BEN ASHAARI



 

Azhar Sulaiman .. Hurmm .. Samada betul atau tidak , ko tak perlu la beria nak siap bersumpah gitu ..  Ko beria nak bukak aib orang ke ? Alahai.. Dulu masa jadi artis , takde buat dosa ke ?

Norman Halim … Haih , dia ni rela tengok anak bangsa dia leka dengan hiburan yang melalaikan ke ? Cukup cukup dah laa .. Kita ini atas dunia sementara jer .. Takkan ada orang nak pasang speaker dan stereo dalam kubur ko tu nanti ..

Faizal Tahir .. Dulu aku tak suka dia ni .. Tapi ternyata dia lebih bijak dari dua orang diatas tu ..

Ac Mizal ? Ni tak yah kata apa dah .. Tengok dari cara pemakaian dia dalam tv pon dah tau camana dia berfikir ..

Seperti seorang anak berkata kat mak ," Tak nak la gi sekolah .. Nanti cikgu rotan !".

Jawab si emak tu lak .. " Aik , belum gi sekolah dah tau nak kena rotan ??  Cikgu rotan bila kita nakal , malas .. kalau jd budak bijak ,takkan cikgu nak rotan kan ?".

Takut pada byg byg sendiri kah ? Apakah kita nk tgk artis atau anak kita pakai microwave atas kepala seperti ada artis pakai baru baru ni ?

Nak tgk kah anak anak dara di Malaysi ni ,seluarnya semakin sendat dan baju makin singkat lalu berkeliaran sana sini siang malam ?

Peranan mak bapak juga kah ? Peranan kita apa pulak ? Ahh .. Ke nak kata gini .. “ Lantaklah ,bukan anak aku pun eh ? “.. Apakah kita cuma akan ada anak ? Cucu ? Anak buah ?

Bayangkan masa depan negara kita dgn melihat keadaan sekarang ni .. Muzik .. filem .. rancangan tv .. Sapa yg kawal ?

Yang lain ? Fikir sebelum keluarkan pendapat .. Kita pandang sekarang dan bayangkan masa depan ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Hehee .. gi Masjid Putra td ..Jumpa adik ipar di sana ..Lama tak jumpa ..Wife la rindu kat adik dia ni haa ..

Qhaliff pon sekali dua je baru jump pakcik dia ni ..Yelah, masa lahir dulu pakcik dia masuk maktab polis ..Ni dah abis ,baru dpt jumpa ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Hurmmm ...hurmmm .. Apasal aku kaitkan dgn halia ?? Hehehe ..rasanya ramai dah tau kot ??

Buat yg tak tau ..leh google dlm blog ni pastu jangan kutuk aku yer..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

-iKLAN-

cats

Alpha Lipid mengandungi komponen bioaktif yang sgt banyak yg telah menunjukkan kesan kesan; pemusnahan bacteria di dalam salur makanan ( bermula dari dalam mulut sehingga ke bahagian dubur ), kesan perlindungan ke atas hati, memperbaiki daya ingatan, dan mengurangkan symptom depresi / tekanan.

Anti bodi semulaja di dalam Alpha Lipid Colostrum ini telah dibuktikan secara klinikal bahawa ia berkesan terhadap pelbagai jenis pathogen (kuman / bakteria pembawapenyakit ).

Kolostrum tidak mempunyai kesan negatif tetapi hanya ada kesan positif iaitu melindungi dan meningkatkan sistem imun kita.

KehebatanAlpha Lipid SD2

Semakin ramai yang telah berjaya menurunkan berat badan.Tapi masih ramai yang was2 atau tidak percaya dgn keberkesanannya . Kenapa masih ragu2 ?

Produk kami mempunyai insurans sbyk 36 juta ringgit dan kami sangat yakin dgn kemampuannya. Dapatkanlah produk kami daripada pengedar yang sah supaya andatidak tertipu dan tidak mendapat kesan sampingan yang mungkin memudaratkan.

Jana pendapatan LUMAYANdengan Alpha Lipid

  • Yuran keahlian hanya RM60.00 seumur hidup.
  • Dapat beli mana-mana produk dengan harga ahli yang lebih murah.
  • Dapat jana pendapatan sampingan & berpeluang meraih BONUS bernilai lebih ratusan ringgit setiap bulan!!

· Jangan lepaskan peluang sertai kami!!

PERTANYAAN boleh hubungi kami :

Hayati – 019 232 5102

Fikri – 019 232 5120

FB – HayatiFikriAlphalipid

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Geram .. Bengang.. Marah ? Marah tu tak la .. tapi meluat ! Apa ceritanya ?

Aku sekeluarga baru balik dari Tesco ..  Beli barang dapur. Ingat nak makan dulu sblm balik rumah .. Tapi segalanya musnah dek kerana .. hurmm … 

Aku order nasi ayam claypot kat food court di situ .. Wife kasi makan Qhaliff dulu .. Kira aku makan dulu barulah turn aku jaga Qhalifff .. hehe

Dah siap.. Dia hulurkan nasi tu pada aku .. Dan aku hulur RM50 kat dia.. Sesungguhnya itu saja duit yang ada pada aku .. Pada wife , sama gak .. Takde kecik dah ..

“ Takde kecik. Dalam tu semua besar .Gi beli air dulu . Nanti datang . “. Penjual yang aku rasa bukan orang negara ni gayanya berdasarkan  lorat bahasanya ..

Hurm.. Aku pandang dia .. Dia tarik sikit makanan tu ke dalam .. Kelihatan dia tak de usaha langsung untuk tolong carikkan .. Aku pulak yang kena cari tukar untuk dia ..

Aku terus kembali ke tempat duduk dan ajak wife balik .. Dalam hati aku .. “ Ko je la makan nasi tau .. Banyak lagi kedai ada .. “.

Bukan berkira sangat .. tapi kalau dia usaha skit , confirm aku tak buat begitu .. Sungguhpun dia tak dapat tukar , aku leh gi carik ! Tapi ni nak tanya kat ‘jiran’ dia pun tidak .. Hurm .. Nasib ko la labu ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Photo

Lama tak gi PWTC .. hehe .. Dulu selalu laaa sebabnya ? Hahaha .. Sila rujuk entri bermula 2009 .. tau la kenapa .. heee ..

Hehehe.. tak sangka ada yg kenal dan ajak bergambar di sana semalam.. Segan aii ..hahaah .. Ada la gak bergambar 3-4 kali .. Terasa retis jap ..hahaha

Terima kasih kerana menegur sapa ..Tak puas berjalan sbb wife pening kepala lak . Maklumlah , mengandung...

Nanti nak gi lagi !

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Terima kasih kerana memilih aku ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Hurm .. Sebelum tu , ada seorang lelaki cina dan kawan kawannya nak duduk kat tempat aku duduk tu tp dia bertanya dulu dan aku jawab dgn senyuman.

Sambung part 'adik U' kita tu .. Kalau budak sekolah , aku faham gak tp adik kita ni dah masuk U .. Pastinya jauh lebih tinggi pendidikannya ..heee ..

Masa adik tu bgn utk beredar ke tempat kawannya ,aku bagi pesan yg agak terkesan skit hingga wife aku pun tak sangka aku cakap gitu ..Letih sebenarnya dgn orang orang gini ..

Ikutkan aku malas nak tegur tp kalau tak tegur skg , sampai bila nak gitu ?

" Dik , lain kali beradap skit .. Tanya la dulu sblm nak duduk ..".

Katanya , dia ikut kawan je.. Dah kawan dia letak pinggan dan nak duduk situ ,dia follow je la..

Aku kata tak pe .. Dan terus makan .Dia minta maaf dan berlalu ..Sebenarnya mesej aku tu untuk mamat guard kat sebelah dia gak .. Aku tgk dia terus palingkan muka dan wat dek .. Spesis ni lama dah tau perangai dia .. Tu pasal sindir je ..

Hurmm .. macam macam ..Yang langgar kita dgn beg ,wat dek ..Haih.. Macam duk dlm hutan moden je skg ni ..

Aku tak kata aku bagus .. Mesej ni pon utk aku jugal ..Sama sama beringat ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

-iKLAN-

School Holiday Poster (2)

Assalammualaikum, Salam sejahtera, n Annyeonghaseyo

Kami di Jeju TnT mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk bercuti di Korea Selatan ..


SCHOOL HOLIDAY SALE daripada 25/5 ~ 9/6.. Group tarikh seperti berikut :

  1. 25/5 ~ 29/5 (5D4N) = 35/pax
  2. 31/5 ~ 4/6 (5D4N)  = 35/pax
  3. 4/6 ~ 8/6 (5D4N)    = 35/pax

Harga runtuh with private charter bus for the whole trip 5D4N for only RM1330/pax. Yup only RM1330/pax. 
Kids 4-12 just RM930/pax.
Baby under 3, Free of charge

RM1330/pax Include :

  • Accommodation (twin @ triple with private bathroom & internet)
  • Meal (L,D)
  • Transport from, and to Incheon Airport.
  • Private bus for whole trip in Seoul, n Nami Island
  • Ferry to Nami Island.
  • Entrance fee.
  • Info about Solat n Qiblat.
  • Guide fee.

Before this,
For 1~3 pax in a group, you all dah jimat almost RM6++/pax
For 4~10 pax in a group, you all dah jimat almost RM3++/pax
Untuk yang sudah mempunyai tiket tetapi tarikh tidak kena dengan group yang kami sediakan, jangan risau, kami sedia membantu anda.
Berminat, boleh PM or email us for itinerary

Now everyone can Holiday to Kimchiland, free-and-easy :) . Untuk lebih lanjut sila ke SINI

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Amboi .. kusyuk dpt tgk UPIN IPIN.. tak kisah dah apa pun jua yg dtg .. haha..
. Cer amik tablet tu... Ha..pakat dua dua laaa kejar aku ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Gigi tak de pon lagi tp dah ada awek puji .. Aku siap tunjuk otot lagi haaaa ... Haaaampeh !!

Ahhaha ... Rileks ..aku bukan dahaga pujian yer ..

Pengajarannya , tak yah gwiyomi pon org tetap kata kita cute sbb mmg dah cute !!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

-iklan-

cats

Alpha Lipid mengandungi komponen bioaktif yang sgt banyak yg telah menunjukkan kesan kesan; pemusnahan bacteria di dalam salur makanan ( bermula dari dalam mulut sehingga ke bahagian dubur ), kesan perlindungan ke atas hati, memperbaiki daya ingatan, dan mengurangkan symptom depresi / tekanan.

Anti bodis emulaja di dalam Alpha Lipid Colostrum ini telah dibuktikan secara klinikal bahawa ia berkesan terhadap pelbagai jenis pathogen (kuman / bakteria pembawapenyakit ).

Kolostrum tidak mempunyai kesan negatif tetapi hanya ada kesan positif iaitu melindungi dan meningkatkan sistem imun kita.

KehebatanAlpha Lipid SD2

Semakin ramai yang telah berjaya menurunkan berat badan.Tapi masih ramai yang was2 atau tidak percaya dgn keberkesanannya . Kenapa masih ragu2 ?

Produk kami mempunya iinsurans sbyk 36 juta ringgit dan kami sangat yakin dgn kemampuannya. Dapatkanlah produk kami daripada pengedar yang sah supaya andatidak tertipu dan tidak mendapat kesan sampingan yang mungkin memudaratkan.

Jana pendapatan LUMAYANdengan Alpha Lipid

  • Yuran keahlian hanya RM60.00 seumur hidup.
  • Dapat beli mana-mana produk dengan harga ahli yang lebih murah.
  • Dapat jana pendapatan sampingan & berpeluang meraih BONUS bernilai lebih ratusan ringgit setiap bulan!!

· Jangan lepaskan peluang sertai kami!!

PERTANYAAN boleh hubungi kami :

Hayati – 019 232 5102

Fikri – 019 232 5120

FB – HayatiFikriAlphalipid

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Heeee.. demam nak tumbuh gigi eh ? Tumbuh dah sebatang kat bawah tuu .. Bersungguh dia nak tutup dgn lidah dia ..

Patutnya mak dia menjerit je bila dok menyusukan dia ..Hahaha...

Sengih je dia lepas gigit mak dia .. Bapak dia kata apa ? Sengih gakk ler ..

Pasni kena ajar gosok gigi lak..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Hurm ..ada aku tanya sorang doktor pakar baru baru ni ..Katanya amik 3 serangkai punya suntikan utk baby pon dah memadai ..

Hurmm .. apakah anak kita dijadikan bahan ujikaji ? Bila jadi apa apa , punyaa susah nak dptkan penjelasan .. Akhirnya , kita jugak dipersalahkan. ..haih..

Semoga ALLAH lindungi anak cucu kita ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Heehehe .... Jeles kah ibu bila melihat kesweetan kami ini ?? Hehehe..

Tak ponn ..heheeh ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Di KFC Alamanda , Putrajaya .. Wife teringin nak makan ayam .. hurmm ..okeh je aku..

Sampai Alamanda , Qhaliff dah lena sangat .. Dari parking hingga aku abis makan ayam 3 ketul , dia di dada aku tuu !!

Lenaaaaaa ...Bila aku abis makan , baru dia jaga !! Huwaaaa.. lenguh badaann ku ini ..

Seronok aih tidur lagu tuu ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Pelik la camana ada parents tak kisah anak kecil mereka rosakkan laptop , hp dan mcm mcm lagi ..

Skang , aku faham dahh .. Bakal tambah sorang lagi , aku bertambah fahaaaammm !

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

IRON MAN 3 dah keluar !!!! Ajak wife ..dia ok je ..Tapi tetiba kensel ..

" Tak yah la bang .. Kang asyik terbayang lak muka Iron Man tu .. Dah la dok mengandung .. "

Sat nak bayang .. erk .. Tak yah laa.. Duk diam diam kat umah .. huhu ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Wife kata Qhaliff terjaga kul 3 pagi setelah tidur jam 9 mlm.. Terjaga dan main sorang sorang ..

Aku mmg tak sedar apa sebab sangat penat minda dan fizikal ..hehehe ..

Tapi aku bangun gak sbb dia mai kacau aku ..Pelik memula sbb biasanya dia kacau aku , jam dah kul 6 ..tp ni awal lagi..

Lepas bagi susu botol .. Terus tidur sampai skg !!! Lenaaaaaa diaaaa .. Oooo..nak susu rupanya .

Biasanya menyusu badan tp sbb wife dh pregnant ,susu tak byk dah kot .. Tu tak puas si Qhaliff .. siaann.. sabar je dia ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Masa utk belajar ! Terus bwk lari flash card dia ..hahaha .. Berat nak belajar nehhh ..

Tapi bila Upin Ipin ...dari dapur terkedek kedek datang cari dan mengesan dari mananya suara ituuuu .. Dan terus layaaann ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Geram aihhh .. Seharian aku tensen pasal menda yang aku tak buat ! Aku tensen sbb tak pasal pasal dok fikir nak gi report polis ke tak ? Bukan pe , kalau nak gi report .. kena bawak wife sekali sbb wife tuan punya kereta dan kena gi Balai Polis Jalan Bandar , Kuala Lumpur .. Jauh woo.. Aku kat Sepang .. Penat nak drive dah dengan hujan lebat lagi ..

Menariknya kan .. diorang yang jatuh bodoh akibat celah celah kereta , nak tuduh aku yang langgar lak ! Kalau aku langgar , confirm kereta ada kesan langgar  .. Ni aku belek dari depan hingga belakang.. Satu apa pon takde .. Tergaru kepala jap .. Dah jadi CSI detective jap ..

Ada aku suruh diorang gi report kalau benar aku langgar diorang .. Hingga jam 7 malam ni , takde lagi laporan polis dibuat keatas kereta aku .. Aku malas nak report sbb nanti bukak kes ..  Lagi pun kereta aku takde apa apa langsung.. Langsung ! Pelik kan ?

Tunggu hingga jam 12 malam .. Kalau takde gak , sah diorang takde lesen dan .. fikir la sendiri .. Penat dah nak fikir dan layan mat motor yang mencelah tanpa hiraukan nyawa sendiri tapi suruh orang hiraukan !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Hurm .. tensen gile aku kalau bawak kereta skg ni ..Bawak elok elok , ada pulak yg bawak serupa ..hurmm ..

Bila diorg wat silap ,kita pulak nak disalahkan ! Grrrr ...

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Tamo dah mkn ala ala baby sangat skg ni.. Roti , berselera koooo.. Oats tamo sgt tp tetap kena bg disamping buah buahan ..

Hurmm..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Hurm .. Baru-baru ni kecoh gak la kat rumah anak-anak dara tu. Aku tak tau la puncanya tapi menurut jiran aku tu , ada budak kena rasuk. Entah kena rasuk atau tekanan jiwa , wallahualam sbb dengarnya dia dah dibuang kolej 2 bulan lalu tapi takde sapa tau .. hurmm .. Datang jugak la 3 bijik kereta peronda polis awal pagi tu.. Tak silap kul 1 pagi ..

Dan aku perhati baru baru ni , sorang demi sorang keluar dari rumah tu. Aku nampak ada je kereta datang ke rumah tu dan punggah barang ..

Akhirnya , dah 4 hari rumah tu sepi tanpa penghuni .. Bila aku lalu depan rumah tu terutama malam hari , meremang bulu roma.. Samada sekadar mainan perasaan atau …

Yang pastinya , baru baru ni .. aku lalu depan rumah tu , malamnya aku mimpi seram.. Aku terjaga jam 3 pagi dan tak nak tidur dah ! Kenapa ? Bila tidur , mimpi aku tu bersambung berkali kali .. Sangatlah mengevilkan aku .. Bestnya , bila aku terjaga.. Aku terus update status pasal mimpi aku tu.. hehe .. Sat nak carik ..

Tak jumpa dah .. Tapi aku masih ingat.. Mimpi tu berkisarkan sebuah asrama yang mana belakang asrama tu terdapat sebuah rumah besar yang tak siap dan di depannya ada kawasan lapang yang ditumbuhi lalang ..

Setiap malam , mmg akan terdengar suara , bayang bayang dan adakalanya ternampak perempuan berambut panjang berdiri di tingkap sambil memegang sesuatu.

Pelajar yang dah lali dengan situasi tu sedaya upaya buat tak tau tapi akhirnya keadaan jadi kucar kacir bila ada yang dah meracau tak tentu arah.

Akhirnya bantuan pawang atau bomoh digunakan. Rupanya , di kawasan tanah lapang tu punya misteri yang dasyat ! Dikorek tanah tu , terdapat puluhan rangka manusia !

Tadaaaaa … takut tak ? Haaaa … Aku kata dah ! 3 kali bersambung wehhh .. Aku tak leh nak tidur sbb confirm sambung mimpi tu .. Grrrr…

Wife baru suh gi tapau maggie kambing .. Heee.. Aku kata esok je la makan.. Bukan pe , Qhaliff dok tidur .. Paham paham je la.. lewat sangat dah ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Tadi aku ke showroom Nissan yang terletak di Presint Diplomatik , Putrajaya.. Er , aku bukan gi sorang jer je .. wife ngan Qhaliff pon ada sama .. Pakej .. hehe .. Nak usha satu kereta ni ..

Dalam dok promoter Nissan  (nama dia Danial.. Sangat membantu orangnya ) tu terangkan aku pon menyampuk .. Aku cakap dan terus cakap .. Promoter tu anggukan kepala .. Dan ,Qhaliff yg berada dlm pangkuan aku pon turut sama anggukkan kepalanya berkali kali ...hingga aku stop cakap , dia pon henti angguk ..

Wife yang tergelak kecik tgk kelakuan dia. Aku sedar kelakuan dia tu tp control macho skit ..Maklumlah ,tgh deal kereta ..kena serius ..

Promoter tu pandang je Qhaliff sambil anggukan kepalanya gak .. Hahaha .. adoiiii... Anak aku sorang nehh ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Tu pasal aku tamo masuk ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Qhaliff jd mangsa mak aku ..hahaha.. Bedak sejuk hand made okeh !! Mak aku dulu mmg suka pakai .. Ngan aku aku dulu terlibat sama kena .. Skang cucu dia lak ..

Tapi ada kebaikannya ..sejuk skit badan Qhaliff .. lenaaaa je tdoo ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

 

Adoi .. sakit jiwa aku tengok .. Aku pun lambat gak .. Tapi kalau dah lambat tu , terima je la hakikat .. Nak memecut laju hingga boleh mengancam nyawa orang lain tu , melampau sungguh laaaa ..

Maaf cakap la yer .. Aku bukan nak kata lelaki ni baik sangat atau bagus sangat bila memandu tapi mmg tau dah lelaki camana bila memandu kan ? Haaa .. Yang buat aku garu kepala bila perempuan yang memandu serupa litar F1 ni !! Tengok muka dari cermin belakang , suci jer ! Tapi bersungguh nak potong kereta aku .. Padahal depan nun , kereta dok bersesak !! Nak gi mana ? Takkan semua emergency case kot ? Kot ye emergency , lain kali pasang siren kat kereta tu .. Tak de la aku nak mengumpat dalam hati ..

Nasihat … Kalau dah lambat , biar je laaa .. Baik sampai pejabat dari sampai hospital !! Redha jer .. Salahkan diri sendiri sbb tak disiplin .. haihh ..

Menariknya , bila berlaku kemalangan .. tau pulak nak teriak dan call laki time tu ! Masa memandu , tak hengat dunia langsung ! Caitt..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Dah berebut makanan ngan bapak dia.. Dah pandai nak buat org ketawa .. Dan pastinya mengekor mak dia , bila dia tau mak dia ada di rumah .. Mmg meraung kalau tak nak amik dia ..

Rasuah dia dgn buah epal .. dia terus ok ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Hurm.. Aku ada hingga hujung tahun je untuk dapatkan apa yang aku nak .. Pasni , adik Qhaliff keluar .. mmg susah dah sbb nak kena jaga dua baby ! Perghh .. Terfikir camana nak usung dua baby dari umah aku ke rumah mak aku , sendirian ! Bukan mudah tapi ramai dah ibu berjaya melakukannya ..

Hurmm .. Hari tu , waktu Qhaliff nak mencecah 7-8 bulan , badan aku mmg dah tembam cam Qhaliff skang . Tapi setelah diprovoke oleh rakan seperjuangan , aku nekad untuk kembali ke saiz asal .. Hahahaha ..

Satu lagi masalah ialah , $$ … Bila dah tambah sorang lagi bermakna ada yang perlu dipotong dan perlu dibuat penambahan .. Hurmm… Apakah perlu korbankan workout di gym ? Kat rumah dah ada pon set workout cuma ‘feel’ tu takde ..

Harapnya , aku berjaya kekal cam sekarang la.. Bukan apa .. Tak selesa bila badan naik.. Mengah satu hal .. Kena tukar seluar, baju lagi woo.. Confirm jadi XXL ! Tak sanggup kooo ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

-entri berbayar-

 

Sempena HARI IBU yang bakal menjelang bulan depan, satu contest sempena hari ibu telah dianjurkan oleh www.vitaminibu.com dan www.glorytextile.com.my ,

Memandangkan sekarang harga emas tengah menjunam turun, tuan punya blog telah berbesar hati menawarkan JONGKONG EMAS PAMP SUISSE LADY FORTUNA SEBERAT 5 GRAM sebagai hadiah utama disamping pelbagai hadiah sampingan yang sangat hebat.

Ok meh aku citer sikit berkenaan kedua-dua blog di atas.

Blog www.vitaminibu.com ni di asaskan oleh seorang ibu kepada 4 anak yang mana salah seorang anaknya adalah merupakan baby yang ada jantung berlubang. Tapi Alhamdulillah keadaan baby tu semakin hari semakin baik. Nak baca kisah ibu ni ada kat www.superibu.com

Blog ini adalah blog berkenaan vitamin Shaklee dan kesihatan. Buat pengetahuan, ibu ni juga adalah salah seorang Penasihat Penyusuan Susu Ibu Malaysia.

So kalau korang yang ada masalah penyusuan boleh la contact ibu ni di blog dia, service dia 100% percuma !!!

Antara sebab ibu ni mewujudkan blog ini adalah sebab beliau dah bertahun-tahun makan Shaklee sejak tahun 1998 dan memandangkan sekarang ni ramai sungguh pengedar Shaklee yang tumbuh macam cendawan lepas hujan, ibu ni berasakan adalah menjadi tanggung jawab beliau untuk berkongsi maklumat yang tepat berkenaan Shaklee hasil dari penggunaan dan pengalaman selama 15 tahun. Lama kan???

Ok yang satu lagi ialah blog terkemuka yang menjual baju kurung online dan kain cotton yang sungguh cantik dan berkualiti dengan harga yang sangat murah J

Butik ini terletak di JB dan proses penghantaran secara poslaju dibuat ke seluruh Malaysia.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Menarik minat aku untuk google memandangkan aku semakin jarang nak tonton berita kat tv dan juga membeli akhbar sbb baby kecik aku menguasai rumah ini .. Jadi , tak berkesempatan langsung untuk mempunyai masa peribadi bagi menelaah isu isu tempatan mahupun dunia.. Eceh ..

Mulanya aku terbaca di twitter. Seseorang telah tweet berita mengenai kemalangan tu .. Dan tadi , baru aku berpeluang nak tonton video kemalangan ngeri tu .. Hurm..

Kesian .. Aku malas nak komen lelebih sebenarnya sbb aku tak tau cerita sangat .. Apa yang aku tau cumalah menonton dari video 3 minit lebih dan baca dari blog blog jer .. Hurm..

Apa yang aku boleh simpulkan ialah di atas jalan raya ni , nyawa kita mmg di hujung tanduk .. Samada ketika memandu , berhenti mahupun berada di tepi jalan raya. Mata kena bukak luas luas .. Perhatikan segala kemungkinan yang ada di depan , tepi mahupun belakang. Bila kita waspada , ada pulak yang cuai ..

Perbanyakkan doa kepada ALLAH .. Al-Fatehah buat mangsa mangsa kemalangan tersebut. Baca la dulu sebelum nak exit blog aku ni .. Terima kasihhhh .. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Eksiden laa.. atau omputih kata kemalangan ! Haaa …  Tapi sebelum korang membaca , leh tolong aku tak ?  Gi kat SINI dan klik LIKE BEN ASHAARI sat ? Sat jeeeer pon .. Tqqq ..

Ok .. Ini kali kedua aku berpengalaman sedemikan rupa .. Kalau korang ‘call man’ , mungkin tau dah apa nak buat .. Hehehe .. Ini untuk mereka yang takde pengalaman .. Dan harapnya tak perlulah pengalaman itu. Memang memeningkan .

Apa yang perlu buat bila kereta yang dipandu anda berlaku kemalangan ? Contohnya dilanggar belakang atau langgar orang di hadapan ?

Yang pertama .. Call orang terdekat dan maklumkan . Jangan tandatangan apa apa dokumen jika ada orang datang membantu ! Ingat tu .. Walaupun dia kata dia nak tolong IKHLAS , jangan sign apa apa dokumen ..

Melainkan kereta anda teruk rosak hingga tak leh jalan , dapatkan nasihat dari orang berpengalaman .. Ingat , sedikit sebanyak kita sebagai pemandu jalan raya perlu tau apa nak kena buat walaupun kita tak nak ianya berlaku .. Jangan ingat semua okeh jer .. Haaa ..

Kemudian , buat laporan polis .. Sebelum tu , amik gambar guna handset anda. Pastikan jelas .. Lokasi dan kereta yang terlibat .. Rekodkan segalanya. No plate , no hp mangsa lain ..

Pastu call agen insuran anda untuk maklumkan juga kemalangan itu .. Tak kisah la teruk camana pon melainkan nak settle luar. Tapi kalau nak settle luar pastikan ianya benar benar disettlekan luar. Takut jadi kes lain laak .. haaaa.. Bahaya tuu …

Apa pun , aku nasihatkan .. kena ada ilmu sedikit mengenai kemalangan ni dan simpan no telefon mereka yang punya pengetahuan mengenai kereta ni .. Nasihat aku ni pon tak leh nak digunakan 100% .. hehehe .. Ini cuma sekadar nak bantu jer.. Bukan pe , kalau dah SIGN itu dokumen , mmg payah nak cerita balik melainkan kena ulur sedikit pampasan .. Melainkan diorang nak tolong ikhlas .. Ikhlas ? Hehehe ..

Teringat kata wife jiran aku tu pada sorang call men sewaktu di balai polis ketika keretanya mengalami kemalangan ..

“ Saya ingat awak nak tolong saya tadi ? Ikhlas awak kata .. “ .

Aku nak ketawa je dengar .. Mamat tu pon jawab ..

“ Ikhlas la gak tapi ni cara saya cari makan .. “.

Kata dah .. Mana ada ikhlas tanpa niat tersembunyi zaman ni .. Ada pon , leh kira dengan jari ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Apa tu ? Memula pelik giler aku dengan perkataan ‘ Gwiyomi’ tapi dapat rasa la ianya dari pembawakan remaja dari luar .. Hehehe .. Dan setelah aku terjaga dari mimpi hantu berturut turut awal pagi tadi , aku pun layan la youtube memandangkan Maxis dah peruntukan 15GB bandwith untuk aku guna pada waktu aku terjaga awal pagi .. hehe ..

“ Lagu Gwiyomi, atau Lagu Kwiyomi (귀요미 송), merupakan lagu solo K-pop oleh penyanyi Hari dari Korea Selatan dan dikeluarkan 18 Februari 2013. Ia telah diilhamkan oleh gerakan daripada sebuah ahli kumpulan lelaki Korea Selatan, BtoB bernama Jung Ilhoon. Gerakan ini dipanggil 'Pemain Gwiyomi', dimana ianya menjadi meme Internet pada Oktober 2012 diikuti oleh penampilan pertama dalam menunjukkan pelbagai acara Korea Selatan di bawah SBS MTV bernama MTV Diary. Gerakan ini juga telah memberi inspirasi kepada kebanyakan warga Asia untuk memuat naik versi mereka tersendiri ke dalam internet. “ – Wikipedia

 

Aku pun tonton la bermula dari youtube satu perempuan yang tak pasal pasal jadi popular kerana kecomelannya menjadi pujaan para penonton youtube .. ehehe .. Isteri kepada seseorang dengarnya ..

Menariknya , dikatakan si suami mengarahkan isterinya menarik kembali video tu tetapi sayangnya video tu dah tersebar luas. Macam macam orang dah upload atas pelbagai nama.. Hurm.. Kesian .. Skang dah tak pasal pasal ramai lelaki tengok dah tergoda ! hahaha.. Aku ? Jangan cari pasal .. Kat rumah ada dah .. Suh je dia buat depan aku sebelum makan . Confirm kenyang .. hahaha .. Kurus aku tanpa gi gym ..

Aks dan wajahnya yang comel tu tak menarik minat aku bila menonton youtube tetapi komen komen yang ada .. Haaa.. Biasa la kan .. Ramai hero dari penjahat. Penjahat sorang jer .. Mesti yang pegang watak jahat adalah orang dalam video tu .. heehe .

Kalau nak bagi nasihat , bagi elok elok . Tak perlulah nak maki hamun atau komen sampai nak aibkan orang . Nak libatkan agama sekali pun , apa kata tegur bebaik disusuli dengan doa padanya .. Kan bagus gitu ? Ni ala ala penyamun yang serang Lahad Datu tu je aku tgk .. Haishh ..

Dan adik adik yang teringin buat Gwiyomi pasni , aku harap fikir panjang .. Aku pun teringin gak buat tapi sebelum aibkan jiran tetangga , baik batalkan niat tu je .. Tak yah laa semakan lagi youtube dengan video video tak berfaedah tu.. Baik cari idea lain untuk popular atau nak tampilkan kekiutan kita tu.. Auww..Kita okeh ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

 

Gambar ehsan Mat Gebu @ tiffinbiru.com .. heehee.. Ni waktu gi umah dia baru baru ni ..

Dalam perbualan telefon tadi , wife tetiba gelak .. Dia cakap Qhaliff buat lawak malam tadi .. Aku tanya la nape ?

“ Boleh dia panjat sofa tu dan duduk diam kat situ pastu bukak sendiri dia punya bekas makanan yang berisi potato lenyek yang mak aku bekalkan kat dia petang tadi tu , dan makan sendiri ! Abis muka dia comot ! “..

Wife masa tu kat dapur dok amikkan air untuknya .. Dia yang dok tengok kartun , tetiba leh wat keje gitu sedangkan dia dah makan pon sebelum tu .. Mungkin sbb dia lapar balik lepas berak kot ? Hehehe ..

Sayang aku tak dapat rekodkan keletah dia tu .. Kalau tak , leh upload dalam youtube.. Kenangan pertama kali makan sendiri .. hahaha .. Dia ni mmg .. Bab makan , pantas jer .. Tapi ! Ubat skang dah susah nak makan .. Haa.. Siap kemam bibir dia .. Adeh ..

 

Boleh tlg saya tak? Gi kat SINI dan klik LIKE BEN ASHAARI

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Hurm .. Dapat whatsapp dari jiran meminta pertolongan. Katanya kereta isterinya dilanggar. Aku berharap tiada apa yang serius ..

Alhamdulillah .. Nasib baik takde apa apa .. Aku terus bagitau wife yang mana ketika tu aku dok bawak Qhaliff pusing taman .. Wife ok jer.. Kenapa dia terus ok ? Haaa .. Segalanya mengimbau sejarah lama..

Apakah sejarah itu ? Wife aku pernah kemalangan gak .. Dilanggar dari belakang . Masa tu dia masih bertitle tunang. Aku yang 0 pengetahuan mengenai kemalangan kereta ni , mintak tolong kawan opis aku yang sangat sangat sangat ok bila mintak tolong apa saja . Nama dia ? Haa.. Haswadi Yahya.. Aku bagitau ni sbb sampai bila bila aku terhutang banyak budi dengan dia .. heee ..

Dia , cerita banyak tarak punya .. Terus start enjin gi bawak aku ke tempat wife aku berkursus nun di Shah Alam .. Masa tu , aku tak reti memandu walaupun ada lesen ! Heeee.. Dan dari sana , terus ke balai polis Tun H.S Lee .. sbb lokasi kemalangan di Sungai Besi.

Di sana.. dialah yang tolong uruskan hinggalah selesai segalanya .. Dan kembali hantar wife ke Shah Alam dan kemudian balik ke KL .. Haaa.. Satu sen pon dia tak nak amik  bila aku hulur .. Baguskan ?

Dari situ , aku belajar .. Hari ni kita tolong orang .. Esok esok orang tolong kita.. Kita tak tau sapa kawan kita sebenarnya tapi bila berlaku sesuatu yang malang , kawan kita akan muncul .. 

Alhamdulillah .. berbalik pada jiran aku tu , segalanya dah ok cuma nak settlekan bab kereta jer. Yang penting , isteri dan keretanya okeh !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Apa yg korang perasan ? Heeeee ..

Boleh tlg saya tak? Gi kat SINI dan klik LIKE BEN ASHAARI

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

Best .. meriah .. tapi tak berpeluang jalan abis sbb selangkah demi selangkah , terhenti sbb 'ditahan' oleh promoter booth .. Adehh .. penatt melayan ..

Tak sempat abis , keluar dahh ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

image

 

Boleh ? Gi kat >> https://www.facebook.com/advertlets/app_190322544333196 dan klik LIKE je ..

Hehehe .. Ketinggalan dah ni .. Terima kasih yer pada yang sudi .. Semoga Allah balas kebaikan anda tu ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Amik kauuu .. tak senang duduk aku dibuatnya !! Tapi , masa demam pun lebih kurang je camni ..Ni mesti ikut perangai aku nih !!

Alhamdulillah ..tadi dia gigit jari aku ..terasa gigi dia tp bila aku nak tengok ,dia tutup dengan lidah dia !

Makin berakal dia ..tau aja camana nak perdayakan ayah dia ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Sedap ! Apatah lagi makan dengan jari jemari ku yang lentik ini .. Sungguh menyelerakan .. berkali kali makan tapi tak puas sebab masa tu makan dengan mak mertua , kawan .. jadi ke control ! Kali ni makan suami isteri berdua jer .. Jadi , makan tak rasa malu ! Hahaha ..

Dan akhirnya ada yang tak abis.. Tapau bawak balik rumah .. Jangan membazir .. Tapi sayangnya , dia letak dalam plastik macam tu jer .. Tanpa ada bekas .. Main masukkan je makanan tu terus ke dalam plastik putih yang seolah dah digunakan atau tunggu masa nak dibuang ..

Hurmm.. Memang tak mai dah .. Bayar ok ! Bukan makan free ..  Gagal !

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes