Lama dah aku teringin nak makan Yee Sang yang cukup popular ketika Chinese New Year ! Yelah , asyik dengar je sebelum ni.. nak makan , tak da yang ajak ! Hahaha.. Akhirnya Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur sudi mempelawa aku. Hehehe.. Terima kasihhhh ! Dapat gak rasa Yee Sang ni.
Yee Sang yang aku makan ni akan dibuat buffet Sempena Tahun Baru Cina nanti. Korang pon leh makan kalau nak ! Ajak kengkawan mai… Sedap sedap pilihan makanan nanti ! Aku rasa dah.. Memang berbaloi la bagi aku..
Yee Sang pilihan kali ni mengandungi Salmon , Jellyfish , campuran sayuran termasuk buah pear serta mangga dan rumpai laut.Sedap ! Sihat gituu..
Selain Yee Sang, pilihan makanan yang bakal korang nikmati nanti ialah…
Cheesy Tiger Prawn
Sedap kan ? Serius memang sedap ! Boleh makan sepuas hati nanti.. bergantung pada stok dan kehadiran insan gak la nanti.. hahaha..
Ok.. pastu ada weeSt Corn with Chicken & Crabmeat Soup Garnish With Golden Pumpkin. Memang tip top gituu..Confirm bertambah bila rasa sup ni !
Lagi ? Ada Fried Boneless Red Garoupa with Spicy Bean Sauces.. Takda tulang wooo ! Semua dah dibuang oleh chef terpilih yang pandai masak ! Huhuhu..
Lain lain ? Ada banyak wooo… Aku tak bubuh banyak gambar.. kang ada yang terliur.. heeee..
Promosi Chinese New Year Countdown Buffet Dinner ni bermula pada 23hb Januari sehingga 27hb Januari 2017. Jam , 6.30 petang hingga 10.30 malam.
Harga ? RM130 seorang. Jika dua orang RM230. 4 orang , RM450 dan 6 orang RM660. Boleh bodek boss suh banjer kan ? Ongg woooo cakap kat boss ! Hahahaha..
Untuk pertanyaan dan tempahan , sila hubungi 4049 4351 atau email ke fbresv@seripacif.com. Boleh lawati www.seripacifichotel.com.