Tiada gula
Tiada gula dan krimer.
Dulu aku sombong ! Arwah bapak aku berkali kali tegur ... " Jangan , jangan , jangan... ". Nanti sakit macam dia , hari hari kena makan ubat ! Yer, dia hari hari makan ubat diabetis , darah tinggi dan kolestrol.
Boleh dikatakan dulu hantu maggie la aku. Sekali hadap , 3-4 bungkus ! Fuh... Arwa marah. Katanya bahaya. Nanti dapat tekanan darah tinggi. Aku tak pedulik ! Setakat darah naik tinggi , apadahal kan. Tapi bila dah nak masuk 30 tahun , doktor baru tau yang aku ada Hypertension , aku gembira. Ok pe Hypertension. Bunyi macam super hero dah kan ? Bila dibuat kajian dan di berita banyak kes kes kematian di usia muda.. baru aku takut ! Bukan takut mati tapi takut diserang sakit kemudian terdampar atas katil... tak mampu buat apa apa dan menyusahkan orang selepas itu !
Minggu ni , di tahun 2016... mengimbas kembali aku dan rakan rakan blogger #KBBA9 ke Phuket. Dan di sinilah segalanya bermula. Aku sedar dan pentingnya menjaga pemakanan. Walaupun aku ke gym boleh dikatakan setiap hari tapi bab makan , aku gagal mengawalnya. Main bedal jer.
Akhirnya aku tau apa yang sesuai untuk aku amalkan setiap hari. Dan ianya berbaloi. Aku tiada lagi sakit kepala... Dan stress pon hilang ! Lidah aku pun dah rasa lain. Bayangkan dulu wasabi aku boleh bedal gitu je.. tapi sekarang ,tak mampu dah ! Pastu minuman yang ada gula sedikit pun aku dah rasa manis sangat. Aku kena minum tanpa gula.. tu pun dah rasa macam ada gula !
Pengalaman menjaga arwah ayah di hospital menyedarkan aku. Kalau tak jaga makanan di zaman ni , pelbagai penyakit boleh singgah dan paling merbahaya ialah kanser !
Nak makan sedap tu ok jer.. Tapi berpada pada dan sederhana.