Sebagai seorang yang ‘kais pagi makan petang , kais petang .. lom tentu dapat makan malam ‘ , pastinya aku jenis manusia yang wajib bekerja keras untuk mencari rezeki yang berkat dan halal setiap hari ! Aku takde gaji bulan dan pendapatan tetap !
Sebelum masuk 1 Syawal ari tu lagi aku memikirkan perancangan untuk bulan bulan mendatang. Risau kalau takde lagi jemputan untuk aku. Bila takde lagi jemputan , maka tiada lagi income untuk aku.. huk huk..
Alhamdulillah… aku masih ‘laku’ rupanya ! Huhuhuh.. Minggu lepas aku terima beberapa jemputan untuk menghadiri event event besar. Cuma tak menariknya , event tu jatuh pada hari yang sama tetapi berlainan masa ! Camana aku nak pergi dengan masa kehadiran berbeza cuma sejam dua ? Adehhh.. Pening kepala !
Semalam , selepas aku tenangkan diri.. aku perhatikan semula email dan jemputan yang aku terima melalui whatsapp .
Jemputan pertama..
Jemputan kedua ..
Fuhhhh… Tu dia.. Jemputan Air Asia bermula 10 pagi manakala jemputan SONY , jam 12 tengahari ! Sempat la kan ?
Baru nak tarik nafas lega.. aku dapat whatsapp ! Ada satu jemputan berbayar di Bangsar pulak ! Cukup untuk cover makan 2 minggu punya jemputan.. Huhuhhu… Rezeki rezeki.. Yang tu pulak dalam kul 2 petang ! Adehhh.. Memang kena pecut la kan ? Tapi sila berhati hati di jalan raya yer..
Baru nak tersenyum.. tiba-tiba aku terima satu whatsapp..
“ Abang Ben , kita punya meeting esok jadi yer ? “.
Haaaaa.. ada meeting ke ??? Alamakkkkkkkkk ! Camana aku terlupa pulak ni ??? Adoiiiiii…
“ Errr.. errrr.. “