“ Aslkm ben, nk tny mcmane ben hadapi org2 disekeliling ben lbh2 lagi jiran2 terdekat yg mungkin jelas dgn blog ben...
Sy skang da rse mcm xde mood nk tls blog sbb tkt org disekeliling kata apa2 dgn penulisan kita..lbh2 lagi sy ade jiran yg suka ambk tahu hal org lain lps tu suka plak jaja kt org n siap buat menganjing lg..
Bg sy tak effect sgt sbnrnya tp lbh kpd isteri sbb jiran sy tu pompuan..klu ikutkn hati ni nk jer g sembur depan2 tp fikirkn plak persahabatan saya dan suami dia..
jadi mohon share pengalaman ben dgn org2 yg mcm nie...” .
Hurm.. Mudah bukan jadi blogger ? Tulis je entri..Pastu post di blog.. Sekian ! Pastu tunggu komen.. Tetiba ada komen menghentam ! Tergamam seketika ! Pastu ada lagi dan lagi ! Akhirnya patah semangat , tutup blog .. lepak kat Facebook je la.. Sekian !
Banyak kali aku terfikir nak tutup blog pastu keje jer kat pam minyak. Best pe tengok orang ari ari .. Hahahaa.. macam macam orang leh tengok .. kan kan ? Takde la tengok gambar orang yang dah 360 kan atau dah ‘dicerahkan’ mahupun diedit kaw kaw sebelum di post ke FB.. pastu WOW !! Realitinya ? Hahahaha ..
OPs… maaf , lari topik. Jiran jiran menganjing ? Hurmmm.. Sebenarnya , ini realiti yang terpaksa kita terima bila hidup bermasyarakat. Tak kira la di dunia sebenar atau dunia maya . Selagi ada manusia di situ , pasti akan ada ‘perangai’.
Nasihat ? Hurm.. buat tak tau je la.. Satu hari nanti , diorang akan senyap.. Yelah , dah bosan isu tu.. Kena cari isu lain lak la.. Diorg tak sedar yang diorang sedang sedekahkan pahala diorang pada orang yang diumpat ..
Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
"Wahai orang yang beriman ! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan ( supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang ) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari - cari kesalahan dan keaiban orang lain dan jangan sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? ( Jika demikian keadaan mengumpat ) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. ( Oleh itu, patuhilah larangan yang tersebut ) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani "
(Surah al-Hujurat ayat 12)