BEN ASHAARI



Ada 4 botol gitu .. Ada yg tanya , apa beza madu asli n tualang .. Ada beza dr segi rasa...Khasiat , lebih kurang jer ..

Maka , terjwb sudahlah pd setiap tweet aku pasal madu tuu.. Hehe...

Dasat ompompuan ni .. Asal 'madu' jerrrr, terus ingat nikah lg .. Ingat senang keee jaga ompompuan neh ?? Huhh...

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

Hurm.. sian dia semalam .. Dalam mengantuk mengantuk tu , beria bersungguh dia nak ikut aku keluar jumpa kawan kawan blogger yg dtg ke Putrajaya ..

Dia tgk aku bersiap .. Sembur perfume.. deodorant.. Pastu aku solat Isya dulu.. Dia merangkak dtg ke kaki aku dan berpaut .. Alahaii...

Wife amik .. dia meronta ronta nk turun. Aku siap solat..Dia tersenyum .. Merangkak ke arah aku .. Aku dukung dia .. Suka giler dia .. huhu..

Hurmm.. Nak bawak dia kuar , jam dah kul 1030.. Que Achmad dah tunggu luar.. Aku pas Qhaliff kat wife..Muka berubah..

Setengah jam kemudian, wife bgtau dia dah tdo .. Sblm tu , merangkak lagi dia hingga dpn pintu ..

Aku balik tak lama kemudian.. Dia lena dah..Subuh dia jaga .. Dia cari wife yang sedang solat.. Menangis bersungguh sungguh dia.. Aku dukung , dia tak nak.. Merajuk kah ?  Huhu..

Tetiba rindu sangat kat dia..Ni kat Perodua..Servis keta.Nak bawak dia, dok tdo lg .. Hurm..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Hurm .. Aku merajuk dah ngan dia .. Mentang-mentanglah aku punya dada tak mengandungi susu .. Qhaliff sanggup melukakan hati aku .. Huwaaaa ..

Kenapa ?? Kenapa korang tanyaa ??? Korang bayangkan eh .. Hurmmm.. Bayangkan laaaa .. Pandang ke atas dan imaginasikan .. Qhaliff yang sedang bermain sorang sorang nun jauh dari ibunya , ibunya berpura pura menangis.. Dia merangkak datang dan siap menangis sekali !!! Bayangkan laaa woiii .. Bayangkan !!!

Aku pon try buat gak laa .. Perghhh .. Dia pandang aku dengan muka penuh tanda tanya !!! Seolah berkata dalam hati ..

“ Apa gila daddy aku teriak cam putus sudah kasih sayang ??? “

Dan dia leh sambung buat kerja dia iaitu gigit mainan dia .. Bayangkan laaaa .. Ayah mana tak kecik hati wooiiiiii .. Aku sedihhhh .. aku sedihhhh .. Ni yang membuatkan aku keluar nak g cari maggie ketam ni ..

Sampaaii hatiiiii Qhaliff ! Esok lusa , gi duduk ngan ibu kat opis diaaa .. Daddy nak g umah kebajikan orang tua tua .. Huwaaaa …

Share
Tweet
Pin
Share
41 comments

 

Yummy .. sedap wooo maggie ketam adik ipar aku masak ni .. Huhuh.. Ikutkan , apa saja maggie sedap bagi aku .. Hantu maggie la katakan .. Bukan hantu madu yer .. huhu ..

Haaa .. Orang kata kalau kena denggi , makan sup ketam ni penawar untuk denggi .. Benarkah ? Ahaaa .. Ok ,aku google dan jumpa satu testimoni dari blog ni .. Aku copy sat eh .. Jangan tuduh aku blogger copy paste lak yer ..

“ SAYA ingin berkongsi pengalaman berhubung usaha melawan demam denggi dengan hanya makan sup ketam. Ketika dijangkiti penyakit itu pada Mei tahun lalu, saya mendapati ketam, mengandungi protein yang tinggi, dapat membantu pembinaan semula platelet darah.

Pengambilan sup ketam dipercayai menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan begitu cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang minum dan makan satu mangkuk besar sup ketam (500 ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa singkat, iaitu cuma antara lima hingga lapan jam.

Pesakit akan pulih hampir sepenuhnya dalam tempoh berkenaan. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawahnya.

Malah, proses pemulihannya amat pantas kerana pesakit tidak perlu makan multivitamin ataupun pil magnesium untuk memulihkan tenaga dan staminanya. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptom awal denggi boleh mengambil sup ketam sebaik saja menyedari tanda diserang denggi.

Sehingga kini pemerhatian saya mendapati tidak kurang daripada 20 kenalan yang diserang denggi sembuh dalam masa lima hingga lapan jam selepas makan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengagumkan dan saya pulih sepenuhnya dalam masa tujuh atau lapan jam ketika diserang demam denggi. “

Haaa …. menarik bukan ? Tapi part selepas tu buatkan aku tersenyum lebar ..

“ Saya harap satu kajian saintifik perlu disegerakan bagi merealisasikan penemuan ini dan orang ramai tidak lagi fobia dengan wabak demam denggi apabila penawarnya ditemui.

Jika anda hadapi deman denggi atau keluarga anda kami sedia membantu mendapatkan ketam.Sila Tel . Ketam Segar Pintas Tanjung Bungah Faruk Abdul Rahman 012 552 1820 / 012 560 4036 .”

Hehehe .. pikir positif la yer .. Sumber dari SINI .. Yelah , mana tau ada yang mencari kan ? Ok la tuu..

Lupa lak … Maggie ketam yang dalam gambar diatas tu , bukanlah aku yang masa tapi adik ipar aku .. Anaknya, Ammar yang pernah top di blog aku satu tika dulu , disyaki dijangkiti demam denggi , minggu lepas.. Alhamdulillah , dah pulih ponn ..

Apa pun , segalanya terpulang pada kepercayaan korang .. Dapatkan nasihat pakar , seperti .. aku ? Heheh.. Doktor pakar laa.. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

Suka dia tgk burung kat sana .. Tapi yg lebey, bapak dia ...heheh ..

Cuaca panas sgt ..Nasib baik gi awal pagi. Tak silap aku taman ni bukak jam 930 pagi . Tiket masuk , RM25 utk dewasa dan budak bwh 12 tahun lak cuma RM12 je..Qhaliff , kira dewasa .. dia tak nak mengaku dia baby .. Huhu .. Nak tak nak , aku kena mengaku la aku baby ..

Dalam tu , kitorang sempat habiskan masa 1 jam setengah sebelum Qhaliff mengantuk sgt .. Terpaksa keluar ... Hehe.. Adik aku ngan anak anak dia, jalan jalan lagi..

Hurmm.. Atas kul 12 , ramai woo org dtg .. dan kitorang ..balikkkkk..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

Mintak cara baik , salah ... Buat cara salah , mengamuk .. Dah tu , camana ? Alasan adil tu la yg senantisa bermain di mulut padahal patutnya sama sama la bekerjasama , kan ? Hehe...

Aku ? Nikah lg ? Eh .. belum ada dlm perancangan .. Tak tau la akan datang , kan ? Hahahaha ..ada gak kena sunat lg ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

 

Biarlah gambar menjelaskan segalanya. Oh , ini dari kamera HTC ONE X yer.. Bukan kamera AES yang dah mengeluarkan beratus ribu saman tah hapa hapa itu yer .

Ops .. terasa keeee ???

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

Hah ??? Ayah dia mampu beli kasut sebelah je ker ? Huhu .. Apa nk buat.. Dpt bonus, byr saman AES ..Er , lom byr lg .. Dok simpan skit skit duit .. huhu..

Sebenarnya ada berpasangan kasut dia tp dia gemar cabut dan buang !! Berkali kali aku kutip dan pakaikan .. Akhirnya aku biar gitu.. Dia selesa gitu ! Hahaha..

Patutlah ramai tgk jer .. Hahaha..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

 

Reaksi dia bila bagi makan oats ngan carrot padahal sebelum ni , telan jer !! Gaya siap goyangkan badan mcm geli geleman benar !!

Mengadaaa daahh .. Dan , dia dah leh baca memek muka orang tua dia .. Marah , sedih ...dia mesti tengok semacam dan datang bermanja..

Besar dah anak aku ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

-IKLAN-

BENASHAARI PIC

Indiana Boutique menampilkan pelbagai jenis tudung dan selendang mengikut trend terkini. Penggunaan material yang berkualiti dan jahitan yang kemas adalah salah satu faktor produk yang dikeluarkan laris dijual.

Pastikan anda tidak ketinggalan memiliki koleksi dari Indiana Boutique.

Sila layari kami di www.indianaboutique.com  atau
LIKE fanpage kami KLIK SINI

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Ok la tu .. Stendek la artis … Ops , bukan artis kita yer.. Artis kita baekkkk baekkk punya .. Maklumlah , ada pegangan agama dan adat .. Jadi tau la mana baik dan mana yang kurang enak untuk dilakukan , kan kan ?

Sian kat artis popular dunia ni .. Bukan dia sorang je bermasalah gini .. Yelah , masa naik dulu .. syok tak terkata .. Bila dah terlalu tinggi , hurmm .. mulalah ..

Punca ? Banyak.. susah nak kata .. Tapi antaranya yang boleh aku tangkap , kes ngan awek dan juga tergugat dengan Psy kot ? Sebab Psy dah pecah rekod dia ? Hehehe .. Pecah ke eh ? Entah laaa.. Yang pasti korang popular laaa nak dibandingkan dengan jiran aku tu ..

Apa poon Justin , kalau nak hisap gak .. hisap la.. Duit banyak .. sakit , masuk spital .. Mati , tanam ke .. Tak susah kan ? Dan jangan lupa wasiat skit harta kat aku .. Oh , apa apa tweet aku eh ..

Baca la artikal pasal dia dan ganjanya itu di SINI .. Peminat setia Justin , jangan terkejut yer .. Ganja bagi mereka cam chewing gum jer ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

“ Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengumumkan kontrak seramai 45,000 kakitangan awam yang berstatus perkhidmatan kontrak akan disambung enam bulan lagi.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kontrak mereka akan diperbaharui mulai 1 Januari hadapan sehingga hujung bulan Jun nanti.. “

Artikel Penuh: Baca di SINI ..

 

Tarik nafas lega la kawan kawan aku nun di opis lama aku tu  dan 45 ribu lagi penjawat awam kontrak .. Dari dok dengar nak tetapkan mereka ( sejak zaman aku lagi yakni 7 tahun lepas ) tapi dok lagu tu gak je..

Tapi tak pe laa .. Dari nganggur kan ? Syukur la jugak ada kerja haaa.. Yelah , ada yang dah kawin , ada yang buat pinjaman bank .. Kalau tak sambung , mau botak kepala tiap malam dok digaru walaupun tak gatal.. huhu ..

Sian sebenarnya penjawat awam kontrak ni .. Maklumlah , bertaraf kontrak .. Jadi , ada yang pandang sebelah mata kat mereka ni .. Ada yang amik kesempatan ‘mendera’ mereka .. Hehe .. Lawak gak sebenarnya ..

Tak kisah la .. berkhidmatlah selagi mana kerajaan membayar gaji tepat pada masanya . Part ‘mereka’ tu , biarlah .. Hari ni hari mereka .. Nanti tau la langit tinggi rendah .. Doakan je mereka ubah perangai .

Buat kerja dengan ikhlas . Datang kerja , jangan main game .. Curik tulang atau sebagainya laa.. Korang pon lebih arif kan ? Hehehe ..

Rindu pulak kat opis lama nun di PWTC ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

“ Putrajaya akan meneruskan operasi kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun pembekuan pada pendengaran saman oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. “

Dalam satu akhbar online yang aku baca baru-baru ni ada memberitahu yang sistem AES yang sudah mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak ia dimulakan pada 23 September lalu.

Itu baru 14 kamera yang dipasang .. Kalau 831 kamera dipasang menjelang akhir 2013 dengan alasan nak menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.. Kononnya laaa .. Tapi pasang kat bawah jambatan jalan lurus yang takde kes kemalangan pon ?

Kalau benar la nak tangani masalah kemalangan ni , g letak kat tempat tempat yang sepatutnya .. Kenapa ? Tak menguntungkan ke ?

Semalam , aku lalu dan nampak la penguatkuasa bawah jambatan tu siap dengan kamera yang diletakkan di bahu jalan .. Jalan lengang.. Had laju 80kmj .. Cuaca panas tak silap aku .. Nak suruh pandu berapa laju situ ? 80 ? Bila jalan lengang , takkan nak bersantai atas jalan raya sedangkan kita boleh jimat masa .. Nak tanya skit , yang dok bagi saman ni , ikut ke peraturan jalan raya ?

Jangan bebankan rakyat . Yang sedia ada pon dah cukup membebankan . Bila rakyat tak sokong , kata tak kenang budi .. Bila dah sokong , sakit hati !

Janganlah lupa.. Yang tinggal di Putrajaya ni , penjawat awam .. Kalau tiap bulan satu saman , baik CUEPACS mintak kerajaan sediakan tambahan elaun untuk bayar saman ..

Dah tambah sorang lagi kawan aku di Putrajaya ni kena saman.. Memula dia ingat dia takde .. Check punya check .. ada satu ! Huhuu .. Ini bermakna , kawan aku yang aku kenal dah ada saman AES ..walaupun bukan semua la.. Er , tak tanya semua pun lagi.. hehe.. Tapi 4-5 orang ada dah ..

Nak didik rakyat supaya bijak uruskan waktu ? Hurm.. Dah urus baik dah pon .. Keluar gi kerja yang depan mata tu pon dah bagi setengah jam awal . Ikutkan dalam tempoh setengah jam tu , dah leh sampai Gombak dah , kalau dari Putrajaya padahal nak ke opis yang tak sampai sekangkang kera tu haa ..

Janganlah semata mata nak cepat dapatkan semula kos sebanyak RM700 juta tu , rakyat jadi mangsa ! Bukannya tak leh bayar saman tapi janganlah pijak kepala rakyat ..

Nak didik , guna akal .. Bukan guna poket ..

 

Entri berkait AES yang aku dah buat ..

Tahniah ! Daddy dapat saman AES . Dua lak tu ..

Zon Operasi Kamera di Putrajaya

Tips nak elak disaman AES !

Kamera AES ‘dianiaya’ !

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Ada kawan antar email tanya apakah makanan Qhaliff skang ni yang membuatkan dia ukk ukk dengan comelnya .. Hurmm ..

Aku bagitau la apa yang Qhaliff makan kemudian ada dia tanya aku apakah kandungan sodium di dalam tu tinggi atau sebaliknya ? Memandangkan aku dulu Sains sampai darjah 3 je pastu cikgu dah dimadukan kemudian berpindah sekolah , aku tanya dia apa tu sodium ? Kalau stadium tu aku tau laa ..

Dia balas email dan memberi tahu sodium tu garam .. Owh .. Baru aku tau .. Aku ingatkan salt je garam .. Ok ,satu ilmu baru untuk aku dan mereka yang tak tau .. hehe ..

Aku balas email semula tanpa guna bedak atau lukisan untuk mencantikkan email tu .. Dalam tu aku lampirkan dua keping gambar yang bukannya gambar aku atau gambar pp Qhalifff ..

Oats ni , wife tambah dengan kurma , kadang kadang dengan buah kiwi , avacoda ,plum , pear , sayuran lak .. carrot , brokoli dan kekadang salmon .. Selera je dia makan .. Dan sesekali potato .. Wah , cakap omputih aku .. Potato kauu ..

Makanan Qhaliff , takde kaitan dengan makin tembamnya pipi dia .. Pipi Qhaliff tu mai dari mak dia tapi labuhnya pipi tu , ehem.. aku punya masa kecik kecik dulu . Tak caya ? G cari dalam blog ni haa.. Gambar aku kecik dulu.. Kalau letak ngan David Beckham , confirm ramai keliru punya masa satu David Bechkam .. mana satu aku !

Apa gelak gelak ??

Haaa .. Dan buat mereka yang bakal dapat baby , pastikan susu ibu adalah keutamaan .. Manis wooo .. Erk , mana aku tau ??? Ala , Qhaliff bangun dah ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Tiba-tiba kotak kertas yang berada dalam plastik Mydin tu ‘hilang’ secebis seperti digigit ! Wife pandang Qhaliff .. senyum senyum dia .. Hurm.. Confirm !! Dengan pantas wife gi korek mulut dia ..

Hurm.. takde kat atas lidah dia … atau bawah dia .. Wife terus korek di bahagian pipi dia ! Ada !! Amboiiiii.. sorok kat pipi daaaah ! Grrr ..

Hurm.. Kalau dukung , dia diam tapi lama lama meronta nak turun .. Bila dah turun , sibuk nak merangkak .. Kalau duk ikut je dia , apa pun tak jadi la kerja .. Letak atas tilam dengan mainan dia ? Sempat seminit je laa .. pastu ada depan tv sambil dok ketuk tv Sony aku yang baru tu !! huwaaaa …

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

-iklan-

Femes Bazaar CONFIRM

 

Salam..Guysss..kami Meimei Clothing ,bersama artis2 yg laen seperti Sazzy Falak Intan Ladyana Bunkface! MizzNina Raja Farah Raja Aziz Fan's Page Kamal Adli dan ramai lagi artis2 akn berada di FEMES BAZAAR yang berlangsung di Rasta, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada 29 Disember dan 30 Disember ini..jom ajak rakan2 yg laen ye..seramai 50 peniaga akan mempamerkan produk masing2..jagan lupe dtg ye..please share dgn kawan2 yg laen okey..pasti meriah..jumpe anda di sane =)

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Dulu aku slalu terfikir camana la rupa anak aku .. Kalau ikut aku , mesti tak hens.. sian diaa .. huhu

Tapi bila dah ada ... Oh , rupa aku rupanya.. Hensem gak aku eh ?

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Aku dah lalui .. Baru sorang .. Perghh.. Seawal seusia beberapa bulan tu mmg sangat mencabar fizikal dan mental . Bukan mudah woo .. Malah ada ibu sendiri pon tak tahan ..

image

Sebab tu , bila ada anak kecil yang baru lahir ditambah dengan ibu yang dalam keadaan pantang  ( terutama anak pertama ) , perlu ada orang yang lebih pengalaman untuk bantu mereka .. Kalau berdua je , mmg sukar laaa…

Dalam kes di akhbar Hmetro hari ini , rasanya si ayah tu dah tersangat sangat tak tahan anak kecilnya asik menangis. Jangan lupa yer .. Setiap tangisan bayi , pasti ada sebabnya .. Diorang pun malas nak nangis laaa.. Cari kenapa dan mengapa.. Marah kat baby tu , tak de gunanya ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

ARghhhh .. Dia jaga awal… Dia korek telinga bapak dia .. Dia korek hidung mak dia .. Ajak join dia main ! Argghhhh .. Ketensenan benar aihhhhhh .. Hahaha ..

Dah pandai main sangat skang .. Bagi mainan , tamoooo .. Nak cari yang mahal mahal nak dibuat mainan .. Awas ! Anak kecil gini suka benar tengok kabel kabel wayer elektrik .. Haaa… Termasuk Qhaliff ! Memang senantiasa kena jauhkan dari dia ..

Lepas dia tumpahkan , dia corakkan dengan jari jemari dia .. Best , kan ? Mak ayah confirm senyum bangga tengok sambil menjerit suruh buat lagi ..

Hehehe … Apa kes ??? Inilah dia ragam anak kecil yang dulu kita buat kat mak ayah kita .. Jadi , janganlah nak marah sangat kat dia yer ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

Kalau dia sedar dr tdo maka .. siap sedialahhhh utk abiskan tenagaa.. Dah la dok sakit pinggang .. Ni kena perhatikan dia 159% .. Pantang biarkan, tau tau dah dok ketuk tv !!! Remote ??? Redha je laa.

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Hahaha.. Tajuk kejam giler ! Ni gambar hari ni kat gym dan kebetulan kat belakang tu , ada la geng lelaki dok workout gak .. tapi position dia agak .. hurm.. aku tak tau la nak kata seksi ke tak sbb aku jantan .. takkan nak kata tu post seksi lak kan ? Giler ke apa aku ?

Tapi bagi sesetengah perempuan , post gitu seksi .. Gulp .. Yeke ? Hahahaha .. Tak tau lak aku .. Patut la .. er .. Patut apa ???? Er .. Er…

Dasat jugak mata perempuan kan ? Aku post gambar aku , tapi yang diushanya nun dibelakang .. Oh , aku gelapkan gambar ni agar perempuan tak skodeng lelebih .. bahahahha ..

Guwau jer yer .. Jangan maraaa aaa .. Apa apa pun , kita jaga aurat n mata kita .. Kang , ada yang bermadu lak .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Dah g check up tadi untuk 9 bulan .. Berat dia dah 9kg  berbanding last check up dia , er.. sat check buku …7.9kg dan panjangnya , 69cm dan sekarang , 74 cm .. Tak kena cucuk… Setahun nanti umurnya baru kena cucuk ..

Alhamdulillah ..sihat sejahtera dia skang walaupun dah berkali dok tergolek akibat nak merangkak dengan cepat .. hahaha .. Nangis jap je ..pastu buat semula ..

Makan ? Dah kurang sangat nak makan sbb main lebih ! Tapi bila suap , nganga je dia .. hehe .. Kalau nak bagi makan kat dia , bagi time dia baru bangun tidur .. Masa tu mmg selera ..

Berak ? Kalau bagi oats campur dengan kurma/sayur/buah .. pasti dia berak dengan comelnya . Kalau makan potato saja , mmg meraung la beraknya .. huhu.. Kesat kata wife ..

Kesimpulan , 9 bulan ni mmg buat aku kerja keras jaga dia .. Dan pastinya , mmg aku dah kena kerja keras .. Camana nak tambah zuriat neh ? Huhu .. Er , orang lain boleh , nape aku tak kan ? Hurm.. hurmm..hurmmm

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

-iklan-

image

VITAMIN C

  • Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat.
  • Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. 
  • Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
  • Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.
  • Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" .
  • Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.
  • KEKURANGAN
    Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan :
    -Lemah badan.
    -Sakit-sakit dan sengal badan.
    -Bengkak gusi.
    -Hidung berdarah.
    -Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
    -Anemia


KOLAGEN

  • Kolagen adalah sejenis protein yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain seperti kulit, otot, tendon, tulang, urat, organ dalaman serta terdapat dalam gigi.
  • Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan kekelatan badan.Kolagen bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal.
  • Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.
  • Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.


PMCVC-Pure Marine Collagen Plus Vit C by FELLINA

Kenapa Vitamin C plus Pure Collagen by Felinna Beauty sangat hebat.. Gabungan 4 dalam 1 kapsul..ianya mengandungi bahan-bahan yg terbukti berkesan sebagai agen pencerahan,anti penuaan, pembasmi masalah kulit seperti jerawat,jeragat,bintik hitam malam membantu menjadikan kulit sehalus bayi secara keseluruhan badan bukan muka sahaja!
Bahan2 :
-Kolagen marin
-Extract gluta
-Vitamin C
-Estrak Citrus


Jadi bagi anda yang berminat mencuba dan ingin mendapatkan secara COD PMCVC-Pure Marine Collagen Plus Vit C dan inchloss dengan harga promosi adalah seperti berikut :
Harga promosi :
- 2 Inchloss = RM130
- 2 Vit C(PMCVC) = RM140
- 1 Inchloss + 1 PMCVC = RM130
*excl postage


Promosi sah sehingga 31/12/2012.
Pm@sms@watsapp 019-3821512

COD area KL & Selangor..tempat lain poslaju termasuk Sabah & Sarawak

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Jap lagi nak g klinik.. Nak cucuk si Qhaliff .. Besar dah dia nih .. Dah leh gumpal gumpal dah .. Hehehe .. Memang betul la kata otai otai ..

Bila dah masuk 8-9 bulan , mmg best main ngan budak .. Susah nak menangis sebab dok lasak .. hahaha .. Jatuh ? Jangan cakap laa.. Ni dah sibuk nak berpaut untuk berjalan …

Sakit perut dari tadi ni .. Tamo tdo diaa .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Terkedu gak aku memula .. Biar betul ??? Apakah deco deco bersama ERIC CANTONA ??? Oh tidak .. Aku gosok mata aku dengan seterika ..

Ternyata email itu tidak membohongi aku .. Gulp .. Kemudian aku bagi no whatsapp aku untuk perbincangan dengan lebih lanjut .. Dan .. dan ..

Katanya .. katanyaa … huhu .. Tunggu nanti aku bincang dengan syarikat tu , apa ceritanya .. baru aku cerita noooo .. hehe .. Kang over excited , malu aku .. hahahha ..

Tapi kalau dia sponsor satu rumah .. pergh.. merdeka day aku wehhh .. Memang nak sangat la kan .. Ni rumah kosong je lagi.. abis dengan renovate rumah je dah berapa .. Tak sempat nak beli barang lain ..

Rezeki Qhaliff untuk rumah baru.. Ni yang nak tambah anak lagi .. Kot  dapat sponsor kereta atau sponsor bini baru .. Eh , tersasul lak .. Hahaha .. Kang wife dapat sms dari kawan dia lak .. hahahha ..

Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

 

Nama dia ? Heheeh ...Qhalisya ?? Tak .. tungguuu dpt adik pompuan , baru tau ..

Ni hasil kerja mak dia yer..Jangan tgk aku.. Kalau aku yang buat , aku pakaikan gincu n bedak lagi kooo..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

Adoi.. pandai pulak kaku terus kat dalam tu .. hahaha.. Haih ..

Tak sampai seminit , berpuluh keje dia buat sambil membebel ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Heheeh … Tak perasankah anda sedang membawa ‘emas’ ke sana sini ? Jangan ingat telefon anda itu sekadar telefon .. Haaa .. Jangan lupa yang anda dah install macam macam dalam tu.. Bila dah kena curi , secara automatik  semua hak peribadi anda dalam keadaan bahaya !

Dalam Mstar Online hari ni ada artikal pasal ni .. Hurmm .. Dok pk , nak copy paste atau korang je g sana ? Sure korang malas nak klik atau buang bandwith korang je kan ? Hehehe .. Ok , aku copy je la eh ?

“ Populariti yang semakin meningkat terhadap telefon pintar menjadikan gajet itu sesuatu yang paling dicari.

Walaupun tidak ada sindiket yang mensasarkan khusus kepada telefon pintar, tetapi peningkatan bilangan pengguna telefon itu bermakna lebih banyak peluang bagi penjenayah untuk merampas gajet berkenaan.

Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pengguna telefon pintar membuat ia mudah untuk penjenayah tampil di belakang dan merampanya.

"Menjadi kebiasaan bagi orang ramai berjalan dan bercakap di telefon mereka. Dengan ketagihan terhadap aplikasi dan mesej yang memudahkan, peranti ini menghilangkan fokus pengguna, membuat mereka menjadi mangsa kepada penjenayah," katanya, sambil menambah bahawa sesetengah pengguna suka untuk menunjuk-nunjuk telefon mereka di atas meja di kafe sebagai “simbol status”.

Ku berkata, mana-mana telefon sama ada telefon pintar atau tidak, akan menjadi sasaran untuk penjenayah sekiranya ia digunakan tanpa berhati-hati dan berwaspada.

Di New York, rekod polis menunjukkan bahawa lebih daripada 40% daripada semua rompakan kini melibatkan telefon bimbit manakala di Los Angeles, mereka mencakupi lebih daripada satu perempat kecurian bandar.

Polis Malaysia tidak mempunyai statistik mengenai bilangan kecurian yang melibatkan telefon bimbit atau rompakan daripada 22.929 kes jenayah jalanan yang dilaporkan pada tahun lepas.

Jenayah jalanan di Malaysia datang di bawah klasifikasi curi ragut, samun dan samun berkumpulan tanpa senjata api.

Berdasarkan kaji selidik baru-baru ini, pemilikan dan penggunaan telefon pintar dijangka mencapai kemuncaknya paling tinggi di Malaysia tahun depan.

Kajian Nielsen diterbitkan pada Mei menunjukkan bahawa kadar penembusan telefon pintar adalah pada 27% pada suku pertama tahun ini, dengan 36% daripada pengguna telefon bimbit di antara umur 25 dan 34 memiliki telefon pintar.

Ia mendedahkan bahawa 79% pengguna telefon bimbit mungkin menaik taraf alat-alat mereka, merancang untuk membeli telefon pintar.

Salah seorang mangsa, wartawan foto Low Lay phon berkata, dia bergegas dari satu tugasan kepada yang lain dan bercakap di telefon sepanjang Jalan Putra di Kuala Lumpur apabila penunggang motosikal merampas Galaxy Note yang baru digunakan selama empat bulan.

"Saya sedang berjalan di atas pembahagi jalan kira-kira pukul 11 pagi apabila dia menunggang dan merampas telefon bimbit saya.

"Saya menjerit kepadanya tetapi dia terus memecut laju," katanya, mengingatkan kejadian yang berlaku pada Mei lalu.

"Apabila saya memberitahu kawan-kawan saya mengenainya, mengejutkan bahawa lebih ramai bercerita tentang bagaimana telefon mereka telah merampas dalam insiden yang seperti itu," katanya.

Seorang rakan yang sedang bercakap di telefon di dalam keretanya yang diletakkan di tepi jalan dan tingkap keretanya dipecahkan dan telefonnya dirampas manakala seorang lagi dirampas telefon pintar ketika sedang bercakap di dalam kereta di tempat letak kereta.

Low sejak itu tidak lagi bercakap di telefon ketika berjalan di jalanan.

"Malah jika telefon saya berdering apabila saya berjalan, saya hanya akan menelefo panggilan itu kembali apabila saya di tempat yang selamat," katanya. “ – Mstar Online ..

 

Baca dah ? Jadi , hati-hatilah yer ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

-IKLAN-

Gambar Sebelum: Masa ni saya belum consume Shaklee Collagen Powder.

  • Kulit BERMINYAK,
  • JERAGAT berkeping,
  • Muka TAK BERMAYA,
  • Kulit TAK ANJAL, Kulit KASAR,
  • one kulit TAK SEKATA-GELAP,
  • Kulit BURN,
  • Kulit GLOWING & banyak lagi...

Gambar Selepas: Setelah 36 sachet = 36 hari consume Shaklee Collagen Powder secara KONSISTEN.

  • Kulit dah TAK BERMINYAK
  • Jeragat dah FADED
  • Muka nampak BERTENAGA & CERIA.
  • Kulit LEMBUT & MULUS.
  • Tone kulit SEKATA & CERAH.
  • Kulit dah TAK BURN bila berpanas.
  • Kulit ANJAL...toing-toing...hihi..banyak lagi...


TAK RUGI saya melabur untuk kesihatan DALAMAN & LUARAN...Bonus sy dapat kulit saya makin ok....nampak perbezaan gambar sebelum dan selepas? Gambar sebelum sy nampak agak BERUMUR kan?? Nampak tak gambar sebelah dah awet muda? Agak2 berapa umur saya??..hihi

PROMO Shaklee Collagen Powder masih berlangsung.
Ada berbaki 7 hari lg.

Berminat nak order boleh PM/sms/whatsapps ke 013-9337697 untuk dapatkan HARGA KEBABOM sempena PROMO DEC ni.
Ok..ni sy nak share testimonial sendiri...

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes