Zahra dan Aariz lak demam. Dua minggu lepas , Qhaliff. Segalanya kerana tonsil ! Aku bawa mereka ke Rampai Puteri Medical Centre. Sanggup aku dari Sepang ke Setapak ! Kenapa ? Layanan doktor yang cukup profesional dengan harga yang berpatutan.
Bayangkan , tiap kali aku ke klinik biasa... duduk tak samai 5 minit , dah selesai pemeriksaan. Kita bagitau punca dan mereka tengok. Done ! Eh.... tak check ke kot kot ada tanda tanda lain yang ibu bapanya terlepas pandang ? Tapi di Rampai Puteri Medical Centre , doktor memeriksa dengan cukup teliti ! Sebab tu aku berpuashati. Jauh pun jauh laaa... janji anak anak sihat !
Ramai pesakit walaupun dah malam hari. Ternyata Rampai Puteri Medical Centre ni dah jadi pilihan ramai termasuk 'orang luar'. Layanan kakitangan mesra dan senantiasa tersenyum. Tak macam ada satu klinik aku gi tu.. muka macam aku gi lawat rumah mayat jer ! Adehhhh...
Demam tapi bergaya tu wajib !
Mengambil data
Doktor sedang 'menyiasat' punca. Dan confirm , ketiga tiga ada masalah dengan tonsil !
Melarikan diri. Doktor bangun dan teruskan pemeriksaan dengan penuh sabar.
Ubat diberikan
Ubat demam dan anti biotik. Jika demam berlarutan atau kembali demam disebabkan tonsil , doktor mencadangkan pembedahan dilakukan. Kalau tidak , bila mereka bersekolah nanti , akan kerap demam. Hurmmmm. Tak pe.. tengok camana dulu. Harapnya ok la pasni. Kena banyakkan minum air dan pengambilan vitamin C untuk elakkan tonsil dijangkiti virus.
Terima kasih Rampai Puteri Medical Centre atas layanan yang diberikan terutama Dr. Adinie yang cukup sabar dengan karenah anak anak aku. Aduh , aku sendiri pening tengok diorang huru hara kan bilik doktor !
Lawati web : https://rampaiputeri.com/
Facebook : https://www.facebook.com/rampaiputerimedicalcentre/
No Tel : +603-4131 2039 (Clinic) / +603-4144 4831 (Office)
Email : admin@rampaiputeri.com
Alamat : No 9 & 11, Jalan Seri Rejang, Rampai Business Park South, 53300 Setapak, Kuala Lumpur Malaysia
Facebook : https://www.facebook.com/rampaiputerimedicalcentre/
No Tel : +603-4131 2039 (Clinic) / +603-4144 4831 (Office)
Email : admin@rampaiputeri.com
Alamat : No 9 & 11, Jalan Seri Rejang, Rampai Business Park South, 53300 Setapak, Kuala Lumpur Malaysia