Netflix ni siaran berbayar tau.. Macam macam cerita best ada . Dan paling best , ianya tidak ditapis ! Haaaa... Terkejut ? Aku pun terkejut weh ! Aku ingatkan skit je tak ditapisnya tapi rupanya.. Fuh ! Macam aku cerita sebelum ni drama bersiri cerita Marco Polo memaparkan babak babak bersama gundik gundik si Kublai Khan.. Mak aihhh ! Bayangkan masa tu dok tengok kat tv bersama anak anak ! Haaa.. Terus tukar cerita lain dan terpaksa berhati hati nak memilih cerita.
Cerita kartun pun banyak dan menarik. Anak anak suka la tapi aku kena hati hati pilih cerita. Aku tak tau la apakah kerajaan patut pantau atau ianya bebas tanpa sekatan sama sekali ! Kalau bebas , rasanya kerajaan kena fikir semula la yer..
Dan buat ibu bapa... jika korang ada streaming internet di rumah , sila la pantau handphone anak anak terutama yang dah boleh berfikir tu yer..
Hurm...