

Hurmm.. semakin kacak macam aku kan ? Hahaha .. Guwau je laaaa .. Bila tengok balik gambar dia masa kecik . syahdu je rasa .. Cepat benar masa berlalu ..


Hurmm.. semakin kacak macam aku kan ? Hahaha .. Guwau je laaaa .. Bila tengok balik gambar dia masa kecik . syahdu je rasa .. Cepat benar masa berlalu ..
Kul 6 pagi .. Kira cukup cukup la dia kasi mak ayah dia sahur dengan tenang .. Bila dia dah bangun , maka dia akan abiskan masa dengan duduk dengan aku sambil layan tv .. Ngantuk dia tapi tahan je dia sbb dia dah rancang nak tidur dalam kereta nanti !

Tepat jangkaan aku .. memang dalam kereta dia tidur dengan amannya ! Sampai umah mak aku , dia jaga .. Aku yang jaga awal ni semakin mengantuk !! Huwaaaaa .. tiap hari tidur 4 jam jer.. Boleh biol aku .. huhu .. Tidur lewat sbb wat keje woo.. tunggu anak tidur baru leh wat keje ..
Lelaki ni nama dia Xuan Tien. Orang Vietnam. Ahaaa.. Apakah yang istimewanya lelaki ni ? Heehehe .. Ok , aku nak ulas tapi malas pulak .. Jadi , guna je la cara popular masakini .. Copy paste ! hehehe.. Sumber Utusan Malaysia .
Seorang peminat setia Arsenal di Vietnam yang meraih perhatian ramai pihak sebelum ini kerana berlari lima kilometer mengejar bas pemain Arsenal di Hanoi telah mendapat jemputan kelab itu untuk menonton perlawanan skuad bimbingan Arsene Wenger di London.
Sedutan dalam laman web rasmi Arsenal telah memaparkan para pemain Gunners telah bersorak sambil menyebut 'Tandatangani dia, tandatangani dia' sambil melihat pemuda itu yang menyarung jersi Arsenal berlari di tepi bas sepanjang ibu kota Vietnam itu.
Pemuda berkenaan, Vu Xuan Tien, yang digelar kini digelar 'Running Man' dijemput naik ke atas bas untuk bergambar dengan keseluruhan pemain skuad Arsenal dengan baju yang dipakainya turut ditandatangani oleh Arsene Wenger.
"Ini adalah mimpi yang menjadi nyata kerana dijemput naik ke atas bas Arsenal untuk menemui jurulatih (Wenger) dan semua pemain termasuk pemain idola saya iaitu Mikel Arteta.
"Saya juga telah dijemput untuk menyaksikan perlawanan melibatkan Arsenal di Stadium Emirates, kemungkinan pada bulan Ogos atau September ini, satu peluang yang cukup sukar dipercayai, ini akan menjadi pengalaman terindah dalam hidup saya," kata pemuda berusia 20 tahun itu yang kini menjadi tumpuan media ekoran tindakannya berkenaan.
Gambar Tien bersama Wenger dan pemain Arsenal yang lain telah diberikan publisiti meluas di Vietnam serta media luar negara.
Dia menjadi maskot tidak rasmi Jelajah Asia Arsenal di Hanoi dan mengetuai para pemain Arsenal masuk ke padang sebelum sepak mula perlawanan menentang Vietnam di Stadium My Dinhyang menyaksikan Gunners membelasah Vietnam 7-1.
Selepas berlari beberapa kilometer mengejar bas, Tien kemudian mengikuti bas berkenaan dengan membonceng sebuah motosikal yang kemudiannya mendapat sorakan daripada pemain Arsenal.
"Ini adalah mesej kepada anda semua bahawa jika anda bersungguh-sungguh dalam mengejar impian, ia boleh terjadi," kata penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny dalam video Arsenal.
Pada perlawanan Rabu lalu, sambutan peminat yang diberikan di Vietnam cukup baik dengan ribuan penyokong membanjiri stadium walaupun perlawanan berlangsung dalam hujan.
Moralnya , sapa rajin dia dapat ! Dan sapa tau kan rezeki … Yang penting , usaha .. Apa yang berlaku selepas itu , hanya Allah saja yang mengetahuinya ..
Aku nak jadi Mail la pasni .. Nak jual lilin 2 ,seringgit ! Confirm laku punya .. Jual online.. Wat lilin warna warni .. heheheh .. Yelah , nak jimatkan elektrik wooo ..
Aku tak tau nak kata apa dah skang ni .. AES … Elektrik .. Barang keperluan .. Tunggu petrol je nak naik skang ni .. Hehehe .. Apo nak dikatooooo ..
“ Ada kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, ". Baca di Sinar Harian Online ..
Sekarang ni setiap bulan , RM200++ bil elektrik yang aku terima. Nasib baik air cond pasang satu je.. Kalau 2 ,3 ? Mau aku masuk ICU setiap bulan ! Yelah , cuaca kan panas .. Kalau tak pasang , mau berpeluh dalam rumah. Kipas yang sedia ada pon tak mampu nak kasi sejuk. Hurmm ..
Tak tau laaa .. nak kata lelebih , ‘kita kita’ jugak yang dah kata ‘BERSYUKUR LAAA .. “ .. Jadi , nak tak nak .. terima jer laaaa ..
Teringat kata seorang menteri bijaksana .. Kalau ayam mahal , berubahlah selera .. Kalau letrik mahal ?
Baru ada akai eh ?
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tidak membenarkan Alvin dan Vivian diikat jamin sementara menunggu perbicaraan terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar lucah dalam blog mereka. Kedua dua mereka telah dihantar ke penjara . Alvin ke Penjara Sungai Buloh manakala Vivian telah dihantar ke Penjara Kajang
Perghhh .. Tidur lokap la eh ? Tak per .. Nanti dah keluar, boleh tulis dalam blog , pengalaman tidur dalam lokap .. Nanti bgtau sekali , tidur bogel atau tidur berbaju .. Tapi kalau bogel pon tak kisah kan ? Biasa je pon ..
Harap , semua ini dijadikan pengajaran buat mereka yang rasa dunia ni mereka yg punya . Tak kira la apa bangsa sekali pon .. apa agama sekali pon , sila hormat menghormati …
Mati itu pasti .. tapi biar mati bermaruah ..
Fenomena la konon eh ? Hahahaha .. Gara-gara dia menikah di Thailand maka ramailah wanita ‘mengamuk’ cara baik di FB dengan menaikkan pelbagai status yang comel comel utk dibaca ..
Hinggalah ada satu nukilan yang menjadi buah mulut wanita wanita di FB ini .. Wah, ada yang sampai menitis air mata ??? Tu aku jeer .. hehehe ..
Sayangnya , nukilan tu bukanlah dari Dayana ( isteri pertama Ashraf .. cam best pulak ada pangkat Isteri Pertama dan Isteri Kedua ni .. ) . Ianya dari orang lain tetapi ada pulak orang memandai mandai gi petik nama Dayana.. Ok .. part yang tu , korang leh gi baca di blog LEKAT LEKIT ni ..
Hurmm.. aku , sebenarnya tak setuju apa yang berlaku ni. Nak berpoligami tu , hak dia la cuma cara tu .. kurang manis la.. ‘Jadilah ‘jantan’ cam UAI tu.. Kalau wife tak setuju , bawak naik je mahkamah .. Apa susah kan ? Kalau dah nak sangat hingga ke Siam tu .. tak leh nak kata apa la.. cuma risaunya , makin buruk je jadinya .. Harapnya tak la gitu ..
Inilah kehidupan. Cuma ada yang tak sedar , kehidupan atas dunia ni sementara jer hingga menda kecik pon nak diperbesar-besarkan walhal yang sepatutnya dicari tak pulak dia nak endahkan ! Hurmm .. dunia dunia ..

Gara-gara tidur awal .. pastu terjaga ! Ni la diaaaa .. Daddy biasa buat kerja atas jam 12 malam , terkantoi dah .. Qhaliff dah jaga dan sukar nak tidur semula ..
Operasi menidurkan dia bukanlah mudah walaupun dia sebenarnya masih mengantuk .. Daddy pon ngantuk dah ni .. tapi ada kerja kena buat. Nak cari duit raya ni ..
Terpaksa kejutkan mak dia yang sedang lena kepenatan untuk amik alih urus Qhaliff .. Kalau dibiarkan , jadilah macam ari tu. Kalau nak ikut , maka tak siaplah kerja aku . Kesian kat wife yang kepenatan tapi nak wat camana .. Aku perlu jugak kerja sbb inilah pendapatan aku ..
Nampak mudah dan glam tapi sukar. Tak pe.. Bukan mengeluh tapi sekadar berkongsi rasa ..

Tu la diaaa .. tu laaaa diaaaa .. Abis dia kerjakan wallet mak tuuu .. Haih .. Bila amik , dia marah wooooo … Marah serupa bapak dia marah haa… Huhuhu .. Abis laaa ..
Tapi ok la.. dapat berbuka dengan tenang skit .. Kalau tak mmg kelam kabut skit nak makan .. sbb dia pon join sama ‘berbuka’ dan tolong selerakkan lagi !
Dah tiba masa aku mula menyerapkan pendidikan awal pada dia ..

Dia dah mula mengekor aku ke mana mana .. Dia dah mula pandai membodek .. Dia dah mula tahu yang dia direnung .. Dan dia dah mula buat lawak untuk bagi aku ketawa !!! Hahahaha .. adoiii ..
Nak ajar guna flash card ? Hahahahaha .. Adoiii.. Baru bagi 2 kad , dia dah teraburkan kesemuanya .. Dan dari flash card , terus jadi kutip card !!
Yup .. nak mendidik tu lebih sukar dari mengajar !

Pertanyaan dari seorang rakan blogger .. hehehe .. Maka inilah jawapannya ..

Biasanya tidur depan tv dan dilapik dek carpet .. Malam semalam , tidur dalam bilik tapi masih di atas tilam dan toto .. Kira tebal la skit ..
Tapi bagi Qhaliff , keluasan 3 orang tidur tu tak memadai bagi dia .. Begitu juga buat kawan yang tanya tu.. Anak dia pon sama jer ! Hahahaha .. Adehh ..
Kekadang , aku mmg berebut tempat dengan Qhaliff hingga aku sendiri tak cukup tidur sbb asyik terjaga jer .. huhu ..

Huk alohhh .. kena bayar ? Ada yang dah mula bayar .. Ada yg mula bertukar ! Aku ? Hurmm.. walaupun seringgit , duit tuuuuu .. Hehehe.. Kedekut ehh ? Kot ? Hahahaha .. Menda free ada kan ? Wat pe nak bayar !
Teringat dulu masa Facebook nak dikenakan bayaran .. abis mengelabah semua pengguna Facebook .. Hehehe.. Sampai skang , ianya masih percuma ..
Aku rasa kalau Whatsapp mula kenakan bayaran sepenuhnya , maka ramai akan lari ke LINE , VIBER atau Wechat .. Banyak je yg sediakan perkhidmatan pesanan begini .. Cuma Whatsapp jadi pilihan sbb simple dan tak serabut .. Tapi bila dh kena bayar, semua tu tak kisah daahh .. Asal freee !! Hahahaha …
Apa saja alasan Whatsapp .. tak leh diterima ! Hahahaha .. Duit mengalir keluar tuuuu .. Hehehehe ..
Iklan ni menjadi perbualan hangat … Hahaha .. Aku tak pernah tengok lagi sehinggalah malam semalam ..
Ok .. sekarang aku tau dah kenapa ianya jadi hangattt sangat ! Gara-gara pakaian dan tarian Fahrin Ahmad .. Tapi lebih pada tarian sebenarnya .. hahaha ..
Sori bro ! Aku pernah main futsal ngan dia sekali dan ada kawan siap kata aku ngan dia cam adik beradik .. hahaha.. Ok , itu isu lain .. Isunya di sini ialah tarian kaku dan keras Fahrin yang menyebabkan iklan tu jadi cam … hurmm .. ala Kak Ton kot ?
Aku bukan anti dia yer.. Aku suka lakonan dia cuma tang iklan ni sepatutnya perlu ada penambahbaikan. Kalau tak jadi .. bahan orang lepaskan tensen kot ?
Tapi tak kisah la.. Selagi Fahrin dibayar lumayan dan ada job , ok je kan ? Hehehe .. Harapnya pasni bro tgk dulu rakaman tu sblm terbit di tv .. hehehe .. Bukan apa , bro otai dalam dunia hiburan ni .. Ada ‘harga’ .. jadi jangan rosakkannya ..
Gud luck !
Alhamdulillah .. aku terus menerima pelawaan .. Walaupun blog aku cumalah sekadar bercerita mengenai kehidupan aku dan juga meluahkan rasa pendapat ‘tersendiri’ , namun ada yang menghargainya ..

Hurm… dah settle dan terima pelawaan dari In Trend .. Satu lagi pelawaan yang aku terima dari KUIS .. Yang ni aku edit skit yer…
“ Pihak kolej kami bercadang nak adakan satu program yg diberi nama 'Mr.Blogger "dakwah alam maya" sempena Ekstival KUIS ke-16 (Ekspo dan Festival) .
Tujuan program nih diadakan utk membincangkan berkenaan trend remaja sekarang yang lebih cenderung utk menerima dakwah menerusi alam maya spt youtube,facebook, tweeter dan sebagainya.. Jadi dipihak kami sedang mencari panel yang boleh mengupas isu ini selain dari berkongsi pengalaman bersama pelajar kolej kami. “.
Sayangnya pelawaan ni terpaksa aku tolak kerana masa yang tidak mengizinkan aku dan juga aku rasa aku bukanlah ‘ahli’nya.. Aku rasa part ni sebaiknya diserahkan pada blogger blogger yang sememangnya khusus berdakwah dalam penulisan mereka ..
Memang benarlah adakalanya penulisan aku pon ada ke arah itu tetapi aku rasa aku tak layak lagi untuk berdiri diatas pentas dan berbicara mengenai topik agama.. maklumlah , aku sendiri pon masih terkial kial lagi .. InshaAllah , satu hari nanti jika diizinkan Allah ..
Pelawaan dari KUIS ini adalah penghormatan yang paling bermakna buat aku berbanding pelawaan yang lain.. Terharu aku … Ini bukan pelawaan pertama dari IPTA .. banyak dah cuma aku je rasa tak layak untuk pegang mic dan memberikan nasihat pada adik adik nun yang sedang melihat aku .. hehehe .. Kerdilnya aku ..
Tak kisahlah .. bagi aku , tempat aku adalah depan laptop ni .. Berbicara mengenai dunia dan mengharapkan keredhaan ALLAH untuk akhirat ..
Sapa sangka kan ? Dulu ‘mereka’ gelakkan aku kerana aku seorang blogger .. “ Blog ? Apa tu ? Batu block ke ? “ .. Aku hanya mampu senyum dan sekarang , aku hanya mampu senyum lagi ..
Semoga ALLAH berkati kita dalam apa jua yang kita lakukan .. Niat kerana ALLAH ..
Terbaca status jiran aku , Adnan Ibrahim atau gelaran popularnya ialah Mat Gebu.. Mat pinjam status tu eh ..
“ zaman sekarang ni tiada alasan "tak tau masak".....cuma orang malas jeee kasi alasan macam tu... “
Aku tak terasa langsung dengan status jiran aku tu malah aku mengaku kebenaran status tu ..
“ saya tak tauuuu dan saya mmg malas ! Haahahah ... Sbb bila saya masak , saya akan berlagak seperti juara masterchef walaupun saya tak tau camana masterchef memasak ! Heheheh .. “
Sebenarnya mmg tak susah nak memasak ni .. Lebih mudah memasak dari makan ! Antara nak ngan tak nak jer .. Untuk kes aku ni, aku lebih tak nak.. Sbb aku spesis tak nak kotorkan dapur. Bila dapur tu dah bersih , aku sayang giler nak kotorkannya ! Nanti kotor , nak kena bersihkan semula ! Haaa… Kan dah berganda kerja aku !! ( Boleh terima ke gitu alasan aku ? Hehehhe … )
Kali pertama aku memasak dan itu juga kali terakhir ialah aku masak nasi goreng ! Sebenarnya aku masak untuk aku je makan memandangkan ahli keluarga terutama mak ayah aku dah makan . Bila dah siap masak tu , aku jemput la mereka makan .. Nak la pulak diorang ! Nasib baik ada baki lagi dalam kuali tu .. Dan sememangnya , diorang kata sedap ! Abis terus nasi goreng dalam kuali tu !! Huwaaaa..
Sejak tu.. aku tamo masak dah sbb aku tau , aku masak sedap ! Hahahha .. Aku suka makan tapi aku tak nak gemuk !! Bila masak sedap , aku kuat makan … Jadi , tamoooo masak .. aku makan apa saja yang dihidangkan atas meja ! Sedap ke tak sedap , aku makan ! Janji boleh teruskan hidup .. memadai sudah ! Heheheh ..
Sejak kawin ni aku cuma masak maggie yang dipelbagaikan .. Cam nak masak memasak lauk pauk tu , aku serah je kat wife sbb dapur tu dapur dia .. Aku tak nak usik woo dapur tuu .. Nanti usik , aku ubah susun atur dapur tu dari kemas ke selerak .. Aku jugak kena marah ! Hahahaha ..
Jadi , aku terima je la hakikat yang aku ni pemalas ! Kalau na membantu tu , aku bantu tang basuh pinggan atau mengemas jer .. Lain , aku sakit pinggang !!
Dia tak tau yang mak ayah dia risau je tengok luka tu .. tapi dia tetap seperti biasa .. berjalan ke sana sini tanpa ada sebarang rasa takut kecuali nampak kucing je ! Hahahaha ..
Semalam …

Hari ini ..

Ada yang cadangkan pasang pagar ke kat tangga tu .. Memang ada niat gitu tapi masalahnya , dia ni bukan je suka main kat tangga .. Apa saja yang boleh dia nak main , dia main . Skang ni dok suka panjat sofa pastu merayap dari sofa ke sofa macam komando ! Takkan nak pasang pagar kat sofa lak ?
Nanti dah besar skit , main panjat pagar lak .. Aku masa kecik , grill pon aku panjat ! Heheheh … Dapur tu.. kalau letak pagar , tak hilang kecomelannya ? Hahahah ..
Memang betul .. Anak lagi penting tapi camana pun kita kena kasi dia explore segalanya. Ini masa dia nak belajar dan sbg ibu bapa, kena awasi dan kasi tunjuk ajar .. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh .. Benar kita mampu kawal tapi Allah yang tentukan . Doa, tawakal dan redha…
Baru sorang .. Tambah lagi nanti ? Fuhhhh …

Hurm.. terbaca komen seorang rakan di FB membuatkan aku tertanya , apakah kes sebenarnya ?
Kawan tu komen .. “ FAKE “. Aku masuk dan baca segala komen yang ada .. Hurmmm .. Dan aku dapat jawapannya .. Haihh .. Sapa la punya kerja ni .. Nak sangat pikul dosa kat akhirat nanti !
Ustaz Azhar Idrus mana ada guna Twitter .. Tu diorang la kata.. Aku tak follow pon mana mana UAI punya akaun di laman sosial ni . Susah sangat nak dapatkan yang ori !
Pelik la.. diorang yang buat semua ni , takde rasa takut pada ALLAH ke ? Oh , ramai je tak takut. Kalau takut pasti tiada yg dedah aurat , tak puasa dan tak solat.. Berani benar eh .. Gulp ..
Astaghfirullah al a’zim ..
-iklan-
Assalamualaikum wbt semua… macam mana dengan prestasi Ramadhan uolls so far? Semoga terus kekal cemerlang, gemilang dan terbilang hingga ke penghujung ya… ni iolls nak tanya sikit, sapa teringin nak dapat anak comel cenggini angkat tangan!!!! [konpem takdak sapa angkat tangan, ape ke gile tetiba nak angkat tangan depan PC/laptop/smartphone khennnn]
Kalo uolls teringin nak baby yang comel cenggini konpem laa iolls tak dapat nak bagi… tapi kalo uolls ada masalah berkaitan sistem reproduksi atau dalam erti kata lain, masalah kesuburan, haaaa….
Yang tu iolls ada suggestion baeekkkk punya… well, of coz cahayamata itu adalah rezeki pemberian Ilahi, namun tak salah jika kita berusaha kan…. Berusaha dan berdoa lalu berserah, barulah complete konsep tawakkal…
Jadi ,bagi para wanita yang mengalami MASALAH HAID TIDAK TERATUR, HORMON TIDAK STABIL, ALERGI, ECZEMA mahupun menghidapi penyakit POLYCYSTIC OVARY SYNDROM [PCOS], iolls sarankan uolls cuba amalkan consume GLA secara konsisten… sebelum iolls kongsikan pengalaman pengguna yang telah berjaya, apa kata kita berkenalan dahulu dengan GLA ini secara ringkas… secara ringkas sudaaahhhh….
Kalo nak kenal lebih-lebih uolls kena laa kontek iolls baru laa kita boleh sembang dan sharing sesedap rasa…
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi Asid Gamma Linolenik (GLA), Asid Linolenik (LA), minyak bunga matahari dan Vitamin E. Antara manfaat utama dari GLA ini :-
Last but not least, jom saksikan testimonial pengguna GLA yang telah mendapat hasil yang baik dengan izinNya…
Ohooo… yang lebih menariknya, pada bulan Julai ini Shaklee membuat harga promosi khusus bagi GLA Complex maka harganya menjadi jauh lebih rendah daripada harga pasarannya yang berjumlah RM91.25 itu…. Jika uolls berminat nak tahu berapakah harga promosi ataupun nak tanya lebih lagi tentang GLA Complex ni, jemput sms/whatsapp iolls di 013-3506678 [Dila] J
Kerajaan oh kerajaan .. Mereka sesungguhnya menantikan jawapan dari anda .. Sesungguhnya terasa beban skit tahun ni sbb banyak barang naik harga termasuklah nak bayar saman AES yang mana kebanyakkannya kena perangkap kamera di lokasi mengarut di Putrajaya .. Ada ke lokasi tu dikatakan kerap berlakunya kemalangan ?? Gilo ke ?
Ok .. Berbalik pada bonus .. heee.. Dengan hasil bayaran saman AES tu , agaknya boleh kot bayar bonus ? Paling tidak pun kasi la saguhati .. Barulah sejuk skit hati nak berhari raya dan nak balik raya pon , bersemangat la … heeee ..
Text prank ni aku dapat di Whatsapp. Aku tkde masa la nak wat gini sbb kecewa wooo mereka bila seronok memula tapi sedar dipermainkan dipenghujungnya .. hurmm ..
Harap kerajaan pertimbangkanlah sbb besar mana la sangat gaji keje gomen ni kan terutama yang berstatus kontrak tu .. Yang swasta tu . jgnlah kritik lelebih sangat mereka yang keje gomen ni .. Nampak je mudah keje gomen ni tapi hakikatnya … hurmm…
Kesian kat penjawat awam ..
Artikal dari Sinar Harian Online semalam .. Nak baca tapi tak terbaca hinggala tgh malam semalam ..
Sememangnya membuatkan aku loya tekak walaupun lama dah tau pasal kes gini sbb kak ipar wife aku keje sbg Inspektor Kesihatan dan sering cerita pasal semua ni .. hehehe ..
" Selamba saja si tukang masak sebuah restoran nasi kandar di sini memakai singlet serta berkain pelekat yang diikat tinggi, sambil memasak lauk pauk untuk dijual kepada pelanggan.
Tepung yang digunakan untuk membuat roti canai dan pelbagai jenis roti lain pula hanya diletakkan di sebelah tandas sahaja.
Bukan itu saja, si tukang masak yang juga dipercayai pemilik restoran berkenaan mengejutkan pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) ketika membuka peti sejuk tempat menyimpan bahan mentah.
Di dalam peti tersebut didapati kuah kari meleleh di segenap ruang dalam peti sejuk yang terdapat di dalam restoran yang terletak di kawasan Bayan Lepas itu. ".
Nak baca lagi ke ? Hahaha .. kang tak lalu nak makan ? Gi baca sendiri kat laman web Sinar Harian .. Klik SINI .
Bab makan kat luar ni , memang susah laa nak kata terutama bab kebersihan. Penat nak pikiaq . Tak leh la nak kata tempat 5 bintang tu dah cukup comel .. susah aiih ..
Yelah , yang terbaik masak sendiri cuma tu la.. TERINGIN ! Camana tu ? Huhuhu .. Cam aku ni , selalu sangat teringin sbb nak masak sendiri , ke hujung nyawa laaa aku tak rasa apa yang aku nak rasa tu .. hehe .. Salahkan diri sendiri !
Hurmm…. dia duduk kat anak tangga pertama kemudian dia tunduk untuk naik ke anak tangga ke dua .. Mengantuk tapi tak nak tidur ! Berulang kali angkat tetap nak merayau dia ! Sudahnya , dapat la belang tarung kat dahi tu…
Alhamdulillah .. surut dah selepas aku tuamkan dengan ais dan letak aloevera untuk redakan luka Qhaliff sejurus kemalangan itu. Nasib baik la dia tak nangis meraung.
Dan pagi ni …

Dia ‘ulang tayang’ kejadian semalam , tanpa rasa takut ! Tapi nampak kucing kat luar rumah , tau pulak takut ! hurmmm …
Hurmm .. buas sangat .. Sana sini dalam sekelip mata .. Kalau aku nak ikut dia 24 jam , maka aku tak leh buat apa apa kerja la.. Aku kena resign jadi blogger dan jadi bodyguard dia .. Ikut je ke mana dia gi tapi sayangnya aku ada kerja gak dalam rumah ni dan perlu letak kepercayaan pada Qhaliff utk berdikari .. aku kena perhati dari jauh !
Terjadi malam tadi.. Dia dok main kat tangga walaupun dah dilarang dan dikawal agar tidak ke tangga . Bukan jatuh tangga tapi terkena sewaktu dia nak letakkan kepala dia di atas permukaan atas tangga ( walaupun berkali kali dah angkat dia dari main kat situ )..
Lebam dan sedikit calar .Tak pe la.. Pengajaran untuk dia dan kami gak .. Dalam dok jaga dan kawal , terlepas skit je .. maka malang boleh terjadi !

Takde la dia menangis teriak sangat .. sikit je dia nangis pastu nak gi buat lagi ! Haihhh .. ikut perangai aku sungguh ! Buas !! Dah sapu aloe vera dan demah dengan ais untuk kurangkan lebam tu ..
Tak pe la Qhaliff.. anak jantan .. Anak lelaki kat Syria dan Mesir tu lagi lasak ! Ni baru skit jer ..

Dah masuk setahun 3 bulan dah usia dia .. Semakin lasak . Kat sini , dia tak nak dipegang langsung . Kalau dukung tu ok je tapi kalau boleh dia nak berjalan ..
Maka lepaslah dia berjalan ke sana sini .. Kejap kejap mak dia ikut .. Kejap kejap aku ikut. Silih berganti namun tanda dia kepenatan tu , takde langsung ..
Rupa-rupanya dia nak kasi hadiah ulangtahun check up diaa .. Hurmm.. Satu hadiah yang mana dikongsi sama dengan pengunjung klinik hari ni .. Nasib baik la tak leh dikongsi ramai ..
Apakah ? Tu dia.. Dia berak kaw kaw punya .. Hingga keluar abis ! Stok 2 hari cair .. Warna coklat gitu .. Dia bantai gi mencangkung kat satu sudut .. dan hasil lombongannya itu melimpah keluar ! Kelam kabut aku dibuatnya !
Terus panggil wife dan bawa ke tandas.. Bagitau nurse utk maklumkan pada clearner yang hampas Qhaliff melimpah ke lantai ! Hehehehe ... Sebelum ada budak bantai gi main kat situ ! Huhuhu ..
Qhaliff .. Qhalliff..
Hampeh gas tul !!! Ni semua kawan aku punya pasal laaa ! Tak pernah pernah muncul dalam mimpi aku , pagi ni leh pulak dia muncul .. Dah la tu , muncul sebagai pelakon filem yang merendah diri lak tu .. Hahahahah ..
Mimpinya gini .. Aku lepak ngan dia .. Member aku ni aku kenal kat gym laa.. Tengah lepak kat kedai mamak ni , tak silap aku tetiba ada trailer filem melayu.. Aku tertengok hero tu.. Aku pandang member aku. Dia senyum...
" Aik .. sejak bila lak jadi pelakon ? Menariknya , rambut dia yang kerinting halus tu , dalam filem tu lurus koooo .. Serius nampak pelik ! Hahaha.. Bukan nampak kacak tapi nampak pelik ! " . Getus hati aku waktu tu ..
Member tu kata filem tu lama dah dibuat cuma lom terbit jer lagi .. Dan dia malas nak kecoh .. Heroin pon leh tahan lawa aku tengok .. hehehehe..
Belum banyak nak diborakkan lagi tetiba aku terasa ada orang dok bebel kat telinga aku dan mulut aku dikorek korek oleh sesuatu ! Bebelan tu makin kuat dan ...
Aku terjaga dari tidur ! Rupanya Qhaliff yang .. Astaghfirullah al'azim .. Lama dah ke dia jaga ?? Adehhh ... Nasib baik laaa dia tak merayau atau main tangga... Dok main sblh aku jer..
Haihhh..
Kan dah susahkan diri sendiri dan keluarga !

Tak kira la hina sapa sapa ponn .. melayu ke , cina ke .. india ke .. Apa bangsa sekali pon , tetap ada maruah ! Jangan sesuka hati nak perlecehkan bangsa orang lain .. Agama mana sekali pon tak ajar wat gitu .. Agama sesat je atau takde agama je kot yang tak kisah ..
Bila menghina orang lain , secara automatiknya anda telah mencipta musuh dan menyempitkan ruang anda nak bergerak bebas. Kan dah tak pasal pasal hidup dalam ketakutan .. Haihh .. Akal ada guna la .. Belajar tinggi tinggi tapi cara pemikiran serupa katak dalam tempurung !
Jaga jaga bahasa dan tingkah laku anda .. Ada mata memandang ..
Ramai tertanya tanya .. malah ada yang siap dok sebar yang nun tahun lepas punya kenyataan .. Sian … Aku sendiri pon tertipu gak ni .. siap join sama sebarkan berita lapuk tu ..
Walaupun aku bukan lagi penjawat awam , sekurang-kurangnya berita gembira begini , pastinya seronok berkongsi sama dengan rakan rakan aku yang bekerja di sektor kerajaan termasuk juga wife .. heeee .. Dapat tempias skit kan ..
Ok .. Ini kenyataan terkini yang aku amik dari SinarHarian Online yg bertarikh 16/7/2013 …
“ Kerajaan belum bincang pemberian bonus Aidilfitri “

Hurmm .. Nampak macam tipis je harapan nak dapat bonus sbb kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.
Namun segalanya terpulang kepada kerajaan tetapi selalunya pemberian bonus pada hujung tahun dan bergantung kepada output..
Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa , untuk tahun ini sahaja kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi pemberian KGT selain penyelarasan gaji untuk skim-skim tertentu.
"Bagi bulan ini sahaja sebanyak enam skim akan ditambah baik dan 81 skim lagi pada November nanti," katanya.
Apakah ada bonus atau saguhati untuk penjawat awam ? Hehehe .. Doa doa kan laaah yer …
Oh yer , tolong jangan tuding jari pada kerajaan pimpinan BN sgt yer .. Jangan kata ini cuma janji manis mereka pada masa PRU ari tu .. Ada juga penambahbaikan untuk penjawat awam dari takda langsung .. Nak tau dengan lebih lanjut , sila baca kat SINI ..
Tamo makan sgt dah skang ni dia ! Disuap ,siap dia buang balik dengan menjulurkan lidah dia !! Haaa .. Masalah yg dihadapi oleh ramai ibu ibu di luar sana .. Kita serupaaaa ..hehe..
Tapi aku dapat satu jalan penyelesaiannya. Jangan paksa dia .Umpan dia dengan makanan yg dia suka makan cam biskut baby tu.. buah epal pon ok gak .. Saja kasi buka selera dia dulu ..
Yup , sememangnya terbukti berjaya. Lepas tu dia tercari makanan setelah makanan yg diberi tu abis ! Masa ni la baru suap dia dengan makanan yg dimasak sendiri .. hehee..
Kecil kecil tau memilih dah ehhhhh ..
-iklan-
Tak semua orang suka minum kopi... biasanya orang tua atau orang lelaki yang suka minum kopi ni... Zura pun tak biasa minum kopi... selalu minum milo,teh or nescafe... masa belajar dulu memang biasa la minum nescafe... sbb nescafe ni rasanya sedap daripada kopi...yela tu...
Tapi sejak tahu kelebihan kopi ni,zura dah mula rasa suka nak minum kopi... mula-mula minum kopi susu... sebab tak nak rasa kopi sangat.. then try minum kopi o pulak.. cuba kita tengok apa kelebihan minum kopi ni..
7 kebaikan minum kopi yang tak pernah diceritakan.
Selanjutnya di http://www.zurarahman.com/sedapnya-kopi-ada-kebaikan-ke-minum-kopi-minuman-kegemaran-nabi/

Menganga eh tengok perempuan ? Tak laa.. dia tengok rancangan Hi 5 tu haa.. Bila ada budak budak dalam tu , mmg dia akan tertarik untuk menontonnya. Apa saja rancangan termasuklah Seronoknya Mengaji ..
Hurm… budak .. tertarik dengan visual audio .. Tapi kena kontrol .. kang tak terkawal lak .. Ini tv ana yang punya ! Siap pegang remote tu nanti !
Tapi daddy dah standby dengan remote khas !! Hahahahha .. Nasib baik laaa beli Note 8.0 ni .. leh kawal tv dan Astro sekali .. hehehe ..
-iklan-
Tak boleh tidur lena ? Badan terlalu letih ? Perlu pelapik tidur yang boleh merawat dan memberi aura positif kepada badan semasa tidur ?
BIO VELOCITY SLEEP MATE boleh menjadi rakan tidur anda !
Direka khas merawat dengan healing power , dengan teknologi tenaga matahari....tenaga matahari ??? macam mana tu ???? sekarang dengan teknologi canggih macam-macam direka untuk memenuhi keperluan kesihatan . kenapa tenaga cahaya matahari ?? tenaga matahari adalah sinonim sebagai sumber tenaga untuk semua living things on earth. tenaga matahari ini akan menjadikan aliran tenaga dalam badan seimbang.
Baca di SINI utk maklumat selanjutnya ..

Dia tidur awal smlm.. kul 8 malam sbb ngantuk sangat dan aku jangkakan dia akan jaga dalam kul 12 ke atas dan tepat jangkaan aku , dia jaga kul 2 pagi setelah berkali kali mengeliat ! Puas tdooo..
Kalau dia jaga kul 2 pagi , mak dia nak bangun masak sahur jam 5 pagi dan aku , baru nak tidur ni , camana ? Sapa nak tengokkan dia ?
Hurmm… Nasib baik la dia bukan jenis merayap ke dapur sorang sorang.. dia cuma main kat sofa dan kat mak ayah dia.. Dan kena ada umpan gak .. pasang je Upin Ipin .. bila abis , dia akan angkat hp tu dah bagi kat aku untuk pasangkan siri yg lain !
Kul 3 pagi lebih rasanya dia tidur balik .. Pastu bangun semula jam 7 pagi .. hehehe… Dan sekarang , jam 10 pagi .. dia tidur semula .. Banyak benar tenaga dia direcharge ..

Siapa sangka, kan ? Sebenarnya aku tak buat apa apa pon .. Aku terus update blog mcm biasa .. Alhamdulillah , tak besar mana pon apa yang aku buat .. Yang penting kita ikhlas dalam ‘bercerita’ ..
Ada org pandang rendah pada mereka yang bergelar blogger ni .. Mereka sangka blogger hanya tau cari isu panas jer dan menyebarkan fitnah .. Heeee ..
Apa pon , segala perbuatan kita .. bergantung pada niat kita dan hanya Allah saja yang tau akan niat kita .. Akhirat , sila jawab ..
Bangun je tidur … takde keje lain dahhh selain ajak daddy bermain bersama !
Aku kena ikut je dia .. Main kat tangga la.. Nasib baik dapur dia tak gi kaco … Mau penat aku mengutip nanti !
Aku kemas , dia sepahkan .. Aku kemas , dia sepahkan .. Aku rasa dia mmg minat kumpah SEPAH kot ?? Hurm ..
Bila Upin Ipin start kat tv , terus angkat kaki dan lepak depan tv !
Iskh .. iskh .. iskhhh.. Bila nak baca buku ni ????
- Gambar dari Facebook
Mudah , kan ? Buat dulu tanpa guna otak pastu baru nak mintak maaf ? Budak dua org ni mmg suka cari publisiti murahan..
Aku harap ada tindakan selanjutnya dr pihak berkuasa. Kalau tak , ramai jer buat nanti. Tak kira la sapa yg buat , tindakan tegas perlu ada utk mengekalkan kestabilan keamanan dlm negara..
Tak leh kasi muka org yg cetuskan isu perkauman dan agama ni..
Gambar yg mencetuskan kontroversi ! Siap ada tanda halal lagi .. Hurmm..