Hurm... isu Mesir dan pelajar serta rakyat kita .. Ada berita terkini menafikan bahawa ada pelajar wanita kita di Mesir dirogol , adalah berita palsu .. Begitu juga dengan khabar angin mengatakan pelajar kita ditembak tetapi hanya dengan peluru getah ..
Mana satu betul ni ? Berita mana yang betul ? Sumber mana harus kita pandang dan teliti ? Sapa kita nak teliti sedangkan mereka yang berada di Mesir sendiri pon diarahkan berada dalam rumah masing masing .. Malah terputus hubungan telekomunikasi dengan dunia luar ..
Aku amat harapkan berita itu adalah palsu.. Kalau tidak amat mendukacitakan sama sekali kerana pelajar kita yang berada di sana pastinya beragama Islam dan mereka berada di negara Islam .. Dimanakah semangat persaudaraan ? Jika benar hanya krisis politik negara itu kenapa perlu dibabitkan dengan pelajar luar negara ? Mereka bukan musuh .. mereka cuma datang untuk belajar ..
Hurm.. Bila aku diminta membuat entri berkaitan isu Mesir itu , aku sebenarnya was was .. Kesahihan berita yang kita tak tau dari mana sumber tu.. Ada yang main cakap mulut .. Menurut mereka kononnya dari rakan mereka .. Aku tak nak menafikan semua berita tu cuma sebagai seorang blogger , amatlah bahaya menyebarkan berita yang tak pasti akan kebenarannya .. Silap silap kita boleh dituduh menyebarkan berita palsu.. Tak ke kes naya ..
Ya.. mmg benar berlaku krisis di sana ... darurat .. Ada yang terbunuh .. Ada yang cedera .. Masalah bekalan makanan pulak akan akan terputus sekiranya isu ini berlarutan .. Tu semua aku tau .. cuma cerita dari mulut ke mulut ni je yang bahaya ..
Namun aku sebagai salah seorang dari umat Muhammad s.a.w , sudah pastinya mendoakan agar keselamatan mereka ( rakyat malaysia khususnya ) berada dalam keadaan selamat ..