BEN ASHAARI



 

Ada yang ingat aku baru beli.. Idok lerrrr teman aihh .. Mana ada duit .. Kalau ada duit , lama dah sambar ultrabook windows 8 tu haaa… Touch screen kooo ..

ViAo aku ni , lama dah beli. Rasanya tahun 2011 kot .. Tapi jarang pakai sebab dapat ultrabook free tapi dah hilang .. hahaha .. Sedih ? Redha jeee ..

Pinkkah ? Idok ler .. Meroon 5 gitu .. Tapi kekadang nampak pink  .. Atau hijau.. Kira macam mengkarung gak la.. Kalau orang yang guna tu warna purple, automatik dia tukar color purple.. Tak caya ? Seriussss !! Jangan percaya .. aku tipu ..

Netbook ni .. mmg comel la sejak kewujudannya tapi kecomelanya telah dinodai oleh .. hurmm ..

Kenal tak tangan tu ? Tembam tembam ? Mcm tangan Mat Gebu kooo .. Haaa… Mesti teror masak ! Kalau tak teror masak , mesti teror makan !

Apakah yang budak tecik ni dah buat kat netbook aku yang dibeli dengan duit blog tu ??

Yearghhh .. Rongak dah kan ? Skang Qhaliff bercita cita nak patahkan skrin netbook ni ! Memang dia dok attack bila aku wat kerja .. Selain tu , nak korek korek semua huruf yang ada di keyboard !

Gud luck Qhaliff ! Hehe.. cari alasan nak sambar yang latest.. lalalalla …

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

  

Dulu kan , kalau ada budak kecik datang rumah aku kan pastu buat sepah .. confirm aku giler jap ! Hahahha .. Bukan la tak memahami tapi tak tau .. Maklumlah budak .. Kita yang takde anak , tak tau apa apa langsung kecuali cara buat anak .. haaa.. Part nak jaga , tu ramai tak kisah .. Serah kat mak bapak ..

Selepas ‘belajar’ dari orang tua ,bacaan ringkas  , rakan rakan termasuk di dunia maya , barulah aku memahami kenapa dan mengapa mereka begitu .. hehehe ..

Jawapannya ialah .. BELAJAR ! Itulah cara kita belajar sewaktu kita kecil dulu .. Dengan cara begitu , kita tau akan sesuatu perkara .Sebab tu budak tau apa yang boleh dikoyakkan dan apa tak boleh dikoyakkan .. Sebab diorang dah tau .. hehe..

Alhamdulillah .. Qhaliff dah belajar banyak perkara antaranya bila aku sebut 1,2,3 dia akan mula melangkah .. Bila suruh kiss pipi , dia akan buat dan juga melambai .. Dalam kereta ? Jangan cakap laaaa .. Dah tau nak bukak pintu okeh ! Sangat merbahaya ..

Dan pagar dia sampai dah .. hehee..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Photo

Dia standby kat mak dia .. Tengok aku .. pastu wat wat lari .. konon nak aku kejar .. Ok .. Tu signalnya yg dia nak tidur .. hehehe .. Maka penuntup tugas untuk malam ini ialah melayan dia main hingga dia penat ..

Tak lama pun .. Dalam 10-15 minit gak la kalau nak kasi dia lena .. Macam semalam , dia jaga kul 4 pagi pastu kejut aku.. Beria ria dia kejutkan aku dengan tepuk lengan aku.

Aku sedar tapi wat tak tau jer.. Korang tau apa dia buat ?? Dia mula korek bijik mata aku , hidung aku .. telinga aku .. selagi aku tak gigit dia , selagi tu dia buat ..

Dan dia berjaya ! Memang aku ngantuk giler hasil kurang tidur ! Huh .. Tuuuu .. Baru tidur ! Selepas puas menjerit ‘ketakutan’ ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

-iklan-

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET

Ini dia PROMO JANUARI: Buy 6 FREE 1...

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT)

Sangat sesuai bagi mereka yang tgh mencari supplemen untuk Ayah, Ibu, Mertua, Datuk & Nenek tersayang. Untuk MEMELIHARA KESELESAAN SENDI mereka moga mereka dapat menjalankan aktiviti seharian TANPA BATASAN. Ramai yang belikan untuk Ayah & Mak semasa menunaikan HAJI supaya mereka boleh beribadat dengan lancar di TANAH SUCI.

Masalah sendi bukan sahaja menyerang orang-orang yang berusia sahaja. Malah ada yang belum pun mencapai umur 40-an telah mengalami masalah sendi seperti sakit lutut dan GOUT.

Jom kita tgk 5 golongan yang BERISIKO mengalami penyakit sendi:

1. Pemain bola sepak atau atlet yang terlibat dengan sukan yang banyak menggunakan lutut seperti lumba lari, ragbi dan banyak lg.

2. Individu yang mengalami obesiti.

3. Individu yang mempunyai masalah lemah otot peha sejak kecil.

4. Individu yg sudah berusia.

5. Individu yang sering mengangkat barang-barang yang sangat berat. (Buat kerja berat).

Amalan supplemen AJHT ni akan memberikan keselesaan sendi yang berpanjangan dan juga mengelakkan serangan sakit lutut, GOUT serta penyakit sendi yang lain di waktu berusia nt. Mencegah lebih BAIK dari merawat.

Harga RETAIL: RM124 (semenanjung)/RM130 (sabah/sarawak)
HARGA PROMO LAGI REDAH !

Nak amik 1 botol boleh...2  botol boleh...3 botol boleh...4-5 botol pun boleh.. Kalau nak amik 6 botol lagi jimat sebab FREE 1 botol + postage HANYA RM10. Beli 6 boleh bagi Ayah, Mak, Mertua, Atuk, Nenek serta stok untuk diri sendiri.

Memang BERBALOI!!!...

PM/sms/whatsapps ke 013-9337697 untuk pertanyaan lanjut & juga HARGA HURU HARA LANGGAR DINDING ye ..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

3-4 kali aku dok ulang angkat dia .. Letak jauh jauh , ke situ gak hala tuju dia selagi tak dpt 'rasa' kayu tu !!

Bila sorokkan.. baru tak g dah..Pandai alihkan pandangan betul dak nii.. Byk akal..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Makan ok.. susu ok .. Tak meragam..Tdo , lebey .. Tak nangis.. Tp kerap berak .. hurmm ..

Nak tumbuh gigikah ? Apa apa , tanya pada pakar jap lagi ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Ok .. laptop aku dah dia belasah .. Hp holder dlm kereta tu pon dah dia cungkil .. Dan yg terbaru , test merobohkan tempat sangkut baju !

Tak pe.. daddy sabar ... Sabaaarrrrr...

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

image

Bila ada anak ni , apa saja yang berkaitan dengan baby pasti membuatkan aku rasa sebak .. Yelah , tau camana perasaannya bila melibatkan baby ..

Dalam Harian Metro hari ni ,ada kisah lagi bayi dibuang . Nasib baik la ada hamba Allah yang jumpa dan selamatkan .. Kalau tak ? Haihhhh .. Apa punya akal da manusia tu ..

Semalam , kawan blogger ada tinggalkan mesej kat aku bagitau anaknya yang masih kecil ditampar oleh pengasuh di pusat jagaan dan dia dah buat laporan polis mengenainya .. Ada dia kongsikan ceritanya dalam blog .. Baca kat SINI ..

Manusia yang dah besar besar ni terlupa asal usul mereka .. Kita ni asal dari bayi dan kembali jadi ‘bayi’ ..  Dan bila kembali jadi ‘bayi’ masa tu , tau la langit tinggi ke rendah ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Mak dia panggil .. Dia wat dek .. Tutup lampu .. dia wat dek .. Asik dengan cenel Baby First dia .. Tutup tv , baru merangkak mai .. Amboi.. Tapi takmo tidur lagi.. Dok nak ajak main ..

Bila aku balik .. senyum ceria dia .. Aku bukak laptop , dia merangkak mai.. Ooo.. cari pasai nii .. Aku tau apa dia nak .. Aku ‘hambat’ dia.. Beria dia merangkak melarikan diri ke mak dia.. Siap panjat badan mak dia tu haaa ..

Pastu datang lagi.. Memang nak kena gigit dia niiiii .. Memang kena ponn .. Berulang kali dia ‘provoke’ aku gitu hinggalah dia tercungap cungap tak nak main dah dan mintak ‘susu’ kat ibu dia ..

Pastu lena.. Huhu .. Betuilah kata otai .. Baby bila dah 9 bulan ni , mmg best main ngan dia .. huhu … Pasni … dia besar dah .. Standby sorang lagi..

Hahahaha…

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Wow .. Aku nak letak gambar gambar sebelum ni , segan lak .. hahaha .. Aku letak je la gambar terbaru tahun ni tapi kira menjadi tahun lepas laa ..

OK.. aku mulakan dari 2013 dengan size gini .. Apakah akan terjadi di penghujung tahun ? Azam , nak kasi comel skit lagi untuk raya .. Pakai baju raya pon mesti nampak .. hehe .. hehe .. Kang kata perasan lak .. hahaha ..

Haaa.. Nak kasi kemas skit cam ni laa .. Hehehe… Ada tips dia kalau nak cepat .. huhu .. Tahun lepas .. Hurmm ..

Tahun ni lak camana ? Jeng jeng jeng .. Apakah berhasil ? Huhu.. Jom tengok gambar gambar sebelum ni .. Klik SINI

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Merujuk ke entri Qhaliff bakal dipenjara janji ? ..Kalau dok angkut dia 24 jam .. jawapnya blog aku ,tarantula mai lepak laaa .. mmg jadi sarang dia nanti ler ..

Tak larat nak angkat Qhaliff berulang kali.. kalau dibiarkan, tu laaa  ( rujuk gambar ) jawapannnya..  Bkn tknk dia xplore tp dia explore serupa Star Trek punya crew yg explore ke galaksi lain haaa.. Risau dia jumpa makhluk asing yg ganaihh jer..

Aku akan pindah abis bulan ni. Pasni tv letak atas kabinet la.. bukan atas lantai tu haa .. Ni rumah tumpangan je .. hehe..

Sebelum ada yg komen , Qhaliff dpn tv tu hanya utk beberapa saat dan resolution tv tu mmg tak tinggi .. InshaAllah, mata ok ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Tak laa.. 'kurung' dlm tu jer .. Kata wife , dia dah tempah satu utk Qhaliff .. Esok dpt..

Kalau ada , ok la skit .. Takde la nak mengejar dia sangat .. hehehe..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

 

Infomasi kata bawah ni nanti  aku amik dari web BabyCenter yang banyak membantu aku mengenali Qhaliff , secara tidak langsung .. hehe .. Bagus sebenarnya laman web BabyCenter ni ..

Ok , Qhaliff dah masuk 9 bulan .. Apakah yang patut aku tau sebelum aku berpura pura tahu apatah lagi Qhaliff dah kerap dok tergolek pastu nangis sblm kembali ketawa. Hurmm.. Apakah itu normal ?

Kena cari jawapan agar mak bapak tak bergaduh dok tuding jari sapa yang bersalah ! Hahahaha ..

Hampir berjalan

Bayi anda semakin hampir untuk berjalansepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!).

Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.)

Menyediakan rumah anda supaya selamat untuk kanak-kanak adalah suatu kemestian sekarang. Anda boleh mulakan dengan meletakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi -- selalunya bayi suka bermain dengannya.

Kasut? Belum lagi

Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu. Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya.

Bermain dan belajar

Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan.

Jika anda mengambil alat mainan daripadanya, selalunya bayi anda yang semakin mendesak akan membantah. Dia akan mula menunjukkan apa yang dia perlu dan mahukan.

Kira-kira separuh daripada bayi yang berusia sembilan bulan akan memulakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.

Menangani pemisahan

Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama.

Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri.

Cuba untuk membuat perjalanan

Ini merupakan usia yang sukar untuk membuat perjalanan dengan bayi anda. Bayi anda menyukai perkara yang boleh dijangka dan perjalanan akan menganggu rutinnya. Jika anda membuat perjalanan, bersiap sedialah untuk berhadapan dengan anak anda yang perengus dan suka berkepit dengan anda. Sediakan pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya -- buku bergambar, alat mainan yang membuat bunyi bising dan lebih penting lagi, objek sekuritinya. Dan jika dia menggunakan puting, lebih baik jika anda membawanya bersama: selalunya ia tidak dapat dijumpai semasa anda amat memerlukannya.

Pemahaman bahasa

Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.)

Pada usia ini, bayi anda masih lebih memahami tona suara anda daripada perkataan sebenar yang anda gunakan. Lebih banyak anda bercakap dengannya – semasa menyediakan makan malam, memandu atau bersiap – lebih banyak yang dipelajari oleh bayi anda mengenai komunikasi. Malah, satu kajian mendapati bahawa peramal paling baik mengenai kebijaksaannya di masa hadapan ialah jumlah perkataan yang didengarinya setiap hari. Sudah tentu, perbualan dan masa yang diluangkan semasa menonton TV tidak boleh diambil kira – untuk membantu pemahaman bayi anda, dia mesti mendengar perkataan dan bahasa yang digunakan secara interaktif.

Pada usia sembilan bulan, bayi mula memahami perkataan "tidak" tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap.

Sumber : BabyCenter

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Aku ingatkan menda menda gini hanya berlaku di luar negara .. Rupanya ada juga berlaku disekeliling kita .. Hurm.. Pengaruh tv atau filem ? Perghh.. cepat benar menuding jari eh ?

Bila difikir fikir .. hurmm .. penat gak nak fikir eh ? Tapi kena gak fikir sbb kita ada anak .. Yang takde anak tu , inshaAllah .. Anak anak ni , mudah benar ikut perasaan . Bila merajuk , ada saja menda yang dia nak buat .. Idea , byk datang dari tv .. atau pengaruh persekitaran . Yelah , kalau ada batu belah batu bertangkup , rasanya berapa ramai dah pelajar bunuh diri terutama gagal dapat keputusan cemerlang dalam ujian .. atau si ayah yang bunuh diri sbb tak dapat nikah lagi mahupn si ibu yang bunuh diri sbb bermadu .. hehe.. Nak gak selit bab madu tuuu ..

Buat adik adik .. fikir panjang sebelum buat satu satu tindakan . Menyesal sekarang berguna .. Dah mati , baru nak menyesal .. tak guna dik oii.. Sapa kata mati tu senang .. PErghhh .. Dah sedia ke nak berdepan dengan azab kubur tu ?

Mak ayah .. pujuklah anak tu baik baik .. Jangan terlalu ajar bagi privasi sangat .. Selagi mereka dalam jagaan kita , takde istilah privasi cam omputih tu haaa.. Lindungi bukan mengongkong .. Kawal bukan tak percaya .. Sehingga benar terbukti mampu berdikari , baru mak ayah biar anaknya berlari sendiri ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Pipi .. sama size walaupun umur berbeza dan hakcipta berlainan … Hehehe.. Tu laaa sepupu Qhaliff yang suka benar cakap ngan Qhaliff dalam bahasa itik ayam mereka ..

Penat kalau datang umah mak aku ni tp aku nak gak datang .. Penat nak layan karenah budak budak.. Yg ada sorang ni pon dah bikin aku tak cukup nafas haaa ..

Tapi tu la.. walaupun tak cukup nafas , diorng ni la penyeri hidup kita .. Kalau tak tengok muka sejam , dah rindu .. kan kan ?  Tak kira la anak buah ke.. anak sendiri ke .. kalau dah rapat ngan kita .. hurmm .. mmg payah la nak berpisah ..

Hurm.. kena perati gak diorang gak ni bila bermain .. Maklumlah , yang sorang tu telan apa saja bila ada menda kat tangan .. huhu .. Tak cukup rehat wehh … Bila ada masa free , update blog lak ..

Mudah kan jadi suri rumah ni .. Mudah laaaaa sangat haaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Maunya tak sedap sampai anak pontianak pon sanggup amik dadah padahal sebelum ni dok amik darah..

Oooo.. baru perasan.. DARAH tukar ke DADAH .. Kiranya takde la mangsa eh ? Adehhh .. Apa punya turrr daaa ..

Tertanya gak aku .. Apa yg best sgt dadah ni ? Rasanya kalau amik dadah ni , satu menda pon tak leh nak buat sbb dah khayal.. apatah lg solat kan?

Bawak bawak insaf laa..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Nasi lemak ? Roti canai ? Bihun goreng ?  Nasi kerani ? Jangan mimpi ler .. hehe ..Oats .. bubur .. roti ...dan skang dah bagi kuning telur rebus ..

Makan ke dia semua tu ? Baka bapak dia.. Nganga jer.. Tak sedap ke ? Komplen je kat blog bila dah pandai menaip nanti yer .. huhu..

Dan lepas mkn , kerja aku ialah .. ikut dia merangkak .. Kegemaran dia , ketuk tv baru aku tuuuuuu..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

9 bulan dah usia dia .. Genap 9 bulan .. Dan 9 bulan ni , dia dah tau macam macam .. Dia tau nama dia MUHAMMAD QHALIFF IMAN … Dia tau sapa ibu dia .. Dia kenal sapa ayah dia .. Banyak dah dia kenal .. Nak taip satu satu , tertidur korang .. huhu ..

Tapi yang tak bestnya , dia dah kenal bila daddy dia marah .. Hurm.. Secara automatik dia akan diam .. Dan terus merajuk.. Bukanlah daddy dia marah kat dia .. Budak apa tau kan ? Hehehe ..

Perkara begini , patut dielakkan berlaku depan anak kecik kita. Mereka belajar .. Mereka melihat .. Secara tidak langsung membentuk peribadi mereka sendiri ..

Yup .. kena ubah.. Tak kira sapa pun , elakkan sifat sifat negatif disekeliling bayi atau anak kecil .. Mereka sedang membesar bagai johan .. Tamo naib johan .. Kita pastikan mereka jadi johan !

Hurm.. Nampak mudah , tapi sukar .. Kena belajar mengawal diri ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

 

Pandang betul betul .. Nampak melucahkan tak gambar tu ? Kan ? Haaa.. aku tau dah .. Kalau dipandang dari sudut otak kotor , lembu pakaikan skirt pon nampak menghairahkan .. kan ?

Kita ada akal .. Guna .. Jangan taruk kat kepala lutut pastu guna kepala lutut taruk kat otak untuk berfikir .. Mudah kan ? Akal yang ada di otak  tu , gunakan semaksima yang boleh .. Dan hasilnya , walaahh .. Tapi perlu ingat , setiap analisa perlu seiring dengan ilmu. Jangan main ‘pikiaq ikut dan  ‘ je kata mak aku ..

Itulah yang terjadi pada sahabat baik aku aka jiran  aku awal tahun ni .. Mungkin ada yang mintak fikir secara positif dan ada yang suruh buka minda. Tapi kalau kena kat batang hidung kita sendiri , bolehkan kita terima ? Apatah lagi perbandingan tersebut amatlah tidak adil sama sekali ..

Dan kita sendiri , perlu bertindak dengan bijaksana .. Kematangan fikiran akan menentukan siapakah kita sebenarnya . Mungkin pengalaman sedikit sebanyak membantu kita dalam membuat keputusan.

Apa pun , tepuk dada sendiri tanya selera sendiri. Jangan gatal nak gi tepuk dada anak dara lak ! Kang tak pasal pasal , tanya selera warden penjara ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Tujuan aku ke rumah mak aku adalah untuk Qhaliff bergaul dengan sepupu sepupu dia .. Kira nak kasi dia bersosial dengan cara selamat .. Tak la terkejut nanti .. Hehehe ..

Tapi , disebabkan sesi persekolah dan bermula … maka … maka .. Aku kena jaga kesemua budak budak kecik tu termasuk Qhaliff ! Ingatkan dapat la buat kerja dengan tenang bila letak sini tapi .. hahahaha..

Namun segalanya dah jadi ok bila ada wifi maxis ni haaa .. Bila mak aku balik , dia leh tengokkan budak budak tu jap dan aku pun leh update blog jap .. hehe ..

Hehe .. Dah leh bukak taska dah aku ni .. Tapi .. tapi .. tapi .. aku tak sanggup .. huhu .. Tak sanggup woooo .. Respek kat ibu yang berjaya membesarkan anak mereka yang ramai ramai tu … Dan berjaya menjadi ‘manusia’ ..

Menda alah kat atas ni lak , kalau digunakan disaat genting , mmg berbaloi .. Heheh .. Kalau tak , hp aku sendiri pon ok dah .. hehehe .. Apa pun setiap menda ada kelebihan dan kekurangan .. cam kita gak .. kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Amboii .. Kalau mak aku ada rumah , senang benar Qhaliff tidur dalam buaian tuuu .. Aku try gak tidurkan dia dlm buaian tu tp tamo malah siap dia 'membebel' dlm tu Haaaa ..

Putus ada nak tidurkan dia .. Serah kat 'otai' .. Tak sampai 10 minit , lenaaaaa..'. Huwaaaa...

Skang , aku kat umah mak aku.. Bekalan air sini , terputus. Jadi , guna je mana mana bekalan yang ada .. Semua ni , mengimbas kembali zaman persekolahan aku.. Camni la jugak.. Air taraakk..

Dan Qhaliff .. air ada ke takde ,lena tetap lenaaaa ... nanti besar , baru dia tau kehidupan di dunia ini ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Apa jadi pada anak anak bila kedua ibu bapa mereka bercerai ? Hurm.. Anak anak jadi mangsa ?

Mungkin ada yg fikir cukuplah dgn nafkah susu  makan , pakaian mereka.. Lepas dah tanggungjawab bila dah bercerai..

Camana dengan pendidikan anak anak itu ? Tunggu cukup tahun , hantar je ke sekolah kerajaan.. Apakah yang terjadi ? Anak anak lain , dah disediakan dgn asas sblm sekolah bermula tp anak malang itu , terkontang kantinglah dia melainkan penjaganya mengambil berat ..

Kalau ibu yang jaga , maka seronolah bekas suaminya.Sesekali je amik utk lepaskan rindu pastu serah semula.. Bab lain, cukup bulan bagi duit.. Tu je ??

Bercinta , mmg best .. apatah lagi tak kira dah status atau pangkat .. Bab duit semua , tolak tepi.. Yang penting hati !! Yang penting , hati jangan dicalari !!

Hurmmm .. Manusia dan hati ... Pernah dgr org kata .. Ikut hati , mati .. Fikirkan sebelum buat keputusan utk masa depan..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Ada yang tanya kat aku bila aku dok sebut pasal madu .. “ Camana rasa suami bila isteri boleh madukan mereka ?? “ ..

Rasa apa ? Rasa apa ehh .. Rasa nak gelak , boleh ??

image

Hehehe .. Pelik ? Tak aihhh .. Ramai dah teringin nak memadukan suami mereka .. Cuma tak jumpa jalan lagi.. Jalan yang ada sekarang ni pon , cuma jalan ke neraka jer ..

Hehehe.. Laki madukan isteri mereka ? Boleh ? Halaall .. lallaala..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Waahhh .. rindu giler dengan ucapan tuu.. Masuk tahun ni dah , er… bertahun tahun lamanya aku tinggalkan profesion perguruan .. Eceh .. Profesion la sangat .. Hahahaha ..

Walaupun sekadar guru sandaran , bakti mereka ni janganlah diperkecilkan . Kalau takde guru sandaran , guru tetap ni merana wooo .. Nak cuti pon susah .. Nak mc pon perit .. Yelah , sapa nak jaga kelas mereka. Guru tetap yang sedia ada pun dah penuh jadual harian mereka .. Nak suruh guru besar ? Mimpi laaa.. Zaman aku dulu je guru besar rajin nak ganti guru kecik ni haaa.. Zaman ni , susah dahh nk jumpaa..

Guru , adalah antara pekerjaan yang mulia.Sapa sapa saja leh apply jadi guru.. Sapa saja layak jadi guru tapi berapa ramai yg benar benar bergelar guru ? Tak ramai ok !! Hanya mereka yang bergelar guru saja tau akan hakikat itu ..

Apa pun , hari ini hari pertama persekolah sesi 2013 .. Buat guru guru yang baru mula mengajar , selamat bertugas . Buat guru guru yang dah lama , sila beri tunjuk ajar pada junior dan buat pelajar pelajar , sila ambil kesempatan ini untuk membalas jasa kedua ibu bapa anda dengan menjadi anak yang cemerlang dan juga buat diri sendiri agar punya masa depan yang gemilang ..

Perghh.. aku macam bagi ucapan kat perhimpunan lak .. Hahahah ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Akhirnya . bas mak aku dapat juga permit untuk setahun lagi .. Ok la tu dari tersadai begitu saja .. Nak dapat tu pun bukan senang .. Berkali gak la keluar masuk tempat tu haaa .. Alhamdulillah ..

Isu terdahulu .. baca kat SINI ..

 

Penuh nostalgia bas ni , ok !! Aku membesar dengan rezeki dari bas ni .. Bas ni laaa bas pertama yang telah dibeli oleh bapak aku ! Haaa.. Dari bas ni laa dapat beli bas bas yang lain .. Eceh , macam banyak sangat je bas .. hehe.. Dan bas ni laaa banyak awek cun aku cuci mata setiap pagi .. Ramai wooo .. hahaha ..

Alhamdulillah .. esok beroperasi dan berkhidmat lagi bas ni untuk antar pelajar pelajar sekolah terutama yang sekolah rendah , awal pagi esok .. hehe ..

Teringat zaman sekolah dulu .. huhu .. Sedar sedar , dah nak masuk 40 dah umur aku .. Huwaaaaa.. tua dah aku walaupun kacak tetap ada !!

Sekali lagi , terima kasih pada SPAD dan anda juga ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Nak letak gambar dia .. tamo kasi .. huhu.. Letak ,  je la gambar Qhaliff .. Hehe..

Belanja kek je la noo .. Mama Qhaliff tamo menda lain .. Er , tudung Ariani dia mau .. hehehe ..

Nak belikan hp, tamo diaa .. huhu ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Hahahahaha...Dah tak leh nak g main kat tangga dah diaa.. hahahaha.. Suka sangat nak g sanaa .. hehehe..

Kejam gile bapak dia kan ? Utk kebaikkan dia gak.. Kang tersembam kat tangga tu .. Haaaa ..

Aku kepung dia ngan sofa .. tengah tengah letak tilam .. Lalala..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Dari Mstar Online ..

“Baru-baru ni saya bermimpi mengenai hari kiamat. Dalam mimpi itu, saya menuju ke masjid dan secara tiba-tiba ada banyak batu jatuh dari langit.

“Saya sangat takut dan terus mencari mama tetapi mama tiada. Ahli keluarga yang lain juga tidak ada. Apabila tersedar saya terus mencari mama dan menangis.

“Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi mengenai hari kiamat,”

Pelakon remaja Ezlisa Loy berkata dia menerima hidayah untuk bertudung mulai awal Disember lalu selepas beberapa kali mengalami mimpi mengenai hari kiamat.

Pemilik nama sebenar Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 17, ini berkata, perkara itu sudah lama dipertimbangkan sejak setahun yang lalu dan dia bertekad untuk berhijrah kerana berasa takut dengan mimpi serupa yang dialaminya secara berulang-kali.

 

Alhamdulillah .. pelan pelan ye dik .. Jangan sekadar bertudung je ..  Tahniah ..

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Kata-kata puitus ? Heheh .. Korang tak yah la tau .. Nanti aku bisikkan je di telinganya .. Auwww.. Romantik ? Haaa.. Tunggu apa lagi , nikah laa tahun ni .. Asyik dok dating jer.. Berkarat dah hati tuuu..

Buat isteri tercinta , rakan rakan yang menyambut hari lahir pada hari ini , selamat hari lahir . Tingkatkan amalan seiring dengan usia kita ..

Semoga dimurahkan rezeki (tambah baby tahun ni ) dan juga diberkati Allah .. Amin ..

Dan selamat menyambut tahun baru .. 2013 ..

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes