BEN ASHAARI



 

Tadi kan aku dah bagitau yang aku sedang berada di The NOMAD , Solaris Mount Kiara. Tak tau eh ? Sila baca di Di The NOMAD, Mount Kiara  dan juga ada bagitau yang aku akan cerita kan serba sedikit mengenai  The Nomad Office ni ..

image

Terletak di L-7-1, No. 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia ni .. bagi mereka yang tercari cari pejabat buat sementara waktu ( sementara dapat pejabat yang lebih besar dan sesuai ) atau pejabat maya ( virtual office ) maka, The Nomad ini amatlah sesuai !

image

Di sini ada sebanyak 34 buah bilik  pejabat yang mana mampu memuatkan sehingga 4 orang kakitangan dalam satu bilik .. Dan paling sedikit pon , 1 orang ..

Bayangkan yer .. Korang ada syarikat di Pulau Pinang dan sering turun ke Kuala Lumpur untuk berjumpa pelanggan . Tapi korang tak nak sewa pejabat yang besar di KL ni . Yelah , nanti kena cari pekerja lagi kan  ? Memadai jika turun ke KL dan ada tempat untuk berjumpa pelanggan bertujuan untuk mengadakan meeting dan melakukan sedikit kerja tanpa sebarang gangguan .. The NOMAD inilah jawapan !! Kenapa ?

Yang pertama .. sebabnya lokasi yang ditengah bandaraya Kuala Lumpur dan mudah dicari .. hehee .. Pastu di sini korang boleh sewa satu tempat kecil dipanggil Hot Desk .. tengok gambar kat bawah ni .. Disewa mengikut jam atau hari ! Kalau nak sewa bilik pon boleh kat sini  tapi bilik , lain pulak  cara sewaannya.. Tu kira bulan la .. Haaa .. tak kisah berapa bulan pon ..

Siap dengan internet berkelajuan tinggi  dan ruang  pejabat yang amat selesa .. 

Jika nak jumpa client untuk meeting ? Takde masalah .. Di sini ada juga menyediakan ruang untuk mengadakan meeting .. Ada projektor lagi ! Tak yah nak usung projektor dah kan .. hehehe ..

Selain tu , di sini juga menyediakan bahagian untuk buat salinan ( photostate ) dan mesin pencetak ..

 

Selesai buat kerja dah ? Nak bersantai ? Jom lepak kat ruang legar di depan pejabat ni ..  Ada tv dan boleh layan game lagi .. heeee…

image

Sambil lepak , boleh surfing internet. Wifi disediakan.. Percuma dan jika bateri telefon bimbit anda dah semakin lemah , boleh je terus charge di sini .. Hehehe.. Apa lagi yang kurang ? Surau ? Ada juga di sediakan ..

Buat mereka yang tercari pejabat tapi belum mampu nak sewa , bolehlah guna cara pejabat maya atau virtual office .. Cara ni mmg mudah .. Segala panggilan telefon atau surat menyurat akan ditujukan ke sini dan kakitangan The Nomad akan menjawab telefon seterusnya hubungkan pada korang ! Kalau korang tak nak diganggu la kan ? Haaa .. Cam aku kata tadi , korang pon leh sewa bilik meeting disini !

Jangan risau soal keselamatan kerana mmg di sini sangat terkawal keluar masuk orang .. Dari lobi hinggalah ke dalam pejabat ! Segalanya ketat tapi tidak menyusahkan korang punya..

Amacam ? Sesuai tak untuk aku ni yang bergelar blogger ? Sesuai ! Satu hari nanti.. andai aku nak maju setapak lagi dalam dunia penulisan dan inginkan ruang utk menulis dengan lebih serius dengan jangka masa yang singkat , THE NOMADlah jawapannya !

Jika berminat , boleh ke

Facebook : https://www.facebook.com/TheNomadOffices

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Memandangkan ianya memberi kesan pada aku , aku amalkan dengan minum setiap pagi dan malam .. hehehe..Apakah kesannya itu ? Tu nanti aku cerita dlm entri yg panjaaaanng punyaaa ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Ni awalan jer .. Kang pertengahan , dia makan ruang aku lak .. Penghujung sehingga subuh , kembali ke asalnya .. yakni sebelah mak dia sambil .. paham paham je laaa ..

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Nampak permainan .. Dia cool jer .. Daddy yang saja goda dia .. Nak tengok karenah dia ..

Daddy tersilap rupanyaa !!

Akhirnya dia dapat setelah menangis beria nakkan mainan tu ! Perghh.. ibu garu kepala sebab dekat RM100 gak harganya ! Nasib baik la rezeki Qhaliff murah bulan ni .. daddy belanja guna duit ibu !

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

image

Pernah dengar tak masker jenama ni ? Haaa .. Tak kan ? Apa ? Penah ? Ok .. kalau pernah pe kata kongsi sekali pengalaman anda mengenai produk ni !

OK .. aku cerita sedikit latar belakang FLORAL MASK ni eh . Bermula dengan fungsinya .. Fungsi produk ini adalah untuk melindungi kulit dari pencemaran lembut tanpa menipiskan kulit . Sangat efekif untuk menghapuskan bintik hitam & kekotoran yang degil serta mengawal masalah kulit cam muka aku ni  !

Selain dari itu , fungsinya adalah untuk menyah toksid yang ada pada wajah yang menjadi punca kepada jerawat ! Haaa.. Sapa sapa yang suka main panas , atau terdedah di tempat terbuka dan berabuk , maka sesuailah untuknya ..

Apakah kandungan produk FLORAL MASK ni ? 

Terdapat  7 bahan aktif yang berfungsi untuk membersihkan serta mencantikkan kulit si pemakai tuu .. Antaranya ialah  MOISTURE COMPLEX yang bertujuan untuk kulit kering dan kusam.Manakala Vitamin A, B3, C, E  adalah untuk merawat kulit jerawat dan jeragat .Q10  pula berfungsi menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan. Dan  HYALURONIC ACID melindungi kulit dari pencemaran dan radiasi uv .. Menarik kan ?

Kenapa perlu guna produk ni ? Apa bezanya dengan produk sedia ada di pasaran ?

Haaa… KEISTIMEWAAN UTAMA PRODUK Mask ( peel off) yang berwarna 'purple' dengan haruman lavender merupakan satu - satunya dalam pasaran Malaysia 99.99% pasaran mask Malaysia harini adalah mask berwarna hitam atau putih dan tidak mempunyai sebarang bau ..

Cara nak gunanya tak susah pon .. Tengok nanti aku pakai ehhh … hehehe … Tapi sebelum tu  ikut je langkah langkah yang diberikan ini ..

  1. Pastikan kulit anda bersih dan kering 
  2. Sapukan masker di seluruh muka anda atau pada bahagian yang anda inginkan seperti hidung atau kawasan yang banyak bintik hitam atau putih ( jauhi dari terkena pada kening,bibir dan kawasan mata) 
  3. Biarkan selama 20-25 minit sehingga masker benar - benar kering / keras 
  4. Tarik masker yang sudah kering / keras secara perlahan dari bawah ke arah atas muka anda & anda akan dapat lihat bintik hitam & putih melekat pada mask 
  5. Bersihkan muka dengan air dingin agar pori - pori tertutup dengan sempurna 

** Sapuan menggunakan jari lebih mudah untuk di sapukan supaya lebih rata di muka ..

Tadaaaaa ! Senang je kan ? Kan dah nampak comel gitu !

Bila dah kering nanti , maka keluarlah segala kekotoran yang melekat pada mask tu ! Haaaa ..  kali terakhir aku buat gini sebelum menikah .. hehehe ..  Terbaik dan segar rasanya lepas pakai Floral Mask ni ! Keluar segala kekotoran !

Photo

Produk ni halal dan ianya adalah muslim product. Boleh di gunakan oleh lelaki dan wanita seawal 12tahun tetapi jauhkan dari kanak kanak sebab diorang pasti tertarik dengan warnya.. Nanti ingat cokelat lak .. huhu ..

Nak pakai mask ni , bukanlah hari hari . Dalam seminggu sekali , dah memadai .. Lainlah muka tu ari ari kotor. hehee ..  1 Tiub bersamaan 100ml, penggunaan seminggu satu @ dua kali.

Ok .. dah baca kan info mengenai produk ni kan ? Skang tengok pendapat rakan rakan mengenai produk ni bila aku post gambar aku di FB … hehehe …

image

Dan ini pula di Instagram !

Bagi yang berminat nak mengetahui produk ni , sila ke ..

facebook : https://www.facebook.com/dianpixyofficial

website : www.dian-pixy.com

image

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Ada berani tak nak buat begini ? Aku tauuu.. Mana mungkin si perokok yang macho itu nak buat gini punya .. Lebih rela merokok dengan banyak lagi punya ? Kan kaaannnn ..

Jangan marah .. Perbuatan merokok di tempat terbuka itulah yang patut anda rasa segan sangat kerana andalah punca mereka sesak nafas seketika ! Kena ingat tu..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Dah ! Dahh !! Jangan nak wujudkan kontroversi yer ! Ini muka aku yang sedang pakai mask ! Heheeh .. Masker dari Floral Mask .. Best ke tak ? Baca je kat entri aku ni , FLORAL MASK : Masker untuk aku !

Kelakar gak memula masa aku nak pakai ni apatah lagi warnanya ialah ungu ! Hahahah .. Tapi bila dah pakai dan mula kering .. hurmmm.. Terasa macam nak pakai tiap tiap malam la pulak ! Hahahhaha …

Jangan gelak aihhh .. Lelaki pon kena jaga muka gak .. Bukan sekadar ‘jaga muka’ jer tapi muka pon kena bersih seiring dengan hati yang bersih ! Haaaa .. hehehe ..

Tu bukan tanda PEACE yer .. Tapi ‘ 2,seringgit !’ . Tagline Mail yang dah jadi kegilaan aku ! Hahahha ..  Mail dalam  Upin dan Ipin daaaa …  Eh , bukan harga Floral Mask tauuu .. haaaa .. Kang ingat semurah tu laaak .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Sebagai tanda penghargaan kepada rakan rakan yang menyokong aku selama 5 tahun aku bergelar blogger , aku terasa ingin wujudkan satu ruangan khas setiap hari .. Satu cerita satu hari dari rakan pembaca blog BenAshaari.Com . Segala maklumat akan dirahsiakan.

Bertajuk " KISAH MEREKA ".  Mereka yang ingin berkongsi masalah yang terpendam dalam hati , cerita pahit manis kehidupan yang dilalui mereka , kenangan silam yang mana mampu memberi kebaikkan pada pembaca di blog , amatlah dialu alukan ..

Tiada bayaran dua dua pihak . Lebih pada perkongsian dan niatkan kerana ALLAH . sEMOGA ALLAH berkati perkongsian anda dan juga kita semua.

Tujuan aku buat begini sbb ada saja kawan kawan mesej minta pendapat. Ada baiknya aku buka untuk kawan kawan memberi pendapat juga..

Emailkan cerita / pendapat / masalah anda ke benashaari@yahoo.com 

Terima kasih !

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Tak sangkaaa , Qhaliff .. Ibu jeles ngan daddy .. Dia kata Qhaliff sebenarnya manja dengan ibu , bukan daddy ! Olololo .. sampai gitu sekali eh ? Yelaahhh … Qhaliff mmg manja dengan ibunya tapi terlebih manja dengan daddy .. boleh gitu ?

Hahahaha … Siap laaaa nanti balik yer ? Hehehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Ramai ingat Qhaliff ni gemuk atau debab .. hahaha .. Tapi bila tengok depan depan , pasti terkejut ! Yang kembung cumalah pipi dan perutnya . Perut tu , kalau lepas ‘buang’ , nipislah balik ! Hahahah ..

Part pipi tu , dia dapat dari mak dia .. Perut tu , bukan aku yer ! Perut aku masih comel walaupun dah sebulan lebih tak aktif dalam bersenam. Makin malas lak rasanya. Lepas raya la kot mula balik ..

Hurmm.. Budak ni kan .. mmg saja nak kena gomol bila dalam keadaan gini. Dia lak wat gaya selamba je .. Macam mengundang je .. “ Silalah gomol saya .. “ .. Adeh ..

Nanti ada adik , camana la dia yer .. Jadi abang yang penyayang atau yang garang ? Aku rasa .. hurmm… garang pon ada ni !

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Bila Ramadhan menjelang , pasti ramai dah mula berpusu pusu mencari kelengkapan berhari raya. Tak salah kan ? Asalkan yang wajib  itu jangan diabaikan dan perlu diberi keutamaan ..
Aku , seperti biasa akan pening kepala bab baju raya ni . Aku ni spesis malas nak gi test baju dan seluar . Nak kena bukak .. tukar.. cari yang sesuai. Heehehe…

Baru-baru ni aku ada gi ke Kompleks Shah Alam di Shah Alam.. Mestilah kan .. Mana ada kat tempat lain dah .. hehe .. Kat sana , dah bersepah dah orang menjual baju baju kurung dan baju melayu.. Perghh… Banyak benar pilihannya ..

Tapi aku , dah tau ke mana arah aku untuk hari itu !




Yup … Tapi skang butik ini lebih dikenali dengan Hijrah Couture. Tak susah nak ke sini . Cari je ,KFC .. Pastu ada lif.. naik la tingkat satu . Nanti nampak la satu banner Hijrah Couture ni .. Tak sampai 20 langkah dari lif tu pon.. hehehe ..

Ok ok .. Aku sekeluarga tiba ke butik ni .. Wife terlebih suka la kan .. Maklumlah , bukan senang dia nak heret aku ke butik pakaian ni terutamanya yang berlambak pakaian wanita ni !

Masuk je ke dalam butik ni , aku berkenan dengan design baju ni .. hurmm.. Memula aku pelik gak nape ada  butang di bahagian lengan tu.. Dan akhirnya , aku dapat jawapannya .. Heheh.. Khas untuk mereka yang gemar menyinsing lengan baju.. Haa.. Macam sehelai kemeja yang baru baru ni aku beli .. Aku beli kemeja tu sebab ada kelebihan tang tu laaa .. heeee ..








Aku , Qhaliff dan wife try satu demi satu baju yang ada kat situ .. Dan akhirnya berkenan laaaa aku dgn design dan warna ni . Dan automatik inilah baju raya aku untuk tahun ini ! Wife lak , sambil menyelam .. tambah lagi baju utk gi kerja ! Amik je laaaa ..

Menariknya , buat mereka yang malas nak menempuh jalan sesak dan panas di bulan Ramadhan nanti . boleh je beli secara online di laman web atau FB mereka .. Mudah gitu !!

Beli secara online ni , kalau ada yang tak kena .. boleh return balik untuk buat ubahsuai .. Jika tak sesuai , mereka akan return balik duit .. Haa.. ok la kan ?

Aku masuk ke laman web mereka … Hurmm .. Macam macam rupanya yang ada … Hurmm .. Nasib baik aku lelaki . Kalau perempuan ?

                        Photo: Akhtar Zarra Series
Koleksi sedondon yang kekal abadi
Tradisi tempatan dengan gaya moden dan kontemporari
Material dari kain high grade satin (shamuse)
Untuk wanita terdapat 2 cutting iaitu moden dan contemporary pleated series
Bagi kurung moden terdapat perincian lace di tangan .. simple dan anggun
Potongan contemporary pula adalah potongan kurung pahang dengan lipatan kecil di hadapan badan
Tangan tetulang halus berbutang potongan kain selisih
Nampak simple dan ayu untuk wanita muslimah

Saiz yg ada utk setiap warna : SS, S, M, L & XL
Pakaian kanan-kanan perempuan potongan moden saiz : 0,2,4,6,8,10,12

Bagi pakaian lelaki adalah baju melayu cekak musang dengan lipatan kecil (pleated) di bahagian kanan
Bagi kanak-kanak lelaki saiz 1-6  leher teluk belanga dan saiz 7-12 leher cekak musang
Saiz lelaki dewasa : S, M, L, XL
Saiz kanak-kanak lelaki : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11

Harga
Wanita Dewasa : RM199
 Kanak-kanak perempuan :
Saiz 0 - RM69
Saiz 2 - RM79
Saiz 4 - RM89
Saiz 6 - RM99
Saiz 8 - 12 - RM109
 
Harga
Lelaki Dewasa : RM199
 Kanak-kanak lelaki :
Saiz 1 - RM69
Saiz 2-3 - RM79
Saiz 4-5 - RM89
Saiz 6-7 - RM99
Saiz 8 - 9 - RM109
Saiz 10 -11 - RM119 Photo: Akhtar Zarra Series
Koleksi sedondon yang kekal abadi
Tradisi tempatan dengan gaya moden dan kontemporari
Material dari kain high grade satin (shamuse)
Untuk wanita terdapat 2 cutting iaitu moden dan contemporary pleated series
Bagi kurung moden terdapat perincian lace di tangan .. simple dan anggun
Potongan contemporary pula adalah potongan kurung pahang dengan lipatan kecil di hadapan badan
Tangan tetulang halus berbutang potongan kain selisih
Nampak simple dan ayu untuk wanita muslimah

Saiz yg ada utk setiap warna : SS, S, M, L & XL
Pakaian kanan-kanan perempuan potongan moden saiz : 0,2,4,6,8,10,12

Bagi pakaian lelaki adalah baju melayu cekak musang dengan lipatan kecil (pleated) di bahagian kanan
Bagi kanak-kanak lelaki saiz 1-6  leher teluk belanga dan saiz 7-12 leher cekak musang
Saiz lelaki dewasa : S, M, L, XL
Saiz kanak-kanak lelaki : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11

Harga
Wanita Dewasa : RM199
 Kanak-kanak perempuan :
Saiz 0 - RM69
Saiz 2 - RM79
Saiz 4 - RM89
Saiz 6 - RM99
Saiz 8 - 12 - RM109
 
Harga
Lelaki Dewasa : RM199
 Kanak-kanak lelaki :
Saiz 1 - RM69
Saiz 2-3 - RM79
Saiz 4-5 - RM89
Saiz 6-7 - RM99
Saiz 8 - 9 - RM109
Saiz 10 -11 - RM119 Photo: Akhtar Zarra Series
Koleksi sedondon yang kekal abadi
Tradisi tempatan dengan gaya moden dan kontemporari
Material dari kain high grade satin (shamuse)
Untuk wanita terdapat 2 cutting iaitu moden dan contemporary pleated series
Bagi kurung moden terdapat perincian lace di tangan .. simple dan anggun
Potongan contemporary pula adalah potongan kurung pahang dengan lipatan kecil di hadapan badan
Tangan tetulang halus berbutang potongan kain selisih
Nampak simple dan ayu untuk wanita muslimah

Saiz yg ada utk setiap warna : SS, S, M, L & XL
Pakaian kanan-kanan perempuan potongan moden saiz : 0,2,4,6,8,10,12

Bagi pakaian lelaki adalah baju melayu cekak musang dengan lipatan kecil (pleated) di bahagian kanan
Bagi kanak-kanak lelaki saiz 1-6  leher teluk belanga dan saiz 7-12 leher cekak musang
Saiz lelaki dewasa : S, M, L, XL
Saiz kanak-kanak lelaki : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11

Harga
Wanita Dewasa : RM199
 Kanak-kanak perempuan :
Saiz 0 - RM69
Saiz 2 - RM79
Saiz 4 - RM89
Saiz 6 - RM99
Saiz 8 - 12 - RM109
 
Harga
Lelaki Dewasa : RM199
 Kanak-kanak lelaki :
Saiz 1 - RM69
Saiz 2-3 - RM79
Saiz 4-5 - RM89
Saiz 6-7 - RM99
Saiz 8 - 9 - RM109
Saiz 10 -11 - RM119 Photo: Akhtar Zarra Series
Koleksi sedondon yang kekal abadi
Tradisi tempatan dengan gaya moden dan kontemporari
Material dari kain high grade satin (shamuse)
Untuk wanita terdapat 2 cutting iaitu moden dan contemporary pleated series
Bagi kurung moden terdapat perincian lace di tangan .. simple dan anggun
Potongan contemporary pula adalah potongan kurung pahang dengan lipatan kecil di hadapan badan
Tangan tetulang halus berbutang potongan kain selisih
Nampak simple dan ayu untuk wanita muslimah

Saiz yg ada utk setiap warna : SS, S, M, L & XL
Pakaian kanan-kanan perempuan potongan moden saiz : 0,2,4,6,8,10,12

Bagi pakaian lelaki adalah baju melayu cekak musang dengan lipatan kecil (pleated) di bahagian kanan
Bagi kanak-kanak lelaki saiz 1-6  leher teluk belanga dan saiz 7-12 leher cekak musang
Saiz lelaki dewasa : S, M, L, XL
Saiz kanak-kanak lelaki : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11

Harga
Wanita Dewasa : RM199
 Kanak-kanak perempuan :
Saiz 0 - RM69
Saiz 2 - RM79
Saiz 4 - RM89
Saiz 6 - RM99
Saiz 8 - 12 - RM109
 
Harga
Lelaki Dewasa : RM199
 Kanak-kanak lelaki :
Saiz 1 - RM69
Saiz 2-3 - RM79
Saiz 4-5 - RM89
Saiz 6-7 - RM99
Saiz 8 - 9 - RM109
Saiz 10 -11 - RM119



Banyak okeh ! Tak mampu nak copy semua gambar tu .. Korang leh gi tengok atau buat tempahan ke laman web atau Fb mereka iaitu di .. Tudung pon ada .. heeeee ..

WEB : http://hijrahcouture.com/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/HijrahCouture
TWITTER : hijrahcouture

Hehehe .. Selamat dah aku ! Malas nak turun tempat sesak sesak ….
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Semalam aku ke Low Yatt Plaza utk survey gadget idaman .. Mood spoil sebenarnya bila gi sana dengan telatah penjual yang macam meniaga di Petaling Street ! Cuma tak la segarang mereka di PS Butik tu.. Lama dah tak gi sana ..

Pusing pi pusing mai .. tercari cari mana satu yang best ! Harga semua sama jer .. Antara yang menjadi sasaran aku ialah Samsung Note 8.0 dan Sony tablet yang terkini .. Dua dua mmg anggun tapi sayangnya aku belum sampai hati nak ‘curang’ pada HTC .. Huhu . Htc tetap terbaik buatkuuu .. tapi saja nak rasa produk lain .. Baru leh nampak perbezaan dan keistimewaannya .

Ok .. sambung.. Dalam dok jalan jalan tu , ternampaklah seorang penjual gadget ni dok asyik pegang pen reader berwarna putih yang amat aku kenali sangat .. biasa dok tengok di Facebook .. Bila lalu depannya , terpampanglah kitab suci Al-Quran ! Astagfirullah Al’ azim .. Aku pandang je mereka .. Cepat cepat kawan dia perasan dan terus tegur yang sorang lagi tu yang dok asyik bermain dengan pen pembaca tu , dihalakan ke setiap baris ayat suci Al-Quran tu.. hurmm ..

Sapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini ? Dah sampai orang bukan Islam jual produk agama ni ? Hurm.. Jangan tanya aku camana aku kenal orang bukan Islam atau tidak .. Aku tau laa.. Nak cerita lelebih , jadi isu sensitif lak ..

Sebaiknya , penjualan secara terbuka begini perlulah ada pemantauan ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Aku pening .. Tadi aku dah bagitau yang aku tercari cari gadget untuk tingkatkan lagi aku punya kerja .. hehehe… Kononnya laaaa …

Atau

 

 

Hurmm.. Hari ni aku pulang dengan tangan kosong .. Tapi rasanya aku dah tau aku nak amik mana pasni !! Hehehe.. Apa apa kena google dulu untuk mendapatkan jawapan yang lebih best ! Hehehee …

Jadi , yang mana akan aku ambik ni ? Tungguuuu aku beli … hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Hurmm .. kat Low Yatt ni .. Nak cari gadget baru utk wat kije .. Sony tab atau Samsung Note 8.0 .. hurmm..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Dapat je barang kat tangan dia , mula la sibuk ! Sibuk dgb pelbagai gaya diluar jangkaan mak ayah dia ..

Mana tiru pon tak tau laaaaa .. mak dia kot ?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

“ Gaji kecik .. Keje bagai nak giler tapi masih lagi begitu ! Nak kawin , takut. Belum ada anak lagi ! Camana nak hidup berkeluarga ?? “

Kalau percaya pada Allah .. Kalau mintak pada Allah .. Janganlah mengeluh bab rezeki ni .. Luas bumi Allah ni. Kalau takde sebelah sini , mungkin sebelah sana ada .. Yang penting , kena cari dan kena mintak ! Nak mintak pulak , kena la ikut caranya. Macam nk mintak keje la.. Bukan main serbu jer..

Aku percaya .. setiap perkahwinan ada rezekinya sendiri. Setiap anak , ada rezekinya sendiri .. Yang penting , niat ..cara kena betul ..

Jangan risau la .. Kalau rasa nak menikah , maka menikahlah.. Bab anak tu , bagi yang belum ada .. bersabar dan terus berusaha .. pada masa sama , nikmatilah kehidupan suami isteri. Enjoy la.. Gi la bercuti sana sini.. Berpelukanlah .. Berpegangan tanganlah .. Ianya halal sudah bagi mereka yang dah menikah ..

Halal dan berkat dlm mencari rezeki adalah tuntutan agama .. Tu mesti ada !

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Setiap kali malam menjelang , mmg Qhaliff sukar nak tidur ! Dia nak aku baring sebelah dia , tengok Upin Ipin dengan dia .. cium pipi dia sampai dia mengantuk ! Pastu baru dia cari mak dia .. nenen time ! Hehehe.. Baru tidur !

Kalau aku solat , dia pasti akan ikut sama dengan aku. Samada akan berada di atas sejadah atau bermain berhampiran ! Dengan mak dia , takde la pulak gitu ..

Hurmm… Kalau mak dia gi kerja .. selamba je tengok .. Kalau daddy dia yang gi kerja ? Haaa.. Mata tak berkelip tengok daddy dia keluar dari rumah. Tunggu daddy sua tangan jer ..

Hurmm… manja sorang ni .. Tapi ok je bagi aku.. aku pon takde la manja abisan .. Tegas gak ngan dia .. Cuma bila part belajar tu , daddy dia yang ngantuk dulu ! hahahha ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

-iklan-

DESIGNMUSLEEMA.COM  , gedung pakaian muslimah anda

Kami bukanlah orang baru dalam bisnes online telah beroperasi sejak 2009, secara offline dan online. Berskala kecil tetapi bercita-cita BESAR. Kami sedang berusaha untuk meletak nama DesignMusleema sebaris dengan nama-nama besar dengan butik ONLINE yang telah tersohor. Walaupun tidak dikenali satu MALAYA namun kami telah berjaya mencuri pasaran pakaian muslimah dengan produk-produk kami seperti tudung, tshirt labuh muslimah dan barangan kelengkapan haji dan umrah.

BUSANA MUSLIMAH

Pelanggan-pelanggan yang telah memiliki tshirt labuh muslimah dan tudung designmusleema sangat yakin dengan kualiti produk kami. Ini dapat dilihat dengan “repeat order” yang tinggi. Kami membawa jenama AQEELA untuk tshirt labuh muslimah yang telah terkenal dengan kualiti fabrik dan rekaan yang cantik-cantik. Fabrik lycra dan cotton adalah menjadi pilihan. Kami juga mengeluar produk tshirt labuh muslimah polos dari fabrik cotton yang sangat-sangat COOL bila dipakai.

clip_image002

Tshirt Labuh Muslimah

Selain itu produk yang sangat meletop adalah baju menyusu atau “nursing blouse” sentiasa menjadi rebutan ramai. Yang tak menyusukan pun sibuk sangat sebab corak dan rekaan yang cantik-cantik. Dari segi saiz pula kami menyediakan saiz xs hinggalah 4xl.

clip_image004

Blouse nursing

Tudung pula kami pentingkan ciri-ciri bertudung yang mengikut syarie. Tudung-tudung kami kebanyakannya saiz L dari 19 inci hinggalah saiz 3xl iaitu 26 inci. Kebanyakkan tudung-tudung kami ada lapik dagu dan tanpa pengeras supaya senang dibawa bersolat. Rekaan tudung pula terdiri dari tudung twist atau scallop ataupun tudung ala ariani. NAMPAK BIASA TAPI RAMAI YANG TERGILA-GILAKANNYA. Why?? Kami pentingkan kualiti fabrik dan jahitan berkualit dari tukang jahit kami yang professional tu. Fabrik pula terdiri dari jenis lycra, lycra dop dype dan cotton. Supaya hasilnya memberi kepuasan kepada si pemakainya dan everlasting bak kata ORANG PUTIH tu. Tak perlu bayar lebih untuk kualiti.

clip_image006

Tudung twist dengan lapik dagu

clip_image008

Tudung ala ariani dengan lapik dagu

clip_image010

Tudung 2xl mustard

Dengan lace keliling dan ada lapik dagu

HARGA

Sangat-sangat patut lah semuanya dibawah paras RM80.00. Mana nak dapat ! Berbaloi lah sangat.

LOKASI PERNIAGAAN

Kami beralamat di A-4-6, Apartment Kenangasari, Jalan 17/56, 54200 Kuala Lumpur, beroperasi dari rumah sepenuhnya. Sesiapa yang berada di sekitar kawasan ini boleh buat temujanji terus dengan kami ya. No. telefon rasmi masih lag pencinta CELCOM – 019-2883235. Untuk lihat dan rasa produk boleh buat temujanji dengan kami ya..

PRODUK LAIN

Kami tidak berhenti setakat blouse, tshirt labuh muslimah dan tudung sahaja. Kami juga memasarkan kelengkapan solat haji dan umrah di satu lagi blog kami www.telekungmusleema.blogspot.com juga pakaian kanak-kanak muslimah. Kalau saya nak review satu persatu rasanya 10 mukasurat nanti ni. Jadi kita berhenti dulu di sini. Kita akan perkenalkan produk-produk lain dalam sesi ini di masa akan datang ya. Malam-malam ni tak dapat banyak idea melahirkan bait-bait indah. Siang tadi dah pusing satu Kuala Lumpur jumpa pelanggan tetap dan pembekal.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes