BEN ASHAARI



 

Tak nak kata apa dah .. Ikut dah sana sini .. Dikurung , kata kejam .. Didukung kata tak ajar anak .. Dimanja , budak naik kepala.. Camana lagi ? Nak tak nak , biarlah dia jadi manusia biasa ..

Semalam gi IKEA , beli dah pelindung bucu ni .. Semua bucu kat dalam rumah dah letak untuk elakkan kemalangan tak diundang .. hurmm..

Tapi nak kata apa dah .. Tak kena kat situ , kena tang lain pulak .. adeh ..

Gara-gara merangkak pastu pegang kaki meja makan .. Tak kuat kot pegangan dia , zasss .. Tu la kesannya .. Jangan kata tak pantau lak .. Penat dok ikut. Pegang dia , dia nangis .. lepas , dia gembira .. Nak kata apa ? Dukung jer ?

Tak pe.. Kalau tak jatuh , camana nak berlari kan ? Sebahagian dari pembelajaran kehidupan. Kena terima , inilah hitam putih perjalanan hidup kita..

Sekejap je kesan tu. Dah surut pun.. Amik gambar untuk kenangan dia nanti besar .. Tau yang dia lasak waktu kecil dulu. Tak lasak , kita pulak pening .. Hehehe ..

Bak kata wife , aku kena amik kursus stress dan pengurusan risiko ! Pening dengan segala masalah walaupun kecik ! Arghhhh ..

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

-iklan-

Jangan salah sangka hanya orang berusia je yg mengalami sakit sendi, sakit lutut dan semua yg berkaitan sendi. Mitos je tu. Zaman skrg, org muda pun ade tau...jom tgk 5 golongan yang berisiko mengalami penyakit sendi . Klik SINI untuk baca lagi ..

_____________

 

Photo

Ada satu lagi rupa dia ketika nak ‘mujuk’ mak dia untuk datang ambik dia .. Sangatlah .. erm.. mmg tergelak la bila dia wat muka gitu. Belajar dari mana pun tak tau laaa..

Yang nangis ni gara gara aku tak kasi dia gigit kabinet tv tu ha.. Tak  tau la nape suka sangat gi situ . Nak kata cantik ada perasa madu kat situ , tak de la pulak .. Adeh ..

Apakah sbb dia tengok camana abang akak sepupu dia menangis dan gunakan trick tu ke atas orang tuanya ??? Hurmmmmmm …

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Gambar ni aku amik dari page DUNIA KUCING di Facebook.. Apa yang membuatkan aku amik gambar ni disebabkan ‘ceritanya’ yang sangat mengharukan aku. Aku sayangkan kucing .. Cuma tak leh bela sbb wife allergic.

“ nenek ini meminta pihak rumah sakit membenarkan kucingnya menemaninya di rumah sakit. Demi menghabiskan saat-saat akhir tuannya, kucing itu sangat setia menemani tuannya sampai tuannya meninggal dunia... sayangnye si comel pada tuannye.. :') “

Dan ada rakan di situ beritahu kucing itu mati selepas beberapa hari tuanya mati !

Ok .. aku nak kuarkan air mata dah ni ! Teringat kucing siam aku dulu .. Huhu.. Bobby nama dia .. Di saat dia nak mati , dia kerap main depan rumah aku. Padahal susah benar dia nak balik rumah kecuali lapar. Maklumlah , jantan hensem..

Binatang pun setia pada manusia .. Walaupun bukan semua , tapi ada juga boleh ‘fikir’ ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Sejak demam hari tu , ginilah dia tidur . Memula dia tidur atas dada mak dia .. Pastu atas lengan .. kemudian , lone ranger gitu .. Tak lena dia ..

Sewaktu check doktor ari tu , takde pulak doktor suspek cacing . Berat semakin mencecah 10kg ..Tapi menurut mereka yang dah punya ramai anak dan semestinya punya banyak pengalaman , katanya berkemungkinan cacing ..

Dan wife yang gemar mendapatkan infomasi di internet melalui pembacaan untuk meningkatkan lagi ilmu mengenai bayi seterusnya berkongsi dengan aku kata , atas setahun baru boleh bagi ubat cacing..

Sedikit infomasi yang aku jumpa di blog RATUHATI

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :

  1. Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  2. Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
  3. Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
  4. Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
  5. Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
  6. Demam, ruam-ruam badan, alahan
  7. Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)

Apa yang anda perlu buat :

  1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
  2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
  3. Potong kuku pendek
  4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
  5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
  6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
  7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
  8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
  9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

 

Hurm .. merbahayakah cacing ini pada kanak kanak ? Apa kata pakar ? Jeng jeng .. Terpaksa aku copy skit dr blog Dr.Zubaidi Hj. Ahmad.

“ Kadang kala ibu bapa ‘terlepas pandang’ mengenai hal ini. Jangkitan cacing adalah jangkitan parasit yang boleh hidup dalam darah, usus atau organ tubuh.

Cacing akan masuk ke tubuh kanak-kanak apabila mereka termakan telur cacing yang berada dalam makanan. Ini dilakukan secara tidak sengaja apabila mereka membeli makanan-makanan yang dimasak secara tidak sempurna di gerai-gerai.

Telur cacing ini akan menetas di dalam usus kecil. Mereka membesar dengan mendapat zat pemakanan di usus ketika proses penghadaman. Cacing yang dewasa mengawan dan bunting akan bergerak ke usus besar dan rektum. Telur cacing ini akan dikeluarkan melalui najis.

Kanak-kanak yang mengabaikan kebersihan tangan sebelum makan adalah golongan utama yang menjadi mangsa jangkitan parasit cacing. Selain itu cacing juga boleh memasuki tubuh melalui kulit kaki yang terdedah. “.

Nak baca  dengan lebih lanjut , sila ke blog beliau ..

 

Hurm.. Baru tau payah kan nak bela anak kecil ? Jangan lupa , kita dulu pun anak kecil .. Jadi , hargai ibu bapa kita ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

-iklan-

facebook_-327591990

Nak tau dengan lebih lanjut , klik SINI

 

_________________

Masuk ni , dah lebih 60 kali dok angkat dia dan jauhkan dia dari kabinet tv ni .. Aku saja 40 kali .. Selebihnya , mak dia .. Jadi , jangan hairanlah aku kurus skang ni ..

Memang dia nak berdiri.. Tapi kalau nak berdiri saja , tak pe la.. Tapi part ketuk tv LED aku tu yang tak tahan .. Takde la nak marah .. Sayang lagi ada la.. Cuma kesian jela kat tv aku tu .. Tak mampu dah nak beli baru .. Rela guna tv hitam putih jer .. huhu ..

Dah baik demam kot jadi gini ? Dok bebel dan merayau sana sini .. Jap lagi , tak tau laa..

Mengalah.. biar je la dia main dan dipantau oleh mak dia .. Heheh.. Daddy pantau esok je ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Kalau dtg lewat , parking mmg payah nak dapat .. Kena g awal pagi , baru dpt parking dpn pintu .. Hahaha..

Pastu , nak byr ... Kalau hari cuti , mmg memang payah laaaaaa ...Beratur mcm .. Hurm... Salahkan diri sendiri eh ? Sapa suh dtg hari cuti umum kan ?

Dan yg ketiga .. rambang mata aku !!! Semua aku nak amik ! Hehehe .. Cantik cantik .. Harga pun cantekkkkk ..

Sempat satu entri sementara tunggu nak bayar ! Hahaha..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

Alahai. .ciputnya air .. Masalah tekanan air di bilik air tingkat atas mmg menghantui aku. Kalau nak kasi kuat tekanan , kena letak pump booster atau guna pemanas air yg siap pump booster..

Bila memikirkan kejadian yg menimpa penduduk Cheras dan Ampang baru baru ni , aku rasa baik ada sedikit dari aku kena tunggu lori air Syabas dan angkut sebaldi demi sebaldi ke dalam bilik air ..

Sesungguhnya setiap musibah itu ada hikmahnya..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Masih panas lagi badan dia .. Mengamuk tadi dia .. Mengantuk tapi tak leh nak tidur .. Panas sangat kot .. Yelah , dengah dia sendiri dok panas .. Suhu sekeliling yang panas … Menangis tak henti sedangkan sebelum tu dok lena tidur ..

Nak tak nak , wira negara ni jugak g settlekan .. Oh , ni kat rumah adik ipar aku .. Sini lama dah tak hujan sedangkan kawasan berhampiran hujan lebat boleh dikatakan setiap hari .. hehe ..

Bawak masuk Qhaliff dalam kereta .. Hidupkan aircond.. Pastu pusing keliling taman .. Lenaaaa … Hurmmm .. Kensel nak gi IKEA ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Petang td , segar dia bermain dgn Ammar .. Hilang jap la demam dia .. Dok memanjang sebut Koi , Koi tu .. Tu tanda dia dah ok ..

Tp skang .. panas balik .. Dah sejukkan dgn sapu air sejuk kat badan dia .. Musim ? Kawan aku td bgtau , anak dia cirit birit. 6 bulan . Dia bwk ke HUKM dan doktor amik darah dia .. hurmm .. sian ..

Dan br td wife bgtau pasal seorang anak jiran yg dah berusia setahun lebih , jatuh katil .. Nampak takde apa apa sbb tak teruk nangisnya tetapi selepas beberapa hari , muncul bengkak di belakang kepalanya .

Bila dirujuk ke doktor , ada pendarahan beku disitu dan perlukan pembedahan ..

Jangan pandang ringan walaupun nampak ringan ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Jalan jalan kat taman rumah baru aku ngan Qhaliff .. Legaaaaa bila kat taman ada mini set utk senaman ringan .. Boleh la kuar peluh skit petang petang .. hehe

Yg bikin resah ialah terjumpa tetakan di bhgn dapur yg disambung .. Hurmmm .. Hingga kena ke tiles gak ..Esok baru kontraktor dtg tgk..

Kitchen cabinet pon wat hal .. Adeh .. Semua ni produk tempatan laa .  Terima je la .. Mana ada yg sempurna kan ? Bayaran je nak sempurna..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Dok layan drama ni kat tv ngan Qhaliff .. Kusyuk dia tgk .. Paham ke tak , tak tau le aku ..

Pandang muka Qhaliff ... Apalah nasibnya andai mak bapak dia tiada nanti .. Hurm..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Peliknya .. Ahli politik dalam negara kita , makin kaya lebih lagi bila berjawatan besar .. kan ? Hehehe.. Oh , rezeki mereka la tu ..

Keratan dalam Kosmo .. Hurmm .. Menurutnya , gaji Presiden Uruguay ni sekitar RM40,000 sebulan namun hanya RM2,500 saja yang ditinggalkan untuknya .. Hurmm ..

Hartanya pula , cuma RM675 ribu termasuklah rumah dan tanah ladang , traktor dan sebuah kereta buruk tahun 67 ..

Hurm .. Nak kata apa dah ? Senyum je la ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Tak siap lagi .. Nak gantung itu ini lagi .. Nak letak itu ini .. Salah hias ,bak kata wife .. rumah aku jadi taska .. heheeh ..

Adehh ... Fenin gue ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Buat sikit penambahan ..Pasni nak gantung cermin lak ..hehe..

Pening gak nak bagi nampak cantik dan selesa ... Hurmmm..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Alhamdulillah .. siap dah segalanya.. Rumah dah bersih .. Kemas .. Cuma belum lengkap .. hehehe .. Astro dah masuk .. Kes terpaksa ! Tu pun pasang basic jer.. Sebulan RM40 .. Asal leh tonton je  .. Pastu untuk internet , guna je MAXIS BROADBAND .. RM88 sebulan ..

Dan menariknya kat rumah baru aku ni , penduduk taman ni dah pun buat group Whatsapp untuk saling berhubungan antara satu sama lain dan juga menyalurkan maklumat terkini ..

Majoriti penduduk taman ni , baya baya aku .. hehehe .. Muda muda belaka … Cuma sunyi skit je la .. hihi .. Tunggu ada aktiviti , baru meriah skit belah malam ..

Ke tunggu Qhaliff besar .. malam leh layan bola depan rumah .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Aku tanya kawan aku ...

" Berapa ko amik utk buat satu plug point yg baru eh ? ".

Dia jawab .. Dia jawab eh ..

" RM250...".

Hurm ...

Tadi ada aku tanya kat kontraktor berbangsa Indonesia yg dah ads Mykad warna merah .. Soalan yang sama ..

" Tak pa la.. kira harga kawan .. 2 point tu RM100.. termasuk ngan barang dan upah ..".

Hurm .. Nak kaya sekejap rupanya kawan aku ni ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

vs

Bila ternampak dua budak botak ni  ( UPIN IPIN ) , Qhalif tersenyum. Macam nampak kawan lama dia .. Hehe .. Dan semalam , aku saja test pasang Boboi Boy pada dia .. Dia tengok tanpa ada perasaan .. Hurmm .. Tidak menarik minat dia kah ? Dan aku kembali tayangkan youtube Upin Ipin .. Dia senyum ! Lorrr …

Ada seorang kawan kata Boboi Boy memberi kesan negatif pada anaknya. Setiap kali selepas menonton Boboi Boy, dia akan ikut gaya mereka terutama dari segi bahasa yang agak kasar ( tak sesuai untuk anak anak contohi ) .. Hurm …

Tak dinafikan sebenarnya sbb anak buah aku pun begitu juga.. Tapi ini tak bermakna Boboi Boy tu tak sesuai ditonton cuma untuk anak anak kecil yang masih terkial kial mengutip infomasi disekeliling mereka , mudah terpengaruh .. Kita yang dah tua ni pon mudah terpengaruh denga gaya bahasa ( tengok filem atau rancangan tv ) , ni kan pulak budak budak ..

Aku tanya rakan rakan di FB mengenai dua rancangan kanak kanak ni .. Dan jawapan mereka ..

image

Bagi aku , dua dua ok cuma Boboi Boy ni lebih sesuai untuk manusia kategori aku .. Kalau ada yang terpengaruh gak , ternyata dia masih belum mampu berfikir dengan waras ..

Pendapat korang lak ?

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

Legaaaa..  Broadband 20GB Maxis aku akhirnya berbaloi baloi !! Ni kat rumah baru aku .. Kat rumah lama ( pindah abis dah hari ni ) , Maxis semput giler !!

Dan ...Qhaliff boleh layan UPIN IPIN kat tv !!! Link guna HDMI .. Baru boleh buat kerjaa ... Huhu .. Operasi mencantikkan rumah akan bermula ..

Dan aku , boleh kembali download movie terkini !!! Weeeeeeee... Ops.. Alhamdulillah ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Perghhh... Baru tauuu.. Dulu otai dah pesan.. baby nak tumbuh gigi , mmg liat nak tidur !

Ok..aku percaya ... Kena pasang video , mata letih ... Baru terlena.. tu pun masih kena dodoi lg ..

Hurm .. esok tidur dah umah baru ..slmt tinggal rumah ni..Kenangann..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Terbaca tajuk di Sinar Harian Online , ‘ Mayat ditemui di jeti sah William Yau ‘,, sangat sangat mengejutkan aku ! Pagi tadi aku terdengar di berita mengenai satu mayat dijumpai dijeti tapi belum disahkan siapa .. Dan akhirnya ..

“ Polis sahkan mayat kanak-kanak ditemui di jeti Kampung Sungai Sireh Pelabuhan Klang malam tadi adalah William Yau, 6,  yang dilaporkan hilang di Putra Heights minggu lalu. “

 William Yau Zhen Zhong

“ Pengecaman dibuat kedua ibu bapa mangsa, Goh Ying Ying dan Yau Kok Kang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pagi tadi.
Bagaimanapun, menurutnya pihak polis masih menunggu ujian DNA, yang dijangka diperoleh dalam tiga hari lagi untuk pengesahan lanjut.”.

Punca kematian , masih dalam siasatan . Setakat ni polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.. Lanjut , baca kat Sinar Harian Online .

Aku .. tak tau nak kata apa.. Kasihan sangat kat mak ayahnya .. Hurmm.. Anak kesayangan demam pun kita dah sedih .. hurmm ..  Jagalah anak anak kecik kita .. Biar penat badan sekarang dari menyesal seumur hidup !

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Tiba-tiba lak demam .. Nak tumbuh gigi ke ?  Hurm .. Doktor suruh basahkan badan dia.. Suhu 38.0 ... Hurmm ..

Sian .. asyik meracau jer dia.. Kensel gi gym mlm ni.. huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Aku di UNIFI ,Cyberjaya .. UNIFI Center buka jam 9.00 pagi dan ramai dah dok tunggu utk berurusan ..

Lambat 2 minit ? Atau jam aku yg cepat ? Masa itu emas..

Selamat tinggal UNIFI.. Semoga jumpa lagi ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

-iklan sat-

Sedap dan punya khasiat ! Klik SINI untuk lebih lanjut ..

___________________________

Qhaliff ke daddy yang nak ni ??? Heheh.. Bila tengok bayi baru lahir .. terasa rindu saat saat Qhaliff berusia sehari dulu.. Benarlah kata mereka , mmg rindu sangat nak rasa detik tu kembali walaupun pasti akan menempuh saat saat mendebarkan .. hehe ..

Aku .. aku dah semakin tua .. Tapi kalau kat barat , time ni la baru nak buat anak .. Kata mereka bagus .. Aku tak sure la bagus tang mana .. hehehe .. Tak kisah la mana pun.. Asal mampu , jalankan ajaaa dong ..

Buat masa terdekat ni , Qhaliff lom leh ada adik .. Kena tunggu setahun lebih , baru boleh .. Maklumlah , operation.. Kena tunggu sembuh betul , baru boleh ..

Tapi , kalau private hospital … diorang kata ok je.. Takde masalah .. Masalahnya lebih pada hospital kerajaan.. Hurmm .. Aku pon tak pasti la.. Aku bukan doktor .. hehe .. Nurse , jauh sekali .. Tu pun , orang orang yang cakap ..

Ikut aku, setiap tahun keluar .. hehehe .. Ada jugak bukak taska .. hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Ternampak sewaktu menunggu wife kelmarin. Memandangkan rakan-rakan kat blog aku ni ramai yg bijak bijak senantiasa dipenuhi oleh idea idea yg membina , apa kata salurkan ke tempat yg sepatutnya ..hehe ..

Utk lebih lanjut ,sila ke laman web opt .. www.mohe.gov.my

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Qhaliff dok tidur kat atas tu .. Lenaaaa .. Sapa jaga dia kalau aku dok ralit dgn laptop dan wife nak memasak ??

Tak pe .. pk positif.. Lena .. Mesti lama tdo tu .. Tp kalau dia jaga tanpa kita sedari ? Mesti dia akan merayau dlm bilik tu. Kalau jumpa sesuatu yg mampu mengancam nyawanya ??

Fikir panjang panjang setiap perkara. Pikir pendek , jadi cam dalam gambar tu. Bukan kehendak kita tp kita mampu elakkan ... Guna akal !

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Baby yg masih ‘putih’  itu pun dah reti cemburu terutama bila ibunya mendukung baby lain . Hehe..

Cemburu itu nikmat  tapi jadi bala bila terlampau ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Awie kata Tan Sri Jojo bukak  Hard Rock Café , ok je ! Kenapa dia bukak kelab , ramai orang bising ? Hurmm .. Aku rasa la kan , orang tak kisah apa Tan Sri Jojo tu buat .. Lantak dia la.. Tapi orang yang bising tu sebenarnya sayang kat bro Awie ni ! Serius , aku pun sayang ! Sebagai peminat ! Aku mmg minat giler kat Wings dan Search .. Sebab tu ramai yang bising .. Sbb sayang ..

Apakah buka kelab saja boleh buat duit ? Hurmmm .. Fikirkan juga soal keberkatan hidup dan juga rahmatNya .. Memanglah itu antara kita dengan Allah . Tapi sebagai saudara seagama , kita perlu ‘tegur' menegur’ .. Kita mati sorang sorang tau .. Atau dunia ni je kita ‘beramai-ramai’ ..

Teringat kata seorang kawan ni .. Dia kata dia ‘terpaksa’ buat kerja di sebelah malam dengan jadi bouncer ( pegawal peribadi) di sebuah kelab malam .. Katanya bayaran lumayan dan kerja tak susah .. Hurmm .. Aku pesan kat dia , jgn lupa soal BERKAT .. Soal Halal Haram tu , sendiri dah tau .. Mungkin dia terlupa soal KEBERKATAN ..

Aku pernah nganggur bertahun tahun pastu kerja , gaji rendah. Aku ikut kawan aku meniaga ringtones utk handphone di pasar malam. Bayaran , tak seberapa tapi aku puas sbb aku tak perlu pukul orang , tak perlu tengok orang minum arak dan aku gembira tengok . Tak lumayan tapi ok la.. Dapat gak isi poket dan guna duit tu gi gym ..

Bila kita nak mencontohi seseorang , ikutlah yang benar… Salam Maulidur Rasul …

 

Foto

Tak sabar nak tengok filem terbaru Mamat Khalid yg penuh dengan maksud tersiratnya .. Bro Awie .. Semoga Allah merahmati anda .. Respek lu ! Bukan respek bukak kelab tu tapi suara bro dalam album Wings… hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Terbaca di SINAR HARIAN , walaupun tak suka , aku baca gak sbb bukan orang tu yang punya ! Weekkk .. Er , ada isu dulu la dengan orang yang mengatakan dia kerja kat Sinar Harian .. Kononnya la.. Dangkal sungguh ..

Haa.. Sambung cerita .. Kejadian dimana lori seberat 10 tan yang sarat membawa muatan dari Air Hitam menghala ke Muar cuba memintas kereta Proton Persona dipandu Ngaisah yang ketika itu sedang membelok ke kiri untuk pulang ke rumahnya.

Malangnya, lori terbabit hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan keseluruhan muatan barangan konkrit bahan binaan itu bertaburan dan menghempap kereta dipandu guru Matematik itu.

Laung nama isteri, anak-anak

Laung nama isteri, anak-anak

Cerita lanjut , korang boleh baca di SINI . Al-fatihah buat kesemua mangsa ..

Malam semalam , hujan lebat kan ? Dari Putrajaya ke Puchong. Aku menghala ke Sungai Buloh . Sangat sangat lebat. Aku memperlahankan kenderaan . Begitu juga dengan kenderaan lain .. Malangnya kebanyakkan yang menderu laju ialah lori lori yang punya muatan. Seram betul aku tengok . Cukup risau kalau lalu sebelah aku terutama yang bawak besi atau konkrit seperti diatas ..

Tak sangka rupanya berlaku juga .. Bila berlaku, apa jadi ? Pemandu cepat cepat melarikan diri .. Alasan takut kena belasah . Hurmm.. Kenapa tak fikir panjang sewaktu nak melakukan tindakan tu ? Tak ke sedar apa yang dibawa ‘dibahunya’ itu ????

Bila aku up cerita begini , adalah yang komen kata suami dia bawak lori.. Tak baik kata gitu .. Ayah dia bawak lori , ok jer .. Adik ipar aku pun bawak lori.. Mak ayah aku pun bawah bas sekolah … Adik beradik aku pun bawak bas sekolah .. Tapi ikutlah peraturan .. Kalau tak ikut peraturan , mmg terasalah dengan apa yang aku sampaikan ..

Diorang bawak kenderaan besar pastu himpit yang kecik kecik ni .. Akal takde ke ?? Tak kira la lori ke pacuan 4 roda ke .. Sama jer.. Terasa besar sangat ke ? Kalau tak sayangkan nyawa sendiri bayangkan jika berlaku pada anak bini !

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

Adik sepupu Qhaliff .. Disaat Qhaliff lahir dulu  , ibu pada baby ni disahkan mengandung .. Rezeki pada keluarga wife tak putus putus ..

Nama baby ni .. lom ada ..hehe.. Abangnya, Ammar yg pernah hot di blog ni  satu tika dulu .. hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Alhamdulillah .. Dapat sorang lagi anak buah .. Ammar dah jadi abang .. hehe .. Sorang lagi akan gelar aku Che Ben .. hehe..

Aku di rumah adik ipar.. Hehe.. Masa nak masuk taman perumahan ni  td , pak guard yg bukan warga tempatan menahan dan tanya tujuan aku ke sini . Siap tanya alamat segalanya laa.. Pastu suruh aku tulis butiran di dlm buku register..

Huh.. kena tulis sendiri ?? Hehe.. okeh... Nama ?? Aku tulis CIK EMBUN dan semuanya tak betul kecuali no plat kereta je yg betul .. hehe..

Nasib ler..sapa suh aku tulis sendiri .. lalalala..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Ni anak buah aku .. Kalau aku ada kat umah mak aku , confirm si abang tu suruh aku gi jemput dia balik dr sekolah agama .

Hurm.. kalau aku takde , dia balik ngan mak dia yakni adik perempuan aku .. Dan aku tgk mmg ramai la parents dtg jemput anak atau cucu mereka.

Dalam pada tu , ada jugak yg balik bersendirian.. Dengan size badan yg sangatlah halus , berjalan kakilah pulang ke rumah ..seorg diri !! Walaupun dekat je rumah dia , dgn zaman yg semakin mengarut ni aku rasa perkara macam ni tak leh dipandang ringan. Atas apa jua alasan ! Kena cari jalan penyelesaian. Jangan main lepas gitu jer ..

Takkan tak sedar lg kot ? Byk dah kes kes culik melibatkan budak ni berlaku .. Jangan sampai berlaku , baru nak teriak hantuk kepala menyesal !

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Alhamdulillah .. Walaupun ada yg kata keje penat penat , dapat gaji bayar hutang jer..Dari tak keje ? Hutang bertambah .. Haaa.. Orang kaya pon berhutang.. Malah nak beli barang pon tunggu sale ! Hihi..

Aku tak kisah je pon .. mkn je la apa saja .. Asalkan halal n berkat .. Kalau dah free tu , lagi la kan ? Jgn byk cerita .. mkn jer.

Kalau byr tu , lain laaa.. leh la kecoh skit .. Dah byr , kan ? Kena adil la.. kan kan ?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Photo: Sebulan

Photo: Slmt pagiiiii ...

Alhamdulillah .. nak masuk 10 bulan dah Qhaliff .. Membesar bagai johan bersama sama aku .. hehehe ..

Dulu aku tak faham kenapa ada parents manjakan sangat anak kecik dia hingga sanggup biarkan anak kecik mereka main laptop atau gadget mereka ..

Sekarang aku faham dah .. Bukan sebab manja tapi sbb anak kecil yang masih belum punya akal .. Jadi , tanggungjawab parents didik perlahan lahan dengan guna akal… Takkan nak marah atau belasah budak budak tu lak kan ? Didik , ada caranya .. kan kan ?

Setiap kali dia sampai ke netbook aku ni , dia akan gunakan hujung jari dia untuk mengorek huruf huruf yang ada kat keyboard ni .. Aku tau dia sedang belajar ‘merasa’ dan perasaan ingin tahu tu terlalu menebal . Aku perasan kalau dia atas tikar pun akan buat gitu .. Seolah olah mencakar .. Nak tak nak , korbankan seminit dua .. hehe.. F1,F2,F7 dan 7 merelakan diri dikorbankan .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Qhaliff , mak aku jaga jap .. Pastu g gym old skol , Bionic Gym .. Gym mula mula aku sentuh besi ..

Bukan nak buat size atau nak cun tp jaga kesihatan je.. hehe .. Kalau nak stamina , aku gi gym KBS.. Kat umah baru aku tu , takde gym.. masalah tul ..

Yang paling penting , jimat minyak .. Hehehe .. Oh , lupa .. Gym ni korang leh google dalam blog aku .. Nun tahun 2009 aku dah citer pasal gym ni ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes