BEN ASHAARI



 

Sebelum tidur .. Ni muka stendek laaa .. Ayu gitu haaaa .. Memang mengoda punyaaa … Saja wat cute supaya kita g cium dia pagi pagi haa ..

Bila dah mandi .. kasi makan … Haaa .. amik kauuu .. Dia dah segar ! Nak kasi dia tidur , ikutkan mmg mudah sangat laa .. Tapi bila dah cukup tidur , maka …

Tamo tdo dia walaupun mata dah merah ! Tu tanda dia mengantuk tapi paksa diri tamo tidur .. Huhu ..

Main , gurau … kasi dia ketawa puas puas .. Dalam kul 12 lebih baru nak tdooooo .. Huwaaa .. Tu time mak dia nak balik ! Time tu patut dia menyusu direct ! Aiyoooo.. Rugi laaaa ..

Dan sepanjang mak dia ada rumah , dia lenaaaaa tidur .. Aku harap dia jaga dalam kul 3 lebih gitu .. hehe .. Banyak kerja leh buat ..

Tapiiii .. Melesett jangkaaan aku ! Bila mak dia keluar je rumah untuk g kerjaaa , tiba tiba …

Dan skang , dok meleser ngan aku .. Nak ikut je mana aku g !! Hahahahha … Adoiii .. 7 bulan niiii !

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

LEGA...Hafeq Shakirin tenang bersama ibunya selepas hilang dua jam.

Kerana menyangka gagal dapat 5A  dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012  ,Hafeq Shakirin Abd Halim, bersembunyi di dalam dewan kira-kira satu kilometer dari sekolah itu sebelum ditemui menangis  2 jam selepas itu , oleh bapanya dan ibunya yang sebelum itu menghubungi polis apabila mendapati anaknya hilang.

Dalam Hmetro hari ni , segalanya bermula bila pihak sekolah tak senaraikan dia dalam senarai pelajar yang dapat 5A .. dan …

“ Saya sangka gagal memperoleh 5A. Ketika itu, saya cukup tertekan dan berasa seperti anak tidak berguna kerana menghampakan harapan ibu bapa. “

Sian kan anak anak ? Mak ayah taruh harapan besar untuk lihat kecemerlangan mereka dan anak mereka tertekan untuk mendapatkannya .. Hurmm

Nasib baik dia lari kan diri .. Ada kes yang lebih teruk dari tu ! Perghhhhh…  Disebabkan tu jugak , ramai yang meniru dalam ujian semata mata nak ‘tunaikan’ impian mak ayah ..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Gaya Kengkang yang jadi ikutan dunia ! Hahahha .. Lawak tul laaa .. Menda menda gitu yang jadi ikutan dan kegilaan.. Nampak sangat kita dah takde citarasa hiburan ..

Bukanlah aku ni nak berfikiran kolot tapi entah dia pun cipta ‘tarian kuda sakit’ tu dengan tak sengaja dan gaya pun lebih pada mengarut tapi tup tup , MALATOP kooooo .. Siap dapat macam macam anugerah dan penghargaan .. Hahaha .. lawak ..

Semakin lama , semakin minda kita dilemahkan dengan hiburan hiburan sebegitu rupa hingga jadi lalai dan leka .. Tak caya ? Cuba jangan bagi anak anak kecil tengok tv hingga dia besar sekurangnya 10 tahun gitu .. Pastu bagi dia tengok tv .. Apa jadi ??

Seimbangkan .. Dunia , dunia gak kan ? Jangan sampai leka sangat hingga ada yang sanggup bergaduh demi hiburan .. Sanggup bergolok gadai demi hiburan .. Dan macam macam lagi SANGGUPnya .

Hurmm ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Nak tahu dengan lebih lanjut , sila klik SINI ..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Sebelum tidur … Wife bagitau dia dok main main main sbb tunggu daddy balik .. Daddy g gym utk buang lemak .. Mak dia komplen dah !

Bila daddy balik .. Qhaliff dah ..Zzzzzzz … Siaaann .. Lama tunggu ..

Bila bangun pagi , mummy dia dah gi kerjaa .. Tinggal laaa Qhaliff dan daddy saja dan Qhaliff mula , mai jadi penyibuk !!

Dah dah !! Jommmm mandi , Qhalifff !! Pastu baca buku ! Jadi cam anak anak kak Norhayati Ramlan ( blogger Yatie Memories ) .. Semua pandai pandai .. Yang terbaru , dapat 5A .. Abang dan akak dia semua g belajar kat luar negara .. Mak ayahnya pulak , sangat sangat merendah diri orangnya .. Bagus gile okeh ! Tarak berlagak langsung terutama suaminya yang dah bergelar DR ( PhD) dan masih sanggup merendah diri bertanya mengenai  strategi blogging kat aku yang takde apa apa ni !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Sibuk dah dia nak berjalaaaann skang ni padahal merangkak pun tak lepas lagi ! Huh .. Kang jenuh nak main kejar kejar .. Ke nak ajak main bola ! Perghh ..

Skang ni , pantang aku nak keluar , mata dia tak lepas tengok aku. Dengan harapan ..

“ Wannaa follow u la daddyy ! “

No waaayyyy .. Daddy nk g dating ngan Neelopahh .. lalalalal ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Baru-baru ni aku dan beberapa lagi rakan blogger dijemput menghadiri pelancaran Pemasangan Solar Photovoltaic Petronas yang pertama di KLCC .

clip_image001

Majlis yang bermula pada jam 4 petang diserikan lagi dengan kehadiran serta ucapan pembukaan dari Menteri Tenaga , Teknologi Hijau dan Air Malaysia , Dato ’ Seri Peter Chin Fah Kui ,diikuti oleh Senior Vice President of Natural Gas Business Division A Mitsubishi Corp , Mr. Kazayuki Mori dan Ketua Pegawai Operasi PETRONAS , Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin .

Selesai ucapan serta penerangan mengenai tujuan pemasangan Solar Photovoltaic ni , kami dipasangkan video mengenai Solar PV ( Photovoltaic ) ni ..

Kalau dilihat dari atas , rekabentuknya adalah seperti gambar di bawah ini . Kelihatan seperti corak songket kan ?

clip_image002

Gambar Petronas Solar PV 1: Permandangan dari atas

Kemudian kami dibawa melawat ke kawasan pemasangan solar pv dan terus terang , aku teruja sbb ini kali pertama dapat jejak kaki di kawasan ni yang mana biasanya aku hanya mampu pandang dari bawah jer.. Hehehe ..

Ok , sedikit info mengenai Solar PV ni . Dipasang dgn keluasan 9,000 kaki persegi diatas bumbung Suria KLCC .Pemasangannya bermula pada April 2011 dan mengambil masa 9 bulan untuk disiapkan. Solar pv ni adalah inisiatif tenaga hijau yang mampu membekalkan 30% daripada pengunaan tenaga di Suria KLCC. Secara tidak langsung dengan penggunaan Solar Pv ini telah mengurangkan pengeluaran tenaga karbon dioksida di Suria KLCC ni .. Menarik kan ? Tak sia-sia gitu

clip_image003

Gambar Petronas Solar PV 2 : Menteri dan media

clip_image004

Gambar Petronas Solar PV 3 : Solar Pv

clip_image005

Gambar Petronas Solar PV 4 : Antara kawasan yang dipasang Solar Pv

clip_image006

Gambar Petronas Solar PV 2 : Permandangan sekitar Suria KLCC

Majlis tamat sekitar 6 petang. Kesimpulan aku , alangkah bagusnya Solar PV ini dipasang di bangunan bangunan pencakar langit mahu pun pusat membeli belah. Tapi kos mesti mahal kan ? Hehehe .. Apa pun , majlis hari tu memberi satu ilmu pada aku dan rakan rakan yang lain .. Terima kasih PETRONAS atas jemputan itu ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Wat muka comel je dia kan ?

Dia leh wat muka comel bila takde makanan depan dia .. Kalau ada ? Confirm jadi gini ..

Photo

Lawan bertarik makanan dengan dia haa !! Adoi .. Baru 7 bulan tapi dah macam 1 tahun lebih perangai ! Grrr .. Ada gak kena smackdown nanti ngan aku nehhh …

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

 

image

Ok .. ramai dah tanya … jadi aku keluarkan untuk tahun ni .. Design simple sbb tak nampak semak samun sangat ..  Ok , yang url blog di bahagian belakang tu , letak url blog korang sendiri ..

Bagi yang berminat .. baca bawah ni .. Terhad yer .. Sebarang pertanyaan , boleh email kat aku sendiri  ( benashaari@yahoo.com )atau Mr. Izzo ..

 

Butiran untuk tempahan

HARGA   :  RM30 termasuk kos penghantaran
WARNA  :  Putih , Hitam , Biru , Hijau , Purple , Merah , Oren ,   Biru dan Hijau Cair/muda
JENIS     :  Baju Lengan Pendek dan Baju Lengan Panjang
Untuk tempahan sila emailkan butiran berikut ke angah7736@gmail.com
Pastikan ada butiran berikut : 
1. url blog
2. alamat untuk post baju
3. no telefon (untuk pengesahan tempahan dan urusan pembayaran)
4. size (s -xxxl)
5. warna
6. jenis baju (lengan panjang/pendek)

 

Terhad.. Terima kasih ..

Share
Tweet
Pin
Share
52 comments

 

Dari dulu aku cakappp .. Tamo dengar cakap lelaki in yang punya banyak pengalaman ni haaaa..

Bukan apa .. Aku tau ler camana corak pemakanan maknya si Qhaliff ni .. Makan ikut dan jer .. Bila aku kata badan dia sejuk , tamo caya .. Jadi dengan pengambilan daging kambing , yang bersifat panas tuuu .. susu confirm mengelegak keluar punya ..

Ceh .. mana punya fakta aku korek pun tak tau laa kan ? Tapi tu la hakikatnya .. Cam lelaki gak .. Kalau nak panas , pekena sup torpedo . Balik umah , cari bini ! Ha.. siap ler .. Atau pekena sup ekor ! Berpeluh badan haaa.. Yang belum kawin , jangan cari pasal ! Kang kes naya jer !

Jadi , aku syorkan kat wife  produk tu walaupun dia tak percaya . Maklumlah , aku ni bukan DR.BEN ASHAARI ..cuma EN.BEN ASHAARI jeeee.. sapa nak percaya kan ?

Sejak dia minum susu yang aku suh tu ( baca entri Susu Ibu.. Menyerah kalah sudah ? ni ) , alhamdulillah .. tiap kali pam , mmg banyak berbanding sebelum ni hasilnya cukup mengecewakan .. Hehe ..

Korang leh try tapi apa pun segalanya bergantung pada tubuh badan memasing . Mungkin ada yang tak sesuai .. Mungkin ada .. Apa pun , cuba la dulu ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Alhamdulillah .. Hari tu ada satu company yang beroperasi di Singapura tetapi pusat utamanya di Jepun telah hubungi aku dan berminat untuk meletakkan banner iklan mereka di blog aku . Sebelum  tu pun ada satu company dari Indonesia berminat buat begitu tetapi aku tak berminat sangat sbb takut kena tipu ..

Tapi entah nape naluri aku kuat pada syarikat dari Singapura ni .. Aku pon cuba nasib dgn membalas email dan lengkapkan borang yang mereka lampirkan ..

Setelah 2 minggu aku tunggu , akhirnya hari ni mereka bagi jawapan mengenai permohonan aku tu .. Mungkin mereka nak check dulu blog aku kot.. Kandungan dan sebagainya ..

Alhamdulillah .. Akhirnya diterima bersama javascript yang khas untuk blog aku saja !

image

Berapa diaorang bayar ??? Hehe .. Biar aku je la tau eh .. Yang penting , kandungan blog jangan dok mengarut untuk kejar $$ .. Ada mata memandang dan bertanya jika blog kita punya tarikan tersendiri ..

Sapa kata cerita biasa biasa tak mampu pikat pengiklan ?? Kalau aku mampu , korang lagi la mampu !

Dan ingat seperkara .. Kalau kita rasa kita berkemampuan ,orang akan cari kita di samping usaha yang perlu berterusan .. Jangan cepat berkata KITA BERJAYA kemudian terus rileks ..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Mula-mula …

Tetibaaaaa ..

Pastu ..

Hurm .. mesti dasat mimpinya .. Mimpi nikah Neelofa kah ? Daddy pon nak !!

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Aku tak tau dari mana dia berjangkit. Nak kata dari anak buah wife , tak leh gak sebab anak buah aku pun demam selsema gak .. Terima je la.

Apa yang kitorang buat , wife tingkatkan dos vitamin C yg dia amik hari hari dan juga aku , sapukan balm pada dia .. Ala , balm yang pernah aku ceritakan kat korang dulu haaa .. Baca kat Bila bayi selsema dan batuk .. ni haa..

Alhamdulillah .. Baru sehari je sok sek , terus kering dah selsema dia .. Lega gak la.. Bukan pe , budak kecik kena selsema .. perghhh .. abis comot ! Budak besar selsema pon dah buruk rupa , apatah lagi budak kecik kan ? Tapi baby selsema , still cute laa..

Cer aku selsema ? Ada rupa Angelina Jolie tak terutama tang bibir ! Hurm.. Apa kaitan ?

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Dengarnya ada pihak nak kasi burger free kat rakyat Malaysia .. Benarkah ? Apakah sampai gitu sekali teruk ? Hehehe .. Kasi free jee kat rakyat Malaysia dan apakah rakyat Malaysia sampai tahap terdesak nak burger free tu ?

Semua ni gara gara boikot kan ? Ada yang kata kalau nak boikot , boikot semuaa ! Ololololoooo .. Cer pikiaq skit bleh ? Kita boikot yang mana kita boleh elak .. Yang tak boleh elak , kita tak leh nak buat apa apa kan ? Kena terima la hakikat tu yg zaman skang ni , kita semakin malas nak mencipta tetapi rajin mengunakan jer ..

Macam burger tu haaa .. Tak mati pon tak makan kan ? Burger lain ada haa.. Burger bakar ada aihhh .. Ada pilihan kan ? Haaa .. Suh perang , kita bagi alasan .. Suh derma , kata tak cukup duit .. Suh elak makan burger brand tu je pon , bagi alasan lagi ! Mak aihh ..

Ok ok.. tu hak korang la kan .. Ada yang kita ni bermusim menyokong .. Olohhhh .. takkan hari hari nak bising pasal ni kan ? Simpan dalam hati dah la.. Antara kita ngan Allah je dah ..

Boikot je pon ..bukan suh terjun bangunan laa .. Sokong la skit ..Kenapa kena boikot eh ? Google la skit .. Google menda tak baik , rajin la pulak… Belajar mengkaji dan membaca skit dari dok dengar guna sebelah telinga je ..

Cer klik SINI ..

Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

 

Photo

 

Ada sandara kita mati terbakar !

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Yang sorang , macam ni .. Terasa dunia ini ‘ana yang punya ..’

image

 

Dan sorang lagi , dah pun macam ni .. Alhamdulillah .. Kita bila lagi ?

image

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Kalau dulu , wanita sering tuding jari mengatakan lelaki gersang laaaa … gatal laaaa … Hehehe .. Ternyata wanita ni pemalu nak terus terang terutama yang dah kawin .. heheh ..

Jangan marah aaa ..

image

Teringat lagi ada satu kata kata dari kawan dalam siber ni haa.. Apa yang dia perlu , cumalah cinta dan kesetiaan dari bakal suaminya .. Lain lain , tak kisah .. Seks bukanlah keutamaan ..

Heeh .. lom nikah , jangan cakap laaaa.. Dah nikah , baru tau kenapaa sampai leh terjadinya isu isu camni … Yg tak nikah pon getisss dahhh …

Bukan soal jantina tp sebenarnya adalah nafsu..

 

Sumber: Hmetro

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Alhamdulillah .. Tak sangka malam minggu begini aku dapat tonton cerekarama yang sangat menarik dari TV3 .. Biasanya susah gak la nak dapat tonton drama begini .. Simple tapi padat dengan maksud tersirat yg membawa penonton berfikir seterusnya mengalirkan air mata keinsafan.

Para pelakon dalam cerekarama ni semua hebat hebat belaka . Berjaya membawa wataknya dengan cukup berkesan . Kesudahan cerekarama ini memang diluar jangkaan aku . Memang menarik sekali !

 

Ibarat burger bakar laa .. Tengok macam biasa biasa jer.. Atau nampak penuh ‘berlemak’ tapi perlu rasa dulu baru boleh buat penilaian !

Dan aku bagi 5 bintang untuk cerekarama SEBELUM KIAMAT ni .. Bagi yang belum menonton atau terlepas menonton gara gara tgk AIM .. baik download cerekarama ni SEBELUM KIAMAT !

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Aku tau dah .. Kalau aku tulis JOM DERMA DARAH , korang takkan masuk punya ! Jadi aku wat nakal skit la .. DERMA DARA .. Kan dah terkena perangkap aku hidup hidup..Yang tau bukan perangkap , bagus laa .. hehehe ..

Ok , ok .. Aku terima satu PM di FB ..

“ Hai abg ben. Saya nak jemput abg ben dtg program derma darah minggu depan anjuran kolej saya. Dan saya harap abg ben boleh tolong promote kat blog abg ben juga. Thanks “

image_1353068322586992

Bertempat di Aras 4 , Puspanika UKM .. satu kempen derma darah akan diadakan dibawah anjuran Kolej Burhanudin Helmi , UKM pada  19hb hingga 23 hb November ini ..

Haaa.. Bagi sapa yang ada banyak darah , bolehlah mai derma darah .. Jangan pulak derma dara korang yang ada satu tu jer .. Hehehe.. Cari pasal namanya yer ..

Korang semua dijemput hadir yer .. Kecuali mereka yang tak sihat , darah ada kuman , atau punya penyakit berjangkit .. dinasihati dapatkan nasihat pakar seperti aku untuk kepastian kehadiran .. heheh .. Jangan cari pasal noooo ..

Akhir kata .. Darah anda , milik semua ! Eceh.. tah bila bila eh ? Betulkan semula .. Darah anda , milik Allah .. Jangan tamak !

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Kesian adik ipar aku .. Terpaksa ‘menginap ‘ di hospital hinggalah melahirkan bayinya. Kalau ok , mungkin leh keluar kot .. Harapnya segera sihat sejahtera ..

Petang tadi , aku dan keluarga aku ke hospital untuk melawat adik ipar aku tu .. Kul 3 lebih bertolak ke sana. Tapau makanan untuknya .. Dia kata makanan spital tak sedap.. Hehe.. Kalau sedap , aku pun nk duduk dalam spital kan ? Hehehe ..

Sampai sana dalam kul 4 lebih gitu .. Lambat sebab banyak menda kena buat dulu sebelum meneruskan perjalan ke sana .. Di sana , aku tak naik ziarah dia pun sbb aku ditugaskan menjaga dua hero ni haaa .. huhuuh ..

Dua dua senang nak jaga ! Yang sorang bagi phone aku .. Yang sorang lagi tu , suka dok mencubit .. Jadi , senang .. Hehehe ..

Tapi masalah satu je .. Panasnyaaa kat sini !! Berpeluh peluh aku ! Nak sejukkan badan , aku kena g kantin. Kat sana ok skit .. Kat surau pon ok gak .. hehe .. Panas kat lobi tu jer .. huhu..

Sesuatu yang menarik minat aku ialah , tandasnya yang bersih. Terkejut gak aku memula . Maklumlah, bukan senang nak jumpa tandas awam di hospital yang bersih .. hehe ..

Dalam kul 7 petang , baru bertolak balik .. Meninggalkan Ammar dan ayahnya.. Kesian .. Mereka terpaksa berulang alik ke hospital selama 6 minggu .. Hingga maknya melahirkan anak keduanya .. perempuan.. InsyaAllah ..

Doakan mereka agar segalanya selamat yer .. Terima kasih ..Oh .. apa punca sakit mak Ammar ? Hurmmm .. Panjang ceritanya .. hehe

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

-IKLAN-

Kepada semua pembaca blog ini , hari ini  saya nak kongsi sesuatu mengenai Manboobs.

Masalah manboobs ni hanya berlaku pada golongan lelaki di mana masalah ini disebabkan o leh hormone yang tak seimbang dalam badan dan gaya hidup yang tak betul..

Berita baik buat yang bercita-cita untuk mengatasi masalah manboobs..

(Berita ini untuk kaum lelaki …. )

image

Mungkin anda kat luar sana cuba untuk mengatasi masalah gno tapi still tak dapat result yang berkesan ?

  • Mungkin anda malu untuk memakai baju yang fit kerana gyno ?
  • Mungkin Gyno ini menjejaskan keyakinan diri anda?

Dan adakah anda mahu merawat masalah ini tanpa sebarang ‘’kesan negatif’’ ?

Bagi yang menghadapi masalah manboobs ini ,persoalan tentang manboobs sering berlegar-legar dalam pemikiran anda…

Takpe, jangan risau  ,dalam pakej digital ni kami ada terangkan tentang

image

 

Bagi anda yang berminat boleh dapatkan pakej digital ini segera

Sila bankin ke akaun :

MAYBANK

551258407155

bodybuilding enterprise

email 3rd party :- bodybuildingasian@gmail.com

 

CIMB

01380000468109

Burn Your Fat Enterprise

email 3rd party :- bodybuildingasian@gmail.com

 

Selepas bankin sms kan ke :

017 - 7990127 <nama><alamatlengkapdenganposkod><jumlah RM><Akaun bank><Namaproduk&kuantiti @ email >

Terima kasih .Sila klik LIKE : BODYBUILDINGASIAN

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Aku nk beli semuaaaaaa !!! Daannn …. alhamdulillah .. hehe ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Penat ! Serius , aku sendiri hampir putus nafas akibat layan futsal !! Huhuh.. Takkan aku main futsal leh nak mati ?? Hurmmm … Hurmmm .. hurmm..

Sebelum aku g main futsal , aku g gym dulu. Kat situ saja aku rasa tenaga aku dah abis banyak .Tanpa rehat atau recover tenaga aku , aku terus g main futsal lak ..

Tak sangka la pulak aku kena main dulu sbb ada friendly match ngan team member aku. Aku yang baru 2 kali pegang bola tahun ni , selamba aja masuk ..

Main .. mmg boleh main .. Sebab aku mmg main bola dari kecik lagi .. hehehe .. Teror tu tak la tapi leh la sepak bola tu haa ..

Hehe .. Ni kenangan haaa .. Nak kata dapat trible tu ,idok ler .. tapi sampai gak la tahap leh dibanggakan oleh diri sendiri .. hehe ..

Ok , sambung .. Bila dah masuk main tu , lari lari lari .. sepak sepak sepak .. Terasa diri dah nak putus nafas sbb mmg takde tenaga ! Paksa diri gak !!

Member kat luar jerit dah ..

“ Sal nak pengsan dah woi ! Hahah .. “

Boleh lak bantai gelak ! Caitt .. Sebelum aku pitam dalam padang , baik aku tukar player .. Kena sedar diri ! Jangan paksa diri ! Kang dalam wad sorang diri haaa … hehe ..

Keluar dan terus g lepak kedai mamak dengan geng yang datang sekadar tayang muka ! Hahahah .. Pekena maggie ngan air 100 plus sambil bicara projek juta juta ..Hahaha ..

Geng lain terus main. Aku  malas dah .. Yang pasti , aku mmg penat giler sbb kul 1 ptg baru bgn tdo !! Tp bangun subuh gak la …

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Yeker ? Yeker ? Yeker kena wat gitu ??? Heehehe … Jangan pandang aku .. Tanya mereka yang dah popular tuuu .. hehehe ..

Aku kalau buat duckface , serupa cam dark vader ! Yang macam bawah ni haaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Ehem ... Nampak tak , nampak tak ??? Tak ??? Bukan masalah aku dah ..

Makin beratt !!!

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Ololoooooo .. muka ngantukkkk  .. Disebabkan Qhaliff punya muka seposen tu , aku tak g gym petang ni .. G teman dia ngan mak dia lepak kat tasik bermandikan cahaya mentari terbenam .. hehe ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Wife kecundang dah .. Apakah cukup 7 bulan menyusu dengan susu ibu saja pada Qhaliff ?

Sememangnya kepenatan mmg terpamer pada wife yang terbeban dengan kerja di pejabat , di rumah lagi yang mana Qhaliff cukup pantang nampak mak dia lalu jadilah dia seperti Spiderman ..

Bila dah gitu , hasil susu pon tak la banyak .. Sekali dapat , 2 botol .. Cukup untuk pagi dan petang kena usaha lain termasuklah lari balik rumah untuk bagi direct ..

Ditambah lagi dengan dah datang period yang mana katanya hasil pastinya semakin berkurangan .. Akhirnya semalam , terpaksalah beli backup susu formula untuk Qhaliff , setelah  bulan ..

Namun aku tak putus asa.. Segala macam dah bagi dan usaha .. Namun hasilnya masih di tahap mengecewakan.. Dan aku beli Hi Goat untuk dia minum setiap pagi dan malam ..

Camana aku leh terfikir Hi Goat ? Setiap kali dia makan daging kambing ,susu mmg keluar dengan banyak .. Haaa.. Jadi aku syorkan menda tu laa..

Alhamdulillah … Kembali banyak dan susu tepung tu , disimpan di tempat yang selamat ! Hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes