Dari usia beberapa hari dan terkini dah masuk 14 bulan .. Sama ke ngan muka aku ? Kalau gitu ,aku comey la kaaann ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Dari usia beberapa hari dan terkini dah masuk 14 bulan .. Sama ke ngan muka aku ? Kalau gitu ,aku comey la kaaann ..
Wowwwww .. wowwwww .. Mesti ramai wanita menafikan ..Ini bermakna mereka mengaku mereka cantik la kan ? Hehehe..
Wanita cantik ni biasanya menjadi tarikan lelaki . Normal la kan ? Bila dah tertarik , syaitan pon goda laaa .. Tak kira dah apa jua statusnya .. janji hajat tercapai ..
Bayangkan jika perempuan menutup aurat seperti yang disuruh dalam Islam .. rasa rasanya ada tak lelaki nak gi ngorat ?
Bila menutup aurat , pastinya si perempuan tu akan malu pada ALLAH dan juga org lain. Jika berlaku juga , pastinya salah sendiri.Tak perlu menuding jari salah sapa .. Kan ?
Cantiknya wanita , kayanya lelaki adalah ujian dari ALLAH yang memerlukan keimanan yg tinggi utk mengatasinya.
Pernah berlaku pada aku dan Qhaliff baru-baru ni ..Waktu tu aku nak basuh berak dia haaa.. Sibuk laa dia nak tepuk air dalam baldi tu ..
Tangan kiri aku pegang badan dia dan tangan kanan cuba capai sabun yang berada agak jauh dari aku ..
Entah camana, Qhaliff tertonggeng masuk dalam baldi. Nasib baik air tak byk sangat dan tangan aku masih pegang dia ..
Kalau dia seorang diri ?? Hurmmm ..

Hehehe .. takde kaitan ngan kecacingan aih..mmg skill budak tidur gini .. Kekadang bapak budak pon layan gini .. heee..
Anak dara kerap gak jadi gini .. Frust menonggeng koooo !!

"Bea , nak keropok tak ? ".
Baru nak parking kereta di depan RNR Desa Serdang ni utk ke Craven Cafe bg menikmati nasi kandar , aku didatangi seorang lelaki muda yg menjual keropok..
Memula dia nk jual keropok ikan tu dgn harga RM12 .. Giler ke apa ?? Katanya dia dari Siam.. Nak cari makan utk anak bini jer ..
Puas aku menolak memula .. Risau gak kereta aku yg di parking situ kalau aku menolak beria ria tp bila dia sebut utk anak bini , aku terus seluk poket .. cari duit yg ada.
Ada RM2.. Hurmm .. Mintak kat wife dan hulur kat dia ..
" Sedekah , bea ..".
Hurmm..
Suka sangat gi dapur skang ni !! Pintu peti ais tu dia tak mampu buka lagi walaupun berusaha bersungguh sungguh.. Aku suh mak dia bukakan .. Nak tgk apa dia cari dalam tu ..
Hurmm .. Epal .. Adehh ..
Dia tengok mak dia mekap setiap pagi sebelum keluar pergi kerja. Dia tengok je mana mak dia letak alatan solek tu .. Ada satu hari tu , wife bagitau Qhaliff amik .. er , apa kemenda pulak namanya tu.. Ala yang tepek tepek kat muka tu .. Dan dia pun buat gitu gak dengan mengadap cermin !!

Siap amik bedak tu lagi yer.. Bila mintak , tau pulak dia marah ! hahahaha .. Rosak anak aku .
Sebenarnya , bapak dia dulu pun gitu gak .. Buang tebiat .. Siap pakai gincu dan lentikkan bulu mata lagi kooooo .. heehe .. Ikut bapak la ni yer ?
“ Kementerian Kesihatan mungkin akan melanjutkan waktu oerpasi bagi klinik pesakit luarnya sehingga tengah malam di semua hospital kerajaan bagi membantu mengurangkan kesesakan dan barisan beratur yang panjang.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, pada masa ini ramai pesakit terpaksa menunggu lama berjam-jam di sebahagian klinik sebelum menbolehkan mereka untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan ubat dari farmasi hospital. “ –Mstar Online
Cadangan yang sangat aku setuju ! Walaupun ada klinik tapi bukan semua mampu gi klinik sbb harganya bukanlah murah untuk penyakit penyakit yang tidak kritikal ..
Untuk part “ menunggu lama berjam-jam di sebahagian klinik “ ni , aku tak tau nak kata apa la .. Cam semalam , bapak aku gi ke satu hospital di Bandar Tun Razak , untuk pemeriksaan mata . Hurmm..
Bapak aku tu menunggu dari awal pagi hinggalah kul 2 petang gitu. Katanya angka gilirannya tak dipanggil panggil . Pelik la pulak .. Bukan dia seorang je.. Ada orang lain gak yang menunggu lama. Nombor lak asik melompat lompat .. Dalam kul 3 gitu baru masuk jumpa doktor . Itu pun selepas adik perempuan aku gi jumpa petugas dan bertanyakan hal tu .
Di KK Presint 9 , layanan tip top . Ramai je pesakit setiap hari .. Itu membuktikan KK tu mmg ok .. Cuma sayangnya cuma khidmatnya sehingga petang jer .. Kalau dapat sampai malam , mmg ok sangat !
Jika dapat sampai malam , dapat la tambah kakitangan lagi kan ? hehehe .. Peluang pekerjaan pon boleh diwujudkan .. Kan kata nak sediakan berjuta peluang pekerjaan .. hehehe ..
Terima kasih …
“ Ben , u ada sapa sapa kenal mana mana blogger tak untuk diberi job advertorial ? “ ..
Hurm.. aku terfikir .. Sapa yer ? Ada tak blogger yang aku kenal menepati permintaan agen pengiklanan tu ? Ada ! Beberaoa orang blogger yg aku kenal dan punya trafik yang tinggi ..
Aku pon submit padanya melalui email . Petang tu , dia call aku .. Lalu dia explainkan pada aku beberapa perkara .. Hurmm .. Aku anggukkan kepala saja ..
10 minit selepas bercakap , telefon dimatikan .. Menarik nafas panjang .. Mungkin bukan rezekinya .. Rezekinya di bahagian lain .. Tak pelah ..
Biasanya agen pengiklanan ada dua … Ada yang tak kisah isi kandungan blog tu dan ada yang kisahkannya ! Ini kerana agen tu akan buat proposal dan bentangkan pada pelanggan besar mereka . Pelanggan mereka tu pulak akan tgk sapakah blogger yang mereka syorkan tu. Mereka akan masuk ke blog dan belek satu satu entri ..
Cuba bayangkan jika ADIDAS nak blogger promote produk mereka. Blog kita lak tu cerita double meaning punya .. Apakah sesuai produk tu dipromosikan disitu ? Kalau anda empunya produk tu , camana ?
Melainkan sasaran blogger tu hanyalah untuk dapatkan pendapatan sampingan melalui banner banner yang dipasang seperti Innity , Advertlets dan macam macam lagi .. Trafik mmg perlu tinggi disini ..
Terpulanglah pada blogger tu. Kalau aku , mmg aku bercita cita nak mempromosikan produk yang punya jenama serta dibayar ! Baru puashati .. Berbaloi jadi blogger gitu .. hehehe ..
Alhamdulillah , setakat ni aku rasa macam macam dah .. 5 tahun yang penuh dengan kepuasan ..
Mungkin ada org tak suka dengan cara penulisan kita .. dan ada yang suka . Bagi aku , ketulenan tu penting .. Pembaca dapat rasakan kejujuran dalam penulisan kita atau ianya sekadar nak tarik trafik ..

Amik apa saja , harga sama jer ! Ahaa.. Disebabkan konsep gitulah aku kalau berkesempatan , akan gi makan kat cafe ni dengan wife .. Lauk pauknya , mmg menepati selera ..
Setelah lama tak gi makan kat situ , tadi gi la makan .. Hurmm.. Susun atur cafe ni dah berubah. Makanan pon tak leh dah amik sendiri ! Semuanya diuruskan oleh pekerja cafe tu.
Dalam erti kata lain , tak leh amik banyak banyak dah ! Adehh .. Nak suruh amik macam macam , segan la pulak kan ? Maklumlah , bukan selalu gi makan situ .
Tapi ada kebaikkannya jugak. Mana la tau ada orang nafsu besar tapi makannya ciput ! Amik banyak tapi sesuap dua , dah tak lalu nak makan ! Kan dah membazir namanya.
Gitulah kehidupan kita.. Adakalanya kita terlupa nak bersyukur hinggalah nikmat itu ditarik semula …
Bukan tak nak bayar saman , aku bayar pon saman yang dikenakan terutama bila kena dengan PDRM sbb . Tapi kenapa AES aku ‘bising’ ? Ada sebabnya .. Cuba korang google apa masalah dengan kamera AES tu !! Haaa.. Jangan suka suka anggukkan kepala tu jer ! Tak pon risik risik skit pada kengkawan ..
Semalam , aku memandu seperti biasa di Putrajaya . Kali ni aku memandu ikut had laju yang dibenarkan. Korang tau camana rasa ? Pernah tak naik bas sekolah yang lama tu ? Bas sekolah zaman bas mini ? Perlahan je pergerakkannya.. Kita boleh menikmati permandangan kiri kanan sedangkan masa bergerak dengan pantas !
Ke memang tujuan suruh sapa masuk Putrajaya ni , menikmati keindahan panorama yang ada di sini ? Hehehe ..
Bayangkan jika memandu di belakang lori sampah atau lori balak ? Paling tidak pon lori yang ada muatan . Tak ke risau atau berbau kita ? Bukan ke itu akan menyebabkan pemandu cuai sbb dok perhatikan kenderaan di hadapan yang bergerak ikut kelajuan yang tak logik , semata mata tak nak di saman ..
Jalan lengang tapi pandu dibawah kelajuan yang tak masuk akal terutama di jalan lurus ! Ada yang kata diorang dah buat kajian mengenai jalan tu ! Huk alohhhh !! Buat kajian menda letak kamera di tempat lurus 3 lorong pastu di tempat yang selalu berlaku kemalangan , tak nak letak pulak amaran dan kamera ?
Di tempat yang mudah kena perangkap AES ni jalan yang confirm pemandu akan memandu laju sedikit sbb jalan lurus . Kita tekan minyak takkan perasan punya dah berapa meter speedo tu naik .. Nampak perlahan tapi dah laju. Kalau mata asyik nak pandang tang meter tu , masalah la weh !
Sambung .. Aku pandu ikut had laju. Kereta memotong dan menjeling kat aku. Kalau ikut petua bapak aku , biar je diorang pandang ! Masalahnya bila gitu , ada yang pangkah kita dengan cara merbahaya !
Bukan semua orang boleh memandu dengan ikut had laju sbb mereka mampu bayar saman ! Yang macam aku ni ? Kelajuan dibenarkan 80kmj tapi terlebih skit je .. Terus saman maksima ?? Kalau nak buat rayuan atau lawan , sila gi mahkamah ! Boleh gitu ? Prihatin kan kerajaan ?
Bukan tak nak ikut had laju tapi had laju tu ‘kurang waras’ . Jangan la kata buat kajian dah mengenai kelajuan kat jalan jalan terutama di Putrajaya tu . Kalau kata di kiri kanan tu ada bangunan kerajaan , tidak la pulak .. Atau ada perumahan , tidak la pulak !
Aku bukan nak pertikaikan undang undang.. Aku ok je.. Naik mahkamah atau tunggu duit BRIM utk bayar saman .. Apadahal kan ?
Cuma , kerajaan kena la bersikap dengan lebih jujur. Satu lagi ni , letak kamera time jalan clear ! Masa tu la JPJ parking kereta bawah jambatan dan pacak kamera. Kekadang tu , di bawah jambatan tu ada JPJ dan jambatan hujung sana lak ada PDRM siap dengan kameranya .. Mak aihhh .. penguatkuasa negara kita ni mmg mewah dengan kamera ke ?
Yang selalu kata ikut had je la .. Mungkin diorg bukan main di PUTRAJAYA yang punya banyak perangkap ‘offside’ .. hanya menunggu masa je penjaga garisan angkat bendera . Dan mangsanya adalah penduduk Putrajaya yang sememangnya ‘mewah’ . Maklumlah , keje kerajaan . Gaji besar. Duit baki , tiap bulan mmg byk ..
Waktu awal pagi , jarang nak ada kamera AES yang dipasang JPJ tapi selepas jam 9 , baru ada.. Tu pon jap ada jap takde .. Lawak gak kan ? Kira nak pasang ikut suka eh ?
Nak didik pemandu agar mematuhi undang-undang tu bagus. Tapi janganlah sampai aniaya pemandu . Bukan semua orang saja saja nak melanggar had laju yang mmg takleh nak ikut tu .. Cuba cari jalan lain cam , bagi amaran sekali dua sebelum saman dikeluarkan .. Ni kalau terus saman , letih laa.. PDRM kena .. AES lagi ..
Kali ni aku amik la BRIM .. Memang tak mampu dah ni ..
Satu soalan nak tanya , korang memandu ikut had lajukah ? Satu hari nanti , kalau kena camana ? Kalau satu ok la.. Kalau tetiba datang 2,3 tiket tanpa disedari korang memandu terlebih had camana ? Bayar je ? Ok la gitu .. hehehe ..
Ikut je la had laju .. Had laju kalau masuk akal , ok la skit .. Yang tak masuk akal ? Hurmm .. Diorg dah buat kajian .. Buktikan ! Mana kajian tu ? Kalau ada alasan logik , ok . aku terima ! Skang ni , semua kata kajian kajian kajian .. Macam dakwat kekal tu haaa !!
Dan kalau nak saman pon , ikut gak la kelajuan .. jenis kereta . Ni kalau terlebih skit , saman sama .. Kereta Myvi dengan kereta Ferrari sama je jumlah saman dikenakan .. Adil ke ? Cer pikiaq sat ..
" Adoi ..baru nak mimpi !! Dah subuh .. ". Bisik hati kecil aku selepas terdengar bunyi bising kat dapur. Wife dok berckp dgn Qhaliff .
Pastu terdengar wife menjerit kat Qhaliff .. Aku bingkas bangun , berlari ke dapur dan masuk ke dlm tandas. Wife tgh dok basuh ... Hehee.. Qhaliff berak ..
Terkejut aku .. ingatkan apa la tadi .. Aku amik handphone , tgk masa...
" Hah ?? Baru 2.45 pagi !! Arghhh .. ". Berkata aku pada wife ..
" Memang laaa .. Qhaliff ni .. dia main sorang sorang dlm bilik tadi ! Tau la kan dia kalau dah berak !! ".
Menurutnya , dia terdengar bunyi di dlm bilik tu yang buat dia terjaga.Senyap senyap je Qhaliff bangun dan berjalan ke dalam bilik ..
Aku gelengkan kepala jer .. Haihhh ..nasib baik la takde apa apa ..
-IKLAN BERBAYAR-

“ Ramai blog yang berjaya mempunyai trafik tinggi tetapi tidak ketahui nilai di sebalik itu, jadi akibat daripada itu mereka tidak dapat menikmati pulangan yang sewajarnya mereka miliki. “
Blogger 4 digit merupakan Give Away saya sebagai sumbang balik dalam bentuk ilmu kepada komuniti blogger di Malaysia.
Saya tidak ingin mengenakan sebarang bayaran kerana penerokaan saya pada suatu ketika dulu adalah pahit. Ramai ebook berbayar yang saya beli cuma bungkusannya sahaja gempak.
Dalam ebook percuma blogger 4 digit, akan saya kongsikan bagaimana seorang blogger boleh membuat duit dengan adsense sehingga 4 digit tiap-tiap bulan.
Ramai blog yang berjaya mempunyai trafik tinggi tetapi tidak ketahui nilai di sebalik itu, jadi akibat daripada itu mereka tidak dapat menikmati pulangan yang sewajarnya mereka miliki.
Syarat-syarat dan langkah penyertaan :
i) Memilik blog yang berusia tidak kurang dari 3 bulan. Demi keadilan semua, adalah dilarang menggunakan blog baharu yang ditubuhkan sengaja semata-mata untuk give away ini.
ii) Menuliskan sebuah post di blog anda dan menyatakan sebab ingin memiliki blog / website yang mampu menjana pendapatan tinggi. Dalam post tersebut buat satu backlink ke post give away.
iii) Tambah www.jejaktrend.com dalam blog list / friend list. Blog yang terpilih berpeluang dimasukkan dalam blog list blog jejaktrend yang bakal ditambah di sidebar nanti.
Amacam ? Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut ? Klik Give Away Blogger 4 digit , segera !

Kalau orang lain yang buat gitu ? Mau gak aku terajang keluar dari kereta tu !!! Dah la baru je cuci.. Bukan seringgit dua kena bayar tapi RM20 okeh !! Puashati tapi keluar je dari situ , kotor balik !
Huhu .. tu lom ditambah dengan titisan air susu dari botol Qhaliff kat tepi tingkat , atau kat dashboard tu haaa..
Redha je laaa …
“ Abang , teringin nak makan kek la .. “.
Mesej dari wife . Aku ok jer .. Leh gi pekena Japanese Soba kat Secret Resipe di Putrajaya.. Antara feveret aku bila makan di situ . Selain tu , laksa dan mee kari dia pon sedap ..
Jam menunjukkan pukul 5.40 petang. Pelanggan dalam tu leh dikira dengan jari jer .. Tak ramai mana pn. Mungkin dah time balik kerja atau tengah bulan .. hehehe..
Qhaliff, aku dukung .. Masa nak masuk tu , aku tarik pintu kaca yang berat tu . Kebetulan kat belakang aku ada salah seorang kakitangan Secret Resipe .. Tak de la pulak nak tolong tarikkan .. hehehe ..
Masuk .. berdiri cari meja yang sesuai untuk kami sekeluarga. Dapat meja yang sesuai dan tak sampai seminit , datang pelayan wanita memberikan menu pada kami. Kemudian berlalu begitu saja.
Aku serahkan Qhaliff pada wife dan mencari sendiri kerusi baby ! Cari sendiri yer .. Tak de sebarang pertanyaan dari pelayan tadi .. Ok , tak pe.. aku biasa dah dgn situasi begini .
Wife gi amik cheese cake . Dan aku order black pepper chicken rice .. Air buah .. Sebab Qhaliff leh join sama .. heee .. Makanan sampai , diletakkan di sisi tanpa sebarang kata .. Hehehe .. Aku ucapkan terima kasih .

Dah abis makan , wife belek menu yang atas di atas meja. Ternampak ada offer kopi untuk belian sepotong cake pada jam 3- 6 petang ..
Wife panggil salah seorang pelayan di situ dan bertanyakan mengenai ‘kopi percuma’ tu. Katanya tak boleh nak dapat dah sebab diorg dah punch dalam bil , jadi tak boleh nak bagi .. Best kan ? Sedangkan mereka patut tau ada mengenainya .
Aku pujuk wife .. Lupakan je kopi tu. Bukan tak mampu nak beli. Tapi korang tau la perempuan kan .. Asal ‘free’ tu la yang menarik minat mereka padahal boleh je diorang beli .. hahaha .. Jangan marah aa ..
Dia ok je.. Pastu bayar bil .. Aku tengok resit .. Hurmm ..Cukai pekhidmatannya hampir RM3 .. hehehe .. Leh tahan .. Mungkin bagi sesetengah orang , jumlahnya kecil tapi kalau kita cari duit dengan titik peluh sendiri serta mengharapkan keberkatan hasil pencarian kita tu ,jumlah tu besar !!
Tak pe la .. Apa nak buat .. Yang kerja dalam tu pon aku tengok budak budak jer ..Dengan muka takde senyuman.. Manager dia pon aku biasa tengok. Biasa kat Presint Diplomatik pastu , pernah jumpa di Alamanda dan skg kat situ lak .. hee..
Teringat hari Ahad lepas. Aku cuci kereta di Alamanda. Aku tinggalkan kereta pastu gi beli barang dapur dengan wife.. Sekembalinya ke kereta yang sudah dibasuh tu , datang tokey dia utk serahkan kunci dan buat bayaran Aku rasa dia tokey sbb pekerja yang lain semua Bangla dan dia berbangsa cina
Menariknya , dia siap tolong bukakan lagi bonet kereta dan tolong masukkan barang barang yang aku beli tu. Bukan sekali dua angkat tapi banyak kali jugak la angkat .. Siap dengan senyuman , dia ucapkan terima kasih ..
Adehh .. Harga sama sama mahal tapi servis ???
"Asyik asyikkkkkk Upin Ipinnnn.. ", kata Kak Dania
Tapi daddy ok jerrr.. hehe.. Layan jer dari tgk rancangan AC Mizal atau Awal Ashaari !! Buweeekkkk..
Amboiii .. Sememangnya budak besar ni akan mudah goyangkan kepalanya bila layan lagu yang rancak. Kalau lagu Purnama Merindu nyanyian Siti pon dia goyang , aku rasa mmg dia kaki goyang la.. Asalkan jangan dangdut ! Dangdut utk orang tua je goyang .. hahaha.. guwaauuu .
Tak kisah la Qhaliff.. Janji happy kan ? Heee ..
Aku tak pasti kesahihan akan maklumat di dalam gambar ni .. Tapi sekadar berhati hati , apa salahnya kan ? Maklumlah , penjenayah ni macam macam rupa. Adakalnya yang kita kenal dan baik pun boleh dirasuk syaitan !
Gambar yang aku perolehi di whatsapp ni , harapnya dapat membuatkan rakan rakan sekalian , berhati hati. Sumber gambar , aku tak pasti .. Jangan lak datang dan marah marah aku kata ni gambar dia yer.. Anggap je sedekah. Pahala lagi penting dari populariti .. oke ?

Benar atau tidak , hati hati ! Jangan mudah tertipu di zaman ni .. Biarlah orang kata sombong ke , berlagak ke , yang penting keselamatan ni.. Hanya ALLAH saja tau niat kita ..

Dok layan tv .. “Oh , My English “ koooo… Sekejap senyum .. sekejap garang .. Macam fahamm jer .. Daddy dia sendiri pon tak paham ..
Hurm.. dah mula ada rasa takut terutama tengok kartun yang pelik pelik .. abis badan aku dia panjat ..tapi nak gak tengok jap jap .. adehh ..
Dua kes ragut barang kemas dan mangsanya orang tua ! Yang cerita ni mak aku , sebentar tadi .

Gambar Hiasan
Satu kes , berlaku semalam di dalam kawasan flat rumah aku ni , awal pagi semalam .. Orang lelaki abis gi kerja .. Tinggal la makcik makcik jer .. Hurmm . Makcik ni lak keluar gi buang sampah kat tong sampah besar tu .. Ada dua penyamun standby dah .. Hurmm .. Pastu ? Menjerit laaaa makcik tuuu tapi sayangnya takde orang yg dengar ! Hurmm .. siann . Dah jadi kes polis .. Suspek ? Jadi fitnah lak nanti.. heee..
Dan hari sebelum tu , sorang makcik tu.. Baru balik kenduri kawin. Barang kemas , sepenuh penuh badan ! Selamat la jugaaakk di kebas dek penyamun .. Yang tu kena culik dulu rasanya .. Nasib baik tak dibunuhnya .. Haih..
Harga emas turun , tapi penyamun tetap penyamun ! Hati hati la yer ..

Satu saman aku perolehi di sini .. Had laju cuma 80kmj . Dicatatnya aku memandu 98kmj .. hehe ..
Hari ni aku try bwk ikut peraturan dan aku dijeling dek pemandu lain ! 3 lorong tuuuu..
Hahahahahah .. mcm $%&#&#%$?/ . Maki kang , satu batalion polis lak mai tangkap aku .. heeee..
Sabo je laa.. Pandu ikut had laju bila nampak AES ? Belajar hipokrit kah ? Dan seperkara lagi , yang gi letak kamera tempat lurus gini apa logiknya ? Dan sini selalu banyak kereta wooo .. Untung woo.. Tempat yang lagi lurus takde kereta , tak nak lak letak .. Ops , kawasan kemalangan ? Hehehe .. Tinggi benar statistik kemalangan kat sini berbanding di satu jalan yang confirm ada kemalangan bila hujan.. takde pulak kamera ! Ceh ..

Sikit hari lagi , dia dah boleh menolong maknya di dapur .. Membasuh pinggan atau tolong lecahkan lagi dapur tu .. hehehe ..
Dah sampai dia pegang atas tu. Skang ni , pantang dia nampak apa saja atas meja .. Cepat je dia suakan tangan dia untuk mengapai. Dengan harapan , dapat la makanan ! Hahahah .. Kuat makan cam bapak dia dah !
Maknya dah risaukan perut Qhaliff yang semakin ala ala daddy dia .. Hahaha .. Daddy dia pun dah semakin ilang pack pack yang ada tu .. Dah makin malas ke gym .. Yelah , kalut dengan anak .. dengan blog .. huhu ..
Skit hari lagi , jom berlari n main bola dengan daddy .. Daddy nak cari sukan lain lak .. Malas gi gym . Golf ok kot ?
Aku redha walaupun ianya satu ' penganiayaan' buat aku.. ALLAH ada .. Ketiga tiga saman tu kena di Putrajaya.. Tak mengapalah ..
Satu saman RM300 .. Nak diskaun , gi buat rayuan kat mahkamah ! hehehe .. kan ? Tak per … Redha.. Bayar jer .. Melainkan pasni ada saman lagi , mmg aku kumpul hingga hujung tahun ..
Yer.. buat style member aku .. kena beribu tapi bayar beratus jer.. Camana ? Heee .. Cuma tak pasti la AES ni leh guna alasan tu ke tak ..
Hurmm .. Bila tidur , sunyi .. Bila dia jaga , mau tekanan jiwa la jap. Bukan susah nak jaga tapi kena bagi perhatian 100% di kala usia begini sbb dok suka mengutip !
Tapi bila fikir fikir semula .. Dia depan mata untuk mak ayah perhatikan tingkah lakunya .. Nanti dah jauh ?? Camana pulak ? Depan mata dah pening , bayangkan dah jauh nanti ? Hurmm ..
"(Bayi) asalnya bersih kemudian dikotorkan. Bersih sepatutnya dibersihkan dengan kebersihan iaitu diteruskan dengan pendidikan al-Quran, agama, kenal ALLAH, sayang ALLAH, berkaitan dengan pemikiran, perasaan dan keyakinan. Kerana dengan keyakinan ia membetulkan akal dan nafsu,".
Ada satu cerita mengenai hari akhirat yang membuatkan aku rasa insaf sangat .. Kita selalu dengar cerita mengenai anak kecil yang meninggal dunia ketika dilahirkan dan menunggu ibu bapanya di depan pintu syurga kan ? Tapi pernahkan dengar keseluruhan cerita tu ? Hurmm ..
“
Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui.
Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh.
Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.
Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.
Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.”
Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”
Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”
Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.
Tidak takutkah lagi kita ?
Daddy suh sepak bola je kan , kaannnn ? Jadi , Qhaliff menurut je laa .. Kiranya tak derhaka la kannnnn ..
Tau pasal apa dia duduk balik ? Hehehe … Tu dalam proses meneran .. Berak haaaa .. Kiranya lepas main bola tadi , daddy dia kena basuh laaaaa .. uhuk uhuk.. Semerbakkkk ! Dah la posa ari ni .. huuhu ..
Sediki info dari BabyCenter :
“ Kebanyakan kanak-kanak 18 bulan sudah mahir berjalan. Ramai boleh naik tangga dengan sedikit bantuan (tetapi mereka memerlukan pertolongan untuk turun tangga selama beberapa bulan lagi) dan gemar memanjat perabot. Anak anda mungkin akan cuba menendang bola, tetapi tidak akan selalu berjaya, dan mungkin dia juga suka menari jika mendengar muzik. “
Qhaliff baru 14 bulan ..dah boleh main bola dan menari .. Hahahaha ..
ANDA BOLEH MAKAN MAKANAN KEGEMARAN ANDA DENGAN BANTUAN CAR-BAL !!
*APA ITU CAR-BAL?? APAKAH & BAGAIMANAKAH FUNGSINYA??
Carb-Bal sebenarnya ialah Carbo Blocker yg diperbuat daripada “White Kidney Bean” dan sejenis daun bernama “gymnema sylvester” daripada Negara India yang membantu untuk menghalang gula masuk ke dalam badan kita. Makan sebiji sejam sebelum makan dapat menghalang enzim iaitu “alpha-amylase” dan “sugar receptors” atau sel yang berfungsi untuk menyerap gula..
Sekiranya kita mengambil lebih karbo, sebanyak 123 gram karbo tidak akan diserap oleh badan. Namum begitu, berhati-hati.. jangan pulak dgn ada nya CARB-BAL kita boleh makan karbo, semua benda kita mkn tanpa tanpa kawalan....
Pengambilannya ialah 123 gram karbo kita boleh bahagi 3, iaitu sebanyak 40 gram karbo kita boleh makan untuk setiap kali hidangan pagi, tengahari dan malam.. kalau lebih daripada itu, badan akan tetap gemuk dan memang tak turun berat lah jawabnya.....
Jika kita terlupa untuk makan selepas ambik Carb-bal, gula dalam darah akan kembali normal dan kalau makan karbo memang tak menjadilah jawab dia..
Dengan itu, kita kena ambil balik Carb blocker dan tunggu 20 minit atau kita boleh je makan protein seperti menu diet dengan ALPHA LIPID SD2 dan elakkan terus ambik karbohidrat dalam makanan...Untuk mereka yang belum mencuba lagi untuk berdiet dengan ALPHA LIPID SD2 kerana tak boleh tinggalkan makanan favourite seperti meehoon tomyam, spegeti.. bolehlah try Carb-bal ini..
Produk kami adalah yang terbaik di Dunia..
::SPECIAL PRICE ::
- FREE Buku Panduan
- FREE Botol Shake
- FREE Ketostik
- Kami sentiasa follow-up diet pengguna SD2
Hubungi kami “Pengedar SAH” :
(ID : 1340896)
Hayati – 019 232 5102
Fikri – 019 232 5120

Sebelum ni aku antar sbb ... Heeee..korang pon tau nape kaaann ..
Jadi , skg tak yah dah .. Boleh la jimat skit duit minyak dan tol dgn lepak berdua di rumah sambil lyn tv pendidikan .. ecehh..
Tapi ,bukan senang nak kasi budak kecik ni tdo sbb dah biasa tdo dgn menyusu badan ..
Kena tunggu dia ' abis kemas' rumah dulu ,baru leh tdo ..

Di Astro Ceria tadi ada tayang rancangan prank tuu .. Ala si budak kecik ngan Nabil tu .. Lebih kurang tajuk dia KAN DAH KENA .. lebih kurang la kot .. hehehe ..
Part si Apek kena dengan Nabil tu , mmg buat aku ketawa kaw kaw punya ! Yelah , Apek kan suka kenakan orang .. Haaa , kali ni dia kena sendiri dengan anak muridnya iaitu Nabil !
Masa aku ngan wife ketawa tu , Qhaliff ikut ketawa gak ! Pastu dia diam .. pandang aku , ketawa lagi !! Hekler budak niiiii .. Dah nak lawan tokey nampakkk ..
Amboi .. dah leh start membaca dah ni ! Selain dari pandai ajuk , dia pantang tengok aku mengunyah.. Cepat cepat mai mintak. Tak kira la apa pun aku makan , dia nak !! Grrrr ..
Sekejap je masa berlalu.. Tau tau dah setahun .. huhu ..
Ramadhan tak lama dah . Pastinya lepas tu Syawal. Kalut la manusia dengan baju raya baru dan sebagainya. Aku pun dah mula nak menempah sbb nak sedondon dengan Qhaliff dan wife ..
Sejak kehadiran Qhaliff, baju melayu raya beli siap je.. Malas nak tempah . Tapi kali ni , plan nak tempah .. Biasanya gi tempat kat Medan Mara tu jer .. Sana buatannya indah dan murah sekali .. hehe.. Murah tu tak la murah sangat.. Tapi masih mampu dibayar la.. heehe ..
Tadi di Alamanda , ternampak satu butik top ni .. Saja la masuk tengok memandangkan ada banyak baju melayu sedang dijual di situ. heheee… Boleh tahan harga.
Aku tanya kat seorang lelaki yang melayan kami samada mereka masih amik tempahan. Katanya masih amik .. Ok la tu .. leh la buat kat situ jer ..
Wife tanya harga .. Hurmm .. RM300 siap semua ! Termasuk kain 4 meter .. Hurmmm .. Kalau anak aku nak gak , jumlah RM500 . Dia kira aku punya dia bagi RM350 dan anak aku , RM150 !!
Wife terkejut .. Tadi kata kalau aku sorang jer , dia bagi RM300 tapi kalau dengan anak , dia bagi RM350 ! Aik .. terbalik ke ni ? Hahahaha .. Sahih terbalik … Adehhh ..
Dua beranak , RM500 untuk baju melayu di pagi raya .. Pakai jap je tu .. Pastu masuk mesin basuh , disimpan terus ! Adoiyaiii
Kensel .. keluar dari butik .. Fikir masak masak .. Baik beli siap jer .. Kacak , mmg dah kacak bila berbaju melayu cuma nak lagi nampak segak bergaya anak beranak gitu ! Hahahah …
RM500 ??? Tunggu duit BRIM je laa …
Weeeee... warna kelabu berjenama Camel lak kali ni ..Lama dah cari yg ok skit .. Hehee ..
Camana leh jumpa ? Haaaa.. tadi kat Alamanda .. Plan nak cari jeans sehelai memandang yg ada ni dah koyak kat bahagian punggung tu haaa... Aku pun pelik la cmna leh koyak kat situ .. Bukan sehelai tp dah berhelai helai.. heee..
Masuk butik Camel .. berkenan kat seluar kargo ni.. Seluar byk poket tu haaa.. Dalam dok pilih pilih seluar , aku terperasan wife dok tgk 'something' . Cepat cepat dia letak dan sorokkan .. hahahaha..
Aku gi tgk .. Aku senyum ..Hahaha..
" Sampaii hatiii sorokkan yerrr .. "
Snow cap weh !!! Harga ? RM99.. Selama ni beli , paling mahal pon RM49.. beli kat Mid Valley.
Terus aku letak seluar yg aku nk amik td.. test snow cap tu .. Waaahhh.. sedapnyaaa pakai ..
Lemparkan senyuman kat wife .. Geleng kepala jer dia .. Kalahkan budak-budak !! Hahaha..
Akhirnya keluar dari butik Camel tu dgn seluar kargo di dalam plastik dan snow cap baru , di sarungkan terus ke kepala ! Kikiki...
Dulu aku pelik camana mak aku leh sabar dgn aku yang gemar sepahkan rumah terutama dlm bilik tidur ..
Sekarang , aku faham dah !
Kali pertama aku baca , di timeline FB .. Dulu aku tak beberapa mengerti akan ketakutan ini tapi sejak akhir akhir ini , ketakutan ini senantiasa ada dalam diri .. Sangat menakutkan ..
Aku google mencarinya di internet , kisah hari akhirat ..
" Allah Taala berfirman:
“Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu? ”
Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”
Allah Taala berfirman: “Aku percaya!”
Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.”
Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.
Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya."
Mengenai jambatan Siratul Mustaqim .. Hurmm . Mungkin ada yg terlupa kita perlu menyeberanginya ..
Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka.
Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki.
Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.
Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Astaghfirullah al azim .. Aku membaca satu demi satu dengan bernafas ikut mulut . Takut akan azab ALLAH .. Beraninya kita ni kan ? Kita hidup atas dunia ni pon dah rasa lama .. Bayangkan di padang masyar nanti beribu tahun lamanya sebelum mengadap Allah untuk pengadilan ..
Gambaran sebegitu saja dah cukup menakutkan .. Tak mampu dek akal untuk mengimaginasikan betapa gerunnya hari akhirat .. Tapi kita lebih gerun berdepan dengan boss di pejabat , boyfriend yang cemburu atau awek yang tengah merajuk kerana terlupa nak wish harijadinya ..
Lalai sungguh kita ni .. Asyik dengan ‘ sandiwara’ dunia padahal inilah tempat untuk kita kumpul amalan utk bekalan di akhirat nanti ..
Masa bujang dulu , hujung minggu pasti nak jumpa geng geng lain .. Lepak sambil beriadah menghabiskan saki baki duit yang ada dalam bank .. heee..
Dah nikah ? Hurm.. masih ada yang melakukan aktiviti tu samada berseorangan atau berkeluarga. Bagus la .. Kawan , sampai bila takkan hilang jika niat persahabatan tu kerana ALLAH ..
Aku ? Hehe.. Aku akan hanya keluar keseorangan bila aku ada job di luar .. Kalau tak ? Aku pasti akan bersama sama keluarga aku , ke mana saja .
Tak boring ke ? Masa yang aku ada sangatlah singkat .. Dengan masa yang singkat itulah aku nak abiskan bersama keluarga tercinta .. Mana la tau kan ? Kita atas dunia ni sementara je. Baik aku curahkan kasih sayang pada yang menghargainya ..
Jadi , hari ni .. operasi membersihkan rumah dan keluar beli barang dapur .. Minggu depan , dah kena balik Kelantan .. Wow.. lama rasanya tak balik sana .. Dengar cerita , panas .. huhu ..

Dah tidur .. masa untuk selesaikan apa yang patut diselesaikan ..
Tidur dalam kereta sewaktu ke Alamanda dari rumah mak aku . Pastinya di salon nanti dia menangis sbb mood tak stabil .. Heheheh.. Kena standby pujuk. Kalau tak , daddy hilang macho .. Ibu lama dah ilang kecunannya ..hehehe..

Payah gak memula.. tak seperti selalu .. Kali ni cuma nak edit skit je rambut dia.. Ingatkan nak botak cam daddy dia tapi tak jadi la.. Sian lak dia sbb nanti nampak daddy lagi hensem .. heheh ..
Dan , seperti yang diduga.. selepas abis gunting .. dia nangis ! Aku rasa bukan sbb gunting rambut dia tapi sbb bukak baju dia .. Mesti la dia malu kan ? Ramai awek kat situ dok kenyit mata ngan dia walaupun aku tau dok kenyit mata ngan aku .. Daddy cool jer .. lalala ..
Selesai gunting.. Anak bapak ! Hensem cam bapak dia gak .. Hehehe.. Ada la tu kang dok mengumpat dalam hati .. Rileks.. Hensem bukan sekadar dari raut wajah .. ok ?
Tak tau laaa kenapa budak kecik suka benar main kat tangga.. Kalau budak besar suka main kat tangga tu , confirm la tau dah kenapa .. kan ? Haaa.. ada banyak sebab musabab tu .. hehehe ..
Si Qhaliff ni .. bila dah start menghala ke tangga , memang kena ikut dah aku ni .. Kalau tengah dok update blog , kena tinggal segalanya .. Merisaukan sungguh ..
Walaupun setakat ni , dia berjaya memanjat dengan cantiknya tapi part nak turun tu , mmg gagal ! Bila pegang tangannya baru laaa dapat turun dia ..
Dan serius , aku tak leh buat apa apa dah skang ni termasuk gi gym. Lemak kembali beraja di perut dan pinggang .. adehhh .. Bila dah buat cun cun , orang amik buat fake akaun lak .. Macam macam laaaa perangai !
Nak kata lelebih , korang pon tau la kan .. Kot kalau berani seperti mana yang digembar gemburkan , guna la gambar sendiri .. Jangan guna gambar aku pastu nak jatuhkan maruah orang beb !
Jauh perjalanan kita di akhirat nanti .Bukan sehari dua ..Bukan 10-20 tahun weh ! Setiap apa yng kita buat , kita akan bertanggungjawab sendiri .. Naya weh.. dunia leh la lepas , akhirat nanti ? Jangan ingat kita hidup seratus dua ratus tahun atas muka bumi ni .. Entah esok lusa je boleh kehilangan nyawa ..
Mintak rakan rakan tolong report di FB yer .. Terima kasih .. Insaf la manusia .. Kalau nak pedajal orang , guna gambar sendiri atau mak ayah mahupun adik beradik sendiri. Baru la berani kerana benar !
Klik https://www.facebook.com/wan.obi.50 untuk report .. Macam macam la perangai manusia skang ni..
Ini gambar asal ..
Kemudian diletakkan ‘wartermark ‘ BEN ASHAARI seolah olah gambar ini aku yang punya ..
Tak leh la kan ? Walaupun diberitahu ‘FOTO : pemilik asal “ , namun jika diletakkan watermark kita ke atas foto tu , ianya dah ‘tak betul’ ..
Bayangkan jika aku amik gambar orang lain atas hasil usaha dia kemudian aku letak watermark blog aku tapi dalam entri aku tulis tu aku bagi tau asal usul foto tu .. pastu ada yang berminat , dia amik gambar tu .. Apakah pemilik foto tu tau ? Tak la kan ? Tapi yang pasti orang yang akan tengok gambar tu akan nampak watermark aku seolah olah aku yg punya ..
Sebagai contoh ..
Hehehe .. fikir la sendiri yer .. Aku kalau amik gambar orang , camana aku amik .. camtu laa .. Kalau dari luar negara , mmg aku tak bagi la kredit sbb diorang bukan kisah sangat .. Tapi dalam negara , boleh haru biru kalau tak bagi backlink .. Bukan apa , nak hasilkan gambar sekeping tu pon , makan kreativiti gak .. Bukan kelip mata terus jadi .. kan kan ?
Ahaaa .. Ada pendapat dah dari rakan blogger yg aku rasa ada kebenarannya juga disitu .. Namun , segalanya terpulang pada cara memasing juga .. kan kan ?
Antara pendapat mereka …
Dan banyak lagi pendapat yang boleh anda baca di entri segmen yang telah aku buat hari ini .. Ada yg menarik hingga berkongsi tips tapi sayangnya tak leh nak copy lak untuk paste di sini .. hehee .. Apa apa pon , korang leh la gi baca sendiri di blog mereka .. Klik SINI utk ke segmen tersebut . Tapi segmen dah ditutup yer .. heee .. Baca dan dapatkan tips jer ..
Pendapat aku lak ?
Sudah semestinya masih tersangat relevan kerana di blog kebanyakkan pembaca boleh dapat agak apakah bisnis yang dijalankan adalah benar , jujur dan juga penjualnya dapat dikenalpasti , jika benar benar melakukan sedikit ‘siasatan’ dengan melihat profile , komen dan juga boleh google dengan menggunakan kata kunci blog tersebut atau nama peniaga bagi mendapatkan jawapan atau komen dari pembeli pembeli yang pernah melakukan urusan jual beli dengan peniaga tersebut.
Di laman sosial yang lain , seperti FB .. terdapat banyak kes penipuan. Masalah fake akaun yang sukar dikenalpasti. Si peniaga leh je guna sapa sapa punya gambar dan buat bisnis haram pastu ! Grrr !
Instagram pulak bagi aku .. kebanyakkan mereka yang membeli atas dasar kenalan .. Yang baru baru tu , sukar sikit la .. Bukan tak leh percaya tapi sukar .. Sbb dapat tengok gambar je .. Komen pon , leh didelete dgn segera .. begitu juga di FB ..
Blog pon leh delete tapi jika pembeli dapat melihat komen komen terlebih dahulu sebelum membeli.. Kalau takde komen ? Haa..
Kesimpulan bagi aku .. Segalanya relevan .. Blog , FB , Instagram , Twitter .. tapi pembeli kena hati hati agar tidak tertipu .. Setiap laman sosial ada kelebihan masing masing .. Dan aku tetap memilih blog diikuti FB , Twitter dan Instagram. Puas guna blog sbb leh jelaskan dengan terperinci ..
Sekadar pendapat seorang amatur jer .. Segalanya terpulang pada anda sendiri ..
Tak sampai 2 saat , mai mintak lagi !! Aku tgk mulut dia .. tak mengunyah pon tp tadi dia mai gigit roti kat aku ..
Cek pipi dia..kot sorok kat kiri kanan pipi dia .. heeee..takde !
Sah ! Memang telan !! Adehh..
Pergh.. apa yang aku takutkan . mmg menjadi kenyataan malam ni ! Setiap hari , aku akan lalu jalan ni bersama keluarga aku. Jalan dua lorong yang bengkang bengkok dan pastinya dipenuhi belukar dan ladang kelapa sawit menakutkan bila melaluinya di malam hari..
Apatah lagi aku pulak memandu kereta yang pertama kali aku pandu dan memandunya seorang diri di malam hari , yang tersangatlah malamnya.. Kul 12 tengah malam !
Berdebar.. dengan cermin depan berkabus , aku menumpukan perhatian di jalan raya dengan sebaik mungkin. Nasib baik ada teman yang memandu kereta di belakang aku. Aku pulak memandu di depan sekali ..
Tiba-tiba di satu selekoh , aku rasa semacam .. Disusuli bau busuk yang mengancam hidung aku. Aku nak bukak tingkap , tak berani. Nak jeling ke belakang , lagi la tak berani ..
Nak tak nak .. aku tahan je laaa.. Tunggu sampai rumah baru berani nak tarik nafas lega.. Dan , akhirnya .. segera parking kereta , cepat cepat gi tandas.. tunaikan hajat !
Tokey blogger Fuh.my , Que Achmad.com dan Mawardiyunus .. hehehe ..Saja lepak sblm salah seorang akan hilang status bujangnya minggu dpn ..hehe ..
Dah dikesan sebelum mencecah setahun lagi. Dia tiru sapa pon tak tau laa.. Bapak dia bukannya kaki geleng geleng cam dia buat tu haaa.. Kaki angguk ye la kot .. hahahaha ..
Dan sekarang , dah mula nak menari bila ada dengar muzik ! Bapak dia dengan muzik pon tak menari !! Ni anak pulak yang lebih haaa.. Jangan nak masuk pertandingan realiti yang mengarut nanti dah laaa
Hurm.. Mak aku bagitau tadi , bas sekolah milik abang aku kena pecah masuk. Dikebaskan beg yang mengandungi permit bas dan beberapa dokumen penting lain. Apa motifnya pon tak tau laa.. Duit syiling pon diambilnya. Sapa punya kerja ? Hurmm ..
Kat taman aku membesar ni mmg banyak kes pecah kereta terutama belah malam. Parking yg disediakan dalam kawasan flat , mmg tak mencukupi langsung apatah lagi anak anak yang dahulunya kecil , dah besar panjang pon . Siap ada cucu dah pon… Bila dah besar , confirm la berkereta . Jadi , satu rumah maunya ada 2-3 bijik kereta. hehe.. termasuk la keluarga aku ..
Itu yang pecah kereta belah malam.. Belah siangnya pulak camana ? Hurmm .. Terbaca di Harian Metro tadi , lagi menyedihkan.. Rumah sendiri pon dah tak selamat !
“ Seorang suri rumah kerugian lebih RM20,000 apabila rumahnya di Wangsa Melawati, di sini, diceroboh tiga lelaki bersenjatakan parang ketika sedang berehat di ruang tamu, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 52 tahun berada di rumah seorang diri apabila tiga lelaki bertopeng menyerbu masuk mengacukan parang ke arahnya.
Menurut sumber, seorang daripada lelaki itu bertindak menjaga mangsa manakala dua rakannya menggeledah seluruh rumah. “
Camana tu ? Rumah sendiri tuuuu ! Siang hari lak tuuu … Dah tak selamat ! Hurmmm .. Sememangnya kena berhati hati 200% sekarang ini. Penyamun tak semestinya berparut dah mukanya !
Nampaknya kena pakai baju besi zaman dulu dulu la kalau nak gi mana mana dah skang ni ..
1 ) MEMPUNYAI TAMBAHAN EKSTRAK GREEN TEA di dalam ALPHA LIPID SD 2
Membantu meninggikan metabolism Meningkatkan penggunaan tenaga Merangsang badan membakar lemak Bahan Antioksida yang kuat Pemeliharaan Jantung Antibacterial & Antiviral
2 ) Alpha Lipid SD 2 MEMPUNYAI TAMBAHAN SERAT
Membantu sistem penghadaman (melawaskan) Memberi rasa kenyang lebih lama (elak gastritis)3) Alpha Lipid SD 2 MEMPUNYAI FORMULA TINGGI PROTEIN
Memperbaiki jisim otot Meningkatkan metabolisma
4) Alpha Lipid SD 2 MEMPUNYAI ALPHA LIPID formula ALPHA LIPID untuk penyerapan nutrien2 dan vitamin yang lebih baik!
SEMUA INI BERFUNGSI UNTUK MENJADIKAN Alpha Lipid SD 2
*************************************
Anda pasti teruja jika anda tahu mengenai Alpha Lipid SD 2! Cubalah sekarang.
*PERHATIAN! HANYA LEMAK SAHAJA YANG DIBAKAR 100% TANPA MENGGANGGU OTOT!

Keluar kereta , 1hb Mei ari tu . Jumaat lepas , dah servis 1 ribu km .. Ni baru seminggu dah nak masuk 2 ribu.
10 ribu servis lagi .. Rasanya mesti bulan depan .. Perjalanan sehari pergi balik ,100km !! Perghhh .. Minyak dua hari RM50..
Bersyukurlah ... Kata mereka .. Tu belum masuk tol lagi .. Gi balik RM2.60 .. Adehhh .. Hidup di kota , beginilahh ..
Tak tau la cmna mereka yg bergaji kecik .. hurmmm
“ Pecah rumah semakin melampau ! Bla .. bla .. blaa … “
Satu pesanan penaja dari jiran tetangga melalui group whatsapp yang meminta semua jiran berhati hati terutama di waktu siang ketika orang sibuk gi kerja. Yang tinggal mungkin anak kecil bersama si isteri yang tak bekera atau dengan orang gaji .
Tak kira tempat ! Kalau diorang nak masuk , diorang masuk ! Diorang akan buat ‘siasatan’ terlebih dahulu sebelum nak buat kerja pada hari mendatang !
Mungkin kita rasa rumah kita takde barang berharga bila mereka pecah masuk tapi perlu diingatkan , mana la tau kot ketika mereka pecah masuk , kita ada dirumah ! Sangat merbahaya bila situasi begitu berlaku .
Sila tingkatkan keselamatan rumah kita. Yang gemar keluar malam tu , janganlah umpan penyamun sampai ke rumah kita. Umpan tu , macam macam benda yg mampu membuatkan mereka mengekori kita .. Anak dara , harga benda cam gadget dan macam macam lagi.
Negara kita ni selamat , kata mereka .. Tapi belum tentu kita selamat. Jadi , pandai pandai la selamatkan diri sendiri ..
Amboiii .. dah pandai dah dia buat lawak di tengah org ramai ! Tak kisah org tgk dia dah !
Penat mengekor dia semalam .. Dari seorang ke seorang dia gi tp takde la nak mengusik kecuali sorang budak perempuan tu .. tu pun sbb dia dok guna tablet .. sibuk nak gi join sama ..
Dah jumpa doktor , balik ..baru lega tp masalah lain lak timbul. Nasib baik dah jumpa jalan penyelesaiannya ..
Tak kisah laaa .. janji semua okeh !
Ada sorang tanya ..
“ Ko cerita menda menda melibatkan diri kau dalam blog ni , tak rasa ianya satu peribadi ke ? “
Aku jawab ..
“ Selagi mana ianya mampu memberi pengajaran pada orang lain dan juga mereka ( pembaca ) berkongsi pengalaman bersama aku , aku rasa peribadi tu cumalah soal kecik jer .. Melainkan ianya benar benar peribadi seperti aku pakai seluar dalam apa hari ni atau sapa bini no 2 aku .. haaa .. tu mmg peribadi .. “ .
Aku kekadang pelik dengan sikap sesetengah manusia zaman ni .. Bila gi dating dengan bf /gf , tak segan silu lak nak bercerita . Atau dok mengumpat atau mengutuk mengeji , tak segan lak … Tang cerita peribadi yang mampu memberi pengajaran pada orang lain , segan nak cerita . Selagi mana tak mengaibkan , bagi aku .. ok jer..
Namun aku bersyukur … sejak aku berkongsi cerita dalam blog aku ni , mcm mcm aku dapat ilmu dari rakan rakan yang berpengalaman . Yang tak berpengalaman tapi punya ilmu pun ada .. Aku terima , tapis dan gunakan untuk kehidupan aku..
Terima kasih .. Semoga ALLAH berkati anda semua ..

Pening sat aku .. Mana satu nak ikut ni ??
Doktor pakar swasta kata .. “ Sila buat dengan segera .. Takut nanti akan beri kesan sampingan pada tubuh badan .. “.
Doktor kerajaan kata lak .. “ Ok lagi . Minggu depan kita buat. “.
Hurmm … nak ikut mana satu ni ? Ikut kerisauan , mmg ada . Tapi .. hurmmm .. entahlah .. susah nak kata .
Bukan apa , bila tanya ‘yang kerajaan’ cam semalam di Hukm tu .. katanya ‘ yang swasta’ tu cuma nak duit jer .. Erk…
Bagi aku tu cuma pendapat peribadi jururawat Hukm tu .. Bukan mewakili pendapat jururawat berpengalaman .. heee .. Memasing ada sbb kenapa dan mengapa ..
Apa pun , ikut kemampuan diri . Rasa mampu , terus je buat di swasta. Rasa nak berjimat atau tak mampu , kerajaan je la nooo .. ehehee ..
Dari kul 10 pagi .. Dari Klinik P9 ,kemudian ke Hospital Putrajaya.. Dan jam 2 petang , segalanya selesai utk urusan appointment..
Tak pelah.. Keadaan pun tak membimbangkan sangat pon .Doktor kata ok je .. Takde pendarahan atau turun darah .. Cuma doktor klasifikasikan keguguran .. Nak cerita panjang pon , susah ..
Semoga Allah permudahkan urusan kami. Terima kasih atas doa dan keprihatinan kawan kawan ..