BEN ASHAARI



4-5 kali berenti , tdo !! Ngantuk sgt... Co pilot pon..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Berhenti di RNR Gua Musang yang baru tu .. aku lupa dah apa nama dia .. Malas nak ingat sbb tak masuk exam untuk Lesen Kapal Terbang aku ..

Solat dah .. Makan jap .. Sapa nak makan dulu ?? Aku ? Wife ? Sapa nak jaga Qhaliff ? Tak kira sapa dulu, masa yang diperuntukkan cumalah 5 minit ! Sebabnya ? Qhaliff dah bijak nak melarikan diri dari dukungan ! Nak tak nak , bukan boleh kunyah dah .. kena telan je makanan tu .. Takde istilah nak menikmati makanan dah skang ni .. Bukan ngeluh , saja habaq kat korang ..

Bayangkan bila dah boleh berjalan n berlari ? Aku tak yah gi gym dah .. kuruuusss !

Ok.. sambung perjalanan ke Kok Lanas ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

IMG_20121225_132834

Sebab apa ?? Sebab pakai telekung ni ke ?? Tak lerrr …

image

Sebab dapat port baru untuk melepak ! Adehhh .. Abis dok ketuk ketuk .. Tapi tak la seteruk dulu sbb dia tak leh nak berdiri kat situ.. heeeee … leh ketuk ketuk jer ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Harijadi makcik aku dan ayah aku disambut serentak oleh adik beradik aku dan juga anak anak makcik aku.. Berapa banyak aku daaa ..

Kesempatan menghadiri perkahwinan sepupu aku di Gombak sememangnya memberikan segala kesempatan ini untuk mengumpulkan semua adik beradik terdekat , di rumah baru aku .. heee..

IMAG0950

Terima kasih kerana sudi hadir… Memang best sbb aku bedal nasi lemak sampai 4 bungkus .. Ayam goreng KFC tidak menarik minat aku kerana … aku diet abisan ari tu .. bila nampak nasi lemak , hancurrr..

Dan hari ni , kejap lagi … balik Kelantan lak .. hee.. Doakan keselamatan kami yer.. Terima kasih kerana sudi pembaca , rakan setia di blog ini …

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Wowww ! Tu je aku leh kata .. Nampak dalam gambar , cam biasa biasa jer .. Tapi bila dah siap ?? Tu diaaaa …

DSCN0243

Mula-mula … heee… kosong je ..

DSCN0258

DSCN0272

DSCN0271

Kebersihan rumah tetap mereka jaga .. Bagus , bagus ..

Kerjasama serta ketelitian yang menarik minat aku .. Memang teliti laa..

DSCN0283

Dan akhirnya ….

DSCN0293

DSCN0294

Amacam ? Tertarik ? Harganya jauh lebih murah dari IKEA yang aku tengok ari tu .. Harga termasuk pemasangan dan penghantaran ! Ikea yg aku tengok ari tu , lain lain woooo ..

Untuk mereka yang berminat untuk ubahsuai rumah , nak tambah perabut , atau apa saja la melibatkan rumah korang  , sila hubungi En.Ayie di :

125 & 126, Jalan Nilai 3/14,
Kawasan Perindustrian Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

email : ayie@perabut-unggul.com  / www.perabut-unggul.com

Kalau korang tanya aku , puashati tak ? Terus terang .. aku puashati ! Kita tanya mereka jawab.. Mereka bincang dan beri pendapat ! Terbaik ! Sangat bekerjasama ..

Puashati !!

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

“ Tak pe.. atuk ada .. Gi pukul pak ngah tuuu .. “..

Terkedu aku .. walaupun mungkin dia nak bagi tunjuk ajarku sifu pada cucu dia yang berjalan pon masih terhoyong hayang tu  ,untuk menjadikannya lelaki kental .. itu bukan caranya ! Kena tau mana satu untuk bermain dan mana satu perlu dihormati ..

Bila bersuara , terasa pulak orang tua tu .. Diam , jadi mengarut.. Dah tu nak kata apa ? Bila terjadi gini , ayah sendiri pun tak leh kata apa sbb tu ayah mertua . Kalau ayah sendiri , ok gak .. Leh jer cakap ..

Hurm.. tah laa.. Nak ajar , baik ajar yang baik baik .. Tak semestinya pukul orang mampu membuatkan anak cucu kita berjiwa Hulk Hogan !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

DSCN0254

DSCN0260

DSCN0270

Perghh .. mmg nampak melecehkan dan sememangnya aku tak mampu wat kerja kerja gini .. Walaupun aku minat dalam bidang interior ni tapi .. hehe.. kurang sabar skit ..

OK.. siap dah backdrop dia.. Pasni nak pasang untuk bahagian bahagian lain la.. heeeee… tungguuuuu ….

DSCN0266

Dan ada tetamu pagi ni .. Orang jauh dari Kedah .. heee ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Tajaan Perabut Unggul Sdn Bhd… Seperti yang pernah aku ceritakan dulu , akhirnya dah menjadi kenyataan. Wakil dari Perabut Unggul , En.Ayie dan pekerja Perabut Unggul sampai tepat pada waktunya.. Janji kul 10 pagi tapi sampai 9.30 pagi ..heeee.. Awal ..

DSCN0239

Dan pemasangan bermula .. Ops , tarikh di gambar ni sila abaikan yer .. heeee ..

Dan pemasangan pun bermula … Menurut ketua pemasangan , mungkin pemasangan memakan masa selama 2 jam .. huuu … Lama gak eh ? Yelah , melibatkan pendawaian elektrik gak.. Bukan pasang macam pasang almari tu je …

DSCN0243

DSCN0245

Camana rupa selepas siap ? Tungguuuu selepas ini !!

DSCN0251

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Hurm.. Aku tahu .. Aku faham .. Bila pasangan dah lama menikah tapi belum ada apa apa rezeki .. Maksudnya ialah buah hati cinta .. Hurm.. Sabarlah ..

Aku dan wife dulu .. lebih kurang 3 tahun gak la menunggu .. 3 tahun ke ? Ke 2 tahun ? Lebih kurang gitu laa .. Semuanya boleh korang baca dalam blog ni .. Aku dah luahkan segalanya termasuk segala usaha dilakukan ..

Sekadar satu nasihat . Buat mereka yang dah menikah lebih 6 bulan tapi belum ada apa apa tanda , sila rujuk pada pakar .. Jangan kisahkan soal duit .. Rujuk dan dapatkan nasihat dulu .. Duit , bila dah jumpa punca .. baru start pening .. kalau ada duit , lagi senang kan ?

Jangan tunggu bertahun baru nak rujuk. Memang benar ada yang usahakan cara tradisional tapi apa salahnya cuba yang moden gak kan ? Jangan ego dan jangan segan ..

Dan paling penting , jaga emosi ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Tak lama lagi , nak masuk setahun.. Bulan April.. Yeke April ? Sat nak cari MyKid Qhaliff …

Haaa.. confirm.. 2/4/2012 dia lahir .. Kena buat alarm 10 kali ni.. Kalau tak confirm aku lupa .. Huhu.. Aku mmg lemah bab angka ni .. Susah nak ingat kecuali kalau orang hutang aku .. Tang tu aku ingat ! Setakat ni , alhamdulillah .. orang yang hutang aku semua tak bayar sbb tak de sapa yang nak pinjam dari aku yang takde duit ni.. heee..

Aku dok ingat laaa Qhaliff macam mula mula lahir.. Kiranya belum mampu berfikir lagi .. tapi aku selalu tersilap.. Semalam , sewaktu bermain kejar kejar dengan dia .. dia lagi bijak dari aku .. Aku merangkak bagi dia kejar aku .. Dia merangkak kejar aku dan aku merangkak mengelilingi playpen tu haaa.. Sambil menyorokkan diri.

Aku berenti .. dia berenti .. aku diam .. Dalam perlahan aku merangkak berlawanan arah ! Dia pun buat begitu ! Hahahahhaha.. Aku tak sangka dia boleh pk gitu ..

Best part ! Dia bosan dok ikut aku , dia terus masuk ke dalam playpen tu haaa .. ikut shortcut untuk ‘dapatkan’ aku ! Aku gelak besar.. Dia pun ikut gelak.. Amboi.. cam tau tau jeeee..

Patutlah kita , anak kecil pada ibu bapa kita sampai bila bila. Mereka belum boleh lepaskan kita kerana beranggan kita masih kecil walaupun tak sepatutnya begitu ..

Hurmm .. bayangkan mak ayah yang ‘dibuang’ anak mereka setelah berjaya menjadi manusia berpangkat mahupun berharta .. Haih ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Gara-gara permohonan BR1M dibuka sehingga  Mac ( kot ) dan saman AES kecoh semula ( paksa bayar walaupun tak perlu bayar  )  , aku tekad .. Tekadkan diri dan tolak tepi segala perasaan bersalah kerana geram dengan kamera AES yang tak hapa hapa tu ( confirm ilang satu undi )..

Aku gi ke https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx untuk daftar .. Isi punya isi punya isi .. sampai part no ic isteri .. Aku whatsapp wife bertanyakan no ic dia ..

Dia bagi pastu tanya wat per .. Aku kata la aku nak apply BR1M walaupun tau takkan lepas .. Aku pelik lak dia tanya semacam jer.. Rupanya .. dia risau aku nak isi borang nikah lagi .. Heeeee …

Apadaaaa .. Kalau nak isi borang nikah , tak yah mintak direct .. Cari je kat kad kad sedia ada dalam wallet aku ni.. Lesen memandu yang dah expired pon ada haa.. Tak yah susahkan diri .. hahaaha..

Ok , sambung.. Bila dah isi semua.. Sampai part gaji .. Tadaaaa.. “ Anda tidak layak !! “.. Hahahaha ..

Perlukah aku berbohong untuk RM500 itu ? ALLAH nampak !

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Tayang je kamera kat dia , automatik senyum .. Tak tau la dia ikut sapa .. Nak kata ikut aku , hampeh aku nak senyum depan kamera .. Kena paksa pun susah aaaa.. Keras je gitu .. huhu ..

Comel cam daddy dia je kan ? Lalalalala … Ok , nak g gymm .. nak kasi tambah lagi comel .. heeee …

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Pagi tadi dengar berita kat SURIA FM .. Kata pembaca berita tu , saman AES tetap kena bayar walaupun prosiding mahkamah masih dibekukan .. Waduhh.. Camana tuu ???

Sampai rumah mak aku , terus aku bukak page KEMPEN ANTI SAMAN EKOR dan baca status terkini .. ada tak ? Hurmmm

“ Kempen Anti Saman Ekor (KASE) Ada lebih kurang 100 email yang belum dijawab... Kebanyakannya berkaitan perlu hadir atau tidak ke Mahkamah... Jadi kami ingin maklumkan bahawa semua saman AES tak perlu ke Mahkamah kerana telah dibekukan dari dibawa ke Mahkamah oleh Peguam Negara.. selagi tiada sebarang pengumuman berkaitan penarikan balik pembekuan oleh Peguam Negara maka semua penerima saman AES tak perlu ke Mahkamah. Saman ialah perintah ke Mahkamah, bukan perintah untuk bayar denda.

Jadi Saman tidak perlu dibayar. Ada yang mengatakan bahawa perlu ke Mahkamah untuk merekodkan kehadiran - itu hanyalah sandiwara JPJ sahaja krn jika anda tidak hadir pun tiada sebarang tindakan boleh diambil oleh JPJ krn Saman AES tidak dibacakan di dalam Mahkamah. Jadi kami nasihatkan supaya tidak perlu ke Mahkamah. Jika kompaun dalam Saman AES tidak dibayar sekali pun, JPJ tidak boleh menghalang transaksi samada pembaharuan lesen kenderaan (cukai jalan) atau lesen memandu... “ ..

Tensen kan ?  Hurmm .. Berkali dah aku up pasal ni di blog . Bukan apa , kalau laju sekali pun .. berhati perut la skit .. Bukan terus bagi RM300 !! Giler ke apa .. kalau satu saman tu , boleh la gak .tapi kalau tak sampai sebulan dapat 2 saman , tu mengarut laaa.. bukannya bawak Ferrari pon … Laju mana sangat laaa boleh gi kat Putrajaya dengan jalan yang tak bengkang bengkok dan tak comel tu .. haihhh ..

Dan peliknya , papan besar tapi kameranya mana ? Jap ada jap takde ?

Bagi 500 amik 300 .. ni yg buat aku nak daftar BRIM ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

-Entri iklan ini disediakan oleh pengiklan sendiri-

71817_10151279411067739_212751474_n

 

Soalan yang sering ditanya oleh ibu yang baru bersalin dan menyusukan anak:

Saya menyusukan bayi dan pada masa yang sama saya juga ingin menurunkan berat badan. Adakah diet yang rendah karbohidrat seperti ALSD2 selamat untuk ibu yang menyusukan?

Kebanyakan ibu yang sudah melahirkan anak merasa terlalu teruja untuk menguruskan berat badan secepat mungkin selepas bersalin. Kita harus ingat bahawa berat masa mengandung bukanlah naik secara mendadak dan oleh itu penurunan beratnya juga haruslah dengan kaedah yang beransur-ansur. Selalunya pilihan pertama sekali yang saya berikan adalah dengan menganjurkan supaya ibu yang menyusukan memilih kaedah yang semulajadi untuk menurunkan berat badan.

Memang semasa menyusukan anak kita akan membakar kalori yang lebih dari biasa. Badan kita akan membakar tenaga berlebihan pada lemak yang disimpan untuk mendapatkan susu dan ini sudah cukup untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat ditambah dengan makanan yang seimbang serta senaman yang sederhana.

Banyak ibu-ibu yang menjaga pemakanan yang betul semasa menyusukan telah berjaya menurunkan berat badan secara beransur-ansur tanpa mengambil apa-apa program diet. Inilah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk menurunkan berat badan.

Sekiranya anda tidak sabar dan masih terpaksa untuk berdiet, adalah satu langkah yang bijak jika anda menunggu sekurang-kurangnya 2 bulan selepas bersalin dan tempoh pantang telah selesai. Sekurang-kurangnya badan anda sudah pulih dari kesan melahirkan anak dan susu yang dibekalkan sudah lancar dan mencukupi untuk bayi anda. Anda juga haruslah mendapat nasihat doktor untuk memastikan anda sudah memang cukup sihat untuk melakukan apa-apa jenis program diet sekalipun.

Tiga perkara yang paling penting untuk anda pastikan semasa menyusukan bayi anda adalah meminum banyak air, perlu rehat yang cukup dan makan makanan yang sihat serta seimbang.

Ibu yang tidak cukup makanan yang seimbang mungkin akan mengalami risiko kekurangan zat makanan dan juga akan membahayakan kesihatan anda dan juga kesihatan bayi tersebut. Ini akan mengurangkan zat simpanan yang penting didalam badan serta mengurangkan kadar vitamin A, D, B6 dan B12 didalam susu ibu tersebut dan juga jumlah susu bayi juga mungkin akan berkurangan. Apabila keadaan ini terjadi, maka janganlah teruskan program diet anda dan berhentilah serta merta.

Sekiranya anda sudah mendapat nasihat doktor untuk berdiet dan memilih untuk mengambil ALSD2 sebagai program diet anda, maka anda perlu mengubah suai program pemakanan rendah karbohidrat seperti pada fasa pengekalan berat badan atau maintenance level; yang mana anda boleh mengambil karbohidrat yang lebih tinggi dari fasa penurunan biasa iaitu lebih kurang 100g karbohidrat sehari.

Selain dari itu anda juga pastikan perkara-perkara berikut:-

Jangan berlapar dan minum air yang cukup. Ada juga tidak boleh berlapar semasa menyusukan bayi. Ini akan menyebabkan anda merasa lemah dan letih. Apabila anda didalam keadaan seperti ini, maka anda akan kurang fokus untuk menjaga kesihatan bayi dan keadaan ini juga akan menyebabkan kekurangan susu anda dan menyekat rangsangan pengeluaran susu.

Kadar penurunan berat yang lebih sederhana. Kadar penurunan yang sederhana tidak akan mengganggu jumlah pengeluaran susu ibu atau kesihatan bayi. Namun begitu ada beberapa analisa yang menunjukkan penurunan berat badan yang pantas (iaitu lebih 0.45 kg dalam seminggu) perlu diperhatikan. Racun, dari keadaan persekitaran seperti PCBs dan racun serangga boleh tersimpan didalam lemak badan. Apabila ibu yang menyusukan turun berat badan dengan cepat, racun ini mungkin akan terlepas didalam salur darah dan kandungan racun didalam susu akan meningkat. Penurunan berat badan yang cepat juga ada dikaitkan dengan kekurangan bekalan susu badan. Sekiranya anda tidak cukup minum air maka ketone yang terdiri dari 3 jenis kumuhan badan iaitu acetone, acetoacetate dan beta-hydroxybutyrate juga mungkin terkumpul didalam saluran darah anda. Namun begitu, masih tidak dapat dibuktikan bahawa ketone yang berlebihan didalam salur darah dan air kencing anda, juga terdapat pada susu ibu dan berapakah kadar yang akan membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu.

Sekiranya berat anda turun terlalu cepat apabila menggunakan ALSD2, maka olah jenis makanan anda supaya menambah makan buah-buahan serta sayuran berkanji yang akan memperlahankan kembali penurunan berat anda.

Suatu lagi perkara yang selalu ditimbulkan adalah apabila anda mengambil diet ALSD2,  ramai yg risau kadar protein yang terlalu tinggi akan membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu. Sebaliknya perkara ini adalah cukup baik untuk penyusuan bayi. Ibu yang menyusukan akan mengeluarkan lebihkurang 6 ke 11 gram protein di dalam susunya setiap hari. Bayi yang sedang membesar memang memerlukan protein yang cukup iaitu bahan asas pertumbuhan badan. Protein, tidak seperti zat makanan yang lain, ia tidak boleh disimpan di dalam badan ibu.

Jabatan Agriculture, USA menyarankan ibu yang menyusukan memakan sekurang-kurangnya 65 grams protien setiap hari. Ini sebabnya kita lihat kebanyakan ibu yang menyusukan apabila mengambil ALSD2 akan mengeluarkan susu yang lebih dari biasa untuk bayi mereka.

Sebenarnya, tidak semua jenis diet sesuai untuk semua orang untuk setiap masa. Tambah-tambah lagi untuk ibu yang menyusukan. Jika anda faham betul-betul cara diet ALSD2, maka anda perlu mengubah suai program diet anda seperti fasa "maintenance" dengan memakan lebih karbohidrat seperti buah-buahan dan sayuran berkanji, minum lebih banyak air, jangan sekali-kali berlapar dan kawal penurunan berat badan anda supaya lebih perlahan.

Yang paling penting bayi anda tetap sihat dan mendapat susu serta zat makan yang cukup. Sekiranya ada perkara-perkara di atas yang menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda maka berhentilah berdiet buat sementara dan perlu diolah kembali cara diet anda supaya lebih sesuai.

Berminat PM/SMS/Whatsup 019-4511649

http://www.facebook.com/teratakniagaku

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Sama tapi tak serupa ? Ke serupa ? Hehehehe .. Best part ? Cer tengok tangan Qhaliff.. Hahahaha .. Dia mmg akan pegang kat situ sehinggalah dia rasa dia selamat duduk atas kerusi atau mana mana tempat yang dia dilandingkan ! Hahahahah ..

image

Biar rupa cam bapak .. jangan ikut perangai bapak .. contohi perangai Rasulullah s.a.w .. Ok, Qhaliff ?

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Haaaa .. Wife aku tanya aku .. Nak beli RASA tak ? Aku yang tak pernah langsung beli atau terfikir nak beli majalah masakan , terus mengangguk tanpa fikir panjang .. Kenapa dan mengapa ? Jawapannya .. Anda tgk sendiri di bawah ini !

Yearghhhh .. MAT GEBU aka www.tiffinbiru.com .. Yakni jiran blog aku tu haaa .. Letih nak singkap sejarah perkenalan kitorang .. Cari la kat dalam blog ni.. Search jee.. confirm jumpa .. hehe ..

Apa yang membanggakan aku ialah , Mat Gebu adalah kumbang dikalangan bunga yang diberi penghormatan untuk berada dalam majalah RASA , majalah masakan yang tak perlu nak diperkenalkan dah .. Dah popular gitu .. hehe .. Bangga nehhhh .. Haaaaa.. Pak angkat Qhaliff.. Cukup time , g tuntut ilmu kat Sedenak tu haa.. Tapi tamo tidur kat Legend Hotel tu.. hahaha ..

Tamo citer panjang , korang gi la sambar satu untuk kenangan dan support geng geng blogger ni haaa.. Tunjuk yang blogger ni bersatu hati .. kan kan ?

 

Selain Mat Gebu , ada kak Azlita dan kak Che CT yang turut diberi penghormatan .. Tahniah buat anda semua ..

Aku ? Aku ? Aku ? Suruh buat bubur Qhaliff pon jadi spagetti ! Camana nak join diorang .. Hahahaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Kelopak mata merah dah .. Asik ditonyoh.. Tanda awal nak tidur.. Tunggu dia ngantuk benar .. Hehehe .. Standby susu .. Yearghh..

Sampai masa…. susu sebotol .. Sebelum tu , kasi makan dulu .. Haaa..Baru sedap tidur nihh ..

 

Abis je susu .. Tu dia..Terus bangun .. ‘Naik kuda ‘ terus wooo.. Tensen bapak dia nih ..

Tak cukup dengan kuda .. Sambung dengan menepuk meja ! Ambik koo..

Arghhh .. Ok fine… Jom mandi .. Bukak baju seluar .. Jadi lagu tu pulakkk .. Duduk atas netbook aku .. Kacau barang aku pulak haaa … adehh ..

Akhirnya .. aku mandikan dia .. Kasi freshh .. susu sebotol .. Kasi nanyi skit .. Dan … Zzzzzz …

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Kalau dia lena , mmg best ! Leh buat macam macam kerja rumah .. Aku leh update blog beratus kali .. Kalau dia jaga , aku confirm bergaduh dengan dia .. Berebut laptop. Aku nak update dan dia nak cungkil !Grr..

Bila dia terjaga dari tidur , cepat cepat gi kata .. “Ssyyy…syyyyyy…” .. Dia sambung tidur balik .. Dia tau ada orang sebelah dia .. Hahahaha .. Penakot ? Entah .. Sejak dua menjak ni nak kena ada orang je ngan dia .. hahaha ..

Tuuu .. tidur ngantuk sangat la tu ..Tidur dari kul 12 tadi .. skang kul 1.40.. dan dia jagaaa dahh !! ARghhh …

Tak leh ngumpat langsung dia ni.. cepat je sedar ! Arghhhh … Masa untuk dukung dia lak .. Adeh..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

“ Selagi mana tidak memudaratkan aku , aku akan tetap merokok dan selagi tiada fatwa mengatakan rokok itu haram .. aku tetap merokok .. “. Kata kata seorang rakan yang bijak dalam ilmu agama ..

Ok , aku malas nak bertekak bab ni terutama dia sendiri pun bijak dalam agama nak dibandingkan aku yang jauh lebih cetek darinya .. Cuma aku mampu tersenyum je la ..

Perokok ni , hanya dok kisahkan diri dia saja.. Selagi dia sihat , dia akan merokok .. Camana pulak dgn orang sekeliling ? Kalau dia hisap rokok , jauh dari orang ramai .. ok , takde sapa nak marah atau larang .. Tapi kalau dok hisap depan kawan kawan walaupun kawan kawan dah berkali kali dok ingatkan , camana ?

Jika merokok tidak memudaratkan diri dia , apakah dia tidak tahu bahawa asap rokok itu akan memudaratkan orang lain yang berada disekelilingnya ? Ok , dia tak kisah .. Tapi kalau tak kisah , berbalik pada hukum agama .. Apakah hukum jika perbuatan seseorang itu mampu mendatangkan kemudaratan pada orang lain ? Hurm..

Dan menariknya .. Dia bagitau , hukum merokok ni cumalah makruh. Belum jatuh haram .. Ok .. Aku google dan jumpa jawapan dari ahli agama sendiri ..

“  Hisap rokok itu makruh jika ia  sekali sekala tetapi jika dihisap hari-hari sehingga ketagih dan memudaratkan kesihatan serta  asapnya boleh mengganggu  orang ramai ia dihukumkan haram.Itulah maksud sebenar yang dikatakan orang kawan anda itu. “.

– Sumber : IslamGrid

 

Dan menariknya , ada yang kata bila merokok baru datang idea atau bila merokok baru ada stamina nak main bola atau workout .. Heeeee … Dasat betul pemikiran mereka setelah dikelabukan dek asap rokok ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

565723_395062470587909_681593733_n

Pakej Percubaan...Promosi Tahun Baru Cina....

Pakej Percubaan Sd2

1 tin alpha lipid sd2
1 shaker
1 buku panduan
ketostik utk cek pembakaran lemak
pos laju

Harga terbaikkk....PM/SMS?whatsup 019-4511649

< Masukkan gambar yg sy attach>

Program ALSD2 adalah program pengurusan badan mengamalkan teknik diet protein, di mana anda perlu makan (selain karbohidrat) tanpa perlu meninggalkan rutin pemakanan harian anda. Oleh itu, anda tidak akan merasa letih dan lesu sebaliknya anda lebih bertenaga walaupun proses pembakaran lemak berlaku.

     

  • Makan protein lebih spt ayam, daging, ikan, telur, seafood dan sayur.
  • Kurangkan pengambilan karbohidrat spt beras, makanan berkanji, gandum
  • Minum air 8 gelas sehari supaya lemak yg dibakar dapat keluar melalui air kencing dan perpeluhan

BERMINAT PM/SMS/WHATSUP 019-4511649

http://www.facebook.com/teratakniagaku

-Naizatul Hasma-
Contact Number:  0194511649

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Tau apa dia buat bila aku suruh dia cium pipi aku ? Dia tolak muka aku dengan tangan dia .. huhu.. Tapi kalau mak aku suruh , dia buat.. Wife suruh dia buat … Sepupu dia suruh , dia buat .. Daddy dia jer suruh , dia tamoooo .. kenapa ??? Kenapa begini ?

Hurm… saja nak bermain.. Lepas tolak tu , dia pandang muka aku dengan senyuman. Dia tunggu aku kata ..

“ Haaaa ??? Tolak mukaa daddyy ?? .. “

Pastu dia ketawa .. Heeee .. Besar dah anak aku ni .. Sekejap je dah lebih 10 bulan .. Dan janggut aku pun dah mula beruban ..

Makin besar anak kita , makin dekat kita dengan kubur ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

-iklan ini disediakan oleh pengiklan sendiri-

OMEGA GUARD ni sangat banyak KHASIAT. OMEGA GUARD mengandungi Omega 3, DHA, EPA & LLA. Antara khasiat OMEGA GUARD:

  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat
  4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
  5. Mengekalkan tekanan normal darah
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  7. Mengurangkan sakit kepala
  8. Merendahkan kolestrol
  9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  11. Mengawal masalah obesiti
  12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
  15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  16. Membantu menyihatkan paru-paru
  17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
  18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
    20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  20. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  21. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
  22. Memelihara fungsi-fungsi sendi
  23. Mencegah penyakit gout

Jom kita tengok set-set yang sesuai digandingkan dengan OMEGA GUARD.. Klik SINI

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Bukan kerana cinta yer !

 

Muka depan

Dari SinarHarian .. Aku zooooom dan baca .. Ahaaa.. Nampak ! Nak g beli , malas .. hehehe .. Antaranya ialah ..

  • Didakwa tidak dibenar ziarah kematian anggota keluarga terdekat ..
  • Bergantung hidup dengan mi segera kerana suka dapat makanan halal ..
  • Gaji RM300,000 sebulan hanya indah khabar dari rupa ..
  • Tumpang rakan kerana tidak mampu bayar sewa ..

Itu antaranya .. kalau nak tau lagi , beli je Sinar Harian. Hurmm ..Entahlah .. Cuma bagi aku , nak senang ni bukan mudah . Kita tengok je bintang bintang dunia .. Apakah kejayaan datang mengolek sekelip mata ? Bagaimana hidup mereka sewaktu sebelum bergelar bintang ?

Mungkin aku tak merasa kepayahan atau kesukaran si Nadzmi tapi kalau benar benar nak mengejar cita-cita , itulah halangan utama yang perlu ditempuhi .. Takkan orang nak bagi semudah tu je kan ?

Cita cita nak pergi jauh tinggi .. Tapi kalau baru macam ni dah mengeluh , camana kan ? Akhirnya , balik ke sarang jua.. Apa pun , tahniah .. Anda tau yang terbaik buat diri anda ..

Kembali singkap sejarah mereka yang bergelar JAGUH di dunia ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Hari ini , kita duduk rumah diam diam yer , Qhaliff.. hehehe .. Kenapa hari ni tak ikut ? ? Sebabnyaaaa … hari niiii .. hari ni … ada sesuatu yang best akan berlaku.. InshaAllah ..

Apakah itu ? Sama seperti kabinet tv , aku dapat satu lagi penaja untuk rumah baru aku .. tapi dari berlainan syarikat.. dan bukannya perabut .. lainnnn..

Apakai itu ? Hehehehe .. Tu kena tunggu tengahari selepas meeting dengan pemilik syarikat tu nanti .. heeee..

InshaAllah .. Segala angan-angan perlu ada usaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Hehehe .. Bila mak aku mandikan cucu-cucunya , confirm bedak penuh satu badan ! Hahahaha .. Teringat zaman kanak kanak dulu .. Aku g sekolah pon abis berbedak muka .. Nak kata kasi putih , aku mmg dah gelap .. Nak kata kasi wangi , takkan cikgu nak cium pipi aku lak kan ? Hehehee ..

Tak kisah la.. Janji] tok sayang Qhaliff , kan ? Hehehehe .. Sememangnya aku akan mintak mak aku mandikan Qhaliff dan kasi makan .. Bukan nak susahkan dia tapi saja nak dia bermanja dengan Qhaliff ..

Hati orang tua ni , sukar nak diramal .. Kita nak jaga hati dia , jadi lain lak .. Haa.. Jadi , kita kena bijak baca emosi mereka .. hurmm ..

Janji comel ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Terkedu … serius aku terkedu tapi aku tak hairan .. Hurmmm .. Manusia sanggup buat apa saja , asalkan nafsunya dipenuhi .. Hurmmm..  Nak kata apa lagi ? Kata lelebih , jadi dosa ..

Baru nak tarik besi petang tadi , kawan aku bukak cerita pasal GAY .. Jap , aku bukak ke dia bukak .. aku pun tak tau .. Bukak cerita laaa ..

Ada la dia cerita pasal budak gay datang gym .. Saja nak try test dia .. Nak ngorat la tuuu .. Untung untung dapat abang sasa .. hahahaha .. Geli aiii okehhh !

Dalam dok bercerita tu , ada la dia cakap pasal sorang kawan tu .. Kawan perempuan dia tu ada luahkan rasa hati .. Terkejut dengan teman lelaki dia .. Teman lelakinya sanggup gadaikan .. er… nak tulis camana ehh.. Hurmmm .. Ok , maruah.. senang cakap laa.. Hanya kerana sekotak rokok ! Aloooo .. Luar tabie tu okeh !! Dia sanggup hanya kerana upahnya sekotak rokok ! Murah betul kan ?

Tak hairan sebenarnyaa… Banyak laa kes kes cam ni .. Ada kes budak sekolah ( perempuan ) , sekali pegang ..RM 1 ! Apa cerita ??? Jangan geleng kepala .. Jangan mengata lebih .. Kita pandang anak kita dan .. pandai pandai laaa …

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Asalkan bernafas seketika. Ni hp adik perempuan aku. Pinjam seketika.. kalau pinjam terus pun comel gak .. hehe .. Terasa beza sangat la tapi bersyukur laaa.. Dari takde langsung kan ? Heeee …

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Hurmm … Wife aku tiba-tiba bangun dan dukung Qhaliff .. Asap rokok katanya .. Hurmmm …

Aku pandang meja sebelah.. Ada dua lelaki , seorang budak perempuan yang berusia setahun dua gitu dan ibunya, sambil menutup hidung dengan sapu tangan .. Menariknya, budak perempuan tu , berada dipangkuan ayahnya yang sedang merokok itu ..

Ego kan ? Kalau dah nampak isterinya yang dah besar tu pun tau busuk walaupun rokok yang dihisapnya itu cumalah rokok elektronik tapi bau tetap ada ..

Camana tu ? Hurmmm … Susah kan ? Nak tego , melenting.. Nak biar , kita lak terseksa.. Susah sangat ke nak faham yang apa apa asap tu sememangnya busuk. Anak jin je suka asap asap ni .. Haihh…

Sekurang-kurangnya , hormatlah .. Tu pun susah ?

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Sebelum masuk bengkel !!! Heheeeee ..

Tak tau laaa berapa lama lagi leh upload ke dalam instagram.. Hurmm .. Rindu pulak aku nak like pic orang pasni .. heeeeee…  Harapnya hp aku tu , diorang tak format laaaa … Kalau format , aku cuma mampu garu kepala ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Gambar- Lelong.com.my

Hurmm .. Aku beli HTC ONE X aku tu di Low Yatt.. Di kedai Pda Expert yang aku dah setia beli kat situ sejak kali pertama beli Tytn II .. Kenapa ? Sebab servicenya yang ok .. Nak kat terbaik tu , tak la sangat.. Tapi jauh ok la dari sesetengah kedai ..

Pastu yang penting ialah jaminan kerosakkan dari segi software dan hardware .. Tu mmg penting .. Bila rosak , tak yah pening kepala selagi mana ada warranti .. Bawak je gi sana , settle .. Tukar je mana mana yang patut… Lainlah kecuaian kita , kita kena bayar.. Kalau tak , ada warranti .. senang ! Bagi , balik .. datang , amik.. Settle ..

Ada yang tanya … apa beza Original set dari agen dilantik dan AP ? Ok , ni sedikit info dari CARIGOLD ..

HTC ORI

  • Warranty daripada SiS
  • 2 years warranty (1+1)
  • 2nd year punya warranty valid cuma kalau register warranty dalam tempoh 7 hari selepas pembelian
  • kerosakan boleh deal terus ngan SiS service centre

HTC AP

  • Warranty daripada AP distributor
  • 1 years warranty
    - kerosakan kena hantar kedai yg jual

Ok .. Nasihat aku … Biar rugi skit dari pening kepala .. Serius , mmg pening kepala bila nak bertekak bab warranty ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Foto Menarik

Gambar pilihan HMetro ini mengingatkan aku pada detik detik setiap pagi setiap hari yang mana pelbagai ragam pemandu dapat dirakamkan dek kepala otak aku .. Perghh .. Pening tengok .. Antaranya eh ?

  • Pandu di lorong laju tapi bawak perlahan .. Tingkap diturunkan tangan kanan di atas bingkai cermin sambil hisap rokok.. Cool je nampak kan ?
  • Di lorong tengah , ada yang penuh berhati hati . Pandu ikut had kelajuan walaupun depannya sangatlah kosong .. Berderet kereta di belakang. Nak potong camana kalau kelajuan pon dah capai had ..  Ikut je la sambil garu kepala ..
  • Potong queue seolah olah dia saja nak cepat .. Kita ni ?

Banyak sangatlah karenah pemandu ni .. Yelah , kita sendiri pun ada karenah sendiri kan ? Hhehe.. orang pun kekadang bengang gak ngan kita .. Maklumlah , ada antara kita kejar masa atau sakit perut nak berak .. huhu ..

Pastinya , setiap pagi atas jalan raya .. ada saja yang akan mengidap tekanan darah tinggi .. Kalau dj radio bijak hiburkan pendengarnya , sedikit sebanyak kurang skit stress tapi kalau diupnya isu isu yang panas cam kes curang , madu dsbnya .. mau jugak laki bini bertekak dalam kereta .. hehe… Tambah stress ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Apaaa ????  7 hari bekerja ?? Arghhhhh … Ari ni kalau dia antar … esok , lusa , sabtu .. Kalau diorang dah amik cuti raya , jawabnya .. Sabtu depan la kot baru dapat handphone aku tu ..

Hurmmm .. Penting sangatkah ? Penting laaa … Dah la tak buat backup gambar gambar dengan Qhaliff tuu.. Video dia lagi.. Hurmm.. Nasib baik la aku dah banyak update dalam blog ,upload ke FB , Instagram dan Twitter.. Kalau tak ? Hurmm .. Nak tranfer ke Dropbox pun makan masa.. Buat backup ? Lama gilerrrr .. Ari tu dah buat.. Dalam external hardisk tapi hilang dah external aku tuu ..

Hurmmm .. Skang ni camana aku nak dapat maklumat terkini dengan pantas ? Twitter ? Facebook , nak update secara live blogging jika tanpa hp aku tu ?

Jawabnya … aku kena pinjam semula laaa dari wife aku .. HTC Desire aku tu .. huu …. Terpaksa ! Sementara nak bernafas.. Satu lagi masalah aku ialah , Qhaliff suka tgk video yang ada dalam hp tu .. Untuk tidurkan dia .. Yelah , video tu membosankan dia ..tu sbb dia tidur .. huhu ..

Beli baru ????? Sama jer ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

565723_395062470587909_681593733_n 179977_354635834607178_749548534_n

 

Sudahkah anda mencuba produk pengurusan badan Alpha Lipid SD2? 
Jika belum, anda seharusnya mencuba Alpha Lipid SD2 sekarang kerana ia bukan sahaja mampu menurunkan berat badan anda, malahan ia turut membantu anda kurus secara sihat dan semulajadi.

Bagaimana pula dengan mereka yang sudah menggunakan Alpha Lipid SD2? Adakah anda tahu konsep sebenar diet sihat Alpha Lipid SD2 ini? Adakah anda tahu samada ianya adalah makanan gantian atau makanan tambahan? Atau apakah ianya sejenis ubat-ubatan?

Alpha Lipid SD2 - Sebagai Makanan Tambahan

Buat pengetahuan umum, makanan gantian adalah produk yang mensyaratkan anda untuk mengambil hanya produk tersebut, sebagai contoh pada waktu sarapan, tetapi anda sama sekali tidak dibenarkan mengambil makanan sarapan anda. Namun, lain pula bagi makanan tambahan.

Makanan tambahan tidak mensyaratkan anda untuk mengambil produk tersebut semata-mata, malahan bagiAlpha Lipid SD2, anda digalakkan pula mengambil hidangan anda seperti biasa pada setiap hari seperti sarapan, tengahari dan makan malam. Anda tak boleh berlapar semasa berdiet! Pelik bukan??

Jadi,  jangan lepaskan produk yang sangat mudah dan berkesan seperti Alpha Lipid SD2. Bayangkanlah anda tidak akan terseksa kerana menahan lapar untuk menjadi kurus! Sila dapatkan daripada kami, 019-4511649.

P/s: Alpha Lipid SD2 juga bukanlah sejenis ubat-ubatan atau dadah kerana ianya dicipta berasaskan daripada bahan-bahan semulajadi sahaja seperti protein soya dan sebagainya. Jadi ianya selamat digunakan! :)

Berminat Hubungi : Nai 019-4511649

http://www.facebook.com/teratakniagaku

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Semalam sewaktu aku memandu pulang bersama Qhaliff dari Cheras menuju ke Putrajaya , hampir berlaku satu kemalangan .. Puncanya ? Hurmmm .. sikap kurang ajar pemandu !

Gini ceritanya. Setiap petang jam 5 .. selepas solat Asar , aku akan memandu balik ke Putrajaya untuk menjemput wife di pejabat .. Haaa .. Dan Qhaliff yang berada di sisi , setia menjadi peneman aku dengan botol susu serta lagu lagu ABC mahupun Alif Ba Ta dia tu haaa ..

Bila susu habis , Qhaliff mula mengantuk. Untuk tidurkan dia , aku akan berselawat dan juga berzikir .. Berulang ulang kali hingga aku pulak yang rasa best .. Rasa tenang sangat diri walaupun memandu dalam keadaan jalan agak sesak ..

Berhampiran Sri Kembangan , berdekatan UNITEN .. sedang aku menjarakkan kereta aku dengan lori di depan , tiba-tiba ada sebuah kereta yang dipandu laju , memancung aku di tengah tengah antara kereta aku dan lori ! Yang mana jaraknya mmg muat sebuah kereta jer ! Tujuan pemandu kereta tu , adalah untuk terus amik lorong di sebelah kiri seterusnya ke arah jalan lain !

Boleh gitu ? Bayangkan ketika tu aku dok angan angan .. Atau dok teringat awek yang baru lemparkan senyuman kat aku di Instagram .. Apakah akan terjadi ? Maklumlah , kalau pandu laju , kena AES lak .. Nak tak nak , ikut je la peraturan .. Tapi bila pandu slow , berangan la jadinya .. Menguap .. Cer bayangkan apa boleh terjadi ?

Tapi aku cooll sangat.. Serius .. Kalau tak , aku lama dah bagi hon kapal kat kereta tu .. Confirm non stop punya hon .. Lantak dia laaaa .. Tapi aku rasa malas sangat nak marah .. Aku rasa macam aku jadi lain gitu.. Tapi aku tak pelik.. Bagi aku , itulah kelebihan berzikir tanpa kira masa ..

Alhamdulillah ..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes