Blog popular.. blogger popular.. automatik jadi femes emes .. Pastu boleh berlagak diva seolah olah baru menang anugerah baek punya .. Lawak kan ? Penat sebenarnya nak berbicara soal ni tapi peliknya ianya tetap terjadi juga ..
Ada orang ingat aku dah popular atau femes .. Maka secara automatiknya aku jadi sombong dan berlagak .. Hehehe.. Teringin gak kalau jadi gitu sebenarnya .. Tapi sayangnya tak boleh.. Sbb tak menjanjikan syurga kalau aku buat gitu .. kan ?
Apa la sangat popular dalam dunia blog ni ? Kalau kaya , best la jugak.. setakat beribu ringgit sebulan tapi sampai terpaksa 'mengipas lipas' , takde maknanya !
Ramai blogger terkejar nak femes.. Bagi aku , biar je la blog yang popular .. kenapa ? Sbb bila blog popular , maka ada la rezeki tu nanti .. Kalau org popular , ada la riak tu nanti... hehehe..
Satu lagi.. bila popular ni , ramai kawan akan lari .. fikir mereka , orang popular ni takkan layan mereka dah .. haih.. tak pasal pasal ilang kawan kan ?
Popular atau tidak.. kita redah saja !!