BEN ASHAARI



 

Ada seorang rakan di FB mesej dan bertanyakan soalan ..

“ Salam en ben ashaari..qhaliff minum susu ape ye semangat badan die.. “

Ni antara anak buah aku masa kecik … Ada yang tak masuk lagi dalam ni sbb takde dalam blog gambar diorang waktu kecik ..

Dan ini Qhaliff … Qhaliff lagi kecik kalau nak dibandingkan dengan diorang .. hehehehe ..

Sewaktu dalam kandungan , wife suka makan kurma dan badam .. Apakah itu membantu pertumbuhan pipi tembam mereka ?

Dari dalam kandungan lagi dah terserlah pipi Qhaliff  tu .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Aku tak faham ??? Tolong fahamkan aku !! Naik meluat aku tengok dia ni sampaikan aku hilang minat nak tonton perlawanan yang melibatkan pasukan negara kita !

Sampai 2015 ke nak simpan dia ni ?? Dah terbukti tak boleh buat apa apa dah dengan mamat ni … Kasi tukar je la orang lain .. Sekurang-kurangnya ‘chef’ yang baru nanti tau apa yang patut dibuat dan menambahbaikan .. Kalau tak jalan jugak , kasi tukar laaa .. Hidup sekali jer .. Takkan taknak ada perubahan kot ???

Kalau dia rasa pemain tak betul , amik la pemain lain yang benar benar berminat nak berkhidmat untuk negara … Susah ?

Dengan Chelsea kena 4-1 .. satu tu aku rasa pon gol saguhati.. Kira gol jaga air muka tuan rumah .. Ni dengan Barcelona ? Aiyoooo .. Aku rasa ni bukan perlawanan persahabatan tapi perlawanan pertunjukkan camana nak bermain bolasepak !

Aku terbaca di akhbar mana tah semalam .. Katanya dia ni akan dikekalkan hingga 2015 .. Baguslah.. Simpan sampai 2020 pon ok ..

Foto

Sokong  pasukan hoki lagi baik !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Festival Ramadan Putrajaya di perkarangan Kompleks PPj di sini yang menawarkan pelbagai kelengkapan Aidilfitri dijangka bertambah rancak dengan jualan barangan dari kilang dan konsert kerohanian pada Jumaat ini.

Berikut adalah jadual utk aktiviti tersebut…

image

image

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Dah tuam dengan ais dan letak aloe vera .. Bekas luka kat atas pon tak ilang  , dah tambah satu lagi .. Betul betul belang tarung ni .. Dua dah ..

Hurmm .. dah gini pon dok melasak lagi .. Memang ikut perangai aku betul .. Aku sendiri berkali benjol kat kepala . Tapi luka tu takde la ..Hurm.. nasib baik skit ..

Dia mengantuk sangat tapi tak nak tidur .. Susah betul dia nak lena lama bila mak dia ada .. Tapi ngan aku , asyik nak lena je .. Ke aku ni membosankan dia lalu tidur untuk menghabiskan masa sementara tunggu mak dia balik kerja ?

Hurmmm…

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Hehehe .. apa lagi kan ? Bersatu dengan si dia secara halal adalah impian setiap pasangan yang bercinta.. kaannn kannn ? Heheheh .. Dah tu , takkan nak biarkan ianya sekadar menjadi kenangan biasa biasa je kann ? Rugi laaa ..

Buat mereka yang tercari cari jurugambar yang mampu mengabadikan setiap detik terindah anda itu , rasanya gambar gambar dibawah ini cukup untuk menjadikan bukti …

SONY DSCDSC05005 copy 20426604222SONY DSCSONY DSC

SONY DSCSONY DSC

Untuk melihat lagi , sila layari Asri3513-photography atau ke Facebooknya , https://www.facebook.com/asri3513 .. Tempahan terhad nehh …

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Kena lagi kat dahi dia ! Kali ni dia tergelincir lalu kena tepi kabinet tv ni .. Hurmm… Berkali kali aku bagitau kat mak dia , yang dia dah sangat mengantuk ! Aku tau la sbb Qhaliff sebelah siang dia tidur 3 kali ! Dan hari ni baru 2 kali je aku tengok dia tidur .. Petang ni tak tidur lagi ..

Sebelum tu mmg aku dok usung dia ke hulu ke hilir .. Dia nak keluar main .. aku ikut … Tapi apa nak kata .. Qada dan Qadar .. Kena terima .. Redha ..

Hasil seni Qhaliff .. Pastu , baru la kejadian ni berlaku .. Kesian .. Tak sempat nak amik gambar dia .. Tak sampai hati tengok luka kat dahi dia tu. Hampir ke parut lama dia .. Ni orang kata luka lama berdarah kembali !

Nak salahkan sapa ? Geram mmg ada tapi kena terima ketentuanNya .. Sapa nak anak sakit kan ? Hurmm ..

Astagfirullah al’azim ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Ingat tak kisah aku baru baru ni ? Bertarikh 10 Jun 2013  , bertajuk Takde rezeki .. ni ? Hehehe …

Tadi aku gi kedai runcit berhampiran rumah aku dengan Qhaliff untuk beli telur ayam .. Sampai kat situ , aku terpinga-pinga jap. Camana aku nak amik telur ayam ni sedangkan aku dok dukung Qhaliff ?

Nasib baik la pekerja kedai yang berbangsa Bangladesh tu datang kat aku.

“ Boleh tak ambilkan telur ayam tu untuk saya ? “. Tanya aku.

Dia balas dengan senyum dan pantas lakukannya untuk aku. Alhamdulillah .. Senang keje aku ..

“ Berapa harga yer  ? “

“ RM3.70. “ . Jawabnya ringkas.

Aku hulurkan sejumlah duit. Dia pulang bakinya tetapi aku minta dia masukkan ke dalam tabung surau yang ada diatas meja cashier tu.. Bukan riak atau angkuh bila aku cerita ni tapi sekadar ingatkan diri. Pahala aku tak banyak mana .. Jadi , bila aku cerita ni , aku harap ada juga la rakan pembaca ringankan tangan banyakkan sedekah. Tapi biarlah tangan kiri tak tau .. kan ?

Tiba-tiba pekerja tu tanya aku ..

“ Abang pernah hilang duit kat sini tak ? “ .

Aku mengiyakan dan bagitau jumlah yang hilang. Dia kata dia masih ingat lagi aku beli barang dekat dia dan jumlah yang hilang tu hampir sama dengan yang dia jumpa.

Katanya lagi duit yang ada pada dia tu dijumpai oleh tukang sapu kedai tu .. Tukang sapu tu serahkan pada dia sbb dia rasa dia tau sapa punya tapi jumlahnya berkurangan.

Aku senyum jer.. Kemudian pekerja tu keluarkan dompet dia dan hulurkan sejumlah wang pada aku . Aku minta dia masukkan ke dalam tabung surau … Semoga Allah rahmati dia atas kejujurannya ..

Aku ucapkan terima kasih dan berlalu dari situ .. Qhaliff masih dalam dukungan aku..

Rezeki aku bulan Ramadhan.. Sememangnya rezeki kita ni dalam pelbagai bentuk .Alhamdulillah ..

Photo

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Walaupun belum ada entri original , zaman ni ada blogger dah cop diri mereka dah cukup popular dan boleh dah demand untuk bayaran tinggi walaupun entri di blognya tah hapa hapa !

Haaa.. Tapi untuk kes ni , blogger yg lebih popular dari ayahnya ni kantoi kononnya tolong update blog untuk ayahnya tapiii .. belum sempat satu patah perkataan , dia dah tidur ! Takde idea la kot ?

Bila bapak dia hilang , tau tauuuu .. Tu diaaa .. Ooooo…. tak posa yer !!

Pengalaman lebih mahal dari wang ringgit kerana pengalaman mampu menjana pendapatan di kemudian hari !

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Kalah .. dah tentu kan ? Persoalannya , kalah bermaruah atau kalah lauk ? Maksudnya kalah besar laaa .. Atau nak tepat lagi , kalah memalukan !

Ok ..bila kata gini , pastinya akan kata la .. “ Ko ni takde semangat patriotik sungguh ! “ . Amboi .. kalau kata gitu , terang terang ke tak sokong pasukan negara ? Ngarut betul laa !

Kalau tengok dari pencapaian negara kebelakangan ni .. Rasa-rasanya apa yang mampu dilakukan oleh pasukan negara kendalian Rajagopal yang asyik dengan asalan eksperimen ni ? Bila menang , dabik dada .. Amboi.. Bila kalah , dah standby jawapan . Nak lagi best , target kita ialah Piala Asia ! Boleh gitu ?

SAHUT CABARAN

Alasan awal yan aku petik dari Bharian Online ..

"Saya fikir kita ada 26 pemain terbaik untuk diturunkan. Saya perlu lihat tahap kecergasan mereka. Kita tak boleh fikir semua pemain boleh bermain, kita tetap perlu melihat kepada situasi, siapa pemain terbaik yang boleh kita turunkan.

"Memang kalau boleh saya nak turunkan kesebelasan terbaik untuk memulakan separuh masa pertama. Apa pun saya akan turunkan pemain yang saya fikir cukup cergas dan betul-betul boleh bermain," kata Rajagobal ketika ditemui pada sesi latihan terakhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.

 

Walaupun Chelsea tu nama besar , aku pasti bila mereka bertemu tuan rumah , mereka akan bagi muka . Tapi bila peluang gitu tak diambil betul betul , maka mereka pon nak jaga muka kan ? Apatah lagi nanti di depan penyokong setia mereka yang ada di negara ni ..

Aku , sebagai rakyat Malaysia pastinya nak tengok permainan yang menarik yang ditonjolkan oleh pasukan negara. Tapi aku taknak sekadar permainan menarik je ! Nak juga keputusan yang menarik !!

Buktikanlah aku salah wahai , Datuk Rajagopal. Kalau kalah besar gak ni , aku harap .. letaklah jawatan ! Contohilah pasukan hoki negara tuu .. Carilah jurulatih lain yang mampu bawa perubahan ! Jangan lupa , duit rakyat tu yang sedang dibelanjakan untuk bayar gaji pemain dan jurulatih .. ke ada sponsor dah yang dok bayarkan ? Kalau ada penaja sekali pon , kena buktikan jugak kan ?

Biarlah pencapaian seiring dengan populariti ! Hehehe …

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Boring dah asyik Upin Ipin ? Yelah , asyik tayang episod sama je kan .. hehehe .. Kalau Ben 10 , byk episod dan panjang panjang eh ?

Sebenarnya dia mengantuk dah ni .. Apa saja yang terpampang kat tv , dia layan .. Tunggu masa nak tidur jer tuuuu ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Alhamdulillah .. Petua yang bagus cuma antara nak lakukan atau malas je !

Aku tak tau la skang ni atau mmg dari dulu .. Telur ayam semakin cepat rosak ! Seminggu dah tak leh pakai ! Banyak kali dah aku terkena dengan telur yang baunya … hurmmm ..

Sewaktu aku berusia 20an , yang mana telur ayam mmglah antara feveret aku .. sememangnnya sukar sungguh nak jumpa telur ayam yang dah masuk angin !

Tapi sekarang ni , seminggu beli .. kalau tak makan semua , confirm rosak dan buang gitu saja. Aku nak mengeramkannya jadi anak ayam pon tak leh dah ! Hehehhe .. yang pasti .. aku akan amik telur ayam biasa punya je… kalau ada telur ayam kampung pon ok tapi mahaiiii …

Kenapa gitu ? Aku suspek .. heheh.. tak berani nak tuduh .. nanti kena saman sbb takde bukti ! Tapi

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Lor ?? Patutlah pon ! Kelmarin aku gi Alamanda .. Ternampak la situasi pelik di McDonalds yang mana punyaaaa la ramai orang beratur .. Aku tak tau la kenapa diorang beratur .. Er , dah abis ke tempoh boikot ? Hahahaha .. Sekejap je eh ?

Esoknya , wife bagitau yang diorng tu beratur kerana nak dapatkan mainan .. Hurmmm .. mainan apa lak ?? Pelik la pulak sampaikan mainan , yang beratur ni majoriti orang dewasa je !

Rupa-rupanyaaaa .. Ni haaa .. Patung ni agenda Illuminati ni haaa .. Memang menjadi laaa ‘tricks’ mereka ni nak buat manusia jadi huru hara ! Hahahaa ..

Berdasarkan satu entri blog politik.. Aku nak bagi backlink , tak leh lak sbb terlalu racist kata katanya .. Gambar di bawah ni berlaku di Pulau Pinang. Katanya pintu McDonalds abis rosak gara-gara nakkan patung edisi terhad tu.. Mak aihhh.. Sampai gitu ? Pastu letak la patung mata satu tu kat dalam bilik eh ? Menjadi lagi agenda diorang .. hehehe ..

Berkaitan dengan ‘tragedi’ ni , ada satu video gak yang memaparkan pelanggan tak puashati kerana tak dapat mainan ni , marahkan pekerja McDonalds kat situ .. Iskhhh.. sampai gitu sekali ker ?

Hurmmm .. Tak tau la apa nak kata manusia zaman ni .. Makin pelik je perangai .. Patung bodoh gitu pon jadi rebutan ? Aiyoooo ..

Mata satu ? Illuminati ? Apa tu ? Google la sendiri .. baca dan hayati sendiri .. Internet untuk dapatkan info .. bukan sekadar untuk mencari pasangan hidup dan menunjukkan fesyen terkini !

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Rasanya , dah boleh dah ada adik ni .. hehehe.. Yelah , sian tkde kawan nanti .. Kena tidur awal la aku cam ni .. hehehe .. Haaaa… Jangan pikir bukan bukan yer ! Maknanya , aku skang tidur lambat jer.. Kena jaga kesihatan …

Cover line ..Hehehee..

Sekejap masa berlalu ? Dan jangan lupa kita semakin tua .. ehehhe .. Skang ni asyik nak berkepit jer .. Pantang ilang je aku , terus cari .. Kalau mak dia ada , dok follow mak dia .. tapi aku pon dia cari gak .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Setiap kali sahur, ada makanan dibazirkan. Setiap kali nak berbuka , juadah penuh atas meja. Nafsu besar tapi perut kecik ! Yang makan sampai membuncit perut , terlupa tujuan utama berpuasa ?

Semoga gambar ini mampu memberi kesedaran pada kita yang mana dikala kita senang , ada juga saudara kita dalam kesusaahan . Apa peranan kita ?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

image

“ Breaking News : 4 muslim girls (Wafa, Kathrina, Miera and Sara) being force to backout by the Mufti Selangor from participating Miss Malaysia World 2013 and Datin Anna Lin just announced the news and this is sad. “

Hurm .. aku menyokong tindakan arahan tersebut dan harapnya keluarkan juga arahan untuk pelakon , penyanyi  dan juga rakyat Malaysia yang beragama Islam agar menutup aurat .. Tindakan juga perlu ada seperti denda sebagaimana denda AES tuuu .. Adil la kan ?

Bila baca komen komen dari mereka yang bukan beragama Islam , aku jadi sedih .. Yelah , mereka patut tahu dan ambil tahu‘ mengapa tak boleh terutama buat mereka yang beragama Islam dan lagi menyedihkan bila ada orang seagama aku menyokong pulak statement yang dikeluarkan oleh rakan bukan Islam.

Sememangnya wajib Mufti mengeluarkan arahan begitu sbb itu adalah tanggungjawabnya. Sapa nak tanggung bila Allah tanya nanti di akhirat ?

Apa jua alasan peserta samada nak berbakti pada dunia , mereka perlu ingat akan akhirat . Kalau dia tak nak ingat , tuuu ‘ ada orang tolong ingatkan ‘ ..

Jangan lupa .. kita akan mati .. Dan akan diadili di akhirat .. Aurat tetap aurat !

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Satu mesej dari jiran di Whatsapp utk group kejiranan ..

“ Ada sepasang merpati di depan rumah .. “

Aku membacanya dan terus perhatikan di luar tingkap. Ada sebuah motosikal . Aku menghela nafas. Tengok jam , hampir pukul 12 tengah malam rasanya ..

Aku naik ke tingkat atas dan melihat dari celah langsir. Hurmm.. Sebijik macam dalam gambar yang disertakan oleh jiran tadi.. Camana eh .. Jiran tadi ajak keluar dan gi tegur mereka.

Aku serba salah. Faham faham je la anak muda sekarang ni . Kalau ditegur , ada pulak yang makan hati dan berdendam . Lainlah kalau dia ada akal yg matang dan mengambilnya sebagai satu teguran kerana Allah .

Aku bagi masa pada mereka. Hingga jam 3 pagi masih ada tapi tak lama kemudian , lelaki tu pulang dan budak perempuan tu masuk ke rumah.. Jiran aku ni , anak anak dara .. Tinggal ramai ramai ..

Manakala jiran jiran aku ni , prihatin benar bab ni . Yelah , dari perkara kecil boleh jadi perkara besar. Dan bayangkanlah , jika ada penyamun ? Camana ?

Aku rasa .. kalau terjadi lagi malam ni .. aku sendiri la gi tegur . Bukan nak sangat menegur mereka tapi risaukan jugak la keselamatan mereka dan juga tujuan mereka ke situ ! Nak belajar ! Bukan takde kes pelajar cuba bunuh diri akibat putus cinta baru baru ni di kawasan kejiranan aku ni !

Tapi aku ni .. satu je masalah .. Kalau menegur , nampak macam marah lak .. Kena test depan cermin dan sediakan skrip ni ..

Ok tak gini ?

 

Aku : Assalamualaikum .. Berdua je ke ? Join sama boleh ? Tinggal sini ke ? Belajar lagi ke ? Ni adik beradik ke ? Oh, bukan ?  Ada cadangan nak kawin ke ? Oooo.. Kawan je ? Kalau kawan , rasanya tak manis la duduk berdua duaan kat sini kan ? Walaupun ianya kawasan terbuka tapi syaitan tak mengenal mangsa dan lokasi.  Dan bayangkan la kalau ada penyamun datang .. camana ? Sempat tak nak lari ? Kalau nak jerit , rasanya jiran nak datang tolong ke ? Salah sapa yer ? 

Satu lagi ni nak cerita .. Kalau bercinta sekali pon , tak payah la beria sangat. Tunggu abis belajar , masuk meminang dan menikah .. Keje ada .. duit ada.. masa depan pon terjamin . Ni belajar pon tak abis lagi kan ? Kalau jadi apa apa ? Sapa malu ? Sapa susah ?

Saya ni bukan nak amik tahu sangat hal adik adik ni .. Cuma risau ada kes cubaan bunuh diri je lagi ni .. Ada je terjadi baru baru ni .. Abis kecoh taman ni .. Haaa..

 

Amacam ? Boleh tak aku bebel gini ? Ke nanti dia ajak geng dia datang dan pukul aku ? Hahahha .. Adoi ..macam macam la zaman ni .. Tegur salah.. Tak tegur salah ..

Tegur baik baik ? Sedangkan dalam FB tegur baik baik pon leh jadi gaduh.. ni kan pulak depan depan .. depan gf dia lak tu .. huhu ..

Aku rasa .. baik aku repot polis je la.. Suruh je diorang yang halau .. senang citer !

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Salam

For the First Time, Zura nak buat blog giveaway.

Harap-harap dapat sambutan dari semua.

Hadiah:

Duit Raya RM10 x 10 orang + Vista Zania Perfume

trial-1.png

pb by zura rahman

Cara:

  1. Follow my blog www.zurarahman.com & azura-abdrahman.blogspot.com
  2. Buat entry yang bertajuk "Giveaway by Zura Rahman duit raya"
  3. Copy & paste banner kat atas tu. Link kan banner pada entry ni.
  4. Tag 3 orang kawan untuk join GA ni (dan dorang mesti tau)
  5. Dah siap, tinggalkan link entry dalam ruangan komen.

 

Senang jer kan ?


Pemenang di pilih secara random (^_^)

Tarikh tutup: 6 Ogos 2013

atau bila peserta mencecah 50 orang

(which ever comes last)

LOVE,

Zura 0102208453/0172608066

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Ok .. fahamkan yer ! Ini adalah msg yang aku terima dan aku yakin ramai lagi terima di Whatsapp ! Kesahihan cerita ni , wallahualam .. Tak de pula keluar dalam akhbar  atau kaca tv .. Hanya tersebar di telefon telefon bimbit saja ! Jadi , buat mereka yang tahu , sila kongsikan yer..

Mesej Whatsapp tu berbunyi begini ..

 

 “ Sekadar berkongsi cerita benar yg berlaku…Tadi ada berita sedih ttg guru di XXXX , krn kematian anak yg baru berumur 3 tahun.. Sbb kematian ini berlaku dlm keadaan yg menyayat hati… Alkisah cerita ni berlaku ptg semlm. Cuaca semlm area subang jaya ni cerah, dan matahari panas smpai ke petang.

Alkisahnya, Si cikgu ni mengajar di sesi ptg. Oleh krn ada mesyuarat e-hrmis dan e- apa-apa lagi tu, cikgu ni keluar awal drp biasa krn perlu hadiri meeting. Suami cikgu ni outstation, maka mmglah kelam kabut.

Cikgu ni angkat anak yg msh tidur, ke kereta. Anak kecil itu dibaringkan di tmpt duduk belakang. Anak itu biasanya akan dihantar ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah.

Malangnya, entah macamana, sbb kepala dok ingat ttg kerja-kerja di sekolah, dan meeting yg akan dihadiri, cikgu ni tadi terlupa nak hntar anak dia ke tmpt pengasuh spt sepatutnya.

Smpai saja di sekolah, cikgu tu lupakan anak dia masih di dalam kereta. Dia matikan enjin dan kunci kereta, terus tinggalkan anak di dalam kereta sndiri.. Bayangkan anak itu ditinggalkan pd cuaca panas , dan tidak buka tingkap. Apa yg akan terjadi??

Tapi, yg sedihnya Cikgu tu terus lupa anaknya yg masih dlm kereta, dan dia teruskan kerja spt biasa.

Sehingga ke ptg jam 5 lebih masa nak balik, cikgu tu terus ke kereta. Terkejut, tgk anaknya ada dalam kereta. Baru dia teringat, dia lupa hntar anak ke rumah pengasuh. Tapi, yg lbh menyayat hati, anaknya ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Bajunya dikoyak-koyak mungkin sbb kepanasan. Sudah terkencing dan terberak. Teddy bear yg dipegangnya pun basah kuyup sbb peluh dan air mata..

Masya-Allah, siapa sangka anak kecil itu mengakhiri nyawanya sebegitu krn kecuaian ibu sndiri.

Tadi ada kwn-kwn sekolah yg pergi ziarah sbb kebetulan cikgu ni tinggal di kuarters guru. Ramailah kwn sekolah yg kenal sbb mrk berjiran. Cikgu tu menangis dan salahkan diri sndiri… Sedih dengar…

Kesimpulan, jgnlah cuai terutamanya yg melibatkan anak. Dan, jgn terlalu fokus pd kerja hingga hilang tumpuan bab-bab tgjwb pd anak… Moga cerita ini dpt dijadikan teladan buat cikgu-cikgu semua… “

 

Hurm.. cerita ni datang dengan gambar sekali tapi aku tak paparkan sbb macam aku kata tadi , kesahihannya dan rasanya tak perlu pon letak gambar ..

Sila baca betul betul .. Amik teladan saja iaitu JANGAN CUAI .. Benar atau tidak , kita doakan pada ALLAH agar perkara begini tidak berlaku di kalangan kita ..

 

** Maklumat terkini … Baca di MalaysianInsider

Kanak-kanak 3 tahun maut selepas ditinggalkan lebih 5 jam dalam kereta  ..

atau di …

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/1070044_10151729598824883_219983489_n.jpg

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Tak kira Twitter atau FB , berita berita yang membuka mata , pastinya ramai akan ramai kongsi dan ‘LIKE’ .. Kira kononnya prihatin dan  …. syoknya bergossip ?

Contohnya cerita panas di bawah ini .. Aku baru letak dan tak sampai setengah hari , dah 403 shared ! Komen , beratus  ratus ..

image

 

Manakala bila melibatkan akhirat ?

image

Hanya satu je shared ( 3 tu aku yang shared di fan page milik aku ) .. Dan yang bagi respon ? Hurm.. aku tak harapkan mereka beri sumbangan tapi sekurang-kurang dptkanlah pahala dengan kongsi di FB mereka .. Pahala mudah tuuuu ? Banyakan kalau dari perkongsian kita tu , ada seorang hamba Allah yang menyumbang ?

Yelah , FB masing masing .. hak peribadi la kan ? Fikir-fikir la sendiri yer ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

image

Subuh tadi , aku ada terima msg di Whatsapp . Aku baca dan kemudian aku kongsikannya di Facebook.. Pastu sambung tidur ! hehehe … Ngantuk .. seminggu tak cukup tidur ..

Bangun je dari tidur .. Aku tengok FB .. Terkedu jap .. Beratus-ratus  komen dan yang shared di FB mereka . 403 ?? Mak aihhh .. Terkedu guee ..

Bila aku buat perkongsian , aku harapkan SILA AMBIL IKHTIBAR sbb aku pon kekadang terlupa dan leka .. Maklumlah , kita ada kerja dan tanggungjawab tapi tidaklah sampai terlupa akan anak kita tu.. InshaAllah ..

Sahih ke cerita tu ? Kita sedia maklum , dalam FB ni ada berjuta juta cerita dan gambar yang menceritakan pelbagai isu .. Apakah kesemuanya benar belaka atau fitnah belaka ?

Aku pon dapat msg mengenai satu kehilangan anak , kes ragut , rompak di Whatsapp .. Siap bagi no telefon serta gambar.. Aku nak publish di FB pon was was ..  Yelah , benar atau tidak ? Kalau tak benar ? Kalau benar ? Ah , sudah .. Mana ada masa nak call dan tanya  orang tu sendiri ..

Kesimpulan .. bila baca cerita cerita gini , tak perlulah kita nak maki hamun .. Istghfar .. Sedekahkan Al-Fatihah dan jadikan pengajaran dalam hidup ..

Dan pengajaran buat aku .. jangan memandai mandai lagi kongsi di FB kalau takde bukti .. sebenarnya cerita tu ada gambarnya sekali tapi aku tak letak sbb kurang yakin akan cerita ni ..

Maaf dari saya ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Assalamualaikum wbt… Pada hari Rabu lepas (17 Julai 2013), Brader Ben ada tolong iolls publish entry mengenai GLA Complex… pada hari yang sama ada beberapa wanita gojes yang merupakan readers blog Brader Ben telah menghubungi iolls untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini dan by now kemungkinan besar mereka dah pun terima GLA Complex masing-masing… insya Allah…

Memandangkan produk ini mendapat sambutan hangat maka iolls terpanggil untuk berkongsi lebih lanjut mengenai GLA Complex yang sememangnya amat sinonim dengan wanita tidak kiralah sama ada yang dah berkahwin atau pun belum….. Kenapa ia amat sinonim??? Ahhaaaa… kerana bila dah nama wanita tu pasti ada rakan baik yang selalu datang melawat tetiap bulan bernama Miss P kan….

Cuma kekerapan Miss P datang melawat tu tak sama bagi setiap orang…. Bagi yang Miss P nya berdisiplin tinggi, maka ia akan datang menjenguk setiap bulan dalam tempoh yang hampir sama dan kedatangannya pun dah boleh dijangka… tapi ada gak Miss P yang jenis naughty sket datang bila-bila masa yang ia suka… sukar dijangka….

Yang jenis pemalu lak, ia suka main cak-cak… bulan ni ia datang, pastu laaaamaaaaa tak datang melawat… bila dah diseru-seru, ia muncullah semula….. paling tak tahan Miss P yang terlebih rajin… kejap-kejap ia datang… kejap-kejap ia datang…. Aduhhhhh…. Masalah betul… nak beribadah pun susah, bagi yang dah berkahwin tu double laa masalahnya…. Apa yang double??? Haaa… orang dah kawen pasti tau jawapannya… eh ehhhh yang belum kawen pun patut tahulah jawapannya kannn… ekekekeke

Salah satu punca utama yang menyebabkan keadaan Miss P kurang stabil adalah disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang… dan di sinilah GLA Complex dapat membantu uolls yang berkenaan kerana bahan yang terdapat dalam GLA Complex ini berupaya mengatur kitaran hormon dalam badan… Jika dalam entry yang lepas kita dah berkenalan secara ringkas dengan GLA Complex, kini kita beramah mesra pula yer….

  • GLA Shaklee diekstrak dari borage yang berupaya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
  • GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti senggugut, mood swing, retensi air dan sakit payudara
  • Memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda
  • Memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap buang air kecil
  • Merupakan anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, dapat menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang disebabkan oleh rheumatisma dan artritis
  • Merendahkan gula darah, meringankan kebas dan kesakitan yang disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi
  • Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot secara berperingkat bagi mendapatkan bentuk badan yang langsing
  • Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerorosis dan myocardial infarction
  • Memperbaiki rambut kering dan keguguran rambut

Penat kan baca panjang-panjang… baca testimonial jer laa.. lagi senang… ahahaha…

clip_image002

clip_image004

clip_image006

oh, by the way jangan lupa yer, pada bulan Julai ini Shaklee membuat harga promosi khusus bagi GLA Complex maka harganya menjadi jauh lebih rendah daripada harga pasarannya yang berjumlah RM91.25 itu…. Jika uolls berminat nak tahu berapakah harga promosi ataupun nak tanya lebih lagi tentang GLA Complex ni, jemput sms/whatsapp iolls di 013-3506678 [Dila]… Have a nice day uolls.. daaaa….

Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Pagi , sihat molek ..

 

Petang .. hurmm… terasa panas badan dia tiba-tiba ..

Menjelang berbuka .. Selepas dimandikan , dah ok skit .. Tapi suhu badan boleh tahan tinggi ..

 

 

Malam … Dah ok nampak ? Siap mai kacau aku buat kerja .. huhu ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes