Macam-macam punya perangai la manusia ni bila sakit hati .. Ada yang bomohkan kekasihnya la.. Ada yang simbah asid , bunuh rogol dan banyak lagi jenayah yang berl aku akibat bisikan syaitan itu..
Kenapakah ini semua boleh terjadi ? Apakah manusia semakin hilang pertimbangan pemikiran ? Semakin tidak waras ? Hurmm…. Salah satu contoh lagi yang berlaku .. Nii , gambar kat bawah ni ..
Seorang wanita yang berang menyaman bekas teman lelakinya selepas dia mentatu imej najis di belakang tubuh wanita itu.
Rossie Brovent menuntut ganti rugi sebanyak 60,000 pound (RM300,000) daripada Ryan Fitzjerald.
Rossie dari bandar raya ini mahukan gambar dalam adegan filem Narnia ditatu di belakang tubuhnya.
Sebaliknya, dia mendapati tubuhnya ditatu dengan imej najis dengan dihurung beberapa lalat.
Artis tatu, Fitzjerald berang apabila mendapat tahu Rossie berlaku curang dengan teman baiknya.
Pada awalnya, Rossie mahu bekas kekasihnya itu didakwa melakukan serangan, tetapi dia sudah menandatangani borang mengesahkan rekaan tatu itu dibuat mengikut pertimbangan artis. Rossie berkata: “Dia menipu saya dengan meminum sebotol arak murah bersama saya sebelum mendapatkan tanda tangan saya dan membuat tatu itu.
- HMETRO
Dalam entri 5 keping gambar skandal Apek punca kekalahan Malaysia semalam ? yang lepas benar benar menikam jantung penjaga gol utama negara , Khairul Fahmi atau Apek sehinggakan dia rasa nak gantung but ..
5 keping gambar tu , gambar lama … Berapa lama , tu aku tak pon tak tau la.. Hurm .. Lama atau baru , tu mmg boleh kasi makan kenyang pada blog yang teringinkan cerita cerita sensasi.. Maka inilah kesannya .. Nak tau , korang belilah Hmetro hari ni ..
Kesahihan cerita takde … Main rembat je keluar je dulu baru cerita belakang hari menyebabkan ramai hati kecewa .. Bukanlah nak sokong mana mana pihak tapi patutnya pihak pihak terbabit kena jaga muka dan hati terlebih dahulu ..
Apa yang Apek buat tu , antara dia dengan Allah .. Kita sendiri pon ada dosa kita kan .. Tak perlulah nak buat dosa dengan Apek lak kan ? Hurm..
Tabahkan hati …
40 tahun lepas ..
“ Semalam baru je pos surat pada si dia … Hurm.. Rasa-rasanya minggu depan baru dapat.. Pastu kalau dia balas , lagi 3 minggu dapat.. Rindunyaaaaa .. Harap dia letak bedak sekali dalam tu… “
20 tahun lepas ..
“ Awak , duit kita ada lagi 50 sen je ni.. Jap lagi abis tau.. Esok lak kita call awak yer .. Ni ramai dok beratur belakang kita .. Ok ? Malam ni je dah abis RM3 .. Psst..diorng marah marah dah ni .. "
Sekarang ..
“ Awak .. nanti kita whatsapp bila jiran pasang wifi eh .. “
Akan datang .. ???
Gamaknya … ajak terus nikah kot memadangkan budak sekarang makin bijak bijak belaka .. Harapnya isu pembuangan bayi ni tiada dah lagi di zaman itu .. Huhuh..
Yup … Benar ! Lelaki makin tua , semakin kacak ! Yer !! Kenapa pulak ??? Kekacakan lelaki terutama yang dah berkahwin secara sah ni , akan terserlah bila mereka ….
Bila mereka membimbing keluarga mereka ke jalan Allah ! Sesungguhnya tika inilah kekacakan mereka sebagai pemimpin akan lebih terserlah ..
Dan ketika inilah dugaan dari Allah semakin mencabar .. Heheh.. Maklumlah , dugaan iman …
Selamat harijadi buat sahabatku yang ku kenali dari darjah satu hingga sekarang .. Satu sekolah , satu kenakalan… Hehehe.. Yang ke 35 pada 1hb Disember ini… Eceh.. Sehari selepas aku lak tu.. Ceh..
Al Badrul Azan