BEN ASHAARI



 

Dia menunjukkan hasil kerjanya pada aku sewaktu aku di pejabatnya , ODS  untuk bertemu bagi membincangkan beberapa perkara, pagi tadi. Kagum ! Memang sangat sangat berbakat sekali malah dia pernah menang anugerah kulit album ( Stacy ) di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2014.

image

Bersama Wan Izhar Abu Bakar, jurugambar yang cukup berpengalaman terutama dalam dunia media cetak satu tika dulu dan kini menumpukan projek projek besar seperti Petronas dan Court Mammoth.

4 jam duduk bersama , macam macam kami berkongsi pengalaman namun pengalaman dia , memang jauh sangat la berbanding aku ! Beberapa cadangan aku lontarkan untuk kebaikan bersama terutamanya untuk Kelab Blogger Ben Ashaari.

Oh , lupa lak.. dia juga tenaga pengajar dalam bidang fotografi di IIUM. Bodohlah aku kalau peluang depan mata gini tak aku amik kesempatan sepenuhnya. Ilmu yang sangat berguna buat aku dan juga rakan rakan nanti !

image

image

Pengalaman dia bersama artis / selebriti memang membuatkan aku tersenyum. Tak sangka gitu sekali dunia dia satu tika dulu.. huhu.. Dunia glamer gituu ! 

Aku pasti jika dia berjaya hilangkan rasa malu dia , dia akan menonjot sangat di dunia media sosial. Apatah lagi dengan status dia yang masih bujang serta kacak , aku tak rasa dia punya masalah untuk popular punyalah !

Kalau nak baca kisah dia lagi , boleh baca di WAN IZHAR ABU BAKAR.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Gaji RM2K di zaman ni , masih relevan lagi bagi aku andai tahu nak berjimat cermat ! Seriusss.. memang boleh hidup melainkan orangnya tak reti nak berbelanja dengan berhemah !

Aku pernah lalui semua tu. Bergaji RM2K di usia 22 tahun , 19  tahun lepas tak pon boleh membuatkan aku beli kereta ! Masih cukup cukup makan di kala tu tapi aku tak kisah asalkan apa yang dibayar , setara dengan kerja yang aku buat !

Tidur awal , bangun awal .. gi kerja.. Dari Isnin sampai Jumaat atau Sabtu. Lepas tu baru dapat tarik nafas lega ! Huhuh.. Tapi sampai bila nak macam ni kan ? Di pejabat , kerja yang diberi.. tu diaa ! Bila kita mintak gaji tinggi sikit , terus diugut.. Atau disuruh bersyukur ! Penat lagu nih bohhhhh… Belajar tinggi tinggi , amik jurusan ada skill  tapi bayaran tak setimpal !

Bukanlah nak demand atau nak bergaji besar.. tapi kena la amik berat bab kebajikan pekerja.. kalau nak bagi gaji kecik , ok la.. tapi janganlah dibebankan dengan kerja kerja yang luarbiasa banyaknya sehinggakan membuat pekerja tu stress lalu terpaksa amik cuti ! Sapa rugi ???? Pekerja yang tidak begitu sihat datang kerja.. menghasilkan kualiti kerja camana ???

Kekadang terfikir.. aku ni sebenarnya nak dijadikan hamba untuk mereka atau mereka perlukan aku untuk memajukan perniagaan mereka ? Kalau nak dijadikan hamba , aku tak rela… Baik aku cari kerja lain.. di zaman ni , mau kena bijak dan rajin je usaha ! Kalau malas , memang sesuai dijadikan hamba laaa !

Pinta aku satu jer.. Mintak la majikan jangan layan pekerjanya sebagai hamba ! Jangan ingat bayaran tu tinggi maka anda dah miliki diri mereka ! Syarikat yang cemerlang bermula dari pekerjanya yang sihat !

 image

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Bila orang makan , dia turut sama terngaga mulut ! Ikut je pergerakkan sudu tu. Kalau dilalukan depan dia ,cepat cepat dia bukak mulut !

Dan semalam , aku saja test bagi dia anggur manis. Fuhhhh , dia punya hisap. tak payah ajar ! Untung aku dapat anak anak yang tak payah ajar makan. Kecuali masa Zahra dulu , dia payah nak hisap susu botol. Hahahaha.. berpeluh ketiak jap !

Apakah Aariz dah bersedia untuk makan makanan baby ? Jangan kasi nasi kandar lak woii ! Hahaha.. naya ke budak tu nanti. Apakah Aariz dah punya gigi untuk mengungah ?? Sewaktu aku beri dia hisap buah anggur tu , Qhaliff nampak dan bersuara..

“ Daddy , Aariz mana ada gigi lagi. Dia tak boleh makan ! “.

Aishh.. sejak bersekolah ni , banyak tul kata kata dia yang diluar jangkaan aku ! Aku terus hentikan perbuatan aku tu dan jelaskan pada Qhaliff.. Risau nanti dia pun akan buat perkara yang sama tanpa parents dia di sisi !

“ Menunggu sehingga usia enam bulan untuk memperkenalkan makanan pejal ke dalam diet bayi anda akan membantu meminimakan risiko reaksi buruk yang tidak dijangka terhadap makanan dan alergi. Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi atau alahan terhadap sebarang makanan atau terdapat ahli keluarga anda yang menghidap penyakit seliak (celiac disease), anda perlu lebih berhati-hati. Risiko alahan terhadap makanan dan penyakit seliak akan berkurangan sekiranya proses bercerai susu ditangguhkan sehingga bayi berusia enam bulan. “ .

image

Bilakah sesuai untuk beri makanan pejal buat anak kita ? Satu persoalan yang timbul dibenak aku dan mungkin parents lain yang tiada pengalaman !

  • Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
    Adalah penting bagi bayi anda kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.
  • Duduk dengan baik apabila dipegang
    Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk sendiri.
  • Melakukan pergerakan mengunyah
    Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh.
  • Berat badan telah naik secara sihat
    Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik anda.
  • Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
    Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.

Yer.. Aariz dah bersedia ! Minggu depan , tugasan baru untuk aku sebagai Mr. MAMA ! Huhuhuhu..

Sumber : – BabyCenter

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Umur dah lebih 40 tahun. Kesihatan mau jaga. Makan memang cukup Seperti yang aku bagtau sebelum sebelum ni , aku amalkan jus sayur , detox sepanjang masa namun perlu juga amik makanan tambahan bagi memastikan tahap kesihatan berada di level sepatutnya. Yer , kita mampu berusaha.. Allah tentukan.

Antara makanan tambahan dari Shaklee aku amik ialah Omega Guard dan Vita-E Complex.

image

image

Kenapa aku amik ? Apakah kelebihannya ? Menurut Cikgu Nizam yang juga blogger dari team #KBBA9 yang mana aku dapatkan produk ni dengan dia ,   OmegaGuard atau minyak ikan mempunyai banyak manfaat khusus terhadap lelaki, antaranya:

  • Memelihara kesihatan jantung dan kardiovaskualar.
  • Dapat mengurangkan radang atau inflamasi diseluruh tubuh yang biasanya berlaku disekitar salur darah dan jantung.
  • Menurut kajian, pengambilan 2 atau 3 hidangan omega setiap minggu mampu mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 1/3.
  • Menurunkan paras trigliserida. Pengambilan omega yang konsisten mampu menurunkan paras trigliserida sebanyak 20-50%
  • Mampu meningkatkan kolesterol baik (HDL) yang membantu memelihara kesihatan jantung
  • Meningkatkan kesihatan mental. Menurut kajian, lelaki sebenarnya lebih ramai mengalami tekanan perasaan berbanding wanita! Bezanya, lelaki menangani depresi dengan cara yang berbeza. Apabila lelaki bersedih, mengelami depresi, situasi tersebut akan menyebabkan paras DHA dan EPA menjadi rendah dan ini boleh menggangu fungsi otak. Disinilah OmegaGuard memainkan peranan.
  • Pengambilan OmegaGuard bersama ubat anti depresi mampu membantu kesihatan pesakit ini.
  • Mengurangkan simptom athritis. Semakin kita berusia, kita mudah mendapat sakit sendi atau radang sendi.
  • Pengambilan omega mampu membantu mengurangkan radang sendi secara signifikan.

Manakala Vita-E Complex pulak dikatakan mampu membekal 400IU dalam setiap kapsul untuk kesihatan lelaki. Selain dari tu , Vita-E Complex bermanfaat :

  • Vitamin E merupakan salah satu antioksidan yang baik dalam menangani radikal bebas yang merosakkan sel.
  • Antara fungsi terbaik vitamin E ialah meningkatkan sistem imunisasi lelaki. Dengan pengambilan vitamin E pada kadar yang sesuai, ianya mampu meningkatkan kadar daya ketahanan tubuh dari diserang penyakit.
  • Meningkatkan kesihatan jantung. Pengambilan vitamin E secara berterusan mampu meningkatkan kesihatan jantung, pengaliran darah yang lebih baik dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Mengurangkan radikal bebas. Kaum lelaki suka bersenam kan? Ianya bagus untuk kesihatan tetapi pada masa yang sama meningkatkan kehadiran radikal bebas. Apabila kita bersenam, badan melepaskan produk sampingan yang bertoksik hasil daripada metabolisma tubuh. Radikal bebas ini boleh menyerang dan merosakkan sel. Jadi, pengambilan vitamin E adalah sangat penting dalam menyingkirkan kesemua radikal bebas ini.
  • Meningkatkan kesuburan lelaki. Radikal bebas mampu merosakkan sel termasuk sel sperma. Menurut kajian, pengambilan Vita-E Complex mampu meningkatkan kesihatan sel sperma dan sekaligus memperbaiki tahap kesuburan lelaki

Kesihatan sangat penting. Kalau badan tak sihat , duit banyak pun tak guna kan ? Maka , jagalah kesihatan dari sekarang… jangan tunggu hilang ! Huhuhhu..

Kalau nak beli produk Shaklee atau nak dapatkan lagi khidmat nasihat mengenai produk produk lain seperti set bersalin buat si isteri tersayang yang mana wife aku dah gunakan sejak dari anak pertama lagi dan ternyata banyak susu woooo.. alhamdulillah.. silalah hubungi  :

Cikgu Muhammad Nizam Yusof di 013 976 1627

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Aku ingat tak best ! Hahahaha.. Sekali tu aku layan setelah takda cerita best nak tengok. Aku dan Zahra ! Masing masing sangap di kala semua orang dah nyenyak tidur ! Camana laa nak kasi si Zahra ni tidur ?? Maka nampak la movie ni , dan aku pasang online !

Aku memang kaki cerita movie gini. Tapi tak sangka la MOANA ni best ! Cover dia nampak biasa jer.. rupanyaa ! Dan si Zahra , tunggu part lagu ! Memang akan menari dan menyanyi bersama laaa..

image

Cerita ni kisah dongeng di Hawaii kalau tak silap aku.. Ececeh… kot ? Hahahaha.. Maka memang akan ada part nampak ‘mengarut’ ! Tapi ni kartun je kot.. layan je la.. hehehe..

Tapi best dan melucukan ! Entah dah berpuluh kali si Zahra ni layan.. dan aku pun terbabit sama !

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (59)
    • ▼  November 2025 (2)
      • Rupa rupanya sebab ini diorang pakai seluar ketat ...
      • Ketagihan kopi dan gula ? Nak ganti apa ?
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes