Semalam ( 30.9.2015 )
“ Bang.. Jom cari Wonda Coffee kejap lagi.. “
Pulak.. sebelum tu kat group whatsapp blogger , dok cerita asal usul kopi ni dan status kehalalannya.. Ni dah tetiba bini aku sibuk nak jugak !
“ Apa yang best sangat Wonda Coffee ni ? “ . Tanya aku.
“ Ala.. kan saya dok beli selalu tu.. abang gak kasi perabis bila dah dapat minum ! Hari ni , satu tin RM1 jer ! Sempena Coffee Day.. “ . Jawab wife.
Hurmm.. Ok la.. Aku tau perempuan camana.. Bukan nak sangat minum pon tapi feel dapat beli barang diskaun ni lain skit ! Seperti baru berjaya menakluki gunung Everest lagaknya !
Dan mulakan operasi.. Pusing laa kawasan Bandar Baru Salak Tinggi dan sewaktu dengannya.. Cari dan cari.. terus mencari ! Menurut wife hanya di 7 Eleven je ada jual.. Dan setiap premis 7 Eleven yang masuk , semua dah abis ! Amboiiii.. ramainya peminat Wonda Coffee ni !!
Akhirnya pulang hampa.. Takde rezeki.. Sian tengok dia.. Bersungguh keluar masuk 7 Eleven !
Hari ni ( 1.10.2015 )
Tiba-tiba aku tanya wife ..
“ Voucher RM100 tu bila nak tebus ? Kang expired gitu jer ! Rugi ar… “ . Tanya aku.
“ Malam ni la pergi.. Beli barang dapur skit .. “ Jawab wife.
Dan sampai masanya.. Bergeraklah ke Tesco Nilai. Wife aku bergerak laju jer.. Macam tau tau dah apa dia nak beli ! Hurmmm… Hurmmm.. Akhirnya dia tersenyum riang..
Harganya bukan lagi RM1 tapi RM2.09 tak silap aku.. Tapi beli satu free satu ! Haaaa ! Lebih kurang la kan ? Boleh laaa .. nak cover frust semalam.. haaha ..
Nahhh.. borong terus ! Baru terpamer kepuasan di wajah wife aku ! ADehhh.. perempuan perempuan ..
Tapi memang sedap wonda coffee ni.. hehehee ..