KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Sumatera Utara Indonesia pada 8.50 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata, pusat gempa itu terletak di latitud 2.8 Utara dan longitud 99.0 Timur iaitu 28 kilometer dari Barat Daya Permatang Siantar, Indonesia, dan 241 kilometer dari Barat Daya Pulau Pangkor, Perak.
Menurut kenyataan itu, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Selangor, namun ia tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sementara itu, Pusat Kawalan Bomba dan Penyelamat Selangor, ketika dihubungi mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan berkaitan gegaran. - BERNAMA