .. Kalau nak pandang dari sudut positif , semua manusia ada positifnya . Mana ada manusia negatif je kan ? Bagitau je la filem Mat Rempit ni memberi keuntungan sebagaimana filem hantu dan gengster.. Abis cerita ! Toksah pusing sana sini aihh ..

Atau bagitau je tak mampu nak jadi sekreatif adik beradik KRU yang menerbitkan filem filem yang diluar dugaan kita atau kemampuan mahupun pengarah lain yang senantiasa berusaha membawa perubahan selera penonton.

Jangan biarkan penonton mengubah pembikin filem .. Sepatutnya pembikin filem kena cari cara bagaimana nak ubah selera penonton  sebagaimana UPIN dan IPIN berjaya membuatkan kanak kanak di Malaysia mengilai mereka .. Atau apakah rahsia dunia menyukai tarian kuda PSY tu sedangkan kita tau sekarang ni KPOP digilai !

Kalau asik nak ikut kehendak masyarakat , jawabnya sampai ke kiamat la kita dok asyik dengan ..

“ Bangun pagi mesti makan nasi lemak ..”

Takkan tak leh ubah kot ? Anda berbakat .. Maaf yer ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

image

Menurut akhbar Kosmo hari ini ,Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, akan menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan yang juga pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau lebih dikenali sebagai Leuniey pada Disember ini.

Berita gembira itu disahkan oleh bapa Apek, Che Mat Hussain ketika dihubungi di sini semalam.

Alhamdulillah .. hehe .. Bagus la Apek .. Dalam cari sana sini , akhirnya jumpa yang sesuai dengan hati .. Mesti wangi kan ? Hehehe ..

Teringat satu komen kat blog aku berkenaan entri yang aku buat ketika tu ..

“ i kenal leuniey,wedding planner famous kt kb.i blaja make up ngan dia.lemah lembut org nye.n better lagi kot dari dalia teck,bukan jenis kuat bersosial.mungkin dorg takde pape sbb i ade tau sket2 cite sal dia.anyhow,jgn la nak buat gosip pdhl kte xknl dia n xtau pangkal cerita.itu life dia.:) “

Hehee .. kenal la sangat yer ? Hehehe .. Jangan ingat kenal tu dh tau segala luar dalam  .. ehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Lapar pepagi ni .. Ni bukan utk aku .. Ni utk Qhaliff .. Puree carrot .. Suka dia haa..

Biasa wife buat stok dia cukup utk 3-4 hari .. Tak susah pon .. hehe.. Buat masa ni , nampak dia suka carrot selain kurma..

Jom makan ,  Qhaliff .. Tak posa dia ari ni .. hehe.. Pastu mandiiii .. Pastu triii..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Malam malam begini , bila tgk gambar ni , terasa nak kejut dan peluk Qhaliff .. Rasa rindu sangat kat dia ..

Cepat benar masa berlalu ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Sedap la shopping pasni kan ? Hehehe .. Bagi kad jer.. Tak payah nak guna tunai.. Sebelum ni , aku suka bawak tunai g mana mana sbb malas nak dedahkan kad emas debit aku tu .. hahaha .. Emas la sangat !

Menurut satu laporan akhbar Malaysia kini mengalami suatu revolusi kad debit dengan lebih ramai cenderung menggunakan kad debit bagi pembelian harian dan membawa jumlah wang tunai yang lebih sedikit bersama sama mereka .

Ok la kan ? Kalau beg kena cilok , cepat cepat call bank untuk batalkan kad tu .. Haa .. Tapi tak sure lak berapa lama nak dapat kad baru .. hehe .. Buat sementara tu , leh la pinjam dari kengkawan yang masyukkk …

Cuma aku harap , ciri-ciri keselamatan dapat dipertingkatkan terutama ketika membeli ditempat terbuka atau ada menurut satu rakan blogger dalam entrinya , kad debit dapat digunakan untuk mengisi minyak tanpa perlu masukkan no pin pada mesin pam tu .. Ahaa.. Ini tak sepatutnya berlaku kan ? Tapi , kad kredit pun gitu gak kan ? Zasss dan guna .. hurmmm.. Tau tau je , sila bayar .. Sapa suh hilangkan kan ?

Bagi aku , kad debit mmg memudahkan tapi mudah jugak rosak. Bayangkan di kala kecemasan atau ketika nak bayar , kad tak leh guna.. Malu beb kat cashier dan jugak kat orang yang dok beratur panjang .. Mesti ingat kad kita 0 simpanan padahal kad rosak . Yup , penah berlaku pada aku tapi kad kredit la .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Pada rakan rakan pembaca yang akan pulang berhari raya untuk menyambut AidilAdha di kampung masing masing, aku doakan korang semua selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali ..

Aku sekeluarga akan ke Kelantan pada raya pertama sebaik saja selesai solat sunat AidilAdha. Tak tau lagi nak solat kat mana tapi yang pasti kat masjid la.. Hehe.. Samada kat Putrajaya atau Cheras maksud aku .. hehe ..

Selepas tu , baru bertolak ke Kelantan. Kenapa begitu ? Sebab esok wife masih kerja dan nak elakkan tersangkut di tengah jalan .. hehe ..

Aku , seperti biasa akan terus update dan mungkin hari Ahad nanti akan ada satu perjumpaan rakan dunia maya yang terdiri dari blogger , geng facebook dan twitter .. Sesiapa yg ada masa lapang nak join , sila tanya pada JIJI ..

Lokasi : KB MALL

Masa : antara 10-11 pagi

Hari : Ahad ( 28hb )

Rujuk JIJI untuk lebih lanjut ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

IMAG4304

Keluar dari bilik rawatan , wife sengih .

“ Menangis Qhaliff .. Mengantuk sangat lagi pun .. “

Masa keluar tu , dia diam dah .. Muka mmg layu dah pon. Aku dukung dia dan terus lena dia .. Sian  ..

Plan nak g gunting rambut dia pon tak jadi sbb dok asyik lena gara gara bangun awal pagi ..  Hingga berenti kat kedai , siap pass mempass Qhaliff , dia tetap lena !

Sampai rumah .. Lena lagi.. Letak dalam rocker .. Lena lagi.. Hingga kul 1 petang gitu ! Amik kauuu .. Betul punya lenaaa … Patut la menangis .. Kacau dia dok feel ngantuk .. Hahaha .. Sebelum ni ok jer ..

Tak kisah la Qhaliff .. Janji sihat , dah .. kan kan  ?

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Inna lillahi wa inna ILAYHI raji'un ..

“ Mayat Syaniza Idris, 27, ditemui jam 2.40 petang dalam keadaan berlumuran darah atas tilam dalam bilik tidur utama manakala bayi lelakinya yang dipercayai tidak cukup bulan ditemui berbalut dengan kain dalam bilik air.

Jiran mangsa, Rohaizat Abdul Rahim, 49, berkata, dia meminta isterinya, Normah Ali, 48, pergi ke rumah Syaniza selepas mengesyaki sesuatu berlaku apabila melihat anak lelaki jirannya itu, Mohd Danial Asmadi, 7, yang bersekolah dalam tahun satu pulang dari sekolah dengan berjalan sendirian.

Menurutnya, sebelum ini, setiap pagi arwah keluar rumah menghantar anak lelakinya ke sekolah menaiki kereta sebelum mengambilnya semula jam 12 tengah hari.

Rohaizat berkata, dia difahamkan, suami Syaniza, Asmadi Ahmad, 28, seorang konstabel polis tiada di rumah ketika itu kerana berkursus di Pulau Pinang. “ – Hmetro online

Kesian .. Tak perlu nak tuding jari kerana kita tak tau hal sebenarnya tapi yang perlu kita ambil berat ialah , bila isteri mengandung , suami kenalah bijak mengambil berat terutama bila dia takde kat rumah untuk jangka waktu yang panjang. Kalau singkat , maklumkanlah pada jiran .

Kalau tak perlu keluar macam nak g lepak ngan kawan kawan atau buang masa kat luar ,janganlah buat .. Sian kat orang rumah tu ..

Tak dinafikan ada suami pandang remeh bab ni .. Dia hanya tau bagi nafkah zahir dan batin. Dah cukup ! Part lain , pandai pandai la amik berat sendiri .. Ada spesis laki cam ni .. Kalau dapat , maka si isteri kena pandai pandailah berdikari ..

Takziah buat suami mangsa dan juga keluarganya. AL-FATIHAH.

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

Ramainya orang.. Tu la.. dtg lambat lg haa.. Appointment kul 8 tp 8 lebih baru sampai gara gara aku liat nak bgn tadi .. hehe..Sapa suh tidur lambat kan ? Salah sendiri la kan kan ?

Nape ngan Qhaliff ? Pemeriksaan rutin jer... Nak tau perkembangan Qhaliff .. Skang dia tau nak langkah .. Kiri kanan kiri kanan bila aku sebut One , two .. sampai 5 tak larat dah .. haha..

Dan cam biasa .. Baiknyaa Qhaliff .. tengok sana sini je dia .. mcm nak berkawan jeer ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Tidurrr … 

2012-10-23_20-59-21-1

Ni baby Tomok yang aku tak pasti namanya .. Pinjam sat ar bro .. Dan bawah ni , kalau tak kenal gak .. Aku tak tau nak kata apa la .. Hahaha.. Cam artis .. hahah .. Yang bawah ni anak aku laa .. Qhaliff Iman ..

Bila baby tidur , jangan ganggu .. Kalau ganggu , maka dia akan balas dendam balik ! Tunggu dia ganggu korang lak dengan suaranya yang seolah sedang berlatih soprano .. hehe .. Siap ler ..

Seperkara lagi .. baby kalau tidur , mmg kiut miut .. Mak apak baby kalau tidur , toksah la amik gambar pastu letak dlm blog .. buruk aihh ..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Kiut je nampak kan ? Padahal sebelum nak nampak kiut gini , abis muka aku kena tampar , kena tolak .. Siap kaki naik ke dada laaa tak nak aku dukung !

Perghh .. memey geram betui la aku .. Eh , ada ‘memey’ lak .. Training nak kelik Kelate Jumaat ni .. hehe .. Kang cakap luar , malu lak .. Hahaha ..

Liat sungguh .. Nak bagi tidur , caranya paling mujarab ialah kasi mak dia je.. Syurga dia ada kat mak dia .. Pasti dia dia punyaa .. Tapi tak selalunya cerah .. Kekadang mendung gak .. Hahaha .

Bila dah tidur gini  , barulah semua boleh buat kerja . Lega skit .. Kalau tak , nak suruh dukung je haa.. Mau gak bapak dia jadi cam mak kanggaroo tu haa ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

IMAG4235_BURST017

Serabut tengok rambut dia .. Dia pun seolah macam kepanasan dengan rambut yang tebal tu. Bukanlah tak bersyukur .. Syukur sangat sangat tapi nak kasi pendek dan nampak smart . Skang nampak cam Stone Cold Steve Austin punya rambut jerr ! Er , dia da rambut ke ?

Jadi nak botakkan ke ? Ikut hati aku , nak jer .. Tapi kang risau .. tak naik dah cam ni.. Kira camni ada la gak rupa brad pitt atau rupa aku masa aku kacak dulu .. Hahaa. guwau je laaa ..

Tunggu balik Kelantan untuk buat keputusan . hehe .. Tak lama dah .. Jumaat ni je Qhaliff balik jumpa TokMa dia .. hehe ..

Botak tu nk .. Bersebab tapi buat masa skang , potong pendek je la kot.. kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Dah beli pun .. Alhamdulilah ... Ada sedikit duit utk beli dan hadiahkan sebuah pada mak mertua yg suka membaca ..

Nasib baik ada kawan di whatsapp yg bagitau .. hehe .. Terima Kasih ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Baru-baru ni aku ada hadiri satu majlis pelancaran yang dianjurkan oleh MBE atau Mail Boxes Etc Malaysia yang bertempat di Alamanda Putrajaya.

IMAG3693_BURST006

Tujuan mereka adalah untuk melancarkan kempen mereka iaitu MBE4U. Kempen ini bermula pada  bulan Oktober 2012 dan tamat pada September 2013. MBE4U ini bertujuan untuk memperkenalkan servis mereka pada pelbagai peringkat pengguna ..

4 peringkat kempen MBE4U iaitu :

  1. Oct - Dec 2012: E-commerce
  2. Jan-March 2013 : Pelajar
  3. Apr-Jun 2013: SME (small medium enterprise)
  4. Jul-Sep 2013: YOU (individu)

Setiap kempen akan menyasarkan pada peringkat yang tertera seperti yang telah aku pergi tu iaitu E-COMMERCE yang menyasarkan pada blogger yang punya perniagaan online di internet atau blogshop..

Apa yang mereka tawarkan adalah penghantaran produk melalui MBE yang dijamin pantas dan selamat .Mereka juga telah bekerjasama dengan syarikat syarikat penghantaran yang sememangnya terkenal seperti POSLAJU , DHL dan banyak lagi .

Kenapa pilih MBE ? Berdasarkan pengalaman aku yang pernah guna MBE ni , layanan yang cukup mesra dan terasa dihargai. Murah ? Bagi aku harga tak jauh beza tapi itu bukanlah keutamaan aku sbb aku inginkan keselesaan sewaktu berurusan dengan mereka. Dan pastinya , barang sampai pada waktu yang dijanjikan ..

Dan seterusnya mereka akan menyasarkan pelajar yang mungkin ingin membuat penghantaran ke rumah atau mungkin ada buat bisnis online . Dan begitulah seterusnya untuk kempen kempen yang akan datang ..

Kenapa perlu guna servis MBE ? Selain dari yang aku nyatakan , mereka juga menyediakan satu servis penghantaran barang semula percuma buat peniaga online. Andai contoh aku jual barang , dan aku pos barang tu pada korang .. Barang tu tak menepati apa yang korang nak , korang boleh pos kembali kepada aku tanpa perlu buat sebarang bayaran penghantaran ! Haaa .. Menarik kan ? Pelanggan pun tak marah .. hehe ..

IMAG3717

Bagi memeriahkan kempen MBE4U tu , mereka akan mengadakan contest di FACEBOOK MBE MALAYSIA . Pelbagai hadiah menarik akan ditawarkan . Jadi korang yang berminat , kena jadi ahli di fan page mereka untuk tidak terlepas sebarang infomasi contest.

Pertengah bulan Oktober ini MBE akan melancarkan Shipping Guide iaitu panduan atau selok belok  untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penghantaran barangan mereka. Dan pastinya mereka yang pertama yang melakukannya. Sila dapatkan booklet tersebut di cawangan MBE berdekatan dengan anda ..

Selepas penerangan yang menarik itu , aku serta tetamu yang hadir pagi itu sertai satu pertandingan yang sangat menarik ! Iaitu pertandingan menghias rakan sendiri ! Hehehhe ..

IMAG3712_BURST010

Kumpulan aku dapat no 2 .. hehe .. Jadilaaah ..

Terus terang , sejak aku tahu kewujudan MBE di Alamanda , aku tak perlu risau dah nak buat penghantaran barang yg mana aku cukup malas nak lakukannya di pejabat pos kerana aku tak suka beratur lama ! Di MBE , segalanya pantas termasuk boleh topup TOUCH N GO !

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

IMAG4279_BURST004-1-1

Dalam kereta dia tidur ! Nak tak nak , aku kena g antara wife lepas lunch agar Qhaliff leh tidur dalam kereta . Kalau aku duduk rumah gak , aku rasa aku confirm tak leh buat apa apa dan dukung je si Qhaliff ni ..

Bila masuk je kereta … 5 minit terus lena di pangkuan mak dia hinggalah sampai opis kemudian tukar letak dalam car seat .. Tu pun nangis jap tapi setelah aku pujuk dia dengan kata kata manis seperti nak belikan dia motor besar jenama KTM dan juga Honda Accord terkini di zaman tu , baru dia sambung tidur ..

IMAG4280

Dan sampai rumah. Aku ingat bawak dia jalan sampai Cheras tapi risau hujan lak pastu jammed .. Jadi , terus je balik rumah .. Dan Qhaliff , masih terus lena ..

Lega aku skit .. Baru leh buat 2-3 kerja termasuk nak kutip hutang ! Benci tul .. Aku bukan along wehh ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Dari tajuk akhbar utama HMETRO Online hari ni ..

image

Yang sihat .. malas ! Ponteng sekolah ! Yang kurang berupaya , nak g sekolah .. Kenapalah tak reti bersyukur buat mereka yang sempurna fizikal ni ? Hurmmm

image

Biasanya kita dengar , si isteri yang setia gigih bersama suami tak kira susah senang mahupun sihat atau gering .. Tapi untuk hari ni , lain pulak ceritanya ..

Entahlah … Beginilah nasib kita .. Ada jugak yang masih tak sedar .. Semua ini dugaan dari ALLAH ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Kali ni aku mmg jadi hulk !

 

Aku tak salahkan Qhaliff sebab tak nak tidur tapi sbb .. Hurm.. Tambah lagi dengan masalah manusia yang pentingkan diri ! Benci gila spesis manusia begini ! Kalau tau berbisnis tau la camana ragam manusia yang barang nak tapi part bayar , nak kena mintak ! Apa gila ???

Tak pasal pasal Qhaliff yang jadi mangsa .. Haihh .. Aku tak buat apa pon kat dia .. Dia lak asyik nak suruh dukung jer .. Letak taknak weh.. Sejak dari bangun tidur lagi. Aku sendiri pun tak berkesempatan nak mandi ke apa .. Hurmm ..

Patut la ramai suri rumah ada yang tensen .. Huhuh … Bukan satu je perkara nak kena urus .. Banyak lagi .. Ni belum part aku nak basuh baju , masak ..

Aku sendiri nak godek untuk cari info bagi update blog aku ni pun susah .. Ni pon aku curi masa sbb dia hisap susu .. Paling lama aku ada 5-10 minit ..

Ya Allah.. baru kecik dugaanMu .. Aku bukan tewas tp mmg tergugat gak la kesabaran aku dengan masalah dunia ni terutama dengan spesis manusia yang pentingkan diri sendiri !

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Skang ni setiap malam , pasti akan bertarung sapa yang akan menguasai wilayah paling luas atas tilam ! Dan pastinya Qhaliff juara keseluruhan dan diikuti wife .. Kesannya , aku bangun pagi pasti sakit pinggang sebab terperuk di hujung dunia ..

Biasanya bila dia tidur tengah , dalam kul 2-3 dia akan terjaga. Waktu tu aku jarang nak tidur lagi kerana nak pastikan Qhaliff ok .. Sambil tu layan movie la .. hehe..

Bila dia terjaga , memang lawak laa tengok muka blur dia.. Hahaha.. Tercari cari mana laa bekalan susu dia .. Bila dia dekat ngan aku pasti dia akan tengok muka aku dulu.. Betul ke tak betul ni ? Maklumlah , leper jer .. hahaha ..

Dicapainya tangan , kosong. Time tu mmg aku nak gelak besar la tengok karenah dia ..Bila dia nak nangis , aku kejut wife suh amik sebelum dia betul betul terjaga. Kalau dia terjaga , maka .. abis laaa semua tak tidur ..

Pagi ni ,dia jaga awal .. Kul 6 lebih terjaga. Ikut sama ibu dia jaga .. Tak pasal pasal aku pun terjebak sekali sebab kena jaga dia .. huhuh ..

Dalam kul 730 , baru tidur balik .. Harapnya dia jaga dalam kul 10 lebih. Mandikan dia .. Bagi makan dan susu .. Pastu baru leh sambung tidur balik .. Selepas dia main .. Kalau dia tak main , mmg liat nak tidur !

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

image

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

Sememangnya berada di rumah ALLAH adalah impian paling besar setiap umat Islam.

 

sumber : Kosmo

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Seperti yang dijangka .. Malam dia wat hal .. Tamo duduk.. Tamo baring .. Aku ajak dia berjalan jalan .. Dia dpt gerakkan kaki dia , kiri dan kanan .. Kiranya dia dah tahu mana satu patut diangkat dan seterusnya. Tapi tak lama sebab aku rasa penat kot .. hehe ..

Pastu aku bagitau wife , aku nak bawak dia keluar g kedai mamak .. Layan bola. Hahaha .. Yolah tuuu .. Tak la.. Aku nak beli roti canai jer. Teringin memalam ni .. Mengandung kot aku .. Hahaha ..

Aku siap. Aku hulur tangan kat Qhaliff.. Menjerit kesukaan koooo ! Huk alohhh .. Macam tau tau dah nak g mana ! Bila aku amik , dia gembira ..  Terpamer keceriaan kat wajah dia yang copy cat aku tu .. Eleh , nak kata aku poyo la tuuu .. Haha..

Aku suruh wife amik dia.. Sua tangan.. Dia paling wooo .. Siap melompat macam nak kata ..

“ Tamo tamo …Cepat laa .. daddyy !! “ .

Aku pun hidupkan Ferrari yang baru aku beli hasil duit blogging selama ini ( caya la tu ) .. Letakkan Qhaliff atas bumbung ( kalau yang ni caya gak , aku tak tau nak kata apa ) , kemudian gerak gerak khas ke kedai mamak  yang jauhnya 5 kali kentut ..

Baru 3 kali kentut , Qhaliff wat hal.. Dia nak pusingkan badan dia dari car seat yang aku letak disebelah aku . Dia nak pandang depan. Yelah , pandang belakang , gelap .. Nak nampak apa kan ? Kalau aku pun leh giler woo ..

Aku tolak perlahan dan tahan dengan tangan aku dan nyanyi lagu Madah Berhelah dengan harapan dia cool .. Waahh .. Dia cool tuu.. Tapi tak sure la samada dia cool sebab aku nyanyi atau dok tahan dari nak ketawa .. Kira jaga hati aku la tu ..

Sampai kedai mamak .. Aku order 2 roti canai kosong dan satu roti canai telur .. Kira sorang satu punya la.. aku , wife dan Qhaliff .. Kononnya laa.. Padahal , semua aku punya .. haha .. Hancurr ..

Lepak kat situ dalam 10 – 15 minit .. Qhaliff diam jer.. Suka je tengok orang lalu lalang .. Pastu , bosan dia datang .. Mulalaahh .. Nasib baik siap dah roti aku ..

Terus ke kereta .. Start ur engine ! 3,2,1 … Gooo .. Teringat game Daytona .. Hahaha ..

Dalam kereta pon dia buat hal lagi.. Nak pusingkan badan dia .. Kali ni aku nyanyi lagu Negara Ku dengan harapan dia diam . Yelah , lagu kebangsaan tu.. Kena hormat .. Dia pandang aku .. Mesti dalam hati dia kata ..

“ Daddy aku ni masuk air ke ? “ .

Lantak laa .. Yang penting selamat sampai rumah .. Dan Alhamdulillah .. Sampai dan roti canai pun dah jadi hampas .. hahaha ..

Yang  penting , Qhaliff tidur sbb penat berjalan hari ni .. Pastinya , esok lebih menjanjikan pengalaman yang berlainan .. Dan semoga segalanya berjalan dengan lancar .. InsyaAllah .. Terima kasih kerana sudi membaca ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

 

Aku dok pandang berkali kali kat laman web tu .. Best ke citer ni ? Tak pernah dengar pon pasal dia ? Sekali aku ada update dalam blog dan tweet .. Ada kawan bagitau drama ni berbaloi sangat untuk didownload ..

Dan aku pun download je la.. Best atau tak , belakang kira .. Apa apa tengok dulu .. Ada dua episod dah dalam simpanan aku .. Dan episod satu aku tonton .. Hurmm .. Sambung ke episod ke 2 .. Dan tak sabar tunggu episod ke 3 ! Hehe.. best giler !!

ARROW berdasarkan dari komik superhero DC , GREEN ARROW yang dilakonkan oleh Stephen Amell , Colin Donnell dan ramai lagi ..

Bila tengok badan hero ni.. terus aku nak g gym balik .. Tapi bila tengok muka Qhaliff .. Takpe la.. Biar je la lagu ni .. hahaha ..

Pasni nak download lak BEAUTY AND THE BEST the Series lak .. Macam best je ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Sepanjang petang tadi .. dia tamo tidur .. Macam aku jangkakan , dia macam tau aku nak bawak dia keluar g amik mak dia .. Berusahalah dia mencelikkan mata dia ..

Bila sampai masa , aku ajak keluar.. ceria giler dia .. Dalam kereta .. Tak sampai  5 minit ..

IMAG4274_BURST001-1

Sebelum tu ? Perghh … Bila sampai kat mak dia , amik .. siap g kedai.. tapau nasi kukus .. dia masih lena .. Bila sampai rumah , mata terbukak terus ..

Dan sampai skang , dia tamo tido dan suruh dukung atau layan dia ! Mata jangan lepas dari tengok dia.. sila tengok dia yer .. Huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

IMAG4276_BURST018-1-1-1

Disebabkan model adalah lelaki , maka gaya mmg sengaja buat gitu .. Kalau nk tutup abis pun boleh gak .. Haaa .. Bagi yang berminat , bolehlah menempah tudung ni pada Qhaliff .. Aku tak amik untung pon ok ! Terus berurusn dengannya .. Ok ?

Hehe.. guwau jer .. Saja nayakan si Qhaliff ni .. Maklumlah , budak tak reti bercakap.. Kalau reti , mau nayanya gak aku kena gigit ngan dia .. hahaha ..

Hehe.. Bila tengok gini , patutlah ramai tanya bila pertama kali tengok Qhaliff ni .. “Boy ke girl ? “ .. Heh .. Boboii lorr … Ada rupa girlkah ?

Next , gegurll ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes