Banjir di Pantai Timur dan beberapa tempat di utara tanah air menyaksikan pelbagai mesej mesej di whatsapp berterbangan tanpa sempadan ! Wowww .. Ada yang bagus dan ada yang .. hurmm.. membuatkan ramai antara kita panik seketika ! Aku yakin ramai telah hubungi ahli keluarga terdekat untuk menyampaikan berita yang kononnya dia dapat dulu walhal mak ayah dah dapat sejam yang lalu ! Perghhh.. pantas giler !
Banjir satu hal.. dah abis berlalu banjir , mai pulak ribut taufan punya mesej ! Aku dapat gak mesej tu.. Perghhh.. 90% semenanjung Malaysia akan terlibat ! Perghhhh… Walaupun tak mustahil tapi kot yer pon , biarlah pihak berwajib yang keluarkan amaran ! Ni entah mana mana tah info .. pastu cakap Awani sahkan ! Tak pasal pasal Awani yang kena ! Hahahaha .. Siannn ..
Bila baca info tu , pastikan ada tarikh , sumber dan kemudian gi sahihkan di laman web mahupun facebook rasmi jabatan terbabit.. Bukan join sama sebarkan ! Adehyaiiiii .. Semak aihhhh ….
Sekarang ni , orang nak percaya pon dah susah bila dapat mesej melalui whatsapp .. kecuali ..
“ Yang.. aku nampak bf ko ngan awek mana tah tadi kat Alamanda.. Jalan berkepit wa cakap luuu ! Aku confirm tu bukan ko sbb dari belakang , badan dia slim siutt ! Ko gemuk kan ? “.
Dan ini makan dia ..
“ Yang .. yang berjalan ngan bf aku tu , mak dia laaa ! Adoiyai.. aku pun ada kat situ gak laaa .. Tu laa.. lain kali , sebelum nak mesej , bagi salam dulu.. Tanya la kat mana.. Khabar.. baru laa sebar fitnah.. Adoiyai.. “.
Maka , selepas ini .. sebelum nak sebarkan info, sila pastikan info itu tepat dan bersumberkan yang sahih jer.. Jangan bagi kawan aku punya jiran kata , jiran dia punya kawan kerja jabatan tu yang cerita .. Dan kawan tu pon baca melalui internet je pon ! Hahahaha.. Pening laaaa !