10 tahun blogging. Hari hari mengadap laptop. Nak lebih tepat lagi , sejak usia 22 tahun lagi dah mengadap menda alah ni ! Hari hari.. siang dan malam ! Tambah lagi dengan workout di gym. Dan hasilnya ? Hehehe... sakit leher dan bahagian belakang badan ! Yer , aku tahan sejak dulu lagi. Sesekali mintak wife urutkan atau terpaksa gi buat urut satu badan.
Bila tidur, memang akan tidak puas ! Jauh sekali nak dapat selesa. Hurmm... Apakah puncanya ? Macam aku kata tadi.. banyak sebenarnya tapi yang pasti , aku tak tau ! Huhuh..
Sekali lagi aku ke iREHAB untuk buat treatment. Kenapa aku kembali ? Dua minggu lepas aku dah datang dan buat pemeriksaan. Yer , aku ada masalah pada bahagian kaki terutamanya yang mana membuatkan keseluruhan badan aku 'bermasalah' ! Nak solat pon susah. Masalah yang ada ketika tu ialah hamstring. Perghh... sakit wooo !
Tapi.. selepas buat fisio ari tu , sakit situ hilang dah ! Dan aku mencari pasal lagi ! Aku workout giler giler kat gym. Kesannya ? Hehehe.. pinggang , leher dan belikat aku sakit. Maka , aku kembali lagi ke iREHAB untuk membuat fisio.
Best ke ?
Sejujurnya aku cakap.. masa buat tu , memang terasa sakit la jugak. Kalau kita ada masalah, memang akan terkesan sungguh. Tapi serius aku kata.. syok sakit tu ! Sebab memberi kesan pada kita. Dan 2-3 hari selepas tu, tadaaa.. ok ! Ahaaa... ok tu tak bermakna dah pulih yer ! Kena datang lagi dan buat fisio sehingga kaki aku terutamanya , kuat kembali.
2 jam buat fisio di iREHAB , banyak perkara yang aku tahu. Pertama , masalah dengan leher aku. Jika tidak dirawati , mungkin akan lebih teruk ! Kesannya ? Aku jadi panas baran , mudah angin dan tidak dapat rehat dengan sempurna. Sakit yang lebih teruk akan datang kemudian hari !
Kedua... kesimbangan diri yang berpunca dari kaki kiri yang tidak kuat. Punca dari main bola sewaktu remaja dulu. Kena kuatkan semula dengan latihan latihan yang diajar ! Ketiga , masalah urat urat di bahagian tangan dek kerana banyak pegang telefon pintar dan juga laptop. Kalau dibiarkan , hurmm....
Korang yang ada masalah cam aku , terutmaanya yang ligat bersukan dan juga bekerja dengan gajet tu.. jangan biarkan teruk baru nak rawat ! Kesan dan ubati. Kalau dah teruk , hurm... nak solat guna kerusi ke ?
Oh ya... kalau korang ada kenalan yang punya kesihatan seperti strok , lumpuh akibat kemalangan , disyorkan buat fisio di sini. Jangan risau aih.. milik bumiputera 100 peratus !