
Lama gile tak dating kat sini .. Cafe Milano mmg pilihan kitorang..Sedap woo.. G la try kat foodcourt tu..
Hurmm .. nak cari baju Qhaliff kat sini gak disamping bwk wife jenjalan.. hahaha.. tensen keje katanya..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Lama gile tak dating kat sini .. Cafe Milano mmg pilihan kitorang..Sedap woo.. G la try kat foodcourt tu..
Hurmm .. nak cari baju Qhaliff kat sini gak disamping bwk wife jenjalan.. hahaha.. tensen keje katanya..
Kunyit dicampur dgn kapur .. Hati-hati skit.. tangan baby ni pantas ..
Bagi kering pastu basuh..Alhamdulillah, ada beza dgn sblm tu.. Tdo pon lena dia..

Hehehe .. Kalau Rusdi Ramli berlakon , terus terang .. mmg best ! Heeee .. Jadi drama yang simple ini berkesan kerana kehadiran dia .. Dan dimantapkan lagi dengan Yasmin Hani yang senantiasa pakai seluar ketat tu .. Heeee.. Jangan marah aa ..
Gambar Qhaliff tu kenapa ? Tu gambar yang bermaksud JANGAN GANGGU AKU ! AKU NAK RACING !! Hahahaha ..
Ok .. keseluruhan drama ni , boleh dilayan di malam minggu .. Kalau disiarkan jam 6 petang , rasanya takde orang nak tengok kot .. Nasib baik tayang malam kan ? Kira boleh la dijadikan bahan untuk melelapkan mata terus ..
Apa pun .. Rusdi Ramli terbaik ! Lain lain tu , sila cuba lagi … Adik kecik , jangan over sangat .. Biasa biasa je lakonan tu.. Tamo over cam orang dewasa sangat noo ..
Jumpa jugak kunyit .. Tu pun wife yg beli .. hehehe.. Teruk sangat selsema dia.. Bila wife buat gitu , baru kurang .. Yang ada batuk skit skit ..
Dah lega , baru leh gi shopping ... heee..
Decoder BEYOND ASTRO rumah aku problem dah 3 hari . Dok tunggu orang diorang janji nak datang .. Katanya antara jam 2-4 petang .. Skang dah 3.45 petang .. Ada lagi 15 minit.
Sebelum tu ada orang call tapi aku tak jawab sebab dok bagi Qhaliff makan. Pastu aku call semula dengan kredit aku yang cuma ada baki bersen tu ..
“ Helo , siapa ni yer ? “. Aku tanya tanpa beri salam. Terlupa !
“ En. Ben yer ? ( Bukan nama sebenar ). Saya dari ASTRO. Nak tanya bil bulan 2 dah bayar ke belum ? “. Jawab orang tu tanpa bagitau sapa nama dia . Name tag pon tak nampak aku.
“ Oh , dah .. “. Jawab aku tanpa fikir panjang..
“ Ok. Terima kasih. “ . Jawab lelaki tu..
Tu jer ??? Tu jer ???? Tu jer ???????? Huk aloh … Aku ingatkan baru menang hadiah bercuti ke Gold Coast ke .. Tapi sekadar nak tanya dah bayar ke belum ? Perghhh … Pengutip hutang dilantik la kot ?
“ Sayang .. Bil Astro dah bayar ke belum ? “. Tanya aku pada wife yang sibuk di dapur menyediakan makan tengahari.
“ Belum lagi.. Kenapa ? “. Jawabnya .
“ Astro call kutip hutang. “. Aku balas..
“ Gaji pun belum , dah call tanya bayaran ? “ . Dia soal ..
Aku gelak je la.. Lain kali kalau org tu call , aku pun suh dia tunggu … tunggu pastu aku gi tandas .. Tunggu la kooooo .. Bulan 2 pun tak abis lagi .. Aku sendiri baru tengok Astro bulan ni .. Dah kalut suh bayar ..
Panjang umur .. baru sampai .. 3.50 petang .. hujung hujung woo.. Aku byar pun hujung hujung je la .. Heh ..
Click To Proceed !
Takkan kot kuota 20GB dah abis ??? Aku buat apa sampai abis tak sampai sebulan ? Hurmmm .. Download ? Hehehe.. Tak la hari hari pon.. Pelik ? Tak gak .. aku online 24 jam .. Maunya tak abis .. hehe ..
Ok.. hampir sebulan aku guna Maxis broadband melalui MiFi ni .. Tau ke ? MiFi ? Ada yang tak tau.. Ok , sila rujuk gambar dibawah ini ..

Untung.. leh bawak ke mana mana dan dikongsikan beramai ramai .. Hehehe.. Aku test gak guna ramai ramai semalam .. Kelajuan dia tetap ok walaupun tengok youtube..
Ok , sambung.. Kuota dah tamat ! Nak kena beli ke ? Kalau tak beli camana ? Setakat ni , aku tak beli sbb dia kata tiada bayaran tambahan dikenakan kecuali kelajuannya tidaklah segempak asal ! Kira dah turun gred la.. Tak silap aku jadi 128kb je ..
Namun begitu , dengan kelajuan begitu , aku masih mampu bukak internet , whatsapp dan update blog ! Ok la kan ? Berbaloi la kan ? Aku bukan nak download sangat .. Janji leh buat kerja , dahh !
Apa pun , kena tunggu bil nanti ! Apakah aku cuma perlu bayar yuran bulanan seperti asalnya atau ??? Aku amik pakej RM88 .. Apakah sebanyak itu je kena bayar atau ada bayaran tambahan ! Haaa ..
Aku guna Celcom broadband.. Kalau dah abis kuota , guna juga .. kena charge ! Memang terkedu gak la ..
Benar atau tidak , tunggu bil nanti ! Kalau bohong , mmg kena serang laaa Maxis Centre di KLCC tu … Kalau tak bohong , korang guna la.. Berbaloi weh.. Dah la leh usung ke mana mana .. Dah abis kuota pun leh guna dgn cemerlang lagi .. hehehe ..
Tiada bayaran untuk iklan Maxis ini ! Rugi weh..
Semakin panas ! Aku yang tak pernah terasa bahang PRU dan tak pernah amik kisah , kali ni aku amik kisah .. Kenapa ? Sebab aku dah ‘sedar’ betapa pentingnya semua ini untuk aku , keluarga aku , masyarakat dan juga negara yang aku cintai .
Dengan pengalaman aku yang cetek di sektor awam dan swasta , aku benar benar terasa betapa pentingnya politik dalam negara kita ni . Bayangkan eh , nak cari kerja pun kena ada kabel ! Kabel ni , maksudnya orang yang kita kenal rapat dalam satu satu organisasi untuk memudahkan urusan … Dapat tak dapat , tu belakang kira . Yang penting , boleh potong queue ..
Bayangkan mak ayah anda ditimpa musibah. Pada sapa kita nak pergi mengadu ? Siapakah kita ? Anak menteri ? Anak datuk ? Orang biasa ? Sapa nak bantu ? Masyarakat ? Anda parti politk mana ? Gi hospital , sila beratur..
Aku akan mengundi di Bandar Tun Razak untuk pertama kalinya selepas berumur 37 tahun .. Rugi kan ? Tak pe.. masa tu politik bagi aku ok lagi sbb aku ditanggung sepenuhnya oleh mak bapak aku . Aku tau , pagi gi kelas .. petang main bola .. Malam call awek ..
Bila dah usia gini , dengan pengalaman cetek hasil dari kegiatan harian , campur gaul dengan manusia lain serta kerjaya dan juga aktiviti harian membuatkan betapa pentingnya undi aku tu ..
Aku tamo la nak cerita lebih pasal politik , parti atau korupsi korupsi yang berleluasa dalam negara kita ni . Apa yg aku tau ialah , inilah masa untuk memperbetulkan kembali negara kita ..
Kita bukannya nak hidup mewah di negara kita . Kita hidup ni pon atas kerana perintah ALLAH .. Setiap hela nafas kita , ada ujiannya. Apakah yang kita buat dengan setiap nafas kita tu ? Bukannya suka suka jer .. Kita minum air pun bukan suka suka ! Sbb badan memerlukan air ! Mana ada suka suka kan ? Kita gi dating pon bukan suka suka ! Sbb nak cari dosa ! Haa.. tu pikiaq sendiri la eh .. hehee..
Jadi , aku malas nak bebel panjang.. Cepatlah bubar parlimen. Aku nak gi undi kat BTR pastu nak lari balik Kok Lanas sbb wife lak nak undi kat sana .. Haaaa.. Rugi wooo … Kelantan tuuuu … Hahahaha..
Undi adalah rahsia ? Jangan wat lawak ler ..
Aku tak pernah try Herbalife untuk dijadikan makanan tambahan .. Sebelum ni , dok amik suppliment yang khas untuk bodybuilding tapi aku rasa tamo dah .. Kenapa ? Rajinkan google .. hehe ..

Jadi yang ni ok ke ?? Aku tak nak kata ok sbb aku bukan pakar . Tapi menurut rakan yang menjualnya , ianya berasaskan tumbuhan berbanding yang selalu aku amik tu , dari binatang.. Jadi statusnya pasti meragukan , kan ? Wallahualam. .
Ok .. Yang ni protein shake .. Aku amik setiap pagi dan malam ataupun selepas workout. Saja nak test apakah kesannya sama cam protein yang biasa aku amik. Bukanlah boleh membesar cam king kong tapi otot otot tu , lebih pada sihat atau tidak ..
Ada beberapa suppliment yang aku ada lagi .. Nanti aku bagitau eh .. Setakat ni , protein shake ni aku amik mmg ok la .. Kena pandai bancuh .. hehe..
Alhamdulillah .. Qhaliff senantiasa mendapat kata kata manis yang diibaratkan doa buatnya diatas sikapnya yang sangat tenang itu . Serius kata , sikap tu milik ibunya. Aku tak mungkin setenang itu .. heee…
Tadi ada la gi jumpa sorang rakan ni dengan anak-anaknya .. Katanya , dah dua kali jumpa Qhaliff .. dia tengok Qhaliff cool je walaupun dok demam. Takde la nak wat karenah depan orang ramai ..
Aku mmg perasan gitu. Bukanlah nak kata aku puji anak sendiri tapi sememangnya begitu. Bila depan orang , dia dahaga camana pun dia tak de la nak menangis seperti dia duluuu .. Dia tahan je hingga masuk dalam kereta.. Pastu baru keluar segala taring dan kuku !
Kata-kata itu doa .. Kalau orang dok berkata baik pada anak kita, inshaAllah .. Jangan pulak pasni dok berkata buruk pada anak orang lak ! Grrr …
Maksud aku ialah susu formula atau yang dikotakkan ? Hurmmm .. Cuba tonton video di bawah ini . Kalau tak jelas , sila tekan CC untuk dapatkan sarikata Bahasa Melayu .. Kot la tak jelas ..
Patutlah … Aku perasan anak buah aku dok batuk berkahak kerap sangat .. Susah sangat nak baik .. Aku tak tau la kot puncanya dari susu tepung ke apa tapi .. hurm.. Qhaliff yang dah mula campur susu sbb tak cukup stok , pun dh mula kerap demam selsema dan batuk ..
Benarkah kata mamat dalam video tu ? Apakah ini salah satu agenda mereka untuk hancurkan kita ? Wallahualam ..
Ada perkara kita tak tau tapi jangan sampai wat tak tau bila orang bagitau ..
Citer baek baek ajer .. Kalau takde citer,jgn citer .. Diam lebih baik dr membodohkan diri sendiri ..
Kalau nak citer gak, boleh .. tanggunglah dosa sendiri.. Tak susah pun , Kan ? Seperkara yg kena ingat .. dosa sesama manusia, perlu dilunaskan sesama manusia..
Jadilah blogger yg 'bermutu tinggi'..
Aku rasa .. aku nak stop dah gi gym .. Nak cari sukan lain lak .. Yelah , nak kena jaga anak. Maintenance pon confirm naik.. Elaun suri rumah tak naik .. huhu ..
Takde la.. aku rasa aku tua dah nak buat badan ni.. Maintain macho je la Kot .. hehe.. maksudnya jgn sampai boroi.. Nyaris dah ari tu ..
Pastu , leh bwk Qhaliff join sama bersukan.. Adik dia ?? Hurmmmmmm... Dua dua usung ? Perghh .. Daddy dores akuu..
Camana la laki tak boroi .. kan ?

Manja terlebih dah .. Risau nanti susah nak belajar disebabkan dah manja. Tu kata wife la .. Kata aku , hurmm.. Ni kecik lagi.. Tunggu besar skit .. Takde dah nak manja manja.. Kerja keras bermula !
Tapi ada bagusnya jugak sebenarnya kalau gi ‘sekolah’ seawal usia sbb pendedahan sebelum masuk ke sekolah sebenar . Nanti tak meragam dan takut takut cam bapak dia dulu .. Bapak dia dulu takut wooo .. Bukan takut sebenarnya tapi boring sbb semua laki jer .. Hahaa ..
Qhaliff .. dah ada plan untuk dia .. Apakah itu ? Hehe.. Segalanya akan diupdate dalam blog .. heeee..
Sekejap je masa berlalu kan .. Tau tau dah 27 umur aku ..
Masih dalam pembikinan merekabentuk baju baju ni .. Hehehe .. Sapa yang design ? Hehee… Bukan aku .. Tapi si gadis ayu yang berada di Kemaman nun .. hehehe ..

Masih belum diputuskan nak buat camana .. Tapi aku berkenan sungguh la rekabentuk cam ni .. Apa pendapat korang ? Kalau design ni , aku rasa harga pun mesti lain .. Maklumlah , nak kena cetak satu satu ikut url blog .. Kecuali takde url , senang dan cepat ..
Apa pendapat korang ? Ok tak ?
PERTANDINGAN BINTANG (NYANYIAN) SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2013.
Adakah anda berumur 18 tahun ke atas dan wargenegara Malaysia? Datanglah ke Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay untuk Ujibakat Pertandingan Bintang (Nyanyian). Pertandingan ini diadakan dengan tujuan untuk mencungkil bakat seni yang dimiliki oleh rakyat Malaysia sambil memeriahkan sambutan ke-11 Hari Kraf Kebangsaan.
Anda tiada masa? Jangan risau… Waktu uji bakat boleh pilih antara 1, 2 atau 3 Mac 2013 dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Hadiah lumayan menanti anda.
Tempat Pertama : RM3,000.00
Tempat Kedua : RM2,000.00
Tempat Ketiga : RM1,000.00
Sagu Hati : RM500.00 X 5 pemenang
Yuran penyertaan? PERCUMA! Lengkapkan borang di bawah dan faks ke 03-2161 3773 atau hubungi 03-21613793 untuk sebarang pertanyaan.

Dating berdua ngan wife .. Dia kata dia asyik nak buang air kecil jer .. Dulu sblm disahkan mengandung ,gitu gak ... Dan dah seminggu lewat ! Gulp ..
Jeng.. Jeng.. Jeng ..
Laptop yg penuh dengan .. sejarah tersendiri dan meneruskan tradisinya oleh Qhaliff ..
Tahniah !! Semoga daddy dapat laptop baru ..
Serius .. Meluat aku baca 3 artikal sukan bolasepak yang melibatkan FAM .. Perghhh .. Apa la nak jadi ngan sukan bolasepak negara kita ni ?
Kalau orang kata kita tak leh gi mana mana dengan bolasepak , tapi peliknya pasukan negara yang bawah 18 tahun dari dulu hingga sekarang cemerlang dalam dan luar negara . Tapi bila dah ‘besar’ , hancur lebur ! Lebur weh ! Kenapa ? Hanya FAM ada jawapannya ..
Kemudian , kes kes terkini yang melibatkan FAM dan keputusan yang diambil mereka , sangatlah menepukan dahi aku sendiri ! Tak masuk dek akal dan mengarut gila ! Macam budak sekolah takbir persatuan. Rasanya budak sekolah lagi bagus ..
Bila rakyat kembali memberi kepercayaan pada sukan bolasepak negara , inilah pulak ragamnya .. Haihh .. Macam macam laaa .. Kang tak sokong , kata tak bagi moral support laaa ..
Apakah aku juga akan disaman atau didenda FAM kerana kritikan terbuka? Dilarang memasuki stadium seumur hidup ?? Atau tak leh tengok mana mana pertandingan melibatkan pasukan negara ? Atau nak saman aku berpuluh ribu ? Ekekeke .. Lawak la . Bikin malu persatuan !
Oh ya, seumur hidup aku masuk stadium .. sekali jer .. Hehehe … Pastu selebihnya tgk tv dan baca paper .. Dan join gossip gossip liar di kedai nasi ayam kukus ..
Apa kata FAM tubuh pasukan sendiri , guna duit sendiri .. cari penaja ke .. Tak kisah la .. Asal bukan duit rakyat … Pastu .. Sukahati la nak buat apa pun … Duit anda , anda uruskan sendiri .. Dan namakan FAM ( M ) SDN BHD …
FAM … sebelum stadium kembali kosong , lebih baik bubar pentadbiran dan buat lantikan baru .. Terutama coach yang asik asik dok test power tapi pasukan negara lain dah jauh meninggalkan kita.. Tunggu nak bagus , jawabnya rambut aku sama color dengan coach tu laaa .. Tapi hensem apa.. Cam Richard Gere la pulak aku nanti..
Panas lagi badan dia .. siann.. Tak lena tidur dia.. Mak dia pun ..Aku ponnn ... Heee..
Bila dah sedar , terus nangis ... Heh.. Takde org kat sisi.. Aku dok workout berdekatan dgn dia .. Mummy bizi kat dapur ... Huhu..
Pasang UPIN IPIN .. diam terus jadi gitu haaaa... Skill budak demam .. Siann ..
Aku gi Low Yatt semalam untuk amik handphone aku .. Ada insiden yang nyaris membuatkan aku mati nafsu untuk guna handphone tu ! hurmm ..
Parking kereta di basement Low Yatt Plaza seawal pagi untuk elakkan terpusing pusing cari parking dan terus naik ke Ground Floor. Tapi sewaktu berjalan tu , aku terdengar sesuatu jatuh !
Aku harap harap bukan apa yang aku sangkakan ! Tolonglaahh jangan ‘menda’ tu.. Tapi naluri berkata , menda tu sbb bunyinya halus jer !
Aku bukak bungkusan yang berisi casing hp aku dan dalam tu ada acknowledgement letter yg perlu aku bawa untuk dapatkan kembali hp aku .. Di dalam tu juga ada sim kad broadband celcom aku ! Dah la sim tu dipotong kecik ! Pasti susah nk carik punya ..
Yup .. mmg sim tu jatuh ! Jatuh kat mana pun tak tau .. Orang semakin berduyun datang .. Takkan aku nak tahan sorang sorang untuk elakkan dari orang tu sepak atau pijak ! Arghhh ..
Dalam kepala aku dah set ..
Tapi aku tamooooo .. Aku nak gak sim tu ! Aku ulang mencarinya 3 kali sambil berdoa pada ALLAH agar dipertemukan jodoh dengannya ..
Alhamdulillah .. Hati aku berbunga kembali ! Bayangkan microcip yang di sim kad korang tu jatuh atas lantai berwarna putih ! Haaa.. Dah la Celcom pun belakang kad tu warna putih.
Legaaaaa sangat sangat sangatttt …
“ Bang , tolong gi kedai , beli kunyit .. Nak letak kat hidung Qhaliff .. “.Pinta wife dengan penuh kasih sayang .
“ Baiklah sayangku .. “ . Sejak minum air alkaline tu aku semua ‘OK’ jer.. sejuk je dalaman aku .. Konon.. hahaha ..
Dengan langkah kanan , aku berjalan kaki ke kedai yang terletak kira kira 500 meter dari rumah aku .. Dekat jer .. Pergi balik .. 1000 meter jer .. Ok la .. nak bakar lemak lemak kat pipi aku ni … hehe..
Sampai je di kedai runcit ..
“ Dik , kunyit ada tak ? “. Aku bertanya.
“ Nak serbuk kunyit ke atau kunyit hidup.. “. Tanya pekerja kedai tu.
“ Er.. Yang zombie punya ada ? “. Aku tipu korang je dengan soalan ni .. heheh.. Giler ke apa aku nak bergurau dengan orang gini haa.. Mau gak kena sembur racun serangga kat ibu jari kaki aku nanti ! hahaha..
“ Kunyit hidup .. “. Jawab aku. Pastu bro tu gi masuk la ke dalam untuk amik kunyit yang aku mintak tu ..
Bla bla bla …. Dia bawak la satu .. Memandangkan duit aku dok banyak lagi dan aku pun macam nak demam , aku beli air asam jawa 3 botol kecik .. hehe..
Pastu dengan girangnya , aku pulang ke rumah dengan harapan pasni elok la selsema Qhaliff tu .. InshaAllah ..
Sampai rumah , aku ketuk pintu … Wife sambut dengan penuh kegembiraan .. Seolah aku baru pulang dari kota membelikan Qhaliff kereta merah untuk ke rumah nenek ..
Aku serahkan plastik yang berisi air dan kunyit tu .. Suruh beli kunyit , aku tambah lagi dengan beli air .. hehehe .. Tak leh gi kedai aku .. Ada je nak tapau ..
“ Bang , mana kunyit ? “ . Tanya wife .
Nak wat lawak la pulak dia memalam ni ! Grrr.. Dah la penat nih …
“ Dalam plastik tu ler.. Takkan nak sorok lak .. “. Jawab aku .
Dia pun cari dan tunjuk pada aku bungkusan plastik yang aku bawak balik tadi .. Dan ternyata mmg takde ! Huh ..
Aku sarungkan sandal aku dan kembali ke kedai sambil mata melilau memandang kiri dan kanan .. Kot tercicir .. Hurmm .. Memang takda ! Haihh..
Sampai kedai .. Aku tanya kat bro kedai tu.. Kot dia terlupa letak .. Dia kata dia letak .. Aku rasa pun mmg dia letak . Tapi mana dia ??? Di mana itu kunyit ????
Aku pulang semula ke rumah . Untuk amik duit dan beli lagi .. Bengong jugak aku tak bawak duit kan ? Sedangkan dalam wallet aku tu , mmg ada duit tapi duit Qhaliff.. Aku tamo pakai duit dia .. hahaha .. Adoiii ..
Amik duit kat wife .. Seringgit je pon.. Pastu gi balik kedai untk kali ke 3 !! Sampai kedai , bro tu pun sedekah je kunyit kat aku. Aku kata kat dia tak yah letak dalam plastik.. Aku nak pegang jev.. Kang cicir lagi ! Hehehe ..
Gumbira rasa hati weh !! Aku siap amik gambar tanda bukti aku bawak balik kunyit ! Untuk anak ku ituuu ..
Dan sampai rumah .. Wife melemparkan senyuman dan wajahya penuh bersemangat tunggu kunyit itu .. Aku berikan pada dia .. Tiba-tiba dia ketawa dengan kuatnya !! Kuat sekali !! Qhaliff menangis sbb terkejut ! Aku turut ketawa !!

Aku abiskan malam aku semata mata beli HALIA !!!
Aku tak larat dah nak gi kedai .. Esok je la beli ..
Psst.. aku , aku .. aku terpikat dengan Butterfly ! Tapi .. er .. HTC baru lancarkan model terbarunya iaitu HTC ONE yang lagi powerrrrr… Alahaiii ..
Kalau nak kejar , mmg tak terkejar .. tapi masalahnya aku ni perlu ‘kejar’ sbb dah mmg kerja aku .. hahaha.. Alasan baik punya ! Tapi serius , spec dia mmg mengagumkan ! Tunggu duit terpijak la .. Nak tau , baca kat web HTC sendiri .. Psttt.. aku mmg HTC Forever walaupun SAMSUNG menarik dan hampir memikat aku dulu .. hehe..
Bila nak sampai , tak tau laa.. Ok , tutup bab handphone baru tu ..
Ok .. Dah dpt HTC ONE X aku yang rosak ari tu ( masalah board kot .. setelah 10 bulan gitu ) dan aku digantikan dengan yang baru keluar kotak punyaaa .. hehehe .. LIKEEE !
Dan kembali aktif bergambar anak beranak .. hahaha ..


Tadaaaa .. Lega giler tengok kualiti gambar ! Hahahaha .. Adehh.. Tapi bersyukur sbb ada hp yg ‘biasa’ namun telah membantu aku dalam dua minggu ni !
Heeeee…

Gambar pertama dari hp lama yg baru.. Lega sungguh woo.. Rasa semacam jer tak update melalui hp.. Tak puehhh gituu..
Oh ya.. Buat yg tak tau .. CARREFOUR Alamanda kini namanya AEON BIG .. Here.. Shopping barang dapur sat..
Dan Qhaliff, lom sihat sepenuhnya .. Hurmm..Ada gak skit perubahan ..
Semalam , aku dapat sms dari HTC Centre ( SiS) bagitau phone aku yang rosak tu leh diambik dah .. Kira dah siap la.. Hari aku berdoa laaaa agar diorang tak format atau kalai format sekalipun diorang tranfer semua gambar serta video sejak Qhaliff kecil hingga besar tu haa.. Huhuh ..
Dan tadi , sebelum centre bukak aku dah sampai ! Hahahah.. Takde la gitu haa.. Kira dalam kul 10 lebih gak la aku sampai di Berjaya Plaza tu ..
Serahkan kertas putih tu kat ? ( acknowlegment letter ) tu kat staff bertugas ( ramah sekali ! ) , dan dia terus cari .. Tak sampai 1 minit , dia serah hp kat aku. Katanya , aku dapat hp baru ! Huhuhu.. Ok gak tuuu sbb hp lama , body dah calar .. hehehe ..

Tapiii …. semua gambar gambar takde dalam tu sbb diorang tak tranfer ! Salah sendiri la sbb tak buat backup ! Ikutkan mmg ada backup tapi dalam external hardisk aku yang ghaib tu .. Hurmmm .. Nak buat balik , tranfer makan berjam jam jam jam lamanya ..
Sedih .. sangat sedih.. Nasib baik separuh dari kenangan tu , aku dah upload dalam FB dan juga blog .. Redha je la …
Dalam sedih sedih tu , aku jatuh cinta .. Jatuh cinta dengan HTC BUTTERFLY !! Best giler wooo.. Skrin besar lagi wooo.. Lagi laju woooo .. Duit pon laju wooooo !
“ Qhaliff demam .. Nak gi kerja ke ? “.
Satu soalan biasa tapi amat sukar buat mereka yang punya tanggungjawab berat di pejabat untuk dijawab !
Wife diam seribu bahasa ..
Aku tahu. Dia seorang yang komited pada kerjanya apatah lagi dengan kerja kerja yang semakin bertambah-tambah yang memerlukan tindakan yang segera !
Aku tak paksa dia tapi Qhaliff yang melekap dengannya sepanjang malam tadi hingga dua dua tak cukup tidur .. Aku , sama gak tapi tak seteruk diorang berdua .. Jadi , mmg sukar untuk buat keputusan. Kang tinggalkan dia , kat opis asyik bertanya keadaan Qhaliff tu ..
Aku bagitau satu jer .. Boss dia yang berlambak kerja pun akan amik cuti bila anak sakit . Dua dua makan gaji dengan kerajaan Malaysia .. So ?
Kerja boleh cari . Anak ?

Tu diaaaa .. Dah ikut style bapak dia masa kecik kecik dulu.. Kalau tengok tv , serupa macam nak masuk dalam tu terus ! Hehehehhe.. Bocor rahsia ..
Tapi tak leh nak salahkan aku gak sbb zaman tu tv , kecik je.. pastu siaran , jap lautan tenang.. jap gelora … Camana tak duk dekat , kan ? Alasan baik punya ..
Dan Qhaliff.. hurmmm .. Dia bukan tengok sangat pon.. Sat je tu kat situ pastu dah kat atas laci tu haaaa .. Apa yang best sangat atas tu pon aku tak tau haaa ..
Tapi kalau tak tengok betul betul , dia akan ke arah wayar wayar tu walaupun dah dilindungi.. Apalah yang budak budak nampak kat situ .. hurmmm .. Aku tak sorok pun harta aku kat situ haa.. OOpsss.. Macam ada harta .. heeee ..
Barang no 2 dah rosak hasil penangan tamparan dia ! Dan tak pasal pasal rumah ini sunyi sepi , sekali lagi !
Apakah yang dia lakukan ? Er… tu tak leh cakap .. Nanti tak leh claim.. hahaha …

Arghhhhh .. Geram ! Tapi tak la aku salahkan dia ( sambil menjeling manja kat wife)..
Tak kisah la Qhaliff oiiii .. Janji sihat dah .. Bila dah baligh nanti , wat perangai gini gak .. Daddy tak teragak agak lambung Qhaliff !! Huuhh .. Bukti bertulis berbunyi ugutan ni !! Bahayaaa !!
Mana ada ayah sanggup lambung anak ! Ada kot .. mana tau The Rock ? John Cena ? Hehehe.. Guwau jer.. Jadilah ayah yang terbaik agar anak menjadi yang terbilang .. Eceh ..
Dari Mstar Online ..
NINA Suraya Sulaiman, 24, (tengah) sebak, cuba ditenteramkan oleh ahli keluarganya ketika bercerita kepada media selepas pembantu rumahnya dari Acheh, Yulaina, 23, dijatuhi hukuman 20 tahun penjara oleh Mahkamah Seksyen Kuantan, Pahang pada Selasa selepas didapati bersalah melambung dan menghempas anak Nina Suraya iaitu Mohamed Hareez Mohd Zamri yang berusia empat bulan di Kuantan, Pahang, pada Jumaat lalu. Nina amat bersyukur selepas pendera anaknya dijatuhi hukuman setimpal. –fotoBERNAMA
Hurmm .. Selepas tengok video amah lambung bayi tu , rasanya 20 tahun tu macam ‘mudah’ sangat .. Tapi sapa la kita nak pertikaikan kan ? Hurmm.. Aku tau , ramai yang geram hingga rasa macam nak lambung dan smackdown je amah tu .. tapi faham faham je laa ..
Harapnya kejadian memberi sejuta pengajaran buat semua amah amah mahupun ibu bapa di Malaysia .. Apakah pengajarannya ? Sila tengok video tu .. hehehe ..
Video tu ? Hehehe.. aku tak sampai hati nak letak dalam blog aku .. Aku tengok pon rasa rasa nak bagi ‘tombstone’ je kat dia !
Ah , sudahhhh .. Demam tak pasal pasal ! Tak tau mana punca , tetiba demam .. hurmm.. Tapi pagi tadi terasa panas dah .. hurmmm ..
Sms wife .. Standby untuk ke klinik biasa dia gi.. klinik Maria .. Risau pulak aku .. Hurmmm .. Wife lak tetiba ada meeting .. Hurmm .. Perlukah aku gi sorang ? Nanti .. er .. nanti .. heheeee..

Aku check suhu dia tadi selepas pegang badan dia semakin panas sangat .. 37.7 .. semakin naik pulak .. Hurmm .. Aku siap , untuk pulang ke Putrajaya ..
Letak dalam buaian ,asyik membebel sorang diri .. Dukung pon gitu gak .. Haih.. Camana nanti dalam kereta ? Pening jap kepala aku .. Hurmm ..
Tetiba terasa nak bagi air alkaline yang ada kat rumah mak aku ni yang mana aku bagi tempoh hari .. Aku bukak dan kasi Qhaliff minum ..
Berteguk-teguk dia minum .. Berselera sungguh . Mungkin dia rasa manis sbb bagi badan yang tak tercemar air tu akan rasa manis .. Kalau tercemar dengan asid , rasa payau .. Wallahualam ..
Aku check .. turun dah suhu dia .. 35.5 .. Lega terus kepala otak aku .. Tapi tetap gi klinik gak jap lagi .. Kena check gak .. Hurmm.. Duit , leh je carik… Cuma jenuh skit je la nak carik … heee.. Anak ? Haaaa.. Jangan berkira wehh !
Dan tiada lagi segmen ? Terus terang , aku rindu nak bersegmen dengan tajuk tajuk yang malatopsss ! Confirm beratus join .. HeHehe.. penat nak update ..
Jadi kenapa aku tak nak dah bersegmen ? Hurmm .. Dalam dunia blog ni , kita perlu terus bergerak .. Jangan dok ditakuk tu jer .. Kena cari apakah aura blog kita.. Apakah yang sesuai dengan gaya kita ..
Kita perlu tahu yang baca blog kita ni macam macam manusia ada .. Macam macam perangai ada .. Kita kena pantas tangkap pembaca dan jadikan mereka setia dengan blog kita ..
Tak perlu berpura pura kerana semua tu akan menghancurkan blog kita sendiri .. Biarlah asli dan telus… Itu lebih menarik dan diminati . Tapi janganlah blog kita dipenuhi dengan dok cari salah orang jer ..Dok sinis mengata jer tapi diri sendiri ?? Sempurnakah ?
Bila jumpa genre yang sesuai dengan blog atau penulisan mahupun ,kekalkan dan senantiasa pertingkatkan dengan memasukkan unsur unsur infomasi di samping menghiburkan rakan pembaca ..
Macam aku .. buat masa sekarang aku amat selesa dengan apa yang aku buat .. Nak bersegmen , ada pulak tak puashati kan ? Kesian dia dapat dosa buta buta jer .. heee. …
-iklan-
Antara perkara yang paling kita excited sekali masa pregnant dulu adalah persediaan barangan bayi. Tapi ibu-ibu jangan pulak lupa persediaan untuk diri sendiri ketika berpantang nanti. Kesan dari tempoh kehamilan selama 9 bulan serta proses kelahiran yang stress telah mengganggu badan serta organ dalaman kita. Bahagian otot-otot, tulang, urat sendi, semuanya menjadi kembang dan bengkak kerana faktor hormon.
Wanita melayu memang biasa dengan amalan berpantang selepas bersalin. Tempoh yang biasa untuk berpantang adalah 44 hari. Ada yang melalui tempoh berpantang yang disiplin. Tapi ada juga yang berpantang biasa-biasa saja. Kenapa kita perlu berpantang? Of coz la sebab nak get back our body figure yang ramping dan menarik. And it's not easy. Kalau tak buat sungguh2, kalau tak disiplin, memang susah nak dapatkan bentuk badan idaman. Antara perkara yang dilakukan oleh ibu-ibu ketika berpantang...berbengkung, bertungku, berurut, jamu, mandian herba
Wanita perlu berbengkung untuk mengelakkan perut masuk angin. Juga membantu mengempiskan perut, mengecutkan rahim yang bengkak, merapatkan vagina yang longgar dan mengembalikan bentuk badan yang ramping. Tapi perlu berhati-hati ketika memilih bengkung. Bengkung yang kecil dan pendek mudah bergulung atau terlipat ke atas. Ini menyebabkan rahim tertekan ke bawah dan mengakibatkan rahim jatuh. Bengkung yang tidak cover pinggul dan bawah payudara pula menjadikan hanya pinggang sahaja yang ramping tapi mengabaikan punggung yang menggelebeh dan payudara yang jatuh. Saiz bengkung yang paling bagus adalah bengkung yang melitupi kawan pinggul sehingga bawah payudara.
Kebaikan berbengkung memang tak dinafikan. Namun situasi wanita moden zaman sekarang, ada yang terpaksa melalui kelahiran secara caesarean, ada yang terpaksa berpantang sendirian, amalan berbengkung menjadi leceh. Ibu-ibu susah untuk bergerak, menyusukan bayi, ke tandas, hingga menyebabkan ada ibu yg berbengkung sehari dua saja kerana malas.
So, bengkung bagaimana yang menjadi FAVOURITE wanita moden zaman sekarang? <KLIK SINI>
Macam tak caya lak .. Hahaha … Last aku bermeeting meeting ni , nun masa kerja .. Pastu takde dah .. Ada pun meeting ngan orang rumah jer .. hehee ..
Tadi aku gi meeting di Pusat Kraf Malaysia .. Meeting pasal apa ? Biasa laa .. Rezeki ..
Alhamdulillah , berjalan lancar dan mereka pun sangat bekerjasama .. Tak sangka semudah ni . Hehehe .. Senang citer wehh ..
Qhaliff , seperti biasa .. tinggal ngan mak aku jap .. Pasni gi gym lak .. Haih.. Bizi benar aku sebagai blogger sepenuh masa.. hahaha ..
Aku cium pipi Qhaliff .. Dia pandang aku dan kembali lakukan pada aku , sebagaimana aku buat pada dia tadi ! Terharu sungguh .. Baru aku tau camana perasaan anak cium pipi ayahnya .. Huhu.. Nampak kecil tapi impaknya sangat besar !
Walaupun baru nak menjengah 11 bulan tapi aku rasa dia dah seolah .. hurmmm .. Bijak .. Kang aku puji , korang kata aku puji melambung pulak . Tapi sebagai bapak dia yang dok dengan dia sejak lahir dan jaga dia hingga kini , segala perubahan dia aku nampak tapi aku tetap anggap dia cam bayi 1 bulan !
Dia merangkan ke tv konsol ni .. Dia main main kat ruang kosong tu hingga dia pastikan aku biarkan dia ! Kemudian dengan pantas dia ketuk ketuk decoder Astro tu , dengan sekuat hati dia ! Hahahaha .. Geram aku aihhh ..

Ni port dia yang perlu aku beri perhatian. Dia cukup geram dengan kabel tv dan astro ni .. Merbahya ! Langsung tak leh tinggalkan dia sendirian ..
Dan terbaru yang memeranjatkan aku dan wife , dia dah boleh panjat sofa dan bergerak dari satu sofa ke sofa yang lain .. Kira merangkak atas sofa tu laa !

Ada video dia yang aku amik ketika usaha dia nak memanjat ni .. Memang berkali kali dia usaha.. Hahahahha.. Siann.. Sampai mengeluh jugak laa .. Tapi dasyatnya , dia usaha lagi hingga berjaya naik dan terpampang wajah bangga dia ketika itu ! Hahahaha.. Adoiii.. abis aku nanti ! Jenis ni , kalau nak .. dia usaha sampai dapat .. hurmm ..
Aku terpaksa akui … dia dah besar .. Skang dah nak belajar berjalan dengan aku pimpin sebelah tangan .. Cuma lom ada gigi tapi dah mula koyak roti sendiri dah ..
Cepat masa berlalu .. Kita semakin tua ..
Wah .. tiap kali PRU , mesti KELANTAN jadi sasaran untuk ditawan oleh BN .. Tapi bak kata orang tua tua , yang dikejar tak dapat .. Sambung sendiri eh ..
Ok ok .. aku bukanlah nak cerita pasal politik atau nak pro mana mana .. Cuma tertanya tanya je la yer .. Bukannyalah aku ni spesis tak reti bersyukur atau menolak kemajuan tetapi la kan , sejak aku dok ulang alik Kelantan , aku nampak dan perasan kebanyakkan orang sana selesa dah dengan apa yang ada .. Haaa .. Tu mata aku laaa.. Mata korang aku tak pasti laaa ..
Dulu kan , kali pertama aku ke Kelantan , aku rasa kan best kalau Kelantan ditadbir oleh BN .. Mesti macam macam perubahan punya … Tapi setelah mengenali Kelantan , aku jatuh cinta …
Pastukan , setiap kali menjelang Aidilfitri atau Aidiadha , Kelantan mmg best ! ( negeri lain pun best ! ) . Kenapa ? Berduyun duyun anak Kelantan pulang ke desa ! Meriah kooooo .. Dengan suasana kampung yang masih ‘dara’ , mmg terasa la kedamaian serta harmoni kekampungan tu .. Paling terasa jammed , RnR Gua Musang full house dan mana mana surau atau masjid confirm penuh dek musafir ..
Ok ok .. Dan menariknya kan .. Aku tak ingat la tempat lain ada ke tak .. Tapi kat sini , boleh jumpa signboard yang gini ..
Kalaulah diambil alih , rasanya boleh tak wujud sign gini lagi ? Susah kot sebab segalanya mesti ikut piawaian yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran .. Haaaa … Hehehe..
Bagi aku la … Kelantan biarlah diperintah oleh PAS seperti sekarang .. Bukannya tak maju tapi seiring dunia dan akhirat … InshaAllah ..
Sekadar pandangan seorang rakyat yg nak mengundi tahun ni ..

Huihhh .. Lama tak dapat buaian ? Perghhh .. Dari kul 10 lebih hingga kul 2 petang .. Haaa .. Nyenyak betul ! Yelah , sejak dua menjak ni dia kerap jaga sbb mak dia ada kat sisi .. Skit skit nak mak .. skit skit nak mak ! Camana nak ada adik camni ??? Hahaha .. Aippp ! 18PG !
Buat mereka yang baru ada baby ni .. kalau susah nak bg tidur , cer bersihkan badan dia .. Lap lap skit .. Tapi hati hati la skit yer .. Jangan hempas hempas lak baby tu .. Kang aku .. haa.. malas nak abiskan ! Hehehe ..
Kang nak balik , tak tau la pulak camana .. Kalau dah cukup tidur , dlm kereta kang camana ? Gulpppp .. Part ni yang buat den lotih bebenar ..
Hurmm … Tak kisahlah ..
Gambar dari SinarHarian.
Sejak tinggal di tempat baru ni , aku selalu gak la berselisih dengan kambing ditepi tepi jalan tu haa.. Kalau ke Sungai Buloh , jumpa lembu lak .. Nak kata tak bertuan , sihat pulak lembu kambing tu tapi terbiar gitu jer ..
Bayangkan la eh , kalau ada pemandu tak alert akan kehadiran dua makhluk yang sedap dimakan ni tapi dibiar bersepah di tepi jalan raya dek pengembala tanpa hiraukan keselamatan pengguna jlnraya ..
Kalau langgar lembu tu , sapa salah ? Kereta rosak ..lembu tu lak kena bayar ganti rugi ( kalau tak nak bergaduh la ) ..
Kalau elak pulak , mungkin terbabas sbb terkejut memandangkan lembu mampu bertindak ikut suka tekak dia seperti melintas dengan tiba-tiba .. takde akal utk digunakan …
Jangan kata tak waspada bila nampak lembu kambing tapi seperti aku kata .. Tindakan lembu diluar dugaan .. Haaa.. Kita elak atau langgar ? Camana tu ? Sapa pening ? Aku jugak ..
Nasib baik ada air alkaline tu .. hahaha .. Neutral gak amarah aku..
Gulp .. Fitnah ni !! Serius ! Ada bukti ke nak cakap cakap menda cam ni ? Errrr .. Serius .. Aku takde bukti .. Yang ada pun cuma borak borak kosong jer .. Kebenaran ? Wallahualam ..
Tapi benarkah kata mereka ? Mereka yang berkata ni , mereka yang terlibat dalam industri yang sama .. Hurmm .. Takkan la kot ? Abis tu , yang orang dok tuduh aku gay , camana lak ? Orang dari industri sama lak tu iaitu dunia social network .. Hehehe.. Tu orang gila tu .. Er , mungkin mereka tu pon gila ?
Ok .. perbualan diteruskan dengan kawan gym aku tu .. Dia yang bagitau latar belakang pengalaman dia sbg krew menceritakannya sendiri pada aku. Aku kenal dia lama dah . Tp ini bukan kali pertama la aku dengar menda menda ni . Malah orang yang terdekat ngan aku pun ada gak cita gitu. Bukan wife tapi .. ada la.. Wife malas amik tau .. huhu ..
Sapa mereka mereka itu ? Mana boleh guna ‘mereka mereka ‘ itu .. salah ayat ! Sapakah mereka itu ? Haaa.. baru betui .. Hurmm .. Biar aku je la tau .. Kang cakap , jadi fitnah lak tapi kalau bgtau , korang ternganga punyaaaa ..
Insaf di hujung nyawa orang kita ni kan ..
Sedang sedap layan CSI NY untuk pertama kalinya selepas 2 tahun , tiba-tiba aku terdengar Qhaliff menangis .. Dia punya nangis tu seolah olah .. hurm … camana nak kata eh .. Tapi tak la kuat mana pun .. Cuma kitorang ‘tak dibenarkan’ tinggalkan dia .. Bila aku bangun ke dapur , dia menangis nak ikut .. Bila mak dia bangun , dia menangis nak ikut .. Dah tu ? Dua dua dok atas tilam depan tv ni haaa ..
Dia selsema dan batuk . Tak sedap badan kot. Tapi tak demam .. Dah check suhu . Ok jer .. Bila aku pasang lampu , baru dia nampak dunia . Barulah memasing dibenarkan berpisah dengan dia ..
Dan dia , buat kerja dia sendiri .. Bagi remote tv dan astro , dia tamo .. Kasi Mifi Maxis aku , jadi bahan mainan dia !

Pastu dia boring .. Dia ke rak buku dan ‘pilih’ majalah Dapur ..
Sehelai terkorban untuk memuaskan nafsu Qhaliff !

Kecoh dah semalam kan kat Buletin TV3 ( satu pendedahan yang baik kecuali bab politik yang perlu dikemas kini dengan lebih telus ) .. Cuma aku je tak perasan. Ada wife bagitau dan tunjuk di FB tapi tak leh nak bukak sbb hp aku tak secanggih hp korang .. hehehe .. Tunggu laa esok ! Heheh ..
Tadi , diorang tayang lagi.. Aku tengok jap .. Aku rasa aku tak leh nak tengok untuk kali kedua ! Tak sanggup okeh ! Geram tersangat sangat .. Tapi cepat je cool .. Hehehhe .. Air alkali tu kot dah neutralkan cas negatif amarah aku ? Heeee ..
Aku pandang Qhaliff .. Huhu .. Kecik besar kecik besar jeee dia ni .. Asyik dok lari sana sini jer time makan .. Bila dah abis kunyah , datang balik cari makanan dia .. pastu lari .. sasaran dia , apa saja yang boleh dia capai dengan jari dan digerakkan oleh kakinya ..
Kalau Qhaliff gitu ? Kalau aku yang buat Qhaliff gitu ? Aku rasa , bukan wife aku je lambung aku , korang korang pun akan lambung aku gak ! Huhuh..
Baby ni , kalau menangis .. bersebab ! Yang pastinya bukan sbb putus cinta ! Jadi , carilah puncanya yang ada di depan mata .. Jangan cepat melatah dan geram ..

Bukan sebab tak sedap ! Bukan sebab mahal ! Tapi sbb apa ? Hurmmm ..
Tadi gi Alamanda Putrajaya .. Standard aku la gi sana .. Mana lagi nak gi buat masa skang .. Dah dekat dengan rumah .. heheee .. Terpaksa ! Tu pun semata mata nak beli barang dapur di Carrefour ..
Lepas beli tu , wife kata nak beli Yogen Fruz . Aku setuju sebab baru lagi di Alamanda. Saja nak rasa .. Pastu leh update dalam blog kan ? Heheh ..
Wife gi beli . Aku dukung Qhaliff dan pegang barang barang dapur . Troli di Carrefour abis ! Larisss .. Penat wooo dukung Qhaliff .. 10kg lebih .. haaa .. Bertukar tangan untuk hilangkan lenguh ..
Dalam 10 minit , wife sampai .. Tak sampai 10 langkah pon .. heheh .. Muka dia berubah. Aku tanya la kenapa la sangat ? Nak beli menda tu pun sampai berbual sakan ? Ke nak jadi ahli gak ? Huhuh..
Katanya , kena bayar tambahan RM3 sbb diorang tolong amikkan untuk kita .. Ala ni macam Tutti Frutti tu laa .. Haaa .. Tiada bayaran jika amik sendiri tapi tak tau la pulak kalau diorang tolong amikkan , kena bayar lagi RM3 !! Perghhh .. amik je pon , bukannya kena hias !
Aku tanya wife , diorang tak bagitau ker ? Atau tulis kat board ? Katanya takde .. Bila dia tanya kat staff situ , dia terlupa nak bagitau ! Ok , dimaafkan .. Tapi perlu ke charge sampai RM3 ? Dah la masa tu yang beli wife aku jer .. Sampai 3 orang nak buatkan yogurt tu haaa ..
Haiihhh .. Serius laaa .. Aku tamo makan dah ! Manis satu hal … Hurmmm .. Bukan kedekut beb .. Tapi sendiri mau ingatlah , kita curi RM1 pon kena penjara gak weh ! Duit tetap duit ..

Aku dah pesan kat wife skang .. Tak yah la beraneka lauk untuk mengenyangkan perut. Cukuplah sekadar makan untuk kenyang jer .. Jimat ? Hurmmm .. Bukan lebih pada jimat tapi kesihatan .. Walaupun tak 100% sihat tapi itu lebih baik dari takde langsung kan ? Heee ..
Sotong singgang dan budu utk hidangan hari ini yang disediakan oleh wife .. Air ? Tunggu 10 minit baru minum .. Lagi lama lagi bagus .. Dan skang , aku kalau nak minum air .. aku guna air alkaline yg aku dapat tu .. Saja nak test keberhasilannya ..
Semalam , Qhaliff ada minum gak .. Tau tau ari ni selsema .. Hehehe.. Memang kata cikgu yang buat demo tu , lendiran akan keluar selepas bayi minum terutama yang punya masalah kahak .. Wallahualam ..
Dan ,aku makan sepinggan je ari ni .. heheehe ..
Alhamdulillah .. Selesai workout ari ni .. Terasa penat dan pening sedikit kepala .. Mungkin kesan dari air alkaline yang aku minum tu kot .. hehhe.. Nampak kesannya ? Heeee.. Ada yang kata tu cuma psikologi jer .. Tapi yang kata tu cuba minum dulu .. baru tau .. hehe.. Aku tak jual tapi kalau nak aku tau sapa jual ..
Ok , di gym tadi ada sorang kawan gym yg selalu bertemu muka tapi jarang berbual sebab bizi dok dating ngan besi .. Hehehe .. Masa itu emas ..
Tapi entah hari ni mungkin sbb memasing dah santai , jadi ada masa nak berbual .. Pastu dia bagitau dia mmg dok baca blog aku .. Dia dan isterinya .. Terkedu gak aku .. Segan pon ada .. Maklumlah , blog cerita pasal anak je pon .. hehe ..
Katanya , dia minat dengan blog cuma belum berkesempatan . Baguslah kan ? Tambah lagi penulis penulis blog dalam Malaysia ni .. Banyak gak topik dibualkan termasuklah politik .. Kenapa dan mengapa aku MALAS nak tulis pasal politik .. Kekadang je .. Tu pun lebih pada sinis sinis jer .. hehehe..
Kemudian masuk part buat blog .. Aku pun bercerita la berdasarkan pengalaman aku yang dah berblog secara serius sejak aku buat blog .. hehehe ..
Segalanya atas niat .. Kalau nak pergi jauh . perlu ada strategi lebih awal . Bukan dah bukak ‘kedai’ baru nak fikirkan strategi .. Bukan dah salah cuma sukar sedikit untuk memasarkan blog kita tu ..
Persoalannya yang aku beri pada dia .. Camana nak bagi orang kenal blog kita ? Ada banyak cara tapi yang paling mudah tu , camana ? Haaa .. kan ?
Seperti yang ramai blogger buat , gunakan FACEBOOK .. FAN PAGE .. Tapi camana nak kasi lebih dikenali ? Bukan popular ala ala retis yer tapi dikenali ramai disebabkan blognya ..
Aku senyum .. Sebab tu aku kata , buat blog perlu ada strategi kalau nak pergi jauh .. Mungkin ada yang tak nak duit atau suka suka tapi perlu pergi jauh agar apa yang kita tulis itu , dapat dikongsi dengan rakan rakan yang lain ..
Terbaca di blog rakan ni .. Katanya dia terbaca di mana tah , dengan menyatakan bahawa dunia blog dah berkubur .. Kiranya yang tengah top skang ni social networking cam Twitter , Facebook dan sebagainya laa ..
Aku senyum je la .. Bagi aku , mereka yang berfikiran begini adalah mereka yang baru kenal dunia maya . Mereka beranggapan blog ni cumalah tempat ‘menulis’ atau ‘meluahkan rasa’ ..
Kalau mereka rajin buat kajian , blog takkan berkubur sampai bila bila cuma ianya akan upgrade dari masa ke semasa .. Kenapa ? Selagi manusia berkata-kata , selagi itu manusia menulis .. Menulis pula akan disertai dengan fakta dan juga visual ..
Facebook dan Twitter ni , bagi aku lebih mudah terancam. Bayangkan Friendster , YM , MRIC dan Myspace yang pernah popular satu tika dulu … di mana ‘mereka’ ?
Blog ? Blog ni lama dah wujud . Cuma namanya je lain skit .. hehe.. Tapi manusia tetap menulis dan manusia tetap mencarinya di enjin carian .. Apa saja yang punya fakta dan infomasi , pengguna internet akan cari ..
Blog hanya akan mati bagi mereka yang buat blog untuk kaya esok hari ..
Pantang nampak limau , terkumat kamit mulut dia !
Tapi mak aku kata limau ni ‘panas’ sifat dia .. Nanti sakit pulak Qhaliff ..
Hurm .. kasi pun bukannya berbiji biji .. Seulas tu pun sekadar amik rasa … Risau gak sbb ada bijik . Masalahnya budak ni bukan reti nak gigit skit ! Ditariknya tangan kita , dia nak telan semua ! Adoiii ..
Selain limau , buah lain pun dia suka terutama kurma dan kismis.. Kismis kira buah gak kan ? Heee ..
Tapi nak diikutkan laaa sejak aku membesarkan dia ( bersama wife ) , Qhaliff spesis telan apa saja walaupun pahit . Mulut bukak mata pejam ! Pastu ‘menari’ diaaa sbb pahit .. heeee .. lawak tul .. Ada la ari tu dia makan buah kiwi yang tak manis sangat.. Pahit skit je pun .. Sat , pahit ke masam eh ? Heeee..
Orang yang suka makan buah ni , kulitnya cantik kan ? Sama cam mereka yang suka makan sayur .. heee .. Cam aku .. Eceh…