Stress ! Bila bekerja dari rumah ni, kadang kadang bila datang job job penting dan ASAP.. memang akan mula mengelabah ! Dalam rumah ni , jangan mimpi la nak dapat buat kerja terutama siang. Si kecil hinggalah ke si besar mengekor jer ke mana saja !
Ada kawan bagi cadangan.. gi je mana mana cafe..lepak situ pastu buat la kerja. Gile kauuu ! Nak lepak kat cafe pastu wat kerja ! Mana boleh... kalau ada awek duduk depan aku , abis laa ! Aku akan main mata punyalah ! Hahahaa.. Tak pun , aku kena ngorat. Ni biasa berlaku la... Nak wat camana , kata hero malaya. Hahaha.. Ok ok..gurau jer ! Tapi serius , aku tak suka wat kerja kat cafe terbuka. Situ tempat lepak. Nak wat kerja, aku kena tempat yang susananya damai.. tenang.. rileks... takda gangguan !
Tiba tiba teringat.. Komune ! Ahaaaa.. Komune yang terletak di bangunan UOA Corporate Tower, Bangsar South. Satu ruang pejabat seluas 18,000 sqft yang dilengkapi dengan pelbagai bilik khas , mesyuarat , main game , bilik persendirian , ruang pejabat dan dilengkapi dengan internet dan... korang tengok sendiri la kat gambar di bawah ni..
Cantik tempat ni. Bersih , selesa dan yang penting... kerja boleh siap ! Perbincangan bersama client pon boleh dibuat di sini. Kiranya memang gempak la ! Tak da la nak meeting kat kedai mamak. Tau la kita ni kerja sendirian jer. Takda pejabat dan sebagainya.. kena meeting kat kedai mamak jer ! Huhuh..
Aku dah tengok sendiri tempat ni. Timbul la pelbagai idea di benak aku ni.. Antaranya nak buat bengkel blogger di sini.. InshaAllah .
Cantik kan ? Ni baru skit je korang tengok. Kalau korang ke sini , confirm idea bercambah serta merta ! Hahahaha.. terus nak duduk dan update blog. Kena pulak , internet memang dah laju giler. Memang update setiap 5 minit gitu ! Eh , tu aku dulu... 8 tahun lepas la. Sekarang tak mampu dah buat gitu.
Ok... berbalik pada Komune ni. Camana nak sewa ? Berapa harga ? Harian atau bulanan ? Apa lagi kelebihan ? Korang boleh contact mereka dan tanya sendiri. Mana tau pandai bodek , dapat la diskaun.. skit ! Hahahaa..
Ok... untuk maklumat serta pertanyaan.. sila ke :
Facebook : www.facebook.com/komune.cowork
Instagram : www.instagram.com/komune_cowork
Twitter : www.twitter.com/komune_cowork
Email : hello@komunecowork.com
Web : www.komunecowork.com
*Khas utk pembaca blog ni ... free 5 Day Free trial, promo code "BENASHAARI" dan sila email ke hello@komunecowork.com with (NAME, EMAIL, MOBILE )